Está en la página 1de 180

ASAS PERTUKANGAN SPE 1012

2008/2009

FOLIO PROJEK KAYU

Mohd Zulfadly Bin Othman 1 SPA AP 060110 870309-12-5063

ISI KANDUNGAN
PENGHARGAAN PENGENALAN ABSTRAK

BAB 1:

ORGANISASI DAN PENGURUSAN BENGKEL................................1

1.1.0 1.2.0 1.3.0

ORGANISASI BENGKEL PENGURUSAN BENGKEL PENGURUSAN STOK

BAB 2:

PERATURAN KESELAMATAN BENGKEL..11

2.1.0 2.2.0 2.3.0 2.4.0 2.5.0

PENGENALAN PERATURAN KESELAMATAN BENGKEL JENIS-JENIS KEMALANGAN DI DALAM BENGKEL PERALATAN KESELAMATAN BENGKEL ASAS PERTOLONGAN CEMAS

BAB 3:

ALATAN TANGAN KERJA KAYU..................................................30

3.1.0 3.2.0 3.3.0 3.4.0 3.5.0 3.6.0 3.7.0 3.8.0 3.9.0

ALAT MENGUKUR ALAT MENANDA ALAT MEMOTONG ALAT MENYANGGA ALAT MENGETAM ALAT MENGETUK ALAT MELUBANG ALAT MEMUTAR ALAT MENGIKIR

BAB 4:

TANGGAM DALAM KERJA KAYU..............................................100

4.1.0 4.2.0 4.3.0 4.4.0

PENGENALAN KATEGORI TANGGAM KONSEP MEMBUAT TANGGAM JENIS DAN KEGUNAAN TANGGAM

BAB 5:

BAHAN PEMASANGAN DAN KELENGKAPAN.........................118

5.1.0 5.2.0 5.3.0 5.4.0

PENGENALAN PAKU SKRU GLU

BAB 6:

KEMASAN DALAM KERJA KAYU.................................................123

6.1.0 6.2.0 6.3.0 6.4.0

PENGENALAN TUJUAN KERJA KEMASAN BERUS BAHAN-BAHAN PENGEMAS

BAB 7:

PROJEK KAYU....................................................................................146

7.1.0 7.2.0 7.3.0 7.4.0 7.5.0

BAHAN PERALATAN LUKISAN KERJA PROSES KERJA REFLEKSI

Organisasi Dan Pengurusan Bengkel

______________________________________________________________________ BAB 1

ORGANISASI DAN PENGURUSAN BENGKEL

1.1.0

ORGANISASI BENGKEL

Secara umumnya, organisasi adalah bermaksud kesatuan atau gabungan merangkumi manusia, alatan, kemudahan-kemudahan dan bahan-bahan yang semuanya diselaraskan dan disusun secara sistematik untuk mencapai matlamta tertentu. Organisasi bengkel dan keselamatan merupakan system pengurusan yang memerlukan kerjasama diantara guru dan pelajar. Sistem ini dapat menjamin keadaan bengkel yang teratur dan selamat semasa bekerja.

Organisasi makmal dan keselamatan adalah aspek yang penting dalam pengurusan bengkel. Dengan adanya struktur organisasi yang lebih baik dan bersistematik, pengurusan bengkel adalah menjadi lebih mudah dan berkesan. Aspek ini penting diamalkan kerana:

a) Memastikan setiap tugasan yang di jalankan didalam bengkel berjalan dengan lancar dan sempurna. b) Memastikan tugasan bengkel sentiasa dalam keadaan kemas dan bersih. c) Memastikan semuakan tugasan makmal dapat dijalankan dengan teratur dan sistematik mengikut jadual yang telah di tetapkan. d) Memastikan alat dan kelengkapan berada dalam keadaan teratur,baik,dan tidak rosak. e) Mengelakkan daripada berlaku kemalangan semasa berada didalam bengkel dan ketika menggunakan alatan yang terdapat dalam bengkel.

_____________________________________________________________ Folio Kerja Kayu

Organisasi Dan Pengurusan Bengkel

______________________________________________________________________ Berikut adalah organisasi bengkel dan organisasi pelajar:

Organisasi Bengkel

PENGETUA

Penolong Kanan PK1

Ketua Bidang Teknik dan Vokasional

Ketua Panatia

Setiausaha

Stok dan Inventori

Mesin dan Keselamatan

Bekalan Pejabat dan Bekalan

Pelupusan dan keceriaan

Pembantu Bengkel

_____________________________________________________________ Folio Kerja Kayu

Organisasi Dan Pengurusan Bengkel

______________________________________________________________________ Organisasi Peringkat Pelajar

Penyelia Bengkel (guru)

Pembantu Bengkel

Formen (Ketua Pelajar)

Penolong Formen

Kumpulan A

Kumpulan B

Kumpulan C

Kumpulan D

_____________________________________________________________ Folio Kerja Kayu

Organisasi Dan Pengurusan Bengkel

______________________________________________________________________ Contoh jadual bekerja di bengkel kayu

Tugas 1 Menyusun dan memeriksa alatan A Menyapu lantai dan membuang sampah B Menutup tingkap, suis lampu, kipas dan memadam papan tulis Mengumpul dan meyimpan baki bahan kerja dan projek D A C D C B 2

Minggu 3 C 4 D

_____________________________________________________________ Folio Kerja Kayu

Organisasi Dan Pengurusan Bengkel

______________________________________________________________________ 1.1.1 Bidang Tugas Dan Tanggungjawab

Setiap pihak dalam organisasi mempunyai tugas dan tanggungjawab masingmasing untuk dilaksanakan agar pengurusan suatu bengkel dapat dijalankan dengan sistematik dan berkesan. Antara tugas dan tanggungjawab setiap pihak dalam organisasi adalah :

Pengetua

a) Bertanggungjawab terhadap pembangunan fizikal, meningkatkan kokurikulum dan kurikulum serta memastikan perlaksanaannya selaras dengan dasar Kementerian Pelajaran Malaysia. b) Hal pengurusan, pentadbiran, kewangan dan keselamatan, c) Mewujudkan hubungan dua hala dengan komuniti dan agensi-agensi luar. d) Memastikan peruntuksn kewangan bengkel digunakan dengan sewajarnya.

Penolong Kanan 1 (Pentadbiran/Kurikulum)

a) Menjalankan tugas pengetua semasa ketiadaannya. b) Bertanggungjawab kepada Pengetua dalam hal kurikulum, pentadbiran, hubungan masyarakat dan keselamatan. c) Membantu Pengetua menyelia dan menilai proses pengajaran. d) Membantu Pengetua dalam semua aspek perancangan dan pengurusan sekolah.

_____________________________________________________________ Folio Kerja Kayu

Organisasi Dan Pengurusan Bengkel

______________________________________________________________________

Penolong Kanan Hal Ehwal Murid (HEM)

a) Menjalankan tugas-tugas Pengetua semasa ketiadaannya Pengetua dan Penolong Kanan 1. b) Bertanggungjawb kepada Pengetua dalam hal-hal kaunseling, keselamatan dan kebajikan pelajar, buku teks, penerbitan dan percetakan, perayaan sekolah, koperasi sekolah, kantin sekolah serta penyeliaan asrama. c) Membantu Pengetua dalam semua aspek perancangan dan pengurusan sekolah.

Ketua Bidang

a) Bertangjawb dalam hal kurikulum dan pentadbiran yang berkaitan dengan bidangnya. b) Bertanggunhjawab kepada Pengetua dalam keberkesanan pengajaran dan pembelajaran yang berkaitan dengan bidangnya. c) Mengadakan program untuk meningkatkan kecemerlangan akademik dan sahsiah pelajar. d) Membantu guru-guru di bawah bidangnya dan mempastikan pengajaran dan pembelajaran berjalan dengan lancar.

Ketua Panitia

a) Mengetuai setiap bahagian bidang mata pelajaran dan pengurusan bengkel. b) Mengadakan Mesyuarat Jawatankuasa peringkat panitia. c) Menguruskan bengkel. d) Menerima borang yang berkaitan dengan pengurusan bengkel. e) Menyimpam barang. f) Pengurusan stok dan inventori.

_____________________________________________________________ Folio Kerja Kayu

Organisasi Dan Pengurusan Bengkel

______________________________________________________________________ Penyelia Bengkel (Guru)

a) Menyelia bengkel dan memastikan operasi bengkel berjalan dengan lancar. b) Membantu tugas Ketua Panitia.

Pembantu Bengkel

a) Menyemak stok dan inventori. b) Menyediakan alatan dan bahan amali. c) Membantu guru semasa pelajar menjalankan kerja amali. d) Memastikan bengkel dibuka dan dikunci selepas digunakan. e) Menyelenggara dan membaik pulih alatan dan mesin.

Formen (Pelajar)

a) Ketua bengkel yang menerima arahan daripada guru. b) Mengurus dan menyedakan pelajar-pelajar lain untuk melaksanakan kerja penyusunan dan pembersihan peralatan bengkel. c) Memastikan pelajar mematuhi peraturan disiplin di dalam bengkel. d) Melaporkan dengan segera kepada guru jika berlaku sebarang masalah dan kes kemalangan.

Penolong Formen

a) Membantu tugas-tugas formen.

_____________________________________________________________ Folio Kerja Kayu

Organisasi Dan Pengurusan Bengkel

______________________________________________________________________ 1.2.0 PENGURUSAN BENGKEL

Pengurusan pula adalah satu aktiviti perancangan dn pergerakan atau panduan oleh sesebuah organisasi atau institusi berhubung dengan segala kaedah, peraturan, tanggungjawab, dan tugas individu. Ia juga sebagai satu proses social menetukan tanggumgjawab untuk kecekapan atau kekesanan perancangan dan pengendalian sesuatu tugas yang dilaksanakan.

Tujuan pengurusan bengkel yang berkesan adalah :

a) Merancang meningkatkan pengurusan bengkel yang sistematik, efisyen produktif berteraskan konsep tanpa cacat. b) Mewujudkan keselamatan bengkel, alatan dan bahan. c) Mengelakkan pembaziran bahan dan menjimatkan masa kerja.

dan

d) Mewujudkan suasana pengajaran dan pembelajaran yang berkesan dan bengkel yang kondusif lagi selamat. e) Menghasilkan produk yanglebih bermutu, menjimatkan bahan dan masa yang diperlukan untuk melaksanakan kerja amali seperti yang dirancang. f) Menerapkan nilai-nilai murni di kalangan pelajar. g) Mencegah daripada berlakunya kemalangan ketika melakukan kerja amali.

1.3.0

PENGURUSAN STOK

Selain pengurusan dalam organisasi, pengurusan stok juga harus dilaksanakan. Antara sistem yang perlu ada dalam pengurusan stok ialah :

a) Sistem peminjaman dan pemulangan alatan. b) Sistem rekod kecederaaan dan kemalangan. c) Sistem penggunaan bengkel dan mesin-mesin. d) Lain-lain sistem yang difikirkan perlu dan sesuai.

_____________________________________________________________ Folio Kerja Kayu

Organisasi Dan Pengurusan Bengkel

______________________________________________________________________ Terdapat beberapa elemen yang perlu dititikberatkan dalam pengurusan stok iaitu penyimpanan stok, pengeluaran stok, pemeriksaan stok, dan penyelenggaraan alatan.

1.3.1

Pengeluaran Stok

a) Barang-barang hendaklah dikeluarkan hanya atas permintaan dari guru-guru atau kakitangan yang diberi kuasa sahaja. Pengeluaran barang-barang hendaklah mengikut keperluan semasa. b) Pengeluaran barang-barang hendaklah dicatatkan dalam buku stok pada hari dikeluarkan dan hendaklah ditandatangani oleh penerima. c) Barang-barang yang telah dikeluarkan tetapi tidak digunakan hendaklah dikembalikan ke stor dan dimasuk kira dengan stok yang belum digunakan. d) Catatan hendaklah dibuat di dalam buku stok.

1.3.2

Pemeriksaan Stok

a) Pengetua hendaklah memastikan bahawa baki stok fizikal adalah sama seperti baki yang tercatat di dalam buku stok dengan menjalankan pemerikasaan stok dari semasa ke semasa. Walau bagaimanapun, pemeriksaan stok hendaklah dibuat sekurang-kurangnya dua kali setahun. b) Pemeriksaan stok bertujuan untuk memastikan stok masih boleh digunakan. Stok yang tidak boleh digunakan lagi hendaklah dihapus kira. Sekiranya selepas pemeriksaan stok terdapat kehilangan stok atau kekurangan yang tidak dapat dikesan atau dicari, perkara ini hendaklah dilaporkan kepada Ketua Jabatan supaya tindakan susulan dapat diambil.

_____________________________________________________________ Folio Kerja Kayu

Organisasi Dan Pengurusan Bengkel

______________________________________________________________________ 1.3.3 Penyelenggaraan Stok

a) Sekiranya alatan tangan telah selesai digunakan ianya perlu diselenggara untuk memanjangkan tempoh hayatnya. b) Alatan-alatan yang rosak juga perlu diperbaiki untuk mengelakkan kemalangan dan kecederaan kepada penggunanya. c) Bagi mesin-mesin yang terdapat di dalam bengkel kayu sekiranya berlaku kerosakan atau memerlukan penyelenggaraan di pusat servis maka catatan menyelenggara perlu dicatatkan di dalam kad butir-butir penyelengaraan harta modal dengan memenuhkan butir-butir seperti tarikh, butir-butir servis pembaikan, nama tempat pusat servis serta kosnya. d) Sesuatu harta modal perlu dilupuskan dari stok sekiranya ia tidak boleh digunakan akibat rosak teruk, tidak ekonomik untuk diperbaiki, lebih had tempoh hadnya, lusuh, buruk, dan cacat.

1.3.4

Penyimpanan Stok

a) Barang-barang yang diterima hendaklah disimpan dengan teratur mengikut jenis dan di tempat yang selamat. b) Stok yang belum digunakan hendaklah diasingkan daripada stok yang telah digunakan atau rosak.

_____________________________________________________________ Folio Kerja Kayu

10

Peraturan Keselamatan Bengkel

______________________________________________________________________ BAB 2

PERATURAN KESELAMATAN BENGKEL

2.1.0

PENGENALAN

Sebelum kita memasuki bengkel atau makmal maka perlukan kita mengetahui tentang keselamatan di dalam bengkel atau makmal tersebut. Pada peringkat awal, pensyarah akan menerangkan peraturan keselamatan kepada pelajar-pelajar.

Peraturan keselamatan dalam bengkel haruslah dipelajari dari semasa-ke semasa. Sewaktu kita bekerja maka perlukan kita berwaspada bagi menggelakkan satu kejadian yang tidak diinginan berlaku.

Punca-punca keselamatan yang berkaitan dengan alat-alat, perlulah dikenalpasti dan tabiat kerja yang baik serta selamat perlulah diamalkan selalu. Demikian juga bagi membolehkan semua kerja-kerja atau peralatan berkeadaan baik.

Setiap kerja yang dilakukan di dalam bengkel mesti dilaksanakan dengan mempertimbangkan keselamatan diri sendiri dan juga orang lain yang berada di persekitaran kita.

___________________________
Folio Kerja Kayu

11

Peraturan Keselamatan Bengkel

______________________________________________________________________ 2.2.0 PERATURAN KESELAMATAN BENGKEL

Terdapat tiga bahagian yang penting dalam aspek keselamatan di bengkel. Antaranya ialah:

a) Keselamatan bengkel b) Keselamatan alatan c) Keselamatan diri

2.21

Peraturan Am Bengkel

a) Bengkel hendaklah sentiasa berada dalam keadaan yang bersih dan teratur. b) Tempat khas disediakan untuk menyimpan alatan. c) Hendaklah memastikan semua alat kawalan dan perlindungan elektrik di bengkel berfungsi dengan baik. d) Laporkan kepada guru sekiranya terdapat satu keadaan bahaya. e) Pastikan semua suis di tutup ketika meninggalkan bengkel. f) Tidak bermain di bengkel. g) Tidak menumpahkan minyak di atas lantai. h) Memastikan bengkel dibekalkan dengan alat pemadam api. i) Memastikan bengkel sentiasa cerah dan mempunyai pengudaraan yang baik. j) Memastikan bengkel dibekalkan dengan peti pertolongan cemas. k) Sentiasa peka dan mematuhi perturan yang ditetapkan. l) Sentiasa bersikap bertimbang rasa dan sentiasa membantu rakan sekerja atau sekelas. m) Menyediakan peralatan yang berkaitan sahaja dengan kerja amali yang dilakukan.

___________________________
Folio Kerja Kayu

12

Peraturan Keselamatan Bengkel

______________________________________________________________________ n) Hendaklah melaporkan dengan segera kepada guru jika terdapat alatan dan mesin yang digunakan rosak dan merbahaya kepada orang lain jika digunakan. o) Kesemua jenis alat yang tajam hendaklah dibawa dengan matanya sentiasa menghala ke arah bawah. p) Membawa barang yang merbahaya atau yang panjang melalui laluan yang luas supaya tidak merbahaya kepada diri sendiri, orang lain dan objek itu sendiri.

2.2.2

Perturan Keselamatan Alatan.

a) Pastikan alatan dalam keadaan selamat sewaktu digunakan. b) Gunakan alatan yang sesuai dengan kerja yang dilakukan. c) Bersihkan alatan yang telah digunakan. d) Laporkan kepada guru sekiranya alatan yang digunakan itu rosak, hilang, dan berbahaya untuk digunakan. e) Menyimpan semua kayu yang tidak digunakan untuk projek dalam stor selepas habis kerja. f) Menyimpan barang-barang yang mudah terbakar di tempat yang selamat.

2.2.3

Peraturan Keselamatan Diri.

a) Hendaklah sentiasa mematuhi peraturan bengkel. b) Hendaklah melengkapkan diri dengan pengetahuan rawatan asas pertolongan cemas. c) Laporkan kepada guru serta-merta sekiranya berlaku kemalangan. d) Pemakaian seperti jaket, tali leher, barang-barang kemas perlu dielakkan semasa melakukan kerja-kerja bengkel. e) Seseorang yang berambut panjang perlu mengikat rambutnya. f) Baju berlengan panjang perlu digulung hingga ke siku ___________________________
Folio Kerja Kayu

13

Peraturan Keselamatan Bengkel

______________________________________________________________________ g) Gunakan kasut sesuai. h) Beri perhatian kepada kerja dan alat yang digunakan. i) Jangan melakukan kerja-kerja bengkel dalam keadaan yang penat, mengantuk atau kurang sihat. j) Gunakan cermin mata keselamatan dan alat pelindung muka untuk melindungi mata. k) Gunakan alat perlindungan telinga ketika menggunakan mesin-mesin elektrik. l) Gunakan alat penapis habuk ketika berada dalam bengkel kayu. m) Menutup suis setiap kali hendak membuat penyesuaian. n) Mendapatkan kebenaran daripada guru sebelum menggunakan mesin.

2.3.0

JENIS-JENIS KEMALANGAN DI DALAM BENGKEL

Terdapat pelbagai jenis kemalangan yang boleh berlaku di dalam bengkel. Berikut adalah contoh-contoh yang boleh menjadi punca kepada kemalangan semasa berada di dalam bengkel:

a) Tabiat cuai dan tidak mengambil berat tentang peraturan keselamatan. b) Pakaian yang dipakai tidak sesuai dengan keadaan kerja di bengkel. c) Amalan kerja yang tidak betul adalah mengundang faktor kemalangan. d) Pergerakan yang tidak sepatutnya dilakukan ketika berada di dan

bengkel.Contohnya sebagainya.

bergurau-senda

dengan

rakan-rakan,berlari-lari

e) Suasana tempat kerja tidak sesuai dengan kerja yang dilakukan

___________________________
Folio Kerja Kayu

14

Peraturan Keselamatan Bengkel

______________________________________________________________________ 2.3.1 Kebakaran Api merupakan bahaya paling serius yang sering dihadapi di bengkel kayu. Walaupun prosedur dan latihan yang rapi dapat meminimumkan kemungkinan berlakunya kebakaran, setiap bengkell masih perlu bersedia untuk menghadapi kejadian kecemasan kebakaran jika ianya berlaku. Kelas kebakaran a) Kelas A Bahan mudah terbakar atau bahan berserabut seperti kayu, kertas, kain, getah dan plastik. b) Kelas B Cecair mudah nyala dan mudah terbakar seperti minyak petrol, minyak tanah, pelarut cat dan pelarut organik biasa yang digunakan di dalam makmal. c) Kelas C Peralatan elektrik seperti perkakasan elektrik, suis, kotak panel, hot plates dan lain-lain. Air ialah bahan pemadam api yang amat bahaya untuk kebakaran kelas C kerana mempunyai risiko kejutan elektrik. d) Kelas D Bahan logam tertentu mudah terbakar seperti magnesium, titanium, kalium dan natrium termasuk reagen organologam seperti alkyllitiums, Grignards dan diethylzinc. Bahan-bahan ini terbakar pada suhu yang tinggi dan memberikan oksigen yang secukupnya untuk membantu pembakaran.

___________________________
Folio Kerja Kayu

15

Peraturan Keselamatan Bengkel

______________________________________________________________________ Periksa bahaya kebakaran yang mungkin terjadi di bengkel.


Adakah alat pemadam api tersedia ? Adakah anda tahu menggunakannya ? Adakah alat pemadam api anda sesuai untuk melawan kebakaran yang akan dihadapi ?

Pencegahan kebakaran a) Rancang kerja Majoriti kebakaran makmal berpunca dari kesilapan prosedur atau kelalaian b) Beri perhatian kepada penjagaan kebersihan Jaga ruang kerja supaya tidak berselerak dan bersihkan selalu Kosongkan bakul sampah di dalam bengkel pada penghujung hari

c) Beri perhatian kepada amalan keselamatan yang betul Perhatian kepada penggunaan alat Pakai pakaian bersesuaian dan alat perlindungan diri Elakkan bekerja bersendirian Adakan pelan kecemasan bertulis Adakan latihan kecemasan dan belajar menggunakan peralatan kecemasan yang disediakan d) Tahu apa hendak dilakukan apabila berlaku kecemasan Tahu di mana barang-barang seperti alat pemadam api terdekat, kotak penggera kebakaran, pintu keluar, telefon, shower/eyewash, peti pertolongan cemas dan lain-lain.

___________________________
Folio Kerja Kayu

16

Peraturan Keselamatan Bengkel

______________________________________________________________________ 2.4.0 PERALATAN KESELAMATAN BENGKEL

2.4.1

Pengenalan

Di dalam susunan keutamaan mengenai langkah-langkah kawalan yang diambil untuk keselamatan dan kesihatan di bengkel, kegunaan peralatan keselamatan untuk mencapai matlamat ini, berada di tahap yang paling rendah berbanding dengan langkahlangkah kawalan yang lain seperti penghapusan penggunaan bahan-bahan berbahaya melalui proses-proses baru; penggantian bahan-bahan berbahaya dengan bahan-bahan yang kurang berbahaya melalui pengubahsuaian proses; pengurangan kegunaan bahanbahan berbahaya dan akhir sekali kawalan kejuruteraan seperti peredaran udara, pengasingan proses dan lain-lain bagi mengurangkan pendedahan.

___________________________
Folio Kerja Kayu

17

Peraturan Keselamatan Bengkel

______________________________________________________________________ 2.4.2 Peralatan Keselamatan Diri

Adalah penting untuk mengetahui pelbagai jenis peralatan keselamatan yang ada dan memahami sepenuhnya penggunaan peralatan keselamatan dan penjagaan peralatan tersebut.

Cermin Mata Keselamatan

Cermin mata keselamatan memberikan perlindungan minimum daripada bahaya yang tidak dijangka

berbanding dengan goggles atau pelindung muka yang memberikan perlindungan yang lebih kepada mata dan muka ketika menjalankan kerja-kerja berbahaya.

Pelindung muka

Pelindung muka boleh memberikan perlindungan yang lebih kepada mata dan muka dan hendaklah digunakan pada bila-bila masa sebagai tambahan kepada cermin mata keselamatan dan goggles.

Sarung tangan

Terdapat berbagai jenis sarung tangan perlindungan. Sarung tangan hendaklah selalu dibasuh dan dibersihkan untuk kerja-kerja bahaya.

Buka sarung tangan yang dicemari sebelum memegang pintu almari, paip air, peralatan, botol, suis dan alatkawal elektrik yang mungkin akan dipegang oleh pekerja lain.

Jangan berkongsi sarung tangan. Sarung tangan yang telah dicemari hendaklah dibuang selepas diguna dan diganti dengan yang baru.

___________________________
Folio Kerja Kayu

18

Peraturan Keselamatan Bengkel

______________________________________________________________________ Selimut Kebakaran Selimut kebakaran digunakan untuk memadam api kecil atau kebakaran pada pakaian. Ia diletakkan di tempat-tempat strategik dan mudah diambil untuk digunakan.

Kasut

Kasut yang sesuai hendaklah dipakai. Kasut yang terbuka di bahagian hadapan yang

menampakkan jari kaki, sandal, selipar dan kasut kanvas tidak boleh memberikan perlindungan sepenuhnya kepada kaki.

Pelindung telinga

Memberi

perlindungan

kepada

deria

pendengaran

daripada bunyi yang boleh merosakkan telinga. Kelengkapan ini juga memberi pelindungan pada bahagian kepala.

___________________________
Folio Kerja Kayu

19

Peraturan Keselamatan Bengkel

______________________________________________________________________ 2.4.3 Peralatan Keselamatan Bengkel

Peti pertolongan cemas

Kandungan peti pertolongan cemas

Di mana-mana tempat kerja, perkara paling asas apabila memperkatakan tentang isu keselamatan ialah sebuah peti pertolongan cemas yang lengkap. Peti ini seharusnya lengkap dan diletakkan di tempat yang strategik supaya senang diambil oleh sesiapa yang memerlukannya. Seseorang perlu ditugaskan untuk menjaganya dan menambah barang yang telah habis digunakan.

Antara kandungan yang seharusnya terdapat di dalam kotak pertolongan cemas ialah:

a) Akriflavin ( ubat kuning ) b) Ubat pembasmi kuman ( antiseptik ) c) Kapas d) Pembalut luka e) Forsep f) Gunting g) Plaster luka h) Pin keselamatan

___________________________
Folio Kerja Kayu

20

Peraturan Keselamatan Bengkel

______________________________________________________________________ Alat Pemadam Api

Terdapat dua jenis alat pemadam api yang sering digunakan di dalam bengkel kayu iaitu alat pemadam api bahan kimia kering tertekan (Jenis BC atau ABC) dan karbon dioksida.

Sebagai tambahan, bengkel juga perlu mempunyai alat pemadam api serbuk kering kelas D untuk digunakan bagi kebakaran logam mudah menyala (satu baldi berisi pasir kering boleh digunakan, tetapi bengkel perlu ada unit kelas D jika terlibat dengan logam-logam mudah menyala).

Alat-alat pemadam api berasaskan air adalah tidak dibenarkan untuk digunakan di dalam bengkel.

Rajah

1 Rajah

Alat Pemadam Api Bahan Kimia Alat Pemadam Api CO 2 Kering

___________________________
Folio Kerja Kayu

21

Peraturan Keselamatan Bengkel

______________________________________________________________________ Berikut adalah kegunaan biasa alat-alat pemadam api:

Alat pemadam api air Alat pemadam api air sesuai digunakan untuk kebakaran kelas A (kertas dan sebagainya), tetapi tidak untuk kebakaran kelas B, C dan D seperti kebakaran cecair, elektrik atau bahan kimia reaktif. Dalam kes-kes ini, api akan merebak atau bahaya akan bertambah. Alat pemadam api bahan kimia kering Alat pemadam api bahan kimia kering sesuai untuk kebakaran kelas ABC dan adalah yang terbaik. Ia mempunyai kebaikan berbanding alat pemadam api karbon dioksida kerana ia meninggalkan lapisan bahan tidak terbakar di atas bahan yang dipadamkan yang mana boleh mengurangkan kemungkinan menyala semula. Terdapat dua jenis alat pemadam api bahan kimia kering: i) Alat pemadam api jenis BC mengandungi natrium atau kalium bikarbonat ii) Alat pemadam api jenis ABC mengandungi ammonium fosfat Alat pemadam api karbon dioksida Alat pemadam api karbon dioksida adalah untuk kebakaran kelas B dan C. Ianya tidak berapa berkesan bagi kebakaran kelas A kerana bahan yang terlibat selalunya menyala semula. Alat pemadam api karbon dioksida mempunyai kelebihan berbanding bahan kimia kering kerana ianya tidak meninggalkan sisa yang berbahaya, pilihan terbaik untuk kebakaran elektrik ke atas peralatan-peralatan elektrik. Sila ambil perhatian bahawa alat pemadam api karbon dioksida adalah tidak sesuai untuk kebakaran yang melibatkan logam mudah menyala seperti litium alkil dan natrium kerana karbon dioksida akan bertindakbalas dengan logam-logam tersebut. Alat pemadam api karbon dioksida adalah tidak

___________________________
Folio Kerja Kayu

22

Peraturan Keselamatan Bengkel

______________________________________________________________________ diluluskan untuk kebakaran kelas D. Alat pemadam api logam/pasir Alat pemadam api logam/pasir adalah untuk logam mudah menyala (kebakaran kelas D). Makmal perlu mempunyai unit kelas D yang diluluskan jika kerja melibatkan logam-logam mudah nyala. Kebakaran kecil di bengkel boleh dikawal dengan mudah menggunakan alat pemadam api bahan kimia kering (ABC) atau karbon dioksida.

Cara menggunakan alat pemadam api

P... Pull Cabut kunci picu A... Aim extinguisher

out

safety

pin

nozzle

at

the

base

of

the

flames

Halakan pemancur alat pemadam api ke pangkal api S... Squeeze trigger while holding the extinguisher upright

Tekan pemicit semasa memegang alat pemadam api secara menegak S... Sweep the extinguisher from side to side, covering the area of the fire with the extinguishing agent

Gerakkan alat pemadam api supaya meliputi kawasan kebakaran dengan agen pemadam api

___________________________
Folio Kerja Kayu

23

Peraturan Keselamatan Bengkel

______________________________________________________________________ 2.5.0 ASAS PERTOLONGAN CEMAS

2.5.1

Pengenalan

Pertolongan cemas adalah bantuan segera yang diberikan kepada orang yang cedera sebelum golongan profesional seperti doktor atau jururawat mengambil alih.

Kepentingan peranan golongan bukan profesional dalam memberikan rawatan yang tepat dan cepat kepada mangsa yang cedera, sama ada di rumah atau semasa bekerja di bengkel tidak boleh dipandang ringan. Seorang doktor tidak selalunya dapat merawat dengan segera, ia akan mengambil sedikit masa sebelum mangsa yang cedera dapat menerima bantuan profesional.

Memberi pertolongan cemas yang sempurna memerlukan beberapa kemahiran asas, pengetahuan, latihan dan kepakaran. Walaupun di bengkel terdapat kumpulan tertentu yang dilatih khas untuk memberi pertolongan cemas, pihak yang lain di dalam sesuatu organisasi patut sekurang-kurangnya tahu asas-asas yang perlu dilakukan apabila berlaku kesakitan atau kecederaan secara tiba-tiba.

Walaupun tindakan pantas adalah sangat penting, terdapat beberapa perkara yang perlu dipertimbangkan sebelum cuba mengendalikan pertolongan cemas.

a) Berjaga-jaga dengan bahaya di sekeliling anda atau mangsa seperti elektrik, api, wap dan lain-lain, jika tidak pemberi pertolongan cemas itu sendiri yang akan mengalami kecelakaan. b) Bertenang, berfikir dengan jelas dan terus menenangkan mangsa yang cedera supaya dia berasa yakin dan tidak cemas. c) Tahu batasan anda jangan cuba melakukan lebih daripada apa yang anda ketahui atau lebih daripada yang layak dilakukan. d) Serahkan kepada golongan profesional untuk mengambil alih sebaik sahaja mereka sampai. Panggil ambulans atau hantar mangsa yang cedera ke hospital secepat mungkin, jika perlu. ___________________________
Folio Kerja Kayu

24

Peraturan Keselamatan Bengkel

______________________________________________________________________

2.5.2

Prinsip-prinsip am pertolongan cemas

Prinsip-prinsip am bagi pertolongan cemas pada asasnya adalah sama tanpa mengira tempat atau persekitaran. Bagaimanapun sesetengah kecederaan lebih berkemungkinan terjadi di tempat kerja berbanding di rumah atau di jalanraya. Kita akan bataskan buletin ini kepada kemalangan atau kecederaan yang lebih berkemungkinan akan berlaku di tempat kerja dan pertolongan cemas berkaitan yang perlu diberikan.

2.5.3

Asas Rawatan Kemalangan dan Kecederaan

Dalam sebuah bengkel kayu, beberapa kecederaan atau kemalangan tertentu lebih berkemungkinan untuk berlaku berbanding yang lain. Walaupun langkah berjagajaga telah diambil, seseorang mesti sentiasa bersedia untuk menghadapi kejadian yang tidak disangka. Kecederaan yang mungkin berlaku termasuklah (tetapi tidak terhad kepada yang berikut sahaja):

a) Terbakar dan melecur akibat kebakaran atau tumpahan bahan kimia. b) Kesukaran bernafas akibat kebocoran gas. c) Keracunan bahan kimia. d) Luka-luka dan lebam.

___________________________
Folio Kerja Kayu

25

Peraturan Keselamatan Bengkel

______________________________________________________________________ Terbakar dan melecur

Luka dari terbakar (selaran) adalah akibat daripada haba yang kering daripada kebakaran atau bahan mengkakis; melecur adalah disebabkan oleh haba yang basah seperti : wap atau cecair panas.

Selaran juga boleh disebabkan oleh sejuk yang keterlaluan seperti: menyentuh wap-wap beku seperti nitrogen cecair dan karbon dioksida pepejal (ais kering).Objektif utama apabila merawat kesan selaran atau melecur ialah untuk menghalang renjatan, mengelakkan jangkitan dan melegakan kesakitan.

Renjatan ialah kekurangan isipadu edaran darah yang kritikal di mana jumlah yang tinggal tidak mencukupi untuk memenuhi keperluan tisu badan. Pesakit akan kelihatan pucat dan kulitnya sejuk dan melekit. Pesakit mungkin berasa cepat loya dan muntah dengan denyutan nadi menjadi cepat tetapi lemah.

Apa yang perlu dilakukan;

Hentikan/kurangkan

kesan

terbakar

dengan

penyejukan

pantas

untuk

menghalang kerosakan yang lebih teruk kepada tisu-tisu. Kurangkan bengkak dan ringankan kesakitan dengan menyiram air sejuk. Dalam kes yang melibatkan terbakar akibat bahan kimia, kepantasan adalah sangat penting. Curahkan air sejuk dengan banyak kepada bahagian yang terlibat.

Untuk kesan selaran di tangan, cuci di bawah aliran air paip, untuk terbakar di bahagian badan yang lain gunakan pancuran air kecemasan dan untuk mata, gunakan tempat mencuci mata yang terdapat di makmal.

___________________________
Folio Kerja Kayu

26

Peraturan Keselamatan Bengkel

______________________________________________________________________

Lindungi bahagian yang terbakar. Kulit terbakar yang terdedah sangat mudah dijangkiti kuman. Lindungi bahagian yang terlibat sebaik-baiknya dengan sterile burn sheet. Jika tiada, kain yang bersih dan tidak bulu juga boleh digunakan.

Dapatkan bantuan perubatan yang sepatutnya secepat mungkin kecuali terbakar di permukaan yang sangat kecil.

Apa yang perlu dielakkan;


Jangan sentuh bahagian yang cedera Jangan pecahkan apa-apa kesan melecur yang menggelembung Jangan sapu losen, salap atau bahan lemak ke tempat yang cedera.

Kesukaran

bernafas

Gangguan kepada proses pernafasan normal mungkin mendatangkan bahaya dan boleh mengakibatkan lemas. Lemas terjadi apabila udara tidak dapat memasuki paruparu akibat terdapatnya benda asing di tekak atau hidung atau disebabkan udara dipenuhi oleh habuk atau asap.

Di dalam bengkel, punca kesukaran bernafas paling utama ialah akibat sedutan wasap-wasap sama ada daripada asap atau habuk kayu. Asap atau habuk kayu dalam ruang yang tertutup boleh melemaskan penyelamat. Oleh itu adalah sangat mustahak untuk meneliti situasi tersebut sebelum cuba memasukinya. Sentiasa gunakan peralatan perlindungan sebelum cuba menyelamatkan mangsa yang lemas akibat asap.

___________________________
Folio Kerja Kayu

27

Peraturan Keselamatan Bengkel

______________________________________________________________________

Luka dan lebam

Luka atau luka terbuka ialah satu keadaan apabila kulit terbuka atau terkoyak dan berlaku kehilangan darah dan bendalir lain melaluinya. Luka juga terdedah kepada kemasukan kuman ke dalam badan.

Luka tertutup ialah satu keadaan apabila darah terbebas daripada sistem peredarannya tetapi bukan daripada badan keadaan ini juga dikenali sebagai pendarahan dalaman.

Dalam kes bagi mana-mana kecederaan, kebersihan mesti dijaga terutamanya bagi kecederaan yang melibatkan luka terbuka kerana ia lebih cenderung untuk dimasuki kuman ke dalam badan yang boleh mengakibatkan jangkitan yang serius kelak.

Oleh itu setiap orang perlu berhati-hati terhadap sebarang jangkitan yang mungkin dihidapi oleh mangsa kerana darah daripada luka yang terbuka mungkin mengandungi kuman.

Lebam terjadi apabila badan terkena hentakan daripada objek yang tumpul. Kapilari-kapilari darah pecah dan memasuki tisu-tisu, memberikan kesan biru kehitaman pada permukaan kulit.

Di dalam bengkel, luka biasanya disebabkan oleh objek-objek tajam seperti alatalat tangan dan mesin-mesin kerja kayu terutamanya semasa menggunakannya.

___________________________
Folio Kerja Kayu

28

Peraturan Keselamatan Bengkel

______________________________________________________________________ Perkara yang perlu dilakukan:


Kehilangan darah mesti dikawal dengan menekan luka tersebut. Cuci luka dengan air bersih untuk menghalang pencemaran kuman atau bahan kimia daripada pecahan kaca.

Bahagian yang cedera perlu ditinggikan untuk mengurangkan aliran darah keluar dari badan.

Luka mesti dibalut untuk mencegah jangkitan.

Secara kasar, kemalangan di bengkel seringkali melibatkan kecederaan minor, bagaimanapun pentingnya rawatan segera dan tepat tidak boleh diabaikan. Walaupun kemungkinan berlakunya kemalangan yang memerlukan rawatan pertolongan cemas yang serius seperti CPR (Pemulihan Pernafasan Mulut ke Mulut), rawatan untuk kecederaan elektrikal, rawatan untuk tulang patah dan retak lebih jarang berlaku, ia tetap perlu dilakukan bersama-sama oleh orang-orang yang telah menerima latihan secukupnya.

Sentiasa terdapat beberapa perbezaan pendapat mengenai butir-butir rawatan untuk setiap kecederaan tetapi prinsip asasnya adalah serupa. Apa yang lebih penting ialah perlunya ada kesedaran dan pengetahuan dalam pertolongan cemas dan di setiap tempat kerja harus mempunyai pasukan pertolongan cemas yang terlatih dan mempunyai peralatan mencukupi untuk menangani apa-apa kecemasan.

___________________________
Folio Kerja Kayu

29

Alatan Tangan Kerja Kayu

______________________________________________________________________ BAB 3 ALATAN TANGAN KERJA KAYU

Pada amnya alatan tangan dalam kerja kayu dapat dikelompokkan kepada empat kategori utama iaitu :

a) Alat mengukur dan menanda b) Alat memotong dan menajam c) Alat mengapit dan menyangga d) Alat menukul dan memutar

3.1.0

ALAT MENGUKUR

Dalam melakukan kerja kayu, kayu projek hendaklah diukur terlebih dahulu. Kerja-kerja mengukur merupakan asas dalam pertukangan kayu selepas pemilihan kayu projek yang betul dijalankan.

Tujuan kerja-kerja mengukur dilakukan adalah supaya projek dapat dihasilkan dengan ukuran yang tepat tanpa berlaku pembaziran kayu. Antara alat-alat yang digunakan untuk mengukur adalah seperti pembaris keluli, pita pengukur, sesiku L, dan pengukur berlipat.

_____________________________________________________________ Folio Kerja Kayu

30

Alatan Tangan Kerja Kayu

______________________________________________________________________ Pembaris keluli

Pembaris keluli merupakan alat yang digunakan untuk mengukur jarak atau menghasilkan garis lurus. Dalam kerja-kerja kayu pembaris kebiasaannya digunakan untuk proses pengukuran dan menguji kerataan kayu.

Pembaris keluli biasanya terdapat dalam pelbagai saiz, antaranya 150mm (6inci), 300mm (12inci), 600mm (24inci), dan 1m. Permukaan pembarisnya mempunyai skala pengukuran dalam unit inci dan cm.

Penggunaan pembaris keluli;

_____________________________________________________________ Folio Kerja Kayu

31

Alatan Tangan Kerja Kayu

______________________________________________________________________ Pita Pengukur Skru pengunci

Bilah pengukur

Pita pengukur ialah alat yang digunakan untuk memindahkan ukuran dan mengukur jarak yang lebih panjang. Panjang pita pengukur adalah antara 2.0m hingga 8.0m dan biasanya diperbuat daripada keluli mudah lentur.

Penggunaan pita pengukur;

_____________________________________________________________ Folio Kerja Kayu

32

Alatan Tangan Kerja Kayu

______________________________________________________________________ Sesiku-L Saiz

Tonggak

Bilah Sesiku L diperbuat daripada keluli dan bersudut 90. Saiz sesiku L ditentukan oleh panjang bilahnya. Pada kebiasaannya saiz bilah antara 6inci hingga 12 inci dan pemegang antara 4 3/8inci hingga 8inci.

Selain mengukur, alat ini juga mempunyai kegunaan yang lain seperti; Menentukan ketepatan sudut 90o Menguji kepersegian tepi kayu Menguji kerataan permukaan kayu Membuat garisan bersudut tepat

Penggunaan sesiku-L

_____________________________________________________________ Folio Kerja Kayu

33

Alatan Tangan Kerja Kayu

______________________________________________________________________ 3.2.0 ALAT MENANDA

Proses penandaan dalam kerja kayu biasanya adalah untuk memudahkan kerjakerja pemotongan, memahat dan sebagainya. Antara alat-alat yang digunakan untuk kerja-kerja menanda adalah seperti pensel tukang, pisau pananda, tolok penanda, senggerik dan tolok serong.

Pensel Penanda

Pemegang kayu

Grafit

Pensel penanda mempunyai segi mata dan badan pensel yang lebih tebal serta lebar dan permukaannya berbentuk segiempat tepat. Pensel penanda juga mengandungi grafit yang tebal dan keras.

Terdapat pelbagai jenis pensel yang digunakan dalam kerja kayu;

Pelbagai jenis pensel yang digunakan dalam kerja kayu


_____________________________________________________________ Folio Kerja Kayu

34

Alatan Tangan Kerja Kayu

______________________________________________________________________ Pensel penanda yang digunakan dalam kerja kayu juga terdapat dalam pelbagai saiz dan gred.

9H 8H 7H 6H 5H 4H 3H 2H H F HB B 2B 3B 4B 5B 6B 7B 8B 9B Keras Sederhana Lembut

Penggunaan pensel penanda;

Cara yang betul

Cara yang salah

_____________________________________________________________ Folio Kerja Kayu

35

Alatan Tangan Kerja Kayu

______________________________________________________________________ Pisau Penanda

Skru pelaras

Pemegang Bilah pisau

Pisau ini khas digunakan untuk menanda garisan yang akan dipotong dengan gergaji atau pahat semasa membuat tanggam. Kayu projek yang ditanda dengan menggunakan pisau penanda akan memudahkan kerja pemotongan kerana sudah mempunyai alur atau lekok.

Terdapat pelbagai jenis pisau penanda yang digunakan dalam kerja kayu. Jenisjenis pisau penanda yang digunakan adalah bergantung kepada kerja-kerja kayu yang akan dilaksanakan.

Pelbagai jenis pisau penanda Penggunaan pisau penanda;

_____________________________________________________________ Folio Kerja Kayu

36

Alatan Tangan Kerja Kayu

______________________________________________________________________ Tolok Penanda Skru pengunci Pemegang Taji

Kepala

Tolok penanda digunakan untuk membuat garisan selari dengan muka atau tepi kayu bagi menandakan ukuran lebar atau tebal kayu. Tolok penanda juga boleh menghasilkan garis panduan pada kayu untuk memudahkan kerja-kerja mengergaji dan memahat dalam proses membina tanggam.

Tolok penanda boleh diperbuat daripada kayu atau logam manakala tajinya pula diperbuat daripada logam yang keras.

Terdapat pelbagai jenis tolok yang digunakan dalam kerja kayu mengikut fungsi yang tertentu;

Tolok tanggam Digunakan khas untuk membuat garis pemandu yang selari untuk membina tanggam. Alat ini mempunyai dua taji yang boleh dilaraskan mengikut lebar tanggam yang diperlukan.

Tolok pemotong Biasanya alat ini digunakan khas untuk membuat garis penandaan yang berserenjang dengan alur kayu yang kasar. Tolok jenis ini juga digunakan untuk memotong papan yang nipis dan lembut.

_____________________________________________________________ Folio Kerja Kayu

37

Alatan Tangan Kerja Kayu

______________________________________________________________________

Penggunaan tolok penanda;

Membuat garis selari dengan tepi kayu

Cara mendapatkan ukuran

Menghasilkan dua garis yang selari menggunakan tolok tanggam.

Melaras taji mengikut saiz mata pahat.

Menggunakan tolok pemotong untuk membuat garis panduan berserenjang dengan alur kayu yang kasar.
_____________________________________________________________ Folio Kerja Kayu

38

Alatan Tangan Kerja Kayu

______________________________________________________________________

Tolok Serong

Bilah tonggak Skru pengunci

Tolok serong ini digunakan untuk menanda atau menguji sesuatu garisan yang terdiri daripada pelbagai sudut pada tepi kayu serta untuk memindahkan sudut yang bukan 90.

Panjang matanya antara 150mm hingga 400mm. Tidak seperti sesiku-L, sudutnya boleh diubah-ubah dan diketatkan dengan skru pengunci.

Penggunaan tolok serong adalah seperti berikut;

Memindahkan sudut

Pelbagai cara menghasilkan sudut 45o

_____________________________________________________________ Folio Kerja Kayu

39

Alatan Tangan Kerja Kayu

______________________________________________________________________

3.1.2

ALAT MEMOTONG

Kerja memotong dilakukan untuk menyediakan kayu projek kepada bentuk dan saiz yang dikehendaki. Alat-alat yang digunakan untuk proses ini adalah seperti gergaji kerat, gergaji belah, gergaji puting, gergaji bajang, gergaji tebuk, dan gergaji lengkung halus.

Gergaji Kerat (Gergaji Tangan)

Bilah

Pemegang

Gigi

Panjang

Fungsi utama gergaji kerat adalah untuk membelah kayu atau mengerat kayu. Ia juga digunakan khas untuk mengerat secara melintang ira kayu yang tebal walaupun ia boleh digunakan untuk membelah kayu yang nipis.

Gergaji ini mempunyai panjang antara 24 inci hingga 26 inci dan 5 gigi setiap inci dan saiznya ditentukan oleh panjang bilahnya. Giginya berbentuk pisau di hujungnya dan tepi hadapannya bersudut di antara 70 hingga 80 kepada garisan giginya. Bilangan giginya ialah 5 hingga 9 bilah per 25mm.

_____________________________________________________________ Folio Kerja Kayu

40

Alatan Tangan Kerja Kayu

______________________________________________________________________

Spesifikasi gigi gergaji kerat

Penggunaan gergaji kerat;

Semasa proses mengerat kayu, sudut antara gergaji dengan permukaan kayu saharusnya bersudut 45o .

Apabila membelah kayu hendaklah dicondongkan gergaji kira-kira 60o daripada kayu. Kerja mengerat mestilah bermula dengan menarik gergaji ke belakang dan kemudian menolak pula kehadapan. Mata gergaji di condongkan 45 semasa mengerat.

_____________________________________________________________ Folio Kerja Kayu

41

Alatan Tangan Kerja Kayu

______________________________________________________________________ Gergaji Belah

Bilah

Pemegang

Gigi

Gergaji belah adalah gergaji yang digunakan khas untuk membelah kayu yang tebal iaitu menggergaji di sepanjang ira kayu. Gergaji ini membelah kayu secara memanjang seperti membelah pantai lantai.

Gergaji belah mempunyai gigi yang bentuknya serupa dengan mata pahat, dan tepi hadapannya bersudut tepat dengan garisan giginya. Bilangan giginya ialah 3 hingga 6 bilah per 25mm. Saiz gigi ada tiga jenis iaitu kecil, sederhana dan besar, dan penggunaannya bergantung kepada ketebalan kayu.

Spesifikasi gigi gergaji belah


_____________________________________________________________ Folio Kerja Kayu

42

Alatan Tangan Kerja Kayu

______________________________________________________________________ Gergaji Puting

Gergaji puting digunakan untuk memotong kayu yang bersaiz kecil dan mengerat secara lurus untuk membuat tanggam seperti membuat tanggam puting dan sebagainya.

Gergaji ini juga mempunyai gigi yang kecil, 12 hingga 14 bilah per 25mm. Panjangnya ialah antara 200mm hingga 450mm. Gergaji puting dikuatkan dengan patil keluli di belakang matanya manakala pemegang gergaji ialah jenis tertutup.

Penggunaan gergaji puting:

Sudut yang sesuai bagi kerja pemotongan menggunakan gergaji puting ialah 15 hingga 20

Cara memegang kayu dan gergaji puting

_____________________________________________________________ Folio Kerja Kayu

43

Alatan Tangan Kerja Kayu

______________________________________________________________________ Gergaji Bajang

Gergaji bajang digunakan untuk membuat tanggam yang pemasangannya lebih ketat dan tepat terutama dalam membuat tanggam bajang. Ia juga membenarkan pelbagai jenis potongan.

Gergaji bajang mempunyai gigi yang lebih kecil iaitu 18 hingga 22 bagi setiap inci. Gergaji bajang mempunyai dua bahagian utama iaitu bahagian frame atau muka yang boleh dilaraskan dan bahagian bilah.

Panjang bilah adalah antara 8inci hingga 16inci. Pada bahagian hujung bilah, terdapat lubang yang membolehkannya bergabung dengan frame.

_____________________________________________________________ Folio Kerja Kayu

44

Alatan Tangan Kerja Kayu

______________________________________________________________________ Gergaji Tebuk

Bilah

Pemegang

Gergaji tebuk digunakan untuk memotong benda kerja yang lurus dan melengkung di bahagian dalam.

Gergaji tebuk mempunyai mata yang halus dan bentuk yang tirus. Panjangnya adalah antara 300mm hingga 450mm.

_____________________________________________________________ Folio Kerja Kayu

45

Alatan Tangan Kerja Kayu

______________________________________________________________________ Gergaji Lengkung Halus

Bingkai

Hulu

Mata

Gergaji lengkung halus adalah untuk membuat lengkung yang sempit atau bulatan pada papan nipis pada bahagian dalam dan luar.

Mata gergaji lengkung halus sangat halus dan dipasangkan pada bingkai logam yang tegap. Mata gergaji ini juga dipasang menghala ke hulu. Panjang matanya ialah 150mm. Gergaji ini juga mempunyai bilah yang kecil.

Cara membuat lengkung menggunakan gergaji lengkung halus

_____________________________________________________________ Folio Kerja Kayu

46

Alatan Tangan Kerja Kayu

______________________________________________________________________ 2.5 ALAT MENYANGGA

Antara alat-alat yang digunakan untuk kerja-kerja mengapit dan menyangga adalah seperti ragum meja kayu, apit G, apit rencong, apit panjang, dan apit pendek.

Ragum Meja Kayu

Ragum meja kayu diperbuat daripada besi tuangan dalam beberapa saiz dan bentuk. Bahagian asasnya ialah sepasang gigi dilaraskan pada sepasang besi yang bergear. Permukaan pada giginya dilapikkan dengan sekeping papan untuk menjaga keselamatan bahagian kerja yang diapitkan supaya tidak tercacat akibat apitan yang ketat.

Ragum meja kayu

Ragum ini dipasakkan pada meja reja kayu untuk mengapit dan menyangga bahagian kayu semasa bahagian tersebut dikerjakan. Seperti semasa kerja mengetam, menggergaji, menggerudi, dan sebagainya. Pengapitan seperti ini mesti dilakukan supaya bahagian kayu tidak bergerak atau lari semasa dikerjakan. Perbuatan ini membolehkan kerja dibuat dengan cepat dan sempurna disamping menjaga keselamatan bagi bahan-bahan, alat-alat, dan juga pekerja-pekerja.
_____________________________________________________________ Folio Kerja Kayu

47

Alatan Tangan Kerja Kayu

______________________________________________________________________

Ragum meja kayu yang dipasakkan

Apit G

Apit G diperbuta daripada besi tuangan yang berbentuk G dalam beberapa saiz. Apit ini digunakan untuk mengapit bahagian kerja muka ke muka, kerja-kerja am, mengikat benda sementara, dan sebagainya.

Apit G

_____________________________________________________________ Folio Kerja Kayu

48

Alatan Tangan Kerja Kayu

______________________________________________________________________ Apit Rencong

Apit rencong diperbuat daripada aluminium atau besi taungan. Fungsi apit rencong ialah untuk menetapkan kedua-dua bahagian kayu yang bertanggam rencong apabila diglu atau dipakukan seperti dalam pemasangan kerangka gambar.

Apit rencong

_____________________________________________________________ Folio Kerja Kayu

49

Alatan Tangan Kerja Kayu

______________________________________________________________________ Apit Panjang

Apit panjang diperbuat daripada besi tuangan atau aluminium. Apit panjang terdapat dalam pelbagai saiz panjang. Antaranya ialah 0.6m, 0.9m, 1.2m, 1.5m, dan 1.8m. Jenis apit ini ialah untuk mengapitkan beberapa keping papan semasa diglukan.

Apit panjang

Apit panjang juga digunakan semasa memasang tanggam, pemidang pintu, tingkap, bagan perabot, dan lain-lain lagi. Apabila melakukan pengapitan, sekeping kayu hendaklah dilapikkan di antara blok apit dengan bahagian kayu yang dikerjakan untuk mencegah kesan kecacatan dari berlaku pada bahagian tepi kayu tersebut.

Cara guna apit panjang yang salah dan betul

_____________________________________________________________ Folio Kerja Kayu

50

Alatan Tangan Kerja Kayu

______________________________________________________________________ Apit Pendek

Bentuk apit pendek adalah sama seperti apit panjang. Kelainannya ialah pada panjangnya. Panjang yang biasa pada apit pendek ialah berukuran 150mm, 300mm, dan 450mm sahaja.

Apit pendek

Apit pendek digunakan untuk merapatkan tanggam dan kerja-kerja lain yang tidak melebihi apit panjang.

Kegunaan apit pendek

_____________________________________________________________ Folio Kerja Kayu

51

Alatan Tangan Kerja Kayu

______________________________________________________________________ 2.6 ALAT MENGETAM

Kerja-kerja mengetam dilakukan untuk menyediakan kayu projek kepada bentuk dan saiz yang dikehendaki. Kerja mengetam adalah untuk menajam dan memotong hanya sebahagian kecil sahaja pada kayu projek yang tidak memerlukan kerja menggergaji. Terdapat pelbagai jenis ketam tangan yang digunakan dalam kerjakerja mengetam di dalam bengkel. Ketam yang selalu digunakan dalam membuat kerja kayu dan perabut ialah ketam kasar, ketam pelicin, ketam lurah, ketam pancaguna, ketam golek, ketam pangkas, dan ketam tetingkat.

Ketam Kasar

Pada kebiasaanya, ketam kasar terdiri daripada jenis kayu dan logam. Hujung mata ketam ini adalah melengkung. Ini untuk membolehkan kayu diketam dengan cepat tetapi menjadikan permukaan kayu berparit-parit.

Ketam kasar

_____________________________________________________________ Folio Kerja Kayu

52

Alatan Tangan Kerja Kayu

______________________________________________________________________

Kegunaan utama ketam kasar ialah untuk mengetam permukaan kayu secara kasar kepada bentuk atau saiz yang dikehendaki dengan cepat. Permukaan kayu yang dihasilkan adalah kasar dan perlu diketam semula dengan ketam pelicin kepada saiz yang tepat.

Ketam Pelicin

Ketam pelicin terdiri daripada bahan yang diperbuat daripada logam atau kayu. Panjang ketam pelicin adalah antara 200mm hingga 250mm. Mata kelulinya yang tajam dan lurus adalah selebar 37mm hingga 62mm. Penjuru matanya dibuntar sedikit untuk mengelakkan daripada terbenam semasa mengetam. Lapik besi hendaklah dipasangkan lebih kurang 1mm dari hujung matanya.

Ketam pelicin

Kegunaan ketam pelicin ini adalah untuk mengetam permukaan sehingga licin dalam proses persediaan kayu untuk sesuatu projek.

_____________________________________________________________ Folio Kerja Kayu

53

Alatan Tangan Kerja Kayu

______________________________________________________________________ Cara mengetam menggunakan ketam pelicin :

Bertenang semasa memulakan kerja mengetam.kenakan tekanan yang stabil.

Ketam hujung kayu projek dengan separuh haluan / separuh saiz ketam.

Jika tidak,hujung kayu akan rosak.

Mengenakan tekanan ke bawah semasa mengetam.

_____________________________________________________________ Folio Kerja Kayu

54

Alatan Tangan Kerja Kayu

______________________________________________________________________ Ketam Lurah

Ketam lurah digunakan khas untuk membuat lurah atau saluran yang selari di sepanjang ira kayu dengan jarak yang tertentu dari tepinya. Ketam ini mempunyai satu penahan tepi yang boleh dikesot atau diselaraskan untuk menetapkan jarak dari tepinya pada kebiasaanya, ketam pancaguna digunakan untuk membuat lurah menggantikan ketam lurah.

. Ketam lurah

Cara menggunakan ketam lurah

_____________________________________________________________ Folio Kerja Kayu

55

Alatan Tangan Kerja Kayu

______________________________________________________________________ Ketam Pancaguna

Ketam pancaguna diperbuat daripada logam. Ketam ini mempunyai mata pemotong pelbagai saiz.

Ketam pancaguna

Ketam pancaguna digunakan untuk membuat tetingkat dan lurah. Ia juga boleh menggantikan ketam lurah untuk membuat lurah.

Cara menggunakan ketam pancaguna

_____________________________________________________________ Folio Kerja Kayu

56

Alatan Tangan Kerja Kayu

______________________________________________________________________ Ketam Golek

Ketam golek diperbuat daripada kayu ataupun logam. Ia mempunyai mata lengkung ataupun mata lurus untuk kerja yang berasingan. Beberapa jenis ketam golek boleh digunakan untuk mengetam tepi kayu dan permukaan kecil kayu yang cembung.

Ketam golek

Kegunaan ketam golek

_____________________________________________________________ Folio Kerja Kayu

57

Alatan Tangan Kerja Kayu

______________________________________________________________________ Ketam Pangkas

Saiz ketam pangkas adalah kecil. Panjangnya ialah 170mm dan lebarnya 50mm. ketam pangkas mempunyai sekeping mata keluli selebar 40mm dan bercuram 12 hingga 20. Hujung mata yang berlandai itu hendaklah dipasang menghala ke atas untuk membolehkan ketam ini mengetam hujung kayu dengan sempurna. Pada kebiasaannya, ketam ini digunakan dengan sebelah tangan sahaja.

Ketam pangkas

Ketam pangkas adalah digunakan khas untuk mengetam penghujung kayu secara melintang kayu. Ketam ini sangat berguna untuk membuat kerja kecil yang tidak dapat dikerjakan dengan ketam yang lain seperti menyediakan kumai serong.

_____________________________________________________________ Folio Kerja Kayu

58

Alatan Tangan Kerja Kayu

______________________________________________________________________

Mengetam menggunakan ketam pangkas dengan sebelah tangan

_____________________________________________________________ Folio Kerja Kayu

59

Alatan Tangan Kerja Kayu

______________________________________________________________________ Penyelenggaraan Mata Ketam

Ketam mesti diselenggara seperti menajamkan mata ketam. Tujuannya ialah supaya kerja amali dapat dilakukan dengan selesa, ringan dan lancar. Ia juga dilakukan untuk mengelakkan kayu projek daripada cacat dan rosak. Cara-cara mengasah mata ketam ialah :

a. Sudut mengasah ketam ialah 250 hingga 300. b. Batu asah yang digunakan mestilah untuk mengasah mata ketam sahaja supaya mata ketam adalah rata dan tidak melengkug. c. Memegang mata ketam dengan cara yang betulsupaya daya tindakan pada hujung mata adalah stabil bagi mata yang rata dan tidak lurus d. Semasa mata ketam sudah tajam, bersihkan mata alat dengan kain bulu.

_____________________________________________________________ Folio Kerja Kayu

60

Alatan Tangan Kerja Kayu

______________________________________________________________________ 2.7 ALAT MENGETUK

Alat-alat mengetuk digunakan untuk mengetuk atau menukul bahagianbahagian tertentu pada kayu projek, dan untuk memudahkan kerja-kerja pemasangan. Alat-alat untuk kerja mengetuk atau menukul yang digunakan di dalam bengkel ialah saperti tukul besi kuku kambing, tukul besi warrington, gandin, dan pembenam paku.

Tukul Besi Kuku Kambing

Tukul besi kuku kambing juga digelar sebagai tukul besi berkuku. Ia mempunyai kuku dikepalanya yang diperbuat daripada keluli dengan saiznya ditentukan mengikut berat kepalanya iaitu antara 260g 1.2 kg. Saiz yang lazimnya digunakan ialah antara 0.5kg 0.6 kg.

Tukul besi kuku kambing

_____________________________________________________________ Folio Kerja Kayu

61

Alatan Tangan Kerja Kayu

______________________________________________________________________ Tukul kuku kambing sesuai digunakan untuk kerja memaku dan kukunya pula berfungsi sebagai mencabut paku yang melekat pada papan.

_____________________________________________________________ Folio Kerja Kayu

62

Alatan Tangan Kerja Kayu

______________________________________________________________________ Tukul Besi Warrington

Tukul besi warrington sesuai digunakan dalam kerja membuat perabot, pendawaian dan kerja-kerja ringan kerana tukul besi ini adalah lebih ringan daripada tukul-tukul yang lain. Saiz ditentukan mengikut nombor 00 ke 12, saiz 2/ 3 ( beratnya ialah 0.4kg ) merupakan saiz tukul yang sesuai untuk kerja am. Kepala tukul ini berbonggol dan belakangnya berbentuk baji melintang.

Tukul besi warrington

Fungsi bonggol menukul paku yang kecil seperti paku panel serta menekan kayu hiasan dan venir ke tempatnya semasa diglu dan bahagian untuk mengetuk paku di bahagian tepi perabot yang sempit. Cara menggunakan tukul warrington yang betul ialah dengan memegang pada hulu, 2/3 jarak dari kepala tukul. Semasa mula memaku, gunakan bongkol tirus, diikuti dengan muka tukul.

_____________________________________________________________ Folio Kerja Kayu

63

Alatan Tangan Kerja Kayu

______________________________________________________________________

Kegunaan tukul warrington

Cara memegang tukul warrington

_____________________________________________________________ Folio Kerja Kayu

64

Alatan Tangan Kerja Kayu

______________________________________________________________________ Gandin

Kepala gandin dan pemegangnya diperbuat daripada kayu. Terdapat juga gandin yang kepalanya diperbuat daripada getah tetapi hanya untuk kerja membentuk keluli lembut.

Gandin kayu

Gandin digunakan untuk mengetuk hulu pahat, memasang dan menanggalkan benda kerja, mengelakkan hulu pahat daripada pecah dan rosak semasa kerja memahat, dan mengetatkan pemasangan tanggam kayu. Saiznya ditentukan oleh saiz kepalanya.

_____________________________________________________________ Folio Kerja Kayu

65

Alatan Tangan Kerja Kayu

______________________________________________________________________

Mengetuk hulu pahat menggunakan gandin

Pemasangan tanggam menggunakan gandin

_____________________________________________________________ Folio Kerja Kayu

66

Alatan Tangan Kerja Kayu

______________________________________________________________________ Pembenam Paku

Pembenam paku diperbuat daripada keluli dan matanya didapati dalam dua bentuk iaitu bulat dan persegi.

Pembenam paku

Alat pembenam paku ini digunakan bersama dengan tukul besi untuk menukul kepala paku supaya terbenam ke dalam kayu dan lubangnya ditampal dengan denpul.

Kegunaan pembenam paku

_____________________________________________________________ Folio Kerja Kayu

67

Alatan Tangan Kerja Kayu

______________________________________________________________________ 2.8 ALAT MELUBANG

Kayu projek mesti dilubangkan untuk kerja-kerja pemasangan yang berikutnya. Alat-alat untuk kerja melubang yang digunakan di dalam bengkel ialah seperti gerudi tangan, gerudi engkol, senggerek, dan gimlet.

Gerudi Tangan

Kegunaan gerudi tangan adalah untuk menggerudi lubang sehingga 9mm. Gerudi kayu. tangan digunakan bersama-sama gerudi pintal untuk menebuk lubang pada

Gerudi tangan

_____________________________________________________________ Folio Kerja Kayu

68

Alatan Tangan Kerja Kayu

______________________________________________________________________

Cara menggunakan gerudi tangan

Mata gerudi dipasang dengan cara yang betl supaya gerudi tangan tidak mudah rosak. Cara memasang mata gerudi pintal ialah :

a. Buka bindu gerudi luas sedikit daripada diameter badan mata gerudi. b. Masukkan mata gerudi ke dalam rahang. c. Ketatkan bindu dengan memusingkan tangan kanan sambil memegang bindu dengan tangan kiri.

_____________________________________________________________ Folio Kerja Kayu

69

Alatan Tangan Kerja Kayu

______________________________________________________________________ Gerudi Engkol

Gerudi engkol merupakan alat tangan yang digunakan bersama-sama mata gerudi pulas untuk menggerudi lubang.

Gerudi engkol

_____________________________________________________________ Folio Kerja Kayu

70

Alatan Tangan Kerja Kayu

______________________________________________________________________

Cara menggunakan gerudi engkol

_____________________________________________________________ Folio Kerja Kayu

71

Alatan Tangan Kerja Kayu

______________________________________________________________________ Senggerek

Senggerek digunakan untuk membuat lubang kecil di atas permukaan kayu dan mendapatkan cengkaman yang baik bagi mata gerudi sebelum menggerudi dengan gerudi tangan.

Senggerek

Senggerek mesti digunakan dengan cara yang betul seperti alatan tangan yang lain. Cara menggunakan senggerek ialah :

a. Letakkan hujungn mata senggerek melintang ira kayu. b. Pusingkan senggerek perlahan-lahan mengikut arah lawan jam dan arah jam.

_____________________________________________________________ Folio Kerja Kayu

72

Alatan Tangan Kerja Kayu

______________________________________________________________________

Penggunaan senggerek

_____________________________________________________________ Folio Kerja Kayu

73

Alatan Tangan Kerja Kayu

______________________________________________________________________ 2.9 ALAT MEMUTAR Alat-alat memutar digunakan untuk memasang antara dua kayu dengan cara pusingan ikut atau lawan arah jam. Matanya diperbuat daripada keluli aloi berbentuk bulat dan hujung sama ada berbentuk alur atau Philips. Panjang mata antara 75mm 300mm. Pemegangnya pula diperbuat daripada kayu atau plastik yang tahan diketuk. Antara alat-alat untuk kerja memutar yang digunakan di dalam bengkel ialah seperti pemutar skru bonggol, pemutar skru mata bulat, pemutar skru mata bersegi, pemutar skru mata rat, dan pemutar skru Philips.

_____________________________________________________________ Folio Kerja Kayu

74

Alatan Tangan Kerja Kayu

______________________________________________________________________ Pemutar Skru Bonggol

Pemutar skru bonggol digunakan untuk memutar skru-skru pada ruang-ruang yang sempit dan terhad.

Pemutar skru bonggol

Pemutar Skru Mata Bulat

Pemutar skru mata bulat digunakan untuk kerja-kerja amali yang ringan seperti melaraskan skru pelaras pada titik sesentuh.

Pemutar skru mata bulat

Pemutar Skru Batang Bersegi


_____________________________________________________________ Folio Kerja Kayu

75

Alatan Tangan Kerja Kayu

______________________________________________________________________

Pemutar skru batang bersegi digunakan bersama-sama dengan sepana bersaiz kecil semasa melonggarkan skru yang ketat.

Pemutar skru batang bersegi

Pemutar Skru Mata Rata

Pemutar skru mata rata mempunyai mata

yang rata bersesuaian dengan

namanya. Kegunaan pemutar ini ialah untuk memasang skru, menanggalkan skru, dan memutar skru jenis kepala beralur.

Pemutar skru mata rata

_____________________________________________________________ Folio Kerja Kayu

76

Alatan Tangan Kerja Kayu

______________________________________________________________________ Pemutar Skru Philips

Pemutar skru Philips mempunyai mata berpalang. Ia digunakan pada skru kepala Philips sahaja.

Pemutar skru Philips

_____________________________________________________________ Folio Kerja Kayu

77

Alatan Tangan Kerja Kayu

______________________________________________________________________ 2.10 ALAT MEMAHAT

Kerja-kerja memahat dilakukan bagi membuang bahagian kayu projek yang tidak diperlukan. Alat-alat untuk kerja memahat yang digunakan di dalam bengkel ialah seperti pahat pelubang, pahat peraut, pahat kuku jenis peraut, dan pahat kuku jenis pengukir.

Jenis-jenis pahat

_____________________________________________________________ Folio Kerja Kayu

78

Alatan Tangan Kerja Kayu

______________________________________________________________________ Pahat Pelubang Pahat pelubang sesuai untuk kerja kasar. Matanya lebih tebal supaya tahan diketuk dengan tukul kayu semasa membuat lubang. Sudut canai matanya ialah 25 dan sudut menajamnya antara 30 hingga 35.

Pahat pelubang

_____________________________________________________________ Folio Kerja Kayu

79

Alatan Tangan Kerja Kayu

______________________________________________________________________ Pahat Peraut Pahat peraut sesuai untuk kerja halus. Mata pahat adalah serong pada bahagian tepinya serta serongnya adalah panjang dan nipis. Lebar matanya adalah 3mm hingga 50mm. Sudut canai mata pahat adalah 20 dan sudut menajamnya adalah 25. Pahat peraut sesuai digunakan untuk membuat kerja meraut seperti mengemaskan tanggam dan acuan yang mempunyai pelbagai bentuk kumai. Gandin diperlukan untuk memukul pahat.

Pahat peraut

Pahat peraut mempunyai keguanaannya yang tersendiri. Antara kegunaan pahat peraut ialah :

a. Memahat secara mendatar seperti menatal dan memarit, menatal tingkat rendah dan menatal tepi serong. b. Memehat secara menegak seperti menatal dasar parit, membersih penjuru bulat dan memahat penjuru cekung.

_____________________________________________________________ Folio Kerja Kayu

80

Alatan Tangan Kerja Kayu

______________________________________________________________________

Memahat secara mendatar

Memahat secara menegak

_____________________________________________________________ Folio Kerja Kayu

81

Alatan Tangan Kerja Kayu

______________________________________________________________________

Lain-lain kegunaan pahat

_____________________________________________________________ Folio Kerja Kayu

82

Alatan Tangan Kerja Kayu

______________________________________________________________________ Pahat Kuku Jenis Peraut (serong dalam )

Pahat kuku jenis peraut digunakan untuk mendapat permukaan yang melengkung. Saiznya diantara 3mm hingga 4mm.

Pahat kuku jenis peraut

Pahat Kuku Jenis Pengukir ( serong luar ) Pahat kuku jenis pengukir digunakan untuk membuat lurah tepat atau lengkung dalam kerja ukir mengukir. Saiz mata ialah antara 3mm hingga 40mm.

Pahat kuku jenis pengukir

_____________________________________________________________ Folio Kerja Kayu

83

Alatan Tangan Kerja Kayu

______________________________________________________________________ Mengasah Pahat

Mengasah pahat adalah proses menajamkan mata pemotong. Mata pahat diasah dengan menggunakan mesin pencanai. Proses ini dilakukan dengan memegang batang pahat ke atas pelaras rehat. Gerakkan mata pemotong k ekiri dan kanan. Kenakan tekanan secara perlahan-lahan ke atas mata pahat. Celupkan pahat ke dalam bahan penyejuk untuk mengelakkan menjadi terlalu panas. Periksa sudut potong mata pahat dengan menggunakan tolok sudut. Gunakan gogal semasa mengasah pahat untuk mengelakkan tatal daripada memasuki mata.

Mengasah pahat

_____________________________________________________________ Folio Kerja Kayu

84

Alatan Tangan Kerja Kayu

______________________________________________________________________ Cara mengasah mata pahat ialah : a. Sudut asah mata pahat adalah 250 hingga 350. b. Pastikan kedudukan mata pahat adalah sama sudut semasa mengasah. c. Gunakan keseluruhan bahagian batu asah bagi mengelakkan batu asah daripada melengkung. d. Mengasah mata alat adalah dari hadapan ke belakang dan pergerakannya adalah seperti nombor 8 atau kekanan dank ekiri e. Menuang minyak keatas permukaan batu asah. f. Menggunakan permukaan batu asah yang kasar dahulu kemudian menggunakan permukaan halussehingga mata betul-betul tajam.

_____________________________________________________________ Folio Kerja Kayu

85

Alatan Tangan Kerja Kayu

______________________________________________________________________ Batu Asah

Batu asah digunakan untuk mengasah mata pahat supaya menjadi lebih tajam dan tidak tumpul bagi memudahkan kerja memahat. Menjaga ketajaman mata alat sudah menjadi kewajipan bagi seseorang penukang. Terdapat dua jenis batu asah iaitu batu asah asli dan batu asah buatan.

a)Batu Asah Asli

Batu asah asli di perbuat daripada bahan galian yang banyak terdapat di Amerika Syarikat. Ia terdapat dalam 2 gred iaitu keras dan lembut. Batu asah asli jenis keras mempunyai ira halus manakala batu asah asli yang baik adalah dari jenis Arkansas dan Washita.

Batu asah asli

_____________________________________________________________ Folio Kerja Kayu

86

Alatan Tangan Kerja Kayu

______________________________________________________________________ b)Batu Asah Buatan

batu asah buatan dihasilkan daripada bahan las buatan, silikon karbida dan aluminium oksida. Ia terdapat dalam gred kasar, halus dan sederhana. Terdapat dalam bentuk seperti rola canai segiempat, bujur dan lain-lain. Minyak hendaklah digunakan semasa mengasah .

Bentuk-bentuk batu asah tiruan

Menatal Menggunakan Pahat

Menatal adalah proses membuang lebihan pada benda kerja. Cara yang betul hendaklah digunakan semasa proses menatal. Pegang pahat dengan kemas. Tumpukan perhatian terhadap benda kerja yang hendak ditatal. Angkat gandin hingga ke paras bahu dan kenakan pukulan kepada pahat dengan tepat.

_____________________________________________________________ Folio Kerja Kayu

87

Alatan Tangan Kerja Kayu

______________________________________________________________________ 2.11 ALAT MENGIKIR

Alat menajam ini digunakan untuk melubang lebihan di sisi kayu yang telah dipotong supaya kelihatan lebih kemas dan licin. Kerja ini perlu dilakukan bagi memudahkan lagi untuk melakukan kerja-kerja yang seterusnya. Alatan ini hanya sesuai digunakan untuk menanggalkan atau membuang lebihan kayu yang berukuran kurang daripada 1.5mm. Kikir ialah alatan yang dibuat daripada keluli bermutu tinggi yang dikeraskan dan mempunyai barisan gigi yang serong. Kikir digunakan untuk

memotong, merata, menipis, dan melicinkan permukaan sesuatu benda kerja. Untuk menghasilkan sesuatu kerja dengan cepat dan permukaan yang licin, pemilihan kikir mestilah dibuat dengan tepat.

Jenis-jenis kikir

_____________________________________________________________ Folio Kerja Kayu

88

Alatan Tangan Kerja Kayu

______________________________________________________________________ Kikir dibuat dalam pelbagai saiz. Saiz kikir diukur daripada poin ke bahu. Saiz yang biasa bagi kikir ialah 150mm, 200mm, dan 300mm. Semua kikir mempunyai hulu. Gelang logam yang dipasang pada pemegang kikir dinamakan simpai. Simpai digunakan untuk menahan hulu daripada pecah.

Pemegang kikir

Kikir Pipih Tirus

Kikir pipih tirus digunakan dalam kerja-kerja am yang melibatkan berbagaibagai jenis kerja yang berlainan. Gigi kikir memainkan peranan kepada pengkelasan gred iaitu sederhana, kasar, halus dan sangat halus. Pada permukaan kikir, giginya dipotong bersilang intan dan terdapat gigi lurus pada kedua-dua belah tepi, 2/3 panjangnya berbentuk selari dan 1/3 panjangnya berbentuk tirus.

Kikir pipih tirus

_____________________________________________________________ Folio Kerja Kayu

89

Alatan Tangan Kerja Kayu

______________________________________________________________________ Kikir Pipih Kasar

Kikir pipih kasar digunakan untuk kerja-kerja penyudahan rata, kerja am dan mengikir pada bahagian berbentuk bahu. Lebar kikir adalah sekata dari bahu ke poin. Grednya terdiri daripada gred kasar sehingga sangat halus. Satu daripada bahagian tepinya tidak mempunyai gigi. Bahagian ini dinamakan tepi selamat. Tepi selamat digunakan semasa mengikir tepi pepenjuru dalam. Giginya adalah dari jenis potongan kembar.

Kikir pipih kasar

_____________________________________________________________ Folio Kerja Kayu

90

Alatan Tangan Kerja Kayu

______________________________________________________________________ Kikir Belah Rotan

Kikir belah rotan juga dikenali sebagai kikir separuh bulat. Kikir ini berbentuk separuh bulat sekata dan menirus di bahagian hujungnya. Gigi kikir adalah dari jenis potongan kembar atau parut. Gigi pada permukaan rata berbentuk wajik dan gigi pada permukaan yang melengkung berbentuk silang.

Kikir belah rotan

Kegunaan kikir belah rotan ialah untuk menyudahkan bahagian-bahagian yang telah siap, mengikir permukaan melengkung, mengikir permukaan rata, dan membuang gerigis. Cara menggunakan kikir separuh bulat ialah :

a. Bagi mengikir dengan tekanan kuat, tangan kanan hendaklah memegang hulu kikir dengan tapak kiri menekan hujung mata kikir. b. Bagi mengikir dengan tekanan perlahan, tangan kanan hendaklah memegang hulu kikir,ibu jari serta jari.

_____________________________________________________________ Folio Kerja Kayu

91

Alatan Tangan Kerja Kayu

______________________________________________________________________

Cara menggunakan kikir

c. Jari telunjuk serta jari tengah tangan kiri memegang hujung mata kikir. d. Bagi mengikir hingga rata, kikir hendaklah dipegang secara melintang.

_____________________________________________________________ Folio Kerja Kayu

92

Alatan Tangan Kerja Kayu

______________________________________________________________________ Kikir Bulat

Kkir bulat juga dikenali sebagai kikir bentuk ekor tikis. Kikir ini digred daripada kasar hingga sangat halus. Kikir ini berbentuk bulat sekata dan menirus pada bahagian hujungnya. Giginya berbentuk lurus dan bersilang serta dari jenis potongan kembar atau tunggal.

Kikir bulat

Kegunaan kikir bulat ialah untuk mengikir bahagian penjuru dan sudut kurang daripada 90, menajamkan gigi gergaji kerat dan belah, membersihkan pepenjuru yang bersudut dan mengikir sudut-sudut dalam yang tajam.

Kikir Segi Empat Sama

Kikir segi empat sama berbentuk sekata dan menirus di bahagian hujungnya. Kikir ini digredkan mengikut matanya dengan gred yang kasar hingga yang sangat halus. Kikir segi empat sama digunakan untuk membesarkan lubang yang berbentuk segi empat secara kasar, mengikir lurah atau alur berbentuk segi empat, dan mengikir bahagian pepenjuru. Gigi kikir ini adalah dari jenis potngan kembar atau tunggal.

_____________________________________________________________ Folio Kerja Kayu

93

Alatan Tangan Kerja Kayu

______________________________________________________________________ Kikir Segitiga

Kikir segitiga berbentuk segitiga sekata dan menirus di bahagian hujungnya. Kikir ini mempunyai mata potongan kembar. Gigi kikir ini bersilang dan terdapat dalam gred kasar hingga sangat halus. Kegunaan kkir segitiga ialah untuk mengikir bahagian penjuru dan bersudut kurang 90, menajamkan gigi gergaji kerat dan belah, membersihkan pepenjuru yang bersudut, dan mengikir sudut-sudut dalam yang tajam.

Kikir Bentuk Pisau.

Kikir bentuk pisau berbentuk tirus pada ketebalan dan lebarnya. Ia mempunyai mata pemotong kembar. Kikir ini terdapat dalam gred kasar hingga halus. Kegunaan kikir bentuk pisau ialah untuk menajamkan gigi yang terdapat pada gergaji dan alat-alat pemotong dan digunakan di lurah-lurah sempit, lubang dan alur.

Kikir bentuk pisau

_____________________________________________________________ Folio Kerja Kayu

94

Alatan Tangan Kerja Kayu

______________________________________________________________________ Kikir Pipih Nipis.

Gigi kikir pipih nipis bersilang dan dan terdapat dalam gred kasar hi ngga halus.Kikir ini digunakan untuk mengikir celah-celah yangnipis.Keadaan kikir ini tirus pada bahagian hujungnya tetapi tebal pada bahagian keseluruhan panjangnya.Panjang kikir ini adalah terhad iaitu 100mm, 150mm, dan 200mm.

Gred Gigi a. Gred gigi ergantung kepada beberapa rapat gigi-gigi tersebut dipotong pada permukaan kikir. b. Boleh digredkan kepada paling kasar, sederhana kasar, halus dan sangat halus. c. Bilangan gigi untuk gred kikir bergantung pada panjang kikir dan bilangan gigi pada kikir yang dikira pada jarak 1cm. d. Gigi kikir yang halus dikelaskan mengikut nombor iaitu 00, 0, 1, 2, 3 hingga 8. e. No 8 menunjukkan gred yang paling halus pada kikir.

_____________________________________________________________ Folio Kerja Kayu

95

Alatan Tangan Kerja Kayu

______________________________________________________________________ Kaedah Mengikir

Kerja mengukir mesti dilakukan dengan cara yang betul untuk menghasilkan projek yang kemas dan cantik. Perkara-perkara yang diambil kira semasa mengikir ialah :

a. Bahan kerja diapit bagi mengelakkan bahan kerja mudah tergelincir atau tidak tetap. b. Berdiri semasa mengikir. c. Tinggi bahan kerja bersesuaian dengan ketinggian pemegang kikir. d. Tekanan yang tinggi digunakan untuk mengikir. e. Tekanan tinggi pada bucu benda kerja akan menyebabkan urat kayu berikut.

Kaedah mengikir dan gaya mengikir bergantung kepada kaedah mengikir biasa, mengikir berat, mengikir rata dan mengikir jitu.

Gaya mengikir Mengikir biasa Mengikir berat Mengikir rata Mengikir jitu Kerja-kerja am

Tujuan

Membuang logam yang banyak daripada benda kerja Mengikir rata Mengikir kerja-kerja dengan jitu

_____________________________________________________________ Folio Kerja Kayu

96

Alatan Tangan Kerja Kayu

______________________________________________________________________ Mengikir Melintang Kaedah ini dilakukan untuk menentukan sama ada permukaan yang dikikir itu rata atau tidak.

Mengikir Tarik Kaedah ini dilakukan untuk menyudahkan benda kerja supaya kelihatan licin dan cantik. Semasa menarik kikir, tekanan pada kedua-dua tangan hendaklah sama dan pastikan kedudukan kedua-dua tangan hendaklah sama dan pastikan kedudukan keduadua tangan stabil.

Mengikir Rata Pastikan permukaan yang hendak dikikir sentiasa ditutupi oleh kikir.Hasil kerja akan dikikir dengan rata.

Mengikir Penjuru Bulat Ada 2 langkah dengan menggunakan kikir kasar iaitu kikir secara melintang dan mengikir bahagian penjuru yang bulat.

Mengikir Permukaan Yang Melengkung Menggunakan 2 jenis kikir iaitu dimulakan dengan kikir segi empat diikuti dengan kikir belah rotan

Penjagaan Kikir
_____________________________________________________________ Folio Kerja Kayu

97

Alatan Tangan Kerja Kayu

______________________________________________________________________

Bagi mendapatkan hasil kerja yang baik dan mata kikir yang sentiasa tajam, penjagaan kikir adalah aspek yang paling penting. Antara panduan dalam penjagaan kikir adalah :

a. Sebelum mula menggegas, pastikan pemilihan kikir yang tepat dilakukan untuk mendapatkan hasil kerja yang baik. b. Kikir yang dipilih hendaklah berdasarkan hulu yang masih elok dan sesuai dengan kerja yang hendak dilakukan. Terdapat dua jenis hulu iaitu hulu biasa dan hulu keras yang digunakan khas untuk mengikir permukaan yang lebar. c. Kikir hendaklah disusun di dalam rak setiap kali lepas digunakan. Setiap satu hendaklah disusun berasingan bertujuan supaya kikir tidak mudah rosak. d. Kikir tidak boleh digunakan untuk tujuan lain selain mengikir. e. Kikir tidak perlu diminyak untuk penyelenggaraan kerana minyak akan merumitkan kerja dan mempercepatkan proses pengaratan.

Penyimpanan kikir

_____________________________________________________________ Folio Kerja Kayu

98

Alatan Tangan Kerja Kayu

______________________________________________________________________ Apabila menggunakan kikir, tatal akan terlekat pada gigi kikir. Tatal boleh dibuang dengan menggosokkan berus kikir ke permukaan kikir. Jika tatal ini tidak dibuang, permukaan yang dikikir akan meninggalkan kesan calar. Untuk mengelakkan tatal daripada memasuki celah gigi kikir, sapukan kapur tulis dipermukaannya. Serbuk kapur akan melekat di celah gigi kikir dan menghalang tatal daripada terlekat.

Berus kikir

_____________________________________________________________ Folio Kerja Kayu

99

Tanggam Kerja Kayu

BAB 4 : TANGGAM DALAM KERJA KAYU

4.1 PENGENALAN

Pada zaman dahulu tukang-tukang rumah menyambung struktur utama bangunan hanya menggunakan putting, lubang, dan penetap. Sejak kemasukan Penjajah Inggeris yang membawa teknologi baru menggunakan batu dan simen sejak awal abad ke- 20 telah menggunakan penggunaan tanggam. Ini kerana membina bangunan menggunakan batu dan simen adalah lebih cepat.

_____________________________________________________________ Folio Kerja Kayu

100

Tanggam Kerja Kayu

Contoh tanggam

_____________________________________________________________ Folio Kerja Kayu

101

Tanggam Kerja Kayu

4.2 KATEGORI TANGGAM

Membuat tanggam adalah proses membuat cantuman untuk menghasilkan struktur produk. Pemilihan tanggam bergantung kepada reka bentuk dan saiz produk yang dihasilkan. Kesilapan pemilihan tanggam akan mengakibatkan produk yang dihasilkan tidak kukuh dan kurang stabil.

Tanggam yang utama banyak digunakan di dalam pembinaan. Pada amnya tanggam-tanggam boleh dipecahkan kepada empat kategori utama iaitu :

a. tanggam melebar b. tanggam siku c. tanggam pemidang d. tanggam memanjang

Tanggam Melebar

Tanggam melebar terdiri daripada beberapa jenis iaitu tanggam glu gesel, tanggam penetap, tanggam lidah dan lurah, tanggam tetingkat

Tanggam siku

Tanggam siku terbahagi kepada 7 jenis tanggam temu, tanggam temu tetingkat, tanggam tetingkat lidah berparit, tanggam rencong biasa. Dan tanggam bajang tunggal, tanggam bajang biasa, tanggam bajang hujung.

_____________________________________________________________ Folio Kerja Kayu

102

Tanggam Kerja Kayu

Tanggam Pemidang

Tanggam pemidang terbahagi kepada 4 jenis iaitu tanggam lekap untuk pepenjuru, pepenjuru rencong dan tanggam lekap T. tanggam kekang pula untuk penjuru biasa dan penjuru rencong, tanggam penetap dan akhir sekali tanggam lubang dan putting untuk biasa, berjajang, berbahu tinggi, berbahu rendah, dan berbahu sebelah.

Tanggam Memanjang

Tanggam memanjang terbahagi kepada beberapa jenis iaitu tanggam skaf, tanggam plat sambut, tangggam sambung jari, dan tanggam sambut lekap.

_____________________________________________________________ Folio Kerja Kayu

103

Tanggam Kerja Kayu

4.3 KONSEP MEMBUAT TANGGAM

Menanda tanggam

Mengergaji bahagian yang ditanda.

_____________________________________________________________ Folio Kerja Kayu

104

Tanggam Kerja Kayu

Memahat tanggam.

_____________________________________________________________ Folio Kerja Kayu

105

Tanggam Kerja Kayu

4.4 JENIS DAN KEGUNAAN TANGGAM

Tanggam- tanggam yang digunakan dalam bidang pembinaan bangunan dan perabot telah diamalkan sejak zaman dahulu lagi. Setiap jenis tanggam ini mempunyai kegunaan yang tertentu mengikut tradisi. Antara jenis-jenis tanggam adalah seperti tanggam glu gesel, tanggam penetap, tanggam tetingkat, tanggam temu, tanggam temu tingkat, tanggam parit terus, tanggam bajang tunggal, tanggam bajang hujung litup, tanggam lekap, tanggam lubang dan puting, tanggam skaf, tanggam sambung jari, dan tanggam sambung lekap.

Tanggam Glu Gesel

Cara menyediakan tepi kedua keping papan secara lurus dan bersegi tepat dan diglukan. Tanggam ini diapit selepas digam selama 24jam supaya gam dapat mengeras dengan lengkap. Apit panjang digunakan untuk memastikan lekatan yang sempurna antara papan-papan. Tanggam glu gesel merupakan jenis tanggam melebar.

Papan yang hendak disambung disediakan dan disapu dengan glu di sebelah tepinya. Kemudian, semuanya diapitkan sekaligus. Glu yang berlebihan akan keluar apabila papan diapitkan. Tanggam ini dibuat dengan menyambung beberapa papan jalur supaya menjadi sekeping papan yang lebar dan digunakan untuk membuat permukaan meja, tempat duduk, pintu, panel, dan sebagainya. Untuk membuat tanggam ini, kayu yang dipilih hendaklah mengikut ira kayu dan juga lebih tebal daripada tebal yang dikehendaki supaya memberi elaun untuk diketam (diratakan).

_____________________________________________________________ Folio Kerja Kayu

106

Tanggam Kerja Kayu

Tanggam Penetap

Tanggan penetap dikategorikan dalam tanggam melebar juga. Tanggam ini serupa dengan tanggam temu tetapi ia digunakan antara papan kecil dipasang penetap (bukan glu) untuk menambah kekuatan tanggam. Papan yang sesuai digunakan untuk tanggam ini ialah tidak kurang dari 12mm tebalnya

Tanggam penetap

Tanggam penetap adalah sejenis tanggam temu yang dilakukan dengan penetap. Penetap sebesar 1/3 tebal kayu dimasukan ke dalam 3 kali diameternya. Tanggam ini terdapat pada pemidang tegak kerusi dan meja. Tanggam ini banyak digunakan pada perabot yang dihasilkan secara pasangkan sendiri.

_____________________________________________________________ Folio Kerja Kayu

107

Tanggam Kerja Kayu

Tanggam Tetingkat

Tepi kedua-dua papan dibuatkan bertingkat dan dipasang dengan glu dan diapitkan. Fungsi tingkat ini ialah untuk menambah luas permukaan dengan permukaan yang diglukan.

Tanggam tetingkat

_____________________________________________________________ Folio Kerja Kayu

108

Tanggam Kerja Kayu

Tanggam Temu

Ia dikenali sebagai tanggam sudut tepi. Hujung papan kayu boleh diluruskan dan bertemu secara bersudut tapat.Ianya boleh digunakan atau dipaku ataupun diskrukan. Ia digunakan pada pembinaan kotak atau peti yang dibuat secara bersudut tepat. Salah satu jenis tanggam siku.

Tanggam temu

_____________________________________________________________ Folio Kerja Kayu

109

Tanggam Kerja Kayu

Tanggam Temu Tetingkat

Tanggam temu tingkat juga dikenali sebagai tanggam pepenjuru hujung litup. Hujung salah satu keping kayu dikerat lurus dan dimasukkan ke dalam tingkat melintang dikeping kayu yang kedua. Tetingkat ini menambah luas permukaan kayu yang telah diglukan serta mengukuhkan kedudukannya apabila dipakukan. Tanggam ini juga digunakan pada pembinan kotak, penjuru perabot dan laci.

Tanggam temu tetingkat

_____________________________________________________________ Folio Kerja Kayu

110

Tanggam Kerja Kayu

Tanggam Parit Terus

Tanggam ini digunakan untuk pemasangan tetingkat dan dinding sekat seperti pada almari dan rak buku. Tanggam parit lebih kukuh daripada tanggam temu.

Ttanggam parit terus

_____________________________________________________________ Folio Kerja Kayu

111

Tanggam Kerja Kayu

Tanggam Bajang Tunggal

Tanggam bajang tunggal ini merupakan satu pada hujung kayu pertama dan soket pada hujung kayu yang kedua. Ia merupakan tanggam siku yang paling kuat. Pin ini dibuat berbentuk ekok punai, curam pada tepi bajang biasanya dibuat mengikut kadar 1:6. Tanggam ini digunakan untuk pembinaan rangka kayu dan juga bagi tanggam pemidang.

Tanggam bajang tunggal dan biasa

_____________________________________________________________ Folio Kerja Kayu

112

Tanggam Kerja Kayu

Tanggam Bajang Hujung Litup

Pembinaan bajang hujung litup adalah sama dengan tanggam bajang biasa kecuali soketnya tidak ditembuskan supaya menutup hujung ira kayu pin. Litup dihujung soket biasanya dari 1/4 hingga 1/3 tebal kayu. Ia digunakan untuk menyambung di antara gelegar lintang dan gelegar sambut,sambungan antara papan tepi dengan hadapan laci dan sebagainya.

Tanggam bajang hujung litup

_____________________________________________________________ Folio Kerja Kayu

113

Tanggam Kerja Kayu

Tanggam Lekap

Tanggam ini dibuat dengan menarah kedua-dua bahagian keping kayu yang akan dilekapkan. Tarahan ini hendaklah setengah tebal papan supaya apabila dilekapkan permukaannya yang berkeadaan rata. Tanggam lekap ini dibuat dalam 5 cara iaitu :

a. Tanggam lekap siku atau pepenjuru yang digunakan pada pemidang yang kecil.

b. Tanggam lekap pepenjuru rencong ia digunakan untuk membuat kumai seperti pada rangka gambar dan sebagainya kerana pelitupannya dapat melindungi hujung ira kayu. c. Tanggam Lekap-T ia digunakan dalam pembinaan pemidang lintang bertemu dengan pemidang tegak secara bersilang dan jauh dari hujungnya. d. Tanggam Lekap Bajang-T adalah sama dengan lekap-T tetapi lebih kukuh untuk menahan tarikan dari sebelah luar.

_____________________________________________________________ Folio Kerja Kayu

114

Tanggam Kerja Kayu

Tanggam lekap dan tanggam bajang

_____________________________________________________________ Folio Kerja Kayu

115

Tanggam Kerja Kayu

Tanggam Lubang dan Puting

Tanggam lubang dan puting adalah tanggam yang paling kuat dalam kategori tanggam pemidang. Ia mempunyai pelbagai bentuk dan setiap bentuk mempunyai fungsi tertentu.

Tanggam Skaf

Tanggam skaf banyak digunakan untuk memanjangkan kayu tutup tiang, gulung- gulung dan juga gelegar. Panjang tanggam skaf biasanya 2 hingga 2,1/2 kali ukuran lebarnya. Di tengah tengah tanggam ditebuk lubang untuk menerima baji lipat dan dikukuhkan dengan memasang tiga atau empat bolt bersama nat.

Tanggam skaf dan tanggam plat sambut

_____________________________________________________________ Folio Kerja Kayu

116

Tanggam Kerja Kayu

Tanggam Sambung Jari

Biasanya digunakan pada kayu bersaiz kecil terutamanya bagi kayu yang diproses dengan mesin. Panjang sambungan tanggam ialah 2 kali lebar kayu. Sambungan ini biasanya di lekatkan dengan glu. Tanggam ini digunakan untuk membuat susu tangan tangga.

Tanggam Sambung Lekap

Pada hujung kedua-dua keping kayu dibuang separuh tebalnya dan dilekapkan sepanjang dua kali lebar kayu. Ia digunakan dalam pembinaan perabot yang tanggamnya tidak menerima tegangan yang berlebihan. Tanggam ini boleh dikukuhkan dengan bolt dan nat.

_____________________________________________________________ Folio Kerja Kayu

117

Bahan Pemasangan Dan Kelengkapan ____________________________________________________________________________________ __

BAB 5 : BAHAN PEMASANGAN DAN KELENGKAPAN

5.1 PENGENALAN

Bahan pemasangan sebenarnya banyak tetapi di sini hanya di bincangkan mengenai bahan pemasangan dan kelengkapan dalam kayu dan perabot sahaja. Bahan tersebut memainkan peranan penting bagi menyempurnakan pemasangan peralatan dan memberi pandangan yang menarik seperti kelengkapan dalam pemasangan pintu, tingkap, pembinaan perabot dan lain-lain. Pemilihan bahan tersebut adalah berdasarkan faktor kekuatan, ketahanan, harga, kaedah pemasangan, kemudahan dan alatan serta menarik pada pandangan mata. Diantara bahan pemasangan adalah seperti paku, glu, dan sebagainya. Dibawah adalah penerangan dan jenis bahan pemasangan :

_____________________________________________________________ Folio Kerja Kayu

100

Bahan Pemasangan Dan Kelengkapan ____________________________________________________________________________________ __

5.2 PAKU

Paku ialah satu bahan yang digunakan untuk mengikat bersama-sama kepingan kayu. Kebanyakan paku diperbuat daripada bahan keluli lembut. Ia digunakan pada kerja biasa yang tidak bergalvani. Paku yang digunakan pada tempat yang bergantung kepada factor cuaca adalah terdiri daripada paku bergalvani.

Paku ada banyak jenis dan setiap jenis mempunyai sifat dan kegunaannya. Jenis paku yang lazim digunakan ialah seperti paku biasa, paku kotak, paku kemasan, paku panel, paku venir, paku payung, paku berkepala dua, paku konkrit, dan paku bergelugur.

Jenis-jenis paku

_____________________________________________________________ Folio Kerja Kayu

101

Bahan Pemasangan Dan Kelengkapan ____________________________________________________________________________________ __

Jenis-jenis kepala paku

Jenis-jenis mata paku

_____________________________________________________________ Folio Kerja Kayu

102

Bahan Pemasangan Dan Kelengkapan ____________________________________________________________________________________ __

Paku Biasa (common nail )

Paku ini berkepala bulat dan sesuai digunakan dalam pembinaan yang berat separti memaku rangka dinding, membuat kotak dan pembinaan am. Kepala paku mengelakkan paku daripada senang tercabut.

Paku biasa

Paku Kotak (box nail )

Paku kotak serupa dengan paku biasa kecuali toloknya lebih kecil. Paku ini digunakan apabila didapati paku biasa mungkin meretakkan hujung kayu dan amat sesuai untuk membuat kotak pembinaan.

Paku kotak

_____________________________________________________________ Folio Kerja Kayu

103

Bahan Pemasangan Dan Kelengkapan ____________________________________________________________________________________ __

Paku Kemasan (finising nail)

Paku kemasan digunakan untuk kerja-kerja kemasan seperti memasang pelapis dinding, kerja perabot atau kerja yang tidak memerlukan kelihatan kepala paku yang akan mencacatkan kemasan pada permukaan kayu. Kepalanya berbentuk peluru dan boleh dibenamkan ke dalam kayu dengan menggunakan alat pembenam paku.

Paku kemasan

Paku Venir

Merupakan paku dawai yang halus serupa dengan paku panel. Kadangkala paku jenis ini tidak mempunyai kepala. Paku ini sesuai untuk memakau kuamai dan bahanbahan lain yang nipis. Selain daripada paku jenis ini terdapat juga paku paku lain yang dihasilkan untuk kegunaan khas.

Paku venir

_____________________________________________________________ Folio Kerja Kayu

104

Bahan Pemasangan Dan Kelengkapan ____________________________________________________________________________________ __

Paku Panel ( casing nail )

Sejenis paku dawai yang halus, kepalanya berbentuk kon terbalik. Apabila di pakukan ke dalam kayu, kesannya kurang kelihatan, saiznya antara 12mm 20mm hingga 50mm 16mm. Paku ini amat sesuai digunakan dalam kerja panel dan tidak akan memecahkan kayu.

Paku panel

Paku Payung

Paku ini kepalanya berbentuk seperti payung, digunakan dalam pemasangan bumbung bergelugur zink dan asbestos supaya air tidak tiris.

Paku payung

_____________________________________________________________ Folio Kerja Kayu

105

Bahan Pemasangan Dan Kelengkapan ____________________________________________________________________________________ __

Paku Berkepala Dua

Paku ini mempunyai dua kepala. Ia digunakan khas dalam pembinaan acuan kayu. Paku ini dipakukan sehingga kepala pertama terbenam dan kepala kedua tertimbul membolehkan paku ini dicabut dengan tukul berkuku apabila acuan hendak dibuka.

Paku berkepala dua

Paku Konkrit

Paku ini diperbuat daripada keluli keras. Ia boleh dipakukan kepada konkrit apabila memasang kayu, untuk menggantung barang barang, memasangkan pendakap dan sebagainya.

Paku konkrit

_____________________________________________________________ Folio Kerja Kayu

106

Bahan Pemasangan Dan Kelengkapan ____________________________________________________________________________________ __

Paku Bergelugur

Paku ini adalah jenis paku nipis segiempat bujur dan bergelugur yang diperbuat daripada keluli. Paku ini amat sesuai digunakan untuk menemukan beberapa kepingan papan dan juga tanggam.

_____________________________________________________________ Folio Kerja Kayu

107

Bahan Pemasangan Dan Kelengkapan ____________________________________________________________________________________ __

Cara Menggunakan Paku

Memaku

Cengkaman kurang kuat jika memaku secara menegak

Cengkaman kuat jika memaku secara menyerong

_____________________________________________________________ Folio Kerja Kayu

108

Bahan Pemasangan Dan Kelengkapan ____________________________________________________________________________________ __

5.3 SKRU

Skru ialah sejenis pengikat yang mempunyai kepala dan badannya diulirkan sepenuhnya. Kebanyakan skru untuk kerja kayu diperbuat daripada keluli lembut, kuprum atau loyang. Sebatang skru mengikat dua komponen dengan badannya melalui lubang pada komponen pertama dan diskrukan ke dalam lubang berulir pada komponen kedua. Skru terdiri daripada beberapa bahagian iaitu :

a. Kepala Bentuknya menentukan nama skru. Dikepalanya ada alur berbentuk lurus atau berpalang membolehkan skru ini

berputar dengan pemutar skru. b. Batang bajak Batang skru ialah bahagian skru dibawah

kepalanya. Bahagian hujungnya dibenamkan hingga ke hujung tajam. c. Benang - Ia memudahkan skru dimasukan ke dalam kayu dan memberi cengkaman yang lebih kuat.

_____________________________________________________________ Folio Kerja Kayu

109

Bahan Pemasangan Dan Kelengkapan ____________________________________________________________________________________ __

Skru yang diperbuat daripada keluli lembut boleh digalvanikan, dikrom, dioksidakan atau disalut dengan tar untuk kerja kerja yang tertentu

Jenis-jenis skru

Contoh-contoh skru yang biasa digunakan ialah seperti skru kepala bulat, skru kepala rata, skru kepala timbul, dan skru kepala segi empat.

_____________________________________________________________ Folio Kerja Kayu

110

Bahan Pemasangan Dan Kelengkapan ____________________________________________________________________________________ __

Skru kepala rata

Skru kepala rata diperbuat daripada keluli lembut bergalvani, tembaga dan loyang untuk mencegah karat. Skru hendaklah dipasang dengan cermat kerana mudah patah. Ia digunakan untuk kerja biasa dimana kepala skrunya sama rata dengan permukaan kayu seperti dalam pemasangan meja, kerusi, engsel, selak, dan barang barang logam.

Skru kepala rata

_____________________________________________________________ Folio Kerja Kayu

111

Bahan Pemasangan Dan Kelengkapan ____________________________________________________________________________________ __

Skru kepala bulat

Skru kapala bulat mempunyai kepala yang bulat dengan bahagian bawahnya rata, skru ini diperbuat daripada keluli, loyang atau tembaga. Ia digunakan untuk mengikat bahagian kayu dan di samping itu juga digunakan sebagai hiasan kerana kepalanya timbul diatas permukaan kayu.

Skru kepala bulat

_____________________________________________________________ Folio Kerja Kayu

112

Bahan Pemasangan Dan Kelengkapan ____________________________________________________________________________________ __

Skru kepala timbul

Skru kepala timbul merupakan cantuman skru kepala rata dan skru kepala bulat yang diperbuat daripada bahan yang sama tetapi lebih kuat daripada skru kepala bulat. Ia juga digunakan untuk mengikat kepingan logam kepada kayu dimana kekuatan dan kecantikannya diutamakan seperti dalam pemasangan engsel hiasan dan pendakap logam.

Skru kepala timbul

_____________________________________________________________ Folio Kerja Kayu

113

Bahan Pemasangan Dan Kelengkapan ____________________________________________________________________________________ __

Skru kepala segi empat

Skru kepala segi empat merupakan sejenis skru yang kuat, dan diperbuat daripada keluli. Kepala skru ini berbentuk empat segi dan sepana digunakan untuk mengikatnya. Ia juga digunkan untuk kerja kasar seperti jambatan, pemasangan engsel pada pintu, pemasangan engsel pada pintu pagar, pembinaan koc dan pasakan mesin.

Skru kepala segi empat

_____________________________________________________________ Folio Kerja Kayu

114

Bahan Pemasangan Dan Kelengkapan ____________________________________________________________________________________ __

Cara memasang skru

Pemasangan skru hendaklah dibuat dengan berhati hati dan teliti untuk mendapatkan cengkaman yang kuat dan mengelakkan daripada skru patah. Diantara langkah semasa pemasangan skru seperti lubang untuk skru hendaklah dibuat dengan gerudi untuk menerima batang bajak skru. Bagi kayu lembut pula lubang cuma perlukan pada kepingan kayu atas sahaja dan dibuatkan benam skru jika perlu.

Bagi kayu keras pula, lubang menerima batang bajak diperlukan pada kepingan kayu atas dan lubang panduan diperlukan pada kepingan bawah. Skru mestilah dipasangkan dengan pemutar skru yang sesuai dan ia tidak sepatutnya diketuk dengan tukul besi kerana gentian kayu akan terputus dan mengakibatkan daya pegangnya pada kayu berkurangan. Skru boleh dipasangkan dengan lebih mudah jika hujungnya direndam didalam lilin atau sabun.

_____________________________________________________________ Folio Kerja Kayu

115

Bahan Pemasangan Dan Kelengkapan ____________________________________________________________________________________ __

Memasang skru menggunakan pemutar skru mata Philips

Memasang skru menggunakan pemutar skru mata rata

_____________________________________________________________ Folio Kerja Kayu

116

Bahan Pemasangan Dan Kelengkapan ____________________________________________________________________________________ __

Fungsi dan kelebihan skru

Skru berfungsi untuk mengikat kepingan kayu, menguatkan tanggam, memasang barangbarang logam seperti engsel, kunci, selak, dan lain lain lagi pada kayu. Kelebihan menggunakan skru dibandingkan dengan paku ialah :

a. Skru kuat cengkamannya manakala paku lemah cengkamannnya. b. Skru boleh menambahkan kecantikan pada benda kerja. c. Penggunaan skru membolehkan bahagian benda kerja ditanggalkan tanpa merosakkan benda kerja.

_____________________________________________________________ Folio Kerja Kayu

117

Bahan Pemasangan Dan Kelengkapan ____________________________________________________________________________________ __

5.4 GLU

Glu adalah suatu bahan yang dapat mencantumkan antara 2 benda kerja yang sama atau berbeza sifatnya. Ia dibuat daripada pelbagai bahan yang terdiri daripada protein binatang, pokok, sayuran, susu. Petroleum dan lain lain. Ia juga terdiri daripada pelbagai jenis dan kegunaan.

Jenis jenis glu Selain bahan pemasangan seperti paku dan skru, glu juga merupaka salah satu bahan pamasangan. Contoh-contoh jenis glu yang biasa digunakan adalah :

a. Glu binatang b. Glu keisn c. Glu protein sayuran d. Glu darah albumin e. Resin urea fomeldehide f. Epoksi g. Glu PVA h. Glu sentuh

_____________________________________________________________ Folio Kerja Kayu

118

Bahan Pemasangan Dan Kelengkapan ____________________________________________________________________________________ __

Glu Binatang

Glu binatang dihasilkan daripada kulit tulang dan perut binatang. Glu ini sesuai untuk kerja dalaman seperti membuat perabot, venier, papan lapis dan kulit buku. Glu ini digunakan dalam pembinaan dalam tanggam bagi menguatkan kekukuhan tanggam.

Glu Kesin

Kesin adalah sejenis serbuk yang didapati daripada susu. Kesin dicairkan didalam air dengan alkali dan akan menjadi glu kesin. Ia mempunyai sifat rintangan air dan suhu yang sederhana, ia akan melumur kayu keras, ia akan menjadi kering disebabkan kehilangan air dan tindak balas bahan kimia.

Glu Protein Sayur

Glu protein sayur diperbuat daripada minyak campuran seperti kacang

soya,

kacang tanah, benih kapas dan dicampurkan denagn bahan bahan kimia yang lain.

_____________________________________________________________ Folio Kerja Kayu

119

Bahan Pemasangan Dan Kelengkapan ____________________________________________________________________________________ __

Glu Darah Albumin

Glu darah albumin diperbuat daripada darah albumin. Kedua dua jenis glu protein sayuran dan glu darah albumin sudah kurang digunakan dan tempatnya diambil alih oleh glu resin kerana glu glu itu mengambil masa yang lama untuk mengering dan ini melambatkan proses penghasilan.

Glu PVA

Ia digunakan secara meluas kerana ia dihasilkan yang sudah siap dibancuh dan boleh disimpan jika ditutup rapat. Ia senang digunakan dan tidak melumur. Tidak sesuai digunakan pada bahan logam, tidak boleh membakar, tidak berkulat dan tidak berbisa. Ia boleh mencapai kekuatan maksimum dalam jangka masa 12 jam. Glu jenis ini biasa digunakan dalam pembinaan am seperti merekat tanggam dan papan lapis

Glu PVA

_____________________________________________________________ Folio Kerja Kayu

120

Bahan Pemasangan Dan Kelengkapan ____________________________________________________________________________________ __

Epoksi

Glu ini adalah sejenis resin yang cepat mengeras apabila dicampurkan dengan agen pengeras. Ia mempunyai sifat rintangan kepada bahan bahan kimia, air dan jua tidak melumur. Glu ini sesuai digunakan untuk merekat bahan seperti kayu, logam, kaca, tembikar, jubin, getah, plastik, dan sebagainya.

Glu Resin Urea Formaldehyde

Glu resin urea formaldehyde digunakan secara sejuk, ia dihasilkan dalam keadaan resin cecair walaupun serbuk hendaklah dicampurkan dengan agen pengeras semasa digunakan. Kebaikan glu ini ialah ia tidak melumur dan mempunyai sifat tahan rintangan terhadap panas dan papan papan yang lain.

_____________________________________________________________ Folio Kerja Kayu

121

Bahan Pemasangan Dan Kelengkapan ____________________________________________________________________________________ __

Glu sentuh Merupakan cecair getah tiruan yang sangat senang terbakar. Cara gunanya ialah denagan menyapu keseluruhan kedua dua permukaan benda kerja tersebut dilekatkan kemudian ditekan dan diurut hingga rata. Ia sesuai digunakan untuk merekatkan bahan bahan yang berlainan seperti lapisan plastik hiasan, veneer, kain, kulit dan kaca.

Glu sentuh

_____________________________________________________________ Folio Kerja Kayu

122

Kemasan Dalam Kerja Kayu ____________________________________________________________________________________ __

BAB 6 : KEMASAN DALAM KERJA KAYU

6.1 PENGENALAN

Kemasan merupakan proses terakhir dalam penghasilan sesuatu produk sebelum dipasarkan. Kaedah kemasan yang betul menetukan kesenian tukang dan kecantikan bendakerja. Untuk menghasilkan kemasan yang menarik dan bermutu tinggi, bendakerja atau projek perlu dirawat supaya apabila disiapkan denagn kemasan tertentu tidak akan menunjukkan kelemahan dan kecacatan kayu tersebut. Antara langkahlangkah dalam kerja kemasan adalah memilih cat atau kemasan yang sesuai, merawat kecacatan kayu dengan menyapu dan menyumbat dengan tepung penyumbat (filler powder), menggossok dan melelas permukaan kayu dengan kertas las (sand paper), serta menyapu warna pada permukaan kayu jka perlu atau membancuh cat dan mengecat samada menggunakan berus atau spray.

_____________________________________________________________ Folio Kerja Kayu

123

Kemasan Dalam Kerja Kayu ____________________________________________________________________________________ __

6.2 TUJUAN KERJA KEMASAN

Kerja kemasan yang dilakukan akan mendatangkan faedah. Ia mempunyai beberapa tujuan mengapa ia mesti dilaksanakan. Antaranya :

a. Memberikan pandangan kayu yang lebih kemas dan cantik. b. Menghilangkan kesan calar atau cacat. c. Menyediakan lapisan pelindung daripada air atau serangga. d. Membuat projek kerja kayu yang lebih tahan lama.

Langkah menyapu kemasan

_____________________________________________________________ Folio Kerja Kayu

124

Kemasan Dalam Kerja Kayu ____________________________________________________________________________________ __

6.3 BERUS

Seperti kita sedia maklum, kita menggunakan berbagai jenis berus dalam melakukan kerja seharian. Setiap berus mempunyai fungsi dan kegunaannya yang tersendiri. Di dalam kerja kemasan juga, terdapat beberapa jenis berus yang di gunakan untuk menyempurnakan dan memudahkan kerja kemasan yang dilakukan.berus yang digunakan dalam kerja kemasan ialah berus cat dan berus syelek.

Berus Cat

Berus cat

Berus cat digunakan untuk menyapu lapisan cat dan tona kayu. Ia perlu dibersihkan selepas digunakan supaya tidak rosak dan dapat digunakan lagi.

_____________________________________________________________ Folio Kerja Kayu

125

Kemasan Dalam Kerja Kayu ____________________________________________________________________________________ __

Cara membersihkan dan menyimpan berus cat adalah :

a. Buangkan cat yang melekat pada berus dengan mengesat pada perca kain, surat khabar lama atau pada tepi tin cat. b. Basuh berus cat dengan pelarut cat seperti turpetin. Rendam jika perlu. c. Basuh berus dengan menggunakan air dan sabun. d. Parah dan keringkan. e. Gantung berus cat ditempat yang sesuai.

Cara menggantung cat berus

_____________________________________________________________ Folio Kerja Kayu

126

Kemasan Dalam Kerja Kayu ____________________________________________________________________________________ __

Berus Syelek

Berus syelek digunakan untuk menyapu syelek. Sperti berus cat, berus syelek juga mesti dibersihkan dengan cara yang betul selelpas digunakan supaya tidak rosak dan digunakan lagi. Cara membersihkan berus syelek ialah :

a. Bersihkan berus syelek dengan menggunakan spirit metil. b. Basuh berus dengan menggunakan air dan sabun. c. Perah dan keringkan. d. Gantung berus syelek di tempat yang sesuai.

Berus syelek

_____________________________________________________________ Folio Kerja Kayu

127

Kemasan Dalam Kerja Kayu ____________________________________________________________________________________ __

6.4 BAHAN-BAHAN PENGEMAS

Terdapat beberapa jenis bahan pengemas yang digunakan semasa melakukan kerja kemasan. Bahan-bahan ini digunakan mengikut peringkat dan tahap. Bahan-bahan ini juga boleh dipilih mengikut keperluan dan kesesuaian. Antara bahan-bahan pengemas adalah seperti kertas las, tepung penyumbat, pelarut, syelek, cat, tona kayu, lekar, dan venir kayu.

Kertas Las

Kertas lasmjuga dikenali sebagai kertas pasir atau kertas kaca. Ia dijual dalam bentuk keping berukuran 22cm x 27cm. Siz kertas las ditentukan oleh gred seperti 00, 0, 1, 2, dan 3. Gred 0 dan 00 adalah gred paling halus manakala 1 adalah halus dan 2 serta 3 adalah gred paling kasar. Bahan yang digunakan untuk membuat kertas las adalah silicon, karbida, dan aluminium oksida.

Kertas las

_____________________________________________________________ Folio Kerja Kayu

128

Kemasan Dalam Kerja Kayu ____________________________________________________________________________________ __

Terdapat dua jenis kertas las iaitu kertas pelelas kalis air (untuk logam) dan kertas pelelas tidak kalis air (untuk kerja kayu). Kertas las digunakan untuk menghilangkan kecacatan dan tanda pada kayu serta menggosok kayu hingga licin. Kertas las mesti digunakan dengan cara yang betul supaya kerja kemasan dapt dilakukan dengan sempurna. Cara menggunakan kertas las ialah :

a. Gunakan bongkah kayu kertas las yang biasanya dibuat daripada gabus, kayu lembut atau getah. b. Tujuannya untuk menghasilkan permukaan yang sekata. c. Gunakan kertas las gred 2 (kasar) untuk menggosok. d. Gosok kertas las selari dengan permukaan kayu.

Cara-cara menggunakan kertas las

Kerja melelas boleh dilakukan samada dengan menggunakan tangan atau dengan mesin. Selain kertas las, bendakerja juga boleh dilicinkan dengan daun mempelas. Walaubagaimanapun, ia kurang digunakan kerana sukar didapati. Kertas las lebih mudah didapati di kedai hardware, harga yang murah dan terdapat dalam pelbagai saiz.

_____________________________________________________________ Folio Kerja Kayu

129

Kemasan Dalam Kerja Kayu ____________________________________________________________________________________ __

Tepung Penyumbat

Tepung penyumbat yang digunakan adalah merupakan pengemas seperti Plaster of Paris atau Kapur Paris. Tepung penyumbat digunakan untuk menyumbat lubang-lubang dan liang-liang kayu sebelum kerja mengecat dan menyelek dilakukan. Tepung penyumbat dijual dalam bentuk yang mudah dibancuh dengan air sehingga sebati.

Membancuh tepung penyumbat

_____________________________________________________________ Folio Kerja Kayu

130

Kemasan Dalam Kerja Kayu ____________________________________________________________________________________ __

Tepung penumbat mesit digunakan dengan cara yang betul untuk menghasilkan projek yang baik dan sempurna. Cara-cara menggunakan tepung penyumbat ialah :

a. Campur dan bancuh Kapur Paris dengan air sehingga pekat. b. Sapu bahan tepung penyumbat dengan cara menggosokkannya merentasi urat kayu dalam gerakan membulatdengan alat yang sesuai. c. Biarkan lapisan tepung penyumbat menjadi kering dan gosok menggunakan kertas las supaya sama rata dengan permukaan kayu.

Cara-cara menggunakan tepung penyumbat

_____________________________________________________________ Folio Kerja Kayu

131

Kemasan Dalam Kerja Kayu ____________________________________________________________________________________ __

Tepung Penyumbat Polyfilla

Tepung penyumbat Polyfilla ialah sejenis penyumbat kayu khas yang berbentuk tepung. Cara menyediakan tepung penyumbat polyfilla ialah dengan membancuh tepung penyumbat polyfilla dengan air sehingga menjadi adunan yang pekat. Bagi menghasilkan kayu yang berwarna sama, bancuh tepung polyfilla dengan menggunakan syelek dan pewarna. Tepung polyfilla mempunyai beberapa kegunaan. Antara kegunaan tepung polyfilla ialah :

a. Menyumbat urat-urat kayu b. Menyumbat liang kayu yang kasar c. Menyumbat lubang pada permukaan kayu d. Menyumbat kesan kecacatan kayu e. Menyumbat kerenggangan pada tanggam f. Menyumbat lubang bekas paku

Tepung penyumbat polyfilla mesti digunakan dengan cara yang betul untuk menghasilkan kerja yang kemas dan sempurna. Begitu juga dengan cara menyumbat ira kayu. Cara menyumbat ira kayu yang betul ialah :

a. Bancuh tepung penyumbat polyfilla dengan air sehingga menjadi adunana yang pekat. b. Adunan ini disumbat ke dalam liang atau lubang-lubang pada kayu dengan menggunakan kain dan gosok secara melintang kayu atau menggosok secara berputat-putar. c. Bersihkan tepung penyumbat yang berlebihan pada permukaan kayu sebelum menjadi kering.

_____________________________________________________________ Folio Kerja Kayu

132

Kemasan Dalam Kerja Kayu ____________________________________________________________________________________ __

d. Benda kerja yang telah siap disumbat dibiarkan selama semalaman sehingga kering. e. Apabila sudah kering, gosokkan permukaan kayu dengan menggunakan kertas las yang paling halus. f. Segala habuk dibersihkan dan permukaan kayu itu disapu dengan cat, syelek atau sampang.

_____________________________________________________________ Folio Kerja Kayu

133

Kemasan Dalam Kerja Kayu ____________________________________________________________________________________ __

Syelek

Syelek ialah resin asli yang dihasilkan dari tahi serangga bernama Iac bug yang hidup di atas dahan ranting sejenis pokok yang terdapat di Asia Tenggara. Resin syelek laurt di dalam alcohol-methylated spirit. Ia digunakan untuk mengilatkan kayu dinamakan French polishing secara senbur atau dengan menggunakan berus. Syelek didapati sebagai serpihan yang perlu dilarutkan di dalam alkohol untuk digunakan, ataupun dibeli secara bancuh siap.

Syelek merupakan kemasan yang lazim digunakan pada perabot dan kayu. Ia juga digunakan untuk melindungi dan mencantikkan projek. Syelek biasa digunakan kerana ia mempunyai harga yang murah, mudah disediakan dan kalis air. Syelek mempunyai dua jenis iaitu syelek jingga untuk kayu berwarna sederhana dan syelek putih untuk kayu berwarna pucat atau gelap. Ia terdiri daripada syelek jingga yang didapati dalam bentuk kepingan dan selek putih yang didapati dalam bentuk cecair. Syelek yang telah dilarutkan hendaklah disimpan di dalam bekas kaca atau cina. Jika disimpan di dalam tin, warna selek akan menjadi gelap.

Penggunaan selek yang betul dapat menghasilakn projek yang kemas dan sempurna. Cara menggunakan syelek yang betul adalah :

a. Kerja menyapu syelek dilakukan pada waktu hari cuaca panas bagi mengelakkan bahagian yang disapu syelek menjadi putih. b. Guna berus syelek yang lebar dan lembut. c. Sebelum mula menyelek, benda kerja dibersihkan dengan kertas las. d. Bagi lapisan permulaan, sapu dengan gerakan panjang dan cepat.

e. Syelek mesti disapu selari dengan urat kayu.


_____________________________________________________________ Folio Kerja Kayu

134

Kemasan Dalam Kerja Kayu ____________________________________________________________________________________ __

f.

Gunakan hujung berus untuk menyamakan lapisan ketika syelek masih basah dan jangan disapu balik ke belakang.

g. Biarkan lapisan pertama kering. Kemudian, gosok dengan kertas las 00 dengan perlahan dan dibersihkan. h. Sapu lapisan kedua. Kemudian biarkan kering dan gosok dengan kertas las 00 dengan perlahan dan dibersihkan. i. Sapu lapsan ketiga.

_____________________________________________________________ Folio Kerja Kayu

135

Kemasan Dalam Kerja Kayu ____________________________________________________________________________________ __

Cat

Cat ialah sejenis bahan cecair yang digunakan dalam perusahaan untuk memberiken lapisan perlindungan kepada bahan-bahan kayu serta besi, lepa, konkrit, batu-bata, dan lain-lain.

Jenis bahan kemasan

Selain menjadi sebagai lapisan perlindungan, cat juga mempunyai fungsi-fungsi lain. Antaranya ialah :

a. Melindungi bahan perusahaan seperti yang disebut di atas daripada kerosakan yang disebabkan oleh keadaan cuaca, serangan serangga, pengoksidaan dan sebagainya. b. Mencantikkan permandangan. c. Memudahkan membersihkan permukaannya.

_____________________________________________________________ Folio Kerja Kayu

136

Kemasan Dalam Kerja Kayu ____________________________________________________________________________________ __

Pada dasarnya, cat diperbuat daripada jenis pewarna dan cecair. Pewarna cat terdiri daripada oksida besi, amber, krominium, oksida zink dan lain-lain. Cecair pula mengandungi bahan-bahan pengikat (binder) dan pelarut (thiner). Bahan pengikat berfungsi untuk melekatkan pewarna pada permukaan yang dicat serta memberi sifat kalisan dan kelician. Pelarut pula berfungsi mengurangkan kelikatan cat dan memberi kesenangan kerja semasa mengecat.

Kerja mengecat mesti dilakukan dengan cara yang betul supaya projek dapat dihasilkan dengan cantik dan kemas. Cara mengecat ialah :

a. Sebelum benda kerja disapu cat, permukaannya mestilah tidak berminyak. Berhabuk dan dalam keadaan kering. b. Benda kerja hendaklah dilicinkan dengan menggunakan kertas las. c. Untuk lapisan pertama, sapu cat dengan menggunakan berus cat yang lebar dan melintangi urat kayu. d. Setelah lapisan pertama kering, benda kerja disumbat dengan menggunakan tepung penyumbat pada bahagian-bahagian yang cacat dan berlubang. e. Biarkan lapisan tepung penyumbat kering. Kemudian, gosok

permukaan dengan kertas las gred 00 dan dibersihkan. f. Untuk lapisan kedua, sapu cat selari denagn urat kayu.

Kerja mengecat boleh dilakukan dengan tiga cara iaitu disapu denagan berus, menggunakan penggelek atau roller, dan menggunakan alat sembur yang dibantu oleh mesin tekanan udara, tangki atau sembur dan hos getah.

Terdapat beberapa jenis cat yang digunakan dalam kerja mengecat seperti cat berkilau atau cat lincau yang dibancuh dengan menggunakan turpetin, cat emulsi atau cat bauran yang dibancuh dengan menggunakan air, dan cat distemper.

_____________________________________________________________ Folio Kerja Kayu

137

Kemasan Dalam Kerja Kayu ____________________________________________________________________________________ __

Cat Alas

Cat emulsi ialah sejenis cat yang berfungsi sebagai pengalas untuk menutup lubang-lubang kecil pada permukaan kayu dan logam. Cara menggunakan cat alas ialah :

a. Pilih warna cat alas yang sama atau hamper sama dengan cat lincau yang akan digunakan nanti. b. Setelah permukaan kayu disapu dengan cat alas, gosokkan permukaan itu dengan kertas las selepas cat alas kering.

Cat Lincau

Cat lincau ialah sejenis cat yang dibancuh denagn turpetin atau palarut khas. Cat lincau berfungsi untuk menghasilkan permukaan yang cantik serta berkilat. Ia memberikan perlindungan pada permukaan benda kerja kerana cat ini adalah kalis air. Cat ini mempunyai pewarna dan cecair minyak linseed. Cat lincau menjadi kering melalui proses penyejatan pelarutnya dan pengoksidaan.kebaikan cat lincau adalah :

a. Senang digunakan b. Didapait dalam pelbagai warna c. Boleh menahan haba d. Kalis air e. Tahan lama f. Murah g. Cantik h. Berkilat

_____________________________________________________________ Folio Kerja Kayu

138

Kemasan Dalam Kerja Kayu ____________________________________________________________________________________ __

Tiga lapisan diperlukan iaitu lapisan asas, lapisan alas dan lapisan kemasan. Cat lapisan asas mengandungi cecair minyak linseed dan plumbum merah sebagai pewarna. Langkah-langkah mengecat :

a. Bersihkan permukaan kayu daripada habuk dan kotoran . b. Menyapu lapisan asas. c. Mentumbat dengan tepung penyumbat. d. Menyapu lapisan cat alas dan dibiarkan kering. e. Gunakan kertas las gred 0 untuk meratakan lapisan cat alas. f. Menyapu lapisan kemasan dengan lapisan cat lincau.

Cat lincau juga boleh digunakan dengan cara semburan. Langkah menyembur cat lincau dengan menggunakn penyembur cat dan pemampat udara adalah :

a. Bersihkan permukaan kayu yang hendak disembur dengan cat. b. Gunakan bahan pelarut turpetin untuk mencairkan cat alas kepada keadaan yang sesuai untuk semburan. Semburkan permukaan kayu dengan satu lapisan cat alas dan biarkan kering. c. Ratakan permukaan cat dengan kertas las gred halus. d. Cairkan cat lincau menggunakj pelarut keadaannya sesuai untuk semburan. Jarak muncung penyembur dengan permukaan kayu mestilah lebih kurang 30cm. Semburan cat boleh dilakukan berulang kali sehingga mendapat suatu lapisan permukaan yang licin dan berkilat. Pastikan lapisan lincau benar-benar kering sebelum menyembu cat seterusnya.

_____________________________________________________________ Folio Kerja Kayu

139

Kemasan Dalam Kerja Kayu ____________________________________________________________________________________ __

Semburan menggunakan mesin pemampat udara

Selain menggunakan mesin pemampat udara, cat lincau juga boleh digunakan kaedah semburan tin bagi cat lincau yang terdapt dalam tin. Langkah-langkah untuk menyembur cat dengan kaedah semburan ialah :

a. Permukaan yang hendak dicat perlu dibersihkan daripada habuk dan kekotoran. b. Satu lapisan cat alas disapu pada permukaan kayu dan dibiarkan kering. c. Gosok dengan kertas las gred halus pada lapisan cat alas untuk meratakannya.

_____________________________________________________________ Folio Kerja Kayu

140

Kemasan Dalam Kerja Kayu ____________________________________________________________________________________ __

Cat semburan

d. Goncang tin bekas cat sembur untuk memastikan campuran cat dan bahan pelarut sebati. Semburan hendaklsh dibuat pada jarak kirakira 30cm dari permukaan kayu. Mulakan dengan satu lapisan cat nipis dan biarkan kering. e. Ulangi proses semburan sehingga mendapat lapisan permukaan cat yang licin dan berkilat. Pastikan lapisan benar-benar kering sebelum semburan lapisan yang berikutnya dilakukan.

_____________________________________________________________ Folio Kerja Kayu

141

Kemasan Dalam Kerja Kayu ____________________________________________________________________________________ __

Cat Emulsi

Cat emulsi mengandungi pewarna dan cecair resin tiruan dan hendaklah dibancuh dengan air untuk mencairkannya semasa digunakan. Jenis cat emulsi lateks ialah cat yang diperbuat daripada getah tiruan dan perlu dicairkan dengan air apabila hendak digunakan untuk mengecat. Cat emulsi menghasilkan kemasan yang pudar. Proses pengeringan bagi cat emulsi ialah melalui sejatan dan resapan. Cat ini mudah digunakan denagn cara disapu dengan berus, digelek denagn penggelek atau disembur. Cat lapisan tidak diperlukan bagi kerja baru.

Cat Distemper

Cat distemper juga dikenali sebagai cat kapur. Cai ini dihasilakn dengan kapur mati dan dibancuhkan dengan air serta sedikit nila supaya kelihatan putih.

_____________________________________________________________ Folio Kerja Kayu

142

Kemasan Dalam Kerja Kayu ____________________________________________________________________________________ __

Tona Kayu

Tona kayu adalah bahan pewarna yang perlu dilarutkan dalam pelbagai perantaraan. Terdapat jenis tona warna iaitu pewarna minyak, pewarna spirit, dan pewarna air.

Tona Kayu

Tona kayu digunakan untuk menggelapkan dan mengeluarkan susunan urat kayu dan menyamakan kayu yang berlainan warna. Cara menggunakan tona kayu ialah :

a. Bersihkan permukaan kayu sebelum menyapu tona kayu. b. Kacau tona kayu sehingga sebati. c. Sapu lapisan tona kayu dengan berus pada apermukaan kayu yang hendak dikemaskan dan dibiarkan kering. d. Gosok lapisan tona kayu denagn kertas las gred halus untuk meratakannya. e. Satu lapisan tona kayu disapu dan ulangi proses tersebut sehingga mendapat satu lapisan yang licin dan menarik.

_____________________________________________________________ Folio Kerja Kayu

143

Kemasan Dalam Kerja Kayu ____________________________________________________________________________________ __

Pewarna minyak digunakan untuk mengilap lilin dan disapu bagi melarutkan pelumur di dalam turpetin dan petrol. Pewarna spirit mest dibancuh dengan syelek dan spirit bertujuan untuk menyamakan permukaan kayu dan mendapatkan kemasan yang sekata. Pewarna air boleh digunakan terus pada permukaan kayu sebelum menyapu lekar. Ia boleh disapu dengan menggunakan berus atau kain. Ona kayu lambat kering kerana ia mempunyai pelbagai pelarut yang digunakan.

Lekar

Lekar disapu sebagai kemasan terakhir untuk mengilatkan permukaan kayu. Lekar diperbuat daripada selulosa halus. Ia harus dilarutkan dengan thiner dan boleh disapu atau disembur untuk menggunakannya.

Contoh semburan lekar

_____________________________________________________________ Folio Kerja Kayu

144

Kemasan Dalam Kerja Kayu ____________________________________________________________________________________ __

Lekar disapu selepas syelek. Penggunaan lekar dalam projek dapat mencegah permukaan kayu daripada menjadi calar dan kusam. Leka yang biasa digunakan terdiri daripada jenis resin.

Venir Kayu

Venir kayu merupakan kepingan kayu yang nipis bertujuan untuk menampal permukaan kayu. Ia menyerupai rupa kayu yang asli tetapi ia hanya perlu ditampal pada permukaan kayu supaya kelihatan seperti urat kayu.

_____________________________________________________________ Folio Kerja Kayu

145

PROJEK KAYU TAJUK : RAK HIASAN

BAHAN 1) 2 keping papan 20 X 80 X 430 2) 3 keping papan 20 X 80 X 250 3) 1 keping papan lapis 3 X 410 X 250

PERALATAN

Pita pengukur

Sesiku-L

Pensil penanda

Gergaji puting

Tolok penanda

Gandin kayu

Pahat tepi serong

Kertas pasir

Gergaji lengkok

Kikir parut

Ragum meja

LUKISAN KERJA

Pandangan tercerai rak hiasan

Unjuran oblik rak hiasan

Unjuran ortografik rak hiasan PROSES KERJA

1. Penyediaan bahan

a) Bahan-bahan pembinaan seperti papan dan papan lapis yang akan digunakan diperiksa terlebih dahulu. Antara tujuannya ialah; i. Memastikan kayu berada dalam keadaan yang baik iaitu tanpa sebarang keretakan, lubang, bengkok dan sebagainya. ii. Memastikan ketebalan dan jenis kayu adalah mengikut spesifikasi yang telah ditentukan.

b) Peralatan-peralatan kayu dipastikan mencukupi dan disesuaikan untuk pembinaan projek ini. Selain itu, peralatan-peralatan tersebut juga dipastikan berada dalam keadaan yang baik dan selamat digunakan.

2. Merancang tanda (proses mengerat)

a) Proses mengukur dan menanda dilakukan untuk kerja-kerja pemotongan.

b) Antara alat-alat tangan yang digunakan dalam proses ini ialah; i. ii. iii. Pensil penanda Pita pengukur Sesiku-L

c) Proses merancang tanda i. Sekeping papan yang mempunyai ukuran panjang kira-kira 1610mm dibahagikan kepada 5 bahagian iaitu 2 bahagian ditandakan dengan kepanjangan 430mm. ii. Manakala 3 bahagian yang selebihnya ditandakan dengan kepanjangan 250mm.

3. Memotong

a) Proses ini dilakukan setelah kerja-kerja mengukur dan menanda dilakukan.

b) Antara alatan tangan yang digunakan ialah; i. ii. Ragum meja Gergaji puting

c) Proses memotong i. Bahagian kayu yang ingin dipotong diapit dengan ragum meja untuk memudahkan kerja-kerja pemotongan. ii. Kemudian bahagian-bahagian kayu yang telah ditanda tadi dipotong dengan menggunakan gergaji putting sehingga selesai.

4. Kemasan

a) Proses ini dilakukan untuk mengemaskan bahagian-bahagian kayu yang telah dipotong tadi. Dalam proses ini juga, kerataan permukaan kayu diuji dengan menggunakan sesiku-L.

b) Antara alat-alat tangan yang digunakan ialah; i. ii. iii. Sesiku-L Kertas pasir Kikir parut

c) Proses kemasan i. Bahagian pinggir-pinggir kayu yang bergerigi dikikir perlahan-lahan dengan menggunakan kikir parut. ii. Bahagian pemotongan yang tidak rata juga diratakan dengan menggunakan kikir parut.

iii.

Pingir-pingir tersebut kemudiannya dikemas dan diperhaluskan lagi dengan menggunakan kertas pasir.

iv.

Kemudian kerataan permukaan kayu diuji dengan cara mengheret bilah sesiku-L di atas permukaan kayu.

5. Merancang tanda (membina tanggam)

a) Proses mengukur dan menanda pada kali ini adalah bertujuan untuk persediaan kepada proses membuat tanggam. Penandaan ini dilakukan pada kedua-dua keping papan yang berukuran 20 X 80 X 430.

b) Antara alat-alat tangan yang digunakan ialah; i. ii. iii. iv. Pensil penanda Pita pengukur Tolok penanda Sesiku-L

c) Proses mengukur dan menanda i. Lebar tanggam diukur dan ditanda menyamai tebal papan yang digunakan iaitu 20mm. ii. Kedalaman tanggam pula ialah separuh daripada ketebalan kayu yang akan dibina tanggam iaitu 10mm. Tolok penanda digunakan untuk proses penandaan kedalaman tanggam ini. iii. Akhir sekali, bahagian yang hendak dibuang dalam proses membuat tanggam nanti ditandakan dengan X.

6. Memahat

a) Proses memahat dilakukan untuk membuat tanggam parit terus.

b) Antara peralatan tangan yang digunakan ialah; i. ii. Pahat tepi serong Gandin kayu

iii. iv.

Gergaji lengkok Kikir parut

c) Proses yang dilakukan untuk membina tanggam i. Bahagian atas permukaan papan yang telah ditandakan dikerat dengan menggunakan gergaji lengkok sehingga kedalaman yang dikehendaki semasa proses penandaan. ii. Kemudian, dengan menggunakan pahat tepi serong, bahagian parit yang ingin dibuang dipahat dengan teliti. iii. Setelah proses memahat tersebut selesai, iv. Tanggam telah yang dibina diperkemaskan lagi dengan menggunakan kikir parut.

RUJUKAN

Asnul Dahar bin Minghat,Anuar bin Mohammad (2004). Modul Pembelajaran

Teknologi Kayu.Cetakan Pertama.Johor: Jabatan Pendidikan Teknik dan

Kejuruteraan, Fakulti Pendidikan, UTM, Universiti Teknologi Malaysia.

Ramly Samsudin, Tan Heng Sun, Yaakub Amir,Adnan Che Rus (1991), Kemahiran

Hidup Bersepadu Teras Tingkatan 1.Cetakan Kedua.Dewan Bahasa dan

Pustaka, Kementerian Pendidikan Malaysia.

Dr. Zulkifli bin Hanafi (1996), Alat-alat Pertukangan Tradisioanal Melayu, Solara

Publication.

M David Egan (1978). Konsep Keselamatan dan Kebakaran Bangunan.Penerbitan

UTM, Universiti Teknologi Malaysia.

Mark Finney (1974).The Stanley Book Of Woodworking Tools,Techniques and

Projects. First Edition.London.

También podría gustarte