Está en la página 1de 8

PEMARKAHAN

SEMESTER 1 SESI 2010/2011 KOD & NAMA KURSUS

PPGPJJ SEMESTER 2 SESI 2012/2013


KRP 3013: KURIKULUM DAN PENGAJARAN SEKOLAH RENDAH

LAPORAN ANALISIS 2

DISEDIAKAN OLEH NAMA NO. MATRIK

PUSAT PEMBELAJARAN: EL-_________

NAMA TUTOR E-LEARNING:____________________________________ TARIKH SERAH: ________________

LAPORAN ANALISIS 2 (Perbandingan Kurikulum Mengikut Era) Nama: _____________________________ 1. Disiplin/mata pelajaran yang dipilih. No. ID : ___________________

a. b.

Nama disiplin/mata pelajaran :Pendidikan Islam Tahun :2

2.

Perbandingan disiplin/mata pelajaran mengikut era KLSR, KBSR dan KSSR

DIMENSI HORIZONZAL a. Skop/liputan

KLSR: Pendidikan Agama Islam di Malaysia bermula sejak sekian lama dahulu. Pendidikan yang menggunakan Bahasa Arab sebagai bahasa pengantar diajar oleh mubalighmubaligh Arab yang berdagang di Tanah Melayu masa itu. Masjid, surau dan rumah-rumah tok guru adalah menjadi tempat di mana ilmu agama ini diajar. Pendidikan pada masa itu tidaklah dijalankan secara formal dan sistematik dengan sistem silibus yang seragam. Silibus adalah berasaskan kepada Al-Quran, Sunnah dan Hadith. (Kementerian Pendidikan Malaysia 1997). Didalam laporan Penyeliaan Pendidikan Islam Sekolah Rendah (1992), sistem pendidikan islam di Malaysia terbahagi kepada 4 tahap:a . Sistem belajar di rumah guru. b. Sistem pondok c. Sistem Madrasah d. Dasar Pelajaran Kebangsaan.

KBSR: Pendidikan Islam sekolah rendah wajib dipelajari oleh setiap murid Islam dari tahun 1 hingga tahun 6. Pendidikan Islam menekankan kemahiran-kemahiran asas yang perlu dikuasai oleh individu Muslim merangkumi aspek keimanan, kemanusiaan, kemasyarakatan dan kenegaraan. Tumpuan khusus mata pelajaran ini ialah, pertama; pendidikan asas tilawah al-Quran, kedua; pembentukan akidah dan bimbingan Asas Fardu Ain, ketiga; pemupukan amalan Fardu Ain dan Fardu Kifayah yang dituntut oleh Syariat Islam dan keempat; penerapan adab yang berteraskan Akhlak Islamiah ke dalam diri murid.. Bidang-bidang pengajian ini diterjemahkan dalam bentuk Buku Teks yang memerlukan para guru memahami fungsi, kepentingan dan kemahiran-kemahiran yang terkandung di dalamnya. Kurikulum Pendidikan Islam di Malaysia dimantapkan lagi dengan pelaksanaan program j-QAF yang merupakan program sokongan dan pemantapan kepada pelaksanaan kurikulum Pendidikan Islam. Bagi memantapkan pelaksanaan program j-QAF, lima model telah disediakan oleh pihak Kementerian Pelajaran.

KSSR: Kurikulum Standard Pendidikan Islam Sekolah Rendah memberi penekanan kepada kemahiran membaca al-Quran, hadis, pemantapan asas-asas akidah, ibadah, akhlak dan sirah Rasulullah s.a.w. serta kemahiran jawi. Pada akhir pembelajaran Pendidikan Islam sekolah rendah murid mampu memahami, mengamal dan menghayati tuntutan fardu ain dan fardu kifayah dalam kehidupan harian. ____________________________________________________________________ (3 markah) b. KLSR: Dalam pembelajaran Pendidikan Islam terdapat kesepaduan isi pelajaran dengan subjek pendidikan kesihatan dan sivik . Kesepaduan/integrasi

KBSR: Dalam pembelajaran Pendidikan Islam terdapat kesepaduan isi pelajaran dengan subjek pendidikan kesihatan dan sivik .

KSSR: Dalam pembelajaran Pendidikan Islam terdapat kesepaduan isi pelajaran dengan subjek pendidikan kesihatan dan sivik . Tunjang Kerohanian, Sikap dan Nilai iaitu tunjang yang kedua menekankan aspek kerohanian, sikap dan nilai perlu dibangunkan dengan berkesan supaya insan yang dihasilkan melalui sistem pendidikan negara memahami, menghayati dan seterusnya mengamal nilai dan norma kemasyarakatan yang mencerminkan keperibadian yang menepati identiti Malaysia. Maka, bidang ilmu yang relevan dengan perkara tersebut seperti Pendidikan Islam dan Pendidikan Moral menjadi teras kepada ini. ____________________________________________________________________ (3 markah) c. Imbangan

KLSR:_Lebih men________________________________________________________________ ____________________________________________________________________ ____________________________________________________________________ ____________________________________________________________________ _________________________________________________________________ ____________________________________________________________________ ____________________________________________________________________ ____________________________________________________________________

KBSR Aspek pengajaran nilai-nilai murni dan kewarganegaraan ditekankan berbanding KLSR. Pengajaran mata pelajaran moral dan Pendidikan Islam menjadi unsur kesepaduan dalam pengajaran, bukannya terletak pada guru agama sahaja. KBSR dibahagikan kepada tiga bidang asas iaitu bidang komunikasi, bidang kemanusiaan dengan persekitaran dan bidang perkembangan diri individu. Bidang Kemanusiaan dan Alam Sekitar terbahagi kepada dua komponen iaitu Kerohanian, Nilai dan Sikap serta Komponen Kemanusiaan dengan Alam. Mata pelajaran yang mewakili bidang ini ialah mata pelajaran Pendidikan Islam dan Pendidikan Moral

KSSR: Tunjang Kerohanian, Sikap dan Nilai. Tunjang ini juga memberi penekanan kepada bidang pembelajaran yang fokus kepada pengamalan ilmu agama dan kepercayaan, sikap dan nilai.

DIMENSI VERTIKAL a. Urutan/sekuen

KLSR Terdapat unsur sekuen dalam Pendidikan Islam iaitu isi kandungan dalam matapelajaran ini disusun mengikut urutan daripada mudah kepada susah mengikut dua dua tahap iaitu; Tahap I i.Penguasaan kemahiran asas berbahasa(mendengar, bertutur, membaca dan menulis) ii. iii. Penguasaan nombor dan operasi asas mengira Mengenal huruf serta membaca, menhafaz dan menghayati ayat-ayat Al-

Quran; iv. Menyedari dan memahami norma dan nilai murni masyarakat.

Fokus Tahap II i. ii. iii. iv. Pengukuhan kemahiran asas berbahasa; Pengukuhan kemahiran asas operasi matematik dan penyelesaian masalah; Pemerolehan pengetahuan dan kemahiran-kemahiran lain Kemahiran Belajar serta Kemahiran Berfikir secara Kritis dan Kreatif;

v. vi.

Membaca, menghafaz, memahami dan menghayati pengajaran Al-Quran; Menghayati dan mengamalkan nilai-nilai

KBSR: Kementerian Pendidikan Malaysia melalui surat siaran KP.5206/3/60 Jld.3 (4) yang dikeluarkan pada 1 Mac 1994 telah memaklumkan pelaksanaan kaedah Iqra` dalam tilawah al-Quran di sekolah. Dalam jangka masa 6 bulan tersebut murid-murid hendaklah dipastikan dapat menguasai bacaan al-Quran. Murid tahun satu diberi tumpuan khusus dalam 6 bulan pertama persekolahan. Guru hendaklah memberi tumpuan khusus kepada penguasaan kemahiran menulis dan membaca Jawi dan al-Quran. Dalam tempoh ini juga perkara-perkara yang berkaitan Rukun Iman, Rukun Islam dan Solat hendaklah diajar seperti biasa manakala bahagian Adab dan Akhlak Islamiah diajar secara merentas. Selepas 6 bulan pertama persekolahan guru hendaklah melaksanakan pemulihan dan pengayaan secara berterusan. Untuk murid tahun 2 dan seterusnya serta sekolah menengah aktiviti pemulihan dan pengayaan Jawi dan al-Quran dibuat secara berterusan di semua peringkat rendah dan menengah. Tulisan Jawi digunakan dalam aktiviti pengajaran dan pembelajaran Pendidikan Islam dan ujian serta peperiksaan Pendidikan Islam di peringkat sekolah. Aktiviti-aktiviti khusus, latih tubi dan kerja rumah serta sebarang bentuk pertandingan dan sebagainya melibatkan tulisan jawi di peringkat bilik darjah dan sekolah dilaksanakan bagi memperkukuh dan meningkatkan penguasaan kemahiran tersebut.

KSSR. Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR) merupakan satu transformasi pendidikan, iaitu proses melakukan satu bentuk perubahan kepada kurikulum persekolahan sedia ada yang melibatkan perubahan bentuk, organisasi, kandungan, pedagogi, peruntukan masa, kaedah pentaksiran, bahan dan pengurusan kurikulum di sekolah. Dokumen standard ialah bahan kurikulum utama yang digunakan dalam pengajaran dan pembelajaran. Guru menggunakan dokumen standard ini untuk merancang rancangan pengajaran mereka. Standard Kandungan dan Standard Pembelajaran adalah elemen utama yang terdapat dalam dokumen standard.Standard kandungan adalah kenyataan umum tentang domain kognitif (pengetahuan)dan efektif (sikap dan nilai) yang boleh dicapai oleh murid. Standard pembelajaran pula

ialah kenyataan khusus kepda murid agar mereka tahu dan boleh melakukan dari segi konsep dan pengetahuan. Keupayaan melakukan sesuatu membolehkan murid mendapat pengetahuan, kemahiran dan nilai dalam bentuk yang boleh diukur. b. Kesinambungan/kontinuiti

KLSR Kandungan sukatan pelajaran yang berulang dan tidak mempunyai kaitan antara satu sama lain. Keduanya ialah dari segi sukatan pelajarannya yang terlalu banyak sehingga membosankan murid. Yang ketiga ialah guru dan murid terpaksa menghabiskan sukatan pelajaran apabila menjelang peperiksaan. Aspek keempat ialah pengajaran dan pembelajaran adalah menggunakan buku teks tanpa menggunakan sebarang bahan bantu lain. Aspek kelima ialah aktiviti kokurikulum dijalankan secara berpisah dan tiada kaitan dengan kurikulum formal bilik darjah.

KBSR:______________________________________________________________ ____________________________________________________________________ ____________________________________________________________________ ____________________________________________________________________ ____________________________________________________________________ ____________________________________________________________________ ____________________________________________________________________

KSSR:______________________________________________________________ ____________________________________________________________________ ____________________________________________________________________ ____________________________________________________________________ ____________________________________________________________________ ____________________________________________________________________ ____________________________________________________________________ (3 markah)

3.

Pandangan/ulasan dan cadangan berkaitan disiplin/mata pelajaran yang dipilih.

Menurut pandangan saya, adalah wajar Pendidikan Islam sekolah rendah wajib dipelajari oleh setiap murid Islam dari tahun 1 hingga tahun 6. Pendidikan Islam dalam KBSR menekankan kemahiran-kemahiran asas yang perlu dikuasai oleh individu Muslim merangkumi aspek keimanan, kemanusiaan, kemasyarakatan dan kenegaraan. Tumpuan khusus mata pelajaran ini ialah, pertama; pendidikan asas tilawah al-Quran, kedua; pembentukan akidah dan bimbingan Asas Fardu Ain, ketiga; pemupukan amalan Fardu Ain dan Fardu Kifayah yang dituntut oleh Syariat Islam dan keempat; penerapan adab yang berteraskan Akhlak Islamiah ke dalam diri murid. Keempat-empat bidang ini hendaklah disampaikan dengan berkesan. (2 markah) b. Cadangan

Saya mencadangkan agar para pendidik mesti memastikan matlamat KSSR tercapai dan setiap murid menguasai ilmu, amalan dan kemahiran yang telah ditetapkan supaya mata pelajaran Pendidikan Islam ini dapat menyumbang ke arah pembentukan muslim mukmin yang berilmu, beriman, beradab, berakhlak mulia, berketerampilan, bertanggungjawab, beramal soleh, dan bertakwa selaras dengan kehendak Falsafah Pendidikan Islam. Guru mesti mempelbagaikan teknik dan kaedah pengajaran. Penyampaian yang berkesan mampu menanam asas keimanan dan membentuk murid-murid agar mempunyai citacita yang tinggi, daya tahan, semangat juang, gigih berusaha dan mampu mengubah diri yang menyumbang kepada asas tamadun masyarakat, bangsa dan negara. (3 markah)

También podría gustarte