Está en la página 1de 2

Perbincangan: 1. Dalam eksperimen ini, kepingan kuprum dijadikan sebagai elektrod anod dan elektrod katod.

Manakala larutan kuprum (ll) sulfat digunakan sebagai elektrolit. Sehubungan ini, ion-ion yang terdapat dalam larutan kuprum (ll) sulfat termasuklah ion Cu2+, ion SO42-, ion H+ dan ion OH-.

2.

Berdasarkan eksperimen, elektrod anod menjadi semakin nipis dan jisim kepingan kuprum telah berkurang sebanyak 0.07g. Manakala bagi elektrod katod pula menjadi semakin tebal dan jisim kepingan kuprum telah bertambah sebanyak 0.11g. Hal ini menunjukkan bahawa proses pengoksidaan telah berlaku di anod dan proses penurunan telah berlaku di katod. Maka, tindak balas yang berlaku di eksperimen ini adalah tindak balas redok.

3.

Di elektrod anod, proses pengoksidaan telah berlaku di mana elektrod kuprum membebaskan 2 elektron untuk membentuk ion Cu2+. Kata lain, elektrod kuprum akan terhakis dengan menghasilkan ion-ion Cu2+. Maka, elektron-elektron dan ion-ion CU2+ yang dibebaskan oleh logam kuprum akan dialirkan ke elektrolit. Sementara itu, ion-ion SO42- dan OH- tidak dipilih untuk didiscas kerana elektrod anod adalah logam kuprum. Setengah persamaan di anod adalah:

4.

Di elektrod katod pula, ion-ion Cu2+ dan H= ditarik untuk didiscaskan. Namun berdasarkan siri elektrokimia, ion Cu2+ yang berada di bawah ion H+, ion Cu2+ mempunyai kecenderungan yang lebih tinggi dipilih untuk didiscaskan semasa elektrolisis. Dengan ini, proses penurunan telah berlaku di mana ion-ion Cu2+ akan dipilih untuk didiscas dengan menerima 2 elektron untuk membentuk logam kuprum di elektrod katod. Setengah persamaan di katod adalah: .

5.

Berdasarkan pemerhatian, di permukaan kedua-dua eletrod terbentuk bintik-bintik berwarna biru kehijauan. Bintik-bintik ini adalah mendakan kuprum yang dihasilkan dalam tindak balas redoks.

6.

Berdasarkan pemerhatian, terdapat bintik-bintik kecil yang berwarna perang terapung di permukaan elektrolit iaitu larutan kuprum (ll) sulfat selepas 30 minit tindak balas. Ini adalah disebabkan terdapat mendakan kuprum yang dihasilkan dalam tindak balas tetapi tidak dilekatkan di permukaan elektrod. Selain itu, elektrolit yang berwarna biru tidak berubah warna sepanjang eksperimen. Hal ini disebabkan ion-ion Cu2+ yang terhasil di anod akan melarut ke eletrolit untuk menggantikan kehilangan ion-ion Cu2+ yang telah diturunkan oleh katod.

7.

Aceton yang digunakan untuk membilas kepingan kuprum adalah berfungsi untuk melekatkan serbuk atau lapisan yang berwarna keperangan di elektrod kuprum. Tambahan pula, sifat aceton yang cepat meruap dapat memastikan kepingan kuprum yang ditimbang hanya berat bersih sahaja bermakna tanpa berat air.
23 -

8.

Berdasarkan eksperimen nilai pemalar Avogadro yang diperoleh adalah 6.55 x 10


1.

mol

adalah lebih besar berbanding dengan nilai teori iaitu 6.02 x 10

23

mol Ini bermakna ion-ion

-1.

Cu2+ yang tertarik ke elektrod katod berlebihan untuk dinyahcas. Hal ini berlaku mungkin disebabkan oleh beberapa kemungkinan seperti berikut: a. Lapisan teroksida di permukaan kepingan kuprum yang digunakan dalam eksperimen tidak dibersih sepenuhnya. Dengan ini, jisim elektrod yang ditimbangkan lebih berat daripada jisim sebenar seterusnya akan menjejaskan nilai pemalar Avogadro yang diperoleh. b. Bekalan kuasa dimatikan bukan tepat pada 30 minit tetapi adalah lebih daripada 30 minit. Nilai pemalar Avogadro akan bertambah kerana pertambahan masa menyebabkan lebih banyak zarah Cu dipindahkan melalui elektrolit dari anod ke katod. c. Wayar pemyambung dan buaya klip yang digunakan dalam eksperimen telah memyebabkan rintangan yang tinggi berlaku dalam litar d. Kepingan kuprum yang ditimbang semula belum kering sepenuhnya semasa ditimbang. Elektrod yang belum kering masih mengandungi lapisan eseton dan pepejal kuprum tidak dapat terbentuk sepenuhnya sewaktu masih basah dan akan menjejaskan bacaan jisim bagi elektrod tersebut.

También podría gustarte