Está en la página 1de 29

FAKULTI PENDIDIKAN BAHASA

SEMESTER JANUARI 2013

HBLS3103 ASAS KEJURUTERAAN AWAM DAN MEKANIKAL AUTOMOBIL


NAMA : SANISAH BT SHAFIE @ MUSA

NO.MATRIKS : 730105065826001 NO.I/C NO.TEL E-MAIL PUSAT : 730105065826 : 019 6774037 : sanisah1973@gmail.com : JOHOR LEARNING CENTRE

SANISAH SHAFIE @MUSA

730105065826001(HBLS3103)

Isi Kandungan

BIL

ISI KANDUNGAN Pengenalan Sistem Karburetor Dan Suntikan Elektronik Prinsip, binaan dan komponen Karburetor Prinsip, binaan dan komponen Sistem Suntikan Bahan Api Elektronik Perbezaan Sistem Karburetor dan Sistem Suntikan Elektronik Kelebihan dan Kelemahan Sistem Suntikan Elektronik berbanding Karburetor Kelebihan dan Kelemahan Sistem Karburetor berbanding Sistem Suntikan Elektronik
Penutup

MUKA SURAT

1 2 3

3-8 9-15 16-21

22

23-24

6 7 8

25-27 28 29

Rujukan

SANISAH SHAFIE @MUSA

730105065826001(HBLS3103)

1.0 Pengenalan Sistem Karburetor Dan Suntikan Elektronik Fungsi utama sistem bahan api ialah membekalkan campuran udara dan bahan api ke dalam ruang pembakaran enjin untuk memudahkan pembakaran yang sempurna serta memperoleh kuasa yang utama optimum. Kadar campuran berubah mengikut keadaan jalan yang dilalui oleh kenderaan. Dalam sistem enjin pembakaran dalam jenis empat lejang, terdapat dua kaedah yang digunakan untuk mencampurkan bahan api dan udara iaitu menggunakan sistem karburetor dan sistem suntikan elektronik. 1.1 Sistem Karburetor Karburetor adalah sejenis alat yang digunakan bagi mencampurkan bahan api seperti petrol dengan udara dengan kadar yang betul bagi kegunaan pembakaran dalaman enjin. Kadar campuran udara dengan petrol oleh karburetor adalah mengikut keadaan seperti berikut:

Keadaan Menghidupkan enjin Perjalanan lesu dan perlahan Perjalanan laju Perjalanan terlalu tinggi

Nisbah campuran udara dan petrol 9:1 12:1 15:1 13:1

Karburetor berfungsi untuk membekalkan campuran udara dan bahan api mengikut keperluan keadaan jalan serta kelajuan kenderaan. Karburetor boleh dikelaskan mengikut beberapa kaedah. Karburetor terdiri daripada beberapa bahagian iaitu takungan bahan api, venturi, jet utama, jet melahu, injap pendikit dan injap pencekik. Ianya mempunyai fungsi utama yang berbeza. Takungan bahan api berfungsi untuk menerima bahan api dari tangki minyak. Venturi pula adalah merupakan bahagian aliran udara yang paling sempit yang bertujuan untuk meningkatkan kelajuan luruan udara bagi menghasilkan tekanan udara pada bahagian berkenaan. Ianya adalah bagi menarik bahan api keluar melalui jet utama. Pada kebiasaannya, saiz venturi adalah tetap, tetapi karburetor injap gelungsur pula mempunyai satu injap gelungsur boleh laras yang mengawal saiz venturi. Jet utama adalah merupakan laluan keluar utama bahan api ke venturi. Alirannya dikawal oleh tekanan rendah pada venturi. Bagaimanapun, pada sesetengah kaburator, terutamanya jenis injap gelungsur, jarum pada injap gelungsur turut mengawal bukaan jet utama. Jet melahu merupakan saluran sempit bagi menyalurkan udara dan bahan api semasa kelajuan melahu iaitu semasa injap pendikit tertutup. Injap pendikit terletak dibahagian hujung saluran udara
3

SANISAH SHAFIE @MUSA

730105065826001(HBLS3103)

karburetor. Ia mengawal bukaan saluran udara selepas venturi bagi mengawal aliran campuran udara dan bahan api ke enjin. Injap pendikit turut mengawal kelajuan enjin secara langsung. Injap pendikit disambungkan ke injak pendikit atau genggam pendikit bagi membolehkan pemandu kereta atau penunggang motosikal mengawal kelajuan enjin. Pada kebiasaannya, injap pendikit terdiri daripada injap rerama tetapi dalam sesetengah karburetor injap gelungsur, injap gelungsur itu sendiri turut bertindak sebagai injap pendikit. Injap pencekik terletak di bahagian pangkal saluran udara karburetor sebelum venturi. Injap pencekik berfungsi untuk menyekat aliran udara bagi menghasilkan campuran udara dan bahan api yang lebih kaya agar enjin lebih mudah dihidupkan semasa sejuk. Injap pencekik dikawal sama ada dengan menggunakan tombol pencekik secara manual atau dengan menggunakan mekanisme automatik. Sesetengah karburetor tidak mempunyai pencekik tetapi menggunakan udara yang dipanaskan oleh saluran ekzos untuk memudahkan enjin dihidupkan semasa

sejuk. Karburetor berfungsi mencampurkan udara dengan bahan api dengan kadar yang tepat supaya enjin bergerak dengan cekap.

Contoh Karburetor dalam enjin kereta

SANISAH SHAFIE @MUSA

730105065826001(HBLS3103)

CONTOH ENJIN KABURATOR

SANISAH SHAFIE @MUSA

730105065826001(HBLS3103)

Karburetor juga dikelaskan mengikut corongnya samada satu corong atau dua corong. Lihat Rajah 1.

Rajah 1: Jenis satu corong

1.2 Suntikan Elektronik Kendalian dalam sistem enjin ini adalah melibatkan bahan api dari tangki disalurkan oleh pam elektrik ke dalam sistem bertekanan. Bahan api yang berlebihan kembali ke tangki. Sebuah pengatur dalam sistem mempastikan tekanan bahan api dalam sistem adalah malar. Pemancit adalah sebuah komponen elektromekanikal yang memancit bahan api yang tersukat ke dalam pancarongga. Pemancit ini sebenarnya adalah sebuah solenoid yang bergerak apabila arus melaluinya. Suntikan bahan api atau pancitan bahan api adalah sistem kenderaan yang bertugas mengangkut bahan api ke kenderaan selain daripada penggunaan karburetor. Dua jenis suntikan bahan api yang paling lazim adalam sistem suntikan bahan api petrol dan diesel. Suntikan bahan api membawa bahan api bertekanan tinggi dan menyemburkannya menjadi titisan halus ke ruang rongga masukan (bagi kes enjin petrol) ataupun secara terus ke dalam kebuk pembakaran (bagi kes enjin diesel) untuk menambah luas permukaan cecair bahan api bagi pembakaran yang lebih cekap. Sebelum ini, kebanyakan enjin petrol menggunakan karburetor tetapi sekarang boleh dikatakan hampir kesemua model kereta terkini menggunakan suntikan bahan api manakala karburetor hanya digunakan pada enjin-enjin yang kecil seperti pada motosikal. Perbezaan fungsi yang paling ketara antara karburetor dan suntikan bahan api ialah suntikan bahan api menyembur bahan api kepada titisan yang sangat halus dengan mengepam bahan api secara paksaan ke
6

SANISAH SHAFIE @MUSA

730105065826001(HBLS3103)

muncung halus di bawah tekanan tinggi, sementara karburetor pula bergantung kepada tekanan vakum oleh udara masukan untuk menghantar bahan api. Pemancit bahan api hanya terdiri daripada sebuah muncung serta injap; bahan api dihantar melalui pam bahan api atau bekas bertekanan. Sistem bahan api mempunyai fungsi utama untuk membekalkan campuran udara dan bahan api ke dalam ruang pembakaran enjin untuk memudahkan pembakaran yang sempurna serta memperoleh kuasa yang optimum. Ia mempunyai beberapa komponen iaitu tangki bahan api, pam bahan api, tolok bahan api, penapis udara, penapis bahan api, karburetor, sistem pancitan bahan api elektronik, kendalian dan pemancit. Tangki bahan api mempunyai kedudukan yang agak jauh dari enjin untuk mengelakkan kebakaran terutamanya ketika berlaku kemalangan. Pada kebiasaannya, tangki diperbuat daripada keluli tertekan. Di dalam tangki, terdapat sesekat untuk mengurangkan bahan api bergelombang. Unit penghantar isyarat juga terletak di dalam tangki dan fungsinya ialah untuk menghantar isyarat menunjukkan uatan tangki.

Pam bahan api berfungsi membekalkan bahan api yang secukupnya daripada tangki ke kaburator dan seterusnya ke enjin mengikut keperluan enjin supaya enjin dapat beroperasi dengan baik dan sempurna. Pam bahan api elektrik beroperasi menggunakan kuasa elektrik daripada bateri dan pam jenis ini banyak digunakan pada kereta model lama seperti Austin mini dan beberapa lagi model kereta buatan Eropah. Pam bahan api jenis mekanikal pula digunakan pada kebanyakan kereta terkini kecuali enjin pancutan bahan api eletronik. Memandangkan pam mekanikal mempunyai komponen yang sering berfungsi pada setiap masa enjin beroperasi, maka ia akan mengalami pelbagai jenis kerosakan dan kegagalan berfungsi dengan sempurna. Fungsi tolok bahan api adalah untuk memberitahu takat bahan api di dalam tangki. Penunjuk pada tolok berubah mengikut kuantiti bahan api yang dimasukkan ke dalam tangki. Ada dua jenis tolok yang digunakan dalam kenderaan iaitu jenis gelong imbangan dan jenis thermostatik.Penapis udara berfungsi membersihkan udara yang masuk ke dalam silinder. ia menapis udara kotor sebelum dialirkan masuk ke dalam karburetor. Ia juga berfungsi mengurangkan bunyi bising apabila udara masuk ke dalam karburetor. Ia juga menangkap nyalaan api sekiranya berlaku enjin tersedak (backfire). Ia terletak di hadapan kaburator. Penapis yang kotor dan tersumbat

SANISAH SHAFIE @MUSA

730105065826001(HBLS3103)

akan menyebabkan campuran udara dan bahan api menjadi kaya dan membazirkan bahan api. Ada dua jenis penapis udara iaitu kering dan basah. Ia dipasang di atas corong karburator.

Contoh enjin yang menggunakan suntikan elektronik

Tangki bahan api Semasa titik sesentuh tertutup, ia membenarkan arus dari bateri mengalir untuk membina arus pada lilitan primer gelung. (Arus tidak mengalir terus kerana Aruhan elektromagnet pada gelung.) Sebaik arus pada gelung sudah terbentuk sepenuhnya, titik sesentuh terbuka. Memandangkan ia mempunyai kapasitor yang disambungkan padanya, lilitan primer serta kapasitor membentuk litar yang ditala, dan tenaga yang tersimpan diayunkan antara peraruh yang dibentuk oleh gelung dan kapasitor, medan magnet yang berubah pada teras magnet mengaruhkan voltan yang jauh lebih tinggi pada lilitan sekunder. Sistem penyalaan moden juga beroperasi menggunakan prinsip yang sama, tetapi sesetengahnya lebih bergantung kepada pengecasan kapasitor pada voltan 400 V dan bukan pengecasan gelung seperti pada sistem penyalaan nyahcas kapasitor.
8

SANISAH SHAFIE @MUSA

730105065826001(HBLS3103)

Dua gelung penyalaan pada kereta. Pengendalian suntikan elektronik adalah melalui bahan api dari tangki disalurkan oleh pam elektrik ke dalam sistem bertekanan. Bahan api yang berlebihan kembali ke tangki. Sebuah pengatur dalam sistem mampastikan tekanan bahan api dalam sistem adalah malar. Pemancit adalah sebuah komponen elektromekanikal yang memancit bahan api yang tersukat ke dalam pancarongga. Pemancit ini sebenarnya adalah sebuah solenoid yang bergerak apabila arus laluinya. Lihat Rajah 2.

Rajah 2: Contoh Pemancit Suntikan Elektronik

SANISAH SHAFIE @MUSA

730105065826001(HBLS3103)

2.0 Prinsip, Binaan Dan Komponen-Komponen Utama Sistem Karburetor dan Sistem Elektronik Sistem kaburetor dan sistem elektronik mempunyai prinsip kerjanya yang tersendiri dan mempunyai binaan dan komponen-komponen utama seperti berikut.

2.1 Prinsip, binaan dan komponen-komponen utama Karburetor 2.1.1 Prinsip Karburetor Karburetor berfungsi menggunakan Prinsip Bernoulli iaitu bergantung kepada tekanan udara rendah dalam karburetor hasil daripada kelajuan luruan udara ke rongga masukan enjin untuk menarik bahan api untuk dicampurkan bersama-sama udara. Lebih laju luruan udara masuk, lebih rendah tekanan udara di dalam kaburator serta lebih banyak bahan api dapat ditarik untuk dicampurkan dengan udara, dan seterusnya kelajuan enjin akan bertambah hasil penambahan campuran udara-bahan api. Kebanyakan enjin kereta berkarburetor hanya menggunakan satu sahaja kaburator tetapi motosikal serta kereta lumba pula menggunakan berbilang karburetor mengikut bilangan silinder. Namun begitu, di dalam sistem suntikan bahan api pula, kebanyakan kenderaan mempunyai berbilang pemancit bahan api mengikut bilangan silinder.

10

SANISAH SHAFIE @MUSA

730105065826001(HBLS3103)

Rajah di bawah menunjukkan prinsip Karburetor berkerja

11

SANISAH SHAFIE @MUSA

730105065826001(HBLS3103)

2.1.2 Binaan dan lakaran Karburetor

Keratan Rentas Karburetor

A. Injap cok B. Venturi C. Campuran udara bahan api D. Injap pendikit E. Skru pepura F. Mangkuk pelampung G. Pelampung H. Injap jarum I. Muncung utama

12

SANISAH SHAFIE @MUSA

730105065826001(HBLS3103)

Fungsi karburetor ialah membekalkan campuran udara dan bahanapi mengikut keperluan keadaan jalan serta kelajuan kenderaan. Karburetor boleh dikelaskan mengikut beberapa kaedah. Berdasarkan aliran udara ia dibahagi kepada aliran tepi, bawah dan atas. Sila lihat Rajah 3.

Rajah 3: Jenis karburator berdasarkan udara

13

SANISAH SHAFIE @MUSA

730105065826001(HBLS3103)

2.1.3 Komponen-komponen Karburetor dan rajahnya

14

SANISAH SHAFIE @MUSA

730105065826001(HBLS3103)

Gambar Karburetor secara jelas dan komponennya

15

SANISAH SHAFIE @MUSA

730105065826001(HBLS3103)

2.2 Prinsip, binaan dan komponen-komponen utama Sistem Suntikan Elektronik 2.2.1 Prinsip Suntikan Elektrik Penggunaan ECU iaitu Unit kawalan enjin yang mengandungi sebuah komputer digital kecil untuk berkomunikasi dengan penderia serta mengawal keluaran semasa berfungsi. Rajah 4 di bawah menunjukkan prinsip kerja suntikan elektronik. Suntikan bahan api akan menyembur bahan api kepada titisan yang sangat halus dengan mengepam bahan api secara paksaan ke muncung halus di bawah tekanan tinggi.

Rajah 4 : Electronic fuel injection system

16

SANISAH SHAFIE @MUSA

730105065826001(HBLS3103)

2.2.2 Binaan dan lakaran Sistem Suntikan Elektronik

17

SANISAH SHAFIE @MUSA

730105065826001(HBLS3103)

RAJAH SISTEM SUNTIKAN ELETRONIK

18

SANISAH SHAFIE @MUSA

730105065826001(HBLS3103)

SISTEM ENJIN SUNTIKAN ELETRONIK

19

SANISAH SHAFIE @MUSA

730105065826001(HBLS3103)

2.1.3 Komponen-komponen suntikan elektronik Suntikan elektronik terdiri daripada:


Pemancit bahan api Pam bahan api Pengawal tekanan bahan api ECU - Unit kawalan enjin; mengandungi sebuah komputer digital kecil untuk berkomunikasi dengan penderia serta mengawal keluaran. Gumpalan pendawaian Pelbagai pengesan (Sebahagiannya disenaraikan di sini.)

Kedudukan engkol/sesondol: Penderia kesan Hall Aliran udara: Pengesan MAF Kandungan oksigen di dalam gas ekzos: Pengesan oksigen Kedudukan pendikit: Pengesan kedudukan pendikit Suhu bendalir penyejuk: Pengesan suhu bendalir penyejuk (bagi melaras kuantiti suntikan bahan api semasa enjin sejuk) Ketukan enjin: Pengesan ketukan (bagi melaras pemasaan sistem penyalaan sekiranya berlaku ketukan pada enjin)

20

SANISAH SHAFIE @MUSA

730105065826001(HBLS3103)

2.1.4 Jenis Sistem EFI D-Jetronic (1967-1976) Analog suntikan bahan bakar. The 'D' adalah singkatan dari bahasa Jerman: "Druck",bermaksud tekanan. Depresi (vakum) diukur menggunakan sensor tekanan yang terletak di intake manifold, untuk mengira tempoh pulsa suntikan bahan bakar. Awalnya, sistem ini hanya disebut Jetroni tetapi nama D-Jetronic kemudian dibuat sebagai retronym untuk membezakannya daripada version yang lebih baru.

K-Jetronic (1973-1988)Mekanik bahan bakar suntikan. The 'K' singkatan dari Jerman: "Kontinuierlich", yang bererti terus menerus. Hal ini berbeza dengan system suntikan berdenyut, dalam bahan bakar mengalir terus menerus dari semua injector, sedangkan pam bahan bakar pressurises bahan bakar sampai kira-kira 5 bar (72,5 psi). Udara yang diambil juga ditimbang untuk menentukan jumlah bahan bakar untuk suntik. Biasa disebut 'Continuous Sistem Injeksi' (CIS) di Amerika Syarikat. Sistem ini tidak mempunyai loop lambda atau kawalan lambda. K-Jetronic debutnya di 1.973,5 911T Porsche, dan kemudian dipasang ke sejumlah Porsche, Peugeot, Mercedes-Benz, VolkswagenGroup, Ferrari, BMW, Volvo, Saab, Datsun dan kereta Ford. 2.1.5 Jenis Semburan atau Pancitan Sistem EFI Suntikan Badan Pendikit (TBI) atau Suntikan Titik Tunggal - diperkenalkan pada pertengahan 1980-an, ia terdiri daripada hanya satu pemancit bahan api,ditempatkan pada injap pendikit, sama seperti karburetor. Kini ia digantikandengan sistem suntikan berbilang titik. Suntikan berterusan - bahan api disuntik secara berterusan ke semua pemancit bahan api, digunakan pada sekitar tahun 1974 sehingga awal 1990-an. Suntikan Berbilang Titik (MPI) - pemancit bahan api diletakkan pada setiap rongga masukan, betul-betul berhampiran dengan injap masukan. Pemancit kawalan solenoid elektrik ini dikawal pemasaannya serta kuantiti suntikan secaraelektronik oleh ECU. Sistem ini adalah sistem suntikan bahan api yang paling lazim digunakan pada kereta dan motosikal besar. Suntikan Terus - bahan api disuntik terus ke dalam kebuk pembakaran,menjadikannya sebagai sistem bahan api yang paling cekap. Sistem suntikan terus paling lazim digunakan pada enjin diesel, tetapi baru-baru ini terdapat beberapa model kereta berenjin petrol yang menggunakan sistem suntikan terusseperti Mitsubishi dan Volkswagen.

21

SANISAH SHAFIE @MUSA

730105065826001(HBLS3103)

3.0 Perbezaan Karburetor dan Sistem Suntikan Elektronik PERBEZAAN FUNGSI KARBURETOR Membekalkan campuran udara dan bahanapi mengikut keperluan keadaan jalan serta kelajuan kenderaan SISTEM SUNTIKAN ELEKTRONIK Menggunakan suntikan bahan api yang akan menyembur bahan api kepada titisan yang sangat halus dengan mengepam bahan api secara paksaan ke muncung halus di bawah tekanan tinggi. PRINSIP Menggunakan Prinsip Bernoulli iaitu bergantung kepada tekanan udara rendah dalam karburetor hasil daripada Penggunaan ECU iaitu Unit kawalan enjin yang mengandungi sebuah komputer digital kecil untuk berkomunikasi dengan penderia serta

kelajuan luruan udara ke rongga mengawal keluaran semasa masukan enjin untuk menarik bahan api untuk dicampurkan bersama-sama udara

berfungsi

KOMPONEN

Injap cok Venturi Campuran udara bahan api Injap pendikit Skru pepura Mangkuk pelampung Pelampung Injap jarum Muncung utama

Pemancit bahan api Pam bahan api Pengawal tekanan bahan api ECU - Unit kawalan enjin; mengandungi sebuah komputer digital kecil untuk berkomunikasi dengan penderia serta mengawal keluaran. Gumpalan pendawaian Pelbagai pengesan

22

SANISAH SHAFIE @MUSA

730105065826001(HBLS3103)

4.0 Kelebihan dan kelemahan sistem suntikan bahan api elektronik berbanding kaburator 4.1 Kelebihan sistem suntikan elektronik berbanding karburetor Kelebihan penggunaan sistem suntikan bahan api untuk tujuan bagi mengangkut bahan api sebenarnya adalah bergantung kepada keputusan reka bentuk bagi mengoptimakan sistem tersebut. Terdapat beberapa kelebihan utama penggunaan sistem suntikan elektronik berbanding karburetor iaitu:

keluaran kuasa kecekapan bahan api keluaran asap yang lebih bersih keupayaan bagi menggunakan bahan api alternatif kebolehpercayaan pemanduan dan operasi yang lebih lancar kos asas kos penyelenggaraan keupayaan diagnosis

Selain itu kelebihan sistem ini juga ia adalah lebih efisyen berbanding dengan sistem karburetor kerana ia dapat menyukat bahan api dengan lebih tepat mengikut keadaan jalan. Sukatan ditentukan oleh unit kawalan elektronik yang dibantu oleh penderia. Berdasarkan isyarat penderia, unit kawalan elektronik memberi isyarat kepada pemancit untuk menyembur bahan api.

23

SANISAH SHAFIE @MUSA

730105065826001(HBLS3103)

4.2 Kelemahan sistem suntikan bahan api elektronik berbanding karburator Walaupun suntikan bahan api elektonik banyak kelebihannya, suntikan bahan api elektronik juga ada kelemahannya iaitu: 1. Mempunyai sistem yang rumit. 2. Terpaksa mengeluarkan kos yang tinggi untuk memasangnya. 3. Penyelenggaraan sistem suntikan bahan api adalah berbahaya disebabkan tekanan bahan api yang tinggi. Semasa enjin baru sahaja dimatikan pun tekanan tinggi dalam sistem bahan api masih lagi ada. Tekanan berlebihan ini mesti dilegakan terlebih dahulu sebelum memulakan apa-apa kerja servis suntikan bahan api, terutamanya pada enjin diesel yang menggunakan tekanan cecair bahan api yang lebih tinggi daripada enjin petrol. Tekanan cecair yang tinggi ini boleh menyebabkan kecederaan akibat cecair bertekanan tinggi yang boleh menembusi kulit. Kejadian pertama kes kemalangan dan kecederaan sebegini mula dilaporkan pada tahun 1937 apabila mangsa pertama sedang membaiki sebuah enjin diesel.

24

SANISAH SHAFIE @MUSA

730105065826001(HBLS3103)

5.0 Kelebihan dan kelemahan sistem karburetor berbanding sistem suntikan elektronik Walaupun sistem karburetor tidak lagi popular di kalangan pembuatan kereta pada zaman teknologi kini, namun penggunaan karburetor dalam system enjin ada kelebihan dan kekurangannya seperti berikut:

5.1 Kebaikan Penggunaan Sistem Karburetor Dalam Enjin Enjin beroperasi dengan sempurna tanpa gegaran atau gangguan, tidak kira semasa melahu atau memandu dengan laju. Tidak kedengaran bunyi letupan apabila menekan injak pendikit dengan sempurna. Kelajaun enjin tidak berubah atau tersekat ketika memecut. Enjin mudah dihidupkan walaupun tanpa membuka pencekik pada cuaca sejuk atau di dalam hujan. Enjin melahu kepada tahap yang dijangka mengikut spesifikasi dengan seimbang. Penjimatan penggunaan petrol untuk setiap kilometer disebabkan keseimbangan campuran petrol dan udara. Keadaan permukaan palam pencucuh yang tiada mendakan karbon.

25

SANISAH SHAFIE @MUSA

730105065826001(HBLS3103)

5.2 Kelemahan Sistem Karburetor Dalam Enjin 1. Enjin tidak dapat melahu dengan sempurna. Masalah seperti ini berlaku selalunya disebabkan oleh jet melahu separuh tersumbat. Walaupun enjin beroperasi tetapi kelajuan (ppm) melahu tidak dapat dicapai lalu menyebabkan enjin tiba-tiba sahaja mati atau bergegar. 2. Enjin kurang berkuasa. Pada ammnya enjin kurang berkuasa disebabkan oleh beberapa perkara kecil seperti kerosakan mekanikal ataupun elektrikal. Ini disebabkan oleh larasan bahan api petrol yang terlalu rendah daripada sepatutnya dan seterusnya ini mengakibatkan enjin berkurangan kuasa. 3. Enjin mati secara tiba-tiba. Kejadian seperti ini selalu berlaku apabila kenderaan berhenti semasa lampu isyarat berwarna merah (nyahpecutan mendadak) semasa kesesakan lalu lintas atau setelah memandu dengan kelajuan yang tinggi. Ini disebabkan oleh pelaras melahu tidak dipusing dengan betul, dan campuran antara bahan api dengan angin terlalu kurang. Pendikit perlu dibuka dengan lebih luas supaya kelajuan enjin stabil dan jika injak dilepaskan enjin akan mati. 4. Enjin mudah dihidupkan tetapi bergegar dan kemudiannya terhenti. Penapis udara tersumbat atau terdapat banyak habuk pada penapis juga boleh mengakibatkan kemasukan udara ke pancarongga pengambilan tersekat dan seterusnya nisbah bahan api yang ideal tidak dapat dicapai khususnya semasa enjin melahu. Jika ini berlaku keluarkan penapis udara daripada enjin dan periksa keadaan penapis tersebut samaada masih boleh digunakan atau sebaliknya.

26

SANISAH SHAFIE @MUSA

730105065826001(HBLS3103)

5. Karburator dibasahi dengan bahan api setelah memandu. Ini selalunya disebabkan oleh gasket bahagian atas atau bahagian tengah karburator yang terkoyak atau bocor, dan membolehkan bahan api terkeluar.

27

SANISAH SHAFIE @MUSA

730105065826001(HBLS3103)

6.0 Penutup Beberapa kombinasi bagi matlamat tersebut ada kalanya saling berlawanan, dan adalah kurang praktikal bagi sesebuah sistem kawalan enjin bagi mengoptimakan kesemua kriteria tersebut secara serentak. Dalam keadaan sebenar, jurutera automotif berusaha untuk memberi lebih kepuasan kepada pengguna secara kompetitif. Sistem suntikan bahan api elektronik jauh lebih berupaya untuk mengoptimakan objektif-objektif tersebut daripada kaburator.

28

SANISAH SHAFIE @MUSA

730105065826001(HBLS3103)

Sumber Rujukan

S.Kandar,M.D.Asnul.M.D.Amran,K.B.Cho,P.Priasamy & H.S.Siow.(2010). HBLS3103,Asas Kejuruteraan Awam dan Mekanikal.Seri Kembangan : Meteor Doc. Sdn Bhd. http://amirul1991.blogspot.com/2009_09_01_archive.html http://autokkkb.blogspot.com/feeds/posts/default http://auto.howstuffworks.com/fuel-injection.htm http://www.anon-qber.com/2009/08/sistem-bahan-api.html http://www.docstoc.com/docs/8498511/SISTEM-BAHAN-BAKAR-KARBURATOR-MOBIL http://www.freewebs.com/kemahiranhidup/enjin.htm http://www.scribd.com/doc/33434296/Sistem-Kawalan-Bahanapi-Elektronik http://eprints2.utem.edu.my/706/1/Modelling_And_Simulation_Of_Engine_Management_Syste m_-_Shahrul_Hafez_b._Mohd_Razali_-_TL214.C64.S52_2008_24_Pages.pdf http://www.teknologiz.com/2012/10/pengertian-sistem-injeksi-fi-dan.html#.USXsOx2NmUk

29

También podría gustarte