Está en la página 1de 2

Perkara 153. Perizaban kuota berkenaan dengan perkhidmatan, permit, dsb.

bagi
orang Melayu dan anak negeri mana-mana antara Negeri Sabah dan Sarawak.

(1) Menjadi tanggungjawab Yang di-Pertuan Agong untuk melindungi kedudukan


istimewa orang Melayu dan anak negeri mana-mana antara Negeri Sabah dan Sarawak
dan kepentingan sah kaum-kaum lain mengikut peruntukan Perkara ini.

(2) Walau apa pun apa-apa jua dalam Perlembagaan ini, tetapi tertakluk kepada
peruntukan Perkara 40 dan peruntukan Perkara ini, Yang di-Pertuan Agong hendaklah
menjalankan fungsinya di bawah Perlembagaan ini dan undang-undang persekutuan
mengikut apa-apa cara yang perlu untuk meindungi kedudukan istimewa orang Melayu
dan anak negeri mana-mana antara Negeri Sabah dan Sarawak dan untuk memastikan
perizaban bagi orang Melayu dan anak negeri mana-mana antara Negeri Sabah dan
Sarawak apa-apa perkadaran yang difikirkan munasabah oleh Yang di-Pertuan Agong
daripada jawatan dalam perkhidmatan awam (selain perkhidmatan awam sesuatu Negeri)
dan daripada biasiswa, danasiswa dan keistimewaan pendidikan atau latihan yang
seumpamanya atau kemudahan khas lain yang diberikan atau diadakan oleh Kerajaan
Persekutuan dan, apabila apa-apa permit atau lesen dikehendaki oleh undang-undang
persekutuan bagi mengendalikan apa-apa pertukangan atau perniagaan, maka,
tertakluk kepada peruntukan undang-undang itu dan Perkara ini, daripada permit dan
lesen itu.

(3) Yang di-Pertuan Agong boleh, bagi memastikan, mengikut Fasal (2), perizaban
bagi orang Melayu dan anak negeri mana-mana antara Negeri Sabah dan Sarawak
jawatan-jawatan dalam perkhidmatan awam dan biasiswa, danasiswa dan keistimewaan
pendidikan atau latihan atau kemudahan khas lain, memberikan apa-apa arahan am
yang dikehendaki bagi maksud itu kepada mana-mana Suruhanjaya yang baginya
Bahagian X terpakai atau kepada mana-mana pihak berkuasa yang dipertanggungkan
dengan tanggungjawab bagi pemberian biasiswa, danasiswa atau keistimewaan
pendidikan atau latihan atau kemudahan khas lain itu; dan Suruhanjaya atau pihak
berkuasa itu hendaklah mematuhi arahan itu dengan sewajarnya.

(4) Pada menjalankan fungsinya di bawah Perlembagaan ini dan undang-undang


persekutuan mengikut Fasal (1) hingga (3) Yang di-Pertuan Agong tidak boleh
melucutkan mana-mana orang daripada apa-apa jawatan awam yang dipegang olehnya
atau daripada terus mendapat biasiswa, danasiswa atau keistimewaan pendidikan atau
latihan atau kemudahan khas lain yang dinikmati olehnya.

(5) Perkara ini tidaklah mengurangkan peruntukan Perkara 136.

(6) Jika menurut undang-undang persekutuan yang sedia ada suatu permit atau lesen
dikehendaki bagi mengendalikan apa-apa pertukangan atau perniagaan, maka Yang di-
Pertuan Agong boleh menjalankan fungsinya di bawah undang-undang itu mengikut apa-
apa cara, atau memberikan apa-apa arahan am kepada mana-mana pihak berkuasa yang
dipertanggungkan di bawah undang-undang itu dengan pemberian permit atau lesen
itu, sebagaimana yang dikehendaki untuk memastikan perizaban apa-apa perkadaran
daripada permit atau lesen itu bagi orang Melayu dan anak negeri mana-mana antara
Negeri Sabah dan Sarawak sebagaimana yang difikirkan munasabah oleh Yang di-
Pertuan Agong; dan pihak berkuasa itu hendaklaah mematuhi arahan itu dengan
sewajarnya.

(7) Tiada apa-apa jua dalam Perkara ini boleh berkuat kuasa untuk melucutkan atau
memberi kuasa supaya dilucutkan apa-apa hak, keistimewaan, permit atau lesen mana-
mana orang, yang terakru kepada orang itu atau yang dinikmati atau dipegang oleh
orang itu atau untuk memberi kuasa untuk menolak pembaharuan mana-mana permit atau
lesen mana-mana orang atau untuk menolak pemberian apa-apa permit atau lesen
kepada waris, pengganti atau penerima serah hak seseorang jika pembaharuan atau
pemberian itu mungkin semunasabahnya dijangkakan mengikut perjalanan biasa
keadaan.

(8) Walau apa pun apa-apa jua dalam Perlembagaan ini, jika menurut mana-mana
undang-undang persekutuan apa-apa permit atau lesen dikehendaki bagi mengendalikan
apa-apa pertukangan atau perniagaan, maka undang-undang itu boleh membuat
peruntukan bagi perizaban apa-apa perkadaran daripada permit atau lesen itu bagi
orang Melayu dan anak negeri mana-mana antara Negeri Sabah dan Sarawak; tetapi
tiada undang-undang sedemikian boleh, bagi maksud memastikan perizaban itu—

(a) melucutkan atau memberi kuasa supaya dilucutkan apa-apa hak, keistimewaan,
permit atau lesen mana-mana orang, yang terakru kepada orang itu atau yang
dinikmati atau dipegang oleh orang itu; atau

(b) memberi kuasa untuk menolak pembaharuan mana-mana permit atau lesen mana-
manaa orang atau untuk menolak pemberian apa-apa permit atau lesen kepada waris,
pengganti atau penerima serah hak mana-mana orang jika pembaharuan atau pemberian
itu mengikut peruntukan yang lain dalam undang-undang itu mungkin semunasabahnya
dijangkakan mengikut perjalanan biasa keadaan, atau menghalang mana-mana orang
daripada memindahkan hakmilik bersama dengan perniagaannya apa-apa lesen yang
boleh dipindahkan hakmiliknya untuk mengendalikan perniagaan itu; atau

(c) jika tiada permit atau lesen dahuluya dikehendaki bagi mengendalikan
pertukangan atau perniagaan itu, memberi kuasa untuk menolak pemberian permit atau
lesen kepada mana-mana orang bagi mengendalikan apa-apa pertukangan atau
perniagaan yang telah dijalankan olehnya secara bona fide sebaik sebelum undang-
undang itu mula berkuat kuasa, atau memberi kuasa untuk menolak pembaharuan
kemudiannya mana-mana permit atau lesen mana-mana orang, atau untuk menolak
pemberian mana-mana permit atau lesen sedemikian kepada waris, pengganti atau
penerima serah hak mana-mana orang itu jika, mengikut peruntukan yang lain dalam
undang-undang itu, pembaharuan atau pemberian itu mungkin semunasabahnya
dijangkakan mengikut perjalanan biasa keadaan.

(8A) Walau apa pun apa-apa jua dalam Perlembagaan ini, jika di dalam mana-mana
Universiti, Kolej dan institusi pendidikan lain yang memberikan pendidikan selepas
Malaysian Certificate of Education atau yang setaraf dengannya, bilangan tempat
yang ditawarkan oleh pihak berkuasa yang bertanggungjawab bagi pengurusan
Universiti, Kolej atau institusi pendidikan itu kepada calon-calon bagi apa-apa
kursus pengajian adalah kurang daripada bilangan calon yang layak mendapat tempat-
tempat itu, maka adalah sah bagi Yang di-Pertuan Agong menurut kuasa Perkara ini
memberikan apa-apa arahan yang perlu kepada pihak berkuasa itu untuk memastikan
perizaban apa-apa perkadaran daripada tempat-tempat itu bagi orang Melayu dan anak
negeri mana-mana antara Negeri Sabah dan Sarawak sebagaimana yang difikirkan
munasabah oleh Yang di-Pertuan Agong; dan pihak berkuasa itu hendaklah mematuhi
arahan itu dengan sewajarnya.

(9) Tiada apa-apa jua dalam Perkara ini boleh memberi Parlimen kuasa untuk
menyekat perniagaan atau pertukangan semata-mata bagi maksud perizaban bagi orang
Melayu dan anak negeri mana-mana antara Negeri Sabah dan Sarawak.

(9A) Dalam Perkara ini ungkapan "anak negeri" berhubung dengan Negeri Sabah atau
Sarawak hendaklah mempunyai erti yang diberikan kepadanya dalam Perkara 161A.

(10) Perlembagaan Negeri yang ber-Raja boleh membuat peruntukan yang bersamaan
(dengan ubah suaian yang perlu) dengan peruntukan Perkara ini.

También podría gustarte