Está en la página 1de 4

ANALISA POST MORTEM MATAPELAJARAN.

BAHASA TAMIL PENULISAN TAHUN 2009 2010 MEROSOT Punca keputusan merosot. A)Murid Seramai 15 orang murid merupakan murid pemulihan. Kebanyakan murid mempunyai masalah untuk mengenali huruf dan membaca. Oleh kerana murid tidak dapat membaca dan mengeja perkataan maka mereka menghadapi masalah untuk menulis karangan. Ramai murid menghadapi masalah dalam menulis bahagian B dan C. B)Guru Telah menghadapi masalah dalam mengendalikan murid galus. Menghadapi masalah untuk membimbing murid yang tidak hadir ke sekolah dan tidak menghadiri kelas tambahan dan kelas cuti. Menghadapi masalah untuk membimbing murid baru yang masuk pada tahun tersebut yang mempunyai masalah walaupun untuk mengenali huruf. Seramai empat murid baru telah memasuki sekolah: PERATUS LULUS 85% 67.4% -13.7%

Bahagian B

Hampir 50% murid tidak dapat menulis cerpen yang ringkas berkaitan gambar yang diberi .Murid menulis karangan manakala pemeriksa mengharapkan cerpen. Murid menghadapi masalah dalam menghasilkan cerpen yang mempunyai olahan bahasa yang sempurna.

Bahagian C Murid menghadapi masalah untuk mendapatkan isi-isi yang penting dan menepati tajuk. Tajuk-tajuk karangan merupakan jenis fakta dan biografi dan murid pula tidak mengenali biografi pemimpin. A)TAJUK PERTAMA-Pemimpin yang disanjungi. Ramai murid memilih tajuk ketiga iaitu Karangan berupa Imaginasi dan tidak mahir menggunakan bahasa bunga dan olahan bahasa yang menarik serta kefasihan isi. Murid menulis karangan yang tidak mempunyai bilangan perkataan yang diminta oleh soalan.

LANGKAH-LANGKAH PENINGKATAN

(PENULISAN) Program Penulis minggu ini- Kumpulan sasaran A&B 1)Murid akan diberikan dua tajuk karangan setiap minggu. 2)Karangan murid yang terbaik akan ditampal dan dipaparkan di papan kenyataan Panitia Bahasa Tamil dan murid itu akan diberi hadiah pada

waktu perhimpunan. 3)Program ini akan dijalankan setiap minggu. 4)Guru Bahasa Tamil akan menyemak karangan murid.

Program Penulis minggu ini- Kumpulan sasaran C 1)Murid akan diberikan dua tajuk karangan setiap minggu. 2)Karangan murid yang terbaik akan ditampal dan dipaparkan di sudut Panitia Bahasa Tamil dan murid itu akan diberi hadiah pada matapelajaran Bahasa Tamil. 3)Program ini akan dijalankan setiap minggu. 4)Guru Bahasa Tamil akan menyemak karangan murid. 5)Murid akan menulis ayat-ayat ringkas untuk tajuk karangan yang diberikan.

Program Mentor-Menti-Kumpulan Sasaran C 1)Murid akan dibahagikan dan akan dijadikan anak angat kepada guru-guru yang tertentu. 2)Seorang guru akan mendapat seorang anak angkat. 3)Maka guru itu akan menolong dan membimbing murid itu menyemak karangan yang ditulis oleh murid tersebut. 4)Guru juga akan memberikan latihan penulisan tambahan.

5)Program ini dijalankan pada waktu 1.30 hingga 2.30 ptg setiap hari.

Program Ejaan (petikan dan ayat-ayat ringkas-) Kumpulan Sasaran A&B dan C

1)Murid akan menghafal unsur petikan dan ayat-ayat ringkas. 2)Setiap Isnin sebelum program bacaan guru akan memberikan ejaan. 3)Guru akan memberikan ganjaran kepada murid yang tidak ada kesalahan ejaan. 4)Program ini bertujuan mengurangkan kesalahan ejaan pelajar.

También podría gustarte