Está en la página 1de 7

AKTA BAHAGIAN XI

PENGENALAN:
Dalam bab ini pelatih-pelatih akan dapat memahami dan menghuraikan mengenai kuasa untuk membuat peraturan-peraturan di dalam Akta dan Peraturan.

LEARNING OBJECTIVES:
Pelatih-pelatih mesti boleh:-

Huraikan kuasa untuk membuat peraturan-peraturan di dalam Akta dan Peraturan ini. Seksyen 53

LEARNING OUTCOMES:
Pelatih boleh menghuraikan maksud-maksud dalam Akta dan Peraturan ini Pelatih boleh merujuk dalam akta dan peraturan ini berkaitan dengan kes-kes elektrik yang berlaku

47

SUB TOPIC: 5.0


SUB SUB TOPIC: 5.0.1 Seksyen 53 BAHAGIAN XI

BAHAGIAN XI

Kuasa untuk membuat peraturan-peraturan

53. (1) Menteri boleh membuat peraturan-peraturan berkenaan dengan mana-mana


perkara yang ditetapkan di bawah Akta ini dan khususnya (a) tatacara bagi Suruhanjaya dalam menjalankan fungsi, kewajipan dan kuasanya di bawah Akta ini; (b) lat-lat tempoh, waktu dan cara bagaimana apa-apa pepasangan atau kelengkapan hendak diperiksa, notis (jika ada) yang hendak diberi berhubungan dengan pemeriksaan-pemeriksaan dan persediaan-persediaan yang hendak dibuat oleh pemegang lesen atau mana-mana pihak pengurusan untuk pemeriksaan-pemeriksaan; (c) standard dan spesifikasi minimum yang hendak digunakan dalam rekabentuk, pembinaan, perlindungan dan penyenggaraan pepasangan dan kelengkapan, syarat-syarat yang di bawahnya apa-apa pepasangan atau kelengkapan hendak dikerjakan atau dikendalikan dan larangan ke atas penggunaan kelengkapan berbahaya; (d) cara bagaimana elektrik hendak disukat dan standard sukatan yang hendak digunakan dan cara bagaimana elektrik dibenarkan atau dilarang dibekalkan atau digunakan;

48

(e) standard yang hendak diterimapakai bagi pengukuran dimensi-dimensi manamana pepasangan atau kelengkapan; (f) cara pengawalseliaan dan had-had perubahan jenis, voltan dan frekuensi elektrik yang dibekalkan; (g) kelas atau rekabentuk dawai, lekapan dan kelengkapan yang hendak digunakan dan cara bagaimana dawai, lekapan dan kelengkapan itu hendak didirikan, dipasang, disusun, dilindungi, dikawal, diperiksa, diuji dan disenggarakan; (h) fee-fee yang kena dibayar Akta ini; (i) bentuk dan kandungan lesen dan syarat-syarat yang hendak ditetapkan, bentuk dan tempoh keesahan Perakuan Pendaftaran dan syarat-syarat bagi penggantungan, Pendaftaran; (j) kelayakan minimum yang perlu dimiliki oleh seseorang sebelum dia boleh diamanahkan dengan perekabentukan, pembinaan, pendirian, pengujian, pengendalian, penyenggaraan, pembaikan atau pengubahpindaan apa-apa pepasangan,loji atau kelengkapan atau dengan jagaan, kawalan atau kendalian mana-mana pepasangan, loji atau kelengkapan; (k) jenis ujian yang hendak digunakan bagi menentukan sama ada mana-mana orang yang memiliki kelayakan-kelayakan perlu yang ditetapkan bagi maksud kawalan kompeten dan maksud-maksud lain, dan pengeluaran, penggantungan atau pembatalan perakuan-perakuan kekompetenan, dan untuk menetapkan fee-fee yang kena dibayar bagi ujian dan perakuan sedemikian; perlanjutan dan pembatalan lesen dan Perakuan bagi lesen dan Perakuan Pendaftaran

pepasangan dan apa-apa fee lain yang dikehendaki ditetapkan di bawah

49

(l) pendaftaran dan pengelasan kontraktor pendawaian, kontraktor tanda elektrik,pengilang papan suis dan orang-orang kompeten, dan untuk menetapkan fee bagi pendaftaran sedemikian; (m) langkah-langkah yang hendak diambil dan kelengkapan yang hendak dibekalkan dan digunakan berkaitan dengan pepasangan untuk menjaminkan keselamatan awam dan persendirian; (n) langkah-langkah awasan yang hendak diambil untuk melepaskan manamana orang daripada mengawal apa-apa pepasangan, loji atau kelengkapan dan cara memberitahu Suruhanjaya mengenai nama-nama dan kelayakankelayakan mana-mana orang yang ditempatkan untuk mengawal mana-mana pepasangan dan mengenai pengendalian mana-mana loji atau kelengkapan; (o) cara mengira keupayaan apa-apa sistem, pepasangan, kelengkapan, kabel, penjana kuasa dan/atau motor; (p) cara menentukan pertikaian, mengadakan siasatan dan timbangtara di bawah Akta ini; (q) bentuk notis dan cara penyampaiannya; (r) taksiran dan kelulusan, di mana-mana perlu, apa-apa kelengkapan domestik atau kelengkapan lain yang hendak dikilangkan, diimport, dipamerkan, dijual, diiklankan, dipasang atau digunakan dan untuk menetapkan fee-fee yang kena dibayar men-genainya; (s) peruntukan-peruntukan bagi pemegang-pemegang lesen mengenai perkaraperkara yang berkenaan dengan (i) pemeriksaan mana-mana pepasangan atau bahagiannya; (ii) pendirian dan pemasangan lampu awam; (iii) pemotongan pembekalan elektrik; dan (iv) apa-apa perkara lain yang berkaitan dengan-nya;

50

(t) pengemukaan pernyataan-pernyataan kewangan dan laporan-laporan teraudit oleh pemegang lesen itu; (u) cara pelaksanaan kerja-kerja yang berkaitan dengan penjanakuasaan atau pembekalan elektrik tanpa menjejaskan keselamatan awam atau persendirian; (v) kaedah-kaedah yang hendak diterimapakai sama ada melalui larangan atau selainnya, untuk mencegah atau memberhentikan apa-apa kacauganggu yang mungkin berbangkit atau yang berbangkit daripada pengerjaan mana-mana pepasangan, loji atau kelengkapan; (w) fee-fee yang kena dibayar berkenaan dengan pemeriksaan, pengujian dan penyenggaraan pemasangan pepasangan pengujian dan radas dan pengguna, berkenaan berkenaan dengan dengan apa-apa dan meter,

perkhidmatan lain yang diberikan dengan sewajarnya kerana pengguna; (x) pengawalseliaan perhubungan di antara pemegang lesen dan misalnya peruntukan-peruntukan pengguna,

mengenai pendapatan kembali caj-caj bagi

pembekalan termasuk apa-apa surcaj bagi pembayaran lewat, bunga tahunan yang kena dibayar oleh seseorang pemegang lesen kepada mana-mana orang bagi apa-apa cagaran yang diberikan dan apa-apa kadar atau syarat yang berkaitan dengannya, penyambungan, pemotongan dan pemulangan bekalan elektrik oleh pemegang lesen, kemasukan ke dalam mana-mana premis oleh pemegang lesen atau pegawai-pegawai diberikuasanya bagi maksud-maksud yang berhubungan dengan pembekalan, penyambungan, pemotongan atau pemulangan bekalan, kemasukan bagi maksud-maksud menggantikan, membaiki atau mengubahpinda mana-mana tali an elektrik atau loji atau kelengkapan elektrik dan bentuk apa-apa notis yang dikehendaki; (xa) standard, spesifikasi, amalan dan langkah yang hendaklah diterima dan diamalkan dan apa-apa perkara lain yang berhubung dengan penggunaan elektrik dengan cekap; dan

51

(y) apa-apa perkara lain yang pada amnya menguatkuasakan peruntukanperuntukan Akta ini. (2) Apa-apa peraturan yang dibuat di bawah subseksyen (1) boleh menetapkan apaapa perbuatan yang melanggar peraturan-peraturan itu menjadi suatu kesalahan dan boleh menetapkan denda tidak melebihi lima ribu ringgit atau pemenjaraan selama tempoh tidak melebihi satu tahun, atau kedua-duanya, bagi kesalahan itu.

Soalan 1: Siapakah yang boleh membuat peraturan-peraturan berkenaan dengan mana-mana perkara yang ditetapkan di bawah Akta in? Jawapan2: Menteri

Soalan 2 : Berapakah denda yang akan dikenakan jika disabitkan kesalahan dibawah sekyen ini? Jawapan 2 : Denda tidak melebihi Lima Ribu Ringgit atau penjara selama tempoh tidak melebihi satu tahun, atau kedua-duanya sekali

52

SUMMARY
Di dalam modul ini pelatih telah mempelajari:

Huraikan kuasa untuk membuat peraturan-peraturan di dalam Akta dan Peraturan ini. Seksyen 53 Fungsi, tugas dan kuasa suruhanjaya tenaga

REFERENCES
1. Akta Bekalan Elektrik 1990, Peraturan-Peraturan Elektrik 1994 (MDC Publisher Sdn Bhd)

53

También podría gustarte