Está en la página 1de 28

IPG KAMPUS DARULAMAN

ELM 3101 Agama Buddha

3.3 Agama Buddha

Sejarah Agama Buddha

Menurut Padmasiri de Silva (Singer, Peter,1991) , pengasas agama Buddha ialah Buddha (565-483s.m) Asalnya ialah seorang putera dan beliau mencapai enlightenment yang bermaksud mendapat ilham atau kesedaran yang besar dan mendalam. Nama asal Buddha ialah Siddharta dan nama keluarganya ialah Gautama. Bapa Buddha merupakan seorang raja negeri Sakyas di utara India( Nepal).

Siddhartha meninggalkan istana pada umur 29 dan menjadi seorang pertapa (ascetic) (orang yang menafikan diri terhadap keseronokan dan kemewahan) Isu masyarakat spt sistem kasta pada masa itu, yg telah mengorbankan binatang dan kuasa besar raja-raja mengganggu fikiran putera ini. Jawapan bagi setiap masalah yang dicari oleh putera ini atas setiap manusia ialah penyakit(sickness), penyeksaan( suffering), hidup (life), dan mati (death).

Untuk mencari jawapan, Siddhartha mencuba pelbagai gaya hidup dan pelbagai teknik renungan atau meditasi(meditation) yang beliau belajar dari guru meditasi. Akhirnya beliau menemui satu sistem komprehensif meditasi yang menbolehkan seseorang mencapai satu peringkat ketenangan (stage of calmness) dan perkembangan celik akal (development of insight).

Perkembangan celik akal memfokuskan tiga aspek kenyataan. Ketidakkekalan( impermanence) Penderitaan atau kesengaraan( suffering) Tidak ego( egolessness)

Melalui amalan meditasi , Siddhartha mencapai enlighterment ketika berusia 35 tahun. Selepas itu beliau digelar sebagai Buddha yang bermaksud pembawa cahaya. Ajaran Buddha disampaikan melalui lisan sehingga abad pertama. Ajaran ini ditulis di atas daun ola dalam bahasa Pali. Ajaran ini kemudian disunding dan diterbitkan oleh Persatuan Teks Pali( Pali Text Society).

Ajaran Buddha yang terkenal,Vinaya Pitaka iaitu berkenaan peraturan disiplin bagi para sami dan Sutta Pitaka berkenaan ajaran asas Buddha. Tradisi Buddhisme yang paling awal dipanggil Buddhisme Theravada yang berakar umbi di Asia Tenggara, iaitu Negara Thai, Myanmar, Kemboja, dan Sri Lanka. Tradisi Mahayana bermaksud the Greater Vehicle terdapat di Nepal, China, Korea dan Jepun. Hinaya yang bermaksud the Lesser Vhicle manakala tradisi yang dipanggil Tantrayana bermaksud the Esoteric Vehicle wujud di Tibet dan Mongolia.

3.3.1 Etika Buddhis

Etika Buddhis
Penganut agama Buddha Buddhis. Etika Buddhis merujuk kepada analisis dan pemikiran Buddha tentang isu-isu etika serta refleksi tentang isu-isu ini selepas itu. Melihat etika sebagai keperluan individu dalam mewujudkan kehidupan yang bermutu, berkeperibadian mulia, dan mengadakan latihan meditasi.

Latihan meditasi mengutamakan penumpuan perhatian kepada apa yang dilakukan semasa seseorang melakukan sesuatu, tanpa diganggu oleh pemikiran lain. Perkembangan meditasi mempengaruhi kehidupan harian dan dapat mempertingkatkan kemoralan individu. Empat Kebenaran Mulia (Four Noble Truth) mesej asas Buddha. Doktrin utama tentang kesengsaraan atau dukkha (istilah Pali) iaitu satu perasaan ketidakpuasan (unsatisfactoriness).

Perasaan ketidakpuasan disebabkan oleh keadaan penderitaan manusia, kesakitan fizikal, konflik psikologi, kebimbangan dan sifat ketidakkekalan dalam dunia ini. Sifat ketidakkekalan berkaitan dengan keadaan tanpa ego (egolessness). Individu atau Saya satu kombinasi faktorfaktor fizikal dan psikologi yang sentiasa berubah. Jika manusia menetapkan satu perasaan kekal atas sesuatu yang sentiasa berubah-ubah, dia akan berasa kecewa apabila menghadapi perubahan , kerosakan atau kerugian.

Individu akan sentiasa menghadapi kesengsaraan. Jika individu mengharapkan kehidupan yang penuh keseronokan dan kegembiraan, sukar untuk menerima kenyataan bahawa kita perlu menghadapi kesakitan, kesedihan dan kesengsaraan. Ketiga-tiga doktrin Buddha ketidakkekalan, kesengsaraan dan keadaan tanpa ego berkaitan antara satu sama lain. Empat Kebenaran Mulia dan komponennya, Jalan Lapis Mulila (the Noble Eightfold Path) berkaitan dengan diagosis penyakit manusia yang dipanggil dukkha.

Dukkha satu pandangan yang pesimis (pessimistic). Hidup dengan kegembiraan muktamad (ultimate happiness) atau nirvana dalam bahasa Pali. Buddha membenarkan manusia biasa mencari kekayaan dengan cara yang betul tanpa tamak, mendapatkan keselesaan dan keseronokan, serta melakukan amalan mulia. Manusia yang bertapa perlu mengawal keperluan dan nafsunya dengan lebih ketat dan lebih berusaha untuk mencapai nirvana, iaitu melepaskan diri daripada semua kesengsaraan.

Buddha tidak bersetuju dengan hedonisma yang mementingkan nikmat nafsu sebagai nikmat yang teragung. Mengkritik materialis yang tidak percaya dunia selepas mati (afterlife). Mereka mengamalkan kehidupan hedonistik (kehidupan yang terlalu mementingkan nikmat nafsu) tanpa mempunyai nilai moral. Tidak bersetuju dengan cara hidup yang penuh dengan nafsu dan juga cara hidup yang menyeksa diri.

Buddha mencadangkan cara Jalan Tengah (Middle Path) dalam Empat Kebenaran Mulia. 1. Kenyataan kesengsaraan. 2. Bagaimana wujudnya kesengsaraan. 3. Penamatan kesengsaraan (mencapai nirvana). 4. Cara menamatkan kesengsaraan. (Jalan Lapan Lapis Mulia).

Jalan Lapan Lapis Mulia


1. 2. 3. 4. 5. 6. 7. 8. Pemahaman yang benar (right understanding). Pemikiran yang benar (right thought). Percakapan yang benar (right speech). Pergerakan badan yang benar (right bodily action). Kehidupan yang benar (right livelihood). Usaha yang benar (right effort). Pengambilberatan yang benar (right mindfulness). Tumpuan perhatian yang benar (right concentration).

Butiran 1 dan 2 kebijaksanaan (wisdom) atau panna. Butiran 3 hingga 5 kelakuan etika (ethical conduct) atau sila. Butiran 6 hingga 8 latihan minda (mental training) atau samadhi. satu skim dengan tiga peringkat latihan moral yang mengandungi amalan mulia dan mengelakkan kejahatan, latihan meditasi dan perkembangan kebijaksanaan.

Juga dianggap sebagai Jalan Tengah di antara dua ekstrim. Ekstrim pertama terlalu menikmati nafsu dan menyeksa diri. Ekstrim kedua percaya bahawa roh sesuatu individu adalah kekal selama-lamanya dan roh itu akan dihapuskan selepas mati. Melalui Jalan Lapan Lapis Mulia, seseorang individu boleh mencapai moral Buddhisme muktamad yang ideal, iaitu mencapai peringkat Nirvana.

Pada peringkat Nirvana, indiviu tidak akan dilahirkan semula atau mengalami kematian seperti benda-benda hidup yang biasa (termasuk manusia). Ini bermakna individu ini tidak akan bersangkut paut lagi dengan dunia.

3.3.2 Ajaran Buddha dengan Pembangunan Manusia

Ajaran Buddha dengan Pembangunan Manusia.

Menurut buku Theravada, ajaran Buddha sendirinya tidak menerangkan dan membentuk teori-teori pembangunan manusia secara specifik. Ajaran Buddha lebih banyak merekodkan pendangan Buddha sendiri terhadap tingkah laku manusia dan cara untuk membaiki tingkah laku.

Ajaran Buddha dengan Pembangunan Manusia.


Pengikut Buddha telah banyak menghasilkan buku yang berkaitan dengan ajarannya. Termasuklah buku Tripitaka yang banyak mengandungi ciri-ciri yang ada pada agama Hindu. Agama Buddha telah mengamalkan ideologi dalam ajaran agama Hindu tetapi telah mengikis sebahagian daripada ajaran Hindu yang kurang sesuai.

Ajaran Buddha dengan Pembangunan Manusia.


Dalam bab Sutta Pitaka di dalam buku Tripitaka, ajaran Buddha banyak mempunyai penjelasan empirikal, iaitu berdasarkan pengalaman lepas. Penganut agama Buddha percaya kepada :
Karma (balasan sebab akibat) Rebirth (lahir semula di dunia) Sifat manusia Sebab pembangunan manusia Proses pembelajaran Perbezaan individu Amalan pendidikan

Ajaran Buddha dengan Pembangunan Manusia.


Karma dan rebirth dan ia dikaikan dengan perbuatan dan tingkah laku manusia. Menitikberatkan : perbuatan baik dibalas dengan baik, perbuatan buruk dibalas dengan buruk. Menyebabkan penganut mengamalkan perbuatan baik agar boleh mendapat balasan baik dalam dunia yang akan datang nanti. (Anguttara-Nikarya, 1957, Jld. 36)

Ajaran Buddha dengan Pembangunan Manusia.


Ajaran buddha menegaskan kepentingan alam sekitar terhadap pembangunan dan pembentukan sahsiah menusia. Sentiasa menggalakkan sepaya hidup dalam keadaan yang bersih dan bergaul dengan orang yang tinggi moralnya dan menjauhi orang yang tidak bermoral.

Sekian, Terima Kasih~~

También podría gustarte