Está en la página 1de 3

CARTA GARIS MASA SEJARAH PENGGUBALAN PERLEMBAGAAN

Januari 1946, lebih 50,000 orang Melayu mengadakan demonstrasi di Alor Setar. Kelantan lebih kurang 10,000, dan Johor pula adalah lebih kurang 15,000 pada 10 Feb 1946 Walaupun menjadi penentangan daripada orang melayu, Malayan Union diisytiharkan pada 1 April 1946 dengan Sir Edward Gent sebagai Gabenor. Orang Melayu telah memulaukan majlis pengisytiharan tersebut dan akhirnya British mengalah apabila Malayan Union digantikan dengan Persekutuan Tanah Melayu tidak semua orang Cina menyokong Malayan Union, tapi sebaliknya bersama dengan etnik Melayu menentang penubuhan Malayan Union. Jawatankuasa Kerja ditubuhkan pada Julai 1946. Jawatankuasa Perunding ditubuhkan oleh British pada Disember 1946. terdiri daripada 5 orang Eropah, 2 orang Cina, dan 2 orang India. tujuannya untuk mendapatkan pandangan orang bukan Melayu mengenai draf perlembagaan yang disediakan oleh Jawatankuasa Kerja.

1946

1948

British mengisytiharkan Persekutuan Tanah Melayu pada 1 Februari 1948. menyertakan ciri-ciri penting dalam Perjanjian Persekutuan Tanah Melayu. Sejak tahun 1948, setiap negeri Melayu mempunyai perlembagaan masing-masing. Johor dan Terengganu telah pun mempunyai perlembagaan lebih awal, masing-masing pada tahun 1895 dan 1911. ianya dipinda supaya sesuai dengan kehendak Perjanjian Persekutuan 1948.

1949

CLC (Jawatankuasa Hubungan Antara Kaum) menyelesaikan sesetengah masalah perlembagaan, politik, dan ekonomi yang mujud akibat permintaan yang berlainan daripada pelbagai etnik. CLC merupakan organisasi pertama yang tidak rasmi bagi membincangkan pelbagai isu seperti kewarganegaraan dan kedudukan istimewa orang Melayu serta Dasar Pendidikan. Tokoh-tokoh terlibat adalah Dato' Onn bin Jaafar, Dato' Abdul Wahab Abdul Aziz, Tan Cheng Lock, C.C Tan, Dr. J.S Goonting, dan E.E.C. Thuraisingam. Jawatankuasa ini telah berjaya memupuk persefahaman antara peminpin pelbagai kaum.

1952

Pilihan Raya dalam Majlis Perbandaran Kuala Lumpur telah diadakan dan 12 kerusi dipertandingkan oleh UMNO dan MCA yang telah membuat pakatan secara tidak rasmi. Kerjasama ini akhirnya menjurus kepada penubuhan Perikatan pada tahun 1953.

Parti Perikatan memenangi 9 buah kerusi dan selebihnya dikuasai oleh Parti Kemerdekaan Tanah Melayu (IMP) dan calon bebas.

1953
Januari 1956, Tunku Abdul Rahman telah berangkat ke London untuk berunding dengan kemerdekaan Tanah Melayu. Rombongan tersebut terdiri daripada 4 wakil parti Perikatan, 4 orang wakil Raja-Raja Melayu dan wakil-wakil kerajaan Inggeris di Tanah Melayu. wakil-wakil Perikatan dan Raja-Raja Melayu telah mencapai persefahaman sebelum mereka tiba di London. Dalam rundingan yang berlangsung dari 18 Januari hingga 6 Februari 1956, persetujuan telah dicapai iaitu melaksanakan segera Persekutuan Tanah Melayu berpemerintahan sendiri dan kemerdekaan sepenuhnya. Mac 1956, Suruhanjaya Reid dibentuk. jawatankuasa yang diketuai oleh Lord Reid ini turut dianggotai oleh Sir Ivor Jennings, Sir William Mckell, En. B. Malik dan En. Abdul Hamid.

1956

1957

Februari 1957, Rang Undang-Undang Perlembagaan yang pertama diumumkan tetapi mendapat banyak tentangan. justeru, satu lagi jawatankuasa yang terdiri daripada 11 orang ahli, iaitu 4 orang wakil RajaRaja Melayu, 4 orang wakil Kerajaan Perikatan, Pesuruhjaya Tinggi British, Ketua Setiausaha dan peguam Negara telah dibentuk untuk mengkaji semula perlembagaan tersebut. Pembentukan Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu telah diluluskan pada 27 Ogos 1957 dan dikuatkuasakan pada 31 Ogos 1957. Tarikh penguatkuasaannya adalah bersempena Kemerdekaan Tanah Melayu. Perlembagaan Persekutuan terbentuk hasil toleransi pelbagai kaum di negara ini, terutamanya tiga kaum terbesar, iaitu Melayu, Cina, dan India.

1962

Suruhanjaya Cobbold ditubuhkan bertujuan untuk meninjau dan mengkaji pendapat orang ramai di Sabah dan Sarawak tentang cadangan pembentukan Malaysia. Suruhanjaya ini telah memulakan tugasnya dalam bulan Februari 1962 hingga pertengahan April tahun yang sama. sewaktu bertugas di Sabah dan Sarawak, mereka telah berkesempatan untuk berjumpa dengan lebih 4000 oranga dan menerima lebih kurang 2000 memorandum dan surat yang dikemukakan oleh persatuan-persatuan politik, agama, kemasyarakatan dan kesatuan-kesatuan sekerja. Menjelang bulan Jun 1962, Suruhanjaya tersebut telah mengeluarkan satu laporan berhubung dengan maklum balas yang dikemukakan penduduk Sabah dan Sarawak tentang cadangan penubuhan Malaysia.

1963

Julai 1963, satu lagi perjanjian telah ditandatangani di London, di antara British, Persekutuan Tanah Melayu, Singapura, Sabah, dan Sarawak. Mengikut perjanjian ini, Parlimen British akan meluluskan satu undangundang untuk memberi kemerdekaan kepasa Singapura, Sabah, dan Sarawak yang masing-masing akan mempunyai perlembagaan baru. Bagi Persekutuan Tanah Melayu, Parlimen Persekutuan akan meluluskan satu undang-undang yang dipanggil Akta Malaysia untuk meminda Perlembagaan Persekutuan. Akta Malaysia ini telah diluluskan pada 26 Ogos 1963.

También podría gustarte