Está en la página 1de 12

Konsep insan yang bermoral Insan bermoral merupakan insan yang mempunyai sifat sifat moral.

. Sehubungan dengan itu, berikut adalah pendapat beberapa tokoh tentang insan yang bermoral.

Komponen yang perlu ada dalam diri seseorang insan yang bermoral dikategorikan sebagai konsep peraturan dan prinsip yang difikirkan perlu perlu digunakan dalam tindakan dan perasaan atau emosi yang akan menyokong kepercayaan bahawa sesuatu konsep atau tindakan itu perlu dilakukan. Dalam hal ini, seseorang itu perlu mempunyai pengetahuan tentang keadaan persekitarannya, berupaya untuk berinteraksi dengan orang disekelilingnya, dan bertindak mengikut keputusan yang telah dibuat. ( John Wilson, 1973).

Mengetahui kebaikan, menginginkan kebaikan, dan melakukan kebaikan adalah sifat sifat yang dimiliki oleh insan yang bermoral. (Lickona, 1991).

Insan moral hanya menerima nilai nilai murni, dan peraturan masyarakat yang diterima secara sejagat sebagai bermoral, patut, baik dan benar. (Abdul Rahman Aroff, 1986).

Individu yang mempunyai perasaan moral akan bersifat altruistik, bertimbang rasa, belas kasihan, murah hati, dan juga mempunyai sifat sifat yang berkaitan dengan sifat kepedulian. (Ewing, 1990).

Insan bermoral merupakan insan yang mempunyai tingkah laku yang baik dan dijelmakan dengan perbuatan yang baik. Dalam hal ini, seseorang insan yang bermoral tidak akan melakukan perbuatan yang tidak bermoral dan bertentang dengan nilai normal dan peraturan dalam sesebuah masyarakat. ( http://www.scribd.com/lanita7471/d/40004462-Insan-bermoral)

Melalui pendapat tokoh tokoh di atas, kita boleh mendapat tahu bahawa model insan bermoral menekanan perwatakan positif dalam diri seseorang individu. Sehubungan dengan itu, perwatakan positif yang dimiliki oleh seseorang insan yang bermoral perlu terdiri daripada tiga dimensi moral, iaitu:

PEMIKIRAN MORAL

PERASAAN MORAL

TINDAKAN MORAL

Ketiga tiga dimensi ini adalah penting untuk membolehkan seseorang individu mencapai tahap kematangan moral. Berikut adalah penerangan secara ringkas bagi ketiga tiga dimensi tersebut. Pertamanya adalah pemikiran moral. Pemikiran moral ini juga boleh dikatakan sebagai penaakulan moral. Mengikut dimensi pemikiran moral ini, seseorang individu itu dapat mengenali diri sendiri serta sedar tentang baik dan buruk akan dirinya.

Sehubungan dengan itu, secara ringkasnya, dimensi pemikiran moral ini melibatkan pemikiran dan pertimbangan secara rasional dan bebas. Ini bermaksud seseorang individu yang mempunyai pemikiran moral ini dapat membuat pertimbangan berasaskan prinsip moral dan nilai nilai moral yang diterima oleh masyarakat setempat. Dengan adanya pemikiran moral, maka seseorang itu tidak akan bertindak secara membuta tuli. Keduanya adalah dimensi perasaan moral. Perasaan moral juga dikatakan sebagai emosi moral. Dimensi perasaan moral ini mengandungi sentimen, simpati, empati, murah hati, dan juga motivasi. Selain itu, dimensi perasaan moral ini juga berupaya menjadikan diri seseorang itu bertindak secara positif. Secara ringkasnya, dimensi perasaan moral inilah akan membawa kepada tindakan yang bermoral. Dimensi moral yang akhirnya adalah dimensi tindakan moral. Dimensi ini juga dikenali sebagai dimensi tingkah laku moral serta dimensi perlakuan moral. Dimensi ini pula menterjemahkan penaakulan dan emosi moral. Tingkah laku yang baik dan buruk adalah hasil daripada bagaimana seseorang itu menaakul dan menggunakan emosi moral dalam tingkah lakunya. Sebagai contohnya, membantu orang yang ditimpa kemalangan jalan raya adalah hasil daripada dimensi perasaan moral. Konklusinya, ketiga tiga dimensi moral yang dikatakan tadi penting kepada seseorang individu untuk menampilkan ciri ciri insan yang bermoral. Pendek kata, perkembangan moral yang meliputi ketiga tiga dimensi ini akan menyubur serta merangsang lagi kesedaran hati nurani yang menyebabkan individu berkenaan untuk membuat apa yang patut dan betul.

Sifat sifat insan yang bermoral

Insan yang bermoral harus memiliki sifat sifat moral yang positif serta yang boleh dicontohi oleh orang lain. Sehubungan dengan itu, terdapat banyak sifat sifat yang perlu dimiliki oleh seseorang insan yang bermoral. Berikut adalah sifat sifat moral yang perlu dimiliki oleh insan yang bermoral.

Sehubungan dengan itu, sifat mempercayai tuhan merupakan sifat yang harus dimiliki oleh seseorang insan yang bermoral. Dengan adanya sifat ini, maka seseorang itu akan yakin dan percaya bahawa wujudnya tuhan sebagai pencipta alam dan mematuhi segala suruhanNya berlandaskan pegangan agama masing masing. Dalam aspek ini, seseorang individu yang bermoral itu akan menyanjung agamanya di samping menghormati agama agama lain. Sifat yang seterusnya pula adalah sifat menjaga kebersihan. Sifat ini juga perlu dimiliki oleh seseorang insan yang bermoral. Sehubungan dengan itu, melalui

pengamalan sifat ini seseorang itu bukan sahaja akan menjaga kebersihan fizikalnya, maka akan juga menjaga kebersihan mentalnya. Dalam aspek ini, kita boleh mendefinisikan kebersihan fizikal sebagai kebersihan diri dan kebersihan persekitaran. Manakala, kebersihan mental pula didefinisikan sebagai kebersihan pertuturan, perlakuan, pemikiran dan kerohanian. Sebagai contohnya, dalam aspek kebersihan diri, seseorang insan yang bermoral itu akan sentiasa menjaga kebersihan tubuh badan dan pakaiannya. Manakala, dalam aspek kebersihan mental pula, seseorang insan yang bermoral itu akan sentiasa bertutur tanpa melanggar norma masyarakat. Selain itu, sifat amanah juga sifat yang harus dimiliki oleh seseorang insan yang bermoral itu. Sifat amanah boleh dikatakan sebagai sifat bertanggungjawab yang menimbulkan kepercayaan serta keyakinan orang lain. Melalui sifat ini seseorang insan yang bermoral itu akan sentiasa menyelesaikan sesuatu tugas yang diamanahkan itu dengan penuh bertanggungjawab serta jujur dan ikhlas. Sebagai contohnya, jika bendahari dalam sesuatu agensi sosial itu adalah seorang insan yang mempunyai sifat amanah, maka dia tidak akan menyalahgunakan wang yang dikutip melalui agensi tersebut untuk kegunaan sendiri malah akan sentiasa menggunakan wang tersebut untuk kegunaan aktiviti aktiviti sosial. Seterusnya adalah sifat harga diri. Sifat ini juga perlu dimiliki oleh seseorang insan yang bermoral itu. Sifat harga diri merupakan sifat yang menjaga maruah diri di samping menjaga maruah orang di sekeliling. Sebagai contohnya, seseorang insan yang mempunyai sifat harga diri ini, sama sekali tidak akan melakukan perbuatan perbuatan yang boleh mencemarkan nama sendiri serta maruah keluarga. Perbuatan perbuatan yang boleh mencemarkan nama sendiri adalah seperti perbuatan tidak beramanah dalam sesuatu tugas yang diberikan. Manakala,

perbuatan perbuatan yang boleh mencemarkan nama keluarga adalah seperti perbuatan melakukan hubungan sulit sebelum bernikah. Bukan itu sahaja, rajin berusaha juga salah satu sifat yang seharusnya dimiliki oleh seseorang insan yang bermoral. Dalam aspek ini, seseorang insan yang bermoral itu akan sentiasa berusaha secara berterusan dengan penuh bersemangat, cekal, gigih, dedikasi serta berdaya maju dalam melakukan sesuatu perkara. Sehubungan dengan itu, mereka yang memiliki sifat ini sama sekali tidak akan berputus asa jika mereka gagal daripada melakukan sesuatu. Sebagai contohnya, insan yang memiliki sifat ini akan berusaha sedaya upaya untuk berjaya dalam hidup. Dalam aspek ini, seseorang insan yang bermoral juga akan menunjukkan sikap berdedikasi. Seterusnya, seseorang insan yang bermoral juga harus memiliki sifat bersopan-santun. Seseorang yang memiliki sifat ini akan sentiasa beradab sopan dan berbudi pekerti mulia dalam pergaulan seharian. Dalam aspek ini, seseorang itu bukan sahaja akan beradab sopan ketika bergaul dengan orang lain, maka akan juga beradab sopan dari segi cara pakaiannya. Sebagai contohnya, insan yang beradab sopan ketika pergaulan akan sentiasa bertutur dengan sopan santun dan sama sekali tidak akan menggunakan perkataan perkataan yang kotor. Manakala, insan yang beradab sopan dalam cara pemakaian pula akan sentiasa memakai pakaian yang menutup aurat mereka di samping tidak memakai pakaian yang mencolok mata. Selain itu, kasih sayang juga sifat yang perlu dimiliki oleh seseorang insan yang bermoral. Dalam konteks moral, kasih sayang didefinisikan sebagai kepekaan dan perasaan cinta yang mendalam serta yang berkekalan yang lahir daripada hati

yang ikhlas. Ini bermakna, seseorang insan yang bermoral itu akan sentiasa menunjukkan kasih sayang yang ikhlas serta yang berkekalan. Dalam aspek ini, seseorang insan yang bermoral itu bukan sahaja akan menyayangi manusia, maka akan juga menyayangi binatang. Sebagai contohnya, insan bermoral yang memiliki sifat kasih sayang ini akan sentiasa menyayangi manusia di samping menyayangi semua haiwan ciptaan Tuhan. Bukan itu sahaja, sifat kesederhanaan juga salah satu sifat yang harus dimiliki oleh seseorang insan yang bermoral. Dalam aspek ini pula, seseorang insan yang bermoral itu akan sentiasa bersikap tidak keterlaluan dalam membuat pertimbangan dan tindakan sama ada dalam pemikiran, pertuturan, atau perlakuan. Sebagai contohnya, insan yang memiliki sifat ini akan sentiasa berkelakuan tanpa mengabaikan kepentingan diri dan juga orang lain. Selain itu, insan yang memiliki sifat kesederhanaan ini juga akan sentiasa mempunyai pengetahuan dan pemahaman tentang perasaan orang lain di dalam sesuatu situasi. Seterusnya adalah sifat jujur. Seseorang insan yang bermoral juga harus memiliki sifat jujur. Sifat jujur boleh dikatakan sebagai sifat yang ikhlas. Selain itu, sifat kejujuran juga boleh dikatakan sebagai sifat yang menjadikan seseorang itu untuk bercakap benar dan tidak menipu. Dalam hal ini, bercakap benar ialah menyatakan sesuatu dengan betul dan benar tanpa menokok tambah dan berselindung. Manakala, ikhlas adalah kesucian hati tanpa mengharapkan sebarang balasan apabila melakukan sesuatu. Sebagai contohnya, melalui pengamalan sifat ini seseorang insan yang bermoral itu sentiasa tidak akan melakukan sebarang perbuatan yang mampu mengkhianati orang lain. Dalam aspek ini, seseorang itu berupaya untuk mendapatkan keyakinan dan kepercayaan orang lain terhadap dirinya.

Bukan itu sahaja, sifat baik hati juga sifat yang perlu dimiliki oleh seseorang insan yang bermoral. Dalam konteks moral, baik hati didefinisikan sebagai kepekaan terhadap perasaan dan kebajikan diri sendiri serta orang lain dengan memberi bantuan dan sokongan moral secara tulus dan ikhlas. Dalam aspek ini, insan yang memiliki sifat baik hati akan sentiasa membuat perbuatan baik tanpa mengharapkan sebarang ganjaran. Sebagai contohnya, insan yang mempunyai sifat ini akan sentiasa menolong orang dalam kesusahan secara sukarela tanpa mengharapkan sebarang ganjaran daripada mereka ataupun tanpa sebarang niat di sebalik pertolongan tersebut. Seterusnya adalah sifat bertanggungjawab. Sifat bertanggungjawab

merupakan sifat yang menjadikan seseorang itu untuk melaksanakan sesuatu tugas yang diberikan dengan sempurna. Sehubungan dengan itu, seseorang insan bermoral juga harus memiliki sifat bertanggungjawab ini. Sebagai contohnya, insan bermoral yang memiliki sifat ini akan sentiasa memikul dan melaksanakan tanggungjawab yang diberikan kepadanya secara penuh bersemangat. Bukan itu sahaja, sifat toleransi juga salah satu sifat yang perlu dimiliki oleh seseorang insan yang bermoral itu. Insan yang memiliki sifat ini akan sentiasa bertolak ansur, sabar dan mengawal diri bagi mengelakkan berlakunya perselisihan faham antara satu sama lain. Sebagai contohnya, insan yang memiliki sifat ini akan sentiasa dapat mengawal perasaan marahnya. Selain itu, insan yang memiliki sifat ini juga akan sentiasa dapat bertolak ansur dengan semua kaum yang terdapat di negara kita, Malaysia. Sebagai contohnya, seorang rakan kelas yang memiliki sifat ini akan sentiasa bertolak ansur dengan karenah rakannya yang satu lagi. Berdasarkan contoh di atas, rakan yang bertolak-ansur merupakan rakan yang tergolong dalam insan bermoral.

Seterusnya,

sifat berdikari juga salah satu sifat yang perlu dimiliki oleh

seseorang insan yang bermoral. Sifat berdikari pula didefinisikan sebagai keupayaan atau kebolehan seseorang individu untuk melakukan sesuatu perbuatan tanpa bergantung kepada orang lain. Insan yang memiliki sifat ini akan sentiasa melakukan segala galanya tanpa mengharapkan bantuan orang lain. Sebagai contohnya, seorang anak yang memiliki sifat ini akan sentiasa melakukan kerja kerja sekolahnya seperti membasuh kasut dan pakaian sekolah tanpa mengharapkan bantuan ibunya. Di sini, anak yang berdikari juga dikategorikan sebagai insan yang bermoral. Selain itu, sifat keadilan juga sifat yang harus dimiliki oleh seseorang insan yang bermoral. Dalam konteks moral, sifat keadilan didefinisikan sebagai sifat yang mementingkan tindakan dan keputusan yang saksama serta tidak berat sebelah. Sebagai contohnya, seseorang insan moral yang memiliki sifat ini akan bersikap adil dalam segala perbuatannya; dia sama sekali tidak akan bersikap pilih kasih dalam perlakunya. Sehubungan dengan itu, dalam aspek sikap tidak berpilih kasih ini, seseorang guru yang memiliki ciri ciri insan bermoral juga akan menghukum pelajar yang tidak membuat kerja rumah walaupun pelajar tersebut merupakan pelajar harapan sekolah. Seterusnya adalah sifat rasional. Sifat ini juga merupakan sifat yang perlu dimiliki oleh seseorang insan yang bermoral. Sehubungan dengan itu, seseorang yang memiliki sifat ini akan sentiasa melakukan sesuatu perbuatan yang berasaskan kepada alasan yang munasabah serta bukti yang nyata. Dalam aspek ini, seseorang insan yang bermoral akan mempunyai emosi atau motivasi moral untuk melakukan sesuatu yang benar selepas keputusan moral diambil.

Sifat yang seterusnya adalah sifat keterbukaan. Sifat ini juga harus dimiliki oleh seseorang insan yang bermoral. Seseorang insan yang memiliki sifat ini akan sanggup dan sedia memberi serta menerima pandangan dan kritikan orang lain. Sebagai contohnya, insan yang memiliki sifat ini tidak akan berasa marah apabila menerima kritikan orang lain terhadap kelemahan dirinya tetapi seseorang itu akan menerimanya dengan hati yang terbuka dan akan berusaha untuk memperbaiki kelemahan dirinya. Dalam aspek ini, seseorang insan yang bermoral juga akan mengakui kesilapannya. Bukan itu sahaja, sifat memaafkan orang juga salah satu sifat yang perlu dimiliki oleh seseorang insan yang bermoral. Dalam aspek ini, seseorang insan yang bermoral akan sedar bahawa sifat pemaaf ini mendatangkan banyak kebaikan kepada diri sendiri dan juga orang lain. Sehubungan dengan itu, insan yang memiliki sifat ini akan sentiasa memaafkan kesalahan orang lain demi kehidupan yang aman dan damai. Sebagai contohnya, seorang sahabat yang memiliki sifat ini akan sanggup memaafkan sahabatnya yang satu lagi walaupun sahabatnya telah mengkhianatinya. Selain itu, sifat hormat menghormati juga sifat yang perlu dimiliki oleh seseorang insan yang bermoral. Sifat hormat menghormati boleh dikatakan sebagai sifat menghargai dan memuliakan seseorang dalam sesuatu institusi sosial. Sehubungan dengan itu, melalui pengamalan sifat ini, seseorang insan yang bermoral akan sentiasa menghormati ibu bapanya, orang yang lebih tua daripadanya, serta guru, pemimpin dan budaya kaum lain. Selain itu, sifat murah hati juga salah satu sifat yang harus dimiliki oleh seseorang insan yang bermoral. Melalui pengamalan sifat murah hati, seseorang itu

akan sedia memberi bantuan secara ikhlas kepada yang memerlukan samaada dalam bentuk kebendaan atau sokongan moral. Sehubungan dengan itu, insan bermoral yang memiliki sifat ini akan berasa bersalah jika mereka tidak dapat membantu orang yang memerlukan. Dalam konteks moral, jika seseorang ditimpa masalah atau musibah dan memerlukan pertolongan, maka ia akan menjadi tanggungjawab kita untuk membantu mereka. Sebagai contohnya, seorang rakan mempunyai sifat murah hati ini perlu menawarkan bantuan kewangan kepada rakan yang menghadapi masalah kewangan. Berdasarkan contoh di atas, rakan yang menawarkan bantuan kewangan tergolong dalam insan yang bermoral. Dan sifat yang akhir sekali adalah sifat mematuhi peraturan. Sifat ini juga sifat yang perlu dimiliki oleh seseorang insan yang bermoral. Melalui pengamalan sifat ini, seseorang insan yang bermoral tidak akan melakukan perbuatan yang tidak bermoral serta yang bertentangan dengan nilai norma dan peraturan dalam sesebuah masyarakat. Sehubungan dengan itu, boleh dikatakan bahawa insan yang memiliki sifat ini akan sentiasa mematuhi undang undang dan peraturan peraturan yang dirangka. Sebagai contohnya, insan bermoral yang memiliki sifat mematuhi peraturan ini akan sentiasa mematuhi peraturan lalu lintas bagi mengelakkan berlakunya sebarang kemalangan jalan raya. Dalam aspek ini, ereka sama sekali tidak akan melanggar peraturan atau undang undang yang telah digubal oleh kerajaan atau pihak pihak tertentu. Sebagai kesimpulannya, sifat sifat positif seperti sifat mempercayai tuhan, menjaga kebersihan, amanah, harga diri, gigih berusaha, sopan-santun, kasihsayang, kesederhanaan, jujur, baik hati, bertanggungjawab, bertolak-ansur, berdikari, adil, rasional, sifat keterbukaan, pemaaf, hormat menghormati, murah

hati dan mematuhi peraturan merupakan sifat sifat yang harus dimiliki oleh seseorang insan yang bermoral.

También podría gustarte