Está en la página 1de 9

KOPERASI BERHAD Aturan-Aturan Bagi Menjalankan Aktiviti Pengguna Tajuk. 1.

. (1) Aturan-aturan ini adalah dinamakan Aturan-Aturan Bagi Menjalankan Aktiviti Pengguna Koperasi ... ... Berhad. Aturan-aturan ini diujudkan di bawah Undang-undang Kecil 45(2)(w) Koperasi ini dan dikuatkuasakan selepas persetujuan Mesyuarat Agung Koperasi ini dan setelah satu salinannya dikemukakan kepada Ketua Pendaftar.

(2)

Tafsiran.

2.

Bagi maksud Aturan-aturan ini, aktiviti pengguna termasuklah ;(a) (b) (c ) Perniagaan Kedai Runcit. Agensi-agensi Kecil perniagaan barang-barang perlu dan mewah dengan cara sewa beli. Perniagaan barang-barang melalui Pinjaman Khas Koperasi.

Tujuan.

3.

Tujuan Aturan-aturan ini diujudkan ialah untuk :(a) Merancang bagi mendapatkan, mengadakan dan membekal semua jenis barang-barang pengguna yang bermutu baik untuk dijual kepada anggota-anggota mengikut harga pasaran tempatan ; Memberi kemudahan-kemudahan disegi kredit dan perkhidmatan apabila menjalankan aktiviti ini. Mengawal akan perjalanan aktiviti ini. Suatu peruntukan daripada kumpulanwang modal koperasi bolehlah dikhaskan bagi membiayai aktiviti ini yang mana hendaklah dikembangkan dari masa ke semasa. Lembaga boleh apabila didapati bahawa permintaan telah melebihi bekalan, manambah modal operasi aktiviti ini melalui :(a) (b) (c ) (d) Wang Petaruhan Tetap anggota-anggota; Pinjaman dari anggota-anggota; Pinjaman dari Bank ; Overderaf Bank ;

(b) (c ) Modal Operasi dan Sumber Kewangan. 4. (1)

(2)

dengan syarat bahawa kuasa had setinggi-tinggi keterhutangan yang diluluskan oleh Mesyuarat Agung masih berkuatkuasa. Pengurusan. 5. Lembaga adalah berkuasa di bawah Undang-undang Kecil 45(2)(o) melantik seorang Pengurus dan Pekerja-pekerja bagi menguruskan aktiviti ini. Pengurus hendaklah bertanggungjawab kepada Lembaga bagi ;(a) (b) (c ) (d) menyelia dan menentukan pekerja-pekerja sehingga mencapai taraf kecekapan dan kejujuran ; memeriksa bil-bil dan mengesahkan barang-barang yang diterima ; mencadangkan harga jualan dan menguatkuasakan setelah dipersetujui oleh Lembaga ; menentukan semua buku-buku akaun, daftar-daftar, fail-fail dan dokumen-dokumen penting mengenai perniagaan diselenggarakan dan di simpan dengan selamat dan kemaskini pada setiap waktu ; menentukan pengiraan stok sebenar dibuat seberapa kerap yang perlu dan yang diwajibkan ialah pada tarikh akhir Tahun Kewangan Koperasi ; memeriksa dan menyemak akaun-akaun perniagaan pada masa-masa yang tertentu; menentukan bil potongan gaji bulanan dihantar kepada pihak yang berkuasa pada masa-masa yang ditetapkan ; menjalankan lain-lain tugas seperti yang diarahkan oleh Pegawai-pegawai Koperasi ini.

(e)

(f) (g)

(h)

Belian.

6.

(1)

Semua belian hendaklah diuruskan oleh Jawatankuasa Kecil Perniagaan yang dilantik di bawah Undang-undang Kecil 45(2) (v) kecuali apa-apa yang telah dibenarkan kepada Pengurus membuatnya. Adalah terpulang kepada budibicara Jawatankuasa Kecil Perniagaan atau Pengurus Koperasi bagi menerima harga barang-barang yang ditetapkan oleh pembekal. Di dalam hal ini, faktor penting yang harus ditimbangkan ialah supaya penerimaan harga belian itu tidak akan menjejas kadar keuntungan yang telah dianggarkan di atas jualan barangbarang itu kelak.

(2)

(3)

Belian barang-barang bolehlah dibuat secara tunai atau berhutang. Jika belian dibuat secara berhutang, harga yang ditawarkan dan tempoh kredit yang diberi hendaklah ditimbangkan dengan teliti bagi melindungi kepentingan perniagaan koperasi. Semua pesanan barang-barang hendaklah dibuat di dalam Borang Pesanan yang disediakan oleh Lembaga. Apabila barang-barang pesanan sampai di Koperasi, penentuan hendaklah dibuat disegi jumlah, mutu dan nilai barang-barang yang diterima. Penentuan ini boleh dibuat dengan :(a) (b) Memeriksa barang-barang itu; Meneliti borang pesanan koperasi dan invoice/borang hantaran barang-barang yang diterima dari pembekal dan seterusnya membuat perbandingan dengan barang-barang yang diterima; Membandingkan harga yang ditulis di dalam invoice/bil dengan harga yang dipersetujui semasa membuat perundingan/perjanjian dengan pembekal.

(4) (5)

(c )

(6) (7)

Semua penerimaan barang-barang yang dibeli hendaklah direkodkan ke dalam Buku Stok. Pengurus Koperasi hendaklah merekodkan semua belian berhutang ke dalam Buku Belian dan memindahkan jumlah hutang itu ke Lejar Pemiutang di bawah Akaun Pembekalpembekal yang berkenaan. Jawatankuasa Kecil Perniagaan Koperasi boleh menerima barang-barang dari Pembekal-pembekal secara Consignment Basis untuk dijual, dengan syarat bahawa koperasi tidak akan bertanggungjawab diatas barang-barang yang tidak habis di jual. Jawatankuasa Kecil Koperasi hendaklah mendapatkan faedah yang setinggi-tingginya mengenai perkara ini semasa membuat perundingan dengan pembekal-pembekal. Suatu Perjanjian bolehlah dimeterikan di antara Pembekalpembekal dan koperasi bagi mengelakkan perbalahan di antara kedua belah pihak di kemudian hari kelak. Penerimaan barang-barang melalui cara ini direkodkan di dalam Buku Stok Khas baginya. hendaklah

Penerimaan Barang-barang Untuk Di jual Di atas Consignment Basis.

7.

(1)

(2)

(3)

(4)

Kelayakan Memohon Kredit.

8.

(1)

Anggota-anggota yang telah di terima masuk menjadi anggota selama enam bulan dan telah menyempurnakan bayaran yuran/syer bagi tempoh yang tersebut adalah layak untuk memohon kemudahan kredit daripada koperasi. Anggota Lembaga adalah dilarang memohon kemudahan kredit koperasi semasa dalam tempoh perkhidmatannya kecuali kredit terhadap bekalan kedai runcit koperasi. Pekerja-pekerja Koperasi dan lain-lain pelanggan, hanya boleh dibenarkan memohon kemudahan kredit ini jika mereka ada membuka Akaun Simpanan Tetap dengan Koperasi sebanyak tidak kurang dari $1,000/=. Wang Petaruhan Tetap ini tidak boleh dikembalikan selagi mereka itu masih ada baki hutang dengan koperasi. Semua permohonan hendak membeli barang-barang secara kredit, hendaklah dibuat di dalam borang yang disediakan oleh Lembaga. contoh borang adalah seperti di Lampiran A. Pemohon-pemohon hendaklah terlebih dahulu menentukan bahawa borang-borang permohonan mereka dan dokumendokumen sampingannya diisi dengan sempurna dan ditandatangani oleh pihak-pihak yang berkenaan. Kecuaian disegi ini boleh menyebabkan permohonan itu ditolak. Penerimaan permohonan tersebut hendaklah di daftarkan di dalam Daftar Permohonan Kredit dan kemudiannya diserahkan kepada Jawatankuasa Kecil Perniagaan untuk di proses. Semua permohonan yang telah diproses oleh Jawatankuasa Kecil Perniagaan bersekali dengan perakuan-perakuan Jawatankuasa Kecil tersebut hendaklah dibentangkan di dalam Mesyuarat Lembaga bagi mendapatkan keputusan yang muktamad. Tiap-tiap seorang anggota hanya boleh menjamin tidak lebih daripada 2 orang penghutang pada sesuatu masa. Jumlah had tanggungan seseorang anggota itu sebagai penjamin dan penghutang ialah sebanyak 6 bulan gajinya ditambah dengan jumlah yuran/syernya yang telah dibayar. Suatu Daftar Tanggungan Peminjam / Penghutang/ Penjamin hendaklah diselenggarakan oleh Koperasi bagi menentukan kebolehan seseorang itu menjamin. Semua penjamin-penjamin hendaklah bertanggungjawab terhadap seluruh hutang Penghutang itu sehingga hutang itu diselesaikan.

(2)

(3)

Permohonan Kredit.

9.

(1)

(2)

(3)

(4)

Penjamin.

10.

(1) (2)

(3)

(4)

(5)

Adalah menjadi kewajipan Lembaga Koperasi menentukan penjamin-penjamin baharu dilantik apabila diketahui bahawa penjamin bagi seseorang Penghutang itu mati atau berhenti menjadi anggota atau pun tidak mampu untuk menyempurnakan syarat-syarat jaminannya. Seseorang Penghutang yang gagal memberitahu Lembaga akan kematian atau tidak kemampuan penjamin-penjaminnya di dalam menyempurnakan tanggungan-tanggungannya akan di tuntut membayar balik dengan serta merta segala hutangnya itu. Anggota-anggota yang permohonannya untuk mendapatkan kemudahan kredit telah diluluskan oleh Lembaga, adalah dikehendaki mengikat perjanjian dengan koperasi. Contoh Surat Perjanjian itu adalah sebagaimana di Lampiran Di dalam Surat Perjanjian itu anggota-anggota tersebut hendaklah mengaku akan ;(i) membeli daripada koperasi semua barang-barang keperluannya kecuali apa yang tidak dapat diadakan oleh koperasi ; meminjam hanya daripada koperasi ini sahaja ; membayar hutangnya mengikut cara-cara dan syaratsyarat yang dikenakan oleh Lembaga koperasi.

(6)

Surat Perjanjian.

11.

(1)

(2)

(ii) (iii) ` (3)

Penjamin-penjamin Penghutang hendaklah memberi pengakuan dengan menurunkan tandatangan di dalam Surat Perjanjian tersebut mengaku akan menjelaskan hutang itu jika sekiranya Penghutang gagal berbuat demikian. Surat Perjanjian ini hendaklah dimeterikan dengan mohor koperasi dan didaftarkan mengikut Undang-undang. Maka adalah semata-mata didalam bidangkuasa Lembaga untuk menolak sesuatu permohonan untuk mendapatkan kemudahan kredit, menghadkan jumlah hutang, mengenakan syarat-syarat dan menolak mana-mana anggota yang dicadangkan untuk menjadi penjamin. Anggota-anggota tidaklah boleh menuntut kemudahan kredit ini adalah sebagai suatu haknya. bahawa

(4) Menolak Permohonan Kemudahan Kredit. 12. (1)

(2)

Membayar Hutang Koperasi.

13.

(1)

Segala bayaran hutang kepada Koperasi, kecuali bayaran hutang kedai runcit, bolehlah dibayar secara beransur-ansur mengikut persetujuan dan syarat-syarat yang dikenakan oleh Lembaga. Bayaran-bayaran tersebut hendaklah dibuat melalui potongan gaji. Hutang-hutang di Kedai Runcit Koperasi hendaklah dijelaskan dengan sepenuhnya pada akhir bulan melalui potongan gaji.

(2) (3) Permohonan Menangguhkan Atau Mengurangkan Bayaran Hutang. 14.

Di dalam keadaan-keadaan yang terkecuali, Lembaga bolehlah membenarkan penangguhan atau pengurangan diatas sebarang bayaran hutang kepada Koperasi dengan syarat bahawa permohonan kerana penangguhan atau pengurangan itu dipersetujui oleh penjamin -penjamin. Maka tidak akan diberi penangguhan atau pengurangan itu kerana sebab-sebab kecuaian anggota-anggota di segi pentadbiran kewangannya sendiri. Semua permohonan-permohonan hendaklah disertakan dengan bukti dan penjelasan dan pengesahanpengesahan daripada penjamin-penjamin. (1) Maka hendaklah menjadi kewajipan Lembaga Koperasi untuk mendapatkan balik hutang-hutangnya yang tidak dijelaskan daripada penjamin-penjamin jika hutang tersebut tidak dibayar oleh Penghutang lebih dari tiga bulan. Kegagalan anggota-anggota menjelaskan apa-apa hutang atau tuntutan yang kena dibayar kepada Koperasi hendaklah dirujuk sebagai pertikaian di bawah subseksyen 82 (2) Akta Koperasi 1993. Pertikaian sedemikian hendaklah dirujuk Kepada Ketua Pendaftar atau Tribunal Koperasi oleh anggota Lembaga.

Mendapatkan Hutang yang Tidak dibayar.

15.

(2)

Tanggungjawab Lembaga.

16.

Jika Lembaga mungkir dengan sebab lalai dari mengambil tindakan terhadap penghutang yang membayar lewat itu, maka adalah menjadi tanggungjawab Lembaga bersama-sama menanggung mana-mana kerugian yang dialami oleh koperasi. Apabila seseorang anggota telah berhutang dengan Koperasi atau atau menjadi penjamin kepada seseorang penghutang, permohonannya hendak berhenti dari menjadi anggota tidaklah boleh diluluskan sehingga hutangnya dijelaskan dan tanggungannya sebagai penjamin dihapuskan. Semua bayaran hendaklah dibuat dengan cek kecuali bayaran yang kurang dari lima puluh ringgit di dalam sesuatu hal yang terkecuali, pegawai-pegawai koperasi ini bolehlah membayar dengan wang tunai dan hal-hal seperti ini hendaklah dilaporkan di dalam Mesyuarat Lembaga.

Anggotaanggota tidak boleh berhenti melainkan hutang telah dijelaskan. Bayaranbayaran.

17.

18.

Jualan.

19.

Semua jualan hendaklah dengan tunai. Lembaga boleh membenarkan jualan secara kredit kepada anggota-anggota jika yang memohon dapat memenuhi syarat-syarat yang berikut ;(a) Hendaklah ada penjamin yang layak menjamin bagi melindungi keselamatan keseluruhan kredit itu ; (b) Bersetuju di atas had kredit dan tempoh membayar balik hutang itu yang dibenarkan oleh Lembaga ; Bersetuju dan membenarkan hutang itu dibayar melalui potongan gaji ; Pemohon tidak ada baki hutang/pinjaman (kecuali Pinjaman Kecemasan) dengan koperasi pada tarikh memohon. Syarat ini tidak akan dikenakan jika koperasi menjalankan perniagaan kedai runcit. Semua jualan berhutang, tidak kira banyak atau sedikit, hendaklah ditulis di dalam Bil yang disediakan oleh Lembaga di atas nama anggota yang membeli barang-barang itu dan Bil tersebut hendaklah ditandatangani oleh penerima barangbarang tersebut. Pengurus Koperasi hendaklah menentukan bahawa barangbarang yang dipesan itu sebenar-benarnya diterima oleh anggota-anggota yang memesannya. Jumlah harga jualan seperti yang ditulis di dalam Bil itu hendaklah direkodkan ke dalam Buku Jualan dan jumlah yang sama dipindahkan ke Lejer Penghutang di bawah akaun anggota yang berhutang itu pada tarikh jualan itu juga. Barang-barang yang keluar akibat dari penjualan itu hendaklah direkodkan ke dalam Buku Stok di bawah jenis barang-barang yang keluar itu pada hari itu juga. Semua jualan tunai dan lain-lain penerimaan hendaklah dikeluarkan resit. Resit-resit itu hendaklah ditandatangani oleh Pengurus/Pengurus Besar atau Bendahari atau mereka yang diberi kuasa oleh Lembaga. Semua terimaan wang, samada secara wang tunai atau cek, hendaklah dimasukkan ke dalam Bank dalam tempoh 24 jam dari tarikh penerimaan melainkan sejumlah wang tunai yang diperlukan kerana perbelanjaan-perbelanjaan runcit sebagaimana yang dihadkan oleh Lembaga.

(c ) (d)

Perakaunan.

20.

(1)

(2)

(3)

(4)

Penerimaan Wang.

21.

(1)

(2)

Insuran.

22.

Insuran bagi perlindungan bahaya kebakaran dan kecurian hendaklah diambil bagi barang-barang perniagaan dan/atau bangunan tempat berniaga bersekali dengan alat-alat perkakasnya. (1) Jawatankuasa Kecil Perniagaan Koperasi, hendaklah sentiasa mengawasi keperluan barang-barang yang hendak dibeli bagi menentukan bahawa bekalan kepada anggota-anggota tidak akan terputus. Pemeriksaan-pemeriksaan hendaklah juga sering dilakukan terhadap stok barang-barang untuk mengelakkan kesusutan kehilangan dan kemusnahan. Suatu pemeriksaan dan pengiraan stok hendaklah diadakan pada tarikh Tahun Kewangan Koperasi bagi menilai barangbarang yang ada di dalam stok. Suatu Sijil Pengesahan hendaklah disediakan mengenai pemeriksaan dan pengiraan stok ini untuk tujuan kerja-kerja pengauditan. Di dalam usaha-usaha mengawasi dan memeriksa barangbarang, jika didapati kehilangan barang-barang telah berlaku, perkara ini hendaklah disiasat oleh Jawatankuasa Kecil Perniagaan Koperasi dan laporannya di bentangkan di dalam Mesyuarat Lembaga untuk tindakan selanjutnya. Lembaga boleh juga melantik suatu jawatankuasa Kecil Khas bagi membuat penyiasatan lanjut mengenai kehilangan ini sebelum mengambil apa-apa keputusan yang muktamad. Jawatankuasa Kecil Perniagaan dan Pengurus Koperasi adalah bertanggungjawab di segi membentangkan anggaran belanjawan mengenai aktiviti perniagaan ini kepada Lembaga beserta dengan ramalan-ramalan jualan dan belian bagi tahun-tahun hadapan, bagi maksud Belanjawan Tahunan. Butir-butir perancangan bolehlah diperolehi dari perangkaanperangkaan perniagaan bagi tahun-tahun yang lalu dan kajiankajian yang dibuat melalui keperluan dan kesukaan anggotaanggota. Pengurus juga hendaklah membentangkan di dalam Mesyuarat Lembaga Laporan perniagaan dan perniagaannya bagi tiap-tiap bulan beserta dengan pandangannya dan juga cadangan-cadangannya. Lembaga hendaklah menggunakan anggaran belanjawan yang disediakan itu bagi mengawal perjalanan perniagaan koperasi ini dengan membuat penyemakkan melalui laporan perniagaan semasa yang dibentangkan di dalam mesyuarat dan membuat penilaian dan arahan mengenainya.

Kawalan Stok

23.

(2)

(3)

(4)

Perancangan Perniagaan.

24.

(1)

(2)

(3)

(4)

Pertikaian.

25

Jika berbangkit sebarang perselisihan faham di atas tafsiran aturanaturan ini atau timbul apa-apa perbalahan mengenainya, maka pertikaian itu hendaklah dirujuk kepada Ketua Pendaftar mengikut Undang-undang Kecil 79 Koperasi ini.

Aturan-aturan ini telah dibentang, dibincang dan dipersetujui diterima oleh anggota-anggota dalam Mesyuarat Agung Koperasi pada .........................................................haribulan tahun ............................................

. (Nama: ) Pengerusi

(Nama: ) Setiausaha

. (Nama: ) Anggota Lembaga

También podría gustarte