Está en la página 1de 3

alam laluan kerjaya pangkat PPPLD, Bahagian Pengurusan Sumber Manusia telah menetapkan laluan seperti berikut: 1.

Laluan naik pangkat secara hakiki di sekolah, PPD, JPN atau bahagian di KPM seperti GPK, Guru Besar dan Pengelola Gred DGA32 dan DGA34; 2. Laluan Guru Cemerlang gred DGA32, DGA34, DGA38 bertaraf KUP; 3. Laluan Time Base DGA32 (KUP); 4. Laluan Khas Ex-PPPLD DG41(KUP), DG44(KUP) untuk GPK dan Guru Besar yang sambung belajar; 5. Laluan Guru Besar Cemerlang DGA38(KUP); 6. Laluan Pengelola /Pegawai Cemerlang DGA34(KUP), DGA38(KUP). Bagaimana dengan Guru Penolong yang sambung belajar atau baru posting sebagai PPPS DG41? Mereka boleh menikmati laluan naik pangkat sebagai: 1. Laluan Guru Cemerlang DG44(KUP), DG48(KUP), DG52(KUP).Jusa Khas C; 2. Laluan Time Base DG44 (KUP), DG48 (KUP). Mereka tidak boleh menjadi Guru Besar atau GPK kerana gred DG41 mereka lebih tinggi dari gred DGA32 atau DGA34 GPK dan Guru Besar. Mereka yang telah menyandang jawatan hakiki GPK dan Guru Besar terlebih dahulu kemudian sambung belajar akan dikekalkan atas jawatan yang sama setelah dilantik DG41 dengan memakai DG41(KUP). Dari segi prinsip gred DG41 bukan gred naik pangkat tetapi mereka dikekal kerana telah menyandang jawatan itu terlebih dahulu. Maksud KUP kenaikan pangkat diberi kepada body pemunya bukan jawatannya. Jika pemegang jawatan KUP bersara pengisian jawatan menggantikannya ialah pada gred asal jawatan tersebut. Contoh seorang Guru Besar Sekolah A yang gred DG44(KUP) bersara maka calon yang akan di situ ialah mereka yang terdiri dari Guru Besar DGA34 kerana gred hakiki Guru Besar sekolah gred A ialah DGA34. Ramai guru yang sambung belajar atau posting baru tidak berpuashati kerana mereka seolah-olah tiada peluang menjadi pentadbir. Siapa kata mereka tiada peluang? Ada peluang JIKA sistem struktur naik pangkat hakiki sekolah rendah berubah. Jika KPM mengubah gred jawatan hakiki GPK dan Guru Besar ke DG44 dan DG48 bukan sahaja mereka layak tetapi semua PPPS juga layak kecuali ada sekatan guru menengah tidak boleh berpindah ke sekolah rendah. Keadaan ini kemungkinan besar akan berlaku kerana sekarang calon-calon guru yang keluar hampir tiada berstatus PPLD semuanya PPPS. Selain dari itu ramai Guru Besar dan GPK telah mengikuti program siswazah. Maka PPLD akan beransur hilang dalam sistem perguruan negara sebagai hilangnya guru Darjah 6 dan Guru kelulusan SRP. Selain dari itu sesetengah guru mendakwa kalau nak naik pangkat kena buat baik atau membina hubungan rapat dengan pegawai JPN atau PPD. Ianya seolah-olah memberi gambaran bahawa kenaikan pangkat dasarnya ditentukan oleh JPN. Mereka lupa bahawa pokok segala kelayakan naik pangkat mereka bermula dari diri mereka sendiri. Sewajarnya mereka melengkap diri mereka sendiri jika ingin menjawatan naik pangkat:-

1. 2. 3. 4. 5. 6. 7. 8. 9.

Guru mesti memohon setiap tahun. Semua jawatan naik pangkat kena pohon; Mempunyai prestasi tiga tahun yang baik; Tiada tindakan tatatertib; Telah mengistiharkan harta; Lulus Tapisan SPRM; Bebas dari peminjam tegar IPP; Lulus PTK; Diperaku oleh Ketua Jabatan; Lain keistimewaan dan kebolehan yang boleh dibuktikan.

Tugas panel JPN dalam urusan naik pangkat adalah memanjangkan iklan dari BPSM, menerima dan memproses borang dan dokumen permohonan yang lengkap, memanjangkan permohonan ke Lembaga Naik Pangkat KPM, menerima senarai yang diluluskan oleh Lembaga, menawar kepada calon dan memaklumkan kepada BPSM setuju terima / tolak dari calon. Urusan naik pangkat diurusetia oleh Unit Naik Pangkat dan Tatatertib, Sektor Khidmat Pengurusan Pembangunan manakala penawaran kepada calon sahaja dilakukan oleh Unit Penyeliaan Sekolah Rendah, Sektor Pengurusan Sekolah berdasarkan prosedur yang ditetapkan. Penempatan calon naik pangkat juga menjadi isu apa lagi calon-calon ditawarkan penempatan di luar daerah. Mereka seolah-olah lupa bahawa jawatan naik pangkat adalah untuk mengisi jawatan kosong yang ada. Lagi pun adalah tidak adil jika berlaku kekosongan dalam daerah calon baru naik pangkat hendak ditempatkan di situ sedangkan ada guru dari daerah tersebut yang semasa naik pangkat sanggup untuk keluar daerah dan bertahun-tahun sudah berada di sana. Inilah masa untuk mereka kembali berhampiran keluarga dan kampung halaman. Jawatan hakiki ini mempunyai konotasi kuasa. Justeru itu walaupun gred guru penolong DG41 tetapi Guru Besar dan GPK diberi tauliah yang memberikan mereka kuasa mengawalselia guru penolong dari gred apa sekalipun. Persoalannya adakah guru penolong Time Base DGA32(KUP) ada peluang untuk menjadi pentadbir? Jawapannya: 1. 2. 3. 4. ada jika senarai calon pemangkuan DGA29 ke DGA32 tidak mencukupi; mereka akan diperakukan jika memenuhi syarat sebagaimana di atas; tersenarai dalam kelulusan perakuan yang dikemukakan kepada BPSM/Lembaga; menerima tawaran.

Guru Penolong DGA32(KUP) Time Base juga berpeluang memohon jawatan naik pangkat DGA34 dan Guru Cemerlang. Satu perkara lagi bila menyentuh isu naik pangkat majoriti tertumpu kepada naik pangkat Laluan Hakiki untuk GPK dan Guru Besar sahaja sedangkan laluan lain seperti Guru Cemerlang terbuka luas seperti kurang diberi perhatian. Laluan naik pangkat hakiki terikat kepada kekosongan.

Sebagai contoh permohonan untuk mengisi jawatan hakiki DGA34 bagi 2010 negeri Terengganu seramai hampir 1,200 orang sedangkan kekosongan jawatan adalah lebih kurang 30 orang. Sudah tentu mereka yang terbaik sahaja akan ditawarkan. Mereka terbaik ditentukan kreteria pemarkahan sebagaimana berikut: 1. prestasi tiga tahun dengan purata maksima markah 80%; 2. ditambah 20% lain-lain kreteria seperti kursus NPQH, pengalaman, sumbangan dan lainlain merit yang pemohon sedia tahu. Dalam pemerhatian saya tidak akan ada calon yang akan dapat 100% tetapi prestasi majoriti calon boleh maintance untuk dapat 75 % hinmgga 78%. Mereka banyak gagal dalam mencapai markah 20%. Kalau prestasi dapat 78% campur 10% baru dapat 88%. Sewajarnya calon bukan sahaja menjaga prestasi tetapi juga kreteria 20% juga. Adalah menjadi harapan kami dengan penjelasan ringkas ini dapat memberi sedikit kefahaman kepada kaum guru sekolah rendah terutamanya mengenai peluang naik pangkat, proses dan unitunit yang terlibat. Cuma satu ingat kami jika tidak berminat dan tidak sanggup berganjak tidak payahlah minta naik pangkat kerana ianya seakan menutup peluang rakan-rakan yang lain. Apapun yang harus diingat pokok utama kelayakan dan keupayaan untuk naik pangkat bermula dari diri sendiriukurlah betul-betul. Dipetik daripada Laman Web Unit Pengurusan Sekolah Rendah, Jabatan Pelajaran Negeri Terengganu.
ADVERTISEMENT

También podría gustarte