Está en la página 1de 35

ANATOMI DAN FISIOLOGI Anatomi ialah kajian terhadap binaan tubuh badan, susunan organ-organ, struktur-struktur badan dan

perkaitan antara setiap struktur tersebut. Anatomi berasal daripada perkataan Yunani ana bermaksud asingkan dan tome bermaksud memotong. Fisiologi bermaksud kajian tentang fungsi struktur tubuh badan dan cara struktur tubuh badan menjalankan aktiviti-aktiviti untuk mengekalkan keseimbangan tubuh badan. Tubuh badan terdiri daripada unsurunsur dan sebatian-sebatian kimia. Sebatian-sebatian kimia ini berasal dari bahanbahan organan seperti protein, lemak dan karbohidrat, dan bahan-bahan bukan organan. Di samping itu, anatomi dan fisiologi meliputi sistem integumentari, system rangka, sistem otot, sistem saraf, sistem endokrina, sistem darah dan jantung, system limfatik dan imuniti, sistem respirasi, sistem penghadaman, pemakanan dan metabolisme serta sistem urinari. LIGAMEN KOMPONEN Ligamen HURAIAN Tisu berfiber yang menyambungkan dua atau lebih tulang atau rawan yang boleh bergerak. Ligamen berfungsi untuk mengekal dan menetapkan tulang pada kedudukannya serta membolehkan pergerakan pada sendi. CONTOH

TISU &MOLEKUL/FUNGSI SEL

Sekumpulan sel yang mempunyai bentuk dan struktur yang sama, dan melaksanakan satu fungsi tertentu sahaja dipanggil tisu (tissue). Tisu mengandungi sel-sel yang mengalami pertumbuhan, adaptasi, dan perubahan dalam sifat-sifat yang ada pada mereka untuk membolehkannya melaksanakan fungsi tertentu. Terdapat empat jenis tisu asas dalam tubuh manusia iaitu tisu epitelium (epithelial tissue), tisu penghubung (connective tissue), tisu otot (muscle tissue) dan tisu saraf (nerve tissue).

Tisue epitelium

-Terdiri daripada sel-sel epitelium yang tersusun dalam lapisan. -Bertindak untuk melindungi tisu dibawahnya.

-Tisu epitelium ditemui di dinding usus yang sama, dinding perut, pundi hempedu, dan dinding usus besar.

Tisu penghubung

- Tisu penghubung bertindak untuk menghubungkan dua tisu, melindungi, dan menyokong organ-organ dan badan. - Darah adalah contoh tisu penghubung dalam bentuk cecair.

Tisu otot

-Tisu otot adalah tisu yang ditugaskan untuk menggerakkan bahagian-bahagian badan melalui penguncupan. -Tisu otot terdapat didalam badan. -Ia dibahagikan kepada otot licin, otot rangka dan otot jantung. -Tisu ini ditemui di dalam organ-organ berongga seperti perut, usus kecil, jantung, pundi kencing, dan vena darah.

Tisu saraf

-Tisu saraf adalah sensitif terhadap rangsangan seperti sakit, panas, sejuk, sentuhan, dan tekanan. -Fungsi tisu saraf untuk menyelaraskan (coordinate) aktiviti-aktiviti badan dengan cara menghantar dan menerima impuls.

STRUKTUR KULIT Kulit adalah tipis, kalis air, tetapi juga organ kompleks yang terdiri daripada pelbagai sel tertentu. Ketebalan kulit adalah berbeza, kira-kira 0.5 mm pada permukaan lembut seperti kelopak mata, 5 mm atau lebih pada kawasan seperti tapak kaki. Organ kulit terdiri daripada tisu epitelium, tisu penghubung, tisu saraf dan tisu otot. Semua tisu ini berfungsi secara selaras untuk menjalankan tugas kulit. Lapisan kulit paling luar (epidermis)- tisu epitelium, lapisan tengah (dermis)- tisu penghubung dan kapilari darah lapisan bawah (hypodermis)- tisu otot dan tisu penghubung. Lapisan terluar epidermis (sel mati) sentiasa menggelupas dan digantikan semula. Lapisan ini tebal pada tapak kaki dan tangan manusia. Sel epitelium yang terdapat pada kulit juga mengalami pengubahsuaian menjadi kelenjar peluh yang merembeskan peluh dan kelenjar minyak yang merembes minyak.

STRUKTUR KULIT

EPIDERMIS Terdiri daripada lapisan epitelium yang berasal daripada ektoderma dan terdiri daripada sejumlah lapisan sel yang disusun dua zon jelas kelihatan: selapis zon tanduk dan selapis zon germinal. Terbentuk daripada lima lapisan:

1. Stratum Korneum 2. Stratum Lusidum 3. Stratum Granulosum 4. Stratum Spinosum 5. Stratum Basal Epidermis mempunyai lapisan berkeratin, amat tebal ditapak tangan dan tapak kaki. Memberi perlindungan terhadap penghausan yang selalu berlaku di bahagian ini. Epidermis tidak mempunyai saluran darah.Nutriennya dibekalkan melalui cecair tisu yang terdapat di lapisan dermis.

DERMIS Merupakan lapisan tebal di tengah kulit yang terdiri daripada pembuluh darah, jaringan ikat, saraf, pembuluh getah bening, kelenjar peluh dan poros rambut. Mengandungi tisu perantara yang berkembang daripada mesoderma (bahagian tengah daripada tiga lapisan primer embrio). Menyokong epidermis dan mengikatkannya pada lapisan dalam iaitu hipodermis(tisu subkutaneus). Tebal dermis ialah kira-kira 0.25 ke 2.5 mm. Dermis amat tebal di tapak tangan dan tapak kaki, tetapi nipis di kelopak mata, penis dan skrotum. Dermis terdiri daripada dua lapisan dengan sempadan yang tidak nyata di antaranya. Lapisan itu ialah : I. II. Lapisan Papilari (superfisial) Lapisan Retikular (profundus/dalam)

PAPILARI Lapisan ini lebih nipis dan terdiri daripada tisu perantara yang kendur. Mempunyai sel tisu perantara seperti fibroblas, sel mast dan makrofaj. Permukaan superfisial lapisan papilari ini mempunyai unjuran (projection) menyerupai jari yang disebut papila dermis. Papila dermis ini berselang-seli (interdigitate) dengan unjuran epidermis. RETIKULAR Lapisan lebih tebal dan terdiri daripada tisu perantara yang padat dengan susunan yang tidak sekata. Serat kolagen yang terdapat di dalamnya saling berangkai antara satu sama lain menyerupai jaring. Kedua-dua lapisan dermis ini juga mengandungi jaringan serat kenyal. Gabungan dua serat ini memberikan kekuatan, keutuhan, kebolehan untuk meregang (ekstensibiliti) dan kekenyalan (kebolehan untuk berbalik kepada bentuk asal) kepada kulit. Dermis kaya dengan jaringan saluran darah dan limfa. Di beberapa kawasan dermis darah mengalir secara langsung dari arteri ke vena melalui anastomosis arteriovena atau pintasan(shunt).

HOMEOSTASIS Homeostasis adalah satu tindakan yang dilakukan oleh organisma untuk mengekalkan kestabilan persekitaran dalaman melalui pengawalan suhu badan, peredaran oksigen dan kandungan mineral (potasium, sodium dan klorida) di dalam sel badan. Homeostasis dicapai melalui satu mekanisme yang dikenali sebagai pengawalan tindak balas negatif. Apabila keadaan tidak stabil dalam badan dikesan, maklumat ini akan dihantar kepada regulator fisiologikal. Seterusnya, regulator fisiologikal akan menyebabkan perubahan kepada fungsi badan bagi menentang atau mengatasi keadaan tidak stabil tersebut. Misalnya, apabila kita bersenam, otot akan bekerja keras dan menyebabkan bahagian otot tertentu mengalami kekurangan oksigen. Kesannya, ketegangan akan wujud dan mengakibatkan tindak balas negatif berlaku, misalnya kadar denyutan nadi dan kadar pernafasan akan meningkat. Perubahan ini akan menyebabkan oksigen dihantar ke bahagian otot yang memerlukan oksigen dan seterusnya menghapuskan ketegangan yang wujud. (a) Gangguan homeostasis Gangguan homeostasis berlaku apabila permintaan terhadap sistem tubuh badan melebihi keupayaan sel tubuh badan untuk bertindak balas bagi mengekalkan keadaan asal. Namun, sistem tubuh badan akan bertindak untuk mewujudkan keadaan yang stabil (homeostasis). Contohnya, suhu badan meningkat semasa seseorang bersenam selama 60 minit, tetapi gangguan (peningkatan suhu badan) tersebut dapat diatasi selepas 40 minit, iaitu suhu badan dikekalkan tanpa peningkatan (Power & Howley, 2001). Rajah 1.11 menunjukkan proses gangguan homeostasis.

FUNGSI TULANG Klasifikasi Tulang Terdapat pelbagai bentuk dan saiz tulang. Kepelbagaian ini membolehkan tulangtulang memenuhi keperluan khusus bagi tulang tersebut. Tulang-tulang boleh diklasifikasikan berdasarkan kepada empat bentuknya. Tulang panjang Ukuran panjang mesti melebihi ukuran lebar tulang. Berfungsi sebagai tuas untuk memudahkan pergerakan. Kebanyakkan terdiri daripada tulang mampat. Contoh:- humerus, radius, ulna, femur, tibia, fibula dan falanges Tulang pendek Ukuran panjang dan lebar tidak banyak perbezaan. Berbentuk kiub dan didapati di ruang-ruang yang tertutup serta sedikit berongga. Berfungsi untuk memindahkan daya. Contoh:- karpal dan tarsal. Tulang leper/pipih Berbentuk pipih, nipis dan melengkung. berfungsi sebagai tempat pelekatan otototot dan melindungi organ-organ di bawahnya. Contoh:- kranium, rusuk dan sternum. Tulang tak sama bentuk Tulang yang tidak boleh dikategorikan dalam tulang panjang, pendek atau leper. Berfungsi sebagai tempat perlekatan otot. Contoh:- vertebra, lumbar, sakrum dan koksiks. Struktur Tulang Struktur tulang menyediakan rangka tuas yang teguh bagi membolehkan pergerakan dalam aktiviti fizikal. Pertumbuhan tulang berlaku secara diameter dan secara memanjang. Terdiri daripada empat lapisan iaitu periosteum, tulang mampat, tulang berongga dan sum-sum tulang. Periosteum Lapisan pertama pada tulang dan mempunyai selaput luar yang nipis. Terdiri daripada osteoblas (sel pembentukan jaringan tulang). Ia menyediakan saluran darah dan saraf ke tulang. Berfungsi menghasilkan sel-sel untuk membesar secara diameter dan melindungi diafisis. Tulang mampat (diafisis) Lapisan kedua pada tulang dan mempunyai bahagian batang yang halus dan keras serta disaluti periosteum. Lapisan ini melingkari kaviti medulari yang mengandungi lemak.

Tulang berongga (epifisis) Lapisan ketiga dan terletak pada kedua-dua hujung tulang panjang. Terdiri daripada lapisan nipis tulang mampat. Sum-sum tulang Lapisan paling dalam pada struktur tulang. Berperanan menghasilkan sum-sum asal dalam tulang. PERGERAKAN Terdapat dua jenis posisi dalam pergerakan iaitu kedudukan biasa dan kedudukan anatomi. 1. Kedudukan biasa berdiri lurus atau tegak dan tangan rapat ke sisi badan. 2. Kedudukan anatomi Berdiri lurus atau tegak dan tapak tangan menghala ke hadapan.Kaki kanan dan kiri pula terbuka menghala ke luar. Jenis-jenis pergerakan 1. Pegerakan tubuh terdiri daripada empat jenis iaitu: Linear a. Pergerakan linear adalah pergerakan yang melibatkan sesaran menegak, mendatar atau melengkung pada arah dan kelajuan yang sama. Contoh, meluncur dan menggelungsur. Putaran a. Mengikut lengkuk bulatan mengelilingi satu putaran. Contoh, supinasi dan pronasi. Bersudut a. Pergerakan yang lurus tetapi masih bersudut. Pergerakan ini melibatkan b. seluruh bahagian bergerak dari satu kedudukan ke satu kedudukan lain. c. Contoh, fleksi, ekstensi, aduksi, abduksi, sirkumduksi. Khusus a. Pergerakan yang tiada had seperti fleksi-dorsi, plantar-fleksi, eversi, inverse, elevasi dan depresi.

SISTEM SARAF Sistem saraf tersusun oleh berjuta-juta sel saraf yang mempunyai bentuk bervariasi. Sistern ini meliputi sistem saraf pusat dan sistem saraf tepi. Dalam kegiatannya, saraf mempunyai hubungan kerja seperti mata rantai (berurutan) antara reseptor dan efektor. Reseptor adalah satu atau sekelompok sel saraf dan sel lainnya yang berfungsi mengenali rangsangan tertentu yang berasal dari luar atau dari dalam tubuh. Efektor adalah sel atau organ yang menghasilkan tanggapan terhadap rangsangan. Contohnya otot dan kelenjar. SEL SARAF Sistem saraf terdiri dari jutaan sel saraf (neuron). Fungsi sel saraf adalah mengirimkan pesan (impuls) yang berupa rangsang atau tanggapan.

Struktur Sel Saraf


Setiap neuron terdiri dari satu badan sel yang di dalamnya terdapat sitoplasma dan inti sel. Dari badan sel keluar dua macam serabut saraf, yaitu dendrit dan akson (neurit). Dendrit berfungsi mengirimkan impuls ke badan sel saraf, sedangkan akson berfungsi mengirimkan impuls dari badan sel ke jaringan lain. Akson biasanya sangat panjang. Sebaliknya, dendrit pendek. Setiap neuron hanya mempunyai satu akson dan minimal satu dendrit. Kedua serabut saraf ini berisi plasma sel. Pada bagian luar akson terdapat lapisan lemak disebut mielin yang merupakan kumpulan sel Schwann yang menempel pada akson. Sel Schwann adalah sel glia yang membentuk selubung lemak di seluruh serabut saraf mielin. Membran plasma sel Schwann disebut neurilemma. Fungsi mielin adalah melindungi akson dan memberi nutrisi. Bagian dari akson yang tidak terbungkus mielin disebut nodus Ranvier, yang berfungsi mempercepat penghantaran impuls. Berdasarkan struktur dan fungsinya, sel saraf dapat dibagi menjadi 3 kelompok, yaitu sel saraf sensori, sel saraf motor, dan sel saraf intermediet (asosiasi).

1. Sel saraf sensori Fungsi sel saraf sensori adalah menghantar impuls dari reseptor ke sistem saraf pusat, yaitu otak (ensefalon) dan sumsum belakang (medula spinalis). Ujung akson dari saraf sensori berhubungan dengan saraf asosiasi (intermediet). 2. Sel saraf motor Fungsi sel saraf motor adalah mengirim impuls dari sistem saraf pusat ke otot atau kelenjar yang hasilnya berupa tanggapan tubuh terhadap rangsangan. Badan sel saraf motor berada di sistem saraf pusat. Dendritnya sangat pendek berhubungan dengan akson saraf asosiasi, sedangkan aksonnya dapat sangat panjang. 3. Sel saraf intermediet Sel saraf intermediet disebut juga sel saraf asosiasi. Sel ini dapat ditemukan di dalam sistem saraf pusat dan berfungsi menghubungkan sel saraf motor dengan sel saraf sensori atau berhubungan dengan sel saraf lainnya yang ada di dalam sistem saraf pusat. Sel saraf intermediet menerima impuls dari reseptor sensori atau sel saraf asosiasi lainnya. Kelompok-kelompok serabut saraf, akson dan dendrit bergabung dalam satu selubung dan membentuk urat saraf. Sedangkan badan sel saraf berkumpul membentuk ganglion atau simpul saraf.

HORMON-ASID AMINO Sistem Endokrina Pengenalan Sistem endokrin menghasilkan sejenis bahan kimia yang dinamakan sebagai hormon. Sistem pengaliran darah bertanggungjawab untuk membawa hormon ke seluruh tubuh. Fungsi dan Ciri-ciri Hormon Hormon yang dihasilkan oleh sistem endokrin mempunyai kesan yang banyak dan berbeza-beza. Walaupun begitu, terdapat empat fungsi utama yang dilakukan oleh hormon: a. Fungsi pertama adalah menolong mengawal persekitaran dalaman dengan mengatur kandungan kimia dan isi padunya di dalam tubuh badan; b. Kedua, membantu tubuh dalam keadaan tertekan seperti semasa keadaan jangkitan, trauma, stres, pendehidratan, kebuluran, pendarahan dan perubahan suhu yang melampau; c. Ketiga, memainkan peranan dalam pertumbuhan dan perkembangan tubuh; dan d. Keempat, memainkan peranan dalam pembentukan gamet, persenyawaan, pemakanan kepada embrio dan fetus, proses bersalin dan pemakanan kepada anak yang baru lahir.

Hormon-hormon yang dirembeskan pada tisu perantara bertindak ke atas sel-sel sasaran di merata tubuh. Sistem endokrin mempunyai kesan yang perlahan tetapi berpanjangan dan lebih merata. Sel-sel sistem endokrin bertugas dengan mensintesis dan merembeskan hormon. Kelenjar endokrin terbina apabila sel-sel endokrin berkumpul. Hasil yang didapati dari kelenjar endokrin akan dirembeskan terus ke dalam tisu perantara. Kelenjarkelenjar endokrin yang terdapat di dalam sistem tubuh terdiri daripada kelenjar pituitari, tiroid, paratiroid, adrenal, pineal dan timus. Terdapat juga sel endokrin yang berkumpul di dalam organ tubuh badan seperti pankreas, ovari, testis, ginjal, hepar, trek gastrousus, plasenta dan otot jantung.

Tindakan hormon

ASID AMINO Apa itu asid amino ? Asid amino adalah unit terkecil dari protein dan boleh ditakrifkan sebagai suatu molekul organik yang terdiri daripada asid karboksilik amina dan kumpulan-kumpulan berfungsi asid amino terdiri daripada nitrogen, karbon, oksigen, dan hidrogen molekul. Asid amino perlu, juga disebut mengehadkan asid amino, asid amino yang tidak boleh dihasilkan dalam tubuh kita dan harus diperolehi daripada sumber makanan. Terdapat 8 asid amino utama. Fungsi asid amino

Asid amino merupakan komponen utama dalam pelbagai metabolisma. Walaupun ia terdiri daripada pelbagai jenis metabolisma tetapi dikategorikan sebagai fungsi daripada asid amino kerana ia merupakan sebahagian daripada pusat kompleks dan sistem biologi

Fungsi dan penggunaan asid amino lain bergantung pada asid-asid amino, unsurunsur mineral, karbohidrat dan asid lemak dan mempunyai kesan tidak langsung yang dimanifestasikan dalam pelbagai metabolisma.

Terdapat 7 asid amino utama : a) Tryptophan Diperlukan untuk sintesis neurotransmitter serotonin. Ini membantu meringankan migrain dan kemurungan. (Makanan sumber triptofan) b) Valine

Penting untuk pembinaan otot. Kesan sampingan kandungan valine dalam tubuh termasuk halusinasi. kelebihan valine pertumbuhan normal, memperbaiki rangkaian, mengatur kandungan gula darah, dan memberikan tenaga kepada tubuh.

Valin membantu merangsang sistem saraf pusat, dan diperlukan untuk fungsi mental yang normal

c) Isoleucine Diperlukan untuk sintesis hemoglobin, unsur utama sel darah merah. d) Leucine Bermanfaat untuk kulit, tulang dan rangkaian penyembuhan luka. Ini mendorong hormon pertumbuhan sintesis. e) Lysine diperlukan untuk pertumbuhan dan perkembangan tulang pada anak-anak, membantu dalam penyerapan kalsium dan menjaga keseimbangan nitrogen yang penting dalam tubuh, menghasilkan antibodi, hormon, enzim, pembentukan kolagen serta pembaikan rangkaian. Lisin juga membantu tubuh menyerap kalsium, dan memainkan peranan penting dalam pembentukan kolagen, suatu zat yang penting untuk tulang dan rangkaian, termasuk kulit, tendon, dan tulang rawan f) Methionine Merupakan antioksidan. Ini membantu dalam pemecahan lemak dan membantu mengurangkan degenerasi otot. Ini juga baik untuk kesihatan kulit dan kuku. g) Phenylalanine Bermanfaat bagi kesihatan sistem saraf. Ia meningkatkan memori, mengurangkan kemurungan dan meningkatkan nafsu makan.

FUNGSI DARAH Sistem pengangkutan Pengangkutan air yang merupakan pelarut dan bahantara utama untuk tindak balas kimia berlaku. Pengangkutan hasil daripada pencernaan. Pengangkutan hormon dari kelenjar yang merembeskannya ke organ sasaran. Pengangkutan gas terlarut seperti oksigen dan karbon dioksida. Pengangkutan bahan kumuh seperti urea,asid urik dan karbon dioksida. Sistem homeostasis pengekalan ciri-ciri fizikal dan kimia tubuh dlm keadaan yg seimbang tanpa dipengaruhi oleh perubahan sekitaran. Mengawalatur haba tubuh dengan mengangkut haba ke kulit dan bahagianbahagian lain badan untuk dibuang. Plasma darah memelihara keseimbangan tekanan osmosis dalam dan luar sel Memelihara kestabilan pH. System pertahanan Terdapat tiga cara : Proses fagositosis: proses penelanan &pencernaan bakteria. Penghasilan antibodi : Memelihara tubuh semasa serangan kuman yang menyebabkan penyakit dengan cara : (a) menyelaput bakteria & memudahkan fagosit menelannya. (b) melarutkan lapisan luar bakteria. (c )Meneutralkan toksin yg dihasilkan oleh bakteria. (d) Membalut bakteria & menjadikannya tidak aktif. Sel pembeku dan fibrinogen : mempalamkan tempat yang luka dan mencegah tumpah darah. Fungsi lain darah Darah juga memberi warna normal kepada tubuh dan pemecahan sel darah merah mengeluarkan bahan pewarna yang mewarnakan hempedu, najis & air kencing.

INJAP yg terdapat dalam JANTUNG

SISTEM LIMFATIK Sistem limfatik adalah suatu sistem sirkulasi sekunder yang berfungsi mengalirkan limfa atau getah bening di dalam tubuh. Sistem limfa merupakan satu lagi jenis sistem peredaran yang berfungsi sebagai pelengkap kepada sistem peredaran darah. Sistem limfa merupakan sistem pengangkutan dalam badan yang membantu sistem peredaran darah dari segi pengangkutan dan pertahanan badan. Sistem limfa terdiri daripada satu sistem salur halus yang bercabang cabang yang disebut kapilari limfa,serta organ organ berkaitan seperti nodus limfa,limpa ,kelebjar timus dan tonsil. Kapilari limfa akan bersambung dengana salur yang lebih besar disebut salur limfa. Dinding kapilari limfa terdiri daripada satu lapisan sel. Dinding kapilari limfa mempunyai liang-liang seni yang menjadikan kapilari limfa telap kepada cecair intersis. Saluran Limfatik (kapilari dan injap) Kapilari limfa berbeza daripada kapilari darah kerana salah satu hujungnya adalah buntu atau tertutup sementara hujung yang satu lagi dihubungkan kepada salur limfa. Di sepanjang salur limfa terdapat nodus limfa pada jarak tertentu. Nodus limfa banyak terdapat di perut, leher, dada dan ketiak. Nodus limfa berfungsi menghasilkan limfosit yang terlibat dalam penghasilan antibodi. Cecair intersis berwarna kuning pucat yang meresap masuk ke dalam kapilari limfa dan salur limfa disebut limfa. Di sepanjang salur limfa terdapat injap untuk memastikan limfa mengalir dalam satu arah sahaja. Apabila satu bahagian salur di antara dua injap dipenuhi dengan limfa ,dinding salur limfa akan mengecut dan menolak limfa ke hadapan menyebabkan injap terbuka dan limfa mengalir ke dalam bahagian salur limfa yang berikutnya. Injap kemudian tertutup untuk menghalang pengaliran limfa kebelakang. Limfa (bukan limpa) berasal dari plasma darah yang keluar dari sistem kardiovaskular ke dalam jaringan sekitarnya. Cairan ini kemudian dikumpulkan oleh sistem limfa melalui proses difusi ke dalam kelenjar limfa dan dikembalikan ke dalam sistem sirkulasi.

SISTEM RESPIRASI Jenis-jenis Respirasi Dalam fisiologi pernafasan, terdapat dua jenis pernafasan. Jenis pertama adalah pernafasan melalui paru-paru atau pernafasan eksternal. Jenis yang kedua pula adalah pernafasan tisu atau pernafasan internal. Pernafasan Eksternal Pertukaran oksigen dan karbon dioksida adalah berlaku di paru-paru. Semasa bernafas, oksigen akan disalurkan melalui hidung dan mulut. Oksigen ini akan melalui trakea dan tiub bronkial ke alveoli. Proses ini mempunyai kaitan rapat dengan darah dalam kapilari pulmonari. Membran alveolar-kapilari merupakan satu-satunya lapisan yang memisahkan oksigen dari darah. Bagaimanakah membran ini memisahkan oksigen dari darah? Oksigen akan menembusi membran ini dan hemoglobin sel darah merah akan membawa oksigen tersebut ke jantung. Kemudian, darah akan dipam ke seluruh tubuh melalui arteri. Pada keadaan ini, darah yang keluar dari paru-paru mempunyai tekanan oksigen 100mmHg. Pada ketika ini juga, bacaan hemoglobin adalah 95% tepu oksigen. Karbon dioksida yang terhasil akan menembusi aveolar-kapilari dari kapilari darah, kemudian melalui tiub bronkial dan trakea seterusnya dihembus keluar melalui hidung dan mulut. Pernafasan eksternal mempunyai empat proses. Proses-proses tersebut adalah: I. II. III. IV. Ventilasi pulmonari menggantikan udara dalam alveoli dengan udara luar; Aliran darah melalui paru-paru; Pengagihan aliran udara dan aliran darah sedemikian sehingga jumlah tepat dari setiapnya dapat sampai ke semua bahagian tubuh; dan Penggabungan gas yang menembusi membran pemisah alveolar kapilari. Karbon dioksida lebih mudah bergabung dengan darah berbanding oksigen. Semasa melakukan aktiviti senaman, darah yang datang ke paru-paru mengandungi lebih banyak karbon dioksida berbanding oksigen. Justeru itu, karbon dioksida itu tidak dapat dikumuhkan, maka pengecutan dalam arteri darah bertambah. Hal ini akan merangsang pusat pernafasan dalam otak untuk mempercepat dan memperdalamkan pernafasan. Dengan ini, karbon dioksida dapat dikumuh dan paruparu dapat mengambil oksigen dengan lebih banyak.

Pernafasan Internal Pernafasan internal berlaku pada semua tisu tubuh. Darah yang sampai di kapilari bergerak dengan lambat. Darah tersebut juga hemoglobinnya tepu dengan oksigen. Pengoksigenan akan berlaku apabila sel tisu mengambil oksigen dari hemoglobin dan hasilnya adalah karbon dioksida.

Mekanisme pernafasan Mekanisme pernafasan melibatkan dua proses fizikal, iaitu tarikan nafas (inspirasi) dan hembusan nafas (ekspirasi). Mekanisme pernafasan melibatkan otot-otot interkosta (luar dan dalam) dan otot diafragma. Perubahan yang berlaku semasa mekanisme tarikan dan hembusan nafas ditunjukkan dalam jadual di bawah. Apabila kita menarik nafas, otot diafragma akan menguncup sekali gus menjadikan ruang toraks lebih luas. Pada masa ini, juga paru-paru akan mengembung dan menjadikan tekanan udara dalam paru-paru berkurangan. Akibat daripada tindakan itu, udara akan disedut masuk melalui salur udara ke dalam paru-paru.

Semasa menghembus nafas, ruang dada menjadi lebih kecil. Ini berlaku kerana otot diafragma naik ke atas dan tulang rusuk ditarik ke bawah oleh otot interkosta dalam. Tekan udara menjadi lebih tinggi di dalam paru-paru dan ini menyebabkan udara berasak keluar dari paru-paru. Terdapat beberapa gerakan pernafasan yang dianggap istimewa kerana ia berbeza daripada gerakan pernafasan biasa. Ia berlaku pada keadaan; I. II. III. Mengeluh dan menguap gerakan menarik nafas yang panjang. Batuk dan bersin gerakan menghembus nafas yang terpaksa. Tersedu gerakan menarik nafas dengan mengejut kerana sentakan otot diafragma. Bunyi tersedu terjadi kerana udara dihirup dengan segera melalui pita suara. Kawalan Pernafasan Dalam sehari kita menarik dan menghembus nafas tanpa henti. Pada setiap satu minit, orang dewasa melakukan gerakan pernafasan sebanyak 16 hingga 18 kali. Ada dua faktor yang mengawal pernafasan iaitu kawalan saraf dan kawalan kimia. Kawalan saraf Sistem saraf mengawal gerakan pernafasan menjadikannya gerakan otomatik. Namun begitu manusia boleh mengawal gerakan pernafasan dengan kuasa kawalan pada jangka masa yang pendek sahaja. Pusat kawalan pernafasan yang terletak di medula oblongata bertanggungjawab menjadikan gerakan pernafasan menjadi gerakan otomatik. Di pusat inilah utusan saraf mengalir melalui gentian-gentian saraf khas dan sampai ke otot diafragma dan ke lain-lain otot pernafasan. Kawalan kimia Kepekaan pusat kawalan pernafasan terhadap kehadiran karbon dioksida dalam darah adalah sangat tinggi. Pusat kawalan pernafasan akan terangsang apabila penghasilan karbon dioksida bertambah. Ini akan menyebabkan pengaliran utusan pernafasan ke otot-otot pernafasan untuk mempercepatkan dan memanjangkan gerakan pernafasan untuk menyingkirkan karbon dioksida. Secara amnya boleh dikatakan bahawa pusat kawalan pernafasan mengawal atur jumlah karbon dioksida di dalam darah serta menentukan bilangan dan panjangnya sesuatu pernafasan.

ENZIM

1. Dalam kehidupan harian, enzim digunakan dalam keadaan berikut:


Enzim

Kegunaan Untuk menghilangkan kanji dalam buah-buahan dan koko semasa pemprosesan jus buah-buahan dan coklat. Ditambah dalam proses pencairan kanji sebelum penambahan malt dalam industri alkohol.

Amilase

Menguraikan lemak dalam makanan seperti daging. Bertindak balas terhadap lemak susu dalam penyediaan keju. Penyediaan pelembut daging bagi melembutkan daging yang liat supaya mudah dikunyah. Membantu menanggalkan kulit ikan dalam industri pengetinan ikan. Melembutkan sayur-sayuran dengan mencernakan sebahagian selulosa sayur itu. Mengeluarkan kulit daripada bijirin seperti gandum. Mengasingkan agar-agar daripada rumpai laut dengan menguraikan dinding sel daun rumpai dan membebaskan agar-agar yang terkandung dalamnya.

Lipase

Protease

Selulase

Terdapat dalam yis dan digunakan dengan meluas dalam penyediaan minuman beralkohol seperti bir dan wain.

Zimase

SISTEM TENAGA Definisi dan ukuran tenaga Tenaga bermaksud kebolehan membuat kerja. Makanan yang dimakan akan membebaskan tenaga kimia untuk menghasilkan daya. Kerja = daya x jarak Kuasa = tenaga/masa Unit tenaga ialah kilokalori (kcal/C). System tenaga dalam badan Sistem tenaga dalam badan meningkat apabila simpanan ATP dan PCr cukup dalam badan. Tenaga yang disimpan boleh digunakan serta-merta. Ia mudah habis dalam masa beberapa saat sahaja. ATP terbentuk daripada karbohidrat, lemak dan protein dalam badan. Sistem tenaga Terdapat 3 jenis sistem tenaga iaitu: Sistem Anaerobik alaktik (ATP-PCr) Sistem Anaerobik Laktik (Glikolisis) Sistem Aerobik System anaerobic alaktik Sistem penjana tenaga paling ringkas dan tanpa oksigen Sistem ini paling cepat membekalkan tenaga Dikenali sebagai sistem fosfagen kerana terdapat fosfokreatin dalam sel otot Tenaga ATP boleh digunakan dalam masa 10 saat Contoh: 100 meter. System anaerobic laktik Tenaga terhasil daripada pemecahan glukosa Glukosa diperolehi daripada penguraian karbohidrat atau glikogen ATP yang terhasil adalah terhad, jangka masa penggunaan 1-3 minit. Contoh: 200m dan 400m.

System aerobik Tenaga terhasil daripada karbohidrat dan lemak dan dicerna menjadi glukosa atau glikogen Glikogen tersimpan dalam hati atau otot. Lemak tersimpan dalam otot dan tisu. Perlukan oksigen untuk menghasilkan tenaga ATP dihasilkan dalam jumlah yang banyak, melebihi 3 minit. Contoh: 1500m, 3000m dan marathon. SISTEM URINARI Tugas terpenting sistem urinari adalah mengeluarkan bahan buangan dan membantu badan mengekalkan hemeostasis. Hemeostasis dapat dikekalkan dengan mengawal kandungan dan isi padu darah. Sistem urinari mengekalkan hemeostasis dengan mengeluarkan atau menyimpan isi padu air dan bahan larutan terpilih. Homeostasis is a state of balance in the body. Organ-organ di dalam sistem urinari ialah dua ginjal, dua ureter, satu pundi kencing dan satu uretra. Ginjal 1. Ginjal/ Buah Pinggang diselaputi oleh tiga lapisan tisu: Pertama, lapisan dalam adalah renal atau kapsul sebenar yng terdiri daripada membrane berserat nipis. 2. Kedua, lapisan yang dikenali sebagai fasia renal atau kapsul palsu terdiri daripada tisu perantara padat. 3. Ketiga, lapisan berlemak yang terletak di antara lapisan dalam dan lapisan luar yang dikenali sebagai lemak perineral. 4. Terletak di setiap sisi kolum vertebra, berwarna kemerahan dan berbentuk seperti biji kacang hijau. 5. Berukuran 10-12cm panjang, 5-7cm lebar dan 2.5cm tebal dan seberat kira-kira 140gram bagi orang dewasa 6. Sempadan luarnya berbentuk cembung dan mempunyai pembukaan di tengahnya yang disebut sebagai hilum. 7. Hilum merupakan pintu masuk dan keluar pembuluh-pembuluh ginjal. 8. Ginjal kanan adalah lebih pendek dan lebih tebal daripada ginjal kiri.

System urinary ureter Juga dipanggil sebagai salur ginjal. Ureter merupakan tiub yang keluar dari setiap ginjal. Tugas ureter adalah membawa urin ke pundi kencing. Terdiri daripada tiub berotot dan mempunyai panjang kira-kira 25cm panjang. Dua bahagian ureter: 1. Corong/pelvis ginjal. Bahagian atas yang kembang bentuk seperti mangkuk dan dinamakan kaliks. 2. Salur buah pinggang. Mempunyai panjang lebih kurang 25.4cm. Ia bermula dari hadapan otot belakang abdomen terus ke ruang pelvis benar dan berakhir di permukaan belakang pundi kencing. Tisu-tisu yang terdapat pada ureter adalah: a) Tisu berfiber lapisan bahagian luar b) Tisu otot bebas lapisan tengah, gerakan peristalsis bertanggungjawab mengalirkan urin dari ginjal ke pundi kencing. c) Tisu epitelium peralihan lapisan dalam ureter berfungsi untuk melindunginya daripada asid urik. System urinary pundi kencing Organ yang berotot dan berongga. Berfungsi untuk menakung air kencing. Ianya berbentuk bulat apabila penuh dan berbentuk leper berlipat-lipat apabila kosong. Mempunyai apeks, dasar dan tiga dinding. Ruang dalam pundi kencing berbentuk segi tiga dan disebut sebagai trigon. Dasar segi tiga menghala ke atas, manakala bahagian puncaknya menghala ke bawah. Trigon mempunyai banyak hujung saraf deria dan sangat peka terhadap perubahan isi padu urin dalam pundi kencing. Otot pundi kencing terdiri daripada otot licin dan bersifat tidak voluntari. Lapisan dalamnya adalah kalis air, terbina daripada membran mukus jenis epitelium peralihan. Urin akan disimpan untuk sementara waktu sahaja sehingga ia dikeluarkan melalui uretra. Sebanyak 1 liter urin boleh ditakung oleh pundi kencing.

Keadaan luar biasa boleh menakung 3 liter urin. Keadaan normal, apabila menakung 6-10 liter urin, perasaan hendak kencing akan timbul. System urinary uretra

Berfungsi untuk membawa keluar urin dari pundi kencing pada waktu yang sesuai. Ukuran panjang uretra wanita adalah 4cm panjang. Uretra wanita tidak mempunyai prostat dan bahagian spongiosa. Panjang uretra lelaki pula berukuran 20cm panjang. Terdapat tiga bahagian pada uretra lelaki.

Bahagian uretra lelaki

Bahagian prostat mengelilingi uretra, otot pencerut uretra juga terletak di sini; Bahagian membranus uretra yang berlanjutan daripada prostat; dan Bahagian spongiosa bahagian yang terdapat pada zakar

TULANG BELAKANG 1. Tulang belakang (vertebrae) 2. ber fungsi menyangga berat tubuh. 3. Tulang belakang memungkinkan manusia melakukan berbagai macam posisi dan gerakan, misalnya berdiri, duduk atau berlari. 4. Tulang belakang terdiri dari beberapa bahagian

NEURON Sistem saraf terdiri daripada jutaan sel saraf (neuron). Setiap neuron terdiri dari satu badan sel yang di dalamnya terdapat sitoplasma dan nukleus. Dari badan sel keluar dua macam serabut saraf, iaitu dendrit dan akson (neurit). Dendrit : mengirimkan impuls ke badan sel saraf. Akson : mengirimkan impuls dari badan sel ke jaringan lain.

SISTEM ENDOKRIN KELENJAR ENDOKRIN Organ yang menghasilkan dan merembeskan hormon terus ke salur peredaran darah.

PERANAN GINJAL Buah pinggang atau ginjal merupakan organ rumit yang memiliki pelbagai peranan biologi. Peranan utamanya adalah bagi mengekalkan imbangan homeostatik cecair badan dengan penapisan dan penyingkiran metabolit (seperti urea) dan galian dari darahdan menyingkirkannya, bersama air, sebagai kencing. Oleh kerana buah pinggang bersedia untuk mengesan kepekatan ion sepertisodium, potasium, hidrogen, oksigen, dan sebatian seperti asid amino, kreatinina, bikarbonat, dan glukos dalam plasma ia merupakan pengawal penting bagi tekanan darah, metabolite glukos, dan eritropoiesis (poiesis - di mana sel darah merah (eritrosit) dihasilkan). Bidang perubatan yang mengkaji buah pinggang dan penyakit buah pinggang dikenali sebagai nefrologi.[1] Awalan nefro- bererti buah pinggang dari perkataan Yunani nephros (); tambahan renal bererti berkait dengan buah pinggang dari perkataan Latin rns, bererti buah pinggang.[2] Fungsi Buah Pinggang (Ginjal) Penapisan darah Darah memasuki buah pinggang melalui arteri renal dalam sinus renal. Ia berpecah kepada arteri bahagian (segmental arteries), yang kemudiannya berpecah lebih lanjut kepada arteri interlobar menembusi kapsul renal dan merentasi melalui kolum renal melalui piramid renal. Arteri interlobar kemudiannya membekalkan darah kepada arteri arcuate yang merentasi sempadan cortex dan medula. Each arteri arcuate membekalkan pelbagai arteri interlobar tambahan yang memuatkan ke dalam afferent arterioles untuk ditapis melalui nephron. Selepas penapisan berlaku darah bergerak melalui jaringan venules halus yang bertemu pada interlobar veins. Sebagaimana pengagihan arteriole, pengagihan urat menurut pola yang sama, interlobar membekalkan darah pada urat arcuate kemudian kembali kepada urat interlobar yang kemudiannya membentuk urat renal keluar dari buah pinggang. Penapisan darah berlaku dalam nefron, yang terdapat dalam buah pinggang. Penyingkiran bahan kumuhan Buah pinggang menyingkirkan pelbagai bahan perkumuhan yang dihasilkan melalui metabolisme, termasuk sisa bernitrogen: urea (dari katabolism protein) dan asid urik (daripada metabolik asid nukleik) dan air.

Homeostasis Buah pinggang merupakan salah satu dari organ utama terbabit dalam homeostasis keseluruhan tubuh. Antara fungsi homeostatiknya termasuk mengimbangi bes-asid, mengawal kepekatan elektrolit, mengawal isipadu darah, dan mengawal tekanan darah. Buah pinggang melaksanakan fungsi homeostatik ini secara bebas dan melalui koordinasi dengan organ lain, terutama bersama dengan sistem endokrin. Buah pinggang berhubung dengan organ ini melalui hormon yang dirembes ke dalam aliran darah. Mengimbangi bes-asid Buah pinggang mengawal tahap pH darah dengan menyesuai aras ion H+, dirujuk sebagai penguat kepekatan ion galian, termasuk juga komposisi air dalam darah. Tekanan darah Ion sodium dikawal dalam proses homeostatik yang membabitkan aldosteron yang meningkatkan penyerapan semula ion sodium dalam (distal convoluted tubules). Isipadu plasma Sebarang peningkatan atau penurunan dalam osmolaliti plasma dikesan oleh hipotalamus, yang berhubung secara langsung dengan kelenjar pituitari posterior. Peningkatan dalam osmolaliti menyebabkan kelenjar merembes hormon antidiuretik, menyebabkan penyerapan air oleh buah pinggang dan peningkatan pada kepekatan kencing. Kedua faktor bekerjasama bagi memulih osmolaliti plasma kepada tahap normal. Rembesan hormon Buah pinggang merembes pelbagai hormon. Eritropoietin dibebaskan sebagai tindak balas kepada tahap O2 rendah dalam kitaran renal (kencing). Ia merangsang penghasilaneritrosit dalam sum-sum tulang merah. Renin terbabit dalam pengawalan rembesan aldosteron melalui sistem renin-angiotensin-aldosteron. Calcitriol, bentuk aktif bagi vitamin D, merangsang penyerapan Ca2+ dari darah dan penyingkiran PO32-. Kesemua membantu peningkatan aras Ca2+.

También podría gustarte