Está en la página 1de 19

BAHASA

Masalah bahasa dan komunikasi Masalah bahasa ialah kelemahan lisan dan tulisan. Ia juga melibatkan kelemahan dalam bentuk bahasa, kandungan bahasa dan pragmatik bahasa. Komunikasi ialah proses penyampaian atau pemindahan mesej dari seorang kepada yang lain. Ia juga adalah proses mewujudkan kefahaman orang lain mengenai mesej yang disampaikan dan kedua-duanya mempunyai kefahaman yang dikongsi bersama. Komunikasi normal biasanya bergantung kepada pertuturan dan bahasa. Pertuturan ialah kemampuan mengeluarkan bunyi-bunyi yang difahami seperti perkataan dan ayat. Bahasa pula merupakan apa yang orang lain nyatakan dan kemampuan menggambarkan dalam pemikiran bentuk simbolik seperti perkataan ataupun pergerakan yang mewakili perkataan. Masalah komunikasi mungkin berpunca dariada masalah pertuturan, masalah bahasa ataupun keduanya sekali.
Pertuturan ialah gabungan bunyi-bunyi bahasa yang dilafazkan atau dihasilkan oleh alat-alat artikulasi dan dapat diungkapkan dengan sempurna. Ia berlaku pada peringkat penglahiran atau produktif level. Ia berlaku setelah si penutur dapat mendengar dan memahami dengan baik apa yang diperdengarkan. Individu lebih banyak bertutur melalui pengalaman daripada kecergasan otak

Kemahiran bertutur merujuk kepada keupayaan pelajar menyampaikan maklumat, pendapat, perasaan, serta idea yang kritis dan kreatif secara lisan dengan sebutan dan intonasi yang betul secara sopan. Penekanan diberikan pada keyakinan pelajar untuk bertutur serta penggunaan pengucapan yang menggunakan tatabahasa yang sesuai. Namun begitu, murid berkeperluan khas mengalami masalah bahasa. Masalah pertuturan yang dialami oleh kanak-kanak memberi kesan terhadap bunyi yang dikeluarkan. Perbezaan cara kanak-kanak bercakap menjadi suatu masalah apabila pertuturannya tidak dapat difahami oleh orang lain yang mendengar. Kanak-kanak yang mengalami masalah pertuturan ini juga mengalami masalah lain seperti sumbing, palsi serebrum, dyspraxia dan masalah pendengaran. Antara ciri-ciri kecacatan ini ialah : 1. Lewat dalam kemampuan mengeluarkan bunyi da menggunakan bunyi dalam perkataan disebabkan masalah artikulasi ataupun fonologi. 2. Mempunyai suara yang kasar. 3. Tiada bunyi yang keluar apabila kanak-kanak cuba bercakap. 4. Bunyi sengaun ataupun bunyi dengungan walaupun kanak-kanak tidak menghadapi penyakit lain. 5. Gagap iaitu kanak-kanak mengulang perkataan yang sama beberapa kali. Kanak-kanak yang mengalami masalah pertuturan tidak mampu menyatakan keperluan, kehendak dan perassan mereka kepada orang lain. Hal ini seterusnya menjejaskan pembelajaran dan interaksi mereka dengan orang lain. Apabila orang sekeliling tidak tidak memahami apa yang mereka sampaikan, mereka akan merasa kecewa seterusnya menunjukkan tingkah laku yang agresif. Biasanya kanak-kanak yang mengalami masalah pertuturan mengalami masalah dalam bersosial kerana diabaikan rakan-rakan yang lain kerana tidak faham apa yang mereka tuturkan. Keadaan ini seterusnya membuatkan perkembangan bahasa kanak-kanak lambat terutamanya dalam kemahiran interaksi sosial kerana peluang untuk mereka berinteraksi terhad.

Masalah perkembangan bahasa pula mungkin terjadi dalam bahasa reseptif iaitu kemampuan memahami dan mengingat apa yang dikatakan oleh orang lain atau dalam bahasa ekspresif iaitu kemampuan untuk menyatakan idea dalam perkataan ataupun simbol. Masalah dalam aspek bahasa terbahagi kepada dua iaitu : 1. Perkembangan lambat: melibatkan kemahiran berbahasa yang berkembang dalam kadar yang lambat tetapi dalam urutan normal bagi aspek bahasa seperti pembentukan perkataan, ayat dan perbualan. Keadaan persekitaran rumah yang tidak menyumbang kepada masalah perkembangan bahasa meruapakan salah satu faktor lewat perkembangan bahasa. 2. Kecacatan bahasa. Ia dapat dikesan semasa aktivti pengajaran dijalankan. Kanak-kank ini dapat dikesan dengan tanda-tanda seperti ayat yang digunakan tidak berkaitan dengan perbualan misalnya memberi jawapan yang tidak sesuai dengan soalan. Mereka juga tidak menggunakan tatabahasa yang tidak tepat, sukar mengingat sesuatu nama dan percakapan mereka terganggu kerana tidak mengetahui perkataan untuk disebut.
Autism 1. Autism ialah gangguan pertumbuhan tumbesar seseorang dalam jangka masa panjang yang memberi kesan dalam pemikiran kanakkanak dan dalam proses informasi. Ia berlaku kepada kanak-kanak di antara 1-2 orang dalam 1000 dan ia terjadi 4 kali lebih kerap di kalangan kanak-kanak laki-laki. Gejala gejala ini selalunya berlaku sebelum kanak- kanak itu berumur 3 tahun tetapi ianya belum pasti lagi. 2. Penyebab utama autism ialah : *Komunikasi *Tindak balas sosial *Tingkah laku yang berulang dari segi minat dan aktiviti 3. Autism adalah salah satu bahagian dalam gangguan yang dipanggil Pervasive Developmental Disorders. dan satu lagi gangguan dari kumpulan ini ialah 'Asperger's Syndrome di mana pertuturan kanak-kanak dan kemahiran kognitif boleh jadi normal. Sebab-sebab Autism tidak diketahui tetapi kemungkinan berpunca dari faktor keturunan atau ketidakseimbangan kimia di dalam otak. Terencat akal boleh berlaku dalam 75% kanak-kanak autism. Tanda dan gejala Tanda dan gejala berlaku disebabkan oleh 3 faktor utama : 1. Komunikasi - Lambat, tidak normal atau tidak boleh bertutur - Bahasa tanpa lisan yang tidak normal ; contoh, kurang pergerakan anggota badan. - Kurang cerdas semasa bermain - Kurang upaya bergaul atau berbincang dengan orang lain 2. Tindak balas sosial - Hilang tumpuan dan kurang mimik muka - Tiada kesedaran perasaan terhadap orang lain Suka bersendirian tanpa berkongsi pengalaman dengan orang lain - Suka bermain sendirian 3. Tingkah laku yang berulang dari segi minat dan aktiviti - Menggerakkan anggota badan berulang kali seperti bertepuk tangan, menggoyangkan badan ke hadapan dan belakang, menganguk

kepala - Menumpukan perhatian kepada satu objek sahaja seperti tayar kereta mainan - Tertekan ke atas perubahan kecil yang berlaku dalam persekitaran - Hanya berminat terhadap satu atau dua perkara sahaja. Komplikasi Seseorang yang menghidap autism akan mendapat gejala yang berlainan mengikut umur masing-masing. a) Peringkat awal kanak-kanak Hiperaktif, panas baran b) Peringkat akhir kanak-kanak - suka menyerang, mencederakan diri sendiri c) Peringkat remaja dan dewasa kemurungan dan epilepsi Rawatan a) Beberapa orang yang pakar dalam bidang ini diperlukan untuk : - Membaiki kemahiran sosial - Menggalakkan lebih ramai masyarakat mengenal pasti kelakuan mereka Menambah baikkan komunikasi verbal dan non verbal - Membantu keluarga mengendalikan masalah ini dengan jayanya. b) Tiada ubat yang dapat menyembuhkan autism tetapi ada beberapa jenis ubat yang dapat mengawal gejala-gejala yang timbul disebabkan autism seperti: Kelakuan ganas - Hiperaktif - Kebimbangan yang mungkin timbul Rehabilitasi Beberapa pencegahan termasuk : 1. Terapi pertuturan dan bahasa - Untuk memperbaiki komunikasi di kalangan kanak-kanak 2. Cara pulih kerja ( occupational therapy ) - Untuk menambahbaikkan kemahiran kemasyarakatan seperti : eye contact, Pemerhatian dan tumpuan serta membantu kanak-kanak menjalankan aktiviti harian. - berbagai rangsangan pancaindera / deria 3. Pencegahan tingkah laku ( behaviour intervention ) - Untuk menurunkan panas baran dan tingkah laku yang ganas 4. Pendidikan khas - kanak-kanak autistic perlu berdaftar dengan Jabatan Pendidikan Khas, Kementerian Pelajaran supaya keperluan pendidikan mereka dapat diberi. Borang pendaftaran boleh diperoleh di Jabatan Pendidikan atau di sekolah. Terdapat juga pertubuhan bukan kerajaan yang dapat memberikan pendidikan kepada kanak-kanak autism seperti National Autistic Society of Malaysia ( NASOM ) 5. Pendaftaran Kurang upaya ( Disability registration ) Kanak-kanak Autism boleh berdaftar dengan Jabatan Kebajikan Masyarakat dengan mendapatkan borangborang di Jabatan Kebajikan Masyarakat yang berhampiran

Terencat Akal Kerencatan akal merujuk kepada kecerdasan akal di bawah kecerdasan purata ( American Assiciation On Mental Retardation ( AAMD ) , 1973 ). Mereka yang menunjukkan kelambatan dalam perkembangan mental. Mereka sukar mempelajari kemahiran dan konsep, mengingati mata pelajaran dan menggunakan maklumat bagi menyelesaikan masalah. Mereka juga sukar menurut arahan dan tidak berupaya memilih aktiviti secara sendirian dan mempunyai kecenderungan meniru daripada mencipta sesuatu. Koordinasi mata dan tangan mereka tidak sempurna dan mereka mempelajari bahasa atau sesuatu kemahiran dengan perlahan. Tingkah laku yang terencat akal seperti kanak-kanak yang berumur separuh daripada umur mereka. Mereka mempunyai skor IQ antara 70 ataupun lebih rendah. Antara imej yang sering diperkaitkan ialah Sindrom Down dan mereka dapat dibezakan secara fizikal dan biologi sebanyak 25%. Meraka boleh hidup berdikari dan progaram komprehensif berbentuk kemahiran vokasional dan sosial dapat membantu menjadikan individu lembam sebagai individu yang produktif.

masalah pendengaran Murid yang menghadapi masalah pendengaran ialah murid yang pendengarannya tidak jelas dan memerlukan alat bantuan mendengar. Murid yang mengalami masalah ini perkembangan pertuturan dan bahasanya akan terganggu dan lambat. Kanak-kanak tidak langsung dapat mendengar pula akan juga tidak dapat bercakap (bisu). Mereka yang menghadapi kesukaran mendengar atau kekurangan pendengaran yang jelas ( Bee H. 1995). Menurut International Encylopedia Volume 5 (1975) , cacat pendengaran bermakna kehilangan atau kekurangan daya pendengaran pada satu telinga atau kedua-keduanya kekurangan atau kehilangan daya pendengaran. ii) Bermasalah penglihatan Kanak-kanak bermasalah penglihatan dikategorikan kepada dua iaitu buta yang langsung tidak dapat melihat dan separuh buta yang kabur penglihatan. Kanak-kanak ini belajar melalui deria sentuhan, pendengaran, menghidu dan merasa. Mereka menggunakan tulisan Braille untuk membaca dan tongkot untuk bergerak ke sesuatu tempat. Dapat disimpulkan bahawa: Definisi masalah penglihatan dari segi pendidikan bermaksud sekumpulan kanak-kanak yang memerlukan pendidikan khas kerana masalah penglihatan Kaedah penyampaian pembelajaran dan bahan bantu mengajar perlu diadaptasikan dengan keperluan kanak-kanak ini supaya dapat mengoptimakan pembelajaran dan pencapaian mereka(Barrage 1992)

Pendengaran adalah satu saluran penting bagimanusia menerima bahan-bahan ilmu danberkomunikasi dengan individu lain.

Kehilangan pendengaran memberikan masalahbukan sahaja dari segi untuk berkomunikasimalah memberikan impak yang besar terhadapkehidupan peribadi dan sosial individu yangberkenaan yakni malu untuk bergaul denganorang lain. Kanak-kanak cacat pendengaran seringmenghadapi masalah komunikasi dan sukarmempelajari sebutan perkataanperkataandengan jelas dan tepat.

Kanak-kanak cacat pendengaran biasanyadigolongkan dalam dua kumpulan iaitu

kanak-kanak cacat pendengaranpretutur ( prelingual)

kanak-kanak cacat pendengaranpostutur (postlingual).

Kanak-kanak cacat pendengaran pretuturadalah kanak-kanak pekak dari sejak lahir.

Kanak-kanak cacat pendengaran postuturadalah cacat pendengaran separa atausepenuhnya, yang biasanya berlaku selepastelah mempunyai pengalaman bercakap.

Selalunya, kanak-kanak cacat pendengarandalam peringkat pretutur menghadapai masalahpembelajaran dan masalah komunikasi yanglebih teruk daripada kanak-kanak cacatpendengaran dalam peringkat postuturDari segi pendidikan, bermaksud
sekumpulan kanak-kanakyang memerlukan pendidikan khas kerana masalahpenglihatan.

Murid-murid di program ini mengikuti pelajaran yang samaseperti diikuti oleh murid normal tetapi mempunyaikaedah yang berbeza di mana murid-murid ini didedahkankepada penggunaan bahan cetak yang dibesarkan saiztulisannya bagi yang rabun manakala bagi yang butamereka akan diajar menggunakan Braille.

KAEDAH INTERVENSI Kanak-kanak berkeperluan khas memerlukan pengesanan pada peringkat awal lagi bagi membolehkan mereka mengikuti suatu sistem persekolahan yang terancang bagi mengembangkan potensi diri mereka. Setiap kanak-kanak perlu diberi intervensi awal iaitu satu program yang tersusun, berstruktur, dan berperingkat. Intervensi awal mendidik kanak-kanak bekeperluan khas dari masa lahir hingga prasekolah. Selain itu juga melibatkan kolaborasi pelbagai disiplin (Zarin, Safani & Soon 2004). Intervensi awal ini juga memberi kesan positif pada perkembangan kanak-kanak berkeperluan khas antaranya ia dapat member pendekatan penambahan komunikasi. Sesetengah individu memerlukan intervensi melalui kaedah komunikasi selain daripada bahasa lisan. Selain itu, dalam sesetengah kes, individu tersebut tidak boleh bertutur disebabkan oleh masalah fizikal atau keupayaan kognitif. Oleh itu, kaedah komunikasi yang tidak melibatkan pertuturan hendaklah direka dan dilaksanakan untuknya.

Di Amerika syarikat, program intervensi dijalankan melalui kerjasama di antara agensi seperti perkhidmatan dan bantuan teknologi, perkhidmatan jururawat sekolah, latihan dan kaunseling ibu bapa, perkhidmatan pemakanan nutrisi, program kebudayaan dan kesenian, terapi cara kerja dan terapi bahasa dan pertuturan. Guru perlu mempunyai pengetahuan yang luas supaya dapat melaksanakan pengajaran dan pembelajaran yang berkesan. Selain itu, kemahiran mengurus tingkah laku akan dapat membantu guru mengawal dan membentuk tingkah laku muridnya. Oleh itu guru perlu bijak menyusun teknik dan strategi untuk membentuk tingkah laku positif dari muridmurid berkeperluan khas ini. Dari aspek bahasa pula, cadangan kaedah intervensi adalah dari segi fonologi, langkah intervensi yang boleh diambil ialah dengan menjalankan terapi pertuturan seperti meniup belon, meniup ke dalam air dengan menggunakan straw, menjilat lolipop menggunakan lidah, menjilat ais krim serta pernafasan iaitu dengan menahan nafas di dalam air. Teknik ini secara tidak langsung sebagai senaman untuk menguatkan otot mulut. Bagi morfologi pula, intervensi yang hendak dilakukan perlu mengambil kira kecerdasan dan masalah tingkah laku. Tujuan utama adalah untuk membantu perkembangan bahasa kanak-kanak yang lambat adalah dengan mengubahsuai kaedah pengajaran dan pembelajaran serta penggunaan alat bantu mengajar yang pelbagai. Antara kaedah intervensi untuk morfologi adalah: 1. Kaedah skills pembinaan komunikasi iaitu satu contoh bahan komersil yang digunakan untuk memperkayakan perkembangan pembentukan kata. 2. Kaedah reformulate. Contohnya, guru memperkenalkan murid dengan perkataan kadang-kadang, semalam, esok dan sekarang mengikut situasi dan konteks yang betul supaya murid boleh menceritakan sesuatu berdasarkanmasa.

3. Latihan penggunaaan imbuhan awalan dan akhiran juga diberi penekanan agar murid dapat menggunakan penambahan imbuhan tersebut mengikut konteks ayat yang betul. Contoh: imbuhan mem dan an. Saya membeli makanan ... Saya membeli makanan di kantin. Dari segi sintaksis pula intervensi yang boleh dijalankan ialah dengan melakukan perubahan daripada belajar secara individu kepada pembelajaran kumpulan. Fokus pengajaran di sini guru perlulah melebihkan tumpuan kepada aspek pembinaan perkataan, membaca dan menulis ayat yang mudah. Antara aktiviti yang boleh dijalankan oleh guru kepada murid-murid ini adalah dengan penggunaan perkataan di dalam permainan bahasa. Bagi semantik pula, langkah intervensi yang perlu diambil ialah dengan memberi penekanan kepada aspek kofnitif, linguistik, logik, persekitaran dan motivasi kepada murid. Aktiviti yang membantu ialah mengajar perkataan di dalam pertuturan dialek harian serta bahasa kiasan yang sering digunakan kerana perkataan tersebut tidak ditemui di dalam kamus. Intervensi yang boleh dijalankan untuk komponen pragmatik ialah dengan menjalankan penilaian dan pemulihan khusus. Pemulihan yang dijalankan merangkumi aspek tingkah laku, psikolonguistik dan interaksi sosial untuk menggalakkan mereka berinteraksi dan berkomunikasi dengan penggunaan konteks bahasa yang betul. Contoh: latihan komunikasi melalui aktiviti lakonan. Latihan teknik penyoalan perlu ditekan untuk membimbing murid mengemukakan dan memahami soalan apabila diterangkan oleh guru.
Antara kegiatan pembelajaran yang sesuai dijalankan oleh guru untuk meningkatkan kemahiran bertutur di kalangan murid ialah mengadakan latih tubi sebutan untuk membetulkan kesalahan penyebutan yang telah dikenal pasti. Perbualan secara terpimpin, dialog dan soal jawab boleh dijalankan untuk memberi peluang kepada pelajar bercakap tanpa perasaan malu, takut, dan bosan. Guru juga boleh mempersembahkan satu daya kreatif berdasarkan skrip yang sedia ada atau yang dicipta oleh murid sendiri. Guru dan murid boleh membincangkan berita dan peristiwa semasa, membincang isi yang terdapat dalam satu gambar bersiri, membincang aspek-aspek satu filem atau slaid yang telah diperlihatkan.

Kebolehan menulis memerlukan kematangan urat saraf dan urat daging yang mengawal jari dan tangan. Ini amat penting untuk pelarasan bagi membolehkan seseorang menulis. Kanak-kanak sewaktu berumur dua tahun telah boleh menggunakan jari dan tangan mereka untuk menconteng dan membuat gambar mengikut tanggapan mereka. Latihan peringkat rendah menekankan aktiviti seperti melakukan latihan pergerakan tangan. Kemudian meggalakkan murid menguasai gerak tangan yang bebas suapaya mereka boleh menulis dengan selesa dan sempurna. Dalam sukatan pelajaran bahasa Melayu KBSR, kemahiran menulis merupakan objektif untuk melihat keupayaan murid menulis perkataan dan membina ayat, serta dapat mengeluarkan idea melalui pelbagai jenis penulisan. Ini termasuk penulisan tentang pengalaman peribadi yang dilalui, bahan sastera serta bahan berunsur ilmu. Penulisan hendaklah menggunakan ayat yang gramatis serta tanda baca dan ejaan yang betul. Tulisan berangkai yang jelas dan cantik hendaklah digalakkan kepada setiap murid. Hasil pembelajaran bagi kemahiran menulis ialah keupayaan menggunakan pelbagai jenis ayat dan wacana, mencatat dan menyusun maklumat, menghasilkan penulisan kreatif dan bukan kreatif dan membuat ulasan. Latihan atau aktiviti yang boleh dilakukan untuk kemahiran menulis ini ialah aktiviti seperti membuat corak, menekap dan membentuk huruf. Latihan menulis ini dikenali sebagai kemahiran menulis secara mekani kemahiran ini perlu dikuasai pada peringkat awal supaya murid dapat menghasilkan tulisan yang kemas dan mudah dibaca oleh orang lain. Ini dapat membantu murid menguasai kemahiran selanjutnya. RUMUSAN Terdapat banyak kategori kanak-kanak berkeperluan khas. Berdasarkan kajian dan pemerhatian yang dilakukan kanak-kanak berkeperluan khas sememangnya menghadapi masalah dalam bahasa dan komunikasi disebabkan oleh beberapa faktor seperti genetik

dan persekitaran. Kekurangan yang terdapat pada diri mereka mengakibatkan mereka susah dan lambat mempelajari bahasa dan berkomunikasi berbanding dengan kanak-kanak normal yang lain. Bagi kanak-kanak Sindrom Down, ciri- ciri fizikal yang dihadapi tidak boleh diubah lagi namun masalah pembelajaran yang dihadapi masih boleh dibaiki. Ciri-ciri fizikal yang dialami disebabkan oleh faktor genetik iaitu mempunyai tiga pasang kromosom pada pasangan kormosom ke 21. Ini memberikan ciri-ciri yang telah dibincangkan di atas tadi seperti bertubuh pendek, kepala kecil, mata sepet dan lain-lain lagi. Bagi masalah lembam pula terjadi disebabkan faktor baka dan juga persekitran. Baka yang diperoleh dari keturunan yang mempunyai masalah lembam akan diperturunkan kepada anak-anak. Faktor persekitaran pula memberi kesan kepada kanak-kanak menjadi lembam kerana tidak ada perhatian dan komunikasi daripada ibu bapa menyebabkan anak kurang terdedah dengan perkataan dan interaksi dengan orang lain. Pendidikan yang diberikan kepada kanak-kanak berkeperluan khas ini bukanlah untuk menjadikan mereka bijak cemerlang dan dipandang tinggi oleh masyarakat tetapi pendidikan yang diberikan adalah untuk memastikan kanak-kanak ini boleh menguruskan diri sendiri tanpa bergantung sepenuhnya kepada orang lain. Pendidikan ini bukan hanya terletak di bahu guru-guru pendidikan khas malah sepatut semua pihak perlu memberi sumbangan dan galakan kepada kanak-kanak istimewa ini.

Program ini juga disediakan dalam dua jenis iaitu sekolahkhas dan di sekolah biasa (bagi program integrasi).

Program ini juga disediakan dalam dua jenis iaitu sekolahkhas dan di sekolah biasa (bagi program integrasi).

Masa mereka di sekolah adalah masa yang amat berhargayang perlu digunakan sepenuhnya untuk meminimumkankesan kecacatan terhadap keupayaan mereka.

BIBLIOGRAFI

Bahan Ilmiah:

Jamila K.A. Mohamed, 2006. Pendidikan Khasuntuk

KANAK-KANAK istimewa. PTS ProfessionalPublishing Sdn.Bhd. Kuala Lumpur.

Mok Soon Sang, 2009. Perkembangan Kanak-kanak . Penerbitan Multimedia Sdn. Bhd.Selangor. Ang Huat Bin,1999.Konsep dan KaedahPengajaran dengan Penekanan PendidikanInklusif . Siri Pengajian dan PendidikanUtusan. Kuala Lumpur.

REFLEKSI Sepanjang menyiapkan tugasan ini,saya telah pun memperoleh banyak pengalaman dan input yang berguna terutama sekali mengenai tips-tips ataupun kaedah yangsesuai untuk mendekati dan mengajar kanak- kanak khas ini. Selain itu,saya juga telahberpeluang untuk mendekati keluarga mereka. Hal ini sedikit sebanyak dapat mengajar saya untuk bersosial dengan lebih baik dengan masyarakat sekeliling saya.Dari pengalaman saya juga, saya dapat menghayati dan mendalami perasaankeluarga yang mempunyai kanak- kanak khas. Di sinilah saya dapat melihat secara mata kasar bagaimana ibu bapa yang mempunyai anak berkeperluan khas ini sabar dan tabah dalam mendidik anak mereka ini. Oleh itu, nilai moral yang diperoleh olehsaya ini harus saya gunakan dalam kehidupan seharian saya. Seperti yang sedia maklum, sebagai bakal guru pendidikan khas, saya hendaklah mempunyai

kesabarany a n g t i n g g i , j a d i d e n g a n m e n e r a p k a n n i l a i m u r n i i n i d a r i s e k a r a n g m a k a s e d i k i t sebanyak dapat memudahkan saya untuk proses pembelajaran dan pengajaran di masa akan datang.D a l a m a s p e k p e n a m b a h a n i l m u p u l a , s a ya t e l a h p u n b e r j a ya m e m p e r o l e h i banyak maklumat dan pengetahuan mengenai autisme. Ini kerana, kategori yang dipilih saya untuk kajian kes ini ialah autisme. Pengetahuan yang diperoleh ini sememangnyaamat berguna. Sebagai contoh, kanak-kanak autisme adalah kanak-kanak yang kurangbersosial jadi saya perlu bijak dalam mendekati kanak-kanak ini.Selain itu, semasa melakukan kajian kes ini juga saya telah mengalami yangagak melucukan iaitu semasa membantu kanak -kanak khas ini melakukan aktivtibewarna. Penat dan lucu itulah yang boleh yang diungkapkan saya. Di sini saya lihatgelagat kanak-kanak autism ini yang tibatiba sahaja menyanyi lagu dengan nyaringsekali sambil memejam matanya. Walaupun hairan dengan keletahnya tapi inilahdikatakan ciri istimewa yang terdapat pada kanak-kanak ini. Akhir kata saya berharap segala pengetahuan yang saya perolehi ini dapatsaya jadikan sebagai panduan di masa hadapan.

MASALAH BAHASA DAN KOMUNIKASI KANAK-KANAK BERMASALAH EMOSI DAN TINGKAHLAKU

BENTUK BAHASA
fonologi -sukar keluar kata-kata -masalah artikulasi dan auditori -masalah dalam aspek pendengaran dan sistem saraf -masalah intonasi dan ritma

KANDUNGAN BAHASA
kurang variasi bahasa

PENGGUNAAN BAHASA
tidak berkebolehan menghuraikan sesuatu tajuk

masalah generalisasi

morfologi -guna perkataan yang tidak betul -perbendaharaan kata terhad -lewat peroleh bahasa -masalah membuat ujaran terhadap ayat kompleks - kurang guna imbuhan

masalah kemahiran linguistik kurang perbendaharaan kata

masalah pemahaman konteks

masalah gagap masalah kelancaran sukar faham perkataan ikut kategori,kuantiti,ruang dan masa pemahaman,menganalisa maklumat

sintaksis -gagal beri maklumat yang dikehendaki -sukar dalam perbualan mendiamkan diri

MASALAH BAHASA DAN KOMUNIKASI KANAK-KANAK TERENCAT AKAL

BENTUK BAHASA
fonologi -perkembangan fonologi lambat -kurang dalam kelompok konsonan

KANDUNGAN BAHASA
lewat perkembangan

PENGGUNAAN BAHASA
lambat faham ucapan orang lain

lebih banyak konsep konkrit morfologi -perkembangan morfplogi yang lewat sukar faham ungkapan-ungkapan yang sukar sintaksis -panjang ayat yang dibina sama dengan umur mental -sukar faham struktur ayat yang sukar masih memahami giliran untuk bercakap

perbendaharaan kata adalah kekuatan yang relatif

sukar main peranan jadi penceramah

MASALAH BAHASA DAN KOMUNIKASI KANAK-KANAK AUTISME

BENTUK BAHASA
fonologi -perkembangan fonologi lambat -kurang dalam kelompok konsonan

KANDUNGAN BAHASA
lewat perkembangan

PENGGUNAAN BAHASA
lambat faham ucapan orang lain

lebih banyak konsep konkrit morfologi -perkembangan morfplogi yang lewat sukar faham ungkapan-ungkapan yang sukar sintaksis -panjang ayat yang dibina sama dengan umur mental -sukar faham struktur ayat yang sukar masih memahami giliran untuk bercakap

perbendaharaan kata adalah kekuatan yang relatif

sukar main peranan jadi penceramah

MASALAH BAHASA DAN KOMUNIKASI KANAK-KANAK BERMASALAH SENSORI

PENDENGARAN
BUNYI PERKATAAN TIDAK TEPAT DAN JELAS

PENGLIHATAN
BERMASALAH ARTIKULASI

TIDAK MENGGUNAKAN IMBUHAN DENGAN BETUL

PELAT (MASALAH KAWALAN ALAT ARTIKULASI)

SALAH PENGGUNAAN HURUF BESAR DAN KECIL

BERGANTUNG PADA DERIA LAIN

SALAH SUSUNAN PERKATAAN DALAM AYAT

SENGAU

SUKAR JAWAB SOALAN PEMAHAMAN

SEBUTAN TIDAK JELAS

BERMASALAH MENGGUNAKAN BAHASA DALAM HUBUNGAN SOSIAL

TIDAK BOLEH BEZA ASPEK PERBENDAHARAAN KATA,STRUKTUR BAHASA

También podría gustarte