Está en la página 1de 1

ANAK PENGGUNTING RAMBUT SINOPSIS : Cerpen ini mengisahkan seorang ayah, Mat Gunting yang terpaksa memikul beban

mem besarkan anak perempuan bernama Manisah (nama timang-timangan Manis) setelah kem atian isterinya. Mereka tinggal di Kampung Batu 25, Bagan Datoh, Perak. Pak Mat sering memanjakan Manis dengan memberikannya wang saku sekolah mengikut keperlua n serta menyediakan pelbagai keperluan untuknya. Rambut manis dipotong pendek se akan rambut kanak-kanak lelaki. Hal itu menyebabkan Manis selalu menjadi bahan e jekkan rakan-rakan sekolahnya hingga dia memasuki sekolah menengah. Kerjaya ayah nya juga sering ditertawakan orang sejak dia bersekolah di TADIKA lagi. Bagi Pak Mat, tujuannya berbuat demikian kerana Manis selalu pening dan pitam. Bagaimana pun Manis tidak pernah ambil kisah dan sentiasa menyanjung tinggi pekerjaan ayah nya. Bagaimanapun ketika di melanjutkan pelajaran di Kuala Lumpur Manis jatuh sa kit dan disahkan mengidap lukemia. Rambutnya gugur hingga gampir botak. Dia meni nggal dipangkuan ayahnya. TEMA : Cerpen itu bertemakan kekeluargaan. Pengarang memperlihatkan kepentingan kasih s ayang dalam menjaga keharmonia keluarga. Dalam cerpen itu, pengarang menonjolkan watak Manis (Manisah), anak perempuan tunggal yang sangat kasih dan sayang akan ayahnya (Pak Mat Gunting). Abahnya selalu menggunting dan menjaga kebajikan Man is tanpa menyedari anaknya itu mengidap lukemia. PERSOALAN : 1. 2. 3. 4. 5. 6. 7. 8. Prihatin dengan masalah anak Kemampuan untuk berdikari bagi meneruskan kehidupan Kesanggupan menerima takdir daripada Tuhan dengan tabah dan tenang Kepentingan ilmu pengetahuan Pengorbanan seorang ayah terhadap anak Kasih sayang anak terhadap ayah Ketabahan seorang anak dalam menempuh cabaran hidup Keazaman seorang anak untuk membantu ayahnya