Está en la página 1de 1

DOA MAJLIS HARI KELUARGA

,





Ya Allah Ya Rahman Ya Rahim
Hanya padamu sahaja kami panjangkan kesyukuran atas segala rahmat dan berkatMu.
Bersempena dengan Majlis Hari Keluarga ini, kami pohonkan inayah dan taufikMu. Berkatilah pertemuan
kami, berkatilah jua usaha-usaha kami. Selamatkanlah kami sekalian dari perselisihan yang boleh
membawa perpecahan dan kebinasaan.
Ya Allah Antalghaniyyu wa nahnulfuqara
Ya Allah kurniakanlah Kepada kami kekayaan ilmu pengetahuan dan hiasilah diri kami dengan sifat lemahlembut, dan muliakanlah kami dengan ketaqwaan dan indahkanlah diri kami dengan kesihatan dan
kesejahteraan.
Ya Allah Ya Karim, Ya Munzilal Barakat,
Perbaikilah segala kesilapan kami , jernihkanlah hubungan antara kami , jinakkan dan lembutkanlah hatihati kami.Tunjukkanlah kami jalan yang membawa keselamatan dan keharmonian, mudah-mudahan
(dengan usaha-usaha kami) sekolah ini akan menjadi sekolah yang cemerlang, sekolah yang akan
melahirkan pelajar-pelajar yang berjaya di dunia mahupun di akhirat.
Ya Hayyu Ya Qayyum Ya Zal Jalaliwalikram ,
Jadikanlah kami,anak-anak kami, pemimpin-pemimpin kami terus beristiqamah berkhidmat menabur bakti
membangunkan umat dan masyarakat, bangsa dan agama.
Ya Allah ya tuhan kami, jadikanlah negara kami sebuah negara yang mendapat limpahan rahmat dan
nikmat. Kekalkanlah keamanan dan kemakmuran sepanjang zaman.

También podría gustarte