Está en la página 1de 15

WASIAT SAIYIDINA ALI

T E N T A N G K E K AYA A N & K E M I S K I N A N

AL-FAQiR ILALLAH : ZAINAL RASHID BIN ISA (www.ZainalRashid.com) Dibawa oleh: http://www.facebook.com/KunciRezeki999 (Tips & Himpunan Amalan Murah Rezeki)

WASIAT SAIYIDINA ALI TENTANG KEKAYAAN & KEMEWAHAN

Dan orang-orang yang menyimpan emas dan perak tidak membelanjakannya pada jalan Allah, maka khabarkanlah kepada mereka dengan (balasan) azab seksa yang tidak terperi sakitnya. (iaitu) pada hari kiamat dibakar emas perak (dan harta benda) itu dalam neraka Jahannam, lalu diselar dengannya dahi mereka, dan rusuk mereka, serta belakang mereka (sambil dikatakan kepada mereka): inilah apa yang telah kamu simpan untuk diri kamu sendiri, oleh itu rasalah (azab daripada) apa yang kamu simpan. (At-Taubah: 34-35)

Bukanlah kekayaan itu dengan banyaknya harta, tetapi kekayaan itu ialah dengan kayanya diri (jiwa).
(Hadith Riwayat Imam Bukhari dan Muslim)

WASIAT SAIYIDINA ALI KARRAMALLAHU WAJHAH

tentang kekayaan dan kemiskinan


Oleh : Zainal Rashid Bin Isa (www.ZainalRashid.com)

Bila saja kita berbicara tentang kekayaan, saya pasti semua orang suka dan tersenyum riang, semua orang teruja untuk mendengarnya bukan? Namun ada orang kisah apa sebenarnya tanggungjawab bila diri menjadi jutawan, bergelar hartawan? Sebenarnya persoalan inilah yang lebih penting dari persoalan bagaimana nak jadi kaya raya dan memiliki wang di sini sana. Namun kerana dunia sekarang ini semakin mementingkan wang ringgit dan dan harta, apa yang berlegar dalam fikiran macamana nak hidup senang, harta keliling pinggang! Bila berjumpa seseorang, apa yang dilihat dan menjadi syarat adalah apa yang dipakai, kereta apa yang dipandu dan makanan apa yang diorder. Hanyalah itu syaratnya, mudah kan? Boleh saja kalau bawa kereta pinjam, tayang pakaian berjenama dan bawa lebih wang untuk order macam-macam... diri pasti dipandang dan dilayan kelas atasan! Hakikatnya kita harus sentiasa tanyakan diri, nak ke mana kita bila tamat hidup di dunia ini? Bagaimana pula nasib keluarga yang kita cintai? Selamatkah di alam sana nanti? Bagaimana cara mencari kekayaan, adakah ianya mengikut syariat dan suruhan Tuhan? Bila dah kaya raya, bagaimana pula dengan harta yang ada? Untuk apa disimpan berkoyan-koyan? berbelanja yang bukan-bukan. Fokus hanya untuk kepuasan diri, kroni dan keluarga sendiri.. Marilah sahabat-sahabatku kita lihat wasiat unggul daripada Amirul Mukmin dalam sebuah kisah di zaman pemerintahnnya bersama penerangan berpaksikan al-Quraan dan al-Hadith.

WASIAT SAIYIDINA ALI TENTANG KEKAYAAN & KEMEWAHAN

WASIAT SAIYIDINA ALI

Kaya harta boleh, tapi jangan miskin jiwa.


Di kesempatan ini saya paparkan sebuah kisah menarik yang berlaku di zaman pemerintahan SaiyidinaAli bin Abi Thalib Karramallahu Wajhah tentang seorang hartawan dan jutawan yang bernamaAla bin Ziyad Al-Haritsi. Beliau merupakan ahli korporat yang terkenal yang menetap di kota Bashrah. Namanya cukup tersohor dan dikenali seluruh penduduk kota. Kemewahan yang beliau miliki seperti rumah agamnya yang mewah, pakaiannya yang mahal juga kenderaannya hebat membuatkan nama beliau meniti dibibir semua orang pada masa itu. Suatu ketika, Saiyidina Ali bin Thalib telah datang ke Bashrah. Apabila mengetahui kedatangan Saiyidina Ali ke kota Bashrah, Ala bin Ziyad menjemput dan berharap agar Amirul Mukminin sudi untuk menjadi tamu istimewa di kediamannya yang cukup mewah. Fikir beliau bahawa Saiyidina Ali yang merupakan khalifah yang hebat itu amat sesuai dan layak dijamu sepuasnya dengan layanan kelas pertama! Sampai sahaja Saiyidina Ali bin Thalib sampai di perkarangan rumah agam Ala, beliau begitu kagum melihat betapa cantiknya lanskap di sekeliling rumah tersebut yang dilengkapi dengan perhiasan dalaman yang mewah seperti perabut dan peralatan rumah yang hebat dan mahal. Beliau sendiri cuma tinggal di rumah yang sederhana dan tidak jauh bezanya dengan kediaman rakyat jelata. Selang beberapa ketika bersama Ala di ruang tamu rumahnya, Saiyidina Ali menghampirinya sambil berkata: Wahai Ala, apa untungnya memiliki rumah sebesar ini, sedangkan engkau memerlukan rumah yang jauh lebih besar dan lebih mewah di akhirat kelak?

WASIAT SAIYIDINA ALI TENTANG KEKAYAAN & KEMEWAHAN

Soalan yang keluar dari mulut khalifah itu tidak mampu dijawab oleh Ala bin Ziyad. Pada hematnya Khalifah yang cukup hebat itu hanya layak dijamu di istananya yang besar dan mewah, namun teryata telahan beliau meleset sama sekali kerana Saiyidina Ali sebenarnya bukanlah pencinta dunia. Beliau langsung tidak mudah terpengaruh dengan kesenangan dunia. Baginya semua itu adalah sementara dan perlu digunakan sematamata untuk dakwah Islamiyah meraih redha Allah Taala. Meskipun beliau adalah khalifah hebat yang menakluk sepertiga dunia, tetapi beliau tidak sekali-kali dikuasai nafsu dengan nikmat dunia yang tidak kekal lama. Melihat perubahan pada wajah Ala ketika itu, Khalifah Ali bin Abi Thalib memahami apa yang difikirkan oleh Ala. Beliau juga telah maklum bahawa tuan rumah memperolehi harta dan kekayaannya melalui jalan yang betul dan hasil usahanya yang tidak keras dalam perniagaan yang dilakukan. Kemudian, Khalifah Saiyidina Ali segera berpesan kepadanya: Wahai Ala, engkau boleh menjadikan rumahmu yang besar ini sebagai kenderaan yang akan membawamu pada rumah yang lebih besar di akhirat kelak. Sungguh gembira Ala mendengar kata-kata yang keluar dari mulut Khalifah yang bijak itu. Beliau segera segera melanjutkan lagi soalannya: Bagaimana caranya wahai Amirul Mukminin? Saiyidina Ali lantas menjawab: Engkau buka rumahmu ini untuk para tetamu yang berhajat, jalinkan tali persaudaraan di antara kaum muslimin, bela dan zahirkan hak-hak kaum muslimin di rumahmu, jadikan rumah ini sebagai tempat memenuhi hajat, bukannya untuk kepentingan dan keserakahan dirimu semata-mata.

WASIAT SAIYIDINA ALI TENTANG KEKAYAAN & KEMEWAHAN

Pada masa itu jugaAla yang bersama Saiyidina Ali dengan mengajukan permasalahan yang lain pula. Beliau bertanya: Wahai Amirul Mukminin, aku mempunyai seorang saudara. Dia telah mengubah keseluruhan cara hidupnya. Dia sekarang hanya duduk berkhalwat di tempat-tempat yang sunyi, berpakaian lusuh dan selekeh, tidak berkerja, sehinggakan meninggalkan ahli keluarganya. Saudaraku itu yang bernama Ashim bin Ziyad Al-Haritsi ini selalu mengatakan: Semua itu aku lakukan semata-mata hanya ingin mendekatkan diri kepada Allah Taala. Apakah sikap dan perbuatan saudaraku itu benar wahai Amirul Mukminin? Lantas Ali bin Abi Thalib meminta agar Ashim dibawa kepadanya. Ketika berhadapan dengan Ashim, Saiyidina Ali berkata dengan nada yang agak keras & tegas, Wahai Ashim, orang yang telah memusuhi dirinya sendiri! Sungguh syaitan telah berjaya memperdayakan akalmu. Mengapa engkau tinggal dan biarkan anak dan isterimu dengan alasan hanya ingin mendekatkan diri kepada Allah? Apakah engkau beranggapan bahawa Allah yang menciptakan alam semesta beserta seluruh kenikmatannya itu tidak rela jika kau gunakan kenikmatan itu secara betul? Demi Allah, bukan begitu caranya untuk mendekatkan diri kepada Allah! Dengan rasa bersalah, kemudian Ashim menjawab: Wahai Amirul Mukmin, aku lakukan semua ini sematamata kerana ingin meniru dan mengikuti cara hidupmu yang zuhud. Engkau hidup susah, aku pun sedemikian. Engkau berpakaian amat sederhana, akupun ikut juga. Engkau cukupkan dengan mengambil sekeping roti, aku juga mencontohimu. Engkau adalah idolaku sebenarnya, wahai Amirul Mukminin.

WASIAT SAIYIDINA ALI TENTANG KEKAYAAN & KEMEWAHAN

Mendengar jawapan Ashim itu, Ali mencuba untuk menghuraikan persoalan itu dengan jelas dan tepat. Beliau berkata, Wahai Ashim, aku berbeza dengan kamu. Aku memegang kekuasaan dan seorang khalifah bagi kaum Muslimin kseseluruhannya, sedangkan kamu tidak. Di bahuku terpikul amanat yang amat berat, sedangkan kamu tidak juga. Aku memakai jubah kepemimpinan, sedangkan kamu adalah rakyat yang aku pimpin. Tanggungjawab seorang pemimpin di hadapan Allah itu teramat berat. Allah telah mewajibkan para pemimpin untuk berlaku adil kepada setiap dari rakyatnya, sedangkan rakyat yang paling lemah adalah piawaian bagi dirinya. Seorang pemimpin selayaknya hidup seperti rakyatnya yang paling sederhana agar tercipta perpaduan, persefahaman dan perasaan saling memahami dalam perjuangan. Oleh kerana itu, di bahuku ada kewajipan yang harus kutunaikan, sedangkan di bahumu ada kewajiban lain yang harus engkau laksanakan. Kita semua tahu dan kenal dengan kedua-dua menantu Rasulullah SAW, iaitu Usman Affan dan Ali bin Abi Thalib. Seorangnya kaya raya, sedangkan yang seorang lagi hidup dengan penuh kesederhanaan, jika tidak boleh dikategorikan sebagai miskin. Kedua-duanya mereka ini merupakan sahabat kesayangan Rasulullah SAW, bukan kerana mereka berdua menantunya, bukan juga kerana kaya dan mewah dengan hartanya dan bukan juga kerana sederhana cara hidupnya, namun mereka berdua disayang Rasulullah SAW kerana ketaatan dan soleh hidupnya. Banyak orang kaya yang salah menilai kekayaannya, seperti halnya banyak juga orang miskin yang salah dalam memandang kemiskinannya. Kaya dan miskin adalah dua saudara kembar yang selalu ada dan menghiasi hidup di dunia. Tidak ada yang boleh disebut kaya jika tidak ada yang miskin, demikian juga sebaliknya.

WASIAT SAIYIDINA ALI TENTANG KEKAYAAN & KEMEWAHAN

Firman Allah Taala yang bermaksud: Dan Allah melebihkan sebahagian kamu dari sebahagian yang lain dalam hal rezeki, tetapi orang-orang yang dilebihkan (rezekinya itu) tidak mahu memberikan rezeki mereka kepada hamba-hamba yang mereka miliki, agar mereka sama (merasakan) rezeki itu. Maka mengapa mereka mengingkari nikmat Allah? (An-Nahl: 71) Kaya dan miskin merupakan bukti kehebatan dan kekuasaan Allah Taala, sebagaimana dengn adanya siang dan malam. Masalahnya bukan pada kaya dan miskinnya, tapi bagaimana cara seseorang itu memandang harta tersebut. Tidak sedikit orang kaya yang benar dalam memandang kekayaannya. Namun, sebahagian besar yang lainnya sebagaimana yang disebut oleh ayat di atas. Mereka tidak mahu berkongsikan hartanya kepada orang lain, terutama kaum fakir miskin. Tidak ada yang berani membuat penilaian dan perbandingan antara Usman bin Affan yang kaya raya dengan Ali bin Abi Thalib yang hidupnya amat sederhana. Apakah Ali yang lebih baik dari Usman, ataupun Usman itu adalah yang lebih baik daripada Ali bin Abi Thalib. Namun yang jelas di sini adalah kedua-duanya termasuk sepuluh sahabat yang dijamin Nabi Muhammad SAW masuk dalam syurga Allah. Kedua mereka amat disayangi Rasulullah, bahkan kecintaannya itu dibuktikan dengan mengambil keduanya sebagai menantu baginda SAW.

Dibawa oleh: http://www.facebook.com/KunciRezeki999 (Tips & Amalan Murah Rezeki)

WASIAT SAIYIDINA ALI TENTANG KEKAYAAN & KEMEWAHAN

WASIAT SAIYIDINA ALI


Allah Sentiasa Di hati Barulah Dikatakan Kaya Yang Hakiki. Saya paarkan sebuah lagi kisah hebat di antara seorang murid dengan gurunya. Suatu hari seorang guru menyarankan kepada muridnya agar berguru kepada seorang ahli sufi yang terkenal. Setelah melewati perjalanan yang amat panjang, muridnya itu akhirnya boleh berjumpa dengan guru yang dimaksud itu. Beliau sangat terkejut setelah mengetahui rumah hli sufi tersebut mewah bagaikan istana raja. Beliau bertanyakan kepada jiran tetangga ahli sufi tersebut adakah betul istana itu merupakan tempat tinggal ahli sufi yang dicaricarinya. Semua mereka yang dijumpai mengiyakannya. Bertambah terkejut lagi setelah si pemilik istana itu datang dengan pakaian yang mewah dan kenderaan yang hebat. Maka murid tersebut tertanya-tanya dalam hatinya apakah benar oarang ini yang dimaksudkan oleh gurunya. Oleh kerana telah menempuh perjalanan yang jauh dan memenatkan, beliau menjumpai juga ahli sufi yang kaya raya itu. Setelah menyampaikan salam dari gurunya, beliau pun menerangkan maksud dan tujuannya datang berjumpa. Bertambah lagi terkejut murid tersebut setelah mendengar kata-kata yang keluar dari mulut ahli sufi yang kaya raya itu. Beliau berkata: Tolong sampaikan salam saya kembali kepada gurumu. Aku berpesan agar dia tidak selalu sibuk dengan urusan dunia. Bagaikan disambar petir di siang hari. Bagaimana mungkin orang kaya raya itu memberi nasihat kepada gurunya yang jauh dari kehidupan dunia agar tidak sibuk mengurus dunia? Ia minta diri untuk pulang, tidak jadi untuk berguru kepada orang yang dicadangkan oleh gurunya itu.

WASIAT SAIYIDINA ALI TENTANG KEKAYAAN & KEMEWAHAN

Sampai saja beliau di hadapan gurunya, murid tersebut melaporkan semua kejadian yang dialaminya, termasuk nasihat ahli sufi yang kaya itu kepada gurunya. Beliau lagi tidak faham dan terasa pelik setelah gurunya yang sangat dihormati itu terus menangis dan membenarkan nasihat ahli sufi yang kaya itu. Guru tersebut akhirnya menjelaskan bahawa ahli sufi itu memang memiliki istana yang mewah, kenderaan yang hebat, dan selalu berpakaian indah. Tanah kebunnya sungguh luas serta memiliki perniagaan yang amat berjaya. Namun demikian, harta yang melimpah itu tidak membuatkannya lalai dan lupa kepada Allah SWT. Hartanya tidak mengganggu zikirnya kepada Allah Taala. Beliau tidak sombong disebabkan hartanya dan jika tibatiba segala hartanya diambil oleh pemiliknya, Allah SWT... beliau pun tidak merasa terhina kerananya. Ahli sufi itu memandang harta biasa-biasa sahaja. Sementara saya, kata gurunya lagi... biar tidak punya harta yang melimpah, tetapi hari-hari masih disibukkan untuk memikirkan harta. Bahkan boleh jadi saya lebih sibuk memikirkan urusan harta daripada ahli sufi yang kaya raya itu. Kepada mereka yang dikurniakan rezeki yang lebih kurniaan Allah SWT, hendaknya mereka bijak menggunakan hartanya itu untuk mendapatkan harta kekayaan yang lebih besar dan hebat di akhirat kelak. Manakala mereka yang belum dikurniakan rezeki melimpah dari Allah SWT, perlu tetap taat kepada perintah Allah Taala dengan tulus ikhlas. Kesimpulannya, tidak mejadi halangan untuk menjadi kaya, syaratnya wajib dekat dengan Allah. Begitu juga tiada alasan bagi orang miskin untuk tidak mendekat kepada Allah kerana kemiskinannya. Kaya atau miskin sebenarnya punyai peluang yang sama untuk mendapat redha Allah asal mereka sentiasa patuh padaNya.

WASIAT SAIYIDINA ALI TENTANG KEKAYAAN & KEMEWAHAN

WASIAT SAIYIDINA ALI


Pi n tu - p in t u K e b aikan Yang M end at angkan R ez ek i. Rezeki bagi setiap muslimin dan muslimat itu amatlah luas. Ia bukan sekadar merujuk kepada harta benda, kemewahan dan wang berjuta-juta. Sebaliknya pengertian rezeki di sisi Allah Taala itu adalah meliputi segala yang baik dan menyenangkan. Usah menganggap rezeki itu berupa kebendaan semata-mata, namun bukalah minda dan akal fikir bahawa ianya amat luas dan meliputi segala kenikmatan yang dianugerah Allah. Dari Abu Zar RA. bahawasanya orang-orang datang dari sahabat Rasulullah SAW menemui baginda. Mereka berkata: Wahai Rasulullah SAW, orang-orang kaya telah memiki banyak pahala, mereka solat seperti kami; mereka puasa seperti kami; dan mereka bersedekah dengan harta mereka. Rasulullah SAW berkata: Bukankah Allah telah menjadikan sesuatu bagi kalian untuk bersedekah? Sesungguhnya setiap tasbih adalah sedekah, setiap takbir adalah sedekah, setiap tahmid adalah sedekah, dan setiap tahlil adalah sedekah. Perintah kepada kebaikan adalah sedekah, melarang dari kemungkaran adalah sedekah. Dan dalam jimakamu pun ada sedekahnya. Menurut sebuah lagi hadith:Para sahabat bertanya: Ya Rasulullah SAW, apakah jika seseorang melampiaskan syahwatnya kepada isterinya boleh mendapat pahala?Rasulullah berkata: Bagaimana menurutmu jika disalurkan kepada yang haram, apakah dia berdosa? Begitu pula jika dia disalurkan pada yang halal dia akan mendapat pahala. (HR. Muslim) Dari hadis yang dinyatakan sebelum ini dapat diambil banyak faedah darinya. Antara faedah utama yang jelas dapat dikutip darinya dan dijadikan amalan adalah;

WASIAT SAIYIDINA ALI TENTANG KEKAYAAN & KEMEWAHAN

1) Semangat para sahabat dalam amalan kebaikan Para sahabat adalah generasi yang bertuah kerana melalui hidup pada zaman Rasulullah SAW. Mereka ada bila mana wahyu diturunkan, mereka jugalah yang lebih faham tentang isi kandungan Al-Quranul Karim dan segala Hadith serta penerapannya. Sahabat Rasulullah SAW. amat terkenal sebagai insan yang memiliki semangat yang begitu tinggi dan berapi-api untuk melakukan amal soleh dan kebaikan. Bila sahaja perintah syariat turun, mereka bersegera mengerjakannya. Kita ambil contoh yang sederhana dan kecil: Abu Thalhah, beliau tanpa berfikir panjang menginfakkan kebunnya yang sangat disukai (bernama buhaira) bila mendengar Firman Allah Taala yang ertinya: Kamu sekali-kali tidak sampai kepada kebajikan orang (yang sempurna) sebelum kamu menafkahkan sebahagian harta yang kamu cintai.(Ali Imran: 92) Begitu pula para wanita shahabiah, mereka bersegera menutupi tubuh mereka begitu mendengar perintah untuk berhijab. Apa yang menarik pula adalah kisah Handhalah bin Amir yang rela neninggalkan masa berseronok dengan isterinya semata-mata menyambut panggilan jihad pada perang Uhud, sehingga beliau tidak sempat untuk mandi junub. Ketika beliau syahid di medan uhud, didapati tubuhnya basah kerana dimandikan oleh para malaikat. Dari peristiwa itu Thalhah dikenali dengan gelaran Ghasilul Malaikah. Banyak lagi kisah-kisah menarik yang menunjukkan sikap dan tingkahlaku hebat para sahabat yang mengambarkan betapa besarnya keinginan mereka untuk melakukan amal soleh dan berlaku taat terhadap Allah Taala dan Rasul utusanNya.

WASIAT SAIYIDINA ALI TENTANG KEKAYAAN & KEMEWAHAN

Hadis di atas juga ada mengisahkan tentang orang-orang miskin dari kalangan sahabat yang datang menemui Rasulullah SAW bertujuan mengadukan hal ehwal keadaan mereka yang tidak berpeluang dan tidak berkemampuan untuk beramal sepertimana orang-orang kaya yang sentiasa menginfakkan harta mereka di jalan Allah. Mereka itu merasa sedih jikalau tidak boleh meraih pahala sebagaimana mereka yang kaya raya. Bahkan ada di antara sahabat yang menangis berlinangan air mata kerana tidak memiliki harta yang akan digunakan untuk berjuang di jalan agama. Allah Taala ada menceritakan dalam Al-Quranul Karim yang mana ertinya: Dan tiada (dosa) atas orang-orang yang apabila mereka datang kepadamu supaya kamu memberikan mereka kenderaan (untuk jihad fi sabillah). lalu kamu berkata:Aku tidak memperoleh kenderaan untuk membawamulalu mereka kembali dengan bercucuran air mata kerana sedih lantaran mereka tidak memperoleh apa yang akan mereka nafkahkan.(At-Taubah: 92) Sahabat tersebut (faqir miskin) mengadu kepada Rasulullah SAW bukan kerana terpengaruh dengan bayaknya harta mereka yang kaya. Tetapi, mereka cemburu dengan sedekah yang sentiasa diinfakkan oleh mereka yang kaya raya. Sikap seperti ini tidaklah tercela, kerana Rasulullah SAW telah bersabda yang ertinya: Tidak boleh hasad kecuali kepada dua hal (iaitu): Seseorang yang Allah anugerahkan harta, kemudian ia menginfakkannya setiap pagi dan petang. Dan seseorang yang Allah anugerahkan (ilmu) Al-Quran, kemudian ia mengamalkan setiap pagi dan petang. (HR. Bukhari dan Muslim) Apa yang dimaksudkan dengan hasad dalam hadith di atas adalah ghibthah(cemburu), iaitu keinginan seseorang untuk dapat menyamai orang lain, namun tanpa mengharapkan lenyapnya kenikmatan yang ada pada orang lain.

WASIAT SAIYIDINA ALI TENTANG KEKAYAAN & KEMEWAHAN

Berbeza dengan hasad, iaitu keinginan agar kenikmatan atau kehormatan orang lain lenyap, apakah dengan tujuan agar perpindahan menjadi miliknya atau hanya lenyap begitu sahaja. Hasad seperti ini sangat tercela, dapat mencelakakan orang yang dihasad dan juga dapat membinasakan mereka yang melakukan perbuatan hasad tersebut. Marilah sama-sama kita renungkan keadaan para tauladan kita (sahabat Rasulullah) dalam menempuh jalan menuju Allah. Mereka merasa rugi bila terluput dari mereka satu sahaja dari perintah Rasulullah, sehingga membuat mereka sentiasa berlumba-lumba dalam melakukan kebaikan dan ketaatan. Allah berfirman dalam Kitabnya yang suci, ertinya : Dan untuk yang demikian itu (Syurga dan kenikmatannya) hendaklah orang berlumba-lumba. (Al-Muthaffifin: 26) Oleh kerana itu, keutamaan sahabat Rasulullah SAW kedudukannya di sisi Allah sangat tinggi, tiada bandingnya dengan kita. Bahkan bila kita menginfakkan emas sebesar gunung uhud sekalipun, ianya tidak akan sampai ke darjat mereka dan tidak juga walau setengah darinya. Oleh yang demikian, merekalah yang harus kita jadikan contoh dan teladan dalam mengikut Rasulullah SAW untuk meraih kebahagiaan dunia dan akhirat. 2) Pintu kebaikan dan rezeki tidak terhitung banyaknya. Para sahabat datang mengadu kepada Rasulullah kerana menurut sangkaan mereka sedekah itu hanyalah dalam bentuk harta benda sahaja. Sehingga mereka merasa tidak sanggup untuk bersedekah disebabkan kehidupan mereka yang tidak mencukupi. Rasulullah s.a.w. kemudian menjelaskan bahawa pintu kebaikan itu banyak sekali. Dalam Shahih Ibnu Hibban disebutkan: Sesungguhnya pintu kebaikan itu sangat banyak.

WASIAT SAIYIDINA ALI TENTANG KEKAYAAN & KEMEWAHAN

Dalam Shahih Muslim, Rasulullah SAW ada bersabda: Setiap perbuatan maaruf (kebaikan) adalah sedekah. Kemudian Rasulullah SAW telah memperinci beberapa amal kebaikan/perbuatan maaruf yang baginda nyatakan di dalam hadith tersebut, antaranya: 1. Zikir, tasbih, tahmid, takbir, tahlil adalah sedekah. 2. Melakukan amar maaruf dan nahi mungkar ini mencakupi segala muamalah antara muslim dalam kehidupan bermasyarakat. Dalam hadis lain Rasulullah SAW. bersabda, ertinya: Setiap sendi manusia dapat melaksanakan sedekah setiap hari di mana matahari mulai terbit. Di antaranya: kamu berlaku adil di antara dua orang adalah sedekah: menolong seorang dalam hal tetangganya, kau mengangkatnya atu keu mengangkatkan barangnya ke atas kenderaan adalah sedekah; kata-kata yang baik adalah sedekah; Setiap langkah menuju solat adalah sedekah; dan menyingkirkan rintangan di jalan adalah sedekah. (HR. Bukhari dan Muslim) 3. Bahkan di antara jenis sadaqah yang disebutkan adalah jimanya seseorang dengan isterinya. Semua amalan yang telah dijelaskan tadi adalah amalan kebaikan dengan dalil shahih. Semoga kelak amalan tersebut berharga di sisi Allah dan menjadi bekalan kita di akhirat, hendaklah ia disertai dengan niat yang ikhlas, mengharap redha dari Allah Taala. Nabi ada bersabda yang maksudnya: Sesungguhnya, tiada harta yang kamu infakkan untuk mengharap wajah Allah pasti akan membalasnya. Sampai-sampai sesuap makanan yang kamu berikan kepada isterimu(akan diberi ganjaran). (HR. Bukhari dan Muslim)

WASIAT SAIYIDINA ALI TENTANG KEKAYAAN & KEMEWAHAN

Imam Nawawi berkata ketika beliau mensyarahkan hadith pertama yang pertama dinyatakan pada awalnya di atas (iaitu hadith dari Abu Dzur). Dalam hadis ini terdapat bukti bahawa segala amalan mubah (perkara yang diharuskan) boleh menjadi suatu bentuk ketaatan bila disertai dengan niat tulus ikhlas. Maka jimapun boleh disebut ibadah bila diniatkan untuk menunaikan hak isteri dan mempergaulinya dengan maaruf seperti perintah Allah, atau mengharap anak yang soleh atau untuk menjaga kehormatan diri sehingga tercegah dari melihat atau berfikir yang diharamkan atau maksud-maksud lain yang terpuji.(Syarh muslim Juz 3/44) Begitu banyak pintu kebajikan yang telah dibukakan oleh syariat. Marilah kita berlumba meraih janji Allah seperti yang telah dicontohkan oleh para sahabat sebagai suri tauladan bagi kita semua. Siapa pun kita tidak jadi masalah, kerana Allah Taala tidaklah membebankan pada seluruh hamba-Nya kecuali apa yang mampu dipikul oleh mereka. Yakinlah dengan janji Allah.

AL-FAQIR ILALLAH...

Dibawa oleh: http://www.facebook.com/KunciRezeki999 (Tips & Amalan Murah Rezeki)

También podría gustarte