Está en la página 1de 3

APAKAH PERTOLONGAN CEMAS? pertolongan cemas bermaksud pertolongan yang diberikan untuk membantu orang yang dalam kecemasan.

ia adalah langkah awal rawatan orang yang tercedera, sementara mendapat rawatan yang lebih sempurna daripada doktor. ia dilakukan dengan serta merta tanpa peralatan yang lengkap. nyawa setiap mangsa orang harus tahu mengendalikannya. bantuan yang kita berikan ini mungkin boleh membantu menyelamatkan kemalangan.terdapat beberapa cara yang boleh dilakukan untuk memberikan pertolongan cemas. tiap2 satu cara ini bergantung kepada keadaan kecederaan yang berlaku. LUKA; sekiranya si pesakit mendapat luka ringan sahaja, kita hendaklah membalut bahagian yang luka itu. gunakanlah kain yang sesuai dan dan bersih.balutan ini adalah untuk menahan darah daripada terus keluar melalui bahagian yang luka. jika terdapat kekotoran pada luka itu, kita hendaklah membersihkannya. tekan bahagian yang berdarah dengan ibu jari atau dengan telapak tangan anda. kadangkala, jika luka itu melibatkan salur nadi, darah akan keluar dengan banyaknya. cara yang baik untuk mengelakkan pendarahan ini ialah dengan menekan kuat pada bahagian yang berdarah. selain daripada itu, kita boleh menggunakan pembalut yang bersih dan sesuai. jika pesakit itu barasa sakit apabila digerakkan, janganlah digerakkan. dia mungkin mengalami patah tulang. KULIT MELECUR; jika salah satu bahagian anggota kita melecur disebabkan oleh benda2 panas, demahkan atau sejukkannnya dengan air sejuk atau dengan ais pada tempat yang terkena api itu bagi menghilang kan kesakitan. balut dengan menggunakan kain pembalut yang bersih. jika bahagian yang melecur itu teruk kerana terkena api, cecair yang panas, atau besi panas biarkan beberapa ketika. jika terdapat kain

atau pakaian yang terlekat biarkan pakaian atau kain itu pada bahagian yang melecur. elakkan daripada terdedah kepada udara dengan membalutnya secara longgar pada tempat yang tercedera. jangan sapu dengan sebarang minyak atau ubat. sekiranya mangsa itu sedar, berikan sebanyak mungkin air untuk diminum. bawa pesakit itu ke klinik dengan segera untuk mendapatkan rawatan selanjutnya. KEJUTAN ELEKTRIK; jika terkena kejutan elektrik, jangan terus memegang mangsa tersebut. kita hendaklah memastikan bahawa suis elektrik itu ditutup terlebih dahulu. alihkan mangsa itu dengan menggunakan bahan penebat seperti plastik atau kayu yang kering. baringkan si mangsa dan selimutkan badannya. beri ruang udara kepadanya. sekiranya dia sedar, beri minum air suam kepadanya.

PATAH ATAU TERGELIAT; jika anggota badan kita tergeliat atau patah, kawasan yang terseliuh akan kelihatan bengkak. selepas itu ia akan sakit apabila digerakkan. keadaan seperti ini memerlukan pengendalian orang yang mahir. jangan gerakkan pesakit kecuali jika dia perlu dibawa ke tempat yang lebih selamat, kaki dan tangan nya mesti disokong pada badannya secara mengikat dengan kain yang sesuai. jika tangan atau kakinya yang terseliuh atau patah, gunakan anduh untuk mengampu bahagian yang cedera itu. bawakan pesakit ke klinik dengan seberapa segera untuk mendapatkan rawatan selanjutnya. KEADAAN TERKEJUT; keadaan terkejut tidak serupa dengan pengsan. biasanya keadaan yang sakit dan kehilangan darah boleh menyebabkan keadaan terkejut. apabila kita dalam keadaan terkejut, muka kita akan menjadi pucat dan badan kita sejuk. denyut nadi kita menjadi cepat. gerak pernafasan kita menjadi pantas. pada masa ini kita mungkin sedar

atau hampir tidak sedar. kejadian yang kuat boleh menyebabkan maut. langkah2 mengurangkan kejutan= -baringkan mangsa dgn kakinya lebih tinggi daripada kepalanya. -selimutkan mangsa itu. pastikan mangsa berada dalam keadaan suam atau tidak terlalu panas. -kalau mangsa itu pulih, bolehlah diberi sedikit minuman seperti jus oren atau air garam. -bawa mangsa ke hospital yang berdekatan dengan segera untuk rawatan selanjutnya. RACUN; sekiranya mangsa terminum racun, kita hendaklah mencairkan racun tersebut dengan memberikan sus untuk diminum. buatkan magsa muntah dengan memasukkan jari ke dalam kerongkongnya. halakn kepalanya kebawah sekiranya dia mula muntah . kita perlu membawa bersama contoh racun bagi pemeriksaan doktor yang merawatnya.

También podría gustarte