Está en la página 1de 9

Maksud AURA dan Warna-Warnanya

by Chaz.e on Tue May 27, 2008 2:09 pm Aura ataupun digelar juga sebagai gelombang elektromagnetik, jaluran tenaga atau wap-wap air dalam warna-warna pelangi yang diserap dan tidak kelihatan dalam cahaya nampak tetapi sebenarnya ia wujud di persekitaran tubuh manusia, haiwan dan tumbuhan yang hidup. Aura berbentuk seperti sebuah telur raksasa. Aura adalah sebuah medan energy atau tenaga yang hidup. Setiap sel berbeza tenaga atau frekuensinya untuk membentuk organ-organ yang berlainan dengan fungsi yang berlainan juga. Sel-sel itu mempunyai tugas masing-masing. Organ hanya berfungsi sebagai satu alat yang membentuk sistem seperti ginjal, perut, pankreas dan sebagainya. Namun demikian, yang menggerakkan tenaga (daya hidup) sistem tubuh ialah kerja-kerja sel yang dikawal oleh kelajuan cahaya pelbagai warna dengan frekuensi tertentu. Aura adalah gelombang cahaya yang mengandungi medan elektrik yang mempunyai gerakan tegak dan lurus terhadap rambatan gelombang. Walau bagaimanapun gerakan cahaya aura ini tidak tetap dan sering berubah-ubah mengikut keadaan fizikal, suhu tubuh, psikologi, tenaga dan pemakanan seseorang. Keadaan ini menyebabkan cahaya dalaman diri seseorang berkemungkinan menjadi tidak stabil atau tidak terkutub lalu mengubah keadaan auranya. Untuk mendapat imej aura yang bermutu tinggi, gerakan dalam sembahyang menerusi rahsia berdiri tegak dan gerakan rukun yang lain akan memerangkap cahaya daripada gelombang yang bergerak dan terpancar di dalam satu garisan lurus melalui tulang belakang. Justeru ibadah sembahyang atau solat di dalam Islam yang dipelihara rukun menurut kedudukan tegak dan lurus pada sudut-sudut yang tepat (contohnya ketika rukuk) amat relevan dengan kajian dan pendedahan dimensi aura sebagai salah satu juzuk atau elemen cahaya yang mengisi ruang alam semesta. Inilah sedikit rahsia atau hikmah ibadah yang amat bernilai kepada manusia yang menghayatinya. Wap-Wap Air Dan Cahaya Terang-Benderang Hukum cahaya terang-benderang di dalam alam bumi ini berbanding dengan planet-planet lain sebenarnya terletak di dalam rahsia kandungan air (laut) yang memiliki unsur oksigen, nitrogen, hidrogen dan karbon dioksida. Unsur-unsur ini sebenarnya terdapat dalam pusingan lengkap tubuh manusia yang dicipta daripada air dan tanah. Wap-wap air atau aura di persekitaran tubuh manusia yang cantik, terang dan bercahaya adalah seumpama kejadian pelangi yang cantik sebagai menggambarkan tubuh manusia yang sejuk di sebelah luar dan panas di bahagian dalamnya sebagai tanda aura atau warna-warna keceriaan. Akan tetapi aura-aura atau pelangi yang malap tidak bercahaya dan pudar bermakna air di luar tubuh bertukar menjadi panas manakala suhu darah bertukar menjadi sejuk. Itu adalah tanda kesihatan yang kurang baik. Kesan semula jadinya didapati suhu tulang turut bertukar menjadi panas.

Sistem suhu mengikut lapisannya yang normal, sepatutnya darah bersifat panas dan tulang bersifat sejuk. Aura di bahagian luar tubuh juga harus dalam keadaan sejuk untuk menggetarkan pusingan elektron mengikut landasannya yang tepat. Kesan Psikologi dan Ketidakseimbangan Aura Untuk melihat sendiri bagaimana rupanya aura diri atau seseorang, salah satu kaedah moden ialah melalui penggunaan kamera aura yang digunakan oleh mereka yang menggunakannya secara komersial iaitu pengusaha kedai-kedai kristal namun, komen atau hasil laporan yang dikemukakan tidak menepati maksud yang lebih jelas dan konkrit, atau hanya untuk mendapatkan keuntungan material. Justeru anda dinasihatkan untuk hanya mengambil gambar aura diri anda dan dapatkan komen daripada mereka yang benar-benar pakar dan memahami khususnya dalam penerangan secara Islamik. Biarpun begitu, terpulanglah kepada anda untuk melihat aura diri anda atau memahaminya menerusi penjelasan di ruangan ini. Di dalam Islam, setiap diri manusia merupakan kumpulan cahaya atau 'nur' yang memiliki ukuran gelombang tersendiri yang dizahirkan sebagai watak, tingkahlaku, perangai dan psikologi dirinya. Manakala setiap psikologi itu pula bernaung pada organ-organ tubuh kita yang tertentu. Ada di kalangan individu yang diberikan anugerah mampu melihat aura orang lain, tetapi secara asasnya keadaan ini bukanlah sesuatu yang normal, kerana sekiranya seseorang terlalu kerap terlihat aura orang lain, maka yang sebenarnya ia turut mengalami kebocoran tenaga, atau lebih mudah, berpenyakit. Haiwan adalah makhluk pada tahap 'spiritual' yang dapat melihat aura manusia, sebahagian daripadanya cukup cepat mengesan aura seseorang yang cukup hebat, bertenaga, dalam kawalan diri dan sihat secara keseluruhannya. Apabila cahaya dalaman diri seseorang tidak stabil atau seimbang, bermakna terdapat organ tubuh yang sedang menghadapi masalah/penyakit lalu menghasilkan aura yang berlebihan di sekeliling tubuhnya dan memberi kesan psikologi sepertimana berikut:Putih jika berlebihan (menyelubungi orang itu), ia bererti hilang kemahuan diri, tiada semangat meneruskan kehidupan, lesu yang amat sangat, tiada ketahanan diri, mudah tercemar. Ia juga tanda akan meninggal (jika tiada warna lain selain putih). Putih seharusnya berada di luar di bahagian atas kepala berlatarkan gelap. Pink/Merah Jambu jika berlebihan bererti kesepian, sedang dilamun cinta, kerinduan yang mendalam, trauma bercinta atau putus cinta yang meninggalkan kesan penderitaan. Mengambil sedikit makanan yang pahit dapat membantu mengimbangkan pink. Violet/Ungu jika berlebihan bererti mempunyai nafsu makan dan tidur yang kuat. Rahsia emosi tahap otak. Kesunyian, bernafsu tinggi, sensitif, perasa, murung, tidak bernasib baik, sentiasa dirundung malang, tidak menghargai diri sendiri dan tidak fokus mengutuk diri sendiri, boleh jadi hancur dengan pujian. Indigo jika berlebihan dia berada dalam tekanan, tidak tenteram. Biru jika berlebihan, cita-cita yang tidak kesampaian tetapi jika biru itu seimbang, ia mempunyai

visi yang tinggi dan luas, cita-cita yang tinggi, mempunyai kebijaksanaan, penuh pengharapan, jauh pandangan serta fikiran yang terbuka. Hijau menandakan perasaan rendah diri keterlaluan. Amat pemalu ataupun sebaliknya. Tidak yakin diri sendiri ataupun sebaliknya. Perasaan berani dan penyabar tetapi apabila ia terguris perasaan, akan menjadi pendendam, bengis serta geram. Kuning bekisar pada logik, material (kebendaan). Banyak menggunakan kuasa, akal, bijak, cerdik, berkira-kira, cermat atau terlalu boros. Jika kuning berlebihan, orangnya penuh dengan perasaan was-was, syak wasangka, dengki khianat atau penyakit pada hati. Oren jika berlebihan, dia bersikap melulu, gelojoh, panas baran yang cepat. Amat cepat menyesal dengan perbuatan yang lepas. Terlalu mudah hilang pertimbangan pada diri. Suka kepada makanan masam atau langsung tidak suka pada makanan masam. Terlalu asidik (berlebihan), kedinginan seksual, lemah hormon seksual dan cepat klimaks. Banyak terjadi pada wanita. Haruslah waspada dengan sikap-sikap yang negatif seperti dinyatakan kerana jika berlarutan, ia akan memakan diri sendiri. Merah warna merah yang berlebihan ruang dalaman dan atasan bererti tanda keletihan, hilang tenaga, lemah pergerakan, cepat lenguh, kesakitan, hilang deria sentuhan, bisa-bisa otot, saraf serta tulang. Amat berkait rapat dengan fizikal. Berlebihan merah juga menandakan ketakutan yang luar biasa, gemuruh, panik dan panas baran. Petanda ada masalah gout, darah tinggi, otot, tulang, saraf dan penyakit seperti buasir.

Kalau kita perhatikan dengan santai dan pandangan yang jernih maka kita dapat melihat walau mungkin secara samar bahwa pada badan yang hidup ( juga ada badan tak hidup ) terdapat semacam lapisan warna yang meliputinya yang kita kenal dengan nama AURA. Warna dari Aura mirip seperti warna pelangi yang menyelimuti permukaan sebuah benda (terutama benda hidup) dan warna tsb dapat berubah setiap saat tergantung dari keadaan mental orang tsb. Pada manusia Aura dapat kita lihat menjadi TIGA bagian . Bagian pertama atau bagian yang paling dekat dengan permukaan tubuh yang seakan menyelimuti dan mengikuti lekuk tubuh secara tepat adalah Aura Kembaran kita.(atau disebut juga Aura kembaran Etheris). Warna Aura ini kebanyakan berwarna gelap atau kadang agak kelabu. Lapisan Kedua terletak diatasnya atau diluarnya adalah Aura bagian dalam yang sedikit banyak mencermin kankeadaan kesehatan si pemilik tubuh tsb. Lapisan ketiga adalah lapisan diatasnya lagi atau dibagian luarnya lagi yang kita sebut Aura bagian luar ,yang sangat banyak terpengaruh oleh keadaan mental atau kebatinan orang ybs.

Warna dan Artinya :


Hitam Merah Lebih banyak diartikan sebagai pikiran yang negatif Lebih banyak diartikan dengan kemarahan dan hawa nafsu Lebih banyak diartikan dengan keserakahan dan mementingkan diri sendiri. Lebih banyak diartikan dengan suasana kemuraman dan kesedihan kadang ketakutan. Lebih diartikan dengan ambisi. Lebih diartikan dengan kecerdasan pada ybs. Sifat baik Rasa keagamaan ,ketaatan dan cita-cita mulia Menunjukan tingkat kerohanian yang tinggi.

Coklat

Abu-Abu

Oranye Kuning Hijau Biru Putih

Tentu masih banyak lagi warna kombinasinya yang dapat kita lihat dan ini mempunyai arti gabungan tsb.

Tahukah anda setiap orang mempunyai auranya tersendiri? Tahukah anda aura ini mempunyai warnanya tertentu? Tahukah anda warna-warna ini mempunyai kaitan dengan personaliti kita?

Penghargaan Pendahuluan Bahagian 1 Bab 1: Suatu Kisah tentang Warna Apa Itu Warna? Bagaimana Sesuatu Benda Kelihatan Berwarna? Sejarah warna Warna menurut Islam Warna Membentuk Suatu Personaliti Bab 2: Warna dan Gelombang Cahaya

Warna asas Roda Warna Warna panas Warna sejuk Hukum keseimbangan Hukum keseimbangan dalam warna Hukum Keseimbangan Warna Alam dan Manusia Bab 3: Warna dan Sistem Tenaga Manusia Bahan Fizik dan Bukan Fizik (Metafizik) Ilmu Aura Adakah Aura Itu Mistik? Fungsi Aura Tujuh Lapisan Aura Sistem Chakra Manusia Kedudukan Tujuh Chakra Utama Fungsi Tujuh Chakra Utama Aliran Tenaga Hayat - Kundalini Jaluran Tenaga : Nadi atau Meridian Bab 4: Fakta Menarik Mengenai Warna Warna dan Kehidupan Manusia Warna dan Fungsi Tubuh Badan Warna dan Amalan Berdiet Warna Sebagai Bahasa Isyarat Warna dan Fenomena Alam Warna dan Aktiviti Manusia Warna dan Kediaman Pengaruh Warna Adakah ini Suatu Misteri? Bab 5: Manusia dan Warna Kehidupan Manusia Tanpa Warna Warna Sebagai Bahasa Minda Warna Sebagai Bahasa Global Orang Buta dan Warna Faktor Tindak Balas Terhadap Warna Warna dan Fasa Kehidupan Manusia Pengaruh Warna Pilihan (Minat)Terhadap Diri Bahagian 2 Bab 6: Rahsia Personaliti Warna Ujian Warna Serba Sedikit Informasi Tentang Ujian Arahan Ujian

Soalan Bab 7: Personaliti Tujuh Warna Personaliti Merah Personaliti Jingga Personaliti Kuning Personaliti Hijau Personaliti Biru Personaliti Indigo Personaliti Violet Penutup Teknologi Foto Aura Bibliografi

Pengenalan Warna Nabi Muhammad berkata seperti yang dilaporkan oleh Bukhari dan Muslim, yang bermaksud, Setiap bayi yang lahir itu adalah suci bersih. Maka ibu bapalah yang menjadikan mereka sama ada Yahudi, Nasrani ataupun Majusi. Melalui hadis ini, kita beroleh pengajaran bahawa anak-anak adalah umpama kain putih. Ia dapat dicorakkan dengan warna apa sahaja mengikut kemahuan ibu bapa. Sekiranya ia diwarnakan hitam, maka hitamlah ia. Sekiranya ia diwarnakan putih, maka putihlah ia dan sebagainya. Dengan perkataan lain, cara atau bentuk didikan yang diberikan oleh ibu bapa kepada anak-anak menjadi penentu sama ada seseorang anak itu menjadi orang yang baik dan berjaya ataupun sebaliknya. Kita sudah sering kali mendengar hadis ini. Biarpun pelbagai tafsiran yang terkandung di dalamnya, pernahkah kita menganalisa secara mendalam maksud dari sudut pandangan warna? Kata Suci Bersih mengingatkan kita kepada warna putih. Warna putih ini bukan hanya menggambarkan keaslian dan kefitrahan kejadian kita yang belum tercorak, ia juga menggambarkan suatu asas ilmu warna. Putih adalah warna yang belum berubah menjadi warna yang lain ataupun warna asas yang tersedia bagi dicorakkan. Secara kias, maksud corak pada hadis ini tidak lain adalah bagi menggambarkan kewujudan warna-warna lain seperti warna-warna yang ada dalam kejadian dan keindahan alam. Hadis ini juga memberi gambaran tentang sebuah perjalanan manusia yang bermula daripada bayi. Perkembangan kita dari satu tahap ke satu tahap umpama mencorakkan kehidupan kita di alam ini. Malah, kita dianugerahkan penglihatan yang diberi oleh Tuhan bagi membolehkan kita mengenali warna-warna alam yang berada di sekeliling kita. Bermula dari alam kegelapan yang tiada warna semasa di dalam kandungan ibu, kita memasuki alam penuh warna tatkala lahir ke dunia. Bermula daripada ketidakfahaman minda mentafsir warna-warna ini, sehinggalah perkembangan minda berupaya mentafsir dan menamakan satu persatu warna-warna itu. Kita mula kenal alam dengan label-labelnya. Awan itu biru, daun itu hijau, tanah itu kehitaman, senja itu kemerahan dan sebagainya. Tidak cukup dengan itu, Tuhan menganugerahkan manusia dengan cahaya ilmu sebagai penunjuk jalan. Diturunkan Quran sebagai rujukan dan panduan. Padanya terdapat pelbagai

maklumat, sejarah, panduan, manual, perundangan, arahan dan pedoman hidup. Padanya juga dicorakkan kisah dan tauladan sebagai gambaran apa yang mungkin tidak terfikir dan tidak terlihat oleh pandangan manusia. Maka, apakah sebenarnya aspek warna ini terhadap manusia? Adakah sekadar untuk menghayati keindahan alam yang dapat dijiwai oleh pancaindera? Ataupun adakah ia punya kesan lain yang lebih daripada itu? Suatu Kisah tentang Warna Mari kita berkenalan dengan warna melalui satu cerita yang menarik. Pada tahun 1977 seorang ahli terapi yang terkenal mendapat satu panggilan. Panggilan itu datang daripada Tuan Reverend Everest Strang (Reverend adalah gelaran atau panggilan bagi Ketua Agama Kristian). Beliau meminta ahli terapi itu merawat isterinya yang sedang menderita penyakit kanser kolon ataupun dikenali sebagai kanser usus. Isteri beliau enggan mengambil ubat kerana kecewa dengan kesan ubat yang diambilnya buat sekian lama. Isteri beliau bukan hanya semakin uzur, emosi dan tekanan perasaannya juga terganggu teruk hingga tidak mahu lagi mengambil ubat penahan sakit. Malah, isterinya ini tidak mahu lagi bertemu doktor. Gusar dan bimbang dengan keadaan ini, Tuan Reverend Everest meminta ahli terapi itu mengusahakan sesuatu supaya dapat menghilangkan kesakitan isterinya tanpa memberi tekanan ataupun memaksa isterinya mengambil ubat atau vaksin lagi. Apabila ahli terapi masuk ke bilik si pesakit, perkara pertama yang disedarinya adalah keadaan bilik. Dia mendapati kebanyakan benda di dalam bilik itu berwarna merah. Langsir di jendela berwarna merah, kelambu yang digunakan pada katil perempuan juga berwarna merah, permaidani indah yang bercorak berwarna merah, alas meja kecil di sisi katil berwarna merah malah cadar dan selimut yang menutupi perempuan itu juga berasaskan warna merah. Suatu yang jarang dilihatnya. Walaupun unik dan cantik, namun ada suatu yang tidak kena dengan semua aturan warna ini, bisik hati ahli perawat itu. Lantas dengan segera beliau merasakan inilah kunci kesilapan yang mungkin menyebabkan mengapa tahap kesihatan isteri Tuan Reverend Everest semakin teruk walaupun sudah mengambil ubat dan berehat secukupnya. Maka, beliau pun mencadangkan supaya sedikit perubahan dilakukan pada bilik berkenaan. Ahli terapi itu meminta langsir bercorak merah ditukar kepada warna yang kehijauan. Cadar merah ditukar kepada putih bersih. Selimut biru muda menggantikan selimut bercorak kemerahan. Alas-alas meja diganti dengan yang berwarna lembut. Karpet merah digulung lalu dikeluarkan dari bilik itu. Tidak cukup dengan itu, ahli terapi itu juga mengecat mentol bilik itu dengan warna biru. Apa yang terjadi selepas itu? Selepas perubahan kepada tema warna bilik itu dilakukan, mereka membiarkan isteri Tuan Reverend Everest berehat kembali ke katilnya. Selepas setengah jam berlalu, resah gelisah wanita itu semakin menurun. Dia kelihatan dapat berehat dan dapat menahan rasa kesakitannya. Dia juga mula mahu mengambil ubatnya kembali. Walaupun bukan pada dos yang penuh, ia suatu perubahan yang ketara dan besar. Malah selepas beberapa hari, wanita ini mula nampak segar dan berselera untuk makan. Hasilnya, dua minggu kemudian, beliau kembali sihat dan dapat melakukan aktiviti biasanya. Menakjubkan bukan? Apa keajaiban yang berlaku di dalam kisah ini? Apakah kuasa magik yang digunakan oleh ahli terapi itu? Segalanya adalah pada rahsia keajaiban yang tersembunyi di sebalik warna. Merah sering dikaitkan dengan sesuatu yang merangsangkan. Keterlaluan dalam aplikasi warna merah mengakibatkan keadaan menjadi hiperaktif. Ia merangsangkan sistem badan dengan terlalu kuat

dan mengakibatkan suhu badan meningkat dengan cepat, tekanan darah meningkat, emosi gelisah ataupun jadi marah dengan mendadak dan sebagainya. Untuk badan yang tidak sihat, kesan ini memudaratkan dan memperlahankan proses penyembuhannya. Manakala biru pula dikaitkan dengan sesuatu yang melegakan, tenang dan damai kepada sistem badan. Ia memberi kesan rehat, sihat dan selamat kepada minda. Dalam keadaan kes di atas, tubuh yang sakit memerlukan kerehatan yang cukup bagi membolehkan ia menjana kembali kekuatannya. Waktu kerehatan juga membantu sistem imun tubuh dapat melawan penyakit atau virus dalam tubuh. Tanpa kerehatan yang cukup atau sempurna, badan bekerja dalam situasi tertekan. Lalu penyembuhan sukar tercapai. Warna menghantar isyaratnya dalam bentuk getaran. Getaran itu mungkin tinggi ataupun rendah. Manusia pula bertindak sebagai penerima getaran akan memberi reaksi terhadap getaran itu. Seseorang mungkin berasa teruja ataupun mungkin akan berasa lebih tenang pada waktu itu. Ini semua bergantung pada kadar getaran yang diterima oleh sistem manusia. Sebelum kita kembara lebih jauh, ayuh kita meneliti beberapa fakta, cerita, kisah, kesan dan segalanya tentang perihal warna. Apa Itu Warna? Warna jika dirujuk pada Kamus Dewan edisi keempat membawa maksud kesan yang didapati oleh mata daripada cahaya yang dipantulkan oleh benda-benda (dengan gelombang yang berbezabeza) yang dilihatnya. Selain itu warna menurut kamus ini membawa maksud berbagai-bagai dan corak. Sesuai dengan penemuannya, warna sememangnya adalah cahaya yang dipantulkan oleh objek, dalam bentuk pelbagai dan bercorak. Jika kita merujuk sumber lain iaitu McGraw-Hill Dictionary of Scientific and Technical Terms, warna ditakrifkan sebagai general term that refers to the wavelength composition of light, with particular reference to its visual appearance. Berdasarkan dua rujukan maksud warna di atas, dapat disimpulkan bahawa warna adalah hasil daripada kepanjangan gelombang cahaya yang berbeza. Panjang ini membuatkannya berbeza antara satu sama lain jika dilihat secara visual. Contohnya apabila kita melihat sesuatu benda berwarna, sebenarnya benda itu memantulkan komposisi cahaya pada panjang gelombang tertentu. Warna yang berbeza adalah disebabkan kesan pantulan berbeza yang bergantung kepada panjang gelombang yang dipantulkan.

También podría gustarte