Está en la página 1de 9

Analisa Impak Globalisasi Ke Atas Politik Negara Membangun.

Pendahuluan

Menurut Kamus Dewan, globalisasi membawa maksud "fenomena yang menjadikan dunia kelihatan mengecil dari segi perhubungan manusia disebabkan kepantasan perkembangan teknologi maklumat.1Dalam banyak hal, globalisasi mempunyai banyak peranan yang sama dengan

internasionalisasi, dan istilah ini sering dipertukarkan. Sebahagian pihak sering menggunakan istilah globalisasi yang dikaitkan dengan kekurangan peranan negara atau keterbatasan sesebuah negara tersebut. Orang-orang Perancis menggunakan perkataan "Mondialisation" dalam menerangkan

globalisasi.Manakala orang-orang Amerika dan Inggeris pula menggunakan perkataan Inggeris "Globalization" yang mula-mula muncul di Amerika Syarikat.Ia membawa maksud, mengumumkan sesuatu dan meluaskan kawasannya agar merangkumi semua. Berdasarkan maksud tersebut, bolehlah diandaikan bahawa seruan kepada globalisasi ini jika dilaungkan oleh negara atau kumpulan tertentu, ia bererti menjadikan cara hidup negara atau kumpulan tersebut menyeluruh dan diguna pakai oleh dunia. Dalam kata lain, percubaan untuk menjadikan seluruh manusia di dunia meniru cara hidup mereka dengan apa cara sekalipun. Globalisasi seperti yang kita sedia maklum buat masa ini merupakan fenomena dunia tanpa sempadan yang begitu membimbangkan bagi negara-negara membangun dan belum membangun. Hal yang demikian berlaku kerana manusia tidak dilahirkan sama rata dari segi kaum, warna kulit, latar belakang sosial, agama dan budaya, apatah lagi etika kerja masa kini yang akan jauh berbeza daripada masa hadapan. Dunia globalisasi, langsung tidak pernah menjanjikan sebarang kekayaan kepada negara-negara yang baru membangun, jika dikaji dari pelbagai sudut dan perspektif. Oleh itu, globalisasi diistilahkan sebagai padang permainan yang sama rata di mana manusia boleh bertanding secara adil. Sungguhpun, keadaan dunia yang sebenarnya tidak sedemikian rupa. Sebagai contoh dalam sukan adakah saiz pemain, sarma ada kecil ataupun besar, telah diambil kira untuk bermain walaupun disediakan satu padang permainan yang sama? Tentunya negara yang mempunyai pemain yang berbadan besar akan memenangi pertandingan dalam apa jua keadaan. Keadaan ini boleh juga dikaitkan dengan pelbagai bidang kehidupan yang lain dalam dunia tanpa sempadan ini. Bagi negara yang sudah membangun, fenomena keadaan dan hubungan antara pelbagai hala dengan negara belum membangun akan pasti menguntungkan mereka yang telah maju. Kesan yang diterima daripada fenomena globalisasi ini tidak akan menguntungkan negara-

Teuku Iskandar (Dr.), et al., Kamus Dewan, Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka, Cet. 5, Edisi 3, 2000, Hal. 408.

negara membangun dan belum membangun kerana negara-negara yang sudah maju, sudah mempunyai hampir keseluruhan kemajuan yang telah dikuasai sejak beberapa lama dahulu. Sebagai contoh, kita dapat melihatkonflik di Timor Timur yang mencetuskan dilema antara menghormati kedaulatan wilayah Indonesia dengan tuntutan masyarakat antarabangsa.Akhirnya masyarakat antarabangsa memaksa Indonesia untuk menerima mekanisme antarabangsa.Setelah Indonesia sendiri bersetuju, barulah kita menyokong tindakan masyarakat antarabangsa.Walaupun di peringkat awal masyarakat antarabangsa hanya mahukan Indonesia memberi kuasa autonomi kepada wilayah Timor Timur, namun Indonesia memutuskan untuk mengadakan referendum bagi rakyat.Timor Timur memilih antara autonomi dalam Indonesia ataupun sebagai sebuah negara merdeka.Rakyat memilih kemerdekaan dari Indonesia bersesuaian dengan kemahuan antarabangsa berasaskan rasional sejarah penjajahan.Haruslah diingatkandi mana negara-negara membangun terus khuatir bahawa tanpa garis panduan dan prinsip yang jelas,serta di atas asas melahirkan masyarakat yang lebih saksama dan adil, negara-negara maju akan memaksa negara yang lemah ekonomi dan politiknya menerima apa sahaja yang dikehendaki oleh mereka. Walau bagaimanapun, kekhuatiran ini dapat diredakan dengan adanya penegasan bahawa campur tangan tidak akan diambil melainkan persetujuan diperoleh dari negara-negara yang terlibat dalam konflik tersebut.

Kebaikan

Terdapat beberapa aspek kebaikan yang dapat dilihat dalam perkembangan globalisasi hari ini.Antaranya ialah dunia berubah ke arah yang lebih maju dan berkembang pesat. Tidak dapat dinafikan perkembangan dunia yang moden ini adalah hasil daripada kemodenan globalisasi yang pesat membangun. Contohnya, kemudahan infrastruktur seperti jalan raya, bangunan pencakar langit, penerbangan udara dan sebagainya menggambarkan bahawa globalisasi dapat merubah corak dunia hari ini, sehinggakan timbul perasaan takjub manusia itu sendiri terhadap tahap kemodenannya. Begitu juga keadaan perkembangan multimedia dan komunikasi, segalanya berlaku dengan pantas. Contonhnya generasi muda yang baru berumur setahun jagung sudah mampu mengendalikan komputer dan internet, serta generasi tua juga turut terpengaruh hingga sanggup menghadiri kelas komputer, walaupun dalam keadaan bertongkat.Budaya masyarakat berilmu dan mengaplikasikan teknologi dapat dilihat berkembang luas bukan hanya di bandar malah, di kawasan luar bandar dan juga pendalaman. Keindahan alam turut tidak dapat dilupakan, apabila munculnya taman-taman yang mempersonakan dan menawan seperti di negara Jepun dan kelompok Asia Timur yang mementingkan keharmonian di antara pembangunan dan alam sekitar( pembangunan lestari ). Cuma, Malaysia dilihat kurang berjaya dari segi itu, mungkin di 2

sebabkan oleh mentaliti masyarakat yang kurang kesedaran terhadap siviknya.Kesimpulannya, seluruh infrastuktur dunia dan mentaliti turut berubah semenjak globalisasi tercipta, serta kedatangan barat di tanah jajahan mereka. Selain itu, kesan positif dari perkembangan globalisasi ini adalah dengan terjalinnya perhubungan antara manusia dan negara serta wujud pula kesatuan-kesatuan yang bertaraf antarabagsa dan global. Kewujudan organisasi ini bertujuan untuk membantu, menyelesaikan, mahupun sebagai wadah perbincangan dan keputusan bersama. Kemudahan berkomunikasi antara satu sama lain telah

menyebabkan negara-negara di dunia mencari persamaan antara mereka untuk bersatu dibawah panjipanji dengan kepentingan tertentu. Contohnya, kewujudan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) yang mempunyai bilangan ahli terbanyak di dunia, yang bertujuan sebagai badan bebas serta dapat membincang dan menyelesaikan masalah yang wujud antara negara-negaratanpa melibatkan peperangan dan keganasan. Namun begitu, tidak semua pertubuhan antarabangsa mampu mengawal negara anggotanya, kerana konsep the stronger wins masih diamalkan oleh negara-negara kuasa besar (kuasa veto) untuk menyelesaikan matlamat dan kepentingan-kepentingan mereka.2Walaubagaimanapun, adanya satu wadah diskusi sudah cukup baik sebagai tempat lahirnya toleransi dan kesefahaman kerajaankerajaan di dunia ini.

Keburukan Di samping kebaikan yang dapat dilihat terhadap perkembangan globalisasi, kita juga dapat melihat kesan negatif yang secara tidak langsung timbul di mana,menurut Dr. Yusuf al-Qaradawi "Sesungguhnya globalisasi seperti yang dilihat hari ini, hanyalah untuk kebaikan golongan yang kuat terhadap yang lemah, untuk keuntungan yang kaya terhadap golongan miskin dan untuk manfaat blok utara yang kaya tehadap blok selatan yang miskin.3Kenyataan tersebut jelas menunjukkan kesan negatif globalisasi. Dalam sistem globalisasi, negara yang kaya akan bertambah kaya, manakala yang miskin akan terus miskin.Pertubuhan-pertubuhan antarabangsa seperti Bank Dunia berperanan dalam mewujudkan jurang yang besar di antara negara blok utara dan blok selatan(North-South Conflict). Negara-negara dunia ketiga yang berada di blok selatan, iaitu ketika berhutang dengan Bank Dunia, akan dikenakan faedah dan syarat-syarat tertentu yang rata-ratanya akan mendatangkan kesan negatif kepada
2

Thomas Ehrlich Reiper, Globalization, Hagemony and Power: Antisystemic Movements and The Global System. London: Paradigm Publishers, 2004, hlm. 163-171. . 3 Yusuf al-Qardawi.Islamic Thinkers Society.www.http.books.google.com.my. Diakses pada 10 Mac 2012, jam 1 pagi.

peminjam. Begitu jugalah, dengan wujudnya World Trade Organization(WTO), kemiskinan dan penindasan akan berterusan.4Hal ini kerana WTO membentuk satu persaingan bebas dalam perdagangan. Sudah pasti, negara blok selatan yang masih merangkak tidak mampu mengejar, apatah lagi menyaingi negara-negara maju di blok utara. Justeru, inilah "penjajahan lama yang berwajah dan bernama baru.5

Selain itu, kesan negatif yang agak ketara di mana ianya merupakan satu sistem penjajahan yang baru secara tidak langsung dalam era globalisasi adalah hasil daripada perkembangan ini juga, menyebabkan perubahan kiblat sistem ekonomi dunia dari pergantungan matawang emas, kepada pergantungan terhadap nilai matawang Dolar Amerika dan Euro Eropah. Selepas zaman penjajahan, pertukaran yang ketara dari segi penggunaan mata wang emas kepada penggunaan mata wang berasaskan kertas dan kuprum. Dimana-mana tanah jajahan, sama ada di Timur Tengah mahupun Timur Tenggara, sistem Dinar dihapuskan sama ada secara keganasan seperti di Melaka, mahupun secara penipuan dan muslihat seperti di Mesir dan Turki. Hal ini kerana, bagi negara-negara yang mengamalkan sistem kapitalis khususnya Amerika Syarikat dan sekutunya, melihat bahawa persaingan barat dan Islam merupakan satu jurang yang harus ada, dalam erti kata persaingan harus berlaku secara dominan. Oleh itu, dalam mengekalkan kuasa barat sebagai kuasa dominan dunia (Amerika Syarikat), hal ini merupakan salah satu daripada perkembangan globalisasi, di mana mereka cuba menguasai dunia dalam bentuk dan cara apa sekalipun agar kekuasaan mereka terserlah.6Oleh yang sedemikian, Amerika Syarikat akan lebih maju dan berkembang kuasanya apabila setiap perdagangan bebas (laissez-faire) yang berlaku pada hari ini, merupakn satu sistem yang di promosikan oleh Amerika Syarikat sendiri iaitu sistem ekonomi kapitalis. Jadi, secara tidak langsung, negara-negara yang sedang membangun dan ingin mengadakan perdagangan bebas dengan kuasa dominan dunia ini, akan menggunakan sistem kapitalis sebagai syarat untuk perdagangan, walaupun negara itu mengamalkan sistem perdagangan yang berbeza.

Cabaran Dalam perkembangan globalisasi ini juga, kita dapat melihat situasi di mana cabaran yang dihadapi oleh negara yang sedang membangun khususnya penumpuan terhadap Malaysia, apabila perkembangan globalisasi ini merebak ke negara tersebut secara tidak langsung, meminggirkan bahasa
4

Annabelle Mooney and Betsy Evans, Globalization: The Key Concepts. London and New York: Taylor and Francis groups, 2007, hlm. 253-255. . 5 Roy C. Macridis and Bernand E. Brown, Perbandingan Politik. Jakarta: Penerbit Erlangga, 1996, hlm. 540-541. 6 Tim Dunne, Milja Kurki and Steve Smith, International Relations Theories: Discipline And Diversity. Oxford: University Press, 2010, hlm. 169-170.

Melayu sebagai bahasa ilmu di negara tersebut. Hal ini berlaku kerana para pelajar mudah mendapat maklumat melalui internet.Maklumat yang disebarkan melalui internet sebahagian besarnya dalam bahasa Inggeris. Selain itu, cawangan universiti luar akan terus menjadikan bahasa Inggeris sebagai wahana dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Pada masa ini juga, sudah banyak Institusi Pengajian Tinggi Swasta(IPTS) yang telah menjadikan bahasa Inggeris sebagai bahasa pengantar. Hal sebegini akan meminggirkan bahasa Melayu sebagai bahasa ilmu walaupun sudah terbukti bahawa bahasa Melayu mampu menjadi bahasa ilmu dalam semua bidang. Jika hal ini berlaku, bahasa Melayu akan menjadi bahasa kedua dalam kehidupan masyarakat Malaysia dan usaha ke arah pembinaan bangsa Malaysia berdasarkan bahasa Melayu akan terbantut. Globalisasi akanmenguntungkan pengkomersilan pendidikan itu sendiri. Ahli korporat pendidikan akan mengaut keuntungan melalui bidang pendidikan. Amat dibimbangi jika hal ini berterusan dan tanpa kawalan, matlamat dan objektif asal pendidikan akan terkorban. Demi mencapai keuntungan semata-mata, kualiti pendidikan mungkin diabaikan. Masalah ini akan ketara apabila kelayakan pengambilan pelajar tidak diambil berat, seperti dikenakan syarat yang longgar, pensyarah terdiri daripada mereka yang kurang terlatih dan kurang pengalaman, kemudahan pengajaran dan pembelajaran yang minimum, kualiti ilmu yang diajar meragui dan lain-lain lagi.7 Selain itu, pengkomersilan pendidikan seperti ini akan menafikan konsep pendemokrasian pendidikan. Hanya pelajar yang mampu dari segi kewangan sahaja yang berpeluang melanjutkan pelajaran.Secara purata, hanya 20 peratus sahaja bilangan pelajar bumiputera di IPTS berbanding ratusan ribu pelajar IPTS keseluruhannya. Perkara ini jika tidak dibendung akan meluaskan jurang antara golongan bumiputera dengan golongan bukan bumiputera. Di samping itu, hanya yang kaya sahaja akan dapat menikmati pendidikan tinggi, manakala yang miskin dinafikan peluang mereka. Hal ini bertentangan dengan dasar kerajaan yang ingin melahirkan masyarakat berilmu tanpa mengira latar belakang agama dan bangsa. Cabaran seterusnya yang akan timbul ialah penghayatan ilmu itu semakin terhakis. Hal yangsedemikian kerana para pelajar hanya belajar ilmu sahaja tanpa menghayati ilmu itu sendiri.Mereka belajar hanya untuk tujuan peperiksaan atau demi memenuhi tugasan yang diberikan sahaja. Ini akan melahirkan generasi yang cerdik pandai tanpa diimbangi dengan penghayatan ilmu itu sendiri. Akibatnya, kemahiran yang mereka miliki mungkin akan digunakan untuk tujuan negatif seperti melakukan pecah amanah, menipu dan sebagainya.

Politik

Malaysia. Pelan Integriti Nasional. Kuala Lumpur: Percetakan Nasional, 2004, hlm. 21-25.

Demokrasi merupakan satu konsep yang meluas digunakan sehingga hari ini. Hal ini dapat dilihat apabila kebanyakkan negara-negara yang sedang membangun dan rantau Asia Tenggara khususnya, memilih secara terbuka bahawa demokrasi merupakan satu konsep yang sesuai dalam pentadbiran sesebuah negaranya. Pembangunan politik dan corak pemerintahan demokrasi dipengaruhi secara dominan oleh barat. Hal ini kerana dalam memperkembangkan kuasa dominan dunia, pihak barat khususnya Amerika Syarikat dan sekutunya telah memperkenalkan konsep demokrasi bertujuan untuk negara-negara dunia ketiga mengikuti rentak pemerintahan barat dan sekali gus, menjadi naungan barat. Demokrasi lebih merujuk kepada mutlaknya kuasa pemerintah itu daripada rakyatnya. Hal ini kerana dalam konsep demokrasi, disinonimkan bahawa rakyat mempunyai kuasa sepenuhnya dalam memilih pemerintah mereka di sesebuah negara tersebut. Menurut Robert Dahl: sistem politik demokrasi adalah sesuatu sistem yang benar-benar atau hampir mutlak bertanggungjawab kepada semua warganegaranya.8 Perkembangan idealism demokrasi dapat merujuk kepada konsep negara bangsa, keadilan sosial, kontrak sosial, general will, industrialisasi, modenisasi, kapitalisme, penyertaan rakyat dan hak rakyat awam.9 Oleh itu, dapat disimpulkan bahawa kesemua konsep ini telah menjelaskan hubungan yang kukuh di antara demokrasi dan masyarakat dalam panduan sesebuah negara. Idealism demokrasi ini sebenarnya mempunyai hubungkait yang rapat dengan teori liberalism. Hal yang sedemikian adalah kerana teori liberalism, sering dikatakan dan dikemukakan oleh beberapa sarjana Hubungan Antarabangsa merupakan sebahagian daripada perspektif demokrasi. Demokrasi dipilih oleh masyarakat iaitu individu itu sendiri, manakala dalam liberalism andaian asas yang utama dapat mempengaruhi sesuatu keputusan terletak pada individu tersebut. Bagi Mac Pherson: Satu orang, satu suara menghasilkan perlindungan diri (self-protection) kerana penguasa dapat dijatuhkan apabila rakyat bersuara.10 Hal ini menunjukkan hubungkait demokrasi liberal bergantung sepenuhnya terhadap rakyat, dan pemerintah tidak harus membuat keputusan itu berdasarkan kepentingan peribadi mahupun menggunakan aktor state sebagai mempengaruhi sesuatu keputusannya. Namun begitu, kita dapat melihat beberapa ciri liberalism yang dikatakan demokrasi secara tidak langsung iaitu pertama, aktor non state adalah penting dan tidak boleh diabaikan perananya dalam politik antarabangsa.11 Kedua,

Roy C. Macridis and Bernand E. Brown, Perbandingan Politik. Jakarta: Penerbit Erlangga, 1996, hlm. 77.

Ghazali Mayudin, Jamaie Hamil, et al., Demokrasi Kepimpinan dan Keselamatan dalam Politik Malaysia. Malaysia: Universiti Kebangsaan Malaysia, 2006, hlm. 27.
10

Georg Sorensen, Demokrasi dan demokratisasi. Yogjakarta: Pustaka Pelajar, 2003, hlm. 7.

11

Mohd. Nor Yazid, Politik Antarabangsa Asia Pasifik. Kuala Lumpur: Utusan Publications & Distributors Sdn Bhd, 2000, hlm. 14.

aktor state tidak bersifat unitary.12 Ketiga, state tidak digambarkan sebagai aktor yang rasional dan terakhir agenda Hubungan Antarabangsa adalah meluas dan tidak hanya tertumpu pada isu-isu ketenteraan serta keselamatan.13 Oleh itu, dapat dikatakan bahawa dalam pembentukan sesebuah demokrasi bagi sesebuah negara adalah bersandarkan konsep liberalism. Penutup Kesimpulannya, akibat daripada globalisasi ini kita dapat melihat bahawa terdapat beberapa kebaikan dan keburukan serta cabaran yang telah dibincangkan yang terpaksa dihadapi oleh negara membangun sama ada secara lansung mahupun tidak langsung. Hal sedemikian dapat dilihat apabila negara membangun menghadapi cabaran hebat untuk mewujudkan pencapaian pembangunan sosial, budaya serta ekonomi dan pada masa yang sama menegakkan hak politik dan sivil rakyat. Mereka berusaha mencari keseimbangan antara hak politik dan sivil dengan hak untuk mengecapi nikmat pembangunan ekonomi, sosial dan budaya. Mereka juga tidak dapat menerima tekanan dari negara maju yang hendak mengenakan norma dan nilai negara maju sebagai sejagat untuk dipatuhi oleh negara membangun.Walau bagaimanapun, ramai pemerhati politik dan masyarakat antarabangsa berpendapat bahawa globalisasi dan kebergantungan menyebabkan sempadan kedaulatan sesebuah negara mula runtuh. Ada pihak yang mengatakan bahawa konsep kedaulatan negara yang dianggap sebagai kebal di masa lampau, kini tidak lagi relevan dan lapuk.Lantaran itu pemerintahan dalam negara menjadi lebih menyusahkan dan kompleks.Dalam konteks kebergantungan inilah negara membangun menghadapi tekanan hebat. Namun demikian, campur tangan tidak dikatakan campur tangan jika ia berlaku dengan persetujuan negara yang terlibat.

12

Ibid.,hlm. 15. Ibid.,hlm. 16.

13

Rujukan: Buku Annabelle Mooney and Betsy Evans. 2007. Globalization: The Key Concepts. London NewYork: Taylor and Francis groups. Roy C. Macridis and Bernand E. Brown. 1996. Perbandingan Politik. Jakarta: Penerbit Erlangga. Thomas Ehrlich Reiper. 2004. Globalization, Hagemony and Power: Antisystemic The Global System. London: Paradigm Publishers. Tim Dunne, Milja Kurki and Steve Smith. 2010. International Relations Theories: Diversity. Oxford: University Press. Internet Yusuf al-Qardawi.Islamic Thinkers Society.www.http.books.google.com.my. Diakses 10 Mac 2012, jam 1 pagi. Jurnal Sity Daud. 2004. Globalisasi Dan Negara Pembangunan, Akademika 64 ( Januari ): 27- 41. Kamus Teuku Iskandar (Dr.), et al., 2000. Kamus Dewan, Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka, Cet. 5, Edisi 3. Kertas Cadangan Kertas Seminar. 2010. Lumpuhnya Sistem Keadilan: Tantangan Penegakan Hak-hak Manusia dan Peranan Advokat untuk Kepentingan Publik. Jakarta. Diselenggarakan oleh ELSAM, Sawit Watch, HUMA, 3 5 Ogos. Azasi pada Discipline And Movements and and

Laporan Kerajaan Malaysia. 1971-2001. Pelbagai Rancangan Malaysia. Malaysia. 2004. Pelan Integriti Nasional. Kuala Lumpur: Percetakan Nasional.

También podría gustarte