Está en la página 1de 4

Institusi Pendidikan Mekanisme Perpaduan Bangsa Malaysia

Pendidikan berakar umbi daripada perkataan didik yang bererti pelihara, ajar dan jaga. Setelah dijadikan analogi, pendidikan boleh dihuraikan sebagai satu proses yang berterusan untuk menjaga dan memelihara pembesaran tubuh badan dan pertumbuhan bakat manusia dengan rapi . Secara langsungnya, institusi pendidikan boleh diiktirafkan sebagai tempat untuk memperolehi ilmu pengetahuan, tempat untuk melahirkan orang yang berilmu, baik tingkah laku dan dapat mengekalkan nilai-nilai budaya di kalangan masyarakat. Tajuk saya pada pagi yang indah serta mulia ini adalah institusi pendidikan mekanisme perpaduan bangsa Malaysia. Jadi, persoalan yang dimain-mainkan dalam minda ialah apakah hubung kait antara institusi pendidikan dengan perpaduan bangsa Malaysia? Secara tidak langsungnya, masyarakat Malaysia yang terdiri dari bangsa Melayu, Cina, India, lain-lain etnik, dan beragama Islam, Buddha, Hindu, dan Kristian menjadi rujukan pihak pemerintah sebelum sesuatu dasar

dirangka agar manfaat dan faedah dapat dirasai oleh semua golongan masyarakat. Melalui pendidikan, nilai-nilai murni seperti hormat-menghormati, bertoleransi,

bekerjasama, dan aspekaspek moral diterapkan kepada masyarakat yang bertujuan untuk melahirkan pewaris negara yang berkualiti, bertanggungjawab, berdaya saing, bijak, dan mempunyai sifat patriotik di mana ia penting untuk memupuk perpaduan di kalangan masyarakat.

Sidangan dewan yang di kasihi, Pendidikan telah lama dianggap sebagai satu elemen dalam

menyatupadukan rakyat. Selepas tercetusnya peristiwa berdarah pada 31 Mei 1969, sekolah aliran Inggeris telah ditukar kepada sekolah aliran kebangsaan yang menggunakan bahasa Melayu. Ianya bukan sahaja untuk memartabatkan bahasa Melayu tetapi juga cuba memupuk semangat perpaduan di kalangan rakyat melalui penggunaan satu bahasa. Namun begitu, sekolah jenis kebangsaan yang menggunakan bahasa pengantar bukan Melayu masih terus kekal bagi menjaga identiti kaum Cina dan India. Sehingga kini, kita masih lagi berhadapan dengan kekangan untuk memupuk integrasi nasional di kalangan rakyat Malaysia. Walaupun

di peringkat sekolah menengah, kaum Melayu, Cina dan India serta kaum-kaum lain sama-sama mengikuti pembelajaran, tidak wujud semangat kekitaan yang menyeluruh. Masih wujud budaya prejudis dan stereotaip. Budaya ini berlanjutan hingga ke universiti di mana pelajar Melayu hanya bercampur dengan pelajar Melayu, manakala pelajar lain terus bersama kaumnya.Jadi, tidak hairan jika kita terus mendapati bahawa sehingga kini pengasingan kaum ini masih terus lagi wujud.

Dengan ini, pendidikan adalah mekanisme yang boleh digunakan untuk membawa perubahan yang diingini. Untuk mengurangkan prasangka etnik dalam era Dasar Ekonomi Baru (DEB) sejak tahun 1970, maka telah dilaksanakan Sistem Pendidikan Kebangsaan (SPK). Sehubungan itu, kajian Ibrahim Saad (1979) telah menunjukkan bahawa walaupun masih ada perbezaan sikap antara etnik, tetapi sistem pendidikan kebangsaan telah sedikit sebanyak mengubah pandangan sebahagian rakyat tentang penyatuan etnik dan perpaduan nasional. Selain itu, kajian yang dilakukan di Jabatan Perpaduan Negara (1987) menunjukkan adanya perubahan yang menggalakkan dalam erti kata SPK dapat meningkatkan tahap perpaduan dan kesepaduan. Sehubungan itu, kajian Robiah Sidin dan rakan-rakan (1989) pula menunjukkan pendidikan bahasa kebangsaan telah memainkan peranan dalam membina patriotisme, sifat kepahlawanan dan kebanggaan nasional. Kesemua faktor itu unsur yang penting kepada perpaduan kaum. Namun, kajian itu tidak meliputi peranan sastera kebangsaan yang didapati juga penting dalam membina perpaduan nasional.

Para hadirin dan hadirat, Sistem persekolahan yang terbaik adalah sistem pesekolahan yang meliputi keseluruhan kehidupan masyarakat Malaysia, di mana ia tidak hanya terhenti apabila seseorang individu tamat persekolahan atau tamat pengajian di institusiinstitusi pengajian tinggi, tetapi ia menjadi kesinambungan dalam kehidupan hingga ke hari tua dengan memberi sumbangan bagi memartabatkan bangsa dan negara.

Pendidikan pula dapat menyeimbangkan sosio-ekonomi di antara kaum dan kumpulan etnik di mana ia dapat dilihat melalui peluang-peluang pekerjaan, pendapatan, dan pegangan ekuiti. Apabila keadaan ini tercapai, kestabilan ekonomi, politik, dan sosial akan dapat berkembang maju. Contohnya pada zaman pemerintahan Inggeris, punca kaum Melayu mundur dan miskin adalah disebabkan mereka tidak diberikan peluang yang sama untuk mendapat pendidikan. Ini juga menjadi penyebab utama perpaduan yang erat di kalangan masyarakat majmuk sukar untuk dicapai. Hal ini mempunyai kaitan yang rapat dengan dasar dan sistem pelaksanaan pendidikan yang tidak meliputi semua golongan masyarakat. Selain itu, melalui dasar pendidikan, kerajaan boleh memainkan peranan dengan semua sekolah kebangsaan, sekolah jenis kebangsaan Cina dan Tamil bergabung mengadakan dan menganjurkan program bersama yang melibatkan penyertaan semua murid-murid dan guru. Pengisian pelajaran di sekolah kebangsaan, sekolah jenis kebangsaan Cina dan Tamil juga diselaraskan semula dengan menggunakan isi kandungan yang sama dengan menambah bahasa Mandarin dan Tamil sebagai matapelajaran wajib dan satu sistem persekolahan boleh dijalankan melalui penggabungan elemen-elemen termasuk kebudayaan, pemakanan, dan adat resam yang terdapat dalam sekolah kebangsaan, sekolah jenis kebangsaan Cina dan Tamil. Dengan ini, barulah perpaduan antara muridmurid dan pelajar dapat dikukuhkan dan diikat sesama hati. Perkembangan pendidikan di Malaysia ternyata mengalami banyak

perubahan, terutama sejak zaman penjajahan hinggalah zaman selepas merdeka. Perkembangan masyarakat seiring dengan perkembangan dasar-dasar negara yang sentiasa ditambahbaik bagi memastikan keperluan rakyat terbela. Perubahan dalam sektor pendidikan menjadi intipati penting dalam pengukuhan perpaduan negara ke arah yang lebih baik kerana pendidikan menjadi peneraju pembentukan masyarakat. Aspek-aspek murni amat ditekankan dalam pendidikan kerana sebagai masyarakat majmuk, nilai-nilai murni perlu ada dalam diri setiap sebuah

masyarakat.

Namun, walaupun banyak perubahan yang telah dilakukan, kelemahan-kelemahan masih lagi wujud dan perlu diambil serius oleh pihak kerajaan untuk

menyelesaikannya dengan segera. Kelemahan yang wujud umpama barah yang akan merebak menjadi semakin besar, malah boleh menyebabkan perpecahan

dalam masyarakat. Masalah-masalah yang melibatkan isu-isu antara kaum perlu

diselesaikan segera, bukan dibiarkan

senyap begitu sahaja.

Oleh itu, untuk masyarakat perlu

mencapai matlamat perpaduan negara yang kukuh, seluruh

berganding bahu, seiring dengan usaha murni kerajaan melalui dasar-dasar dan rancangan baru. Mutu pendidikan yang sempurna serta hubungan masyarakat yang harmoni menjadi tunggak kejayaan yang akan menjadikan Malaysia sebuah negara maju dan dapat merealisasikan Wawasan 2020.

También podría gustarte