PENGENALAN Kurikulum Pendidikan Seni Visual disusun berdasarkan dua bidang iaitu Bidang Penghasilan Seni Visual serta

Sejarah dan Apresiasi Seni Visual. Kedua-dua bahagian ini diharapkan dapat membantu murid dalam menguasai pelbagai kemahiran. Antara kemahiran yang akan dikuasai murid melalui pendidikan seni visual ialah kemahiran berfikir secara kritis dan kreatif, kemahiran berkomunikasi secara berkesan, kemahiran membuat pilihan dankeputusan yang tepat, kemahiran mencari, menginterpretasi dan mengaplikasi maklumat, kemahiran bekerjasama dan kemahiran pengurusan. Bagi membolehkan murid menguasai kemahiran-kemahiran ini guru perlu mengintegrasikan kedua-dua bidang ini dalam pengajaran dan pembelajaran. Dalam penghasilan seni visual, kegiatan harus melibatkan penerokaan, pewujudan idea, perkembangan idea, pembelajaran secara terancang, penggunaan teknologi, alat dan bahan melalui teknik tertentu. Semua kegiatan seni mengutamakan kajian-kajian sebelum, semasa dan selepas proses penghasilan. Ini bertujuan menerapkan budaya penyelidikan di kalangan murid. Dalam mencapai matlamat Pendidikan Seni Visual dan juga matlamat Falsafah Pendidikan Kebangsaan ini, peranan guru amat penting dalam pengurusan terutamanya dalam menghasilkan ruang atau bilik studio khusus yang memberi impak yang maksimum kepada murid. Ini kerana kekuatan Pendidikan Seni Visual di sesebuah sekolah terletak kepada guru dan tempat operasi iaitu Bilik/Studio Pendidikan Seni Visual. Pengajaran dan pembelajaran Pendidikan Seni Visual dijalankan dalam bentuk teori dan praktikal tetapi pendekatannya bergantung kepada kebijaksanaan guru untuk mengendalikannya asalkan meliputi tiga domain iaitu, pengetahuan, kemahiran dan nilai. Perkara yang ditegaskan dalam bidang penghasilan seni visual adalah kegiatan kreatif yang melibatkan benda-benda yang dapat disentuh, dilihat dan diimaginasi bagi menggalakkan perkembangan persepsi dan daya intuisi.Dengan ini diharapkan fahaman nyata dan abstrak dapat diselaraskan dan pemupukan minat terhadap Pendidikan Seni Visual dapat dikembangkan. Bidang Sejarah dan Apresiasi Seni Visual memberi tumpuan kepada pengalaman seni dalam kehidupan harian dan dalam budaya kebangsaan. Perbandingan dengan seni dan budaya luar juga digalakkan bagi memperlihatkan keseimbangan pendedahan dalam bidang seni visual termasuk kraf kebangsaan demi mengenali seni visual dalam evolusi budaya kebangsaan.

Alat P&P .Alat-alat yang digunakan untuk Penghasilan Produk. 2. Bahan P&P . Antara ciri-cirinya ialah ada bahagian P&P teori.PENGURUSAN BILIK SENI Pengurusan bilik seni merupakan satu aspek utama dalam konteks proses pengajaran dan pembelajaran Pendidikan Seni. Peralatan PSV . seperti carta. Suasana dalam bilik seni ini sepatutnya menjadi daya penarik dan menjadi sumber ilham bukan sahaja kepada pelajar dan guru bahkan kepada seluruh masyarakat sekolah dan pelawat. menarik dan menekankan aspek-aspek keselamatan.Alat P&P seperti LCD projektor. Bilik/studio seni perlu menampilkan suasana yang menyeronokkan apabila masuk. Printer dan lain-lain 5. 3. Misalnya . mempunyai ciri kebersihan. terutamanya guru panatia/guru kanan juga perlu mewujudkan bilik seni yang standard. Di dalam pengurusan bilik seni.teredapat bahan P&P yang sesuai di letakkan ditempat-tempat yang sesuai. Guru Pendidikan Seni hendaklah sentiasa berusaha bersama-sama guru-guru seni yang lain untuk mewujudkan keadaan dan suasana yang sesuai. 4.perabot perlu sesuai dengan P&P PSV. Guru-guru pendidikan seni . keindahan. Perabot yang sesuai . Standard di sini bermaksud ianya mempunyai fasiliti yang lengkap. Guru Pendidikan Seni hendaklah memainkan peranan penting dalam aspek ini. Komputer. aspek-aspek yang perlu di beri perhatian yang sewajarnya adalah seperti berikut : 1. Trapuitik . Bengkel kasar dan bengkel halus.yakni bilik/studio yang menarik apabila masuk. contoh-contoh hasil kraf tempatan dan lain-lain lagi yang sesuai juga dipamerkan dalam bilik seni. Selain hasil kerja pelajar. buku-buku dan lain=lain. Bahan-bahan seni yang dipamerkan hendaklah disusun mengikut jenisnya seperti: • unsur seni • menggambar / melukis • warna • lukisan alam semulajadi • seni huruf dan sebagainya. mesra pengguna dan terasa selesa.

jadual pengagihan tugas dan jadual waktu penggunaan bilik seni. Sebaiknya di bilik/studio PSV juga terletaknya pejabat seni kerana memudahkan segala pengurusan PSV samada darisegi pengurusan Fail dan pengurusan P&P. 10. Untuk itu saya telah melengkapkan satu pelan lantai yang futuristik. ruang pejabat seni.Sebaiknya ada beberapa singki air untuk membantu proses P&P. ruang akses ict. 8. Sebaiknya semua bidang perlu ada dipamerkan: Bidang Seni Halus. . ruang tembikar.mesin-mesin yang digunakan untuk membina tembikar. Bahagian Pameran . Terdapat beberapa ruang utama didalam bilik seperti ruang utama pengajaran dan pembelajaran. gergaji elektrik dan sebagainya.Stor adalah tempat terkawal menyimpan bahan dan alat untuk kegunaan P&P.bahagaian pameran terbahagi kepada dua iaitu satu yang kekal dan satulagi semasa hasil dari kerja-kerja pelajar. telah berlaku banyak perubahan di sekeliling kita tanpa kita sedari. klin. Sebagaimana yang telah kita sedia maklum melalui peredaran masa dan zaman.iaitu Notis Board. 11. Stor . dengan harapan dapat diterima pakai oleh pencinta-pencinta seni berkarya dan meluahkan hasil-hasil karya mereka apabila berada di ruang pendidikan seni visual futuristik ini. maklumat notis semasa. komunikasi Visual. Poster keselamatan perlu ada agar guru dan pelajar sentiasa berhati-hati semasa menggunakan peralatan dan bahan PSV. 6. Singki Air . perlu ada satu arena yang kondusif dan sesuai serta lengkap prasarana juga infrastruktur supaya bakat-bakat seni dapat digilap. Papan Maklumat . Kraf dan reka bentuk. ruang cetakan . Konsep bilik seni yang saya bawakan adalah lebih kontemporari dengan mengekalkan keperluan asas di dalam bilik seni. ruang tekstil. Justeru. stor dan sebagainya. pendidikan seni juga turut berubah kearah kesenian yang lebih kontemporari. Murid-murid semakin kreatif dalam menterjemahkan idea secara lisan tulisan mahupun melalui seni khususnya melalui subjek Pendidikan Seni dan Visual. 7. 9. PENGURUSAN RUANG PENDIDIKAN SENI VISUAL BERKONSEPKAN FUTURISTIK Seiring dengan era globalisasi.

2) Cetak dalam (Intaglio) dry print. Ruang ini juga dilengkapi dengan pendingin hawa untuk keselesaan yang optimum. B. sugartint 3) Sablon (Silk screen). Komputer-komputer yang digunakan . etsa. Ruang ini boleh memuatkan antara 10 hingga 15 orang pada satu-satu masa. rak kasut disediakan dan pengunjung-pengunjung boleh meletakkan kasut pada arak kasut yang telah disediakan. Pelajar boleh mempelajari teknik cetak konvensional seperti 1) Cetak tinggi (relief print). Dengan ini ruangan cetakan banyak membantu pelajar menghasilkan karya-karya seni hasil gabungan teknologi moden dan konvensional. mizotint. Untuk menjaga kebersihan bilik ini. wood engraving print. lino cut print. Pendingin hawa ini juga telah dilaraskan secara automatik mengikut keselesaan pengunjung-pengunjung yang berada di dalam bilik tersebut.Semuanya ini bertujuan untuk memberi keselesaan yang optimum kepada pengkaryapengkarya yang menggunakan ruang futuristik yang saya ciptakan ini. wood cutprint. RUANG AKSES ICT Ruang ini digunakan untuk mendapatkan sebarang maklumat yang dikehendaki oleh pengguna-pengguna khususnya maklumat yang berkaitan dengan pendidikan seni dan visual. RUANG CETAKAN Ruang cetakan penting agar pelajar dapat mencetak hasil-hasil seni mereka. Pelbagai alat cetakan yang menggunakan teknologi canggih mahupun yang bersifat konvensional disediakan di ruangan ini. bilik ini adalah berkonsepkan futuristik maka rak kasut yang terdapat di sini juga dapat dikawal hanya dengan menekan butang yang disediakan dan rak kasut tadi akan masuk ke dalam satu ruangan yang tidak dapat dilihat lagi. Tidak dapat dinafikan bahawa setiap kejayaan yang dicapai itu memerlukan sokongan dari perkaraperkara yang lain iaitu ruang pembelajaran yang dapat mencetuskan idea-idea hebat melalui penggunaan ruang atau prasarana yang kontemporari. Seperti yang telah dinyatakan tadi. Teknik cetak dengan teknologi moden adalah seperti offset dan digital print. HURAIAN PELAN LANTAI BILIK SENI A.

lilin.juga berkonsepkan futuristik dan tidak dapat dilihat kecuali dengan menekan butang untuk mengeluarkan skrin komputer dan seterusnya dapat digunakan. cat dalam pelbagai warna dan jenis seperti cat minyak. RUANG PEJABAT SENI Ruang pejabat seni juga penting untuk melaksanakan aktiviti pengkeranian. komputer ini akan masuk semula ke dalam ruangan yang tidak dapat dilihat lagi. Selain itu. Selain itu juga terdapat pelbagai jenis alatan serta bahan untuk kegunaan pelajar contohnya ialah berus dalam pelbagai saiz. Stor ini digunakan untuk menyimpan pelbagai barangan yang diperlukan sewaktu sebarang proses membuat aktiviti yang diperlukan. pisau dan sebagainya. Untuk menjaga kebersihan stor ini supaya sentiasa kemas. Stor ini juga dilengkapi dengan peralatan yang serba canggih untuk memudahkan semua aktiviti yang berlaku di dalam stor ini. . Stor yang tidak dijaga dengan rapi akan menyebabkan penggunaannya terganggu kerana sudah pasti ada habuk. Walau bagaimanapun oleh kerana peralatan yang digunakan adalah canggih. folio-folio dan hasil kerja pelajar di atas rak kayu yang dibina di dalam stor. maka habuk dan kekotoran hampir tidak berlaku di bilik ini kerana ada alat pengesan yang dapat mengesan sebarang kekotoran dan perkara ini dapat diatasi dengan begitu mudah. Begitulah juga sewaktu komputer itu akan dimatikan. Stor penyimpanan alatan amat diperlukan sama sekali. kotoran dan yang seumpamanya. cat paster. Oleh itu alat dan bahan ini perlu diasingkan dan disimpan ditempat yang selamat. stor juga boleh digunakan untuk menyimpan alat atau bahan seperti buku-buku. D. Ini bertujuan untuk menjimatkan ruang dan melindungi jangka hayat komputer supaya dapat bertahan lebih lama lagi. cat air. Ini kerana di dalam bilik seni ini guru perlu menyediakan pelbagai stok alatan serta bahanbahan keperluan dalam kuantiti yang banyak. gunting. C. Ianya juga berfungsi sebagai tempat untuk melaksanakan penerimaan. jadual tugasan disediakan supaya setiap kali stor ini digunakan kekemasan stor akan sentiasa terpelihara. merekod. STOR Stor berada bersebelahan dengan ruang pejabat seni.

Di ruang pejabat ini juga digunakan sebagai tempat menerima. guru seni hendaklah berusaha menentukan bahawa bilik darjah atau bilik seni adalah bersih. mengesah dan memperakukan barang yang diterima daripada pembekal. Semua tandas di sini juga berkonsepkan futuristik dan mesra pengguna. Sudut seni untuk pameran contoh-contoh hasil kerja pelajar perlu ada dan diuruskan dengan menarik dan kemaskini. pengendalian dan pengeluaran stok. merangkumi keadaan fizikal dan suasana pembelajaran yang sesuai dan kondusif untuk sesuatu pelajaran. BILIK AIR/TANDAS Keperluan asas didalam bilik seni juga dititikberatkan. . Bilik air dan tandas yang selesa disediakan untuk sesiapa sahaja yang menggunakan bilik seni. Kepala paip diaplikasikan dengan teknologi sensor. (ii) Suasana di studio Pendidikan Seni yang dihiasi dan diatur kemas dengan carta. Ianya dapat dilakukan dengan cara-cara berikut: (i) Penyusunan meja kerusi murid mengikut kumpulan.penyelenggaraan. (a) Aspek fizikal Dari aspek fizikal. EMOSI DAN SOSIAL Iklim bilik darjah dalam konteks pengajaran dan pembelajaran Pendidikan Seni Visual sama ada di bilik seni ataupun di sebuah bilik darjah biasa. E. Kepala paip ini sungguh berkesan untuk mengurangkan pembaziran air ketika tidak digunakan dan juga memudahkan pengguna kerana tidak perlu memusing kepala paip sekiranya tangan licin atau berminyak. IKLIM BILIK PENDIDIKAN SENI VISUAL DARI ASPEK FIZIKAL. Bilik air dan tandas ini juga dilengkapi dengan exhaustfan untuk menyedut udara panas. Revolusi reka bentuk kepala paip menunjukkan satu inovasi baru diadaptasikan di sini. pengguna cuma perlu menghulurkan tangan untuk mengeluarkan air. susunan perabot adalah teratur dan sesuai untuk aktiviti yang akan dijalankan.

khasnya dalam bilik darjah. (c) Aspek emosi Suasana emosi merujuk kepada perasaan murid-murid terhadap guru mereka. masyarakat dan guru-guru. peramah dan lucu serta menjalankan tugas dengan adil. Anda boleh mewujudkan suasana ‘rapport’ dan disenangi oleh murid dengan: (i) memenuhi kehendak fisiologi iaitu memuaskan deria. (iii) mewujudkan suasana interaksi sesama murid. mengamalkan sikap demokrasi dan tidak memilih kasih. iii) membentuk suasana yang meransang kreativiti. bertimbang rasa. (ii) berfungsi sebagai pemangkin untuk mengembangkan minat. Suasana emosi ini akan menimbulkan jenis-jenis tingkah laku murid yang ditentukan oleh sifat guru dan gaya mengajarnya. Aspek emosi ini akan dapat: (i) menarik minat murid. Murid yang dapat berinteraksi dalam pembelajarannya akan mudah menguasai ilmu yang dipelajari. dan . bakat. (ii) memenuhi kehendak mental. Mengikut kajian. untuk keperluan berfikir. (b) Aspek Sosial Suasana sosial merujuk kepada perhubungan dan corak interaksi di antara murid dengan murid. suasana emosi bilik darjah yang kondusif biasanya ditimbulkan oleh guru yang mempunyai sifat penyayang.gambar. Mereka akan melalui sosiometri dalam penguasaan berinteraksi dalam sesuatu kumpulan dan disinilah proses pengajaran dan pembelajaran akan berlaku. (iii) Saiz studio yang mempunyai ruang yang cukup untuk bergerak dapat memberi keselesaan kepada murid-murid menjalankan aktiviti kumpulan dan permainan. kreativiti dan inovatif. rak pameran dan alat bantu mengajar yang mengalakkan aktiviti pengajaran dan pembelajaran. bertanggungjawab.