Está en la página 1de 18

KRP 3013: KURIKULUM DAN PENGAJARAN SEKOLAH RENDAH

TAJUK TUGASAN

TUGASAN PERBINCANGAN TAJUK/UNIT KRP 3013 TAJUK/UNIT 1,2,5,6DAN7

KUMPULAN

KLTN 11 (A112 PJJ)


DISEDIAKAN OLEH NAMA NO.ID NO. TELEFON

AFANDI BIN IBRAHIM

D046884

019-9327731

NAMA TUTOR E-LEARNING: DR.IKHSAN BIN OTHMAN TARIKH SERAH: 28/04/2012

SI KANDUNGAN Perkara Isi kandungan Penghargaan Tajuk / Unit 1 Tajuk / Unit 2 Tajuk / Unit 5 Tajuk / Unit 6 Tajuk / Unit 7 Refleksi Rujukan Muka surat 2 3 4-6 7-9 9 - 12 13 - 15 16 17 18

PENGHARGAAN Saya bersyukur ke hadrat Ilahi kerana dengan limpah kurniaNya, akhirnya saya telah dapat menyempurnakan tugasan ini. Saya mengetahui bahawa tugasan ini kurang memuaskan bagi Dr. Ikhsan bin Othman, tetapai saya berharap semoga Dr. Ikhsan bin Othman dapat menerima dengan baik. Harapan saya semoga setiap tugasan yang diberi kepada saya akan saya lakukan dengan baik. Sekalung penghargaan yang tidak terhingga diucapkan kepada pensyarah pembimbing iaitu Dr.Ikhsan bin Othman dan rakan-rakan sekumpulan yang telah banyak membimbing, memberi panduan dan tunjuk ajar dalam menyiapkan tugasan ini. Walau sibuk dengan tugasan saya iaitu, menjalankan proses pengajaran dan pembelajaran namun tanggungjawab perlu dilaksanakan demi mencapai cita-cita saya selama ini sebagai seorang pendidik yang berjaya untuk membentuk dan mendidik anak bangsa demi memertabatakan bidang pendidikan. Dalam usaha mengejar impian ini, tidak lupa saya ingin mengucapkan terima kasih yang tidak terhingga kepada keluarga saya kerana mereka memahami dengan tugas saya sebagai seorang guru dan sedang melanjutkan pelajaran. Mereka juga telah banyak membantu dan memberi semangat kepada saya dalam menyiapkan tugasan ini. Ucapan terima kasih juga saya ingin tujukan kepada pensyarah sebab telah banyak memberi bimbingan kepada saya walaupun tidak sekali bersua secara langsung. Namun beliau telah banyak memberi tunjuk ajar melalui sistem pendidikan jarak jauh. Tidak lupa saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih yang tidak terhingga kepada rakan-rakan kerana sudi membantu saya dalam menyiapkan tugasan ini. Akhir kata, ucapan terima kasih kepada semua yang terlibat secara langsung dan tidak langsung semasa menyiapkan tugasan ini, terutamanya buat keluarga yang tercinta. Jutaan kemaafan dipohon atas segala kekurangan dan kesilapan yang ada. Sekian, terima kasih.

Wassalam.

Dihantar oleh : AFANDI BIN IBRAHIM (D20102046884) Tarikh Pos : 20 Mar 2012 09:14:34 PM (26 read/s) PERBINCANGAN TAJUK/ UNIT 1,2,5,6 DAN 7 UNIT 1 PERKEMBANGAN KURIKULUM DAN PENGAJARAN SEKOLAH RENDAH
Unit ini telah membincangkan scenario sistem pendidikan di Negara Malaysia dari sudut kurikulum dan pengajaran. Kurikulum Pendidikan pada masa itu boleh dibahagikan kepada tiga peringkat antaranya, zaman penjajahan Inggeris, zaman sebelum merdeka dan zaman selepas kemerdekaan. Pendidikan zaman penjajahan Inggeris Seperti yang sediamaklum bahawa sistem pendidikan semasa penjajahan British dapat dibahagikan kepada beberapa peringkat, antaranya adalah seperti berikut: I. II. III. IV. V. Perkembangan Sekolah Vernakular Melayu (1786-1941) Mata pelajaran Sekolah Vernakular Melayu Perkembangan Sekolah Vernakular Cina Perkembangan Sekolah Vernakular Tamil Perkembangan Sekolah Inggeris

Sesungguhnya tujuan utama penjajah Inggeris mengasingkan suku kaum yang terdapat di Negara kita adalah supaya semua rakyat tidak mewujudkan sikap bersatupadu dan berdaya sain serta mempunyai sikap ingin maju dalam bidang pendidikan. Pihak penjajah juga cuba menghalang rakyat Negara ini belajar di tempat yang sama kerana mereka takut wujudnya sifat kerjasama untuk memajukan Negara sendiri. Pendidikan zaman sebelum merdeka Sebagaimana yang kita ketahui bahawa Sistem Pendidikan di Tanah Melayu sebelum kedatangan Inggeris. Kurikulumnya berasaskan kajian Quran di surau, masjid atau pondok sahaja. Sebenarnya kerajaan Inggeris hanya ingin merebut kekayaan Negara daripada hasil sumber sebagai contoh hasil bijih timah dan getah. Manakala sistem sekolah vernakular hanya diperkenalkan pada pertengahan kurun ke 19, apabila kerajaan Inggeris mula mengambil perhatian terhadap pendidikan di negeri-negeri Selat. Pendidikan zaman selepas kemerdekaan Setelah Malaysia mencapai kemerdekaan pada tahun 1957. Tugas utama kerajaan adalah menyatupadukan rakyat yang berbilang kaum, supaya dapat membina sebuah Negara yang aman dan maju. Bahasa Melayu merupakan bahasa rasmi Negara. Buktinya Laporan Razak 1956 adalah pengasas kepada Sistem Pendidikan Negara. Polisi pendidikan yang telah dikuatkuasakan dalam Akta Pelajaran 1961 terpaksa diubahsuai mengikut keadaan semasa. Secura umumnya scenario pendidikan di Negara kita telah mengalami perkembangan sehingga ketahap yang tinggi, atau dengan kata lain Sistem Pendidikan Negara kita kini sudah berkembang kepada satu tahap yang lebih baik dan cemerlang. Sebagai contoh sekarang di Negara kita sudah terdapat pelbagai Univesiti dapat diwujudkan. 4

Sisipan : Tiada fail sisipan...

Re : Perbincangan tajuk/unit 1

02 Apr 2012 11:37:39 PM 20 Mar 2012 09:14:34 PM

Dihantar oleh Balasan Sisipan : :

: SAKINAH BT MAHMAD AFANDI BIN IBRAHIM Tiada fail sisipan

Saya ingin menambah sedikit pandangan dalam perbincangan unit 1 ini. Pendidikan peringkat sekolah rendah yang berlangsung di negara ini telah bermula sejak dari zaman dahulu lagi. Terdapat tiga zaman perkembangan kurikulum dan pengajaran sekolah rendah di negara kita iaitu :1. Zaman sebelum penjajahan Inggeris 2. Zaman penjajahan Inggeris 3. Zaman selepas merdeka. Pada zaman sebelum penjajahan Inggeris pendidikan boleh diklasifikasikan sebagai pendidikan tradisional dan berbentuk informal. Pendidikan adalah bercorak warisan turun temurun dan diwarisi dari satu generasi ke satu generasi berikutnya. Pada ketika itu penduduk di Tanah Melayu majoritinya ialah orang Melayu. Pendidikan pada masa itu mempunyai matlamat untuk kesejahteraan dalam kehidupan baik untuk di dunia mahupun akhirat. Kanakkanak mendapat pendidikan di surau atau masjid. Sesetengah ibu bapa menghantar anakanak ke sekolah pondok atau madrasah. Biasanya pendidikan yang lebih formal terdapat di istana untuk golongan bangsawan atau anak-anak kepada pembesar istana. Pada zaman penjajahan Inggeris pula ialah sekolah vernakular diperkenalkan selaras dengan dasar pecah dan perintah serta menggunakan bahasa ibunda sebagai bahasa pengantar. Sekolah vernakular yang terdapat pada masa itu ialah :1. 2. 3. 4. Sekolah Melayu Sekolah Cina Sekolah Tamil. Terdapat juga sekolah Inggeris yang dibiayai oleh pemerintah.

Tujuan utama sekolah Melayu ialah untuk memberi pendidikan asas supaya anak-anak penduduk tempatan dapat menjadi petani, nelayan atau pekerja bawahan yang tidak terpisah dengan alam sekeliling mereka. Tujuan utama pemilihan dan pelaksanaan kurikulum ini

adalah untuk memberi orientasi agar-agar Melayu dapat meneruskan kerjaya warisan ibu bapa mereka. Penubuhan sekolah Cina pula untuk memastikan pengekalan warisan budaya dan bahasa kaum Cina. Kurikulumnya adalah meliputi ajaran-ajaran klasik Cina, opera, tulisan dan kebudayaan. Tenaga pengajar, isi pelajaran dan bahan-bahan pengajaran dibawa masuk dari tanah besar Cina. Manakala corak sekolah Tamil adalah berorientasikan negara asal. Kurikulum di sekolah Tamil adalah berkisar kepada unsur-unsur kerohanian dan kebudayaan Hindu serta bahasa pertuturan. Sekolah Inggeris kebanyakannya didirikan di bandar-bandar untuk anak-anak pegawai Inggeris, anak-anak ahli-ahli perniagaan serta anak-anak golongan elit melayu pada masa itu. Sekolah Nihongo dibuka oleh tentera Jepun ketika mereka menakluki Tanah Melayu dalam Perang Dunia Kedua. Kurikulum dan pengajarannya terdapat pelajaran bahasa Jepun, nyanyian lagu-lagu klasik Jepun, kebudayaan Jepun dan kegiatan-kegiatan yang ada kaitannya dengan penerapan nilai kataan dan kesetiaan kepada kerajaan dan maharaja Jepun. Pada zaman selepas merdeka, pada tahun 1956 jawatankuasa yang diketuai oleh Abdul Razak Hussein telah mengeluarkan laporan yang seterusnya dikenal sebagai Penyata Razak, perpaduan menjadi agenda utama pendidikan. Penyata Razak telah dijadikan asas kepada Ordinan Pelajaran 1957. Jawatankuasa Rahman Talib mengeluarkan laporan pada tahun 1960 dikenal sebagai Penyata Rahman Talib, selepas itu Akta Pelajaran 1961 diwartakan. Kurikulum dan sistem pendidikan yang sama digunakan. Pendidikan selepas merdeka adalah untuk perpaduan dan membasmi masalah buta huruf. Pendidikan adalah juga untuk membangunkan negara selepas mendapat kemerdekaan.

Dihantar oleh : AFANDI BIN IBRAHIM (D20102046884) Tarikh Pos : 26 Mar 2012 09:36:37 PM (4 read/s) UNIT 2 PENGENALAN KEPADA KBSR DAN KSSR Sesungguhnya sistem pendidikan Negara terus berkembang merentasi zaman. Setelah negara mencapai kemerdekaan, bermula dengan Akta Pelajaran 1961 telah

diperkenalkan. Akta Pelajaran 1961 merupakan asas kepada pelaksanaan Sistem pendidikan Negara, jawatankuasa telah dibentuk bagi mengkaji cadangan untuk menambahbaikan pelaksanaan pendidikan negara.Tahun 1979 Dasar Pelajaran

Kebangsaan telah diwujudkan, dan membawa impak yang besar kepada senario pendidikan. Lantaran itu Kurikulum Baru Sekolah Rendah (KBSR) pula dibentuk (1982), sebelas tahun kemudian diubah kepada Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah (KBSR). Manakala tahun 2011 ia diganti dengan Kurikulum Standard Sekolah rendah (KSSR), harapannya perubahan ini KSSR dapat mendidik dan melahirkan generasi negara yang mampu berhadapan dengan segala cabaran pendidikan masa kini. Faktor Berlakunya Perubahan dari KLSR kepada KBSR dan KSSR Perubahan Kurikulum Lama Sekolah Rendah kepada KBSR KLSR telah dilaksanakan pada tahun 1961, ia lebih kepada akademik dan padat unutk murid-murid. Setiap mata pelajaran tidak mempunyai kaitan dan kesinambungan. KLSR kurang memberi fokus terhadap kemahiran seperti kemahiran membaca, menulis dan mengira (3M) sebagai contoh setelah pelajar memasuki sekolah menengah mereka tidak mempunyai kemahiran 3M. Tahun 1982 KBSR dilaksanakan, sebagai percubaan semua sekolah rendah seluruh negara telah dilaksanakan dengan sistem ini (1983). Pada asasnya KBSR meletakkan bahawa semua murid mesti memperolehi ilmu pengetahuan dan dapat menguasai pelbagai kemahiran serta menghayati nilai-nilai murni. KBSR telah memberi peluang kepada murid-murid penglibatan secara aktif dalam pengajaran dan pembelajaran. Contohnya murid yang pintar pengayaan, murid lemah pula pemulihan manakala pemulihan khas kepada murid di bawah tahap yang sewajarnya.

KBSR kepada Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah (KBSR) Kurikulum Baru Sekolah Rendah (KBSR) perlu kepada semakan untuk kepentingan kerevenannya merentasi masa. Ia disemak dari sudut mutu pengajaran dan pembelajaran berkonsepkan kesatuan, penekanan kepada sains dan unsur KBKK, seiring dengan ekonomi, sosial dan lain-lain mengikut perubahan semasa. Demi ke arah negara maju serta masyarakat yang mempunyai ilmu pengetahuan. Lantaran itu pada tahun 1993 KBSR diganti dengan Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah, tujuan adalah untuk menyepadukan kemahiran dan penyerapan serta menyepadukan ilmum pengetahuan. Diterapkan nilai-nilai sepadu dalam proses

pengajaran dan pembelajaran, termasuklah perkembangan intelek, rohani, emosi dan jasmani kerana ia tidak boleh berlaku secara berasingan. Selain itu juga merangkumi aspek antara teori dan pratik. KBSR kepada Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR) Setelah kita mengetahui bahawa kewujudan KBSR di atas bersama dengan segala kelebihannya. Tetapi KSSR dapat diekplotasi dengan tujuan yang lebih baik dan cemerlang, ia juga sentiasa releven dengan perkembangan untuk melahirkan modal insan yang mampu berhadapan dengan semua cabaran pada masa hadapan. Terutama dari aspek teknologi (ICT), sejajar dengan ucapan Y.A.B. Perdana Menteri Malaysia iaitu KSSR dapat menghasilkan pelajar celik minda, menguasai ilmu, kemahiran dan maklumat. Pada 31 Mac 2009 sebanyak 500 buah sekolah yang terpilih dan telah menjalani uji rintis, mulai 2011 semua tahun 1 di semua sekolah wajib melaksanakan KSSR.

Sisipan : Tiada fail sisipan...

Re : UNIT 2 Pengenalan Kepada KBSR dan KSSR

03 Apr 2012 01:20:01 AM 26 Mar 2012 09:36:37 PM

Dihantar oleh Balasan Sisipan : Salam , :

: NORILANI BINTI ABDULLAH AFANDI BIN IBRAHIM Tiada fail sisipan

- KLSR kepada KBSR disemak semula untuk meningkatkan pengajaran dan pembelajaran berdasarkan konsep kesepaduan dan penekanan yang lebih kepada mata pelajaran sains dan unsur KBKK. Selain daripada itu ianya seiring dengan ekonomi, sosial dan lain-lain perubahan semasa yang selaras dengan usaha ke arah negara maju dengan masyarakat berilmu
KBSR dan KSSR mempunyai ciri kekuatan masing-masing yang dianalisis dan dibandingbezakan antara satu sama lain . Namun apabila zaman dan cabaran berubah kurikulum yang terdahulu seperti KLSR dan KBSR menjadi kurang relevan lagi. Justeru KSSR telah diperkenalkan mulai 2011 dengan visi untuk membangunkan modal insan dan pembentukkan warga yang menguasai ilmu, berkemahiran dan bermaklumat, dan melahirkan insan ulul-albab.

Dihantar oleh : AFANDI BIN IBRAHIM (D20102046884) Tarikh Pos : 01 Apr 2012 09:42:35 PM (4 read/s)
UNIT 5 MATA PELAJARAN DI SEKOLAH RENDAH

Unit ini telah memperkatakan tentang mata pelajaran sekolah rendah, apabila merujuk kepada definisi Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah (KBSR ). Objektif dan matlamat serta ciri-ciri Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah itu sendiri, ia mampu untuk mencapai matlamat Falsafah Pendidikan Negara. Maksud Falsafah Pendidikan Negara ialah pendidikan itu suatu proses yang berterusan sepanjang hayat manusia. Pada peringkat permulaan, KBSR akan menggalas tugas yang amat berat dan sukar untuk mencapai hasil yang memuaskan. Ini kerana pada peringkat permulaan ini segalanya akan bermula dengan lebih teratur dan rapi demi untuk kejayaannya. KBSR akan memastikan taraf pendidikan yang diberikan kepada pelajar adalah yang terbaik, berkualiti memuaskan dan menepati ciri-ciri yang diinginkan. Pendidikan awal sememangnya penting, kerana ia dapat membentuk asas sahsiah yang akan terus berkembang hingga ke akhir hayat. Oleh yang demikian, KBSR telah menekankan kemahiran asas 3M seperti menguasai kemahiran membaca, kemahiran menulis dan kemahiran mengira. Apabila murid-murid dapat menguasai tiga kemahiran ini segala proses pendidikan yang akan ditempuhi oleh pelajar menjadi mudah.

Tujuan utama KBSR adalah menitikberatkan dari sudut nilai-nilai murni dan semangat patriotisme dalam proses pengajaran dan pembelajarannya. Dengan terlaksana KBSR ini, maka Falsafah Pendidikan Negara yang menginginkan insan yang harmoni dan seimbang dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani (Jeri) pasti akan tercapai. Dalam proses pengajaran dan pembelajaran KBSR ini juga ia bukan sahaja member penekanan mengenai cara atau bentuk penyampaian ilmu pengetahuan bahkan setiap guru dikehendaki memberatkan dengan penambahan penerapan nilai-nilai murni kepada pelajar semasa proses pengajaran dan pembelajaran dilakukan. Sudah termaktub dalam jadual harian, iaitu dalam seminggu hari persekolahan terdapat dua masa untuk mata pelajaran Pendidikan Jasmani dan Kesihatan. Dengan ini sudah jelas bahawa KBSR mengambil langkah pendekatan yang bijak dengan menitikberatkan dari soal kesihatan para pelajar, cara pendekatan ini supaya minda murid-murid tidak tertumpu hanya pada sesi pembelajaran matapelajaran lain. Murid-murid juga boleh berekreasi dan menenangkan fikiran dengan cara bersenam dan bersukan. Unsur Falsafah Pendidikan Negara yang ingin melahirkan warga neraga yang suka memberi sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran masyarakat dan negara. KBSR juga memberi menekanan kepada kemahiran berfikir dalam sistem penddidikan pada peringkat awal lagi. Melalui pendekatan pengajaran dan pembelajaran cara ini akan mewujudkan pelajar bebas meluahkan pendapat dan mencipta sesuatu yang baru. Dalam bab ini juga, dinyatakan juga mengenai Pelan Induk Pembangunan Pendidikan(PIPP). Ia adalah merupakan salah satu langkah yang bijak dan telah diambil untuk memperkasa Sekolah Kebangsaan, dengan memperkenalkan mata pelajaran Bahasa Cina Sekolah Kebangsaan dan Bahasa Tamil Sekolah Kebangsaan selaras dengan keputusan Mesyuarat Kabinet pada 27 April 2005.Pelaksanaan j-QAF yang bermula pada tahun 2005 adalah juga untuk memperkasakan Sekolah Kebangsaan. Dengan adaya j-QAF,ibu bapa Islam tidak perlu sangsi lagi dengan kualiti pendidikan yang diperolehi oleh anak-anak mereka. Manakala Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR) telah diperkenalkan sebagai usaha untuk menyusun semula dan menambah baik kurikulum yang sedia ada bagi memastikan murid dibekalkan dengan pengetahuan, kemahiran dan nilai relevan untuk memenuhi keperluan semasa serta menghadapi cabaran abad ke-21. KSSR digubal dalam pernyataan standard terdiri daripada standard kandungan dan pembelajaran yang perlu dicapai murid dalam satu tahap persekolahan. Dari segi Standard Kandungannya pula, merupakan penyataan yang spesifik berkaitan dengan perkara murid patut ketahui dan boleh lakukan dalam tempoh persekolahan. Perkara ini merangkumi aspek pengetahuan, kemahiran dan nilai, manakala Standard Pembelajaran ialah penetapan kriteria atau petunjuk kualiti pembelajaran dan pencapaian yang boleh diukur bagi setiap standard kandungan

10

Peta konsep Tajuk

MATA PELAJARAN SEKOLAH RENDAH

Mata Pelajaran KBSR

Asas Penentuan Mata Pelajaran

Mata Pelajaran KSSR

Teras

Tahap 1

Tahap 2

Wajib

Modul Teras Asas

Teras

Tambahan

Modul Teras Tema

Elektif

Modul Elektif

11

Sisipan : Tiada fail sisipan...

Re : Unit 5 Dihanta r NORILANI BINTI ABDULLAH oleh : Balasan AFANDI BIN IBRAHIM : Sisipan Tiada fail sisipan :

05 Apr 2012 10:41:11 PM

01 Apr 2012 09:42:35 PM

Kesimpulannya Unit ini telah memaparkan perkara-perkara berkaitan mata pelajaran yang terdapat di sekolah rendah di Malaysia. Penjelasan adalah berkaitan dengan mata pelajaran yang terdapat dalam KBSR dan KSSR. Mata pelajaran yang terdapat dalam KLSR juga dibincangkan. Mata pelajaran yang terdapat dalam KBSR dan KSSR kebanyakannnya adalah sama. Perbezaan adalah kepada bagaimana pengklasifikasian bidang ilmu. Dalam KBSR mata pelajaran dikategorikan mengikut bidang, mengikut komponen serta mengikut mata pelajaran teras, mata pelajaran wajib dan mata pelajaran tambahan. Dalam KSSR mata pelajaran disusun mengikut modul dan tunjang. Mata pelajaran Tahap 1 dalam KSSR dikelompokkan kepada tiga modul iaitu Modul Teras Asas, Modul Teras Tema dan Modul Elektif. Mata pelajaran Tahap 2 dikelompokkan kepada dua kategori iaitu Mata Pelajaran Teras dan Mata Pelajaran Elektif. Bagi kategori Mata Pelajaran Teras, mata pelajaran seterusnya diklasifikasikan mengikut lima tunjang iaitu Tunjang Komunikasi, Tunjang Sains & Teknologi, Tunjang Perkembangan Fizikal & Estetika, Tunjang Kerohanian, Sikap & Nilai dan Tunjang Kemanusiaan. Manakala bagi kategori Mata Pelajaran Teras Elektif terdapat satu tunjang iaitu Tunjang Komunikasi Elektif. Penegasan semula mata pelajaran mengikut modul dan tunjang dalam KSSR adalah bagi memastikan murid-murid dapat mengalami pertumbuhan dan perkembangan secara seimbang dan haronis selaras dengan hasrat Falsafah Pendidikan Kebangsaan. Selain itu perbezaan adalah kepada penegasan standard kandungan dan standard pembelajaran.

12

Dihantar oleh : AFANDI BIN IBRAHIM (D20102046884) Tarikh Pos : 04 Apr 2012 12:01:04 AM (14 read/s)
UNIT 6 INTEGRASI DALAM KURIKULUM SEKOLAH RENDAH Pengenalan Terdapat pelbagai perspektif mengenai matlamat pendidikan, antaranya seperti dari sudut pendidikan adalah proses sosialisasi dan pembudayaan ahli atau bakal ahli nasyarakat, pelaburan membolehkan sesaorang mempunyai kedudukan dari segi kewangan dan sosial. Aspek kenegaraan akan mewujudkan masyarakat yang memiliki sikap dan nilai patriotisme. Pelaksanaan KBSR telah dikenal pasti tidak releven dengan matlamat pendidikan Negara pada masa ini. Manakala KSSR pula dapat menambah baik daripada prinsip-prinsip KBSR , ia bertujuan untuk mencapai matlamat pendidikan kebangsaan (FPK). Peta konsep Tajuk

KURIKULUM BERSEPADU SEKOLAH RENDAH

Kurikulum Bersepadu

Pengintegrasian dalam Kurikulum dan Pengajaran

Kesepaduan Dalam KBSR

Kesepaduan Dalam KSSR

13

Pengertian Kurikulum Kurikulum membawa maksud pelajaran atau mata pelajaran yang telah disediakan oleh sekolah. Kurikulum juga bererti apa yang guru hendak mengajar mengikut keperluan murid-murid.(Abu Bakar Nor dan Ikhsan Othman, 2008). The International Encydopedia of curriculum pula menghubung kait antara kurikulum dan pendidikan. Sebenarnya kurikulum dan pendidikan adalah sama penting. Kurikulum Bersepadu Masyarakat Eropah menganggap kesepsduan dalam kurikulum merupakan usaha yang bersifat futuristik (Passe 1999). Sebagai contoh di Amerika Syarikat, unsure-unsur sains penting dan perlu disepadukan dalam semua mata pelajaran di semua sekolah secara merentasi kurikulum (Wiles & Bondi 1998). Kurikulum bersepadu mempunyai banyak implikasi positif kepada murid-murid, keraana dalam proses pembelajaran terdapat kepelbagaian, pengetahuan, kemahiran atau pengalaman dan nilai-nilai perspektif yang pelbagai, seperti saling berhubung kait dalam minda untuk menghasilkan sesuatu yang bermakna untuk menjadi sebagai perisai apabila berhadapan dengan situasi dan masalah.

Sisipan : Tiada fail sisipan...

Re : Unit 6

05 Apr 2012 11:44:26 PM : NORILANI BINTI ABDULLAH AFANDI BIN IBRAHIM Tiada fail sisipan 04 Apr 2012 12:01:04 AM

Dihantar oleh Balasan Sisipan : :

KONSEP INTEGRASI DALAM KSSR Unit ini juga membincangkan mengenai Konsep integrasi seperti yang terdapat dalam KBSR yangterus berlangsung walaupun KBSR telah ditransformasikan kepada KSSR. Elemen pengetahuan, kemahiran dan nilai yang disepadukan dalam KBSR seperti nilai murni, patriotisme, nilai alam sekitar, kesihatan sosial, keselamatan jalan raya, sains dan teknologi, KBKK dan lain-lain akan terus diberi penekanan dalam KSSR selain elemen merentas kurikulum (EMK).

14

Penekanan Konsep 5P Strategi pengajaran dan pembelajaran Bahasa Malaysia dalam Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR) menekankan konsep penggabungjalinan, penyerapan, pengayaan, pemulihan dan penilaian. Hal ini selaras dengan usaha memenuhi konsep bersepadu dalam Falsafah Pendidikan Kebangsaan.

Elemen Merentas Kurikulum (EMK)


EMK diperkenalkan dalam KSSR sebagai tambahan kepada aspek-aspek yang disepadukan dalam KBSR dan sebagai pelengkap kepada usaha memantapkan kualiti pelaksanaan KSSR Elemen Merentas Kurikulum ialah unsur nilai tambah yang diterapkan dalam proses pengajaran dan pembelajaran selain yang ditetapkan dalam standard kandungan. Elemen-elemen ini diterapkan bertujuan mengukuhkan kemahiran dan keterampilan modal insan yang dihasratkan serta dapat menangani cabaran semasa dan masa hadapan. http://www.moe.gov.my/bpk/

EMK dalam KSSR merujuk kepada penyepaduan tiga elemen iaitu: kreativiti dan inovatif keusahawanan teknologi maklumat dan komunikasi

Dalam pelaksanaan KSSR, EMK perlu disepadukan di dalam semua disiplin ilmu. KPM (2010) telah memberi rasional tentang kepentingan EMK iaitu, ketiga-tiga elemen dalam EMK tersebut sebagai kemahiran yang diperlukan dalam abad ke-21. Selain itu, EMK dikatakan penting untuk pembangunan negara, iaitu daripada Perspektif Wawasan 2020 yang mana Malaysia akan menjadi sebuah negara perindustrian. EMK juga dikatakan selaras dengan pelaksanaan Model Baru Ekonomi (MBE) iaitu memperkembangkan budaya keusahawanan dan inovasi dalam kalangan rakyat Malaysia. Melalui konsep EMK juga, ICT akan dijadikan sebagai pengupaya dalam pelaksanaan proses pengajaran dan pembelajaran, selain ICT dipelajari sebagai mata pelajaran.

15

Dihantar oleh : AFANDI BIN IBRAHIM (D20102046884) Tarikh Pos : 01 Apr 2012 08:14:46 PM (7 read/s)
UNIT 7 PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN SEKOLAH RENDAH

Sesungguhnya proses pengajaran dan pembelajaran merupakan satu aktiviti yang saling berkait di antara satu samalain, dan ia berlaku dalam satu ruang masa. Guru merupakan orang yang bertanggungjawab untuk melaksanakan tugas ini, manakala murid adalah pelanggangnya yang perlu dididik dan dibentuk.. Bagi pendapat Reinhartz & Beach (1997) bahawa pengajaran sebagai implimentasi kurikulum yang berlaku interaksi antara guru dan murid semasa proses pengajaran dan pembelajaran dalam bilik darjah. Menurut Fry dan Marshal (2003) pula merupakan satu proses pembelajaran yang berbentuk prinsip abstrak, maklumat fakta, pemerolehan kaedah, teknik dan pendekatan melakukan sesuatu, idea, perlakuan yang bersesuaian bagi situasi tertentu, mengenali sesuatu dan penaakulan. Pembelajaran sebenar telah berlaku apabila berlakunya perubahan terhadap tingkah laku murid setelah mereka melalui proses pembelajaran atau pengalaman pendidikan. Aktiviti pengajaran dan pembelajaran yang berlaku di sekolan dapat dibahagikan kepada tiga klasifikasi domain. Antara klasifikasi domain seperti, domain kognitif, afektif dan psikomotor. Maksud domain kognitif merupakan aktiviti atau proses pengajaran danpembelajaran yang berfokus kepada aktiviti intelek, pengertian bagi domain afektif adalah merujuk kepada aktiviti pembelajaran yang berpusat kepada rohani dan emosi, manakala domain psikomotor pula bermaksud aktiviti pembelajaran yang mengaitkan penggunaan jasmani tubuh badan. Maksud pengajaran dan pembelajaran yang berkesan merupakan proses pengajaran yang dapat mencapai objektif yang telah ditetapkan. Secara umum terdapat tiga mod pembelajaran yang boleh digunakan atau dilaksanakan oleh guru dalam melakukan aktiviti pengajaran dan pembelajaran di sekolah rendah, iaitu pembelajaran secara kelas, pembelajaran secara berkumpulan dan pembelajaran secara individu . Dalam proses pengajaran dan pembelajaran, telah menjadi tanggungjawab guru untuk membuat pemulihan kepada murid-murid yang tidak menguasai kemahiran dalam subjek yang telah diajar.Rancang satu aktiviti yang mudah untuk dijalankan kepada murid-murid tersebut.Selain daripada pemulihan dalam bilik darjah,KIA2M dan PROTIM juga diberi perhatian khusus bagi murid-murid yang menghadapi masalah atau kesukaran belajar dalam menguasai kemahiran ialah sebaliknya, seperti kemahiran membaca, kemahiran menulis dan kemahiran mengira. Pengayaan pula adalah aktiviti-aktiviti tambahan yang mempunyai aras kesukaran yang lebih tinggi dan diberikan kepada kumpulan murid yang pintar selain daripada aktiviti pengajaran dan pembelajaran biasa yang telah dilakukan dalam bilik darjah, mereka ini adalah terdiri daripada murid-murid yang mempunyai penguasaan kecekapan dan kemahiran yang tinggi berbanding dengan rakan-rakan yang lain. Tujuan program pengayaan ini disediakan adalah untuk meningkatkan kemantapan kebolehan, keupayaan, bakat, dan minat murid dalam hasil pendidikan. Mereka hendaklah diberikan bahan yang berbeza untuk digunakan secara bersendirian atau dengan bimbingan guru.

16

REFLEKSI

Alhamdulillah, akhirnya tugasan kerja kursus ini berjaya saya siapkan. Sepanjang menyiapkan tugasan ini, saya mendapat bantuan dan kerjasama daripada banyak pihak terutama rakan sepasukan dan pensyarah pembimbing serta melalui forum yang saya layari telah banyak memberi panduan dan tunjuk ajar bagi menyiapkan tugasan ini. Segala kesukaran dan masalah serta tuntutan waktu akhirnya dapat diatasi dengan sokongan rakan-rakan dan ahli keluarga yang amat memahami situasi yang terpaksa dilalui sepanjang menyiapkan tugasan ini. Kursus Kurikulum Dan Pengajaran Sekolah Rendah (KRP 3013) ini merupakan satu mata pelajaran yang memerlukan kefahaman serta kajian yang amat terperinci dan mendalam , terutama bagi memahami dan mengingati serta menjadi sumber rujukan yang amat berfaedah terutama dalam pengajaran dan pembelajaran di sekolah . Kursus ini telah memberi peluang kepada saya untuk menyelesaikan persoalan mengenai persaksanaan pengajaran dan pembelajaran di sekolah. Kursus ini telah banyak member manfaat dan menambahkan lagi pengetahuan yang amat berguna . Tugasan ini benar-benar memberi kesedaran dan keyakinan kepada saya bahawa proses pengajaran dan pembelajaran akan menjadi lebih berkesan dan mudah sekiranya seseorang guru itu menguasai dalam aspek ilmu pengetahuan. Diharapkan segala ilmu yang dipelajari melalui Kursus ini mampu saya manfaatkan dengan sebaiknya dalam mendidik anak bangsa .Sekian.

17

RUJUKAN
Abdullah Sani Yahya (2003). Mengurus sekolah. Bentong: PTS Publication & Distributors Sdn Bhd. Abd. Rahim Abd. Rashid (2000). Wawasan & agenda pendidikan. Kuala Lumpur. Utusan Publication & Distributors. Bahagian Perkembangan Kurikulum (2005). KSSR: Kurikulum Standard Sekolah Rendah. Kuala Lumpur: Kementerian pelajaran Malaysia. Bhasah Abu Bakar (2007). Pengujian, pengukuran dan penilaian pendidikan. Kuala Lumpur. Pustaka Salam. Cruickshank, D.B. & Metcalf, K.K. ( 2003). The act of teaching (3rd ed.). Boston: McGraw Hill. Fogarty, R. (2002). How to integrate the curricula (2nd ed.). Illionis: Pearson Skyligt Publication. Hajah Noresah bt. Baharom, BCs(UM), MA(Birmingham) Kamus Dewan Edisi Keempat Dewan Bahasa dan Pustaka Kuala Lumpur Ikhsan Othman., & Norila Md. Sallah. (2005). Kurikulum dan pengajaran sekolah rendah: Aspek-aspek yang berkaitan. Tanjong Malim: Quantum Books. Sufean hussin. (2004). Sejarah, sistem & falsafah pendidikan di Malaysia (Edisi Kedua). Kuala lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. http://ruhanaa115497.blogspot.com/ http://www.scribd.com/doc/49392490/Bahasa-Melayu

18

También podría gustarte