Está en la página 1de 2

2.

0 PERGERAKAN LOKOMOTOR KREATIF Pergerakan lokomotor secara kreatif dapat dilakukan dengan menyerapkan empat aspek pergerakan, iaitu 2.1 Ruang Ruang ialah kawasan yang digunakan semasa melakukan pergerakan. Ia terbahagi kepada dua iaitu ruang diri dan ruang am. Ruang diri ialah ruang setempat yang mengelilingi individu sejauh mana yang boleh dicapai oleh bahagian tubuh badan. Ruang am ialah kawasan yang digunakan secara keseluruhan semasa melakukan pergerakan. Ruang diri dan ruang am meliputi bahagian kawasan seperti : a) aras - tinggi, sederhana, rendah b) arah - hadapan, belakang sisi, atas, bawah c) aliran - awangan, lantai, lurus, berliku-liku, zig-zag d) ekstensi - mengecil, membesar 2.2 Masa Pergerakan boleh dilakukan dengan pelbagai kelajuan seperti cepat, lambat, kawal-lambat dan serta-merta. Kelajuan sesuatu pergerakan ditentukan dengan keadaan ruang yang ada seperti ruang diri, ruang am dan ruang yang dilengkapi dengan alat-alat. a) Serta-merta - Pergerakan dilakukan dalam masa yang singkat. Pergerakan ini cepat, tegas, spontan dan dinamik. b) Kawal-lambat - Pergerakan yang perlahan, mengambil masa dan dapat dikawal. Lakuannya lambat, licin, beralun dan berayun, boleh dirasakan sebagai sesuatu yang tidak perlu cepat atau tergesa-gesa. Pendidikan Jasmani dan Kesihatan Pergerakan Lokomotor dan Manipulasi Peralatan Semasa Aktiviti Lokomotor

2.3 Beban Aspek beban merupakan kualiti pergerakan seperti kuat, lembut, ringan dan tenang. Kualiti pergerakan ini dapat dihasilkan dengan cara mengawal kekuatan dan keupayan otot semasa melakukan pergerakan. a) Halus-ringan - Lakuan pergerakan yang lembut, halus dan sensitif menggunakan kekuatan otot yang ringan semasa bergerak bebas dan setempat. b) Berat-kuat Lakuan pergerakan yang tegas, kuat, bertenaga dan pantas. Memerlukan tenaga dan menggunakan otot-otot yang kuat. 2.4 Aliran Aspek aliran merupakan beberapa pergerakan dirangkai dengan berturutan, berterusan dan licin. Rangkaian pergerakan boleh dilakukan secara aliran bebas dan aliran terikat. 3.0 PERGERAKAN LOKOMOTOR

Pergerakan lokomotor bersifat aliran gerakan dari satu tempat ke tempat yang lain. Pendidikan pergerakan lokomotor menyokong perilaku pergerakan yang dirancang. 3.1 Konsep Pergerakan Lokomotor Pergerakan lokomotor berkaitan dengan gerakan atau aliran. Jika pergerakan lokomotor digunakan dalam persembahan kita akan dapat melihat arah gerakan dalam persembahan itu. Terdapat pelbagai cara pergerakan badan dalam gerakan lokomotor, gerakan ini melibatkan arah, aliran, haluan dan masa. 3.1.1 Arah: Arah melibatkan bentuk arah gerakan iaitu ke hadapan atau ke kiri atau ke kanan 3.1.2 Haluan Haluan ialah melibatkan corak gerakan contohnya samada boleh dalam bentuk lurus, bengkang bengkok, zig zag dan lain-lain Pendidikan Jasmani dan Kesihatan Pergerakan Lokomotor dan Manipulasi Peralatan Semasa Aktiviti Lokomotor

3.1.3 Masa Masa adalah masa yang digunakan untuk melengkapkan pergerakan, masa boleh dalam keadaan cepat atau pelahan, dengan cara tiba-tiba atau terkawal

También podría gustarte