Está en la página 1de 69

WELCOME

Faculty of Education University Technology Malaysia

LPP 1323 Action Research in Education

FACULTY OF EDUCATION UNIVERSITY TECHNOLOGY MALAYSIA

COURSE GUIDE
LPP 1323 ACTION RESEARCH IN EDUCATION Lecturer: Room: C15-410 Phone Number: 07-5534370 / 012-7721037 E-Mail Adress: WELCOME TO LPP 1323 Welcome to LPP 1323 Action Research in Education which is one of the required courses for the Diploma of Education programme. COURSE DESCRIPTION Action research is very important to schools development. The main aim of this course is to give you the concepts foundation of action research and to enable you to understand and utilize the concepts in managing and administering your action research effectively with minimal obstacles.

THE COURSE CONTENT The couse covers TEN MAJOR TOPICS. Each topic will have sub-topics which are written in detail under a separate heading. The ten major topics are: Topic 1 - Introduction and research ethics. Topic 2 - Types of research Topic 3 - Action research Topic 4 - Research process (title, problem statement, research questions, objectives, hypothesis) Topic 5 - Literaturer review Topic 6 - Population and sample Topic 7 - Instrument Topic 8 - Data collection Topic 9 - Data analyze Topic 10 - Report writing ASSESSMENT Mid Test Assignment Proposal Proposal Presentation Final Examination REFERENCES Anderson, G. (1997). Fundamenals of educational research. London, New York, Philadelphia: The Palmer Press. Azizi Yahya et al. (2006). Menguasai penyelidikan dalam pendidkan. Kuala Lumpur: PTS. Cohen, L. and Manion, L. (1994). Research method in education. London: Routledge. Mohd Najib Abd Ghafar (1999). Penyelidikan pendidikan. Skudai: Penerbit UTM. Staruss, A. and Corbin, J. (1990). Basic of qualitative research: Grounded Theory proceduresand techniques. London: Saga Publication. Other books of research methodology. 10% 15% 20% 15% 40%

Format Tugas Kumpulan


LPP 1323 Kajian Tindakan Dalam Pendidikan

Tajuk Refleksi / Pernyataan Masalah Soalan Kajian / Objektif Kajian Subjek Kajian / Kumpulan Sasar Metodologi Instrumen, Pengendalian Instrumen dan Kaedah Analisis Rujukan Instrumen Lampiran (jika berkaitan) Minit Perbincangan

Kertas Kerja Cadangan Kajian Tindakan (hantar pada 24 September 2008)

Ditulis di atas kertas A4 Gunakan huruf Arial saiz 11 Langkau 1.5 baris Sekurang-kurangnya merujuk lima bahan rujukan. Lampirkan minit perbincangan.

LPP 1323 Kajian Tindakan dalam Pendidikan

TUGASAN INDIVIDU

Tajuk Tugasan: Nyatakan Persamaan dan Perbezaan Antara Kajian Tindakan Dengan Jenis Kajian Yang Lain (Tinjauan, Kajian Kes, Korelasi, Eksperimen dan Sejarah).
Format Tugasan:

Tugasan hendaklah dibuat dengan menggunakan Borang Pengurusan Grafik (lihat contoh). Tugasan hendaklah merujuk kepada sekurang-kurangnya lima buah buku. Lampirkan maklumat lengkap buku yang dirujuk. Tugasan hendaklah dihantar sebelum atau pada 24September 2008.

Contoh Borang Pengurusan Grafik


Kajian Tindakan Persamaan 1. 2. 3. Perbezaan Kajian Tinjauan

1. 2. 3. 4. 5.

Tujuan

1.

Rumusan

Soalan
Apa maksud penyelidikan ? Mengapa menjalankan penyelidikan ? Apa etika penyelidikan ?

PENGERTIAN UMUM PENYELIDIKAN

Mencari sesuatu yang belum diketahui. Mencari jawapan kepada persoalan secara saintifik. Menyelesaikan masalah secara sistematik. Proses pemerhatian terhadap sesuatu sifat pembolehubah secara sistematik dengan tujuan untuk mencari perkaitan antara pembolehubah. Proses mengumpul, menganalisis dan melaporkan maklumat untuk menyelesaikan masalah.

MENGAPA PERLU MEMBUAT PENYELIDIKAN

Menambah / meluaskan maklumat. Mengesahkan sesuatu. Menyelesaikan sesuatu masalah / Membuat sesuatu keputusan. Contohnya masalah ponteng di kalangan pelajar. Menyebar dan meningkatkan ilmu. Contohnya PORIM menemukan pelbagai kegunaan kelapa sawit. Mempertingkatkan kualiti @ kemampuan sesuatu yang telah sedia ada. Contohnya industri automobil. Adanya geran atau pembiayaan yang disediakan. Untuk memenuhi keperluan kenaikan pangkat. Untuk memenuhi keperluan program yang diikuti. Contohnya PSM, tesis sarjana dan Ph. D.

SIFAT PENYELIDIKAN
SAINTIFIK Sesuatu aktiviti yang terhasil daripada proses pembuktian secara sistematik Induktif: Daripada pemerhatian khusus dibuat satu kesimpulan. Misalnya, sekiranya setiap kali dilakukan pemerhatian didapati lebih banyak pelajar yang aktif belajar pada waktu pagi, maka dibuat kesimpulan bahawa pelajar memang suka belajar pada waktu pagi.

Deduktif: Daripada kesimpulan dibuat pemerhatian khusus. Misalnya, pelajar Sekolah A telah dikategorikan sebagai pelajar cemerlang, maka pemerhatian dilakukan untuk melihat perkara-perkara yang berkaitan dengan kecemerlangan tersebut (seperti cara belajar, pembahagian masa, sokongan keluarga dan sebagainya). EMPIRIKAL Dapatan yang sama boleh diperolehi sekiranya penyelidikan tersebut diulang-uji sama ada oleh penyelidik yang sama atau penyelidik lain.

ETIKA PENYELIDIKAN

Aspek kemanusiaan perlu diberi pertimbangan utama semasa merancang dan menjalankan sesuatu penyelidikan. Tanpa kerjasama yang erat daripada semua pihak yang terlibat dengan sesuatu penyelidikan yang dijalankan, sama ada secara langsung atau tidak langsung, sudah tentulah apa yang kita kehendaki atau dicari tidak akan diperolehi dengan baik.

ETIKA PENYELIDIKAN (Sambungan)

Langkah pertama setiap penyelidik perlu mewujudkan hubungan baik (rapport) dengan setiap orang yang terlibat dalam penyelidikan tersebut. Setiap penyelidik perlu mesra, jujur, bertolak ansur, serta mempunyai sifat kesabaran yang tinggi semasa menjalankan penyelidikan. Cara penyelidik berinteraksi dengan mereka yang terlibat menentukan kejayaan sesuatu penyelidikan yang dijalankan. Sebelum memulakan sesuatu penyelidikan, penyelidik perlu mempertimbangkan aspek etika dan perundangan. Responden mempunyai hak untuk menyaman atau berhenti daripada terlibat dalam sesuatu penyelidikan pada bila-bila masa. Misalnya responden berhak membuat laporan polis jika terdapat bukti penyelidik mendedahkan rahsia mereka, atau mereka mendapati penyelidik tidak jujur. Penyelidik harus bersikap jujur.

ETIKA PENYELIDIKAN (Sambungan)

Nyatakan dengan jelas kepada semua pihak yang terlibat, terutamanya responden, mengenai tujuan penyelidikan yang akan dijalankan, kepentingan atau faedah yang akan diberikan oleh hasil penyelidikan, serta bagaimanakah penyelidikan tersebut akan dijalankan.

Di samping itu, responden perlu diberi tahu dengan jelas mengenai setakat manakah darjah kerahsiaan mengenai segala maklumat yang diberikan.
Identiti responden perlu dirahsiakan, meskipun melibatkan satu rancangan rompakan atau pembunuhan. Rahsiakan nama sekolah, guru atau pelajar yang terlibat dalam sesuatu penyelidikan. Misalnya yang melibatkan aspek pengajaran-pembelajaran.

AKTIVITI PENYELIDIKAN YANG TIDAK BERETIKA

Persoalan etika ini memberi panduan kepada para penyelidik apa yang boleh atau tidak boleh dibuat sebelum memula dan semasa menjalankan sesuatu aktiviti penyelidikan. Aktiviti yang boleh dipersoalkan dari segi etika mungkin akan menimbulkan masalah kepada penyelidik, jika ianya cukup serius. Menyebabkan kemudaratan / kecederaan fizikal atau mental. Mencerap tingkah laku tersembunyi. Membohongi responden. Memalsu atau merahsiakan data. Plagiat.

BENTUK PENYELIDIKAN

Bentuk Kuantitatif - berdasarkan kategori kuantiti seperti menggunakan angka, skor dan kekerapan.

Bentuk Kualitatif - berdasarkan kategori kualiti atau nilai, pernyataan insiden atau peristiwa.

PROSES PENYELIDIKAN

Masalah Kajian Rangsangan intelektual yang memerlukan gerak balas dalam bentuk jawapan yang saintifik. Hipotesis Jawapan tentatif terhadap masalah yang dikaji. Reka Bentuk Kajian Struktur susun rancangan dan strategi yang digunakan untuk menguji hipotesis kajian. Pengukuran Prosedur pemberian simbol secara bersistem terhadap pemerhatian yang dibuat. Pengumpulan Data Mencerap dan merekodkan maklumat secara bersistematik. Analisis Data Memproses dan mentafsirkan data. Generalisasi Empirikal Kesimpulan terhadap populasi.

MENENTUKAN MASALAH KAJIAN

Sumber Masalah: Pengalaman, Pembacaan, Diberi oleh orang lain.

Kriteria Memilih Masalah:


- Menarik - Faktor Internal (Diri Penyelidik) - minat, tenaga, masa, kewangan, kuasai teori dan kaedah untuk menyelesaikan masalah. - Faktor Eksternal (Penyokong) - tersedia data, dapat kebenaran pihak berkaitan, manfaat kajian.

TAJUK KAJIAN

Tuliskan dengan tepat dan padat supaya memberi gambaran yang jelas tentang maksud kajian. Tidak terlalu umum seolah-olah memberi jawapan kepada persoalan yang luas.

Tidak memberi gambaran yang jauh lebih luas daripada apa yang akan dihasilkan.

CONTOH

TINJAUAN AMALAN KEIBUBAPAAN DARIPADA PERSPEKTIF PELAJAR BERMASALAH DI SEK. MEN. KEB HARAPAN JAYA, JOHOR BAHRU, JOHOR

LATAR BELAKANG MASALAH

Masalah yang ingin dikaji harus secara khusus. Huraikan suasana atau keadaan (masalah) yang menyebabkan kajian itu perlu dilakukan. Terangkan idea asal dan bagaimana ia timbul.

PERNYATAAN MASALAH

Apakah masalah yang ingin dikaji.

Nyatakan dengan jelas permasalahan yang telah dikenal pasti.


Beri gambaran mengapa kajian perlu dijalankan.

Huraikan suasana yang dihadapi dan kemukakan persoalan yang berkaitan dengan fenomena yang akan dikaji.

OBJEKTIF KAJIAN

Tujuan kajian. Tuliskan dalam bentuk khusus bagi menjawab persoalan kajian. Beri gambaran keperluan yang akan dipenuhi dan permasalahan yang akan diatasi. Pernyataan objektif mestilah boleh diukur.

CONTOH

TINJAUAN AMALAN KEIBUBAPAAN DARIPADA PERSPEKTIF PELAJAR MISKIN DI SEK. MEN. KEB HARAPAN JAYA, JOHOR BAHRU, JOHOR

CONTOH OBJEKTIF KAJIAN

Mengenal pasti corak amalan keibubapaan dalam aspek meluangkan masa terhadap anak-anak dalam keluarga pelajar miskin. Mengenal pasti corak amalan keibubapaan dalam aspek bimbingan yang diberikan terhadap anak-anak dalam keluarga pelajar miskin.
Mengenal pasti corak amalan keibubapaan dalam aspek aspirasi terhadap pencapaian anak-anak dalam keluarga pelajar miskin.

PERSOALAN KAJIAN / HIPOTESIS

Apakah yang mungkin dicapai (ramalan secara formal) Persoalan berkaitan dengan objektif kajian. Persoalan menjurus mencapai objektif sekiranya ditulis selepas objektif. Mampu dijawab dalam soal selidik. Mengaitkan dua pembolehubah dalam masalah kajian jika ditulis sebelum objektif. Bentuk hipotesis berdasarkan teori atau dapatan lalu. Nyatakan sebagai cadangan kepada jawapan atau penyelesaian kepada masalah kajian. Pernyataan yang dipilih boleh diuji kebenarannya.

CONTOH PERSOALAN KAJIAN

Apakah corak amalan keibubapaan dalam aspek meluangkan masa terhadap anak-anak dalam keluarga pelajar miskin? Apakah corak amalan keibubapaan dalam aspek bimbingan yang diberikan terhadap anak-anak dalam keluarga pelajar miskin?

Apakah corak amalan keibubapaan dalam aspek aspirasi terhadap pencapaian anak dalam keluarga pelajar miskin?

KEPENTINGAN KAJIAN

Apa pentingnya dan kepada siapa. Huraikan daripada pelbagai sudut seperti tabii, teori, kandungan, sumbangan dan sebagainya. Lihat daripada segi keperluan kehidupan, ilmu dan profesional.

BATASAN KAJIAN

Apakah penyelidikan boleh mengkaji semua perkara yang berkaitan.


Nyatakan batasan-batasan atau skop kajian. Tentukan perkara yang tidak masuk dalam kajian.

KERANGKA TEORI

Teori-teori yang dijadikan dasar bagi kajian. Nyatakan kerangka teori yang dapat memberi gambaran mengenai prinsip asas yang digunakan dalam membentuk atau memilih permasalahan. Tunjukkan bahawa kerangka teori digunakan untuk membentuk andaian atau hipotesis dan memilih kaedah.

DEFINISI ISTILAH ATAU KONSEP

Konsep atau perkataan yang perlu diberi penjelasan. Beri penghuraian kepada setiap sebutan atau konsep yang digunakan dalam penyelidikan. Huraian perkataan operasi yang dimaksudkan dalam kajian.

SOROTAN PENULISAN (KAJIAN LITERATUR)

Merupakan sokongan kepada isu-isu kajian. Adanya landasan empirikal, ulasan karya, bentuk dan tujuan kajian terdahulu yang berkaitan, instrumen yang berkaitan, kekangan dan masalah kajian yang berkaitan. Sumber: Buku dan Jurnal. Tempoh penerbitan: Lima tahun terakhir.

Definisi Penyelidikan Tindakan

Mac Taggart (1988) Penyelidikan tindakan ialah inkuiri berbentuk refleksi kendiri yang dilakukan secara kolaboratif oleh peserta sesuatu situasi sosial untuk tujuan mempertingkatkan rasional dan keadilan amalan sosial atau pendidikan yang mereka lakukan, serta mempertingkatkan kefahaman mereka tentang amalan-amalan tersebut dan situasi atau persekitaran di mana amalan tersebut dijalankan. Oleh itu:

a. Penyelidikan Tindakan dilakukan oleh pendidik atau sekumpulan pendidik dan bukannya penyelidik luaran sahaja.
b. Penyelidikan Tindakan dilakukan secara kolaboratif. c. Penyelidikan Tindakan bertujuan untuk memperbaiki keadaan sesuatu amalan pendidikan.

Richards dan Lockhart (1994) Penyelidikan Tindakan ialah kajian bilik darjah yang dijalankan oleh penyelidik untuk mempertingkatkan pemahaman pengetahuan pembelajaran dan pengajaran bilik darjah serta untuk mengubah keadaan sesuatu amalan bilik darjah.
Penyelidikan Tindakan biasanya melibatkan projekprojek kajian secara kecilan oleh guru bilik darjah.

Cohen dan Manion (1994) Penyelidikan Tindakan bersifat situasional yakni pengenalpastian dan penyelesaian masalah dalam satu konteks yang spesifik. Di samping itu, mereka juga mengenalpasti kolaboratif sebagai ciri penting Penyelidikan Tindakan dan menegaskan bahawa matlamat Penyelidikan Tindakan ialah untuk memperbaiki suatu amalan dalam konteks pendidikan di mana penyelidikan itu dijalankan. Penyelidikan Tindakan boleh digunakan untuk tujuan berikut: 1. Sebagai satu alat bagi menyelesaikan permasalahan yang dikenalpasti dalam situasi-situasi yang spesifik atau bagi memperbaiki keadaan amalan-amalan tertentu. 2. Sebagai satu alat latihan dalam perkhidmatan yang mampu memberikan guru-guru kemahiran dan pendekatan baru serta meningkatkan kesedaran kendiri mereka. 3. Sebagai satu alat untuk menyerapkan pendekatan-pendekatan inovatif atau tambahan ke dalam P&P terutamanya dalam sistem yang biasanya menghalang inovasi dan perubahan. 4. Sebagai satu wadah bagi memperbaiki komunikasi yang biasanya kurang baik di antara para pendidik atau ahli akademik. 5. Sebagai satu pendekatan alternatif kepada penyelesaian masalah dalam bilik darjah.

Konsep-konsep Utama Penyelidikan Tindakan

Penyelidikan Tindakan merupakan satu pendekatan bagi memperbaiki amalan pendidikan: iaitu dengan melakukan perubahan terhadap satu amalan pendidikan serta memperlajari akibat yang timbul daripada perubahan tersebut.
Penyelidikan Tindakan ialah penglibatan bersama: iaitu penyelidikan yang dilakukan oleh sekumpulan pendidik bagi memperbaiki amalan pengajaran mereka sendiri.

Penyelidikan Tindakan boleh dilakukan secara kolaboratif: iaitu melibatkan mereka yang ada kaitan supaya bertindak bagi memperbaiki sesuatu amalan pendidikan.

Penyelidikan Tindakan bertujuan mewujudkan komuniti pendidik self-critical atau kritis kendiri untuk bersepakat dan bekerjasama pada semua peringkat penyelidikan. Penyelidikan Tindakan merupakan proses pembelajaran yang sistematik: iaitu secara tekal beriltizam untuk mengamalkan nilainilai pendidikan serta melibatkan proses menggunakan kecerdasan kritis untuk memandu tindakan. Penyelidikan Tindakan memerlukan kumpulan pendidik yang pada awalnya dapat merasionalkan amalan dan kemudiannya membentuk kefahaman teori tentang amalan tersebut. Penyelidikan Tindakan memerlukan mereka yang bersedia menguji amalan, idea dan andaian mereka. Penyelidikan Tindakan mencakupi aktiviti menyimpan rekod, mengumpul dan menganalisa keputusan, reaksi, serta tanggapan diri sendiri terhadap apa yang berlaku sebagai bukti.

Penyelidikan Tindakan melibatkan penyimpanan jurnal atau dairi penyelidikan. Penyelidikan Tindakan melibatkan pembuatan keputusan yang akan memberi kesan kepada orang lain. Penyelidikan Tindakan melibatkan penyelidik membuat analisianalisis kritis terhadap situasi mereka bekerja. Penyelidikan Tindakan boleh dimulakan secara kecilan, disusuli dengan perubahan yang semakin besar atau meluas. Penyelidikan Tindakan berkembang secara lingkaran atau spiral refleksi kendiri.

Model-model Penyelidikan Tindakan


Mengenal Pasti Masalah

Menganalisis & Menilai

Mengumpul Data Awal

Mengumpul Data Untuk Mengesahkan Perubahan

Menganalisis Data & Membuat Hipotesis

Melaksanakan Pelan Tindakan

Membentuk Pelan Tindakan

Model Mc Bride & Schostak (1994)

Tinjauan / Refleksi Awal

Refleksi

Perancangan

Pelaksanaan & Pemantauan

Model Kemmis dan McTaggart

Metodologi

METODOLOGI KAJIAN

Merujuk kepada tatacara melaksanakan kajian. Menerangkan cara membuat kajian yang meliputi: - Rekabentuk kajian - Populasi, sampel dan tempat kajian - Instrumentasi - Prosedur pengumpulan data - Analisis data

Populasi

Responden yang sepatutnya menjawab soal selidik (berdasarkan kepada tajuk). Merupakan seluruh orang atau objek yang dikaji. Terdapat dua bentuk Populasi. Populasi Terhad (finite) Populasi Tidak Terhad (infinite)

PERSAMPELAN

Persampelan adalah proses mendapat sampel daripada populasi.

Sampel

Merupakan satu kumpulan subjek yang dipilih daripada populasi. Sampel sebahagian daripada populasi. Kaedah memilih sampel mestilah betul supaya sampel boleh mewakili populasi sebenar. Penggunaan sampel dapat menjimatkan masa, tenaga dan perbelanjaan.

Responden

Orang yang menjawab soal selidik. Mereka mungkin daripada populasi atau sampel.

Subjek

Ahli dalam sampel.

Persampelan boleh dibahagikan kepada dua: Rawak /Probabiliti (kebarangkalian) Tidak Rawak / Non probability

Jenis-jenis Persampelan Rawak / Probability


(a)

Persempalan Rawak Mudah


Setiap subjek yang dipilih mempunyai peluang yang sama untuk dicabut tanpa mengambil kira daripada kumpulan mana mereka berada. Boleh menggunakan jadual nombor rawak.

(b)Persampelan Rawak Berlapis / Berstrata


Populasi dibahagikan kepada kumpulan kecil berdasarkan pemboleh ubah yang dipilih. Sampel diambil mestilah berkadar dengan peratus subjek dalam populasi yang diwakili strata. Persampelan ini membolehkan perbandingan dibuat antara strata.

Contoh:
Jika saiz sampel adalah 60 peratus orang yang mempunyai pendapatan di atas RM 1500 dan 40 peratus berpendapatan di bawah RM 1500, maka sampel rawak berlapis haruslah 60 orang yang berpendapatan ke atas RM1500 dan 40 orang di bawah aras RM 1500.

(c) Persempalan Kelompok (Kluster)

Unit persampelan secara rawak mudah berdasarkan kelompok. Contoh: Sikap Pelajar UTM terhadap etika berpakaian. Sampel pelajar Fakulti Pendidikan dan Fakulti Kejuruteraan Awam yang mewakili pelajar UTM.

(d) Sampel Kluster Atas Kluster (Multi kelompok) Pemilihan sama peluang untuk memenuhi kehendak pengkaji.
Contoh:

Pilihan rawak mengikut negeri, daerah, sekolah, darjah / tingkatan (semuanya) seterusnya akhir sekali pelajar dalam kelas.

Jenis-jenis Persampelan Tidak Rawak

(a) Accidental (Sukarela)

Subjek diberi kebebasan untuk menjawab atau tidak menjawab instrumen kajian.

(b) Purposive (Bertujuan / Sengaja)

Penyelidik memilih responden berdasarkan tujuan-tujuan tertentu.

(c) Kuota / Tapisan

Responden ditentukan mengikut sifat tertentu. Penentuan kuota dilakukan terlebih dahulu kerana ada faktor-faktor penting.

(d) Persampelan Snowball


Bermula dengan beberapa kes kecil sahaja. Saiz sampel dibesarkan dengan tujuan tertentu.

LATIHAN
Nama: ________________________________ Kursus: ________________________________ Ahmad bercadang menjalankan satu kajian bertajuk Pendapat Pelajar Menengah Rendah Di Daerah Johor Bahru Terhadap Pendidikan Teknikal dan Kejuruteraan. Jelaskan dengan lengkap kaedah persampelan yang sesuai digunakan oleh Ahmad untuk memilih sampel kajiannnya.

ALAT KAJIAN
Cara yang digunakan untuk mengumpulkan data. Soalan-soalan / kenyataan kenyataan yang dibentuk khas untuk memperoleh maklumat penyelidikan.

KAEDAH PENGUMPULAN DATA


1.

Kaedah Soal Selidik


Soal Selidik Bentuk Terbuka Soalan yang memberi kebebasan kepada responden untuk menjawab. Contohnya: Apakah, Mengapakah, Bagaimanakah, Sejauhmanakah Jawapan sebenar daripada responden bukan penyelidik. Responden bebas memberi jawapan berdasarkan isu dikemukakan.

Soal Selidik Bentuk Tertutup Soalan yang berstruktur dan responden hanya memilih jawapan yang ditentukan sahaja. Memberikan masa yang cukup untuk menjawab. Mudah menjawab kerana jawapan disediakan. Jawapan mudah dianalisis.

Kelebihan Soal Selidik


Cara ringkas untuk mendapatkan maklumat. Membolehkan liputan lebih luas (melalui pos).

Kelemahan Soal Selidik

Masa menyediakan soalan agak lama. Masa yang lama untuk menjawab bagi soalan selidik yang panjang. Kurang mendapat kerjasama daripada responden untuk maklumat sebenar. Soal sedidik yang diterima semula selalunya sedikit, jadi keputusan kurang tepat.

Ciri-ciri Soal Selidik Yang Berkualiti


Mudah difahami dan tidak kabur. Memenuhi tujuan penyelidikan. Satu soalan hanya berkaitan dengan satu perkara. Mempunyai kesahan dan kebolehpercayaan yang tinggi. Pengistilahan mestilah tepat.

CONTOH
Konstruk:
1. 2. 3. 4. 5.

Suasana kerja di industri telah mendorong pelajar memilih profesion perguruan.

Kerjaya dalam profesion perguruan banyak memberi peluang untuk kenaikan pangkat. Beban kerja yg banyak di sektor industri menyebabkan saya menukar kerjaya kepada profesion perguruan. Masa cuti yg terhad dan perlu kerja lebih masa tidak sesuai untuk saya. Profesion perguruan lebih terjamin masa depannya berbanding dengan bekerja di industri. Kedudukan kewangan saya sentiasa tidak mencukupi semasa bekerja di industri.

1 2 3 4 5 1 2 3 4 5 1 2 3 4 5 1 2 3 4 5

1 2 3 4 5

Menyediakan Soal Selidik


1. Menggunakan soal selidik yang telah sedia ada. 2. Membina soal selidik yang baru.

Menguruskan Soal Selidik


Soal selidik diserah oleh penyelidik. Kebaikan: Hubungan langsung penyelidik dengan subjek. Soal selidik dapat dijelaskan (yang perlukan penerangan). Pemilihan sampel yang tidak bias. Kelemahan: Tidak praktikal terhadap bilangan sampel yang banyak. Melibatkan banyak tenaga, masa dan kos.
1.

2. Soalselidik diserahkan secara pos / kiriman Kelebihan Dapat mengukur lebih banyak subjek. Menjimatkan, masa, belanja dan tenaga. Kelemahan Sukar mendapatkan kerjasama subjek menjawab dengan lengkap serta memulangkan kembali soalselidik.

Kaedah Pemerhatian
Kaedah terawal dalam penyelidikan. Kaedah digunakan bagi kajian berbentuk ujikaji, diskriptif dan historikal. Maklumat diperolehi secara langsung oleh penyelidik.

Langkah-langkah Untuk Meninggikan Kesahan dan Kebolehpercayaan Kaedah Pemerhatian


1.

2.

3.

Tingkah laku manusia yang hendak diperhatikan mestilah diberi definisi yang jelas dan boleh diukur. Menggunakan bantuan alat teknologi moden seperti video dan perakam. Cara permerhatian tanpa serta adalah lebih baik.

4.

5. 6. 7.

Pemerhatian hendaklah kepada kejadian atau tingkah laku yang seharus diperhatikanya sahaja. Elakkan daripada menjalankan pemerhatian tunggal. Masa pemerhatian dibuat secara rawak. Hasil pemerhatian elok dicatat secepat mungkin.

Kelebihan Kaedah Pemerhatian


+

Pemerhatian terhadap sampel kajian lebih terperinci, jelas dan lebih tepat. Maklumat daripada pemerhatian boleh dijadikan bahan rujukan. Maklumat benar-benar diberikan oleh sampel yang dikaji.

Kekurangan Kaedah Pemerhatian


Kemungkinan

bias timbul kerana kelainan ras, agama, jantina dan sebagainya. Perlakuan sampel mungkin dibuat-buat (tidak original), mungkin juga malu. Pemerhatian yang tidak bersistematik dan tidak konsisten menjadikan dapatan kurang tepat.

También podría gustarte