Está en la página 1de 2

JURNAL MINGGU KEENAM

Bilangan Jurnal Minggu Praktikum Tarikh Peristiwa / Kejadian Tajuk Jurnal

: Ke -6 : KEENAM : 04 08 March 2012 : BERCAKAP PERLAHAN

1. Masalah
Pada minggu keenam, saya telah mendapati isu bercakap dan menjawab dengan perlahan adalah berleluasa di kalangan segolongan murid terutamanya apabila guru bertanya soalan. Murid-murid berkenaan malu dan takut untuk menjawab sesuatu soalan.

2. Analisis
Masalah ini timbul kerana murid-murid berkenaan malu dan takut semasa menjawab soalan. Mereka ragu-ragu sama ada jawapan yang diberi itu adalah salah. Tambahan, mereka kurang memberikan respon apabila dipanggil untuk melakukan dan menjawab sesuatu soalan.

3.

Cadangan Tindakan Susulan


Saya telah membincangkan masalah ini dengan guru kelas dan guru mata pelajaran yang lain.

Kami bercadang untuk mengadakan ujian oral. Saya melatih murid-murid berkenaan bercakap kuat dan jelas. Aktiviti oral dan lisan melatih murid-murid menguatkan dalam kemahiran mendengar dan bercakap. Dengan ini, murid-murid juga dapat menghilangkan perasaan takut dan malu.

4. Tempoh Masa dan Keberkesanan Tindakan Susulan


Saya akan cuba menyelesaikan masalah ini dalam tempoh masa seminggu. Saya akan memastikan masalah ini dapat diselesaikan dalam pengajaran dan pembelajaran yang berikutnya. Saya memastikan dan mendorong murid-murid menghafal dan mempersembahkan pantun dan syarahan di hadapan kelas dengan suara yang lantang dan jelas. Saya berharap dengan mengadakan aktiviti seperti ini, murid-murid tersebut dapat mengatasi kelemahannya dan dapat bercakap dengan jelas dan lantang.

Disemak oleh Guru Pembimbing

Disemak oleh Pensyarah Pembimbing

Tandatangan : Nama Tarikh : :

Tandatangan : Nama Tarikh : :

También podría gustarte