Está en la página 1de 3

Betapa penyair peka akan bunyi-bunyi bahasa Melayu, terutama yang lembut,mersik dan yang melukiskan dunia indah.

Unsur fantasi yang ditambah kepada temakasih sayang mengangkat kita ke alam atau dunia di luar kenyataan.Kutipan daripada Kekasih ini juga ialah contoh yang baik untuk suatu gayatradisional, iaitu pengulangan baris atau struktur bait yang dikenal sebagai teknikparalelisme 19 . Bait-bait Kekasih ini juga berlandaskan sesuatu struktur yangterbahagi kepada tiga baris, yang diulang hingga akhir sajaknya. Dalam susunanbegini hanya kata-kata yang diganti, manakala bentuknya kekal. Misalnya dalambaris pertama bait pertama frasa kupinta l diubah menjadi kuanyam dalam baitkedua. Seterusnya buih-buih bait pertama menjadi gelombang-gelombang padabait kedua.Paralelisme ini memberikan rentak yang tertentu dan teratur yang akhirnya menciptasuatu irama yang stabil dan berulang-ulang. Tetapi perlu ditegaskan di sini,walaupun Usman popular kerana bahasa dan tekniknya yang dekat kepada tradisiMelayu, namun beliau juga sering menggunakan bahasa yang lebih nyaring dantegas nadanya, terutama dalam sajak-sajak yang bertemakan perjuangan seperti Benarkah Ketam Mengajar Anaknya Berjalan Betul?

(1979) dan Selembar KamusKemiskinan (1984).Pada era 70-an dan 80-an ini, gaya pengulangan kata, ungkapan, baris dan rangkapturut hadir dalam sajak-sajak Usman Awang untuk menimbulkan irama atausuasana muzikal untuk mengindahkan pendengaran, menegaskan maksud tertentusebagai persoalan utama dan menarik tumpuan perhatian atau pendengaran.Contoh ketiga-tiga tujuan serta kesan ini dapat dirasakan dalam petikan puisi yangberikut:17

Selamat tinggal Selamat tinggal wahai awanSelamat tinggal matahari Selamat tinggal bulanSelamat tinggal kupu-kupu sayang Selamat tinggal wahai Burung-burung bersarang Selamat tinggal anak-anak bermain riang. (Balada Terbunuhnya Beringin Tua di Pinggir Sebuah Bandaraya: 1979)Pengulangan ungkapan atau rang kai kata Selamat Tinggal yang berbentukanafora itu berjaya menimbulkan kesan irama atau muzikal yang segar. Kedudukanpengulangan tersebut telah berhasil menarik tumpuan perhatian atau pendengaranyang tidak dipaksa. Di samping itu, kehalusan serta kelembutan pengucapannyasemakin memperkuat dan memperdalam kesan pernyataan kehampaan terhadapkemusnahan keindahan alam yang asli, iaitu titik persoalan utama puisi tersebut.Sajak-sajak terbaru Usman Awang pada dekad 1990an masih jelasmempertahankan tradisi berpuisi dengan menggunakan kata-kata, frasa, klausa dansintaksis untuk mengungkapkan nilai-nilai dan hak-hak kemanusiaan tanpa takutuntuk menyatakan yang benar. Usman telah menyambung tradisinya,memberikannya suatu lafaz yang segar di persada tanah air. 18

Rumusan: Setelah mengkaji dan menghalusi sajak-sajak Usman Awang sejak era 40-anhingga 80-an, dapat disimpulkan bahawa sajak-sajak Usman Awang pada era 40-anhingga 50an, banyak memaparkan gaya bahasa pantun, iaitu intipati ciri puisiMelayu tradisional. Penyesuaian bentuk dan gaya Melayu pada zaman tersebutsebenarnya ialah suatu siri eksperimen yang separuh sedar dan separuh spontan.Ciri-ciri tradisional Usman semakin berubah pada era 60-an. Bentuk baris puisi-puisinya tidak lagi berjumlah empat tetapi dikurangkan menjadi tiga atau dua,ataupun ditambah menjadi lima dan enam. Nafasnya kadang-kadang dipendekkanatau dipanjangkan untuk memenuhi ciri-

ciri kontemporari yang ditandai olehpelbagai eksperimen penyesuaian dan percubaan cara berbicara. Dengan bahasalembut romantik untuk sejumlah sajak, dan bahasa yang bersahaja tetapi sinis untuksajak-sajak yang lain, Usman mengukir nama sebagai penyair yang amat pentingdalam petak kesusasteraan tanah air. Kejayaan Usman dalam beberapa buahsajaknya yang popular terletak pada kebolehannya memadukan sifat romantik sertasifat seriusnya itu, sehingga kadang-kadang dalam kesedihan tragedi, kita dapatmerasakan keindahan hidup.Sajak-sajak beliau pada era 70-an semakin stabil dan mantap serta dihalusi lagipada tahun-tahun 80-an dan 90an melalui eksperimen-eksperimen hinggamenyeberang masuk ke dunia prosa naratif dan hampir memutuskan hubungandengan konsep puisi tradisional yang lebih mendekati lagu. Bahasa mutakhir Usmanlebih mendekati maksud asal dan objektif, sesuai dengan zamannya.Dapatlah disimpulkan di sini bahawa Usman menganggap bahawa bahasasesebuah puisi haruslah cantik serta sesuai. Kecantikan ini dicipta dengan landasan 19

dan bentuk sastera tradisional, manakala kesesuaian ditentukan oleh tema, zamandan tuntutan kebebasan. Kecantikan dan kesesuaian ini juga menolong memadukankaryakaryanya. Konsep puisi beliau amat bergantung kepada prinsip bahawabahasa bersopan santun, berukur dan harus terkawal. Cita rasanya yang halus pulamembimbing penyair untuk mencapai bahasa yang dianggap unggul ini, persis kataSN Dr. Muhammad Hj.Salleh 20 , Usman Awang: Penghubung sastera modendengan akar tradisi!

También podría gustarte