Está en la página 1de 2

Apakah Kurikulum Standard Sekolah Menengah (KSSM)?

Kurikulum Standard Sekolah Menengah (KSSM), merupakan salah satu transformasi pendidikan di Malaysia. KSSM akan dilaksanakan pada tahun 2014.

Pelaksanaan KSSM membawa transformasi kepada:-

Perubahan sukatan semua mata pelajaran. Perubahan kaedah pengajaran dan pembelajaran (P&P). Mengurangkan fokus peperiksaan.
Konsep Transformasi Kurikulum Sekolah Menengah.

Berasaskan prinsip KBSM yang sedia ada:-

Kesinambungan pendidikan rendah dan menengah Pendidikan umum untuk semua murid Penggunaan ilmu disiplin yang ada Kesepaduan antara unsur JERI Penekanan nilai-nilai murni Peluasan dan peningkatan penggunaan Bahasa Malaysia. Pendidikan sepanjang hayat.
Perubahan Kurikulum Sekolah Menengah kepada:-

Reka bentuk kurikulum Organisasi kurikulum Kandungan kurikulum Penekanan kepada kemahiran abad ke-21
Kesan positif KSSM :-

Memberi peluang kepada semua pelajar melalui proses pembelajaran mengikut kemampuan sendiri.

Memupuk sikap pelajar untuk bertanggungjawab terhadap pembelajaran sendiri menerusi aktiviti eksplorasi. Menyerlahkan potensi pelajar. Membentuk pelajar seimbang dari segi akademik dan kesukanan

También podría gustarte