Está en la página 1de 13

PEMBINAAN INSTRUMEN DAN ITEM PENTAKSIRAN DALAM PENDIDIKAN MORAL

PENGENALAN

Pentaksiran adalah proses pengumpulan maklumat tentang perkembangan dan kemajuan murid dengan menggunakan pelbagai kaedah. Ia merupakan sebahagian daripada proses pengajaran dan pembelajaran dijalankan secara berterusan. Ia hendaklah dilaksanakan secara tidak formal selaras dengan Seksyen 19 Akta Pendidikan 1996. Secara keseluruhannya pentaksiran bertujun untuk mengenalpasti kecerdasan dan potensi murid bagi memperkukuh dan mempertingkatkan perkembangan mereka. Hasil pentasiran membolehkan guru mengambil tindakan susulan berkesan dan seterusnya membantu guru mengembnagkan potensi murid ketahap optimum dalam domain kognitif, afektif dan psikomotor. P & P dalam aspek kognitif merujuk kepada Dewey (1916) dan pemerhatiannya bahawa setiap insan mempunyai kapasiti untuk berfikir. Menurut Polson & Jeffries (1985), mereka telah mengatakan pemikiran berkaitan secara langsung dengan kemahiran penyelesaian masalah. Manakala menurut Ennis (1985, 1991) berpendapat pemikiran merupakan beberapa siri proses pemikiran secara logik. Selain itu,Galotti (1989) menyatakan terdapat dua jenis membuat keputusan kesan dari pemikiran, iaitu formal reasoning dan everyday reasoning

Tujuan Pentaksiran Memantau perkembangan murid Melaksanakan penilaian dan memperhalusi kurikulum. Menyediakan maklum balas untuk melaporkan penguasaan seseorang murid. Memotivasi murid. Menentukan tahap pencapaian. Mengadaptasi strategi pengajaran mengikut kebolehan dan kebolehan pelajar.

MASALAH DAN KAEDAH PENYELESAIAN PEMBINAAN INSTRUMEN DAN ITEM PENTAKSIRAN DALAM PENDIDIKAN MORAL

Terdapat beberapa masalah yang berlaku dalam pembinaan instrument dan item pentaksiran dalam Pendidikan Moral. Antara masalah tersebut adalah, sesetengah guru Pendidikan Moral tidak mengetahui apakah instrumen dan item pentaksiran dalam Pendidikan Moral. Selain itu juga, guru-guru yang mengetahui tentang instrument dan item pentaksiran dalam Pendidikan Moral tidak mengetahui cara-cara untuk melakukan item pentaksiran ini. Terdapat dua jenis instrumen dalam Pendidikan Moral. Dua instrumen tersebut adalah instrumen pentaksiran formal dan instrumen pentaksiran tidak formal.

Item Pentaksiran

Pentaksiran Formal - Objektif - Subjektif

Pentaksiran Tidak Formal - Pemerhatian - Temubual - Hasil Kerja Murid - Senarai Semak - Rekod Anekdot

Pentaksiran Formal

Kebiasaannya penggunaan ujian kertas dan pensel dapat memberi ukuran pencapaian pelajar dalam aspek kognitif/pemikiran moral.

Pembinaan item ujian objektif dan subjektif boleh dilakukan mengikut aras kesukaran yang dinyatakan dalam Taksonomi Bloom.1

Ia dijalankan dalam dua bentuk iaitu secara formal dan tidak formal. Pentaksiran dalam bentuk formal dijalankan melalui penilaian yang berbentuk ujian pensil kertas. Penilaian fomal boleh berbentuk objektif dan subjektif. 2

Jenis-jenis ujian objektif dan subjektif:-

Soalan Objektif

Soalan subjektif

Soalan aneka pilihan Jawapan terbaik Positif dan negative Cantuman

Soalan yang memrlukan jwapan yang pendek

Soalan melengkapkan perkataan, ayat dan cerita.

Soalan betul salah

Soalan menggunakan gambar.

http://www.officeport.com/edu/blooms.htm

Gerald S. Hanna and Peggy Dettmer, Assessment for Effective Teaching: Using Context-Adaptive Planning, Pearson/Allyn and Bacon, 2004.

Aras Kemahiran Ujian Bertulis Item objektif atau subjektif boleh dibina untuk semua aras kemahiran dalam bidang kognitif/pemikiran moral di bawah kategori Taksonomi Bloom.3 Perhatikan jadual di bawah: Aras kemahiran dalam bidang Objektif 1.Pengetahuan Menguji kebolehan pelajar mengingat kembali fakta, erti, istilah, prinsip, hukum dan definisi yang telah dipelajari. 2. Kefahaman Menguji kebolehan murid memahami, menukar dan menjelaskan fakta, konsep, prinsip, hukum dan teori yang telah dipelajari. 3. Aplikasi Menguji kebolehan pelajar menggunakan fakta, konsep, hukum, teori, prinsip, pengetahuan dan kemahiran untuk menyelesaikan masalah yang berkaitan 4. Analisis Menguji kebolehan pelajar membanding dan menghuraikan faktor-faktor kesamaan, perbezaan dan perhubungan di antara satu sama lain. 5. Sintesis Menguji kebolehan pelajar mencantumkan, menggabungkan dan mengintergrasikan faktafakta atau idea-idea yang berkaitan Contoh soalan Nyatakan nilai yang berkaitan dengan Tuhan dan pengolahan alam semulajadi oleh manusia.

Huraikan maksud nilai bertanggungjawab

Arasu seorang pelajar yang jarang menguruskan diri dan jadual pembelajarannya. Dia selalu bergantung kepada orang lain untuk menyiapkan kerja rumahnya. Jelaskan nilai yang sepatutnya diamalkan oleh Arasu. Yang manakah pernyataan berikut TIDAK menerangkan ciri nilai bertanggungjawab dengan betul?

Cekal, gigih, tekun, dedikasi dan daya usaha. Semua ciri yang dinyatakan adalah berkaitan dengan nilai

(Dipetik dari Adapted from Champagne, Lovitts and Calinger (1990).Assessment in the Service of Instruction. Washington, AAAS.)

6. Penilaian Menguji kebolehan calon membuktikan, menilaikan, mengesahkan, mengkritikkan, merumuskan atau memberi pendapat sesuatu pernyataan, ciptaan, karya, prinsip, teori dan sebagainya.

Di antara nilai-nilai yang berikut, yang manakah paling efektif digunakan untuk mendidik kanak-kanak sifat kebersihan diri?

Panduan Menulis Ujian


Pokok soalan mesti ditulis dalam bahasa yang mudah difahami Pilihan jawapan atau gerak balas hendaklah ditulis sejajar dengan pokok soalan Struktur item haruslah dibentuk mengikut format yang biasa diamalkan

Ujian Subjektif

Ujian esei Pelajar menjawab soalan dalam tulisan/perkataan sendiri Jawapan- satu ayat, beberapa ayat, satu perenggan, beberapa perenggan, satu karangan Pelajar bebas memilih, menerangkan, membentangkan idea-idea dengan perkataan sendiri

Pemeriksa memeriksa secara subjektif, holistik, analitik(mengikut kriteria pemarkahan

Jenis-Jenis Soalan Subjektif

Jenis respons terhad


o o

mengandungi soalan yang memerlukan pelajar menulis jawapan secara ringkas contoh: beri dua faedah mengolah alam semulajadi dengan baik

Jenis respons lanjutan


o

mengandungi soalan yang memerlukan pelajar memberi jawapan dalam satu atau beberapa perenggan

contoh: Huraikan cara-cara mengurangkan vandalisme di kalangan pelajar sekolah dengan merujuk kepada nilai-nilai dalam Pendidikan Moral.

Di bawah soalan jenis respons terhad ada:

Soalan berstruktur
o

satu siri soalan yang berkaitan dengan sesuatu isu yang dikemukakan satu demi persatu

jawapan yang diberikan merupakan satu penyelesaian kepada isu yang dikemukakan(nilai, sikap, tingkahlaku)

Soalan berpandu
o

mengandungi penggerak-penggerak atau stimuli seperti gambar, peta, carta dan lain-lain

pelajar menjawab berdasarkan penggerak-penggerak yang disediakan

Soalan jenis gerak balas lanjutan


soalan jenis perbicaraan memberi peluang kepada pelajar menjawab secara bebas- menghuraikan idea/pendapat secara bertulis

sangat sesuai digunakan untuk mengukur proses pemikiran, daya kreatif, keaslian idea, induksi, imaginasi

menilai aras yang lebih tinggi (analisis, sintesis, penilaian) Contoh: Huraikan kesan Rumah Hijau kepada penduduk dunia.

Rancangkan satu projek amal bakti di sekolah anda. Bezakan di antara tanggungjawab terhadap keluarga dan tanggungjawab terhadap negara. Pentafsiran soalan subjektif

Skop jawapan soalan terlalu luas Soalan yang menimbulkan perbalahan

Kesukaran soalan di luar kemampuan pelajar Soalan terlalu mudah Soalan yang kurang jelas

Panduan menggubal soalan subjektif bagi mata pelajaran Pendidikan Moral


Digubal berdasarkan aspek penting bahan P&P Istilah dan bahasa dalam soalan jelas dan tepat Soalan mesti spesifik dan berlandaskan nilai Ada ciri keesahan-topik, aras kemahiran Ciri keobjektifan jawapan, skema pemarkahan Ciri kebolehpercayaan wajib dijawab

Pentaksiran Tidak Formal Pentaksiran jenis ini adalah lebih kepada membuat penilaian serta pemerhatian tentang seseorang murid di dalam bilik darjah. Pemerhatian serta penilaian ini boleh berasaskan tingkah laku, emosi , dan juga kognitif. 4 Jenis-jenis Pentaksiran Tidak Formal A) Pemerhatian Adalah satu kaedah penilaian melalui pemerhatian yang dijalankan secara bersistematik dan tepat untuk mengumpul maklumat dan merekodnya dengan tepat tentang murid yang menjadi sasaran pemerhatian ataupun secara keseluruhan kelas. Jika ia melibatkan individu tertentu, ia adalah bertujuan untuk mengenal pasti punca, sebab atau permasalahan yang dihadapi sama ada berkaitan dengan pembelajaran cara bersosialisasi ataupun isu moral yang dihadapi. Pemerhatian akan dibuat dalam bentuk memerhati tentang tingkah laku , perbualan atau interaksi sosial murid, dan juga hasilan kerja.
4

Ee, Ah Meng, Pelajar bermotivasi pelajar cemerlang, Fajar Bakti, Shah Alam, 1998.

Tujuan Pemerhatian Mengesan serta-merta Mengesan kemajuan Mengesan pencapaian Mengesan fenomena tingkah laku Digunakan untuk menilai : o Sikap o Perlakuan atau amalan o Amali o o o o o o Kemahiran manipulatif Kemahiran bersosial Kemahiran belajar Kemahiran kinestetik Kemahiran literasi komputer Kemahiran mereka cipta

Merekod Pemerhatian 1) Rekod Berterusan Catatan dalam bentuk cerita (narrative) yang dibuat ke atas indidvidu atau kumpulan murid semasa berlakunya sesuatu peristiwa. Setiap perlakuan dan apa yang dikatakan oleh murid akan dicatat sepanjang tempoh pemerhatian. Pemerhatian yang terperinci ini biasanya dijalankan dalam tempoh 5-10 minit. Daripada pemerhatian ini guru akan dapat mengukur tentang keupayaan murid bertoleransi, berinteraksi, dan memahami konsep-konsep moral yang perlu ada pada setiap individu.
8

B) Temu bual Temubual merupakan satu instrumen yang digunakan dalam kajian yang berbentuk tinjauan. Tujuannya ialah untuk menghasilkan satu set item yang boleh digunakan secara optimum untuk menjawab persoalan kajian. Antara bentuk temu bual iailah temu bual berstruktur, temu bual semi struktur, dan temu bual yang tidak berstruktur. Guru mestilah menentukan jenis temu bual dalam kajian, rancangan temu bual, stail, kandungan dan susunan soalan temu bual. Ciri-ciri soalan temu bual mestilah mudah, jelas , dan susunan temu bual, serta tempoh yang sesuai dan tidak terlalu lama untuk menggelakkan kebosanan responden.

C) Hasil Kerja Murid Hasil kerja murid yang terpilih sahaja perlu dimasukkan di dalam fortfolio. Pemilihan hasil kerja hendaklah dibuat oleh murid bersama guru. Hasil kerja murid termasuklah: i. ii. iii. iv. v. Gambar atau lukisan Tulisan Binaan yang disempurnakan Cerita yang ditulis Buku skrap

Catatan perlu dibuat keatas setiap hasil kerja murid yang telah dipilih setelah dianalisis dan dinilai. Catatan yang dibuat biasanya menggambarkan tahap kebolehan, contohnya sudag boleh membuat bulatan, sudah boleh menulis huruf. Koleksi hasil kerja murid dalam portfolio harus mengandungi hasil kerja yang melibatkan murid khususnya semasa pemilihan isi kandungan, penentuan criteria pemilihan isi kandungan, penentuan criteria untuk menilai dan bukti refleksi yang dibuat oleh murid. Maklumat daripada hasil kerja murid ini membantu guru memahami murid dari segi perasaan, sikap dan mengenal pasti kemajuan tahap penguasaan murid terhadap sesuatu kemahiran, pengetahuan dan amalan nilai-nilai murni.

D) Senarai semak Senarai item yang disediakan untuk mengenal pasti perkembangan dari segi pengetahuan, kemahiran, sikap , sahsiah, dan kebolehan murid. Senarai item yang disediakan adalah untuk menentukan sama ada yang berkaitan dengan tingkah laku yang dapat diperhatikan, kekerapan tingkah laku itu berlaku, dan lain-lain berdasarkan keperluan pemerhatian. Ia memerlukan satu bentuk jadual dan setiap pemerhatian yang dapat dilihat hanya akan dicatat dengan menandakan ( ) atau cara lain. E) Anekdot Satu catatan ringkas mengenai satu peristiwa atau tingkah laku murid yangdianggap penting, unik dan signifikan untuk direkodkan. Anekdot ditulis secara objektif menerangkan fenomena yang berlaku, bila dan di mana berlaku. Catatan ringkas ini akan membantu guru memahami tentang diri murid berkenaan. Perkara-perkara yang ditulis dalam rekod anekdot ialah yang menggambarkantentang perkembangan bahasa dan literasi, pola interaksi sosial , kemahiran menyelesaikan masalah dan kejayaan-kejayaan yang dicapai oleh murid.

Perkara-perkara yang perlu dipertimbangkan untuk menulis rekod anekdot ialah: Membuat pemerhatian terhadap peristiwa yang berlaku. Mengenal pasti peristiwa itu penting dan signifikan kepada aspek Perkembangan kanak-kanak, merangkumi kelebihan dan kekurangan. Menulis maklumat selepas peristiwa berlaku Menulis apa yang dilihat secara objektif Maklumat yang biasanya direkodkan adalah berpandukan peristiwa menggambarkan tentang perkembangan bahasa dan literasi, pola interaksi sosial dan kemahiran menyelesaikan masalah.

10

KESIMPULAN

1. Ujian objektif memerlukan pelajar memberikan respons yang pendek atau dipilih daripada beberapa pilihan jawapan. Contoh ujian objektif ialah aneka pilihan, salah benar, ujian padanan dan ujian melengkapkan jawapan. 2. Ujian subjektif terdiri daripada soalan yang memerlukan pelajar memberikan respons secara bertulis. 3. Manakala item-item dalam pentaksiran tidak formal merupakansatu proses sistematik untuk mengumpul maklumat yang digunakan dalam pengajaran dan

pembelajaran.pentaksiran ialah proses yang menggunakan data kualiti dan data kuantiti untuk membuat taksiran tersebut.5 Penilaian biasanya dianggap sebagai satu proses pengujian formal dan biasanya menimbulkan tekanan dan ketegangan dikalangan pelajar. 4. Pembinaan instrument tentang pengukuran dan penilaian bertujuan mendapatkan maklumat yang sah, boleh dipercayai serta berguna berhubung dengan pencapaian pelajar-pelajar. Proses ini melibatkan usaha penentuan tentang apa yang hendak diukur, kemudian mentakrifkannya supaya item boleh dibina untuk mengukurnya. Domain pencapaian pelajar hendaklah jelas supaya item soalan dapat dibentuk.

Dalam kebanyakan perancangan pentaksiran kepastian atau kebolehpercayaan terhadap pentaksiran adalah amat

berkurangan. Kebanyakan pentaksiran dikatakan tidak mempunyai nilai "kesahan" dan "kebolehpercayaan "

11

BIBLIOGRAFI

Abdul Rahman Md.Aroff. (1999).Pendidikan Moral Teori Etika dan Amalan Moral,Serdang: Penerbit UPM.

Abdul Rahman Abdul Rashid, Yap Keni Fatt dan Abd. Rahim Selamat ( 2001).BahasaMelayu Komunikasi 2 : Komunikasi Retorika, Femina.

Ee, Ah Meng, (1998) Pelajar bermotivasi Pelajar Cemerlang, Fajar Bakti, Shah Alam.

Ee, Ah.Meng. ( 1994). Pendidikan Moral (Elektif).Kuala Lumpur: Penerbit Fajar Bakti Sdn.Bhd Eow, B.H. (2000). Pendidikan Moral . Petaling Jaya: Pearson Education Malaysia Sdn. Bhd. Brown, James Dean, (1995) The elements Of Language Curriculum : a Systematic Approach to Program Development / James Dean Brown. Boston : Heinle & Heinle.

Gerald S. Hanna and Peggy Dettmer, (2004). Assessment for Effective Teaching: Using Context-

Adaptive Planning, Pearson/Allyn and Bacon.

H e n a M u k h e r j e e , J u d y E l l i s e t . a l . ( 1 9 9 2 ) . Strategi Pengajaran Pendidikan Moral KBSM. Petaling Jaya: Fajar Bakti Sdn.Bhd.

Hinman, L.M. (2000).Contemporary Moral Issues: Diversity and Consensus. (2nd. Ed.) New Jersey: Prentice Hall.Kurtins.

W. M. and Gewirtz, J.L. (1995). Moral development: an introduction. US:Allyn and Baco

12

13

También podría gustarte