Está en la página 1de 3

Kisah benar kasih ibu

Kehebatan Kasih Sayang Seorang Ibu Semalam anak aku yang berada di tahun 3 bawa balik bunga dan hadiahkan kepada wife aku. Walaupun harga bunga tu hanya RM2.50 dan dikongsi bersama adiknya, kulihat wife aku sangat gembira. Baru aku teringat hari ibu sudah tiba. Walaupun sebenarnya setiap hari adalah hari ibu kerana kita wajib menyayangi insan yang telah melahirkan, menyusu dan membesarkan kita dengan susah payah. Namun dengan adanya hari yang di declare hari ibu adalah sebagai pengiktirafan kepada insan mulia yang bergelar ibu,mak,mama,mummy,ma dan apa pun panggilan sekalipun. Selamat Hari Ibu kepada semua kaum ibu yang mengunjungi blog ini. Anda adalah insan istimewa sebab itu syurga ada di telapak kaki ibu. Mari kita baca dan lihat kisah benar yang mengharukan mengenai pengorbanan seorang ibu yang mengorbankan nyawanya demi anak yang tercinta.

Bayi ini telah tertanam selama 24 jam dalam satu runtuhan . Secara ajaib dia diselamatkan tanpa sebarang goresan.

Dia berusia sekitar 3-4 bulan dan ibunya berlutut dan menahan kepala dan tangannya ke tanah sebagai perisai anaknya dari tuntuhan bagunan sambil MENYUSUI bayinya!

Seorang penyelamat menemukan telefon bimbit dalam bungkusannya. Di dalamnya terdapat mesej yang tertulis, Anakku sayang, bila kamu selamat, ingatlah..Mama mencintai kamu selamanya

Inilah wajah ibu tersebut bersama bayi dan suaminya.