Está en la página 1de 2

ROSLINA BINTI AMIR PISMP SEM 2 BM A

Alhamdulillah , bersyukur kepada Illahi dengan izin-Nya dapat juga saya dan rakanrakan seperjuangan dapat menyempurnakan Bina Insan Guru (BIG) Fasa 3 iaitu Khidmat Masyarakat. BIG kali ini, kami dikehendaki mengadakan aktiviti

kemasyarakatan selama 10 jam. Setelah mendengar taklimat oleh penyelaras BIG Fasa 3 iaitu Pn. Norhayati, kami mengambil peluang dan ruang untuk berbincang bagi memilih tempat dan tarikh yang sesuai untuk menyempurnakan BIG Fasa 3 ini. Ibarat pepatah Melayu, sepakat membawa berkat dan kami sebulat suara memilih tanggal 8 Mac 2012 dan tempatnya ialah Pusat Anak Permata Negara, Perlis. Selaku biro perhubungan saya dan Mohd Taufiq Desa mula menggorak langkah dengan menghubungi pihak yang berkenanan bagi menyempurnakan BIG Fasa 3 ini. Melalui situ saya dapat mempelajari cara-cara untuk berhubung atau berkomunikasi dengan pihak berkenanan bagi menguruskan satu program bersamasama anak-anak permata. Alhamdulillah semuanya berjalan lancar dan segala informasi dapat disampaikan dengan sempurnya. Semasa menjalani BIG fasa 3 khidmat masyarakat ini, saya berasa sangat gembira kerana dapat meluangkan masa bersama anak-anak Permata iaitu salah satu program di bawah naugan Datin Sri Rosmah Mansur. Secara tidak langsung, interaksi sosial telah berlaku antara saya dengan anak-anak Permata tersebut. Selain itu, saya juga dapat melihat dengan lebih dekat aktiviti-aktiviti harian anakanak Permata yang mampu melahirkan insan minda kelas pertama yang mempunyai bakat yang tersendiri. Tambahan lagi, saya juga dapat mengenali personaliti kanak-kanak yang berumur antara 2 hingga 4 tahun. Gelagat mereka sangat mencuit hati. Ternyata setiap anak-anak Permata mempunyai kebolehan yang tersendiri. Hal ini dapat dibuktikan melalui aktiviti permainan yang dianjurkan oleh kami, ternyata anak-anak Permata sangat aktif dan mematuhi setiap arahan yang diberikan. Dari situ, saya dapat lihat kerjasama dan kemesraan terjalin antara guru-guru pelatih dengan anakanak Permata tersebut.

ROSLINA BINTI AMIR PISMP SEM 2 BM A

Seterusnya BIG kami diteruskan lagi pada sebelah petang dengan menghias dan menceriakan kawasan luar dan dalam Pusat Anak Permata Negara. Aktiviti ini turut disertai oleh ibu bapa anak-anak Permata. Melalui aktiviti ini, saya juga dapat menambahkan lagi keyakinan untuk berhadapan masyarakat iaitu apabila berada di sekolah saya bukan sahaja perlu berhadapan dengan murid-murid tetapi dengan ibu bapa mereka. Dengan ini, saya dapat meningkatkan kemahiran komunikasi saya dengan masyarakat setempat dan berkongsi cerita dan pengalaman bersama-sama.. BIG fasa 3 ini, memberi peluang kepada saya dan rakan seperjuangan untuk mengeratkan tali persaudaraan sesama kami. Hal ini dibuktikan dengan sebelum BIG, semasa BIG dan selepas BIG dijalankan. Walaupun terdapat pelbagai masalah terutamanya masalah pengangkutan, kewangan yang tidak mencukupi namun dengan kerjasama yang tidak berbelah bagi dan rasa bertolak ansur yang ada dalam diri warga BM A, kami Berjaya mengatasinya. Alhamdulillah semuanya selamat ketika pergi dan pulang dari Pusat Anak Permata Negara, Perlis. Secara keseluruhan saya berpuas hati dan gembira BIG Fasa 3 kali ini iaitu khidmat masyarakat. Walaupun pelaksanaannya hanya satu hari sahaja namun

pengisian yang amat bernilai dan tidak mungkin diperolehi di dalam bilik darjah. Sesungguhnya kekitaan yang erat, tiada yang berat begitulah kami warga BM A. Saya berharap BIG Fasa 4 pada semester hadapan dapat dijalankan dengan sempurna seperti BIG Fasa 3 ini. Sekian, terima kasih.

También podría gustarte