Está en la página 1de 8

Rabiulawal 1433

Assalamualaikum w.b.t

Syukur

ke hadrat Illahi kerana

dengan limpah kurnianya dapat lagi kita untuk menjadi khalifah di muka bumi ini. Semoga hari-hari kita sebelum ini mendapat redha ALLAH hendaknya. Bersempena dengan bulan yang bersejarah ini, RABIULAWAL, marilah kita bersama-sama berselawat ke atas kunjungan besar nabi MUHAMMAD S.A.W bagi mengingati hari kelahiran baginda iaitu pd 12 rabiulawal Sudah menjadi kebiasaan bagi semua rakyat Malaysia yang beragama islam untuk meraikan maulidur rasul setiap tahun. Namun wajibkah kita meraikan sambutan ini dan menurut sebahagian pendapat, maulidur rasul ini adalah amalan bidaah kerana perkara ini tidak pernah di lakukan semasa hayat baginda dan baginda pun tidak pernah mewajibkan umatnya meraikan hari keputeraan baginda. Pada pendapat saya, motif utama meraikan sambutan maulidur rasul adalah untuk menyeru umat islam untuk sentiasa mengingati rasul dan hal ini bertepatan dengan rukun iman yang ke-4 iaitu beriman kepada rasul.

ISU SEMASA
Asas Sistem Politik Islam
HAKIMMIYYAH ILLAHIYYAH Hakimiyyah atau memberikan kuasa pengadilan dan kedaulatan hukum tertinggi dalam sistem politik Islam hanyalah hak mutlak Allah. Tidak mungkin ianya menjadi milik sesiapa pun selain Allah dan tidak ada sesiapa pun yang memiliki sesuatu bahagian darinya. Firman Allah yang mafhumnya: Dan tidak ada sekutu bagi Nya dalam kekuasaan Nya (Al Furqan: 2) RISALAH Risalah bererti bahawa kerasulan beberapa orang lelaki di kalangan manusia sejak Nabi Adam hingga Nabi Muhammad s.a.w adalah satu asas yang penting dalam sistem politik islam. Melalui landasan risalah inilah maka para rasul mewakili kekuasaan tertinggi Allah di dalam bidang perundangan dalam kehidupan manusia. Dalam sistem politik islam, Allah telah memerintah agar manusia menerima segala perintah dan larangan Rasullah s.a.w Manusia diwajibkan tunduk kepada perintah-perintah Allah dan tidak mengambil selain daripada Rasullah s.a.w untuk menjadi hakim dalam segala perselisihan yang terjadi antara manusia. Firman Allah yang mafhumnya: Apa yang diperintahkan Rasul kepadamu, maka terimalah dan yang dilarangnya bagi kamu, maka tinggalkanlah (ALHasyr: 7) KHALIFAH Khalifah bererti perwakilan. Dengan pengertian ini, ia bermaksud bahawa kedudukan manusia di muka bumi ini ialah sebagai wakil Allah. Ini juga bermaksud bahawa di atas kekuasaan yang telah diamanahkan kepadanya oleh Allah, maka manusia dikehendaki melaksanakan undang-undang Allah dalam batas-batas yang ditetapkan Firman Allah yang mafhumnya:

QURAN & HADITH


ALLAH CINTA AKAN MAKHLUKNYA

(Surah Ali-Imran ayat 31) Allah itu amat sayang, amat kasih kepada hamba--hambaNya. Sehingga orang yang pernah bersalah diberi kesempatan mengikuti amalan yang jahat dengan banyak-banyak berbuat baik disertai memohon ampun. Tuhan selalu bersedia menerima kedatangan hambaNya yang demikian.

WAJIB MENUNTUT ILMU AGAMA DAN KELEBIHANNYA

20 - dari Anas bin Malik r.a. katanya: Rasullullah s.a.w bersabda: menuntut ilmu adalah satu fardu yang wajib atas tiap tiap seorang islam (ibnu Majah dan lain lain) Hadis yang kedua puluh ini mewahibkan setiap orang islam; lelaki dan perempuan untuk menuntut ilmu agama

TAHUKAH ANDA?

Peristiwa Bulan Rabiulawal


Pada bulan Rabiulawal telah berlaku satu peristiwa besar bagi kita sebagai seorang Islam iaitu kelahiran junjungan, Rasulullah s.a.w. Selain daripada itu terdapat banyak lagi peristiwa yang berlaku dalam bulan Rabiulawal antaranya ialah. Perlantikan Nabi menjadi Rasul. - Dibulan Rabiulawal inilah Nabi Muhammad saw diangkat menjadi Rasul. Ketika ini Nabi Muhammad saw berumur 40 tahun. Maka dengan ini bermulalah dakwah baginda secara rasmi di Makkah al-Mukarramah. Peristiwa Hijrah - Tarikh hijrah adalah tarikh tibanya Rasulullah di Madinah al-Munawwarah pada ketika itu di sebut Yatsrib. Rasulullah sampai di Quba' pada hari Isnin 8 Rabiulawal dan Baginda sampai di Kota Madinah pada hari Jumaat 12 Rabiulawal dan Baginda menunaikan solat Jumaat yang pertama. Peperangan - Banyak peperangan yang telah terjadi pada zaman Rasulullah saw diantara tentera Islam dan tentera kuffar. Diantara peperangan yang berlaku di bulan Rabiulawal ialah peperangan Safwan (Badar pertama), Bawat, Zi Amar (Ghatfan), Bani An-Nadhir, Daumatul Jandal dan peperangan Bani Lahyan. Wafatnya junjungan besar kita, Muhammad Rasulullah saw - Rasulullah telah wafat pada hari Isnin 12 Rabiulawal 11H bersamaan 7 Jun 632M. Baginda wafat di rumah isterinya Aisyah ra dan dikebumikan di Madinah al-Munawwarah. Abu Bakar ra. menjadi khalifah - Pada hari Rasulullah wafat, para sahabat tidak mahu menangguh urusan pentadbiran kerajaan dan segera membai'ah saidina Abu Bakar r.a di Dewan Bani Sa'idah. Ini adalah kerana urusan pentadbiran negara tidak boleh terhenti walau seketika dan ia adalah nadi sesebuah kerajaan. Sebahagian sahabat pula menguruskan pengkebumian jenazah Rasulullah saw yang diketuai oleh Saidina Ali ra Ahli Bait Rasulullah saw.

MARI BELAJAR
Waqaf . Dari sudut bahasa: Berhenti / menahan. Dari sudut istilah tajwid: Menghentikan seketika bacaan secara memutuskan suara di akhir perkataan untuk bernafas dengan niat ingin menyambungkan kembali bacaan. Waqaf Lazim/ Waqaf Tam. Menghentikan bacaan pada rangkai kata yang sempurna maknanya serta lafaz (dari segi i'rab) dan maksudnya tidak tergantung dengan kata-kata berikutnya. Waqaf ini bertanda

Waqaf Kafi Bacaan harus diberhentikan atau disambung malah berhenti lebih baik dari sambung. Ia dinamakan demikian kerana lafaznya sempurna dan tidak bergantung dengan lafaz selepasnya. Tandanya

CERPEN
No. Telefon Allah
"siapa tahu no. telefon Allah?" soal seorang penceramah dengan nada bersahaja. Hadirin dan hadirat terpinga2..masing2 berfikir...tergamam pun ada...kelu. Ada juga yg cuba mereka-reka jawapan, dan tak kurang juga yg ingin meneka. Sebahagian yg lain tidak sabar2 menunggu jawapan daripada penceramah tsebut. " ada yg tahu?ingin meneka barangkali?" Hadirin dan hadirat tetap diam membisu,tersengih,tersenyum simpul,bisik mbisik dan jawapannya masih tidak dapat dicari. Lalu dgn selamba penceramah menjawab, soalan yg barangkali ditanya dan dijawab sendiri. "2...4...4....3....4"!!!! " aku tercengang...dalam hati eh...suka-suka je pnceramah ni buat ajaran sesat...bagi no telefon Allah...main2 plak tu.Ada kemarahan dan geram yg menjelma.Belum pun sempat marah aku menjadi-jadi, meluap-luap, penceramah menegaskan lagi hujahnya... "subuh 2...zohor 4...asar 4...magrib 3....isyak 4jadi kita kena la telefon Allah selalu guna no ni 24434...tapi tak ramai yg telelefonkan .Ada yg kadang-kadang lupa..ada yg tak telefon hari-hari. Telefon bila perlu...tak perlu Allah ....tak telefon..betul tak?."hadirin hadirat diam mbisu..ada yg tunduk. Urat saraf dan nadi marah aku kendur tiba2...ya tak ya juga....24434...tersengih aku Isyhhh tak pernah terfikir Allah ada no telefon paling canggih....5 nombor je Allah hu akbar! Pandai penceramah ni ...idea yg menarik.kreatif, tepat dan tegas. pandai jugak dia menarik minat kami dgn idea tsebut. Betullah tu....no tu senang ingat..tapi tak ramai yg telefon...kalau telefon pun...mungkin waktu susah...waktu senang.. waktu rezeki melimpah..waktu sihat...rasanya 5 nombor tu...mcm tak wujud. Kata penceramah lg...semua org ada no telefon tapi...ada waktunya kita tak mahu ditelefon.contoh waktu mlm. kita tak nak diganggu...kita tak suka kalau org telefon malam2.kita off telefon. betul tak?" tapi no telefon Allah...tak pernah off.Kita je yg off telefon utk Allah."on dan off".hari2 boleh telefon Allah. Siang 3x. Malam 2x. Tak payah top up...malah Allah bg bonus memanjang...ganjaran jgn ckp la..sampai alam kubur kita bawa.bercahaya dibuatnya. "dah tu kalau telefon Allah..lama2....campur berzikir campur tahajud..campur solat hajat...bertahmid...beristgfar... kredit tak akan habis...malah Alah tambah2..ditambah dgn apa? ditambh dgn umur yg panjang...hidup yg berkat...rezeki yg berkat...anak yg soleh..dan sihat yg bemanfaat.." "Allah tak pernah boring walaupun ada org telefon Allah lama2....malah Allah sgt syg ...sgt kasih...'" "hingga diberikan ganjaran sebaik2 ganjaran iaitu syurga...yg tidak dpt kita bayangkan keindahannya" tapi..kalau tak pernah telefon Allah/tak selalu/kadang2/jarang2 macam mana? nauzubillah...utk anak2 dan generasi kita. doakan begini...Allah hummaj alni muqimas solat ti wamin zurriati... ya Allah jadikanlah aku dan generasiku sentiasa tunaikan solat ...dan istiqamah. diawal waktu dan dberikan khusyuk.diberikan rasa seronok beribadah. mudah2han

SANTAI

QUIZ RABIULAWAL
Nama datuk dari sebelah ibu Nabi Muhammad SAW a) b) c) Wahab bin Abdul Manaf Wahab bin Al Musa Wahab bin Sulaiman

Siapakah nama ibu susuan Nabi Muhammad yang pertama ? a) b) c) Halimah binti Abu Zuaib Thuwaibah Halimah binti Al Hisham

Nabi Muhammad dibedah oleh malaikat seawal usia baginda a) b) c) 5 tahun 6 tahun 7 tahun

Bonda Nabi Muhammad wafat pada usia baginda a) b) c) 6 tahun 7 tahun 8 tahun

SUDOKU

APA KATA ANDA?


PERKAHWINAN CAMPUR
Dalam perkahwinan yang penting ialah pasangan tersebut haruslah sama sama bersefahaman dan islam dijadikan cara hidup tidak kiralah pasangan itu berlainan bangsa,agama dan budaya. Pokoknya disini apa yang penting dan sama sama kita ambil pedoman ialah kesefahaman. Kesefahaman yang baik dapat menjaminkan keharmonian rumah tangga. SAFWANAH MUHD NOR (5TH YEAR)

keburukan kahwin campur bila kahwin tp tak amalkan ajaran islam. rosak rumahtangga yg dibina..tak dapat redha Allah. patutnya kahwin 1 ibadah tp jd dosa. lagi org sekeliling mungkin akan pandang serong terhadap islam bila tengok pasangan macam tu. lagi yang baik, kahwin campur eratkan hubungan antara manusia walaupun lain agama. secara tak langsung memberi peluang ahli keluarga agama lain tengok keindahan islam. mana tahu terbuka hati. kita pun akan peka terhadap budaya & sensitiviti masyarakat lain. NADZRI (4TH YEAR)

Actually dalam islam pun digalakkan berkahwin campur sebab itulah Allah menciptakan manusia dari berbagai-bagai bangsa dan puak untuk manusia itu saling bekenal-kenalan di antara satu sama lain. antara kelebihan nya kita dapat menyebarkan agama islam pada bangsa lain & untung2 nanti family dia pun dapat petunjuk untuk masuk agama islam.& pernah juga dengar cerita kalau kawin campur ni anak jadi bijak dan cantik..Keburukannya ialah apabila berlaku perceraian ia akan kembali murtad dan anak akan menjadi mangsa perebutan di antara ibu dan ay ah . S o, f i ki r -f i k ir k an l ah dan s e l am at be r am al . NUR AIN FAWZI (3RD YEAR) Perkahwinan antara kaum patut dijadikan kesempatan memahami dan mempelajari nilai-nilai mulia yang dimiliki oleh setiap kaum bukan menghapuskan identiti kaum. Dengan itu, setiap kaum akan hormati dan cuba memahami kelebihan dan kekurangan yang dimiliki lantas melaksanakan apa yang Allah perintahkan.Dalam konteks negara seperti Malaysia, saya berpendapat kita amat wajar menggalakkan perkahwinan yang seperti ini. Ini kerana ia boleh mendekatkan antara kaum dalam negara ini. SHAIFUNIZAM ALIAS (2ND YEAR)

Perkahwinan antara kaum patut dijadikan kesempatan memahami dan mempelajari nilai-nilai mulia yang dimiliki oleh setiap kaum bukan menghapuskan identiti kaum. Dengan itu, setiap kaum akan hormati dan cuba memahami kelebihan dan kekurangan yang dimiliki lantas melaksanakan apa yang Allah firman dalam surah al Hujurat ayat 13. NURNABIHAH MUSTAPHA (1ST YEAR)

También podría gustarte