Está en la página 1de 115

Imani Hatta

Bab 1
Allah berfirman dalam Surah an-Nur, ayat 19: ...dan (ingatlah) Allah mengetahui (segala perkara) sedang kamu tidak mengetahui (yang demikian). URI IMANI SHAMSUL AZHARI memeluk tubuh. Matanya memerah. Pipinya terasa pijar dek tamparan daripada papanya sebentar tadi. Inilah kali pertama papa memukulnya. Hanya kerana janji yang dibuat papa dulu, dia kini terpaksa menanggung akibatnya. Tetapi perlukah dia mengorbankan masa depannya? Persoalan ini yang membelenggu diri. Banyak sudah cerita dan kisah sebegini yang didengar, namun tidak menyangka dia kini menjadi watak utamanya. Calon sebenarnya adalah Suri Izlin, kakak kandungnya yang sudah berkahwin dengan seorang warga New Zealand dan kini menetap di sana. Kakak mengambil keputusan untuk berkahwin setahun selepas berjumpa

Cinta Tak Terucap

dengan lelaki tersebut yang kini merupakan abang iparnya. Papa tidak menghalang walaupun sedikit tidak senang dengan keputusan terburu-buru Suri Izlin. Iman, makan. Terjengul wajah papa dari balik pintu. Suri Imani tersentak. Tak nak. Iman nak tidur. Esok kerja. Suri Imani merebahkan badannya. Iman marah papa? Kalau dah tau... kenapa tanya? Shamsul Azhari tarik sengih. Dia melabuhkan punggung di sebelah anaknya. Dulu Suri Imani berkongsi bilik dengan Suri Izlin yang sama seperti mama mereka, degil dan panas baran. Usia perkahwinannya yang hampir tujuh belas tahun, runtuh selepas isterinya mengambil keputusan untuk membawa haluan sendiri. Anak-anak ditinggalkan dalam jagaannya. Dia terkapai-kapai menjaga keempat-empat anaknya. Mujurlah ibunya di Kuantan sanggup datang ke Kuala Lumpur untuk menolong dia menjaga anak-anak, terutamanya Ilham, anak bongsunya yang ketika itu baru berusia setahun lebih. Im sorry okay. Tak ada niat papa nak tampar Iman. Papa sayangkan anak-anak papa. Papa tak sangka permintaan papa, boleh buat Iman jadi macam ni. Papa faham apa yang Iman rasa. Papa tak akan paksa Iman, ucap Shamsul Azhari. Wajah suram anaknya dipandang lama. Iman muda lagi. Baru dua puluh tiga tahun, balasnya. Dulu papa dan mama kahwin masa umur dua

Imani Hatta

puluh satu tahun. Imran kahwin umur dua puluh empat. Izlin kahwin umur dua puluh dua. Suri Imani mendongak. Bulat matanya merenung papanya yang tiba-tiba membangkitkan tentang semua itu. Imran, abang sulungnya berkahwin selepas menamatkan pengajian. Suri Izlin berkahwin sewaktu masih belajar. Papa lain.... Dia tahu papa dan mamanya berkahwin tanpa restu daripada keluarga mamanya. Papa membawa mama ke London. Ketika itu papa masih dalam pengajian. Keluarga mama menentang keras perkahwinan papa dan mama, ditambah lagi mama yang mengambil keputusan untuk menukar agama. Selepas kelahiran Imran dan Suri Izlin yang berbeza hanya setahun, barulah keluarga mama menerima papa walaupun tidak sepenuhnya. Begini.... Shamsul Azhari menarik nafas sebelum menyambung. Kalau Iman tak nak, papa tolak. Okey? Suri Imani menggeleng. Jadi? Berkerut dahi Shamsul Azhari tidak faham. Kalau papa nak tau, Iman benci sangat pada Ammar. Sombong! Ego! Selfish! Playboy! Mengada-ada! Mentang-mentanglah syarikat tu milik keluarga dia. Senangsenang aje dia nak buli orang bawahan. Bencilah Iman dengan dia tu! katanya dalan nada tegang. Huh? Merah padam wajah Suri Imani apabila mengingatkan insan yang bernama Ammar Mirza itu. Iman kenal Am? Laju Suri Imani mengangguk. Papa tak tau ke? Dia itulah lelaki yang Iman selalu cerita. Anak lelaki tunggal, syarikat tempat Iman kerja. Dia tu mata keranjang pa.

Cinta Tak Terucap

Mata keranjang? Terhambur ketawa Shamsul Azhari. Betullah. Dia kalau pandang perempuan, memang tak berkelip. Macam nak tersembul biji mata. Anak papa ni, kiranya kat syarikat memang selalu pandang Am? Iman dah jatuh hati pada Am? Lurus soalan Shamsul Azhari yang membuatkan Suri Imani terkedu. Iman? usik Shamsul Azhari lagi. Sengih nakal ditarik. Pa! Shamsul Azhari ketawa besar. Iman tak jatuh hati dengan dialah... cuma, dia selalu datang tempat Iman. Jumpa ketua Iman, balasnya cepat. Ooo.... Shamsul Azhari mengangguk dengan senyuman. Papa nak tolak pinangan Tan Sri Mahathir? Shamsul Azhari mengangguk. Panggil Pak Cik Mat, aje Iman. Kalau Pak Cik Mat dengar Iman panggil dia macam tu... terasa pulak nanti, ucap Shamsul Azhari. Tidak senang dengan panggilan anaknya. Iman tak pernah jumpa Pak Cik Mat. Selama ni kenal sebagai ketua syarikat. Tak sangka pulak Pak Cik Mat tu, orang yang papa selalu cerita tu. Dulu sewaktu di London, dia dan Mahathir berkawan rapat. Tambahan pula, susah hendak berjumpa orang Melayu. Mahathir memang kaya. Pengajian Mahathir di London juga atas pembiayaan sendiri. Berbeza dengan dia yang menerima biasiswa.

Imani Hatta

Banyak budi Mahathir yang tidak mampu dibalasnya. Terutama apabila menawarkan dia bekerja di syarikat bapa Mahathir di London dulu. Kalau diikutkan, dia memang tidak layak bekerja di syarikat milik bapa rakannya itu. Dia masih dalam tempoh pengajian dan tidak mempunyai apa-apa kelayakan. Janji yang dibuat kononnya dia dan Mahathir akan berbesan apabila Suri Izlin lahir, dituntut oleh Mahathir kini. Mahathir ketika itu sudah berkahwin dan mempunyai tiga orang anak lelaki. Dia memang rapat dengan anak-anak Mahathir. Perhubungan mereka terputus apabila dia habis belajar dan kembali ke Malaysia. Tak sangka pula, Mahathir mampu mencarinya dan bertanyakan tentang Suri Izlin. Bila mengetahui Suri Izlin sudah berkahwin, dia meminta anak lelakinya dijodohkan pula dengan Suri Imani. Papa! Tercengang Shamsul Azhari. Jauh papa termenung, ucap Suri Imani dengan senyuman. Esok papa jumpa Pak Cik Mat. Jom makan. Ilham dah lama tunggu kita. Suri Imani mengangguk. Jadi sekarang, Iman dan Am tunang? Shamsul Azhari terkedu. Kita tolak peminangan tu esok. Mana cincin tu? Papa nak pulangkan. Dia menayang jari manisnya yang sudah tersarung cincin platinum dengan sebutir berlian kecil. Saja try pakai. Cantik juga. Lagi tiga bulan Iman nak kahwin? Papa tak sedih ke?

Cinta Tak Terucap

Iman? Serius suara Shamsul Azhari. Iman setuju dengan pertunangan ni. Tapi, kalau dalam tempoh tiga bulan... Iman dan Am memang tak boleh bersatu, Iman nak minta putus nanti, balasnya. Betul? Suri Imani mengangguk. Terima kasih Iman. Ucap Shamsul Azhari terharu. Papa dah banyak berkorban untuk kami. Tak salah kalau Iman berkorban untuk papa, kan? Shamsul Azhari memeluk tubuh Suri Imani erat. Iman sayang papa.... Suri Imani memeluk papanya. Shamsul Azhari mengangguk. Pelukan itu dieratkan lagi. Air matanya bergenang.

Imani Hatta

Bab 2
IUH-RENDAH suara kawankawannya. Wati, Zahin dan Amir bercerita akan pertunangan pengarah muda mereka, Ammar Mirza Tan Sri Mahathir dengan seseorang yang tidak mereka kenali. Wati, kawan baiknya sejak zaman universiti sibuk bercerita tentang hal itu. Semua benda yang diketahui, diluahkan terus. Teman lelakinya, Zahin ada juga menyampuk. Amir hanya diam membisu. Sekali-sekali mencuri pandang pada Suri Imani yang sibuk menaip mesej. Mereka berempat belajar di universiti yang sama, kemudian memohon bekerja di Empire Construction. Suri Imani, Wati dan Amir bekerja sebagai arkitek. Zahin pula sebagai jurutera. Bukan dia tidak tahu Amir ada menaruh hati padanya sejak zaman universiti lagi, tetapi ditolak oleh Suri Imani dengan baik. Kemudian Amir bercinta pula dengan Erna, salah seorang pelajar di universiti yang sama, tetapi dari jurusan yang berbeza. Kau taip apa tu?

Cinta Tak Terucap

Wati tiba-tiba mengalihkan tumpuan pada Suri Imani yang sejak tadi langsung tidak mengambil peduli dengan apa yang diucapnya. Jadi dia dah bertunang? soal Suri Imani. Sebenarnya dia hanya berpura-pura sibuk menaip mesej, sedangkan mesej tersebut tidak dihantar langsung. Dia malas mahu mengambil bahagian dalam gosip terbaru kawankawannya. Baca ni! Majalah bisnes dihulur. Muka surat mengenai berita pertunangan Ammar Mirza dengan gadis pilihan keluarga ditunjukkan. Waris Empire Construction Bertunang. Besar gambar Ammar Mirza dan Tan Sri Mahathir. Hanya beberapa perenggan sahaja bercerita mengenai pertunangan yang dilangsungkan beberapa minggu lalu. Dia tersenyum sahaja. Dia lega kerana permintaannya untuk merahsiakan dirinya diterima baik oleh kaum keluarga Ammar Mirza. Pihak media juga tidak dibenarkan merakamkan gambar majlis pertunangan mereka. Sedihlah mana-mana kakitangan syarikat yang tergila-gilakan dia, ulas Suri Imani. Tapi aku rasa dia dah berubah, sampuk Wati. Maksud kau? Suri Imani pandang Wati. Aku rasa sekarang ni dia dah berubah. Sejak dia bertunangan, dah lama tak dengar cerita dia dengan manamana perempuan. Wati... aku nak tanya kau. Berapa kali dah Encik Ammar tu bertunang?

Imani Hatta

Wati terpinga sebelum jari-jarinya dinaik tinggi seolah-olah ingin mengira sebelum dia menggeleng laju. Suri Imani, Zahin dan Amir sudah tersengih. Mereka faham dengan maksud gelengan Wati itu. Aku tak sempat nak kira.... Terlalu ramai bekas tunang Ammar Mirza. Ammar Mirza juga pernah dilaporkan bertunang tidak sampai seminggu. Kita tunggu aje lepas ni dia bertunang beberapa minggu pulak. Sekarang dah masuk tiga minggu, kan? Wow, aku ingat kau tak ambil tau. Tapi kau lagi expert daripada aku! Terus bahu Suri Imani dipukul lembut. Maksud kau? Tak payah nak buat muka pelik macam tu. Kau boleh tau berapa minggu dah mereka tunang, jadi kau ambil tau juga hal pengarah kita tu, balas Wati. Zahin tersengih. Kau kenapa? Kau ada hati dengan dia ke? soal Zahin. Gila! Merah padam muka Suri Imani. Dia tunang dengan siapa ek? Amir menyoal tibatiba. Entahlah.... aku sendiri tak sure. Aku tanya Sarah, setiausaha Encik Ammar tu. Tapi dia tu macam merahsiakan sesuatu aje. Bukan aku tak tau dia pun pergi majlis pertunangan Encik Ammar. Tapi langsung tak mahu buka mulut bercerita. Dia hanya cakap... Cakap apa? kalut Suri Imani. Kau kenapa? Pelik Amir dengan sikap Suri Imani.

Cinta Tak Terucap

Jarang Suri Imani berminat dengan gosip-gosip melibatkan Ammar Mirza. Entah. Kalut tak tentu pasal kenapa? soal Wati pula. Ke betul... tekaan aku? soal Zahin terus tersengih. Kau jangan nak merapu boleh tak, Zahin? Wati cepat sambung, arah Suri Imani. Rasanya Sarah sudah diberitahu supaya merahsiakan hal ini. Sarah mengenali Suri Imani. Pertama kali Sarah melihatnya dulu, memang melopong besar mulut Sarah. Sarah kata... tunang Encik Ammar tu cantik sangat. Putih. Tinggi. Kurus. Paling penting sekali... bukan pure Melayu. Dia Cina campur Melayu... macam kau juga. Mata Wati terarah pada Suri Imani sebelum dia menggigit bibir. Wajah Zahin dan Amir cepat-cepat dipandang minta simpati. Wajah Suri Imani sudah berubah. Iman, aku minta maaf. Aku tak sengaja, ujar Wati bersalah. Dia tahu Suri Imani tidak suka dikaitkan dengan darah keturunannya. Bukan dia membenci kaum Cina, sedangkan dia punya ramai kawan dari keturunan tersebut tetapi dia sukar untuk memaafkan mamanya. Jadi dia seakan membenci dirinya juga. Benci darah yang mengalir dalam dirinya. Tak sangka... zaman sekarang ada lagi jodoh ditentukan keluarga. Zahin bersuara. Dia cuba mengalih topik perbualan. Dia tidak senang melihat Suri Imani yang sudah berubah muram. Wati pula dengan wajah bersalahnya. Kau rasa kenapa Encik Ammar setuju? Amir menyoal terus.

10

Imani Hatta

Zahin angkat bahu. Dia tidak tahu. Mungkin sebab perempuan tu cantik, teka Wati. Aku rasa sebab hartalah... mungkin kalau tak kahwin dengan perempuan tu, harta tak dapat ke dia, agak Amir pula. Wati tepuk dahi. Kau ni... ingat ni drama filem ke? Amir tarik sengih. Ada kemungkinan. Zahin urut dagu. Kau marah aku lagi? Wati menyoal. Suri Imani menggeleng. Dia tersenyum tipis. Kenapa? Pelik Suri Imani melihat wajah cuak rakan-rakannya. Kemudian dia pula terpinga-pinga apabila mereka bertiga berdiri serentak. Encik Ammar! Zahin bersuara. Suri Imani ternganga. Dia mendongak. Terlopong. Ammar Mirza berdiri betul-betul di belakangnya. Nak apa? Suri Imani terus berdiri dan segera menjauhi Ammar Mirza. Tubuhnya didekatkan dengan Amir. Awak kerja sini? Dia sebenarnya terkejut apabila diberitahu oleh Sarah tadi. Sewaktu dia dan Sarah sama-sama makan di hujung kafe, suara riuh-rendah Suri Imani dan kawan-kawannya menarik perhatian. Memang sudah hampir tiga minggu dia bertunang dengan Suri Imani. Tetapi dia tidak pula diberitahu yang Suri Imani bekerja di syarikatnya. Lagipun usia Suri Imani masih muda untuk menjawat jawatan sebagai arkitek. Patutlah wajah Suri Imani seperti pernah dilihatnya dahulu. Tak nampak pas ni? soal Suri Imani geram. Lupa

11

Cinta Tak Terucap

dia pada rahsia yang tersimpan utuh antara dia dan Ammar Mirza. Syarifah Azliawati? Dahi Ammar Mirza berkerut. Suri Imani tersentak. Sorry Encik Ammar. Tertukar pas masa di toilet tadi. Wati terus menyampuk. Ammar Mirza memandang Wati. Cantik juga. Saya Syed Zahinuddin. Bakal suami Syarifah Azliawati, sampuk Zahin segera. Hampir tersembur tawa Suri Imani dibuatnya. Wati sudah memasamkan muka. Gelojoh sangat Zahin ni. Takut Wati kena kebas. You? soal Ammar Mirza pada Amir yang sejak tadi berdiri dan begitu hampir dengan Suri Imani. Ahmad Zamir. Teman lelaki Suri Imani. Terus Suri Imani berpaling dengan jawapan selamba Amir yang sudah tersengih. Oiii... Erna kau nak buang mana? Zahin berbisik. Tetapi jelas didengar mereka berempat. Suri Imani menggeleng. Nak berbisik... tapi semua orang boleh dengar! Siapa Erna? Ammar Mirza pandang Zahin pula. Zahin serba salah. Dia pandang Amir. Dia pandang Wati. Kemudian pandang Suri Imani. Semua orang dengar ke apa yang aku kata? Zahin garu kepala yang sememangnya tidak gatal. Syed Zahinuddin, please answer my question now! Ariana Musa... tapi semua orang panggil Erna.

12

Imani Hatta

Erna Musa. Dia jurucakap untuk syarikat kita bulan ni. Panjang lebar penerangan Zahin yang terkejut dengan jerkahan itu. I remember her. So Zamir, who is actually your real partner? Iman or Erna? Amir pandang lama Suri Imani sebelum mengeluh. Just answer my simple question, Zamir, pinta Ammar Mirza. Erna. Ammar Mirza angguk kepala. Wajah Suri Imani pula dipandang. Kemudian dia tersengih. How about you Iman? Are you single? Merah padam wajah Suri Imani. Single. Perlahan suara Wati. Ammar Mirza tersenyum pula. Single but not available. Right Iman? Wati, Zahin dan Amir sudah saling berpandangan. Is it important for you to care, Encik Ammar? Ammar Mirza tergelak. It is very important for me to care sayang. Jumpa saya kat bilik dalam masa sepuluh minit lagi. Kali ini Wati, Zahin dan Amir sudah terlopong. Tak nak! Awak nak saya paksa? Pantas Suri Imani menggeleng. See you! Ammar Mirza terus berlalu. Suri Imani sudah terduduk. Ketiga rakan-rakannya saling berpandangan sebelum masing-masing mengarahkan

13

Cinta Tak Terucap

pandangan tajam pada Suri Imani yang sedang mengeluh panjang. Iman. What is going on? soal Wati terus. Suri Imani mendongak dan tersenyum. Sorry guys! Sooner or later, Ill tell you guys.... Boleh aku tau bila masa Encik Ammar kenal kau? Korang nampak macam dah lama kenal. Kenapa dia panggil kau sayang? Iman? Rasanya dalam kompeni ni kebanyakan panggil kau Suri. Aku ada hal kejap, Zahin. Nanti aku cerita. Soalan Zahin langsung tidak dijawab. Wati, Zihan dan Amir saling memandang. Pelik. Bila pula Suri Imani dan Ammar Mirza berkenalan?

TUTUP mulut tu, tegur Ammar Mirza sebaik melangkah masuk ke dalam bilik. Dia terus duduk betul-betul di hadapan Suri Imani. Duduk di atas meja kaca yang terletak di hadapan sofa berangkai satu. Suri Imani terperanjat. Automatik ingin berdiri tetapi dihalang. Lengannya dipegang kuat. Sekali lagi dia dipaksa duduk. Nak lari mana? soal Ammar Mirza. Wajah tidak senang Suri Imani dipandang lama. Panas ke? soal Ammar Mirza lagi. Dah tau tanya lagi. Suri Imani mendengus. Dia pasti seratus peratus kali ini wajahnya memang merah. Terasa dahinya berpeluh walaupun pendingin hawa di bilik ini agak kuat.

14

Imani Hatta

Air cond ni paling sejuk. Kalau panas lagi... saya suggest awak kahwin dengan orang kutub utara, perli Ammar Mirza. Boleh tak awak duduk tempat lain? Saya takut meja tu pecah. Ammar Mirza tergelak. Apa awak cakap dengan setiausaha awak? Sarah kenal awak. Remember? Dia ada masa kita tunang. Suri Imani angguk kepala. Awak nak apa? Kalau tak ada yang mustahak, saya nak keluar. Saya ada banyak kerja, ucapnya terus berdiri. Lengan Suri Imani dicengkam. Boleh tak awak sabar? Saya tak cakap apa-apa lagi. Nama saja Iman. Tapi tiada iman. Sabar separuh daripada iman, Cik Iman. Suri Imani mendengus. Benci dengan kata-kata Ammar Mirza. Semua orang tak tau siapa tunang saya sampai kita betul-betul jadi kahwin. Jadi, saya mahu.... awak jangan dedahkan rahsia ni. Faham? Berkerut dahi Suri Imani. Kata-kata Ammar Mirza sama seperti kata-kata yang diucapkan dahulu. Rasanya Ammar Mirza sendiri tahu, dia sendiri tidak mahu rahsia tersebut terbongkar. Supaya senang awak nak kacau perempuan lain? Berkerut dahi Ammar Mirza sebelum tersengih. You know me better. So, saya harap awak jangan pandaipandai pecahkan rahsia. Faham? Ada apa-apa lagi Encik Ammar? Malas Suri Imani hendak memanjangkan cerita.

15

Cinta Tak Terucap

Ammar Mirza berdiri dan terus ke mejanya. Suri Imani ikut berdiri. Saya keluar dulu, ucapnya. Saya tak tau apa hubungan awak dengan Zamir. Tapi sebagai tunang saya yang sah, saya akan perhatikan segala gerak-geri awak. Awak ada sesiapa dalam hidup awak? Tak ada. Bagus. Segala hal saya, hal saya. Hal awak, hal saya juga. Faham? Berkerut dahi Suri Imani. Untuk pengetahuan Encik Am... saya tak nak ambil tau hal awak. Hal awak, hal awak. Hal saya, hal saya. Noktah! Dia terus berlalu laju sebelum langkahnya mati di hadapan pintu, bilamana telefon bimbitnya menjerit minta diangkat. Berkerut dahinya melihat nombor yang tidak dikenali. Halo.... Your business is mine, dear. Saya tak mahu dengar apa-apa gosip antara awak dengan mana-mana lelaki. Faham? Suri Imani berpaling. Berubah wajahnya. Terasa mahu dicampak telefon yang berada di tangan. Mana dia dapat nombor aku? Simpan nombor tu sayang.... Tersengih Ammar Mirza. Suri Imani mendengus. Ya Allah... sakitnya hati aku ni! Save my number, my dear... kata itu diulang lagi. Tak mahu! Pintu dihempas. Ammar Mirza tersenyum. Sudah berpuluh-puluh

16

Imani Hatta

gadis dia berkenalan. Namun hanya seorang sahaja yang berjaya membuka pintu hatinya dan sudah lama pintu hatinya tertutup rapat daripada dimasuki sesiapa. Dan kini dia dapat merasakan sesuatu. Senyumannya semakin melebar....

17

Cinta Tak Terucap

Bab 3
URI IMANI melangkah masuk ke dalam pejabat. Sejak hari pertama bekerja di Empire Construction selepas bergelar tunangan Ammar Mirza, dirasakan dunianya kacau-bilau. Entah kenapa dia dapat merasakan semua orang sibuk bercerita mengenai dirinya. Dia tahu. Tapi bukan bercerita mengenai dirinya secara langsung, tetapi mengenai tunangan Ammar Mirza. Dia betul-betul tidak suka akan perkara ini. Entah kenapa jauh di sudut hati, dia tiba-tiba rasa menyesal kerana bersetuju menerima lelaki itu menjadi tunangannya. Kau kenapa? sapa Wati dengan kerutan di dahi. Suri Imani mendengus. Dia mengalih perhatian pada Amir, Zul dan Fazley yang sedang berbual di pantri. Borak apa tu? soalnya terus. Wati angkat bahu. Kakitangan lain sibuk dengan tugasan mereka. Due date untuk setiap tugasan semakin hampir. Amir tak ada projek?

18

Imani Hatta

Ada. Apa Encik Ammar nak dengan kau? Suri Imani garu kepala. Dia duduk di tempatnya. Suis lap-top dihidupkan. Emmm Cik Nisak mana? Panjang lehernya memandang bilik ketuanya yang terkunci. Ada kat bilik dia. Hari ni bad mood sikit. Dengarnya dia pergi bilik Encik Ammar tengah hari tadi, entah apa yang berlaku. Dari tadi macam tu. Melenting tak tentu pasal. Aku pun naik gerun. Kau okey? Aku okey. Dia tahu Cik Nisak menaruh hati pada Ammar Mirza. Sudah lama dia ketahui. Tetapi peliknya, Ammar Mirza tidak pula memberi respons positif. Cik Nisak cantik, berkerjaya dan paling penting mereka sebaya. Iman. Projek di Langkawi dah settlekan? Huh? Suri Imani berpaling. Bulat matanya merenung Amir dan Zul yang tersenyum. Muncul macam hantu. Terkejut aku, ujar Iman Imani mengurut dada. Amir tarik sengih. Zul hanya angkat bahu. Wati pula sudah menapak menghampiri meja Suri Imani dan Amir. Projek Langkawi? Zul pula menyoal. Dah siap minggu lepas. Kenapa? Projek di Cherating? Dua puluh peratus. Aku baru dapat lulus cuti dua minggu. Isteri aku nak bersalin. Aku cadangkan nama kau ganti aku. Okey?

19

Cinta Tak Terucap

Suri Imani garu kepala. Wajah Wati dipandang lama. Aku ada banyak projek Iman. Cepat Wati memahaminya. Encik Ammar nak apa? Amir menyoal ingin tahu. Wati mengangguk. Dia juga sudah tertanya-tanya. Zul berkerut tidak faham. Am Encik Am nak. Suri Imani bermain dengan pen. Wajah rakan-rakannya dipandang lama. Nak jawab apa? Tadi Ammar Mirza sudah memberi amaran. Iman!!! Tersentak mereka berlima. Bom nuklear dah meletup.... Perlahan suara Zul yang sudah perlahan-lahan berjalan kembali ke mejanya apabila melihat Cik Nisak yang tidak ubah seperti harimau belang yang ingin membaham mangsanya, menghampiri mereka. Suri Imani gigit bibir dan tersenyum tawar. Ambil ni. Saya nak awak ganti Zul sementara dia cuti. Projek ni perlu disiapkan secepat mungkin. Laju Cik Nisak bersuara. Suri Imani melepas pandang pada Amir dan Wati yang tercengang. Kenapa terkulat-kulat lagi tu? Projek awak dah siap? This is the big project. Awak sepatutnya bangga dapat join. Jangan ingat pandai ampu, boleh cepat naik pangkat. Usaha sikit. Kasar suara Cik Nisak. Cik! Wati berang. Siapa ampu siapa?

20

Imani Hatta

Merah padam wajah Suri Imani. Cik jangan tuduh sembarangan. Amir pula menyampuk. Suri Imani sudah terpinga-pinga. Amir, Wati pergi buat kerja. Waktu rehat dah lama habis. Kompeni bayar gaji untuk buat kerja, bukan mengumpat or pergi merayau bilik orang lain! Satu jelingan tajam hinggap pada Suri Imani. You buat apa kat bilik Encik Ammar? Encik Am panggil. Pantas jawapan diberi. Encik Am? Perkataan Am ditekan. Suri Imani gigit bibir. Kenapa Encik Ammar panggil? Emm.... Suri Imani garu kepala. Iman. You dengar sini. You anak buah I. So, segala perkara you kena rujuk dulu pada I. Rasanya you langsung tiada urusan dengan Encik Ammar. Urusan apa penting sangat sampai Encik Ammar cari you? Bila you kenal dia? Tiga minggu lepas. Soalan itu hanya mampu dijawab di dalam hati. Dia sudah tunduk merenung lantai. Cik Nisak. Suara Adele, setiausaha Cik Nisak kedengaran. Apa? Tinggi suara Cik Nisak yang sudah berpaling memandang Adela. Tan Sri Mahathir telefon. Berkerut-kerut wajah Adele. Pass the line to my room. Kelam-kabut Cik Nisak dibuatnya. Tidak pernah lagi Tan Sri Mahathir menelefonnya begini.

21

Cinta Tak Terucap

Tapi Cik Nisak Tan Sri Mahathir dah letak telefon. Kenapa Tan Sri telefon? Cik Nisak menyoal. Adela pandang wajah Suri Imani lama. Tan Sri nak Iman datang ke pejabatnya sekarang. Dia tunggu. Hah??? Suri Imani garu kepala sebelum tertunduk memandang meja. Dia tahu hampir semua mata di dalam pejabat sudah terarah padanya. Ya Allah kenapa pula nak jumpa sekarang?

22

Imani Hatta

Bab 4
The best thing about tonights that were not fighting Could it be that we have been this way before I know you dont think that I am trying I know youre wearing thin down to the core But hold your breathe Because tonight will be the night that I will fall for you Over again Dont make me change my mind Or I wont live to see another day I swear its true Because a girl like you is impossible to find Youre impossible to find

23

Cinta Tak Terucap

ERKALI-KALI lagu Fall For You, nyanyian Secondhand Serenade meniti di bibir. Lagu itu agak popular sekarang. Adiknya, Nurliyna Mirza juga sering menyanyikan lagu itu membuatkan dia turut sama terikut-ikut. Senang hati nampak, tegur seseorang. Ammar Mirza berpaling. Dua gadis kecil tersenyum memandangnya. Si hero pula tersengih panjang. Belajar apa tadi? soalnya pada Fifi Mirza, anak saudaranya yang bakal mengambil USPR tahun ini. Maths. Fia? Wajah Fia Mirza yang seiras dengan kakaknya pula ditatap. Fia Mirza pula muda dua tahun. Sains! Laju Fia Mirza menjawab. Fir? Maths macam Kak Fifi. Nampak teruja Firhan Mirza menjawab. Firhan Mirza pula baru sahaja melangkah ke alam persekolahan. Wajah Firhan Mirza betul-betul seiras arwah abang Ammar Mirza, Radzi Mirza. Ammar Mirza ketawa. Sudah menjadi kebiasaan, jika ayah atau uminya tidak dapat mengambil mereka bertiga, dia akan mengambil alih tugas menjemput mereka dari sekolah atau pusat tuisyen. Fifi pegang tangan Fia, suruhnya sebelum dia menggenggam tangan Fia dan Firhan. Sekejap sahaja mereka sudah berada di seberang jalan menuju ke kereta BMW 3 Series berwarna hitam milik arwah abangnya. Siapa tu? Firhan segera menyoal dengan wajah berkerut.

24

Imani Hatta

Ammar Mirza angkat bahu. Mak ngah, kan tu? Fifi meneka. Ammar Mirza terkedu. Mak ngah? Buat apa kat sini? soalnya terus apabila mereka berempat sudah menghampiri kereta. Awak? Kelu lidah Suri Imani. Saya? Ammar Mirza merenung Suri Imani minta penjelasan. Terkejut juga melihat Suri Imani berada di sini, dan paling penting selamba sahaja bersandar pada keretanya. Suri Imani memandang lama Ammar Mirza. Apa dia buat kat sini? Kemudian matanya beralih pada anak-anak saudara Ammar Mirza. Salam mak ngah, suruh Ammar Mirza tersengih nakal. Huh? Terkejut dengan panggilan namanya. Mak ngah. Firhan terlebih dahulu menerpa pada Suri Imani membuatkan gadis itu yang sejak tadi keliru dengan pertemuan itu, terkejut. Telefon bimbit yang sejak tadi di dalam genggamannya tercampak terus ke dalam longkang. Firhan Mirza! tempelak Ammar Mirza. Fir minta maaf. Firhan tunduk memandang jalan. Dia betul-betul tidak sengaja. Kak! jerit seseorang dari belakang. Mereka semua sama-sama berpaling. Ilham tersengih panjang sebelum dahinya berkerut melihat Ammar Mirza. Ilham, tolong ambil telefon akak. Telefon bimbitnya yang selamat terbenam di dalam

25

Cinta Tak Terucap

longkang, ditunjuk segera. Nasib baiklah longkang itu tidak kotor. Hah? Ilham terkejut. Firhan sudah mula menangis. Senyap, Fir! Biar saya ambil. Tanpa sempat dihalang, Ammar Mirza sudah melompat turun di dalam longkah. Berkerut-kerut wajah Ammar Mirza apabila terpaksa memasukkan tangan di dalam air longkang. Fia. Ambil tisu, suruh Ammar Mirza yang cuba untuk naik semula sambil dibantu oleh Ilham yang masih samar-samar dengan apa yang berlaku. Nah. Telefon bimbit dilap dan dibalut sebelum diserahkan semula kepada Suri Imani. Ammar Mirza tahu telefon itu sudah tidak bernyawa. Fifi menghulur botol airnya kepada Suri Imani untuk membasuh telefon yang kotor itu. Terima kasih awak. Ammar Mirza tersenyum kelat. Bahu Firhan dipegang lembut dan diarah memandangnya. Terhenjuthenjut bahu itu menahan tangis. Sudahlah tu... pak ngah tak marah. Tapi Firhan tau salah Firhan, kan? soal Ammar Mirza perlahan. Air mata yang masih keluar itu dikesan lembut. Lambat-lambat Firhan mengangguk. Jadi? Terangkat kening Ammar Mirza. Fir minta maaf. Si kecil itu memusingkan tubuhnya lalu mendongak. Suri Imani tersenyum. Pipi Firhan disapu lembut. Tak apa Fir. Kak mak ngah tak marah.

26

Imani Hatta

Merah padam wajah Suri Imani sebelum menggigit bibir. Dia tahu Ammar Mirza sudah tersengih mendengar bahasa panggilannya. Ilham? Ilham yang sejak tadi menjadi pemerhati, segera mengangguk sebelum melangkah menghampiri Ammar Mirza untuk bersalam. Abang buat apa kat sini? Ambil anak-anak ni. Ilham pun belajar di tuisyen ni? Pantas Ilham mengangguk. Ilham PMR tahun ni, ujar Suri Imani pula. Ammar Mirza mengangguk sebelum dia mengarahkan Fifi, Fia dan Firhan untuk bersalam dengan Suri Imani dan Ilham. Fifi nampak malu-malu apabila bersalaman dengan Ilham. Ammar Mirza tersenyum. Dah besar anak saudaranya itu. Balik dengan apa? Ammar Mirza menyoal. Bas. Kereta? Ilham pula yang terkejut. Masuk workshop. Papa guna Viva. Papa ada hal, suruh kita naik bas atau teksi, balas Suri Imani. Tangan adiknya sudah dipegang. Jom balik, ajaknya. Ilham hanya mengangguk. Ilham masuk kereta. Abang hantar balik, suruh Ammar Mirza tiba-tiba. Tak apa. Pantas Suri Imani menolak. Umur Ilham berapa? Tiba-tiba Ammar Mirza menyoal.

27

Cinta Tak Terucap

Lima belas tahun. Terpinga-pinga Ilham menjawab. Bukan ke tadi dia sudah beritahu yang dia mengambil PMR tahun ini. Kakak dengan adik sama tinggi. Selamba Ammar Mirza bersuara. Awak! Geram kerana tahu Ammar Mirza cuba memberitahu yang dia pendek! Ammar Mirza tersengih pula. Ilham masuk kereta, suruhnya lagi. Kami boleh balik sendiri, balas Suri Imani yang sudah merah muka menahan marah. Nope dear. Saya tunang awak. So, saya tak akan biarkan awak dan adik ipar saya balik naik bas atau teksi sedangkan kereta saya ni muat aje, ucap Ammar Mirza. Kita balik dengan Abang Am, pinta Ilham yang sudah melangkah mendekati kereta Ammar Mirza selepas ditarik oleh Firhan atas arahan Ammar Mirza. Ammar Mirza ketawa. Cepat, atau saya dukung, ujar Ammar Mirza berbau arahan. Berani? Bulat mata Suri Imani. Anything is possible in this world honey.... Mata dikenyit bagi mengundang kemarahan gadis itu. Dia suka melihat gadis itu marah dengan muka yang sudah merah. Suri Imani mengeluh. Iman? Yalah! Good girl. Ammar Mirza tersenyum.

28

Imani Hatta

AMMAR MIRZA menggaru kepalanya beberapa kali. Bilik kecil tetapi nampak luas kerana tidak banyak menggunakan perabot. Sebuah tilam tebal single dibiarkan berdiri dan bersandar di dinding bilik berwarna biru. Sebuah meja belajar terletak di sudut bilik dan bersebelahan dengan almari pakaian dan rak buku. Beberapa poster Simple Plan dan My Chemical Romance tertampal di dinding bilik. Nampaknya Ilham peminat kumpulan itu. Di atas meja belajar penuh dengan buku-buku latihan. Awak, tegur Suri Imani. Tak sangka juga dia rupa-rupanya papa sudah berada di rumah. Ammar Mirza terus diajak untuk makan malam bersama di rumah. Mana kiblat? soal Ammar Mirza yang juga nampak serba salah di hadapan Suri Imani ketika ini. Sini. Sejadah dibentang. Thanks. Ammar Mirza garu kepala pula. Nah. Kain pelekat berwarna hijau muda milik Shamsul Azhari diserahkan kepada Ammar Mirza. Buat apa ni? Berkerut dahi Suri Imani. Sarung kat kepala. Selamba dia menjawab. Hah? Encik Ammar. Kain pelekat itu untuk awak pakai masa sembahyang. Seluar saya bersih lagi. Awak pakai seluar tu sepanjang hari. Pakai ajelah. Papa suruh. Malas Suri Imani hendak bertekak. Budak-budak mana?

29

Cinta Tak Terucap

Ikut Ilham pergi kedai. Awak, saya nak tanya sikit. Wajah Ammar Mirza dipandang. Apa? Suri Imani pandang pintu yang terbuka luas. Dia duduk di kerusi meja belajar Ilham. Wajah Ammar Mirza dipandang lama. Apa? Cuak lelaki itu dengan telatah Suri Imani yang berubah serius. Kita dah tunang berapa lama? Huh? Terpinga-pinga pula Ammar Mirza. Sebulan, kan? Suri Imani pula yang menjawab. Ammar Mirza mengangguk sahaja. Kenapa ayah perkahwinan kita? awak nak cepatkan tarikh

Tak tau. Ammar Mirza geleng kepala. Satu senyuman halus terukir di bibir. Awak tak rasa kita ni macam tak sesuai? soal Suri Imani. Langsung tidak perasan perubahan wajah Ammar Mirza ketika ini. Kenapa? Kita tak pernah keluar bersama. Saya tak kenal awak. Lurus jawapan Suri Imani yang membuatkan Ammar Mirza tersenyum lebar. Kenapa senyum? Satu sedekah. Selamba jawapan Ammar Mirza. Suri Imani mendengus. Awak tak suka? Bukan....

30

Imani Hatta

Jadi? Saya tak bersedia.... Perlahan jawapan diberi. Sebulan lagi masa yang ada Iman, balas Ammar Mirza. Kalau perkahwinan ni tak berjaya? Emmm... saya nak sembahyang sekarang. Boleh awak keluar? Saya nak tukar seluar. Suruh Ammar Mirza yang tiba-tiba bertukar serius. Terpinga-pinga pula Suri Imani.

IMAN. Bilik air mana? Suri Imani tersentak. Dia berpaling melihat Ammar Mirza yang sudah menyarung kain pelekat dan berdiri tegak di muka pintu dapur. Sebelah ni, tunjuk Suri Imani pada satu laluan kecil yang menuju terus ke tandas dan bilik air tingkat bawah. Budak-budak tak balik lagi? Suri Imani menggeleng. Buat apa pergi kedai? Beli barang sikit untuk malam ni, beritahunya. Ammar Mirza mengangguk dan terus menuju ke bilik air. Pelik juga dia melihat bilik air dan tandas diasingkan. Tadi di dalam bilik Ilham, dia terpinga-pinga apabila bilik Ilham tidak mempunyai bilik air. Berbeza dengan rumahnya yang dilengkapi dengan bilik air dan tandas untuk setiap bilik walaupun bilik orang gaji.

31

Cinta Tak Terucap

Uncle, tegur Ammar Mirza. Suri Imani dan Shamsul Azhari berpaling. Wajah Ammar Mirza nampak segar selepas mengambil air sembahyang. Panggil papa... Am, suruh Shamsul Azhari. Ammar Mirza tersengih. Papa nak masak ke? Cepat sahaja Ammar Mirza mengikut arahan. Suri Imani berpura-pura sibuk membasuh beras walaupun beras itu sudah bersih. Papa memang nak masak. Iman tak bagi. Bertuah kamu hari ni. Iman masak malam ni, ujar Shamsul Azhari terus ketawa. Pa! Papa gurau ajelah. Ammar Mirza tarik sengih. Masak apa? Nasi ayam special Suri Imani. Cepat-cepat Shamsul Azhari menjawab. Hati-hati... lantai licin. Saya keringkan alas kaki kat luar tadi, pesan Suri Imani yang menghampiri peti ais. Ammar Mirza mengangguk. Sayang dia pada kamu, sakat Shamsul Azhari lagi. Papa! Iman tak mahu masak nanti. Geram sungguh Suri Imani. Ammar Mirza dan Shamsul Azhari ketawa serentak. Pergi keluar, suruhnya pada Shamsul Azhari. Tubuh papanya ditolak menuju ke pintu dapur.

32

Imani Hatta

Awak pun sama! Keras suara Suri Imani. Okey.... Ammar Mirza berjalan selangkah sebelum merasakan dirinya tidak seimbang. Segera lengan Suri Imani yang berada berhampiran dengannya dicengkam. Gadis itu menjerit. Nasib baik tak jatuh. Menggeleng Shamsul Azhari yang juga terkejut. Terima kasih. Ammar Mirza garu kepala. Merah mukanya menahan malu. Nasib baik tidak jatuh terlentang. Tak apa.... Suri Imani pandang papanya yang tersengih. Kamu berdua ni kelakarlah. Tergelak Shamsul Azhari selepas itu. Geli hati melihat kedua-dua mereka yang merah padam seperti udang bakar.

33

Cinta Tak Terucap

Bab 5
tersentak. Segera mulut Wati ditutup. Zahin dan Amir masing-masing sudah terlopong mendengar cerita Suri Imani. Pelanggan-pelanggan di kedai mamak Maideen yang pada mulanya bising, tiba-tiba senyap dengan jeritan Wati. Suri Imani tersengih pada mereka. Tidak sampai seminit, kedai mamak kembali bising. Yang kau jerit ni apesal? Buat malu aje tau tak? tempelak Suri Imani dengan suara yang ditahankan supaya tidak menjerit. Menyesal menceritakan hal dia dan Ammar Mirza di sini. Sebenarnya dia berkira-kira hendak memberitahu mereka. Kebetulan Ammar Mirza pernah menghalangnya memberitahu mereka bertiga. Tetapi sampai bila hendak dirahsiakan pada kawan baik sendiri? Kau dah tunang dengan Encik Am? Bulan depan kahwin? Kau jangan nak main-main. Bila masa kau

AU jangan nak buat lawak beku! jerit Wati. Suri Imani

34

Imani Hatta

bertunang? Kau tak jemput aku pun, tanya Wati bertalutalu. Aku jemput korang. Korang yang sibuk. Kau dan Zahin balik kampung Zahin. Ada kenduri. Kau pula Amir, sibuk dengan Erna. Pergi Genting. Kau tak cakap nak tunang! Kalau tak aku pergi tau, ujar Zahir. Suri Imani tersengih. Memang dia tidak mengatakan dia ingin bertunang. Sekadar bertanya mereka senang tak untuk mengikutnya ke Kuantan. Dia bertunang di Kuantan. Kampung neneknya. Neneknya mahu dia bertunang di sana. Kebetulan papa anak tunggal. Kakaknya tidak bertunang dan terus kahwin. Perkahwinannya diadakan secara sederhana di Kuala Lumpur dan New Zealand. Hanya dia cucu perempuan tunggal yang akan bertunang di rumah nenek. Jadi kaulah tunang bos? Patutlah bos tiba-tiba jumpa kau hari tu? soal Amir yang lama berdiam diri. Dia masih terperanjat. Emmm... aku dan dia bertunang sebab keluarga. Keluarga dah aturkan jodoh aku. Aku ikut aje, ujar Suri Imani perlahan. Kau tak kisah? soal Amir lagi. Suri Imani tersenyum lalu menggeleng kepala. Aku rasa macam mimpi ni. Aku susah nak percaya. Aku memang tak percaya langsung ni. Sampai hati kau tak beritahu kawan-kawan kau, ujar Wati perlahan. Sorry. Cantik kad kahwin kau, puji Zahin meneliti kad kahwin berwarna silver. Gambar Suri Imani dan Ammar

35

Cinta Tak Terucap

Mirza tertampal di hadapan kad. Kad ini juga berasingan. Kad jemputan ke rumah Suri Imani dan Mirza dibuat berbeza. Kalau jemputan ke rumah Mirza, kad jemputan berwarna hijau. Tetapi gambar berdua tetap berada di hadapan kad.

dibuat Ammar Ammar mereka

Ni gambar bila? soal Amir. Nadanya tidak seceria mereka keluar tadi. Emmm... gambar tu aku dan dia tangkap lepas bertunang. Suri Imani pandang gambar tersebut. Walaupun mereka tersenyum dan bahagia, hakikatnya itu semua palsu! Teringat bagaimana papa dan Ilham puas memujuk dia supaya senyum di hadapan kamera. Nasib baik baru tunang. Kalau kau kahwin senyapsenyap, aku cekik kau nanti! Putus kawan! Diam-diam dah ada anak! sambung Wati. Suri Imani terkedu. Anak? Aku dan Ammar Mirza ada anak? Tak mungkin... tak mungkin.... Woi, kau punya handphone, ujar Wati perlahan. Suri Imani tersentak. Kelam-kabut dia mengambil telefon bimbit milik Ilham yang dipinjamnya. Apa hal? soal Suri Imani. Buat apalah Ammar Mirza menelefonnya. Bukankah sekarang waktu rehat? Assalamualaikum. Zahin dan Amir sudah berpandang sesama sendiri. Siapa call? Waalaikumussalam. Awak nak apa, Am? soal Suri Imani terus. Kat mana ni? soal Ammar Mirza. Dia dapat mendengar hujung telefon agak bising.

36

Imani Hatta

Kat gerai mamak. Awak nak apa ni? Emmm... balik sekarang! Jumpa kat kafe. Talian terus dimatikan. Suri Imani tersentak. Tidak sempat dia hendak membalasnya. Dia sendiri belum makan sejak pagi tadi. Pesanan yang dibuat tadi juga belum sampai. Dia memandang Wati, Zahin dan Amir. Kemudian dia terus berdiri. Nak pergi mana? soal Wati terperanjat. Aku ada hal. Emmm... Amir, pinjam kereta kau. Nanti kau balik dengan Zahin, ya. Tadi dia datang dengan menumpang kereta Amir. Wati pula menumpang kereta Zahin. Keretanya berada di pejabat. Ingat, jangan beritahu sesiapa tau perkara ni. Ini rahsia kita, ucap Suri Imani. Dahi Wati berkerut tetapi dia hanya mengangguk. Kau, Mir... jangan cakap dengan Erna tau. Ujar Suri Imani lalu memandang Amir yang terus sama mengangguk. Pinjam kereta. Tangannya dihulurkan. Kau tak makan lagi, kan? Amir memberi kunci keretanya dan diletakkan di atas tapak tangan Suri Imani. Aku makan kat kafe. Aku pergi dulu.... Suri Imani terus berlalu.

LAMBATNYA.... Ammar Mirza menegur apabila dia sudah duduk. Peluh yang mengalir di dahi dikesat dengan tisu. Dia memandang Ammar Mirza geram.

37

Cinta Tak Terucap

Awak nak apa? soal Suri Imani. Dia memandang sekeliling. Hanya sedikit pekerja di Empire Construction yang berada di kafe. Kebanyakan pekerja lebih senang membeli makanan di restoran berdekatan kerana lebih murah. Nah. Ambillah! Botol mineral yang tinggal separuh dihulurkan pada Suri Imani. Teragak-agak Suri Imani ingin mengambilnya. Minum aje, gesa Ammar Mirza. Dia masih sibuk menaip sesuatu. Sebenarnya hari ini dia agak sibuk. Syarikatnya berjaya berurusan dengan syarikat pembinaan di Australia. Awak online dengan siapa? soal Suri Imani. Botol mineral yang sudah kosong diletakkan di atas meja. Dia memang dahaga. Lap-top Apple berwarna putih salju dipandangnya sekilas. Dia mengeluh. Bosan pula kerana Ammar Mirza leka dengan lap-topnya. Sekejap. Ammar Mirza memandang Suri Imani. Kemudian dia meneruskan kerjanya. Suri Imani mengeluh. Ammar Mirza tidak mahu hal pertunangan mereka diketahui. Tetapi kenapa pula mereka perlu berjumpa di kafe? Dia memegang perut. Lapar! Suri Imani pandang Ammar Mirza lama sehingga menyebabkan lelaki itu mengangkat kepala dan memandangnya. Kening dinaikkan seolah-olah bertanya. Kenapa? Am. Iman... makan? Teguran Cik Nisak menyebabkan Ammar Mirza berpaling sebelum mengangguk. Patutlah Suri Imani panik. Makan?

38

Imani Hatta

Cik Nisak mengangguk. Tak nak ajak I makan sekali? Maaflah Nisak. I ada hal dengan Iman, balas Ammar Mirza selamba. Bulat kini mata Suri Imani. Wajah Cik Nisak sudah merah. Fazley yang berdiri di belakang Cik Nisak mengenyit mata pada Suri Imani sebelum bibirnya turut mengukir senyuman geli hati. Saya balik pejabat dulu Encik Am. Dia berdiri. Duduk dulu. Pantas Ammar Mirza merentap tangannya menyebabkan dia kembali terduduk. Sakit! Hal kita tak habis lagi. Bulat kini mata Cik Nisak dan Fazley. Cik Nisak. Klien dah tunggu, ajak Fazley. Seribu satu macam soalan bermain di kepalanya kini. Nisak. I think you should go. Agak kurang ajar arahan Ammar Mirza. Okey... saya pergi dulu. Dia memandang Suri Imani pula. We are not discussing about business, beritahu Ammar Mirza. Tajam renungan Suri Imani padanya. Cik Nisak dan Fazley sudah bertukar pandangan. So? Terkeluar soalan itu dari mulut Fazley. Ammar Mirza tersenyum. Awak akan tau nanti. Tangan Suri Imani masih tidak dilepaskan walaupun gadis itu sejak tadi cuba menariknya.

39

Cinta Tak Terucap

Apa awak nak sebenarnya? Sekarang Fazley dan Cik Nisak dah fikir bukan-bukan. Bukan ke awak tak mahu mereka tahu? Sekarang mereka dah tau. Apa saya nak jawab? Macam bertih jagung soalan bertubi-tubi keluar dari mulut Suri Imani sesudah Cik Nisak dan Fazley berlalu. Ammar Mirza ketawa perlahan. Nah. Ambil ni. Beg kertas yang tertera perkataan Nokia N8 diletakkan di atas meja. Kenapa bagi saya handphone ni? soal Suri Imani. Ganti rugi. Firhan rosakkan telefon awak, balasnya. Lepaskan tangan saya! arah Suri Imani keras. Dia sudah tidak selesa apabila setiap mata di dalam kafe sudah memandang mereka berdua. Beri sebab kenapa saya perlu buat begitu? Kita tak kahwin lagi. Pantas Suri Imani menjawab. Pecah ketawa Ammar Mirza. Tak pasti lagi kita akan kahwin, tambah Suri Imani lagi. Beberapa minggu lagi. Terus Ammar Mirza memotong. Segala persiapan perkahwinan diuruskan seratus peratus oleh keluarganya. Dia sudah memberi kebebasan pada keluarganya untuk mengatur perkahwinan mereka berdua. Suri Imani mengeluh. Take this.... Saya boleh beli sendiri. Beg kertas ditolak semua kepada Ammar Mirza.

40

Imani Hatta

Kalau awak boleh beli sendiri, dah lama beli. Minggu lepas handphone awak dah rosak. Tak beli pun. Ambil ajelah. Saya tak ada masa. Nanti saya belilah, jawab Suri Imani geram. Ingat dia ni miskin sangat sampai tak boleh beli sendiri. Awak nak makan apa? soal Ammar Mirza tibatiba. Suri Imani tercengang. Hei, kita tengah cakap pasal handphone ni! marah Suri Imani. Ammar Mirza senyuman terbentuk. pula! Ya ke? Tak sedar pun. Ammar Mirza tersenyum pula. Lap-top yang sudah terpadam, ditutup. Kini wajah merah Suri Imani jelas di matanya. Baru dia perasan telinga Suri Imani juga merah. Dahinya sedikit berpeluh. Awak dah makan? soal Ammar Mirza. Pantas Suri Imani menggeleng. Disebabkan Ammar Mirza dia tidak dapat makan tengah hari. Lagi setengah jam, waktu rehat akan berakhir. Tunggu. Saya order. Ammar Mirza terus berlalu. Suri Imani tercengang lagi. Tidak sampai lima minit, Ammar Mirza muncul dengan dua biji burger ayam dan dua tin air Coke. Thanks. Suri Imani mengambil makanan yang dihulur. menggaru kepalanya. Segaris

Am, saya tengah marah ni. Awak boleh senyum

41

Cinta Tak Terucap

Sayang.... Ammar Mirza dan Suri Imani sama-sama mendongak. Terlopong mulut Suri Imani melihat gadis cantik yang tebal dengan make up berdiri di hadapan mereka. Pakaian gadis itu juga agak seksi. Skirt ketat berwarna merah hati tersarung di badan. Nak apa? soal Ammar Mirza dan terus mengunyah burgernya. Burger yang belum dijamah Suri Imani diletak kembali di atas meja. Mulutnya masih terlopong. Siapa ni? soal gadis itu lalu duduk di sebelah Ammar Mirza. Badannya sengaja didekatkan dengan tubuh Ammar Mirza. Kemudian, lengan Ammar Mirza dipeluk. Ammar Mirza membiarkan sahaja walaupun hidungnya sudah lemas dengan minyak wangi yang menusuk hidung! Agaknya berapa botol minyak wangi dia sembur. Suri Imani menarik nafas dan cuba ditahan. Sungguh! Hidungnya memang sakit dengan bau itu. Arkitek I. You nak apa? Suri Imani tersenyum pada gadis cantik itu. Rambut panjang yang kerinting di bawah berwarna coklat gelap. Rasanya rupa gadis ini pernah dilihat di mana-mana. Tapi dia lupa. Nama I, Zana Idris. You? soal gadis itu lalu menghulurkan tangan untuk bersalam dengan Suri Imani. Zana Idris? Zana Idris??? Hah! Pelakon yang agak popular tu. Patutlah macam pernah dengar nama dia. Suri Imani. Huluran tangan Zana disambut teragak-agak. Dia perasan semua mata yang berada di kafe sudah memandang ke arah mereka. Dia menjeling pada

42

Imani Hatta

Ammar Mirza yang masih lagi rancak mengunyah. Dia mendengus geram. I ingatkan you ni Cina. Cina masuk Islam ya? soal Zana. Suri Imani tersentak. You nak apa datang sini? soal Ammar Mirza memandang Suri Imani sekejap sebelum memandang Zana. Dia meneguk pula air Coke sehingga separuh. Dia perasan akan perubuhan wajah Suri Imani tatkala mendengar katakata Zana tadi. Oh... nak jumpa you, la.... Lengan Ammar Mirza dipeluk. Kemudian kepalanya dilentokkan di lengan Ammar Mirza. Suri Imani terkejut. Hampir tersembul biji matanya melihat kemesraan mereka berdua. Ammar Mirza nampak pula tidak kisah diperlakukan begitu. Kalau you nak tau, I ni tunang Ammar, ujar Zana perlahan. Suri Imani tersentak sebelum tajam memandang Ammar Mirza yang masih bersikap selamba. Bekas tunang, balas Ammar Mirza membetulkan. Ala you ni.... Manja suara Zana. Emmm... Encik Am, Cik Zana... saya pergi dulu. Suri Imani terus berdiri dan berlalu. Panggilan Ammar Mirza dibiarkan sahaja.

43

Cinta Tak Terucap

Bab 6
ERTAS KERJA yang dibentangkan oleh Amir langsung tidak diambil peduli. Rancak mulut Amir bercerita mengenai kajian yang dibuatnya tentang kawasan tapak projek. Sesekali Suri Imani mengangguk kepala. Sesekali dia menggeleng. Dia sendiri tidak tahu apa yang Amir terangkan. Hakikatnya perutnya begitu lapar! Dari pagi dia tidak makan. Argh... geramnya!!! Mana pula Si Wati ni? Suri Imani garu kepala. Dia menoleh memandang Fazley yang sibuk dengan Cik Nisak di dalam bilik. Berbincang projek di kawasan Ampang. Meja Zul pula kosong. Dengarnya Zul mendapat anak perempuan. Gembira sungguh Zul. Woi, kau dengar tak ni? soal Amir lalu mengetuk meja mesyuarat. Suri Imani tersentak.Terkebil-kebil dia memandang Amir yang nampak geram dengan telatahnya. Suri Imani tersengih.

44

Imani Hatta

Sorry, Mir. Wati mana? soal Suri Imani. Setahu aku, dia pergi jumpa Zahin kat kafe. Ada benda nak dibincangkan mengenai projek di Putrajaya. Kenapa? Taklah. Saja aje tanya. Bosan pula dia tak ada. Suri Imani menarik kertas kerja yang berada di atas meja. Dia menelitinya lama. Kemudian dia mendongak memandang Amir. Bila due date projek ni? Seminggu lepas kau kahwin. Selamba Amir menjawab. Suri Imani menjerit. Tanpa sedar dia sudah berdiri. Tangannya pantas menekup mulut Amir. Cik Nisak dan Fazley memandang Suri Imani dan Amir. sama-sama menoleh

Apa kau kata tadi Mir? soal Fazley. Tak ada apa-apa. Suri Imani pantas menjawab. Fazley memandang Cik Nisak. Rasanya tadi dia mendengar perkataan kahwin! Takkan salah dengar kut. Cik Nisak sudah meneruskan kerjanya kembali. Apesal muka kau pucat aje? Kau tak makan lagi ke? soal Amir perlahan. Suri Imani memandang Amir. Lain kali jangan terlepas cakap! tegur Suri Imani. Sorry! Amir tersengih. Kemudian dia duduk di atas kerusi. Bibirnya mengukir senyuman bila terpandang Wati yang berjalan pantas ke arah mereka. Bibir Wati memuncung. Kau ni apehal? Tadi setahu aku kau dah makan. Takkan lapar lagi? soal Amir dengan wajah terperanjat

45

Cinta Tak Terucap

apabila melihat bungkusan Chicken Rice Shop. Bau harum nasi ayam menyebabkan perut Suri Imani sudah mendendangkan lagu. Encik Ammar bagi kau, ujar Wati lalu duduk di sebelah Suri Imani. Tidak pasal-pasal dia menjadi orang tengah antara Suri Imani dan Ammar Mirza. Tadi sewaktu dia dan Zahin menunggu lif untuk balik ke department masingmasing, mereka bertembung dengan Ammar Mirza. Selamba sahaja Ammar Mirza menyuruh dia memberikan bungkusan makanan pada Suri Imani. Langsung tidak mengucapkan terima kasih. Kenapa Encik Ammar bagi awak, Iman? soal Cik Nisak yang sudah menghampiri. Fazley duduk di tempatnya. Malas melayan Cik Nisak dan cemburunya pada Suri Imani. Tadi sewaktu dia dan Cik Nisak berada di kafe, Cik Nisak bukan menumpukan perhatian pada klien, tetapi pada Ammar Mirza dan Suri Imani. Dia juga pelik bagaimana Suri Imani boleh mengenali Ammar Mirza. Kedatangan Zana Idris, menyebabkan Cik Nisak seperti cacing kepanasan. Nasib baiklah, tidak sampai seminit Suri Imani berlalu, Ammar Mirza juga turut berlalu. Zana pula dibiarkan terpinga-pinga di meja makan. Tadi saya tak sempat nak makan. Sebab tu dia belikan untuk saya. Suri Imani menjawab pertanyaan Cik Nisak tadi. Rapat awak dengan dia. Sinis suara Cik Nisak. Suri Imani terkedu. Dia memandang Wati dan Amir yang hanya mengangkat bahu. Cik Nisak, nak apa? Kami tengah sibuk dengan projek di Kuantan. Cik Nisak ada maklumat baru ke? soal Amir terus.

46

Imani Hatta

Kadang-kadang meluat juga dengan Cik Nisak ni. Suka menyibuk dan menjaga tepi kain orang. Emmm... tak ada. Tapi, saya tak suka anak buah saya makan waktu kerja. Kompeni dah bagi rehat dua jam. Takkan tak cukup? soal Cik Nisak. Suri Imani mengeluh. Cik Nisak nak nasi ayam ni? Saya puasa hari ni, ujar Suri Imani lalu menghulurkan bungkusan. Terima kasih. Selamba huluran itu disambut. Hendak tersembul mata Amir dan Wati. Tidak disangka Cik Nisak boleh ambil makanan tersebut. Kau puasa? Perlahan soalan Wati. Puasa daripada makan. Suri Imani tersengih. Kau tak makan sejak pagi, kan? soal Amir risau. Aku diet. Jangan nak mengarutlah! Aku kenal kau Cik Iman oiii... tak ada istilah diet dalam hidup kau. Kau tu rajin bersenam. Sebab tu badan maintain aje. Aku ni aje... dah nampak berisi. Geram aku. Sempat pula Wati meluahkan isi hatinya. Amir dan Suri Imani tergelak kecil. Jangan risau. Kalau kau gemuk pun, Zahin tu setia dengan kau, ujar Suri Imani selepas tawanya reda. Wati mendengus geram. Kenapa kau bagi pada Cik Nisak? Tadi aku nampak dia dah makan McD dengan Fazley. Malaslah aku nak bertekak dengan Cik Nisak tu. Tadi dia nampak aku dan Am kat kafe. Dia punya jeling... hui, macam nak terkeluar biji mata. Kalau aku tak pelawa nasi tu... lagilah panjang cerita.

47

Cinta Tak Terucap

Aku tak faham. Kenapa kau rahsiakan hal ni? soal Wati. Aku malas nak perbesarkan. Emmm... bila kau nak tempah baju kahwin? Hujung minggu ni. Kau teman. Aku pun nak pergi survey baju kahwin aku nanti. Aku ikut kau, ujar Wati dengan senyuman. Tadi dia ada berbincang dengan Zahin mengenai perkara ini. Zahin yang cadangkan dia mengikut Suri Imani kerana Suri Imani bakal melangsungkan perkahwinan dalam masa terdekat. Mir... pasal projek ni. Kau bagi aku bawa balik kertas kerja ni. Aku semak kat rumah. Kalau ada cadangan, aku beritahu esok. Dah nak habis waktu kerja ni. Aku pun nak lawat tapak projek di Gombak, ujar Suri Imani dan terus berdiri. Kau nak pergi mana pula ni? Soal Amir. Kertas kerja diserahkan pada Suri Imani. Aku pergi tandas kejap. Sakit perut. Suri Imani tersengih. Tiba-tiba perut memulas walaupun dia hanya minum sejak pagi tadi. Kalaulah papa tahu dia tidak makan lagi sampai sekarang, setahun pun tidak habis dibebel papa. Nasib baiklah dia tidak mengalami masalah gastrik. Kalau tidak sudah lama dia pengsan. Wati yang mengalami masalah gastrik, mesti sentiasa makan. Sebab itu Wati nampak lebih berisi. Zahin pula akan membebel panjang bila diketahui tunangnya itu tidak makan.

48

Imani Hatta

Bab 7
MMAR MIRZA mengeluh panjang. Penat. Sepanjang malam dia tidak tidur kerana ingin berhubung dengan seorang pengurus di Australia. Waktu yang berbeza menyebabkan dia terpaksa mengorbankan waktu tidurnya. Dia bersandar di dinding lif. Pembantunya, Danish berdiri di sebelahnya. Hari ini dia ingin pulang awal ke rumah. Dia nak tidur! Mengantuk sungguh. Beberapa kali dia menguap. Dia perasan mata pekerja-pekerjanya sibuk memandangnya. Dia tersenyum. Kemudian berdiri tegak dan memeluk badan. Pintu lif tingkat lapan terbuka. Dia tersentak apabila melihat Suri Imani yang melangkah masuk. Suri Imani dengan selamba sudah menyusup masuk walaupun tahu lif sudah penuh. Suri Imani nampak begitu letih dan bersandar di dinding lif. Tangannya memegang perut. Wajahnya juga nampak pucat. Bila sampai di tingkat satu, dia perasan Suri Imani langsung tidak melangkah keluar. Mata Suri Imani tertutup

49

Cinta Tak Terucap

rapat. Segera dia menghampiri Suri Imani apabila hampir semua pekerja sudah melangkah keluar. Danish juga sudah keluar dari lif dan memegang pintu lif dari tertutup. Danish sudah tahu hubungan dia dengan Suri Imani. Pada majlis pertunangannya juga, Danish ada menghadirkan diri. Awak ni degil, kan? soal Ammar Mirza geram. Dia tahu, Suri Imani tidak makan nasi ayam yang diberi pada Wati. Sengaja dia menyuruh Danish membeli nasi ayam itu untuknya. Menurut Shamsul Azhari, makanan kegemaran Suri Imani adalah nasi ayam. Nasi ayam yang dimasak oleh Suri Imani bila dia datang ke rumahnya dulu juga sedap walaupun dia tidak berkata apa-apa. Awak.... Ammar Mirza menggenggam lengan Suri Imani. Suri Imani tersentak. Segera dia mendongak. Bulat matanya melihat Ammar Mirza yang berdiri di hadapannya. Awak nak apa? soal Suri Imani. Baru dia perasan lif sudah kosong. Entah bagaimana dia boleh terlelap. Dia juga tidak sedar. Nasib baik tak jatuh! Kalau tak... malu! Awak tak makan nasi yang saya bagi tadi? Cik Nisak nak. Buat apa bagi dia? Saya beli untuk awak! jerkah Ammar Mirza. Segera dia menarik tangan Suri Imani supaya keluar dari perut lif. Sempat dia menyuruh Danish pulang dahulu dan kemudian dia mengheret Suri Imani supaya mengikut langkahnya. Pekerja-pekerja Empire Construction terperanjat dengan adegan tarik-menarik antara Suri Imani dan Ammar

50

Imani Hatta

Mirza. Suri Imani tidak mahu melangkah, Ammar Mirza pula berkeras supaya Suri Imani mengikutnya. Baik awak ikut saya. Atau saya dukung awak kat sini! Ugut Ammar Mirza perlahan di telinga Suri Imani. Suri Imani tersentak. Lantas dia segera mengangguk dan mengikut sahaja langkah Ammar Mirza yang laju.

KENAPA ni? soal Puan Sri Noraini yang terperanjat melihat kemunculan Ammar Mirza yang mendukung Suri Imani. Wajah Suri Imani yang pucat itu mengejutkannya. Segera dia menjerit memanggil suaminya yang berada di bilik bacaan. Kenapa dengan Iman? soal Tan Sri Mahathir. Wajahnya juga terperanjat. Pengsan kut. Am ingatkan dia tidur. Tapi bila Am kejut suruh bangun, dia buat tak tau. Sebab tu Am dukung ni, jawab Ammar Mirza segera. Dia mengemaskan pegangannya pada tubuh ramping Suri Imani. Nasib baik kurus, kalaulah gemuk... mati dia nak mengangkatnya! Cepat! Bawa masuk bilik, suruh Puan Sri Noraini. Ammar Mirza mengangguk dan segera melangkah ke biliknya. Kebetulan biliknya hanya bersebelahan dengan bilik Firhan. Kedengaran mulut becok Firhan yang berbual dengan Fia. Tubuh Suri Imani diletakkan di atas katil. Dia menggeliat sekejap. Lenguh mendukung Suri Imani. Fifi mana? soal Ammar Mirza pada uminya yang sibuk merasa dahi Suri Imani takut demam.

51

Cinta Tak Terucap

Dalam bilik dia. Kenapa dengan Iman, Am? soal Puan Sri Noraini dan mendongak memandang anak lelakinya. Wajahnya nampak lega kerana badan Suri Imani tidak panas. Tak makan dari pagi. Tadi Am call papa. Dia cakap Iman tak makan dari pagi sebab bangun lewat. Sempat minum susu aje. Am nak bawa balik rumah Iman, tapi papa dan Ilham tak ada kat rumah, terang Ammar Mirza. Tan Sri Mahathir menggeleng kepala. Perangai Suri Imani sama dengan perangai Ammar Mirza. Pentingkan kerjaya sehingga lupa makan. Pak ngah dah balik!!! jerit Firhan kesukaan lalu menerpa masuk ke bilik Ammar Mirza. Jarang Ammar Mirza pulang awal. Lewat petang baru dia dapat melihat bapa saudaranya itu. Mak ngah sakit, ujar Ammar Mirza lalu menarik Firhan menjauhi Suri Imani yang berbaring di katilnya. Kenapa dengan mak ngah? soal Fia pula yang entah bila sudah berdiri di hadapan pintu. Mak ngah sakit, jawab Tan Sri Mahathir dengan senyuman. Dia mengusap rambut kerinting Fia. Biarlah dia tidur dulu. Am call papa dia. Kata Iman ada kat sini. Malam nanti dia baliklah, ujar Tan Sri Mahathir lalu memandang anak lelakinya. Ammar Mirza mengangguk. Tan Sri Mahathir dan Puan Sri Noraini sudah melangkah keluar dari bilik. Fia dan Firhan sudah berlari mendahului langkah nenek dan atuknya. Ammar Mirza tersenyum. Dia menarik kerusi dan duduk menghadap Suri Imani. Comel! Tak pernah lagi dia melihat gadis yang juga tunangnya itu tidur. Bibirnya

52

Imani Hatta

mengukir senyuman. Agaknya bagaimanalah reaksi Suri Imani apabila bangun tidur nanti dan mendapat tahu dia berada di biliknya. Mesti terperanjat besar. Am, keluar! Muncul Tan Sri Mahathir tiba-tiba. Hah? Terkejut Ammar Mirza. Kamu berdua tu tak kahwin lagi. Tak elok kamu duduk berdua-duaan aje dengan Iman. Beritahu Tan Sri Mahathir. Ammar Mirza tersengih. Lupa pula dia tentang hal itu.

TERKEBIL-KEBIL Suri Imani memandang siling yang berukiran cantik dan tinggi. Terdapat satu tangga kecil di hujung bilik yang mungkin menuju ke loteng rumah. Dia memegang perutnya yang tiba-tiba berbunyi. Laparnya... aku kat mana ni? Suri Imani mengangkat kepalanya. Dia meneliti sekitar bilik yang kemas. Warna kelabu gelap dan putih menjadi warna tema bilik ini yang nampak moden dengan susun atur perabotnya. Satu set sofa berada di hujung bilik. Sebuah TV LCD full HD Samsung tergantung di dinding bilik. Suri Imani terlopong. Dia kat mana ni? Dia menoleh apabila terasa ada benda bergerak di sisinya. Argh!!! Terkejut besar Ammar Mirza. Dia baru sahaja melangkah masuk ingin mengambil baju untuk mandi. Tadi dia tertidur di atas sofa di ruang tamu. Saya kat mana ni? soal Suri Imani terus. Dia meneliti badannya. Baju kurung yang dipakainya pagi tadi

53

Cinta Tak Terucap

masih tersarung di badan. Dia sebenarnya terperanjat melihat Ammar Mirza. Yang menjerit macam orang gila ni kenapa? Nasib baik tak gugur jantung ni. Kalau tak, tak kahwinlah awak hujung bulan ni. Sempat Ammar Mirza menyindir walaupun nada suaranya sedikit menengking. Saya kat mana ni? soal Suri Imani lagi hampir sahaja menangis. Tidak pernah seumur hidupnya bermalam di rumah orang lain seperti ini. Bilik saya. Awak pengsan tadi. Tapi... tapi.... Kata-kata Suri Imani terputus apabila melihat Tan Sri Mahathir dan Puan Sri Noraini muncul diikuti oleh Fifi, Fia dan Firhan. Kenapa mak ngah? soal Fifi. Dia sudah melompat naik ke atas katil Ammar Mirza diikuti adik-adiknya. Suri Imani tercengang. Assalamualaikum Puan Sri, ujar Suri Imani terus turun dari katil dan menghampiri Puan Sri Noraini. Langkahnya seperti orang mabuk. Terpaksa Ammar Mirza memimpinnya. Suri Imani menjeling geram. Ammar Mirza purapura tidak nampak. Buat apa panggil Puan Sri. Panggil umi aje, suruh Puan Sri Noraini dan bersalam dengan Suri Imani. Kemudian tubuh Suri Imani dipeluk. Suri Imani nampak kekok. Di tersenyum malu. Iman tak apa-apa? Risau ayah tengok tadi, tegur Tan Sri Mahathir dengan senyuman. Suri Imani menggaru kepala. Selama ini dia melihat Tan Sri Mahathir segak dengan sutnya. Kini Tan Sri

54

Imani Hatta

Mahathir ringkas dengan baju Melayu berwarna coklat dan dipadankan dengan kain pelekat. Siap dengan kopiah putih lagi. Dia menoleh memandang Ammar Mirza. Pandai-pandai aje bawa aku kat sini! Am. Pergi mandi. Sembahyang. Dah nak habis maghrib, suruh Tan Sri Mahathir lalu memandang Ammar Mirza yang tersengih-sengih seperti kerang busuk. Anak-anak saudaranya tersenyum. Dia tahu anak-anak saudaranya itu mengikut Tan Sri Mahathir ke masjid daripada pakaian yang mereka pakai, iaitu baju Melayu dan baju kurung. Fifi dan Fia juga bertudung ala-ala tudung Arini. Pukul berapa dah ni? soal Suri Imani terkejut besar. Tujuh bersahaja. setengah, jawab Puan Sri Noraini

Alamak! Papa mesti risaukan Iman. Solat asar pun dah terlepas. Suri Imani mengeluh. Dia menggaru kepalanya yang tidak gatal. Rambutnya yang memang nampak kusut bertambah kusut. Lamanya dia tidur. Rasanya tadi pukul tiga setengah petang sewaktu dia berkira-kira ingin ke tapak projek di Gombak, sebelum bertembung dengan Ammar Mirza. Iman mandi di bilik Liyna. Pinjamlah baju dia dulu, usul Puan Sri Noraini. Eh, tak apalah. Iman kena balik. Papa mesti risau, ujar Suri Imani perlahan. Jangan risau. Am dah call papa, sampuk Ammar Mirza. Jom. Puan Sri Noraini menarik tangan Suri Imani supaya mengikut langkahnya. Wajah Suri Imani nampak begitu serba salah. Tetapi terpaksa juga dia mengikutnya.

55

Cinta Tak Terucap

NASIB baik sama saiz badan Iman dan Liyna, ujar Puan Sri Noraini dengan senyuman. Suri Imani nampak lebih segar selepas mandi. Rambutnya juga masih basah. Dia nampak begitu ringkas dengan baju-T putih dan seluar separas buku lali berwarna hitam. Ammar Mirza terkedu apabila melihat Suri Imani. Tiba-tiba sahaja jantung berdegup kencang. Kenapa pulak ni? Duduk sebelah Am. Umi tau Iman mesti dah lapar. Jom makan, ujar Puan Sri Noraini lagi. Peramah sungguh bakal mak mertuanya ini. Berbeza dengan anak terunanya. Liyna tak marah ke pinjam baju dan seluar dia? soal Suri Imani. Beg kertas yang berisi baju kurungnya diletakkan di atas lantai. Bersebelahan dengan kerusinya. Dia langsung tidak memandang Ammar Mirza. Dia tahu Ammar Mirza sibuk memandangnya. Liyna tu jenis tak kisah. Dia tu suka shopping. Kalau baju dia hilang, mana dia nak sedar, jelas Tan Sri Mahathir. Sedih juga mengenangkan anak bongsunya, Liyna yang suka balik lewat malam. Jarang lekat di rumah. Berbeza sungguh sikap Liyna dengan dua orang abangnya, Radzi dan Ammar Mirza. Hatinya tersentuh setiap kali teringat akan arwah Radzi. Kesian Fifi, Fia dan Firhan kerana kehilangan ayah pada usia yang begitu muda. Ibu mereka pula sibuk di London. Ibu mereka merupakan pereka fesyen terkenal dan jarang pulang ke Malaysia. Nah. Ammar Mirza menghulurkan pinggan pada Suri Imani.

56

Imani Hatta

Suri Imani menyambutnya dan mengucapkan terima kasih. Dia memandang lauk-pauk yang terhidang di hadapan. Nampak begitu menyelerakan. Fifi, Fia dan Firhan yang tersengih sejak tadi dipandangnya. Rasa seperti nak cubit pipi masing-masing. Anak-anak saudara Ammar Mirza memang comel. Fifi dan Fia berambut kerinting. Pipi mereka juga tembam walaupun badan tidaklah gemuk. Firhan berbeza dengan kakak-kakaknya. Firhan lebih putih dan rambutnya lurus menutup dahi. Senyuman Firhan menyerlahkan lesung pipit di kedua-dua belah pipi. Sedapnya umi, puji Suri Imani jujur. Puan Sri Noraini tersenyum. Bukan umi masak. Tukang masak. Kalau Iman nak rasa masakan umi, kena datang sini selalu. Fifi kata masakan Iman sedap. Nanti bolehlah masak untuk kami pula, ujar Tan Sri Mahathir. Suri Imani tersedak. Pantas Ammar Mirza menghulurkan air. Kenapa? soal Tan Sri Mahathir pelik. Dia masak bukan sedap sangat pun. Selamba Ammar Mirza berkata. Suri Imani tersentak. Hatinya sedikit tersentuh. Apa pula tak sedap! Hari tu tiga kali pak ngah tambah. Sampai habis nasi kat rumah Atuk Sham, sampuk Fifi. Ammar Mirza tersentak. Isy... Fifi. Mulut penuh mana boleh cakap. Berapa kali nak beritahu, ujar Ammar Mirza geram.

57

Cinta Tak Terucap

Dah pak ngah kata macam tu. Mestilah Fifi marah. Kan mak ngah? Fifi membela sambil mata bulatnya memandang Suri Imani yang sudah terkulat-kulat. Sebenarnya mencari idea untuk membalas dendam pada Ammar Mirza. Senang-senang kutuk masakan orang! Kalau nak sedap, pergilah makan di restoran lima bintang. Suri Imani tersenyum. Otaknya ligat berfikir. Ouch!! Au!!! Kenapa Am? soal Puan Sri Noraini risau mendengar teriakan Ammar Mirza yang sudah seperti cacing kepanasan. Suri Imani membuat wajah terperanjat. Kenapa Am? Soalnya berpura-pura risau. Ammar Mirza menggeleng. Wajahnya sudah merah. Tangannya sudah melepaskan sudu dan garpu. Nasib baik dia pakai selipar, kalau tidak... bengkak kakinya dikerjakan Suri Imani. Bukan sekali dipijak, tapi berkali-kali! Dia menjeling memandang Suri Imani. Suri Imani tersengih. Padan muka!

AMMAR MIRZA memberhentikan kereta BMW 3 Series berwarna hitam betul-betul di hadapan sebuah tangki air lama. Kawasan persekitaran juga sunyi sepi. Jam sudah menunjukkan pukul sebelas malam. Jantung Suri Imani sudah berdegup kencang. Dia memandang Ammar Mirza yang tersengih memandangnya. Pandangan Ammar Mirza tajam merenung dalam ke dasar matanya. Suri Imani menelan air liurnya yang terasa pahit. Pelbagai perkara bermain di fikirannya sekarang. Setahunya

58

Imani Hatta

di depan ada jalan menuju ke kawasan perkuburan lama. Sekarang Suri Imani bukan sahaja takut pada lelaki di sebelahnya, tetapi juga pada kawasan sekelilingnya. Bulu romanya sudah meremang. Radio dimatikan. Aaa awak nak apa? soal Suri Imani berpurapura berani. Tangannya sudah berpeluh walaupun enjin kereta masih terpasang dan air cond tidak dimatikan. Awakkan tunang saya. Saya boleh buat apa yang saya suka, ujar Ammar Mirza kemudian tersenyum menggoda. Mata Suri Imani sudah berpinar mendengar katakata Ammar Mirza. Dia memegang kemas-kemas beg kertas yang berisi baju kurung. Dia hendak membuka pintu kereta, tetapi takut melihat suasana luar yang lebih menyeramkan. Sekurang-kurangnya di dalam kereta ada cahaya lampu walaupun malap. Awak! Suri Imani tersentak. Ammar Mirza merapatkan badannya. Hatinya sudah seakan-akan digeletek melihat wajah ketakutan Suri Imani yang menggigil di hadapannya dan cuba menjarakkan diri. Hampir sahaja bibirnya hendak mencecah pipi gebu Suri Imani yang tampak pucat. Tiba-tiba pintu kereta terbuka. Terjatuh Suri Imani keluar dihempap badannya. Suri Imani menjerit kuat. Dia pula tercengang. Sangkanya hendak menakutkan Suri Imani. Dia pula yang terkejut dengan tindakan Suri Imani. Muka Suri Imani sudah merah padam dan bertubi-tubi tangan Suri Imani memukul dadanya. Terbatuk dia dibuatnya. Woi! Sudahlah. Aku main-main aje tadi! jerkah Ammar Mirza apabila dia sendiri tidak dapat tahan dengan penangan Suri Imani yang seperti orang hilang akal.

59

Cinta Tak Terucap

Ammar Mirza berdiri tegak. Dia menarik tubuh Suri Imani supaya berdiri sama. Mata Suri Imani sudah berair. Dia mengeluh kecil. Sudahlah. Masuk kereta cepat. Meremang duduk lama-lama kat luar ni, tegur Ammar Mirza. Suri Imani memandang sekeliling. Gelap! Hanya cahaya dari tangki air lama sahaja yang malap merenangi jalan. Seperti disengat tebuan, Suri Imani sudah melompat naik di dalam kereta. Ammar Mirza tersengih melihat kekalutan Suri Imani. Teringat kata-kata Shamsul Azhari yang seumur hidup Suri Imani tidak pernah menonton cerita hantu kerana takut. Nak buat apa kat sini hah? Ammar Mirza tidak mempedulikan pertanyaan Suri Imani. Dia sudah membuka pintu. Nanti kita kena cekup, susah pulak, sambung Suri Imani sambil memerhati sekitar. Ammar Mirza tersenyum kecil. Dia pasti kawasan ini selamat. Lagipun jauh dengan kawasan perumahan. Kawasan ini adalah kawasan rahsianya apabila dia perlukan ketenangan. Berdekatan dengan kawasan kubur menyebabkan kawasan ini sunyi dan nyaman. Kata orang kalau mengingati mati, kita boleh mendapat ganjaran pahala. Buat apa nak takut? Kita kahwin juga dua minggu lagi, ujar Ammar Mirza selamba. Wajahnya kembali serius. Kaki kirinya terasa sengal tiba-tiba dibuat Suri Imani tadi sewaktu makan malam. Kau dah buat apa tadi? Nasib baik tak lebam kaki ni, sambung Ammar Mirza dengan wajah yang sedikit geram.

60

Imani Hatta

Apa? Nak suruh aku tunjukkan apa kau buat tadi? soal Ammar Mirza bersahaja. Suri Imani menggeleng laju. Segera dia memegang paha Ammar Mirza supaya tidak bertindak. Tetapi pantas tangannya dialihkan apabila menyedari keterlanjurannya. Eh! Awak buat apa ni? soal Suri Imani gelabah apabila Ammar Mirza menghampirinya. Bibir Ammar Mirza menguntum senyuman. Perlahan Ammar Mirza membuka dashboard dan mengeluarkan sesuatu dan dihulurkan terus pada Suri Imani. Ambil ni. Senang aku nak call kau nanti, ucap Ammar Mirza tegas. Suri Imani tercengang. Tidak biasa dengan bahasa yang digunakan Ammar Mirza. Kau dan aku. Aku nak buat apa dengan benda ni? soal Suri Imani. Menggunakan bahasa yang sama. Ammar Mirza menoleh memandangnya. Setahu aku kau duduk Kuala Lumpur. Takkan handphone pun tak kenal. Ambil aje. Aku tak mahu ada tunang yang nak beli handphone pun tak ada duit. Satu lagi! Aku dah set nombor baru kau. Aku nak nombor ni hanya aku sahaja tahu. Telefon yang satu lagi, guna untuk nombor lama, jawab Ammar Mirza. Suri Imani terlopong. Dia membuka kotak telefon bimbit itu. Dua! Satu warna putih dan satu lagi berwarna hitam daripada jenama yang sama. Warna putih khas untuk aku. Warna hitam untuk orang lain. Faham? Terangkat bahu Suri Imani kerana terkejut.

61

Cinta Tak Terucap

Tak payah jerit. Saya ada sebelah awak aje. Suri Imani mendengus geram. Tidak sedar bahasanya tadi turut berubah. Jom aku hantar balik. Satu lagi. Suri Imani memandang Ammar Mirza lama. Ammar Mirza mengangkat kening seolah-olah mengisyaratkan Suri Imani supaya bercakap. Emmm saya.. saya dah beritahu Wati, Zahin dan Amir pasal kita. Tapi awak jangan risau, hanya mereka bertiga aje tau. Saya tak senang hati kalau tak beritahu mereka. Mereka tu sahabat saya dunia akhirat. Tapi, awak jangan risau. Saya dah beritahu mereka supaya jangan beritahu orang lain. Saya percayakan mereka. Selama ni semua masalah kami kongsi bersama. Kalau Itu aje kau nak cakap. Mereka dah tau? potong Ammar Mirza. Suri Imani mengangguk laju. Fine! Suri Imani tercengang. Sangkanya Ammar Mirza akan marah.

SETELAH keluar dari bilik air, Suri Imani bergegas mencari handphone barunya yang kuat mengalunkan lagu Fall for You nyanyian Secondhand Serenade yang semakin popular dan sering kedengaran dari corong radio. Dia mendengus bila membaca nama yang terkeluar dari skrin flat itu. Gambar Ammar Mirza yang tersengih juga kelihatan. Pandai-pandai aje buat keputusan.

62

Imani Hatta

Kenapa lambat angkat? soal Ammar Mirza kuat di corong telefon. Tak reti guna lagi, jawab Suri Imani geram. Dia sudah melompat naik ke atas katil. Kemudian dia memeluk patung Pooh kesukaannya. Nak apa ni? soal Suri Imani apabila Ammar Mirza mendiam diri. Kenapa tulis love? soal Suri Imani lagi apabila Ammar Mirza ingin bersuara. Ammar Mirza tercengang. Love? Kemudian dia ketawa kecil. Teringat nama yang ditulis untuk nombor telefonnya. Sebenarnya nama itu yang terlintas di fikirannya. Akukan tunang kau. Jadi kiranya kekasih kau juga. Tak salah, kan? soal Ammar Mirza sengaja menaikkan darah Suri Imani. Sejak gadis itu menjadi tunangannya, suka sungguh dia mengenakan gadis kacukan itu. Bertambah marah, bertambah cantik dia. Kau jangan nak tukar pula, ujar Ammar Mirza separuh mengugut. Kau nak apa ni? Aku mengantuk. Nak tidur, ucap Suri Imani perlahan. Sesungguhnya dia memang mengantuk. Matanya sudah separuh terbuka. Lampu bilik juga sudah terpadam. Suri Imani menguap kuat. Ammar Mirza tersentak mendengar hembusan nafas Suri Imani dari corong telefon. Bibirnya tersenyum. Tidak dinafikan, dia juga mengantuk. Tetapi dia masih ada urusan kerja yang perlu disiapkan. Tadi dia sudah minum dua gelas Nescafe supaya mengantuknya hilang. Kau nak apa? Soal Suri Imani lagi. Matanya sudah berair.

63

Cinta Tak Terucap

Esok aku ambil kau. Tunggu depan rumah. Okey. Selamat malam. Suri Imani membiarkan sahaja telefonnya. Matanya sudah terpejam rapat. Kata-kata Ammar Mirza tadi dibiarkan sahaja berlalu tanpa otaknya mampu untuk mentafsir apa yang diperkatakan oleh Ammar Mirza.

64

Imani Hatta

Bab 8
Tadi menjerit bertanyakan getah rambutnya yang berwarna ungu. Memang Suri Imani suka meletakkan barangnya merata tempat. Alih-alih dia lupa. Shamsul Azhari menggeleng kepala. Geram sungguh dengan sikap Suri Imani. Dah nak kahwin, tapi perangai masih tidak berubah. Ilham tersengih. Kemudian dia mencapai roti yang sudah dibakar oleh papanya tadi. Hari ini kelam-kabut rumah disebabkan Suri Imani bangun lewat. Cuba cari betul-betul atas laci. Papa nampak kat situ, jerit Shamsul Azhari pula dari tangga. Pa! Bukan yang ni. Yang ungu gelap. Jeritan Suri Imani kedengaran lagi. Kat bawah ni. Iman tinggalkan kat dapur semalam. Atas peti ais lupa ke? jerit Shamsul Azhari kembali.

A... nampak jam tangan Iman tak? jerit Suri Imani lagi.

65

Cinta Tak Terucap

Beberapa minit kemudian kedengaran Suri Imani yang berlari turun. Pa nampak kunci kereta Iman tak? soal Suri Imani sebelum matanya bulat merenung lelaki yang sedang bersarapan bersama Ilham. Kau buat apa kat sini? soal Suri Imani terkejut besar. Iman. Your language! Apa panggil tunang macam tu, tegur Shamsul Azhari kurang senang. Suri Imani tersengih. Hatinya mengutuk kuat. Ammar Mirza yang mengajarnya memanggil begitu. Iman nak kunci kereta buat apa? soal Shamsul Azhari. Iman lupa letak mana. Suri Imani menyelongkar perut beg tangannya sebelum dia menjerit kecil. Dah jumpa! Suri Imani bersorak seperti budak kecil yang baru dapat hadiah. Shamsul Azhari menggeleng kepala dengan telatah Suri Imani. Duduk makan, arah Shamsul Azhari. Semalam papa dapat tau Iman tak makan sampai malam. Sekarang dah ada rule baru kat rumah ni. Selagi tak habiskan sarapan, tak boleh keluar rumah. Faham? Suri Imani mengangguk laju sambil tersengih. Dia menuang air susu segar dari botol Goodday yang masih sejuk. Diteguknya rakus. Shamsul Azhari menggeleng dengan telatah Suri Imani yang tidak pernah berubah. Kenapa bangun lewat lagi? Iman sembahyang subuh tak pagi tadi?

66

Imani Hatta

Suri Imani tersedak. Ilham dan Ammar Mirza sudah berbalas pandang. Bibir Ammar Mirza tersenyum. Kalau diikutkan hari ini dia langsung tidak sembahyang subuh. Dia tidur pukul lima pagi tadi dan terjaga tepat-tepat pukul enam empat puluh pagi sebelum bersiap untuk mengambil Suri Imani. Pa... Iman cutilah. Perkataan cuti itu diperlahankan. Merah padam wajahnya. Dia menoleh memandang Ammar Mirza yang tersenyum nakal. Awak buat apa datang sini? soal Suri Imani. Kereta awak kat pejabat. Lupa? soal Ammar Mirza dengan senyuman yang membuatkan hati Suri Imani bertambah geram. Ligat otaknya berfikir. Betul juga. Semalam dia dibawa oleh Ammar Mirza ke rumahnya dan keretanya ditinggalkan di pejabat. Tapi kenapa tak tanya aku dulu? Pandai-pandai aje buat keputusan. Macam inilah perangai Iman pagi-pagi. Kalau dia cuti selalunya dia bangun lewat. Pa! Wajah Suri Imani bertambah merah. Ilham sudah ketawa besar. Buat apa nak malu? Am nak jadi suami Iman dah. Shamsul Azhari tersengih. Sengaja mengusik anaknya. Ammar Mirza ketawa kecil. Sebenarnya dia sendiri baru sampai. Bila sampai sahaja dia sudah mendengar jeritan Suri Imani bertanyakan itu dan ini. Kelakar sungguh dia mendengarnya. Sekejap bertanya mana bajunya, sekejap bertanya mana letak seterika. Tak ubah seperti budak kecil. Shamsul Azhari pula tak sudah melayan Suri Imani.

67

Cinta Tak Terucap

ADA tertinggal barang tak? soal Shamsul Azhari. Ayat kemestian apabila dia menghantar Suri Imani keluar dari rumah. Kadang-kadang Suri Imani boleh tertinggal beg tangan. Berlari masuk ke dalam rumah mencari beg tangannya. Ammar Mirza yang baru ingin melangkah masuk ke dalam kereta, keluar semula. Memandang Suri Imani yang menyalami Shamsul Azhari. Ilham pula sudah menaiki bas sekolah yang berhenti di hadapan rumah tadi. Sure.... Suri Imani penuh yakin. Iman. Handphone bawa tak? soal Ammar Mirza. Suri Imani menoleh memandangnya. Dahinya sedikit berkerut. Pantas tangannya menyelongkar beg tangan. Alamak! Handphone warna putih tak ada sebab dah habis bateri. Dia charge tadi, tapi lupa pulak nak ambil. Pelik juga, sebab setahunya bateri masih penuh tetapi pagi tadi sudah meragam minta dicharge. Kejap! Ada dalam rumah. Suri Imani tersengih malu dan terus berlari masuk ke dalam rumah. Nasib baik hari ini pakai seluar dan kemeja, jadi tidaklah sumbang langkah Suri Imani. Shamsul Azhari sudah menggeleng. Beg tangan Suri Imani diletakkan di dalam kereta. Ammar Mirza tersenyum. Dalam hatinya sudah mengutuk. Muda-muda dah nyanyuk. Dia memandang jam. Sudah pukul lapan pagi. Waktu pejabat pukul sembilan pagi. Umur kau berapa? soal Ammar Mirza apabila mereka sudah berhenti di lampu isyarat yang merah. Suri Imani menoleh memandangnya. Kenapa? Takkan kau tak tau? soal Suri Imani.

68

Imani Hatta

Umur dua puluh tiga tapi pelupa mengalahkan orang tua, ucap Ammar Mirza geram. Dia ingat bolehlah dia datang awal ke pejabat, tapi lambat juga. Kebetulan traffic sudah jammed. Ala... pagi-pagi aje macam tu. Patutlah papa kejut awal. Rupa-rupanya kau nak ambil. Pandai menjawab. Kunci kereta bawa tak? Suri Imani tersentak. Segera dia menyelongkar beg tangannya. Fuh! Ada. Nasib baik. Dia tersengih malu pada Ammar Mirza yang sudah masam mencuka. Pelik. Semalam kau dah charge handphone, kan? Kenapa pagi tadi dah habis bateri? Kelam-kabut aku nak charge benda tu. Bebelan kecil Suri Imani kedengaran. Ammar Mirza tersentak. Dia menoleh sekilas pada Suri Imani yang masih membebel. Teringat bagaimana dia ditemani dengan hembusan nafas dan dengkuran kecil Suri Imani dari corong telefon yang lupa dimatikan oleh gadis itu. Kadang-kadang dia yang terkejut apabila mendengar rengekan kecil Suri Imani yang membebel. Tetapi butir bicaranya tidak difahami. Akhirnya selepas semua kerja siap, barulah dia menamatkan talian dengan Suri Imani yang sudah lama dibuai mimpi. Senang pula hatinya malam tadi menyiapkan kerja sehingga siap. Nasib baik gadis itu tidak perasan perbuatannya semalam. Entah ingat atau tidak dia menelefonnya semalam.

JAM sudah menunjukkan pukul lapan lima puluh pagi. Memang sesak sungguh hari ini. Wajah Ammar Mirza yang

69

Cinta Tak Terucap

memang kelat bertambah kelat. Gerun Suri Imani melihatnya. Dia langsung tidak menoleh ke arah Ammar Mirza. Lain kali... bangun awal. Tak elok anak dara bangun lewat, ujar Ammar Mirza akhirnya setelah lama mendiamkan diri. Kata-katanya tidak ubah seperti kata-kata Shamsul Azhari. Perlahan-lahan kereta Ammar Mirza memasuki kawasan tempat letak kereta Empire Construction. Kau yang hantar aku lewat semalam. Suri Imani cuba mempertahankan diri. Dia yang ingin menyambung kata-kata terbantut apabila Ammar Mirza tajam merenungnya. Betullah apa aku kata. Perlahan suara Suri Imani. Bebel lagi macam mak nenek! Kalau tak menjawab kata aku, boleh tak? tegur Ammar Mirza geram. Suri Imani mencebik. Keluar cepat! Tunggu apa lagi tu! jerkah Ammar Mirza apabila melihat Suri Imani terkebil-kebil memandangnya dengan mulut muncung. Janganlah marah! Suri Imani mendengus. Dia mencapai beg lap-top yang dihulurkan oleh Ammar Mirza. Mukanya masam mencuka. Mereka sama-sama beriringan berjalan memasuki bangunan Empire Construction. Sempat Suri Imani mengucapkan ucapan selamat pagi pada kereta ViVA berwarna putih kepunyaannya. Kesian keretanya sejuk sepanjang malam. Kalau di rumah bolehlah duduk bawah bumbung. Encik Ammar, tegur satu suara yang baru keluar dari kereta Perdana. Suri Imani tersentak. Langkahnya mati seperti

70

Imani Hatta

langkah Ammar Mirza. Bulat matanya memandang lelaki di hadapannya. Wajahnya bertambah terkejut apabila melihat Erna turut melangkah keluar dari kereta lelaki itu. Ben. Bila sampai? soal Ammar Mirza terus tersenyum. Ben adalah Eksekutif Pemasaran Empire Construction. Dia tidak rapat dengan Ben, tapi pernah mengenali Ben. Kelmarin. Dada Suri Imani sesak. Benjamin Lee, pernah menjadi teman sepermainan. Ben tua beberapa tahun daripadanya. Sewaktu Ben berada di tahun akhir, dia pula baru masuk belajar di universiti yang sama. Dia pernah terserempak dengan Ben. Tetapi dia tahu lelaki itu tidak sedar kehadirannya. Hubungan mereka terputus selepas papa dan mama bercerai. Jujurnya dia pernah meminati Ben sewaktu belajar dahulu. Jom, ajak Suri Imani pada Ammar Mirza. Terpaku Ammar Mirza apabila tangannya sudah digenggam oleh Suri Imani. Ben dan Erna saling berpandangan. Mereka terkejut sebenarnya dengan tindakan di luar jangkaan Suri Imani. Sejak bila Suri Imani menjalinkan hubungan dengan Ammar Mirza? Adik kerja sini juga? Lama dah? soal Ben. Adik? Ammar Mirza terkejut. Wajah Suri Imani dipandangnya minta jawapan. Dalam lima bulan. Panggil saya Iman, balas Suri Imani geram. Shes my cousin. Sebelum kelahiran Ilham, Iman

71

Cinta Tak Terucap

sepupu yang paling kecil. Sebab tu kami panggil dia adik. Tapi tak tau pula sekarang dah tak panggil panggilan yang sama, terang Ben sedikit pelat. Suri Imani mendengus. Dia melepaskan tangan Ammar Mirza lalu memeluk tubuh. Tetapi dia pula yang terkejut apabila selamba sahaja Ben memeluk bahunya. Ben?! jerit Suri Imani tidak sengaja. Ammar Mirza terpanar. Merah wajahnya tika itu. Rindu abang pada Iman. Lepaslah, suruh Suri Imani. Erm. aku tak tahu kau dan Iman ni sepupu. Tajam dia merenung tangan Ben yang masih di atas bahu Suri Imani. Perlahan-lahan dia menggenggam kembali jemari runcing Suri Imani dan ditarik menghampirinya. Suri Imani terdorong ke dalam pelukannya pula. Tangan Ben terjatuh. Bulat matanya dengan tindakan Ammar Mirza. Erna yang sejak tadi menjadi pemerhati juga terkejut besar. Encik Ammar dengan Iman? None of your business... Ben, balas Ammar Mirza sedikit tegas. Ben memandang Erna dan dia mengangguk. Sedikit rasa meluat timbul dalam dirinya. Dia tidak sangka Suri Imani boleh menjalinkan hubungan dengan Ammar Mirza. Aku dengar kau dah bertunang. Dengan siapa? soal Ben. Dia memandang Ammar Mirza menanti reaksi daripada lelaki itu. Tetapi Ammar Mirza langsung tidak menunjukkan tanda-tanda terkejut.

72

Imani Hatta

Bukan urusan kau, jawab Suri Imani tegas. Matanya sudah merah. Kau tak nak tanya pasal mama kau? Sekarang dia dah bahagia dengan keluarga barunya. Mereka dah ada dua orang anak perempuan yang cantik. Sekarang mereka menetap di Kuantan, beritahu Ben tanpa dipinta. Berubah terus wajah Suri Imani. Sejak mama dan papa bercerai, berita tentang mamanya langsung tidak pernah didengarnya lagi. Seolah-olah mama sudah hilang di atas muka bumi ini. Auntie kahwin dengan Cina mualaf. Sambung Ben lagi. Kau dah bertunang Iman? Suara Erna kedengaran. Dia terkejut besar dengan berita yang baru didengarnya daripada mulut Ben. Soalan Erna langsung tidak dijawab. Perlahanlahan dia meneruskan langkah. Tangan Ammar Mirza ditarik sama menyebabkan lelaki itu hanya mengekor sahaja langkah Suri Imani. Kusut dia memikirkan kata-kata Ben tadi.

AMMAR MIRZA mengeluh lagi. Dia baru sahaja kembali daripada mesyuarat. Dia menyangka Suri Imani sudah kembali ke tempatnya, tetapi terkejut apabila diberitahu oleh Sarah yang Suri Imani masih berteleku di dalam biliknya. Langsung Suri Imani tidak menyentuh air yang disediakan oleh Sarah sebelum Ammar Mirza mula bermesyuarat tadi. Jam sudah menunjukkan pukul dua belas tengah hari. Lama juga Suri Imani di dalam biliknya. Mana fail Benjamin Lee? soal Ammar Mirza.

73

Cinta Tak Terucap

Ni Encik Am. Saya dah beritahu Cik Nisak yang Cik Iman ambil off hari ni. Saya buat air? Ammar Mirza hanya mengangguk. Benjamin Lee. Belajar di universiti yang sama dengan Suri Imani. Mempunyai dua orang kakak dan dua orang abang. Lama Ammar Mirza meneliti maklumatmaklumat Ben, tetapi dia langsung tidak menjumpai tandatanda yang menunjukkan Suri Imani dan Ben adalah bersaudara kecuali nama keluarga mama Suri Imani sama dengan Ben. Terima kasih, Sarah. Saya tak mahu jumpa sesiapa buat masa ni termasuk panggilan, ujar Ammar Mirza. Sarah hanya mengangguk. Dia menoleh memandang Suri Imani. Gadis itu langsung tidak bergerak mahupun menegurnya. Gadis itu seolah-olah berada dalam dunianya sendiri. Iman, panggil Ammar Mirza. Suri Imani tidak menoleh. Ammar Mirza mengeluh. Perlahan-lahan dia bangun dari tempatnya. Dia bergerak menghampiri Suri Imani. Bahu Suri Imani dicuit. Gadis itu nampak tersentak. Perlahan-lahan gadis itu mendongak. Ammar Mirza terpinga-pinga apabila melihat air mata sudah membasahi wajah bersih Suri Imani. Am? Serak suara Suri Imani. Kau okey? Lembut Ammar Mirza menyoal. Dia melabuhkan punggung di sebelah Suri Imani. Tubuh gadis itu ditarik ke dalam pelukan. Tubuh itu dipeluk kejap. Tangisan Suri Imani mula kedengaran dan semakin lama

74

Imani Hatta

semakin kuat. Lama tubuh itu dipeluk sebelum Suri Imani perlahan-lahan melepaskan pelukan. Maaf. Laju Suri Imani mengesat air matanya yang masih tidak jemu-jemu turun. Dah lega? soal Ammar Mirza. Laju juga Suri Imani mengangguk. Pukul berapa ni? Nanti kau lewat nak mesyuarat. Aku dah lewat nak ke pejabat ni. Mulut Suri Imani terlopong apabila melihat jam di tangan. Beberapa kali dia melihat sebelum membandingkan dengan jam di dinding pejabat Ammar Mirza. Ammar Mirza ketawa. Tadi kau duduk dunia mana? Suri Imani garu kepala yang tidak gatal. Aku minta maaf. Aku tak sedar. Sebab aku kau terlewat? Ammar Mirza ketawa lagi. Suri Imani betul-betul tidak sedar apa-apa. Rasanya dia sudah memberitahu Suri Imani yang dia akan bermesyuarat dan Suri Imani hanya mengangguk apabila mendengar kata-katanya. Suri Imani betul-betul malu ketika ini. Dia tidak sedar berada dalam pelukan Ammar Mirza. Tajam dia merenung kemeja Ammar Mirza yang basah. Malunya semakin menebal. Ammar Mirza sudah menghampiri almari. Kemeja yang elok tergantung ditariknya. Pandang depan, Iman. Aku nak tukar baju, suruh Ammar Mirza. Seperti robot, dia segera berpaling daripada memandang Ammar Mirza. Mukanya merah. Ammar Mirza tersenyum dengan gelagat Suri Imani.

75

Cinta Tak Terucap

Ambil ni. Baju kemejanya yang basah dengan air mata, dihulurkan pada gadis itu. Tercengang Suri Imani. Tetapi dia tetap mengambil baju tersebut. Nak buat apa baju ni? Kau basuh. Seterika. Lepas tu kau bagi semula pada aku. Maaf, ucap Suri Imani serba salah. Papa tak pernah cerita tentang Ben? Takkan kau tak tau dia kerja sini? soal Ammar Mirza sambil membetulkan tali lehernya. Dia sudah duduk di atas sofa berangkai satu. Suri Imani pula duduk di atas sofa berangkai tiga. Wajah Suri Imani yang kembali keruh dipandangnya. Suri Imani menggeleng. Dia betul-betul tidak tahu. Tak ada apa-apa yang kau nak beritahu aku pasal Ben? Tak payah. Lagipun itu cerita masa silam aku, geleng Suri Imani. Aku tau tu masa silam kau tapi sekarang Ben kerja kat sini. Kalau aku kahwin dengan kau nanti, Ben juga sepupu aku. Suri Imani mengeluh. Ben sepupu aku. Aku tau. Kau dah cakap tadi. Lagi? desak Ammar Mirza. Selepas mama dan papa bercerai, hubungan kami dengan keluarga mama renggang dan dingin. Dulu aku rapat dengan Ben. Selalu juga papa dan mama bawa aku jumpa keluarga Ben... tapi lepas tu, kami putus hubungan. Mereka salahkan papa! cerita Suri Imani. Mereka kata papa tak pandai jaga isteri sebab tu mama nak cerai. Walaupun waktu tu aku baru lapan tahun,

76

Imani Hatta

tapi aku tahu mama pentingkan diri sendiri. Tengok sekarang mama dah kahwin. Papa sampai sekarang tak kahwin, sebab takut kasih sayang dia pada kami akan pudar. Papa tak pentingkan diri sendiri. Mama yang pentingkan diri sendiri, sambung Suri Imani. Wajah Suri Imani sudah merah menahan marah. Dengan mata ini dia melihat papa tidak cukup tidur menjaga Ilham yang masih kecil. Walaupun dia nampak manja, tetapi selama papa sibuk, dia yang menjaga Ilham. Abang long dan Kak Izlin pula berada di asrama dan kemudian menyambung pelajaran ke luar negara. Kau benci mama kau? soal Ammar Mirza. Suri Imani tersentak. Benci? Papa selalu kata dia tidak boleh membenci mama kerana mama adalah mamanya yang mengandungkannya selama sembilan bulan. Walaupun apa yang mama kau buat... dia tetap mama kau. Berdosa jadi anak derhaka, ujar Ammar Mirza. Suri Imani tersentak lagi. Anak derhaka. Dia tergelak kecil. Kenapa? Ammar Mirza menyoal. Mama yang sepatutnya rasa berdosa. Dia tak tunaikan tanggungjawab dia sebagai mama. Dia lepas tanggungjawab dia pada papa. Kau ada umi. Kau ada keluarga bahagia. Apa kau tau? bentak Suri Imani geram. Dia geram dituduh sebagai anak derhaka! Memang dia bencikan mamanya. Dia tidak dapat maafkan kesalahan mama pada dia adik-beradik. Ilham membesar tanpa kenal siapa mamanya. Bagi Ilham, papa adalah mama dan papanya. Sering kali dia dikutuk kerana tidak mempunyai mama. Ilham lagilah.

77

Cinta Tak Terucap

Hampir Ilham hendak berhenti sekolah kerana tidak tahan dicerca orang yang mengatakan mama Ilham membencinya sebab itu melarikan diri. Aku minta maaf. Aku memang tak faham keadaan kau sekarang tapi kita sekarang berdiri di tiang yang sama, iaitu Islam. Islam sendiri mengagungkan dan menghormati wanita. Kau sepatutnya bersyukur walaupun kau membesar tanpa mama, tapi sekurang-kurangnya kau kenal siapa mama kau. Mama kau bersusah payah bawa kau dalam rahimnya selama sembilan bulan. Besar pengorbanan mama kau. Mungkin kau salahkan mama kau sekarang, tapi cuba kau bayangkan, kalau mama tak jaga kau sebaik mungkin dalam kandungannya, kau tak lahir. Seorang wanita yang melahirkan anak, ibarat mati hidup semula. Mama kau beri kehidupan pada kau. Ammar Mirza menarik nafas dalam. Sebab itulah dia amat menyayangi uminya. Uminya begitu berjasa padanya. Rasanya sepanjang hidupnya, dia tidak dapat membalas jasa umi. Sebab itulah dia bersetuju menerima Suri Imani sebagai bakal suri hidupnya walaupun dia tidak rela pada mulanya. Kalau kau nak faham apa yang aku kata... kau tunggu bila kau mengandung nanti, ucap Ammar Mirza lalu tersenyum nakal. Suri Imani tersentak. Wajahnya terasa hangat dengan kata-kata Ammar Mirza. Nak pergi mana? Pejabat. Ammar Mirza tersenyum dengan kekalutan Suri Imani.

78

Imani Hatta

Kenapa? Ammar Mirza pelik apabila Suri Imani berpaling. Jangan cerita pada papa tentang Ben. Ammar Mirza mengangguk. Rasanya tiada guna dia memberitahu tentang kewujudan Ben kerana takut menggores hati Shamsul Azhari yang pasti tidak mengetahui tentang perkahwinan bekas isterinya itu.

79

Cinta Tak Terucap

Bab 9
EPERTI yang dijanjikan, dia dan Wati berada di dalam butik Julia. Nama sahaja Julia, tetapi sebenarnya pemiliknya adalah seorang lelaki. Nama sebenarnya Ariff Hambali. Katanya, nama Julia adalah nama panggilan manjanya. Tersenyum Suri Imani melihat Ariff dengan lenggang-lenggoknya menunjukkan baju-baju pengantin pada dia dan Wati. Wati juga sudah rambang mata sepertinya. Menurut papa, butik Ariff bagus dan harganya juga berpatutan. Bila Zahin nak datang? Wati menoleh. Dia memandang jam di pergelangan tangannya. Sudah pukul tiga petang. Zahin berjanji akan terus ke butik Julia selepas urusannya siap. Aku tak sure. Lepas ni kut. Kau dah pilih baju nak pakai dinner esok? soal Suri Imani lagi. Hatinya sedikit gusar kerana dia memang tidak suka menghadiri majlis-majlis makan seperti itu. Kebetulan esok adalah hari ulang tahun syarikat yang

80

Imani Hatta

keempat puluh tahun. Semua pekerja dihendaki hadir. Memang dia tidak mahu hadir tetapi Tan Sri Mahathir ada mengingatkan dia untuk hadir sama. Dah. Baju kebaya. Aku tempah bulan lepas. Kau? Tak tau lagi. Baju kurung kut, jawab Suri Imani. Dia lebih selesa berbaju kurung bila ke pejabat atau menghadiri majlis formal. Ni apa benda? soal Wati yang sejak tadi dilanda hairan dengan beg kertas yang dipegang oleh Suri Imani. Rasanya dia pernah melihat beg yang sama dipegang oleh Suri Imani minggu lepas sewaktu Suri Imani terserempak dengan Ben dan terlewat sampai ke pejabat. Beg. Aku tau. Bila masa kau beli baju kat Polo? tegur Wati. Tak! Ini barang Am. Tunang kau? Suri Imani mengangguk. Aku nak tengok. Pantas beg itu direntap daripada pegangan Suri Imani. Wei.... Suri Imani garu kepala yang tak gatal. Wati terlopong. Wanginya. Bila masa kau basuhkan baju Am? Selama aku couple dengan Zahin... tak pernah lagi aku basuh baju dia. Nak practice ek? Wati tersengih nakal. Mana ada. Aku pun tak ingin nak basuh baju dia. Tapi... aku dah kotorkan baju dia. Terpaksalah... meh balik. Tak pasal-pasal busuk nanti.

81

Cinta Tak Terucap

Sampai memuncung.

hati

kau

kata

aku

busuk.

Wati

Suri Imani tersengih. Aku gurau aje la. Kau tahu ajelah perangai Am tu. Tak makan saman. Tak pasal-pasal dia minta aku basuh plus gosok... siap pesan kat aku letak Softlan yang wangi. Aku letak separuh botol kalau kau nak tau. Wo... patutlah dari tadi aku bau. Ingatkan kau tertumpah minyak wangi atas baju. Wangi sangat ke? tanya Suri Imani. Wati mengangguk. Aku rasa sure Am basuh balik baju ni... tak pun buang. Diakan kaya, ulas Wati. Biarlah. Ini semua sebab rasa terima kasih aje. Apa yang kau terhutang budi kat dia sampai kena terima kasih? soal Wati ingin tahu. Tak ada apa-apa Syarifah Azliawati. Isy... bosannya! Kenapalah baju kahwin tak boleh tempah online? Suri Imani terfikir. Lagi senang kerjanya. Suami you tak datang? soal Ariff tiba-tiba. Entah dari mana dia muncul, Suri Imani tidak sedar. Pelanggannya tadi sudah tiada. Mungkin tidak berminat ataupun sekadar menjenguk. Bakal suamilah. Suri Imani membetulkan katakata Ariff yang sudah tersengih. Wati tersenyum sahaja melihat wajah Suri Imani yang sedikit masam. Nampak sangat Suri Imani tidak rela berada di butik ini. Sejak tadi, satu baju pun tidak berkenan di hatinya. Biar I ambilkan rekaan baju baru yang butik ni buat. You all berdua tunggu kejap.

82

Imani Hatta

Ariff berlalu. Suri Imani mengeluh. Bosan! Pagi tadi sebelum dia dan Wati pergi ke butik Julia, ada dia menghantar SMS pada Ammar Mirza. Itu pun selepas papa paksa. Kalau boleh dia mahu melakukan secara berasingan. Lagipun barang-barang hantaran sudah siap semuanya. Papa sendiri yang membuat barang-barang hantaran sambil dibantu oleh nenek yang sudah dua hari berada di Kuala Lumpur. Imran dan Fatin juga menolong. Tema majlis perkahwinan di rumahnya nanti adalah warna kuning cair dan putih. Dia juga ada membeli baju-baju untuk kaum keluarganya. Lelaki akan memakai baju batik warna kuning cair dan seluar slack warna hitam. Perempuan akan memakai baju kurung berwarna kuning. Semuanya atas cadangan papa dan Fatin. Imran juga menyokong. Berbelanja sakan sungguh mereka sekeluarga untuk majlis perkahwinan Suri Imani. Maklumlah Suri Imani sajalah perempuan tunggal yang berkahwin selain daripada Suri Izlin. Suri Imani berdiri apabila Wati yang sudah berjalan ke arah Julia, memanggilnya untuk melihat rekaan baru yang masih lagi di dalam lakaran. Cantik juga! Warnanya juga kuning cair dan putih, sesuai dengan tema majlis nanti. Dah siap pilih? Suri Imani terkejut besar. Terasa bahang Ammar Mirza yang berdiri betul-betul di belakangnya. Badan Ammar Mirza juga sengaja dirapatkan dengannya. Wati menoleh. Seperti Suri Imani, dia juga terperanjat melihat kemunculan Ammar Mirza. Ariff sudah terlopong. Handsomenya bakal suami you, Iman, puji Ariff. Seperti model iklan Armani. Sekali pandang seperti Enrique

83

Cinta Tak Terucap

Iglesias. Orangnya tinggi dan dadanya bidang. Hidungnya mancung dan bibirnya... bila tersenyum betul-betul memukau. Rambutnya ikal dan walaupun nampak kusut, tetapi menarik. Ariff jatuh cinta... cemburu pada Suri Imani yang bertuah memiliki Ammar Mirza. Dia mendengus kecil walaupun bibirnya tersenyum lebar. Suri Imani tersengih. Dia berpaling. Berdiri betulbetul di hadapan Ammar Mirza. Rasa macam nak cekik aje! Boleh pula Ammar Mirza buat muka selamba. Sudahlah majlis perkahwinan mereka dilakukan secara tergesa-gesa. Dia tahu kebanyakan persediaan dilakukan oleh Tan Sri Mahathir dan Puan Sri Noraini. Ammar Mirza seolah-olah tidak kisah. Dia sampai sekarang tidak faham kenapa majlis perkahwinannya tiba-tiba dipercepatkan. Daripada tiga bulan terus sebulan. Macam kahwin koboi pula! Sudahlah keluarganya dan juga keluarga Ammar Mirza mahu melakukannya secara besar-besaran. Apa orang kata... wedding of the year! Buat apa kat sini? soal Suri Imani perlahan. Tengok bajulah. Bukan awak hantar message ke tadi? Julia, nak ukur badan I tak? soal Ammar Mirza terus memandang Ariff yang tersenyum menggoda. Bulu roma Ammar Mirza meremang dengan telatah Ariff. Wati sudah kembali duduk. Boleh juga. Bakal isteri you ni cerewet sikit. Semua design I dia tak suka, ujar Ariff nampak mengadaada. Dia sudah berjalan menghampiri Ammar Mirza dengan membawa tali pengukur. Suri Imani duduk di sebelah Wati. Wow, tegapnya badan you. Mesti selalu bersenam, puji Ariff. Tangannya sengaja memegang dada Ammar Mirza.

84

Imani Hatta

Ammar Mirza tersengih. Dia menjeling pada Suri Imani dan Wati. Iman dah ukur badan? soal Ammar Mirza. Suri Imani menoleh dan dia mengangguk. Walaupun baju yang sesuai masih tidak dijumpai, tetapi ukuran badannya telah diambil lebih awal oleh Ariff. Kami ambil design ni, ujar Ammar Mirza lalu menunjukkan rekaan itu. Suri Imani dan Wati tersentak. Warna dia pun I nak sama tau, sambung Ammar Mirza. Awak suka ke? soal Suri Imani sedikit girang. Ammar Mirza angkat bahu. Saya tak kisah.... Selamba jawapan Ammar Mirza. Hati kecilnya gembira melihat wajah girang Suri Imani. Cantik rekaan tu. Nanti Julia, you buatkan rekaan baru untuk I pula ya, ujar Wati. Ariff mengangguk kepalanya. Jangan risau. I akan siapkan baju ni awal. Boleh you all test dulu, ujar Ariff senang hati kerana pelanggannya suka akan rekaannya. Baguslah.... Ammar Mirza tersenyum pada Ariff. Kalau you all nak tau... kalau you all pergi Kuantan, ada satu butik terkenal jugalah di Kuantan. You all cakap aje nama I, mesti dapat diskaun. Pemilik butik tu mama angkat I, cerita Ariff sambil mencari sesuatu di dalam lacinya dan dihulur pada Ammar Mirza. Nak tengok, pinta Suri Imani. SS Lee Boutique, ucap Suri Imani perlahan.

85

Cinta Tak Terucap

Hatinya berdegup kencang apabila melihat nama pemilik butik itu. Siti Khadijah Lee binti Abdullah. Iman kenal ke? soal Ariff. Suri Imani menggeleng laju. Wajahnya sudah berubah. Kami ambil kad ni, ucap Ammar Mirza. Ariff mengangguk dengan senyuman. Kami balik dulu, ucap Suri Imani meminta diri. Ammar Mirza pendahuluan pada Ariff. sudah menghulurkan wang

Suri Imani dan Wati hanya memerhati. Mana Zahin? soal Ammar Mirza. Dia ada hal sikit. Emmm... saya minta diri dulu. Saya janji dengan Zahin nak jumpa kat sana. Eh, aku? soal Suri Imani segera. Jom, ikut akulah. Tak apa. Biar saya bawa balik Iman. You pergilah. Nanti Syed Zahin tunggu you lama-lama pula. Hujan kat luar tu, ujar Ammar Mirza dengan senyuman. Wati memandang wajah serba salah Suri Imani lalu dia mengangguk dan terus berlalu. Suri Imani tercengang-cengang memandang langkah Wati yang laju. Kemudian dia mendongak memandang Ammar Mirza yang lebih tinggi daripadanya. Kebetulan mereka memakai baju sama warna. Ammar Mirza menyarungkan seluar pendek dan selipar. Dia pula seluar tiga suku dan selipar. Pakaian sehariannya memang ringkas. Dia tidak suka berhias dan tidak terlalu mengikut fesyen masa kini.

86

Imani Hatta

Jom pergi makan. Saya lapar. Cadang Suri Imani. Serentak dengan itu dia memegang perutnya. Ammar Mirza mengangguk kepalanya walaupun dia sudah kenyang.

KENAPA tak habis? soal Suri Imani melihat ayam Ammar Mirza langsung tidak bersentuh. Hanya memakan chips sejak tadi dan menyedut air Pepsi. Double Cheese Burger yang ditempah Suri Imani sendiri sudah habis. Kini dia sedang cuba menghabiskan chipsnya. Suasana di restoran makanan segera McDonalds riuh-rendah. Kenyang, jawab Ammar Mirza lalu menolak makanannya. Rasa seperti hendak muntah. Bazir aje. Mari aku habiskan, ujar Suri Imani dan terus mencubit isi ayam. Mata Ammar Mirza sudah terbeliak. Biar betul! Kuatnya makan. Dari pagi aku tak makan. Papa tak ada kat rumah. Ilham dan nenek ada kat rumah abang long, terang Suri Imani dengan sengihan. Selain itu, hatinya sebak dengan penemuan barunya tadi. Sebenarnya dia ada satu tabiat yang tidak boleh dibuang sejak dulu. Bila dia sakit hati ataupun sedih, dia suka makan. Sampaikan dia boleh menambah nasi hingga empat pinggan. Kenapa tak masak sendiri? Malas. Kalau masak, kena makan sorang-sorang, jawab Suri Imani. Comotlah kau makan. Ammar Mirza segera menyapu isi ayam yang tertinggal di bibir Suri Imani.

87

Cinta Tak Terucap

Suri Imani tersengih lagi. Aku ni memang clumsy sikit, ujar Suri Imani lalu menarik tisu yang berada di atas meja. Dadanya sedikit bergetar dengan sentuhan Ammar Mirza tadi. Ammar Mirza nampak selamba membelek majalah Galaxie yang dibeli oleh Suri Imani tadi. Cepat makan. Petang ni aku ke Jepun. Ada kerja sikit. Kau ada nak suruh aku belikan apa-apa? soal Ammar Mirza dan terus membelek. Dia hanya membaca tajuk utama dan meneliti gambar-gambar artis. Minggu lepas kau ke Mesir. Ni Jepun pula. Bestnya... ujar Suri Imani. Mulutnya penuh dengan isi ayam. Ammar Mirza memandang Suri Imani. Mana tahu aku ke Mesir? soal Ammar Mirza sedikit hairan. Emmm... Cik Nisak cerita. Dia tu memang suka jaga tepi kain orang! Kau nak apa-apa tak? Boleh aku belikan di Jepun nanti. Suri Imani menggeleng kepala dan meneruskan suapannya. Ammar Mirza sedikit pelik. Selalunya kalau bekasbekas tunangnya atau teman wanitanya pasti akan menyuruh dia membeli itu ini. Selalunya bukan dia yang membeli, Danish yang menjadi mangsa. Kesian Danish kerana menjadi PAnya. Betul ke? Suri Imani mengangguk. mengelap bibir yang dirasakan comot. Tangannya pantas

Ammar Mirza mengambil tisu dan mengelap pipi Suri Imani.

88

Imani Hatta

Kat pipi pun kena sos. Kau ni makan lagi comot daripada Firhan, bebel Ammar Mirza. Berapa umur anak saudara kau? Irfan ke? soal Suri Imani. Kau ada sorang aje anak saudara, kan? Suri Imani menggeleng. Joana, anak Kak Izlin. Sepatutnya Kak Izlin yang kahwin dengan kau. Sinis suara Suri Imani. Ammar Mirza sedikit tersentak. Emmm... berapa umur Irfan? Ammar Mirza menyoal semula. Dia menukar topik perbualan. Kata-kata Suri Imani tadi dibiarkan sahaja berlalu. Dia pernah melihat Suri Izlin dari dalam gambar yang ditunjukkan oleh uminya beberapa tahun lalu. Waktu itu Suri Imani masih belajar. Waktu gambar itu ditunjukkan, Suri Izlin sudah mendirikan rumah tangga dan menetap terus di sana. Rasanya Suri Imani lebih cantik daripada kakaknya. Kakaknya nampak lebih berisi, tetapi kulitnya putih gebu dan berambut ikal keperangan. Berbeza dengan Suri Imani. Walaupun putih gebu seperti kakaknya, rambut Suri Imani keperangan dan lurus. Suri Imani juga cantik apabila tersenyum kerana mempunyai lesung pipit di kedua-dua belah pipinya. Mata Suri Imani juga besar dan berwarna coklat. Empat tahun. Kenapa? soal Suri Imani pelik. Tak ada apa-apa. Makanlah cepat, arah Ammar Mirza. Berkerut dahi Suri Imani dengan telatah Ammar Mirza. Dia meneruskan suapannya. Ammar Mirza berpura-pura membelek helaian majalah dan membacanya. Hatinya sebenarnya diburu tanda

89

Cinta Tak Terucap

tanya. Bagaimana dia boleh mengenali Suri Imani begitu dalam sedangkan dia dan Suri Imani jarang berjumpa. Tapi yang pasti, setiap kali mereka berjumpa, tanpa disedari Suri Imani, dia suka melihat wajah tenang Suri Imani. Kau kata nak pergi Jepun petang ni. Esok kau tak pergi ke majlis tu? Aku rasa tak nak pergi. Mana aku ada baju cantik-cantik. Majlis tu mesti grand, kan? Lepas ni ikut aku! Dahi Suri Imani berkerut tidak faham. Salah soalan ke? Pelik melihat wajah Ammar Mirza yang tiba-tiba mencuka.

NOVEL berbahasa Inggeris bertajuk Lipstick Cronicles yang ditulis oleh tiga penulis berbeza, iaitu Vivian Leiber, Emily Carmichael dan Kathryn Shay diletakkan di atas meja. Dia tersenyum puas kerana dapat menghabiskan novel itu dalam masa dua jam sahaja. Novel itu dibeli sewaktu dia dan Ammar Mirza sibuk membeli-belah tengah hari tadi. Geram juga apabila Ammar Mirza berdegil untuk membayar harga novel itu dan siap berpesan supaya berikan padanya selepas selesai baca. Walaupun ditulis oleh tiga penulis berbeza, sebenarnya ia menceritakan cerita yang saling berkaitan iaitu mengenai tiga sahabat yang mencari cinta mereka. Setiap penulis dapat memberikan suasana romantik dan suspens kepada pembaca. Suri Imani memandang baju yang baru dibelinya itu. Salah. Bukan dia yang membelinya, tetapi Ammar Mirza. Dia terpaksa memakai baju itu esok sewaktu majlis ulang

90

Imani Hatta

tahun Empire Construction. Dia benci dengan arahan Ammar Mirza. Bakal suaminya itu memang suka mengarah orang. Dia menoleh melihat jam di dinding. Ammar Mirza pasti sudah berada di Jepun sekarang ini. Tetapi selepas mesyuarat habis, Ammar Mirza akan bertolak pulang. Dia tidak faham. Ammar Mirza langsung tidak mengenal erti penat. Terbang ke merata tempat, sibuknya mengalahkan Perdana Menteri. Tak nak! Tak nak! Suri Imani menggeleng beberapa kali. Gaun putih separas lutut ditepis beberapa kali, seolah-olah gaun itu begitu kotor. Wajah Ammar Mirza sudah masam mencuka. Jangan degil. Aku kata pakai pakai aje la. Suri Imani menggeleng dan memeluk tubuh. Cepatlah! Malu orang pandang. Ammar Mirza sudah meninggikan suara. Lengan Suri Imani direntap supaya gadis itu mengambil gaun putih yang menjadi pilihannya. Suri Imani menggeleng. Tetapi matanya turut liar memandang butik yang menjual gaun untuk majlis perkahwinan. Renungan pembantu kedai, Chin Ee yang sejak tadi menolong Ammar Mirza memilih, memaksanya mengambil juga gaun putih itu. Gaun itu memang cantik. Tetapi terlalu seksi. Rasanya kali terakhir dia memakai gaun seperti ini adalah sewaktu dia berada di sekolah rendah. Aku pakai. Tapi kalau aku tak minat... aku tak nak pakai! Kau paksa... aku buang gaun ni nanti. Sempat Suri Imani mengugut sebelum melangkah ke fitting room. Ada gaun lain tak? Labuh sikit... tutup dada? soal Ammar Mirza. Chin Ee mengangguk.

91

Cinta Tak Terucap

You tak suka gaun tu? soal Chin Ee agak pelik. Bukankah lelaki itu tadi sibuk mengarah tunangnya mencuba gaun tersebut? Rasanya gaun itu amat sesuai dengan tunangnya yang putih gebu. Ammar Mirza antara pelanggan tetap butik ini. Selalunya wanita yang dibawa oleh Ammar Mirza adalah terdiri daripada pelbagai jenis. Tetapi yang pasti semuanya cantik dan menawan. Suka. Tapi I rasa dia mesti tak nak gaun tu. You cari gaun macam I cakap tadi. Tapi paling penting warnanya putih. Chin Ee terlopong. Biar betul! Selama ini, setiap kali lelaki ini datang membeli gaun di sini, pilihan Ammar Mirza pasti yang nampak seksi dan singkat. Pelik bin ajaib. You tunggu apa lagi cepatlah! arah Ammar Mirza. Chin Ee mengangguk dan laju langkahnya ke bilik pakaian untuk mencari gaun yang diminta. Hampir sepuluh minit dia memikirkan sama ada mahu menyarung gaun itu dan hampir sepuluh minit juga mengambil masa menyarung gaun tipis yang kembang di bawah. Bulat matanya melihat dirinya sekarang. Rasanya dia lebih rela memakai baju ala-ala koboi ataupun pakai baju badut! Kalau papa tengok dia pakai baju macam ni keliling Kuala Lumpur dia dan Ammar Mirza dikejar. Potongan gaun yang muat-muat di badan dan menyerlahkan susuk tubuhnya. Malu dia melihat bahunya yang terdedah. Lehernya pula nampak lebih tinggi. Perlahan-lahan dia menyanggul tinggi rambutnya. Wo seksinya! Agaknya kalau aku jadi model, mesti terkenal. Suri Imani tersengih. Hey cepatlah!!! Pintu diketuk beberapa kali. Suri Imani terkejut. Terlompat dia dibuatnya.

92

Imani Hatta

Aku reject baju ni! jerit Suri Imani. Dia tidak mempedulikan lagi pelanggan di dalam butik. Keluar dulu! Aku tengok. Suara Ammar Mirza sudah mengendur. Baik Cik Iman keluar dulu lagipun ada orang nak test baju. Bilik tak cukup. Suara Chin Ee pula kedengaran. Suri Imani mengeluh. Kau jangan ketawa. Aku rasa macam badut sarkas dah ni. Sempat Suri Imani bersuara. Chin Ee menutup mulut. Kelakar! Rasanya baju apa yang dipakai Suri Imani pasti membuatkan baju yang hodoh dan tidak lawa menjadi lawa disebabkan kecantikan semula jadi gadis itu. Ammar Mirza menggeleng sebelum mulutnya terbuka melihat kemunculan Suri Imani dari balik pintu yang terbuka. Chin Ee juga sama. Hampir satu minit mereka berdua terdiam. Suri Imani pula terkulat-kulat di hadapan mereka. Badut sarkas lagi lawa daripada kau, ucap Ammar Mirza terus tersengih. Dia cuba mengawal perasaannya yang bergelora ketika itu. Jantungnya berdegup kencang dan tangannya tiba-tiba berpeluh. Memang cantik gadis yang kini menjadi tunangnya itu. Seluar baggy tiga suku dan T-shirt baby-T yang selama ini gemar disarung oleh gadis itu ruparupanya mengaburi mata seseorang untuk melihat kecantikan yang dimiliki oleh gadis ini. Chin Ee... mana orang? Kata tadi ada orang nak masuk bilik ni? soal Suri Iman. Rasanya sebelum masuk, ada ramai pelanggan yang

93

Cinta Tak Terucap

berkerumun di tingkat ini mencari gaun. Kini tingkat ini sunyi dan hanya kedengaran alunan muzik. Chin Ee pula terkulat-kulat memandang Ammar Mirza. Tadi Ammar Mirza yang meminta tingkat ini dikosongkan untuk setengah jam. Lagipun Ammar Mirza pelanggan tetap, jadi permintaannya dituruti mereka. Selama ini gaun yang dipakai oleh Suri Imani memang tidak menjadi pilihan pelanggan di sini, rasanya pertama kali dia melihat gaun ini begitu cantik. Memang ia amat sesuai dengan Suri Imani. Kau lambat sangat! Mereka cari bilik lain. Nah. Hulur Ammar Mirza. Suri Imani dan Chin Ee tercengang. Suri Imani menyambutnya dengan senyuman lebar. Bagi Chin Ee, gaun yang dipakai oleh Suri Imani sekarang amat sesuai dengan gadis itu.

DUA helai gaun yang dihadiahkan oleh Ammar Mirza dipandang lagi. Nasib baik gaun yang satu lagi lebih tertutup walaupun lengan putihnya terdedah tetapi dapat dilindungi dengan selendang. Dia berbaring semula di atas katil. Perasaannya kini bercampur aduk dengan kata-kata nasihat daripada Ammar Mirza dan kata-kata sinis daripada Ben. Terselit rasa bangga kerana Ammar Mirza mampu menasihatinya dan nasihatnya seolah-olah ikhlas. Dia dapat lihat keikhlasan yang terpancar dari mata redup Ammar Mirza. Dia mengeluh perlahan. Apa yang Ammar Mirza faham mengenai kehilangan ibu kandung yang membenci anak sendiri?

94

Imani Hatta

Minggu lepas Ammar Mirza terpaksa mencuri sedikit masanya yang selalu sibuk itu untuk menghadiri kursus kahwin. Dia tidak mengikut sama kerana dia sudah mempunyai sijil kahwin yang diambil bersama kawankawannya dulu sewaktu belajar di universiti. Membebel juga Ammar Mirza mengarahnya ikut sama kerana bosan duduk berseorangan di sana. Dia bangkit dari pembaringan mencari sesuatu di dalam laci meja. Broadband yang diberi oleh papa dulu diambil. Kemudian dia mencapai lap-top dan diletakkan di atas katil. Sementara menunggu lap-top itu menyala, dia mengambil handphone dan menaip sesuatu. Terus dihantar SMS ringkas itu pada Wati. SS Lee Boutique, Kuantan. Nama butik itu ditaip dengan penuh debaran. Berkira-kira dia hendak menaip perkataan itu di dalam kotak carian Yahoo. Hah... ni dia! Terkejut melihat butik yang dicari. Laman web itu nampak ringkas dengan tema warna merah jambu. Dia mencari biadota pemiliknya. Terpempan apabila melihat wajah yang sudah lama menghilangkan diri. Masih sama, cuma sudah nampak berusia dan lebih ayu apabila memakai tudung. Di sisinya berdiri dua gadis cantik yang mungkin berusia dalam lingkungan dua puluhan dan di sebelah kanannya berdiri seorang lelaki yang mungkin seusia dengan papa. Mereka nampak begitu bahagia.

95

Cinta Tak Terucap

Siti Khadijah Lee di samping suami, Hamdan Zhang dan dua anak perempuan mereka iaitu Nur Hazlin dan Nur Hazira di hadapan SS Lee Boutique. Matanya sudah merah. Terkejut. Marah. Dia tidak faham kenapa semua ini berlaku. Mungkin punca penceraian papa dan mama disebabkan lelaki ini. Sampai sekarang Suri Imani masih tertanya-tanya punca penceraian mama dan papa. Papanya amat sempurna. Papanya langsung tiada cacat cela sehingga mama sanggup meninggalkan mereka. Assalamualaikum! Waalaikummussalam. Woi kasarnya! tegur Wati dengan nada terperanjat. Suri Imani tersentak. Dia memandang telefon bimbitnya. Lama. Cuba mencari kekuatan untuk bercakap dengan Wati. Tidak sedar dia menekan keypad handphone apabila telefon bimbitnya berbunyi tadi. Sorrylah kau nak apa? soal Suri Imani dengan suara perlahan. Dia sedar bibirnya sudah bergetar menahan tangis. Kau kenapa? Okey tak? Suara Wati kedengaran bimbang. Aku okey. Cuma terkejut dengar kau call. Aku tertidur tadi, terang Suri Imani. Rasanya tidak perlu dia menceritakan hal ini. Biarlah dia sahaja yang tahu. Dia menutup lap-topnya dan diletakkan di atas meja. Broadband disimpan kembali di dalam laci. Kemudian dia kembali berbaring di atas katil selepas menutup lampu bilik. Selimut ditarik sehingga menutup atas dadanya.

96

Imani Hatta

Aku rasa kau bukan baru bangun tidur. Macam orang baru lepas nangis. Kau okey ke? Encik Am buli kau ke? soal Wati bertalu-talu. Suri Imani tersenyum hambar. Dia mengesat air mata yang mula meleleh. Geli hati mendengar kata-kata Wati. Tidak kuasa dia hendak menangis apabila dibuli oleh Ammar Mirza. Rasanya Ammar Mirza yang menangis apabila dibulinya kelak! Kau apa hal? Jangan risau. Dia tak buli aku. Kenapa call? Pasal SMS kau tadi la kenapa kau ni? Buang tabiat ke? Tak pernah lagi kau make up. Tup-tup suruh aku make up kau esok. Kenapa? Wati bertanya. Terkejut tadi dia membaca SMS Suri Imani. Sepanjang mereka berkawan, Suri Imani bukanlah seorang gadis yang suka memakai make up. Kalau ada majlis sewaktu belajar dulu, Suri Imani lebih senang mengenakan compact powder dan lipstick. Esokkan ada majlis. Aku tau... jadi? Am suruh aku make up. Kalau aku degil, dia yang make up untuk aku. Gila aku nak suruh dia make upkan aku. Ada jugak nanti rupa aku yang cantik dan comel ni bertukar jadi badut sarkas, ujar Suri Imani geram. Wati sudah ketawa besar. Baguslah jadi badut sarkas. Jimat sikit duit kompeni esok lusa nak cari badut. Kau dah ada. Kau dan Encik Am jadi badut sarkas... sesuai sangatlah tu. Suri Imani mencebik. Kalau kenakan orang nombor satu. Pedih telinganya mendengar tawa Wati yang bersambung-sambung. Entah apa lawaknya?

97

Cinta Tak Terucap

Dah la tu.... Suri Imani bersuara. Aku aaa... ku tak dapat bayangkan muka kau jadi badut sarkas. Wati menyambung tawanya. Suri Imani mendengus geram. Teringat kata-kata Ammar Mirza petang tadi. Badus sarkas yang berhidung merah dan bulat serta berambut kembang itu lagi cantik daripadanya. Perlahan-lahan dia menekan punat merah bila tawa Wati seolah-olah tidak akan mati. Dah ke? soal Suri Imani geram apabila taliannya dengan Wati kembali bersambung, tetapi tidak lama apabila Wati mematikan talian. Sorry kawan... aku terbayangkan muka kau jadi badut sarkas dgn hidung bulat and merah!!! Lawak sey... kau bayangkanlah... ha ha ha aku g rumah ko esok lepas maghrib. Jumpa esok... ha ha ha! Suri Imani mencebik geram dengan SMS daripada Wati. Suka sungguh nak kenakan aku. Argh geramnya. Tidak dapat bayangkan bagaimana hari esok. Mesti terbeliak mata Wati, Zahin dan Amir melihatnya esok. Wahai hari esok, janganlah kau tiba.

98

Imani Hatta

Bab 10
ETUL ke ni? soal Suri Imani memandang Ammar Mirza yang segak dengan tuxedo berwarna putih dan bow tie berwarna hitam. Dia pula memakai gaun labuh berwarna putih yang ditaburi manikmanik kecil. Tadi papa dan Ilham tidak berkelip melihatnya sesudah dia siap memakai baju. Sewaktu dia bersolek, dia hanya mengenakan baju biasa. Selepas Wati dan Zahin bertolak barulah dia menukar baju yang dibeli oleh Ammar Mirza. Takut dia hendak memakai baju itu di hadapan Wati, takut disakat. Nasib baiklah Wati tidak bertanya akan baju yang dipakainya nanti. Agaknya Wati menyangka dia memakai baju kurung yang diberitahunya semalam di Butik Julia. Apa yang betul? soal Ammar Mirza kembali. Dia mengunci keretanya. Hari ini Ammar Mirza membawa BMW 3 Series. Banyak sungguh kereta Ammar Mirza. Pernah Ammar Mirza berjumpa dengannya dengan membawa kereta CRV. Tapi apa yang pasti kereta yang dibawa oleh Ammar Mirza pasti berwarna hitam.

99

Cinta Tak Terucap

Kau tak letih ke? Kau baru sampai dari Jepun, kan? soal Suri Imani memandang Ammar Mirza. Mereka lewat tiga puluh minit gara-gara Ammar Mirza yang tiba-tiba sakit perut! Nasib baik bukan dia, kalau tidak bisinglah Ammar Mirza. Ammar Mirza menggeleng kepala. Kawasan tempat letak kereta di Mega Hotel Kuala Lumpur sunyi. Ammar Mirza menilik jam di pergelangan tangannya. Kalau ikutkan sekarang ayah sedang berucap. Dia menoleh memandang Suri Imani yang nampak begitu cantik dan mempesonakan dengan gaun putih yang dibelinya. Terserlah lengan Suri Imani yang putih gebu itu bila selendang yang menutupi tubuhnya terselak. Ammar Mirza menelan air liur. Tidak sangka Suri Imani boleh berubah menjadi gadis yang begitu cantik di matanya. Rambut lurus Suri Imani yang selama ini diikat tocang satu, dibiarkan lepas dan beralun di bawahnya. Memang Wati pandai menyolek Suri Imani. Kalau dia yang menyolek, rasanya memang gadis itu betul-betul bertukar menjadi badut sarkas seperti katanya semalam. Nah, hulur Ammar Mirza. Suri Imani berpaling. Sejuk sungguh hari ini! Dahinya berkerut melihat rantai silver yang berloketkan bintang kecil. Comelnya. Ambil ni, ucap Ammar Mirza lagi. Terima kasih. Suri Imani serba salah. Banyak sungguh barang yang diberi oleh Ammar Mirza padanya. Pakailah. Buat apa pegang, arah Ammar Mirza apabila melihat Suri Imani merenung sahaja rantai itu. Aku pakaikan, ucap Ammar Mirza lalu menarik rantai itu dari tangan Suri Imani. Dia mengarahkan Suri

100

Imani Hatta

Imani berpusing sebelum menyarungkan rantai comel itu. Haruman minyak wangi yang dipakai oleh Suri Imani menyebabkan hati lelakinya bergetar. Nasib baiklah imannya kuat. Siap. Mulai hari ni aku nak kau pakai aje rantai ni. Jangan cabut-cabut. Faham? Suri Imani mengangguk laju. Kat dalam nanti kau panggil aku Am dan bahasakan diri kau Iman. Faham tak? Kalau guna bahasa yang kita panggil sekarang, pengsan ayah dan umi aku. Pesan Ammar Mirza lagi. Matanya tajam merenung Suri Imani yang mengangguk laju bak burung belatuk.

SURI IMANI dan Ammar Mirza melangkah masuk ke dalam dewan utama Mega Hotel Kuala Lumpur. Berdegup kencang jantungnya seakan hendak pecah apabila melihat semua mata mulai tertumpu pada mereka. Degupan jantungnya berdegup kencang apabila merasakan tangannya diramas perlahan oleh Ammar Mirza. Dia menjeling pada Ammar Mirza yang nampak selamba. Relaks ujar Ammar Mirza perlahan. Jari-jemari halus Suri Imani dirasakan dingin. Suri Imani mengangguk. Walaupun tidak senang, tetapi pegangan kejap Ammar Mirza boleh mengurangkan rasa takutnya ketika ini. Matanya liar mencari meja yang dikhaskan untuk jabatannya. Aku pergi kat meja aku, bisik Suri Imani perlahan. Dia cuba untuk mengelakkan renungan daripada seisi dewan. Ada yang berbisik dan ada juga yang memandangnya sinis. Ammar Mirza mengangguk sahaja. Sempat

101

Cinta Tak Terucap

dibetulkan bunga ros kecil berwarna merah yang disemat tadi. Teringat bagaimana rupa Suri Imani yang bertukar merah apabila diminta menolongnya. Dapat dilihat tangan kecil gadis itu terketar-ketar. Kemudian Ammar Mirza menolong Suri Imani pula apabila gadis itu terkial-kial menyematkan di gaunnya. Bulat mata Suri Imani memandangnya. Penyambut tetamu nampak terperanjat melihat mereka berdua. Nasib baiklah Suri Imani tidak terlalu gelabah. Ya Allah... Iman! Kau ke ni? soal Wati separuh menjerit. Tadi terlopong dia melihat Suri Imani dengan gaun putih ala-ala Cinderella. Fazley dan Amir juga sama. Mulut masing-masing ternganga. Cik Nisak seperti biasa, menjeling tajam padanya. Woi, macam tak pernah tengok aku! tegur Suri Imani dengan senyuman. Dia duduk di sebelah Fazley. Pelik juga kerana Fazley tidak membawa isterinya ke majlis ini. Masing-masing tiada pasangan menyebabkan meja mereka nampak kosong. Kau bersolek ke? soal Amir tidak percaya. Kejelitaan gadis kacukan itu semakin menyerlah. Selama ini walaupun tidak bersolek, kejelitaannya memang dapat dilihat, tetapi malam ini Suri Imani semakin cantik. Dia cemburu kerana Ammar Mirza sudah memiliki Suri Imani. Gadis yang dicintai dan diminatinya sejak dulu lagi. Aku tolong, bangga Wati. Dia meneliti baju yang dipakai oleh Suri Imani. Cantiklah kau malam ni tadi kau tak tunjuk pun baju kau ni. Dia ke beli? soal Wati perlahan. Suri Imani mengangguk.

102

Imani Hatta

Iman datang dengan Encik Ammar ke? soal Fazley. Emmm... mana isteri kau Fazley? soal Suri Imani. Soalan Fazley tidak dijawab. Bukan mereka tidak nampak tangan runcingnya yang digenggam oleh Ammar Mirza tadi sehingga menyebabkan mata seisi dewan terbeliak. Jaga anak-anak aku. Mereka tu kecil lagi tak boleh tinggal. Terpaksalah aku datang tanpa teman. Suri Imani tersengih. First time aku datang sini. Best juga, puji Suri Imani meneliti setiap inci dewan yang dihias cantik. Selepas habis belajar tahun lalu, dia ditawarkan bekerja di Empire Construction. Memang mereka berempat beruntung dapat bekerja di syarikat terkemuka ini dan terus ditawarkan bekerja dalam bidang yang mereka pelajari. Oleh itu, ini kali pertama mereka berempat datang ke majlis ulang tahun syarikat. Hujung tahun nanti akan diadakan hari keluarga di Mega Hotel Kuantan. Tak sabar rasanya nak tunggu akhir tahun. Dia lagi suka majlis yang terbuka daripada majlis yang formal seperti ini. Zahin panggil, tegur Wati. Cantiknya kau, puji Zahin yang sudah menghampiri mejanya dan terus duduk di sebelah Wati. Erna mana? Suri Imani memandang tepat pada Amir yang tercengang dengan soalan Suri Imani. Emmm... kat sana, tunjuk Amir terus pada Erna yang sedang menjamu selera bersebelahan dengan Ben. Betul ke dia tu awek kau? soal Zahin. Kesian dengan nasib kawannya yang dipergunakan Erna. Putus! Semalam. Selamba jawapan Amir dan

103

Cinta Tak Terucap

terus meneguk air kosong di hadapannya. Langsung tidak menunjukkan nada sedih. Suri Imani tersedak. Zahin dan Wati sudah terlopong. Dia suka kat Ben, sambung Amir. Aku tak percaya.. muka kau. Selamba aje, sampuk Fazley. Zahin dan Wati mengangguk laju. Aku setuju kau putus dengan dia, ucap Suri Imani menepuk lembut bahu Amir. Amir tersenyum. Hai.. cantik kau malam ni, tegur Ben yang entah bila muncul di belakangnya, ketika dia sibuk mengambil makanan bufet. Dia yang sememangnya lapar bertambah lapar apabila melihat makanan yang nampak begitu lazat. Layanan kakitangan Mega Hotel Kuala Lumpur juga baik dan memuaskan. Terima kasih. Suri Imani tersenyum. Erna memandangnya tajam. Erat pelukan Erna di lengan Ben yang sememangnya segak. Mata Ben tidak lepas memandang wajah Suri Imani. Dia tidak sangka sepupunya ini begitu cantik dan jelita. Sewaktu kecil dahulu Suri Imani rapat dan manja. Tetapi itu dulu... sekarang hendak tengok Suri Imani membalas senyumanya pun susah. Rindu juga dia pada tawa nakal dan senyuman manis Suri Imani. Tak payah layan. Jom, aku lapar ni, ucap Wati perlahan. Dia tahu Ben adalah sepupu Suri Imani sejak

104

Imani Hatta

mereka belajar dulu. Terperanjat apabila mendengar cerita Suri Imani tentang Ben yang turut bekerja di Empire Construction. Pelik kerana sepanjang beberapa bulan bekerja di Empire Construction, wajah Ben langsung tidak kelihatan. Rupa-rupanya Ben bertugas di luar negara selama beberapa bulan. Menyampah sungguh dia melihat senyuman sinis Ben. Jom. Tangan halus Wati ditarik supaya mengikuti langkah Amir dan Zahin. Laju sungguh mereka mengisi makanan seperti orang kebulur. Nasib baik kawasan mengambil makanan agak terlindung dari kawasan mejameja yang menempatkan Ammar Mirza. Malu sungguh dia dengan pakaiannya sekarang. Pertama kali dalam hidupnya memakai baju seperti ini. Argh!!! Erna menjerit tiba-tiba. Suri Imani tercengang apabila melihat pinggan yang dipegangnya jatuh dilanggar oleh Erna. Berkerut dahinya menahan sakit apabila pinggan itu tepat mengenai jari kakinya. Sorry. Tak sengaja. Erna tersenyum sinis. Bengang dia melihat musuh ketatnya rapat dengan Ammar Mirza, sedangkan dia langsung tidak dapat merapati mahupun berbual dengan jejaka yang nampak serius sepanjang masa itu. Sudah tiga kali dia bertembung dengan Ammar Mirza dan Suri Imani. Pelik dia. Sejak dulu lagi ramai sungguh peminat Suri Imani. Sampaikan Ammar Mirza boleh terpikat dengan gadis kacukan itu. Apakah hubungan mereka? Dia pelik kerana masing-masing sudah bertunang tetapi lagak mereka seperti orang yang masih single. Kau tak apa-apa? soal Wati pada Suri Imani. Buta ke?! jerkah Amir pada Erna. Dia menolak tubuh Erna daripada menghampiri mereka.

105

Cinta Tak Terucap

Sikit aje tu.... Suara Ben kedengaran. Suri Imani mengeluh kecil. Ya Allah, sakit sungguh kaki ni. Wati menjeling tajam pada mereka berdua. Geram! Dia tidak faham kenapa Ben begitu membenci Suri Imani. Dia yang tak berhati-hati. Tiba-tiba Cik Nisak muncul. Wajahnya selamba sambil memegang pinggan yang masih kosong. Kau okey? soal Zahin risau apabila melihat Suri Imani diam membisu sejak tadi. Cuma mukanya sahaja berkerut, seolah-olah menahan sakit yang amat sangat. Kasut tumit tinggi yang dipakai oleh Suri Imani sudah kotor dengan kesan minyak. Beberapa orang petugas sibuk membersihkan dan membuang pinggan yang sudah pecah. Aku okey. Suri Imani tersenyum hambar. Memang kakinya amat sakit. Agaknya dah patah jari kaki aku! Pinggan tu boleh tahan tebalnya. Sampai pecah dibuatnya. Nak aku tolong? soal Ben lalu selamba memegang lengan Suri Imani yang putih gebu. Terkejut besar Suri Imani dibuatnya. Segera ditepis tangan kasar itu. Walaupun mereka sepupu, tetapi tetap ada batasnya. Tak payah! Aku tolong hantar kau balik, ucap Ben nampak serius. Erna menghentak kaki seperti budak kecil apabila melihat perlakuan Ben pada Suri Imani. Mereka sudah menjadi perhatian para tetamu kerana menghalang laluan mengambil makanan. Kenapa ni? Suara Ammar Mirza kedengaran.

106

Imani Hatta

Masing-masing berpaling memandang Ammar Mirza yang berjalan dengan penuh yakin, menghampiri kumpulan yang nampak agak kecoh itu. Suri Imani mengeluh. Kalau boleh dia tidak mahu Ammar Mirza berada di sini. Dia lebih suka perkara ini diselesaikan sendiri. Kenapa ni? soal Ammar Mirza lagi. Matanya memandang tajam pada kumpulan yang mengerumuni Suri Imani. Dia sebenarnya mencari tunangnya itu atas arahan ayahnya. Ayah mahu memperkenalkan secara rasmi siapa tunangannya dan mengumumkan hari perkahwinan mereka yang akan berlangsung dua minggu lagi. Tak ada apa-apa, Am. Pinggan jatuh aje. Kena kaki Iman, jawab Cik Nisak bagi pihak mereka yang mendiamkan diri. Ammar Mirza tersentak. Patutlah dia dengar bunyi pinggan jatuh tadi. Tetapi bunyi itu tenggelam dengan alunan muzik yang agak kuat. Lepaslah! arah Suri Imani tegas pada Ben yang kejap memegang lengannya sejak tadi. Geram sungguh dia pada Ben yang suka mengambil kesempatan. Bukankah masalah ini ditimbulkan oleh Ben dan Erna juga? Nak bawa Iman pergi mana? soal Ammar Mirza dengan suara yang ditahan-tahan. Panas hatinya melihat tangan Ben pada lengan Suri Imani. Tunangnya! Balik. Saya sepupu dia... biar saya tolong hantar Iman balik, jawab Ben lembut. Dia perlu hormat pada Ammar Mirza kerana Ammar Mirza adalah ketuanya. Bakal menjadi pemiliki Empire Construction. Ammar Mirza mempunyai kuasa memecatnya bila-bila masa sahaja. Ammar Mirza terdiam. Dia menjeling pada Wati,

107

Cinta Tak Terucap

Zahin dan Amir. Wajah masing-masing memerah menahan marah. Dia tahu ada sesuatu yang berlaku. Tidak mungkin pinggan boleh terlepas dari tangan Suri Imani dan mengenai kakinya dan kenapa pula Ben dan Erna turut terlibat. Walaupun Suri Imani kelam-kabut, tetapi dia tidak cuai. Kalau pinggannya memang jatuh... kenapa pula Wati, Zahin dan Amir nampak begitu marah? Matanya tajam meneliti Suri Imani dari atas sampai bawah. Salah satu kasut tumit tinggi Suri Imani nampak berminyak. Perlahan-lahan dia menghampiri Suri Imani dan Ben yang telah melepaskan pegangannya pada lengan Suri Imani. Mulut Wati, Zahin dan Amir terlopong melihat aksi bersahaja Ammar Mirza. Ben dan Erna berpandangan. Cik Nisak mengetap bibir. Suri Imani terkebil-kebil melihat Ammar Mirza yang membongkok dan mengeluarkan sapu tangan dari seluarnya. Perlahan-lahan kasutnya dibersihkan. Suri Imani tercengang. Saya rasa awak tak perlu hantar Iman.... Ammar Mirza berdiri dan memandang tajam pada Ben yang sama tinggi dengannya. Sapu tangan dilipat dan dimasukkan semula di dalam poket seluarnya. Dia tersenyum pada Ben. Saya boleh hantarkan Iman pulang! Sayang... ayah panggil, ujar Ammar Mirza sedikit kuat agak didengar oleh mereka semua. Pandangannya tepat pada mata coklat Suri Imani. Tersentak Suri Imani dibuatnya. Meremang bulu romanya dengan bahasa yang digunakan oleh Ammar Mirza. Tangan dihulurkan. Teragak-agak Suri Imani menyambutnya.

108

Imani Hatta

Wajah Ben sudah merah padam. Mereka yang lain terlopong. Zahin dan Wati tersenyum penuh makna. Am!!! Jerit Cik Nisak lalu memaut lengan Ammar Mirza yang hendak berlalu. Dia bertambah terperanjat melihat pegangan kejap Ammar Mirza pada jari-jemari halus Suri Imani. Sudahlah Nisak... kelmarin you tanya siapa tunang I, kan? Rasanya you dah dapat jawapannya. Saya dan Iman dah bertunang hampir sebulan dan dua minggu lagi kami akan berkahwin. Kad jemputan akan diberi oleh Iman nanti. Dengan yakin Ammar Mirza berkata sebelum melangkah seiringan dengan Suri Imani.

SENYUMAN palsu! Itulah yang dirasakan sekarang apabila Ammar Mirza memperkenalkan seorang demi seorang yang berada di meja makan, selain Tan Sri Mahathir dan Puan Sri Noraini. Tan Sri Abdullah, pemegang syer terbesar Mega Hotel turut berada bersama dengan mereka selain daripada dua orang anak kembarnya, Rayyan Hakimi dan Rayyan Najmi yang seiras. Mereka berdua memang kacak. Tetapi dia pelik kerana mereka bukan seperti Tan Sri Abdullah yang merupakan Melayu tulen. Rayyan Hakimi dan Rayyan Najmi seperti orang putih. Suri Imani turut diperkenalkan dengan Datuk Megat Mazlan dan Datin Zariah yang merupakan pemilik MS Holding. Perlahan-lahan dia cuba menanam nama-nama yang baru disebut Ammar Mirza ke dalam kotak memorinya.

109

Cinta Tak Terucap

Dia pelik dengan gelagat Rayyan Hakimi dan Rayyan Najmi yang sejak tadi mengusik dia dan Ammar Mirza. Mereka berdua nampak begitu mesra. Tetapi dia dilanda tanda tanya dan kagum kerana bidang kerja kembar di hadapannya adalah berbeza. Rayyan Hakimi bakal menggantikan Tan Sri Abdullah manakala Rayyan Najmi pula adalah seorang doktor. Makanan di hadapannya nampak begitu enak tetapi Suri Imani sudah hilang selera memikirkan masalah yang bertimbun. Dia menyesal kerana tidak memberitahu siapakah dirinya yang sebenar. Kakinya bertambah sakit. Cantik tunang kau, puji Rayyan Hakimi entah untuk kali yang keberapa. Suri Imani sekali lagi tersenyum dengan dahi berkerut menahan sakit. Kenapa tak pernah tunjuk? Nampaknya kau orang kedua yang bakal berkahwin, selain daripada Iqram dan Isha, sampuk Rayyan Najmi pula. Dahi Suri Imani berkerut dan terus memandang Ammar Mirza. Dia tidak kenal siapa yang dimaksudkan oleh Rayyan Najmi. Datuk Megat dan Tan Sri Abdullah ni besan kalau Iman nak tahu. Anak perempuan tunggal Tan Sri Abdullah baru sahaja melangsungkan perkahwinan dengan anak lelaki tunggal Datuk Megat. Namanya Iqram. Mereka sekarang berbulan madu di Itali. Am pun tak pernah jumpa Isha lagi, kan? soal Tan Sri Mahathir. Ammmar Mirza mengangguk. Dia terlalu sibuk untuk menghadiri majlis perkahwinan Jihan Raysha dan Megat Iqram dahulu. Anak aku ni sibuk aje, Lan, ujar Tan Sri Mahathir memandang kawan lamanya itu.

110

Imani Hatta

Datuk Megat Mazlan mengangguk dan tersenyum. Samalah macam anak aku, Iqram tu. Dua puluh empat jam hidupnya dengan kerja aje. Sama jugalah dengan anak-anak aku ni. Terutamanya Si Jimi ni, sampuk Tan Sri Abdullah yang menyebabkan Rayyan Najmi hanya tersengih sahaja. Suri Imani tersenyum sahaja dengan penerangan panjang lebar bakal ayah mertuanya itu. Kepalanya pening. Dia jadi tidak selasa dengan rasa yang mencucuk-cucuk di kakinya kini. Teruk sangat ke penangan pinggan tadi? Tak lama lagi bertambahlah ahli keluarga Uncle Mat, sampuk Rayyan Hakimi. Maksud kau? Ammar Mirza pula yang menyoal. Suri Imani sudah terpanar dengan usikan tiba-tiba Rayyan Hakimi. Dia faham maksud lelaki itu. Lambatlah kau ni Am. Maksud aku.... Wajah Suri Imani dipandang lama. Suri Imani cuba tersenyum. Dahinya berpeluh. Ooo. Ammar Mirza ketawa kuat. Dia langsung tidak terfikir lagi hal anak ini. Are you okay, Iman? soal Rayyan Najmi tiba-tiba. Suri Imani berpaling memandang Rayyan Najmi. Gelak Ammar Mirza terhenti. Dia memandang wajah pucat Suri Imani. Dia baru sedar tunangnya itu membongkok sambil memegang kaki. You look pale, sambung Rayyan Najmi lagi. Okey Iman? soal Ammar Mirza. Dia menyelak sedikit alas meja. Dia memegang tangan Suri Imani yang masih berada di kaki.

111

Cinta Tak Terucap

Kenapa kaki? soal Ammar Mirza. Wajahnya berubah serius. Kenapa dia langsung tidak sedar kesakitan yang dialami oleh Suri Imani. Awak sakit sangat.... Perlahan suara Suri Imani. Dia jadi malu apabila menjadi tumpuan kini. Rayyan Najmi berdiri. Dia menghampiri Suri Imani. Kenapa dengan kaki Iman? soalnya serius. Pinggan jatuh tadi hempap kaki. Merah wajah Suri Imani. Matanya juga sudah merah menahan tangis. Sumpah. Sudah lama dia tidak merasa sakit seperti ini. Am bawa Iman keluar. Saya periksa Iman di luar, arah Rayyan Najmi. Pantas Ammar Mirza mengangguk. Serius ke? soal Puan Sri Noraini dengan wajah bimbang. Suri Imani cuba tersenyum. Jangan risau umi. Iman okey. Kami keluar dulu. Nanti kalau ada apa-apa Am beritahu ayah. Ujar Ammar Mirza. Tan Sri Mahathir hanya mengangguk. Bimbang dia melihat wajah pucat lesi bakal menantunya itu. Tetapi dia tidak boleh mengikut mereka keluar kerana majlis masih berlangsung. Di dalam hati dia berdoa supaya tiada apa yang berlaku kepada bakal menantunya itu.

112

No. ISBN:- 978-967-5067-56-3 Jumlah muka surat:- 600 Harga Runcit:- S/M: RM20, S/S: RM23 Harga Ahli:- S/M: RM16, S/S: RM19 Sinopsis:Ammar Mirza tidak pernah memberitahu Suri Imani akan perasaannya. Sekali sahaja Ammar Mirza meluahkan perasaan. Itu pun sekadar memberitahu bahawa dia menyayangi Suri Imani. Manalah Suri Imani tahu apa yang terungkai dalam hati Ammar Mirza. Dia bukan ahli nujum untuk mengagak apa yang difikirkan oleh Ammar Mirza. Tapi segala tingkah laku Ammar Mirza, kesabaran Ammar Mirza dalam melayannya dia jadi buntu. SURI IMANI SHAMSUL AZHARI. Permainan takdir. Dia ditakdirkan menggantikan tempat kakaknya hanya kerana janji papanya dulu. Masa depan terpaksa dikorbankan. Banyak sudah cerita dan kisah begini yang dia dengar mahupun baca,

tapi dia tidak sangka dia menjadi watak utama. Siapa pula yang harus dipersalahkan? AMMAR MIRZA MAHATHIR. Pelik. Dia tidak mempercayai cinta. Cinta sudah lama terkubur dalam dirinya. Sebagai anak lelaki tunggal, dia hanya mengikut kata- kata ibu bapanya. Sama seperti yang dilakukan oleh arwah abangnya dulu. Jodoh mereka ditentukan oleh keluarga. Dia menyangka hatinya sudah tertutup. Tapi pertama kali bersua dengan gadis kacukan itu, hatinya bergetar. Pelik bukan? Barisan nama seperti Amir, Erna, Wati, Zahin, Ben dan ramai lagi menjadi watak penting dalam menghidupkan suasana ceria, gembira, sedih dan duka dalam hidup Suri Imani dan Ammar Mirza. Pelbagai onak duri, bahagia dan gembira sudah sebati dalam kehidupan mereka. Hidup bersama namun kata cinta masih samar untuk didengari. Adakah bahagia mampu dimiliki di akhir cerita? Perlukah cinta itu diungkap atau cukup sekadar perbuatan semata? Dapatkah cinta itu dipertahankan... tanpa ungkapan kata cinta? Untuk mengetahui kisah selanjutnya, dapatkan CINTA TAK TERUCAP di rangkaian kedai buku Popular, MPH dan kedai-kedai buku berhampiran anda. Anda juga boleh membeli secara pos atau online dengan kami. Untuk pembelian secara online, sila layari laman web kami di:- www.kakinovel.com. Untuk pembelian secara pos, tuliskan nama, alamat lengkap, no. telefon, tajuk novel yang ingin dilanggan,

jumlah naskhah yang dibeli di atas sekeping kertas. Poskan dengan wang pos atau money order (atas nama:- KAKI NOVEL ENTERPRISE) ke alamat berikut:Kaki Novel Enterprise No. 33-2, Jalan Wangsa Delima 12, DWangsa, 53300 Wangsa Maju, Kuala Lumpur. Tel:- 03-4149 0096 Faks:- 03-4149 1196

También podría gustarte

  • Benci Bilang Cinta
    Benci Bilang Cinta
    Documento70 páginas
    Benci Bilang Cinta
    lordasrul
    100% (3)
  • 2x5 (BG KT P2U)
    2x5 (BG KT P2U)
    Documento170 páginas
    2x5 (BG KT P2U)
    kelabk
    Aún no hay calificaciones
  • SC BG KT P2U
    SC BG KT P2U
    Documento170 páginas
    SC BG KT P2U
    kelabk
    100% (1)
  • Semurni Cinta Aina
    Semurni Cinta Aina
    Documento120 páginas
    Semurni Cinta Aina
    hurm3
    100% (1)
  • Prolog: URAYA Begitu Takut Dengan
    Prolog: URAYA Begitu Takut Dengan
    Documento137 páginas
    Prolog: URAYA Begitu Takut Dengan
    kelabk
    Aún no hay calificaciones
  • HMTK
    HMTK
    Documento148 páginas
    HMTK
    kelabk
    Aún no hay calificaciones
  • Dosa Semalam
    Dosa Semalam
    Documento147 páginas
    Dosa Semalam
    kelabk
    100% (1)
  • Cerpen AD +IZ
    Cerpen AD +IZ
    Documento153 páginas
    Cerpen AD +IZ
    dysharin898465
    Aún no hay calificaciones
  • Hot Gimmick BG P2U
    Hot Gimmick BG P2U
    Documento362 páginas
    Hot Gimmick BG P2U
    kelabk
    100% (2)
  • Akadku Yang Terakhir
    Akadku Yang Terakhir
    Documento126 páginas
    Akadku Yang Terakhir
    Penerbitan Kaki Novel
    96% (23)
  • SAYANG
    SAYANG
    Documento551 páginas
    SAYANG
    Lily Anne
    67% (9)
  • Menantu VS Mertua
    Menantu VS Mertua
    Documento139 páginas
    Menantu VS Mertua
    Penerbitan Kaki Novel
    100% (4)
  • Cinta Nasi Lemak
    Cinta Nasi Lemak
    Documento201 páginas
    Cinta Nasi Lemak
    Siti Fatimah
    95% (20)
  • Cerpen - Docx 2
    Cerpen - Docx 2
    Documento45 páginas
    Cerpen - Docx 2
    Reenaz Iena
    Aún no hay calificaciones
  • Penjara Rindu
    Penjara Rindu
    Documento185 páginas
    Penjara Rindu
    Penerbitan Kaki Novel
    Aún no hay calificaciones
  • Warisan Nenda
    Warisan Nenda
    Documento79 páginas
    Warisan Nenda
    Eisya KyRa
    50% (2)
  • Sesuci Kasih Seorang Isteri
    Sesuci Kasih Seorang Isteri
    Documento171 páginas
    Sesuci Kasih Seorang Isteri
    PENULISAN2U
    100% (1)
  • Cintai Aku, Boleh? - Ilynn Nyra
    Cintai Aku, Boleh? - Ilynn Nyra
    Documento38 páginas
    Cintai Aku, Boleh? - Ilynn Nyra
    Penerbitan Kaki Novel
    71% (7)
  • Novel Cinta Masam Manis
    Novel Cinta Masam Manis
    Documento30 páginas
    Novel Cinta Masam Manis
    Fatin Iezzaty
    100% (4)
  • BYMB BG P2U
    BYMB BG P2U
    Documento235 páginas
    BYMB BG P2U
    kelabk
    Aún no hay calificaciones
  • Tarian Rembulan: Seri Ikatan Darah Buku 1
    Tarian Rembulan: Seri Ikatan Darah Buku 1
    De Everand
    Tarian Rembulan: Seri Ikatan Darah Buku 1
    Aún no hay calificaciones
  • Risau juga gadis idaman dirembat orang
    Risau juga gadis idaman dirembat orang
    Documento15 páginas
    Risau juga gadis idaman dirembat orang
    Yusnida Tajudin
    Aún no hay calificaciones
  • Sastera Petikan Tahun 6
    Sastera Petikan Tahun 6
    Documento7 páginas
    Sastera Petikan Tahun 6
    Paklong Cikgu
    Aún no hay calificaciones
  • Jodoh Atau Cinta
    Jodoh Atau Cinta
    Documento70 páginas
    Jodoh Atau Cinta
    rahim08
    Aún no hay calificaciones
  • Kuseru Rindu Itu PDF
    Kuseru Rindu Itu PDF
    Documento98 páginas
    Kuseru Rindu Itu PDF
    kelabk
    Aún no hay calificaciones
  • Bercinta Dengan Ayah Sahabatku
    Bercinta Dengan Ayah Sahabatku
    Documento15 páginas
    Bercinta Dengan Ayah Sahabatku
    danny adrian
    100% (1)
  • Kentut Kentut Cinta
    Kentut Kentut Cinta
    Documento43 páginas
    Kentut Kentut Cinta
    Karl Nazri Abadi
    Aún no hay calificaciones
  • Iman-Suraya Text-MUZRI
    Iman-Suraya Text-MUZRI
    Documento189 páginas
    Iman-Suraya Text-MUZRI
    kelabk
    Aún no hay calificaciones
  • Cerpen Kau Untukku
    Cerpen Kau Untukku
    Documento4 páginas
    Cerpen Kau Untukku
    SejarahWarrior
    100% (1)
  • Keinsafan Seorang Anak
    Keinsafan Seorang Anak
    Documento8 páginas
    Keinsafan Seorang Anak
    azu5502
    Aún no hay calificaciones
  • Naskah Drama Siti Nurbaya
    Naskah Drama Siti Nurbaya
    Documento19 páginas
    Naskah Drama Siti Nurbaya
    anon_349592051
    70% (10)
  • LAMPIRAN
    LAMPIRAN
    Documento5 páginas
    LAMPIRAN
    Rania Adriana
    Aún no hay calificaciones
  • M A I D
    M A I D
    Documento144 páginas
    M A I D
    kelabk
    75% (4)
  • Oh NO.. Cinta?!
    Oh NO.. Cinta?!
    Documento20 páginas
    Oh NO.. Cinta?!
    firdaus hafiy
    100% (1)
  • Tuan Farith Skandal Tak Dirancang - Raisyas Azliey
    Tuan Farith Skandal Tak Dirancang - Raisyas Azliey
    Documento300 páginas
    Tuan Farith Skandal Tak Dirancang - Raisyas Azliey
    Muhd Akmal
    100% (4)
  • (C) PìnokioItuNyata AdrianJs
    (C) PìnokioItuNyata AdrianJs
    Documento49 páginas
    (C) PìnokioItuNyata AdrianJs
    Carmel Diane
    Aún no hay calificaciones
  • Dia Tidak Kecil Lagi
    Dia Tidak Kecil Lagi
    Documento248 páginas
    Dia Tidak Kecil Lagi
    Ludin Junior
    Aún no hay calificaciones
  • Jodoh Atau Cinta
    Jodoh Atau Cinta
    Documento105 páginas
    Jodoh Atau Cinta
    KELAB PEMINAT NOVEL
    89% (19)
  • Koleksi Tok Awang Ngah 2
    Koleksi Tok Awang Ngah 2
    Documento86 páginas
    Koleksi Tok Awang Ngah 2
    boziker
    Aún no hay calificaciones
  • Epi 2
    Epi 2
    Documento5 páginas
    Epi 2
    Marissa Ibrahim
    Aún no hay calificaciones
  • Love After Married
    Love After Married
    Documento8 páginas
    Love After Married
    Nurussadah Jahaya
    Aún no hay calificaciones
  • BYMTB
    BYMTB
    Documento99 páginas
    BYMTB
    Penerbitan Kaki Novel
    Aún no hay calificaciones
  • Cerpen Kasih Sayang
    Cerpen Kasih Sayang
    Documento15 páginas
    Cerpen Kasih Sayang
    Muhammad Faiz Fathi
    100% (1)
  • Kuli
    Kuli
    Documento109 páginas
    Kuli
    Penerbitan Kaki Novel
    Aún no hay calificaciones
  • Skrip Monolog Matte Love
    Skrip Monolog Matte Love
    Documento20 páginas
    Skrip Monolog Matte Love
    Adlina Saidin
    Aún no hay calificaciones
  • BKN Bisikan
    BKN Bisikan
    Documento43 páginas
    BKN Bisikan
    kelabk
    100% (1)
  • RISIKAN
    RISIKAN
    Documento5 páginas
    RISIKAN
    Amiruddin Karim
    Aún no hay calificaciones
  • Novel.dia.Tidak.kecil.lagi.Jiwang.org
    Novel.dia.Tidak.kecil.lagi.Jiwang.org
    Documento262 páginas
    Novel.dia.Tidak.kecil.lagi.Jiwang.org
    Angela Murray
    Aún no hay calificaciones
  • Azan Sepi Engkong Ali
    Azan Sepi Engkong Ali
    Documento3 páginas
    Azan Sepi Engkong Ali
    Insan El Faqeer
    Aún no hay calificaciones
  • Siti Nurbayah
    Siti Nurbayah
    Documento26 páginas
    Siti Nurbayah
    Irfan Rahman
    Aún no hay calificaciones
  • HMP
    HMP
    Documento163 páginas
    HMP
    kelabk
    Aún no hay calificaciones
  • Gadis Berniqab
    Gadis Berniqab
    Documento50 páginas
    Gadis Berniqab
    norakbk
    Aún no hay calificaciones
  • Ustazah Azira-WPS Office
    Ustazah Azira-WPS Office
    Documento13 páginas
    Ustazah Azira-WPS Office
    Honey Kiera
    Aún no hay calificaciones
  • Lima Beradik
    Lima Beradik
    Documento41 páginas
    Lima Beradik
    api-298032165
    Aún no hay calificaciones
  • Parit Jawa-3rd
    Parit Jawa-3rd
    Documento74 páginas
    Parit Jawa-3rd
    Jamil Mutalib
    Aún no hay calificaciones
  • Cerita
    Cerita
    Documento8 páginas
    Cerita
    IsnainiComunitas
    Aún no hay calificaciones
  • Rz-Sakshi (Sakha Dan Shinta)
    Rz-Sakshi (Sakha Dan Shinta)
    Documento206 páginas
    Rz-Sakshi (Sakha Dan Shinta)
    Ilsa Fitri
    100% (1)
  • Seindah Husnul Khatimah
    Seindah Husnul Khatimah
    Documento44 páginas
    Seindah Husnul Khatimah
    Syazwanie Mohamed
    Aún no hay calificaciones
  • Novel2030an
    Novel2030an
    Documento20 páginas
    Novel2030an
    Afdal Wiranu Putra
    Aún no hay calificaciones
  • 77 Hari Couple Contract
    77 Hari Couple Contract
    Documento112 páginas
    77 Hari Couple Contract
    Maya Sari
    Aún no hay calificaciones
  • Pelang I
    Pelang I
    Documento121 páginas
    Pelang I
    Penerbitan Kaki Novel
    Aún no hay calificaciones
  • ERING KALI Mia Mendengar: Baba
    ERING KALI Mia Mendengar: Baba
    Documento108 páginas
    ERING KALI Mia Mendengar: Baba
    kelabk
    Aún no hay calificaciones
  • GK
    GK
    Documento88 páginas
    GK
    kelabk
    Aún no hay calificaciones
  • Kys PDF
    Kys PDF
    Documento112 páginas
    Kys PDF
    kelabk
    Aún no hay calificaciones
  • BKN Bisikan
    BKN Bisikan
    Documento43 páginas
    BKN Bisikan
    kelabk
    100% (1)
  • Cheese
    Cheese
    Documento68 páginas
    Cheese
    kelabk
    100% (3)
  • ARI-JEMARINYA Laju Menekan
    ARI-JEMARINYA Laju Menekan
    Documento104 páginas
    ARI-JEMARINYA Laju Menekan
    kelabk
    100% (1)
  • LVD
    LVD
    Documento149 páginas
    LVD
    kelabk
    100% (1)
  • Usd
    Usd
    Documento150 páginas
    Usd
    kelabk
    50% (2)
  • Cim
    Cim
    Documento127 páginas
    Cim
    kelabk
    0% (1)
  • Mandi Pagi
    Mandi Pagi
    Documento93 páginas
    Mandi Pagi
    Syafiq Rizuan
    Aún no hay calificaciones
  • Abu
    Abu
    Documento82 páginas
    Abu
    kelabk
    Aún no hay calificaciones
  • Cim
    Cim
    Documento127 páginas
    Cim
    kelabk
    0% (1)
  • CIM Bab 1-10
    CIM Bab 1-10
    Documento45 páginas
    CIM Bab 1-10
    kelabk
    Aún no hay calificaciones
  • Abu
    Abu
    Documento82 páginas
    Abu
    kelabk
    Aún no hay calificaciones
  • Perak, Malaysia.: BU! Tolong Qantan!!!" Jerit Qantan Sambil
    Perak, Malaysia.: BU! Tolong Qantan!!!" Jerit Qantan Sambil
    Documento65 páginas
    Perak, Malaysia.: BU! Tolong Qantan!!!" Jerit Qantan Sambil
    kelabk
    Aún no hay calificaciones
  • Abu
    Abu
    Documento82 páginas
    Abu
    kelabk
    Aún no hay calificaciones
  • GB
    GB
    Documento206 páginas
    GB
    kelabk
    Aún no hay calificaciones
  • HC
    HC
    Documento117 páginas
    HC
    kelabk
    Aún no hay calificaciones
  • Kon Trak
    Kon Trak
    Documento95 páginas
    Kon Trak
    kelabk
    67% (3)
  • KSJ
    KSJ
    Documento99 páginas
    KSJ
    kelabk
    Aún no hay calificaciones
  • KS
    KS
    Documento113 páginas
    KS
    kelabk
    Aún no hay calificaciones
  • S&S
    S&S
    Documento97 páginas
    S&S
    Penerbitan Kaki Novel
    Aún no hay calificaciones
  • Cerpen
    Cerpen
    Documento229 páginas
    Cerpen
    nisascr
    Aún no hay calificaciones
  • STR
    STR
    Documento71 páginas
    STR
    kelabk
    Aún no hay calificaciones
  • NLBB
    NLBB
    Documento106 páginas
    NLBB
    kelabk
    Aún no hay calificaciones
  • HC
    HC
    Documento117 páginas
    HC
    kelabk
    Aún no hay calificaciones
  • SKAN
    SKAN
    Documento104 páginas
    SKAN
    kelabk
    Aún no hay calificaciones
  • HC
    HC
    Documento117 páginas
    HC
    kelabk
    Aún no hay calificaciones
  • KS
    KS
    Documento113 páginas
    KS
    kelabk
    Aún no hay calificaciones