Está en la página 1de 50

HUBUNGAN ETNIK (ETHNIC RELATIONS) KURSUS WAJIB WAJ3106 PGSR

TAJUK:
Perlembagaan Malaysia Dalam Konteks hubungan Etnik

Konsep Perlembagaan
Perlembagaan kumpulan peraturan / undangundang samada bertulis / tidak, yang menentukan organisasi kerajaan, pembahagian kuasa antara pelbagai badan kerajaan dan prinsip-prinsip umum bagaimana kuasa-kuasa tersebut dilaksanakan. Perlembagaan merupakan sumber undangundang tertinggi setiap individu perlu mematuhi keluhurannya.

Perlembagaan lebih penting bagi sesebuah negara yang berbilang etnik seperti Malaysia demi menjamin perpaduan nasional dan pembangunan negara.

PERLEMBAGAAN Yang Dipertuan Agong (Ketua Negara)


Parlimen (Legislatif) Kerajaan/ kabinet (Eksekutif) 15 BAHAGIAN 183 PERKARA 13 JADUAL Kehakiman (Judisiari)

SEJARAH PENGGUBALAN PERLEMBAGAAN MALAYSIA


TANAH MELAYU SEBELUM PERANG DUNIA KEDUA

Selepas Jepun menyerah kalah, British datang semula ke Tanah Melayu pada 15 Ogos 1945. Kerajaan sementara ditubuhkan, dikenali sebagai dengan nama British Military Administration (BMA) atau Pentadbiran Tentera British. Pada 31 Mac 1946, Malayan Union (MU) diperkenalkan untuk menggantikan BMA. MU menyatukan 3 jenis pentadbiran yang diperkenalkan sebelum penaklukan Jepun iaitu: (a) Negeri-negeri Selat (Singapura, Pulau Pinang & Melaka) (b) Negeri-negeri Melayu Bersekutu ( Pahang, Perak, Selangor, Negeri Sembilan) (c) Negeri-negeri Melayu Tidak Bersekutu (Kedah, Perlis, Kelantan, Johor dan Terengganu.

Ketiga-tiga pentadbiran ini disatukan di bawah satu pentadbiran pusat. MU terbentuk hasil tipu muslihat British melalui wakilnya, Sir Harold McMichael yang telah datang ke Tanah Melayu untuk mendapatkan persetujuan melalui ugutan dan paksaan terhadap raja-raja Melayu untuk menandatangani surat penubuhan MU. Dalam tempoh dua bulan. McMichael telah mendapatkan tanda tangan 9 orang Raja/Sultan. MU ditubuhkan pada 1 April 1956 dengan Sir Edward Gent menjadi Gabenor yang pertama.

Perlembagaan MU menegaskan Sesiapa yang lahir di Tanah Melayu akan menjadi warganegara secara automatik. Semua warganegara mendapat hak yang sama Singapura diasingkan pentadbirannya dan dijadikan Crown Colony. Gabenor British sebagai Ketua MU mempunyai kuasa yang luas. Kuasa raja-raja Melayu dihadkan.

Orang Melayu menentang penubuhan MU. Antara sebab penentangan: Pemberian taraf warganegara kepada semua amat merugikan orang Melayu. Penubuhan MU tidak dirundingkan dan dirahsiakan kepada rakyat. Raja-raja diberi masa berfikir yang singkat dan dipaksa turunkan tandatangan. Raja-raja Melayu akan kehilanagan kuasa, taraf dan martabat.

Akibat daripada penentangan: Orang Melayu mengadakan tunjuk perasaan beramairamai Tercetusnya semangat nasionalisme Melayu Dato Onn Jaafar menubuhkan Pergerakan Melayu Semenanjung (PMS) pada tahun 1946. Persatuan-persatuan Melayu tubuhkan Kongres untuk menentang MU. Kongres ini diketuai oleh Dato Onn Jaafar, kemudian membawa kepada penubuhan UMNO untuk menentang Malayan Union. Raja-raja Melayu memulaukan upacara perlantinan gabenor Malayan Union. Bekas pegawai British juga menentang penumbuhan Malayan Union. Akhirnya, British membatalkan penubuhan Malayan Union.

Reaksi kepada penentangan dan akibat penubuhan MU Pada Julai 1946, satu jawatankuasa baru dibentuk British untuk merangka perlembagaan baru Tanah Melayu yang dianggotai wakil-wakil raja, wakil UMNO dan wakil British. Jawatankuasa kemukakan tiga perkara:
Kekalkan hak keistimewaan Melayu Ketatkan hak kewarganegaraan Mencadangkan penubuhan Persekutuan Tanah Melayu (PTM)

British juga tubuhkan jawatankuasa perunding untuk dapatkan pandangan orang bukan melayu. Orang bukan Melayu menubuhkan Majlis Tindakan Bersama Tanah Melayu (AMCJA) pada 22 Disember 1946 yang dikeluarkan Tan Cheng Lok.

PERSEKUTUAN TANAH MELAYU


Terdiri daripada 9 buah negeri, Singapura, Pulau Pinang dan Melaka diasingkan sebagai Crown Colony. Mengandungi Majlis Perundingan Persekutuan. Ahli Majlis
75 orang Kebanyakan Melayu Dilantik oleh Pesuruhjaya Tinggi British.

Pesuruhjaya Tinggi ialah Ketua Kerajaan dan Presiden Majlis Perundangan. Pesuruhjaya dibantu oleh Majlis Eksekutif. British kuasai pertahanan dan hal ehwal luar Lebih banyak kuasa diberi kepada kerajaan negeri

Penubuhan Persekutuan Tanah Melayu adalah satu kemenangan bagi UMNO


Malayan Union dihapuskan Kedaulatan Raja-raja dikekalkan Hak istimewa orang Melayu dikekalkan Penentuan kerakyatan dikekalkan

British bimbang berlaku ketegangan kaum lalu menubuhkan satu Jawatankuasa yang diwakili oleh semua kaum (1947) Pengerusinya Thurasingam, Ketua Persatuan Orang-orang Ceylon.

PERKEMBANGAN PARTI-PARTI POLITIK


UMNO Disusun semula oleh Dato Onn Jaafar untuk menentang Malayan Union Dato Onn cuba membuka UMNO kepada orang bukan Melayu Beliau juga mencadangkam dilonggarkan syarat kerakyatan kepada orang bukan Melayu. Ramai ahli UMNO tidak bersetuju hasrat dan cadangan Dato Onn. Dato Onn meletak jawatan Presiden UMNO pada 1951 dan diganti oleh Tuanku Abdul Rahman Putra Al Haj.

PKTM Dato Onn menubuhkan Parti Kemerdekaan Tanah Melayu (PKTM) PKTM tidak mendapat sokongan ramai kerana orang Melayu menyokong UMNO, dan orang cina menyokong MCA 1952 Perikatan UMNO-MCA ditubuihkan menjelang pilihanraya untuk Majlis Bandar Kuala Lumpur. Perikatan UMNO-MCA bimbang PKTM akan memenangi Pilihanraya. Akhirnya Perikatan menang 9 dari 12 kerusi. Perikatan semakin mantap PKTM gagal membentuk parti pelbagai kaum kerana tidak mendapat sokongan orang Melayu dan orang Bukan Melayu.

MCA Ditubuhkan oleh Tun Tan Cheng Lock dan Leong Yeok Koh MCA bertujuan melindungi kepentingan ekonomi dan politik msayarakat cina di Tanah Melayu. MCA menunjukkan taat setia kepada kerajaan Persekutuan Tanah Melayu. Berkerjasama dengan UMNO dan mendapat sokongan ramai. MIC Ditubuhkan pada 1946, Presiden pertamanya ialah John Thivy MIC bertujuan melindungi hak-hak orang India di Tanah Melayu. Mulanya MIC menyertai AMCJA dan PKTM untuk menuntut kelonggaran syarat kewarganegaraan. Apabila Datok Onn bubarkan PKTM, MIC menyertai Perikatan pada tahun 1855.

PARTI NEGARA Setelah bubarkan PKTM, Dato Onn tubuhkan Parti Negara dalam bulan Februari 1954 Parti ini terbuka kepada semua kaum dan kaum Melayu yang paling ramai. Tujuan: Mencapai kemerdekaan dalam tempoh lima tahun Memperjuangkan perpaduan kebangsaan Mempertahankan kedudukan raja-raja Melayu Menjadikan Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris sebagai bahasa rasmi. Parti Negara mengalami kegagalan dan tidak memenagi sebarang kerusi dalam pilihanraya tahun 1955.

PAS Ditubuhkan oleh haji Ahmad Fuad bin Hassan (1951) setelah keluar dari UMNO Tujuan: Menjadikan Islam sebagai agama rasmi Menjadikan Bahasa Melayu sebagai bahasa rasmi Mengetatkan syarat-syarat kerakyatan. 1956, Dr. Burhanuddin Al Helmy menjadi Presiden PAS PARTI BURUH Dipimpin oleh Mohd Sopie bin Sheikh Ibrahim Ditubuhkan pada 15 Mei 1957. Berhaluan kiri, mendapat sokongan daripada pekerja di bandar. Bergabung dengan Parti Rakyat menjadi Barisan Sosialis 1957

KE ARAH KEMERDEKAAN.
Peranan Parti Perikatan Berjanji: Menjadikan Bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan dalam tempuh 10 tahun Masalah kerakyatan akan dikaji semula Kedudukan Raja-raja akan terjamin Keistimewaan orang Melayu dilindungi Memenangi pilihanraya umum 1955 (51 daripada 52 kerusi) Tuanku Abdul Rahman menjadi Ketua Menteri dengan 10 orang Jemaah Menteri. British menguasi Kementeriaan Pertahanan dan Kewangan. Pesuruhjaya British berkuasa veto untuk menolak sebarang keputusan yang tidak dipersetujui.

Misi Merdeka Bulan januari 1956, Tuanku Abdul Rahman mengetuai perwakilan ke London untuk menuntut kemerdekaan Tanah Melayu. Rombongan terdiri daripada 4 wakil Perikatan dan 4 wakil Raja. British berjanji akan memberi kemerdekaan pada 31 Ogos 1957. Dalam rundingan itu sebuah jawatankuasa ditubuhkan untuk merangka Perlembagaan Tanah Melayu.

Suruhanjaya Reid Dipengerusikan oleh Lord Reid Bersidang sebanyak 118 kali Menerima 131 memorandum bertulis daripada pertubuhan dan individu Rang perlembagaan diluluskan oleh Majlis Perundangan pada 15 Ogos 1957 dan berkuat kuasa pada 27 Ogos 1957

Suruhanjaya Perlembagaan Diketuai oleh Lord Reid dan dikenali sebagai Suruhajaya Reid Ahli-ahlinya ialah: - Sir Ivor Jennings (Britain) - Sir William McKell (Australia) - B.Malik (India) Hakim Abdul Hamid (Pakistan) Perkara yang dibincangkan Kedudukan raja-raja melayu Hak istimewa orang Melayu Kepentingan kaum lain

Parti Perikatan menolak Perlembagaan yang terhasil itu. Sebab-sebab di tolak Islam tidak diakui sebagai agam rasmi Membenarkan seseorang menjadi rakyat Tanah Melayu dan rakyat sebuah negara lain (2 kerakyatan serentak) Bahasa Tamil dan bahasa Cina digunakan dalam Majlis Perundangan selama 10 tahun selepas merdeka. Hak istimewa orang Melayu tidak dijamin. Sebuah jawatankuasa baru dibentuk untuk menkaji semula rang undang-undang perlembagaan itu. Tunku Abdul Rahman mengetuai perwakilan ke London. Perubahan dibuat dan Perlembagaan baru disediakan. 31 Ogos 1957, Tunku Abdul Rahman mengistiharkan kemerdekaan Tanah Melayu di Stadium Merdeka.

PERLEMBAGAAN 1957 Berdasarkan prinsip-prinsip demokrasi Tanah Melayu mempunyai Parlimen yang terdiri daripada Dewan Rakyat dan Dewan Negara Dewan Rakyat 104 ahli dipilih setiap 5 tahun. Dewan Negara 38 ahli. Sebahagian dilantik dan yang lain dipilih. Ketua Negara ialah Yang Di-Pertuan Agong Ketua Kerajaan ialah Perdana Menteri Perdana Menteri membentuk Kabinet Setiap Negeri mempunyai Dewan Negeri. Yang lahir di Tanah Melayu selepas 31 Ogos 1957 jadi warga negara. Yang lain boleh memohon untuk jadi warganegara Bahasa Melayu menjadi Bahasa Kebangsaan dan Islam sebagai agama rasmi Keistimewaan Melayu kekal seperti pemberian tanah/biasiswa

CIRI-CIRI PERLEMBAGAAN PERSEKUTUAN TANAH MELAYU 1957


CIRI-CIRI PERLEMBAGAAN PERSEKUTUAN Menurut Tun Mohamed Suffian (1990), Perlembagaan Malaysia mempunyai ciri-ciri asas seperti berikut: Struktur Kerajaan Ketua Negara ialah DYMM Seri Paduka Baginda Yang Di-Pertuan Agong yang dipilih oleh 9 Raja-raja Melayu dan berkhidmat selama 5 tahun atas nasihat Perdana Menteri , Majlis Raja-Raja dan kabinet . Ketua Kerajaan ialah Perdana Menteri yang dilantik daripada parti yang mendapat sokongan majoriti dan Dewan Rakyat. Beliau akan membentuk Kabinet yang bertanggung jawab kepada Parlimen.

Parlimen terdiri daripada 2 dewan iairu Dewan Rakyat dan Dewan Negara. Ahli Dewan Rakyat dipilih oleh rakyat dan ahli Dewan Negara dilantik iaitu 2 orang oleh setiap Dewan Perundangan Negeri dan selebihnya 16 orang dilantik oleh DYMM Agong. Di peringkat negeri, Sultan/raja/Yang Di-Pertuan Negeri menjadi Ketua Menteri masing-masing. Manakala ketua kerajaan oleh Menteri Besar / Ketua Menteri. Ahli-ahli Majlis Perundangan Negara dipilih oleh rakyat untuk tempoh 5 tahun.

Kewarganegaraan Mereka yang telah mendapat warganegara sebelum hari merdeka. Semua yang dilahirkan di Persekutuan Tanah Mjelayu pada atau selepas hari merdeka. Sesiapa yang berumur 18 tahun ke atas yang dilahirkan di Persekutuan Tanah Melayu dan telah bermaustautin selama 5 daripada 7 tahun boleh memohon menjadi warganegara sekiranya meeka mengetahui Bahasa Melayu dan bersedia mengangkat sumpah taat setia. Dua kerakyatan tidak dibenarkan kecuali bagi kerakyatan komanwel

(a) Perlembagaan Malaysia mengasaskan Malaysia sebagaisebuah Persekutuan. (b) Sebagai negara raja berperlembagaan. (c) Sebagai sebuah negara demokrasi berparlimen. (d) Perlembagaan memperuntukkan Islam sebagai agama rasmi Persekutuan, tetapi pada masa yang sama tidak mengasaskan Malaysia sebagai negara teokrasi dan dengan jelas menjamin kebebasan beragama.

(e) Perlembagaan memperuntukkan ketinggian perlembagaan dan kebebasan undang-undang. (f) Perlembagaan memperuntukkan pengasingan kuasa ketiga-tiga cabang kerajaan. Seluruh jentera pentadbiran diketuai oleh Perdana Menteri dan dibantu oleh kabinet serta seluruh birokrasi. Ketiga-tiganya mempunyai status yang sama. Tidak ada suatu pun yang lebih tinggi dari yang lain dan setiap satunya mempunyai fungsi dan tanggungjawab yang berbeza. Perlembagaan juga memperuntukkan sebuah badan kehakiman yang berasingan dan bebas dari kawalan Parlimen manakala Eksekutif pula mempunyai bidang kuasa yang eksklusif untuk menentukan pertikaian dan hak serta liabiliti lain dalam perlembagaan

Susunan Perkara-Perkara Dalam Perlembagaan:


Perkara 1 hingga 4 Negeri-negeri, Agama dan Undang-undang bagi Persekutuan Perkara 5 hingga 13 Kebebasan Asasi Perkara 14 hingga 22 Kewarganegaraan (Bab 1 Perolehan Kewarganegaraan) Perkara 23 hingga 28A Kewarganegaraan (Bab 2 Penamatan Kewarganegraan) Perkara 29 hingga 31 Kewarganegaraan (Bab 3 Tambahan) Perkara 32 hingga 37 Persekutuan (Bab 1 Ketua utama negara)

Perkara 38 Persekutuan (Bab 2 Majlis Raja-Raja) Perkara 39 hingga 43C Persekutuan (Bab 3 Pemerintah) Perkara 44 hingga 65 Persekutuan (Bab 4 Badan-badan Perundangan Persekutuan) Perkara 66 hingga 68 Persekutuan (Bab 5 Acara perundangan) Perkara 69 Persekutuan Bab 6 Keupayaan terhadap harta, kontrak Dan guaman ) Perkara 70 hingga 72 Negeri-negeri Perkara 73 hingga 79 Perhubungan Antara persekutuan dengan Negeri-negeri (Bab 1 Bahagian kuasa-kuasa perundangan) Perkara 80 hingga 81 Perhubungan antara Persekutuan dengan Negeri-negeri (Bab 2 Pembahagian antara kuasa-kusa pemerintah)

Perkara 82 Perhubungan antara Persekutuan dengan Negeri-Negeri (Bab 3 Pembahagian beban kewangan) Perkara 83 hingga 91 Perhubungan antara Persekutuan dengan Negeri-negeri (Bab 4 Tanah) Perkara 92 Perhubungan antara Persekutuan dengan Negeri-negeri (Bab 5 Pembangunan negara) Perkara 93 hingga 95 Perhubungan antara Persekutuan dengan Negeri-negeri (Bab 6 Tinjauan, nasihat Persekutuan kepada Negeri dan pemeriksaan mengenai kegiatan Negeri)

Perkara 95A hingga 95E Perhubungan antara Persekutuan dengan Negeri-negeri (Bab 7 Majlis Negara bagi Kerajaan Tempatan) Perkara 96 hingga 112 Peruntukan-peruntukan Kewangan (Bab 1 Am) Perkara 112A 112D Peruntukan-peruntukan Kewangan (Bab 2 Pemakaian Bagi negeri-negeri Sabah dan Sarawak) Perkara 113 hingga 120 Pilihanraya Perkara 121 hingga 131A Perhakiman Perkara 132 hingga 148 Perkhidmatan Awam

Perkara 149 hingga 151 Kuasa-kuasa Khas Menentang Perbuatan Subversif dan Kuasa-kuasa Darurat Perkara 152 hingga 160B Am dan Pelbagai Perkara 161 hingga 161H Perlindungan Tambahan bagi Sabah dan Sarawak Perkara 162 hingga 180 Peruntukan Sementara dan Peralihan Perkara 181 Pengecualian bagi Kedaulatan Raja-raja Perkara 183 hingga 183 Prosiding Terhadap Yang Di-Pertuan Agong dan Rajaraja

Kedudukan Yang Di-Pertuan Agong (YDPA)


Perkara 32 menyatakan Ketua utama bagi Persekutaun ialah YDPA, iaitu seorang raja yang dipilih daripada rajaraja sembilan buah negeri Melayu. Berdasarkan sistem Raja Berpelembagaan, YDPA diberi kuasa memerintah Persekutuan. Namun begitu Perkara 39 dan 40 menyatakan bahawa baginda dikehendaki bertindak atas nasihat jemaah menteri atau seorang menteri yang diberi kuasa dari jemaah menteri. Perkara 41 pula menyatakan YDPA juga adalah Pemerintah tertinggi Angkatan Tentera Persekutuan, sementara Perkara 42 pula meletakkan baginda mempunyai kusa untuk mengampun dan menangguhkan hukuman terhadap orang yang telah disabitkan oleh mahkamah tentera bagi kesalahan-kesalahan yang dilakukan di dalam Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur.

Perkara 44 meletakkan baginda salah satu daripada tiga komponen badan perundangan Persekutuan, iaitu Parlimen. Perkara 71 pula menyediakan peruntukan bagi menjamin hak sesorang raja sesuatu negeri untuk mewarisi, memegang, menikmati dan menjalankan hakhak keistemewaan di sisi perlembagaan bagi sesorang raja di dalam negeri itu. Perkara153 telah mengamanahkan baginda tanggungjawab untuk memelihara kedudukan istemewa orang-orang Melayu dan bumiputera Sabah dan Sarawak dan kepentingan sah kaum lain. Perkara 122B menjelaskan bahawa kuasa melantik semua hakim Mahkamah Persekutuan dan Mahkamah Tinggi adalah ditangan baginda atas nasihat Perdana Menteri dan setelah berunding dengan Majlis Raja-raja.

Artikel 153 Perlembagaan Malaysia


Artikel 153 Perlembagaan Malaysia memberi hak kepada Yang di-Pertuan Agong, bertanggungjawab menjaga hak-hak dan keistimewaan orang Melayu dan bumiputera Malaysia. Artikel ini secara terperinci memberitahu bagaimana kerajaan persekutuan mempertahankan kepentingan kumpulankumpulan ini dengan mendirikan kuota untuk kemasukan perkhidmatan awam, biasiswa dan pendidikan awam. Ia biasa dianggap sebagai sebahagian daripada sebahagian daripada kontrak sosial

Kedudukan Agama Islam


Perkara 3 Perlembagaan menjelaskan bahawa ugama Islam ialah ugama rasmi bagi Persekutuan tetapi agama-agama lain boleh diamalkan dengan bebas (Perkara 11). Namun begitu hak-hak seseorang untuk mengembangkan agama boleh dikawal atau disekat oleh undang-undang negeri, atau undang-undang Persekutuan bagi kes Wilayah Persekutuan, jika pengembangan itu dibuat di kalangan mereka yang telah menganut agama Islam Perkara 11 (4).

Status kebebasan agama di Malaysia


Status kebebasan agama di Malaysia merupakan satu isu kontroversi. Islam merupakan agama rasmi dan Perlembagaan Malaysia meletakkan sekatan terhadap kebebasan beragama, paling ketara penyebaran agama selain Islam kepada Muslim. Bagaimanapun, persoalan sama ada Malaysia merupakan negara Islam atau sekular masih belum berjawab. Perkara 11 dalam Perlembagaan Negara memperutukkan kebebasan beragama kepada rakyat Malaysia. Antara penekanan yang terdapat dalam peruntukan ini ialah: Walaupun agama Islam adalah agama rasmi negara ini, rakyat tetap bebas menganut agama-agama lain. Seseorang tidak boleh menyekat orang lain daripada menjalankan aktiviti keagamaan. Penganut setiap agama diberikan kebebasan untuk meraikan upacara keagamaan masing-masing. Hari sambutan upacara keagamaan bagi agama-agama utama merupakan cuti am.

Kedudukan Bahasa Melayu


Perkara 152 (1) menguatkuasakan Bahasa Melayu sebagai Bahasa Kebangsaan Persekutuan. Bahasa ini secara automatisnya menjadi bahasa perantaraan untuk digunakan dalam semua maksud rasmi. Maksud rasmi ditakrifkan oleh Perkara 152 (6) dengan makna apa-apa jua maksud kerajaan sama ada kerajaan Persekutuan atau kerjaan negeri dan termasuklah apa-apa maksud sesuatu pihak berkuasa awam.

Kedudukan Istimewa Orang Melayu


Perkara 153 Perlembagaan telah memaktubkan Hak Istemewa Orang Melayu dan bumiputera Sabah dan Sarawak meliputi : perkhidmatan awam : Perkara 153 (2,3 dan 4) ekonomi : Perkara 153 (6) pelajaran: Perkara 153 (2,3 dan 4) Kedudukan Istemewa orang Melayu yang lain termasuklah peruntukan Perkara 89 dan 90 berhubung dengan tanah rizab Melayu. Hak-hak ini tidak boleh dipertikaikan dan ia dilindungi di bawah Akta Hasutan 1948 (Pindaan 1971).

Kewarganegaraan
Apabila Perlembagaan 1957 maka dengan sendirinya negara mempunyai undang-undang kerakyatannya yang selaras.Kewarganegaraan dalam Perlembagaan boleh dibahagikan kepada tiga bahagian iaitu:Perolehan Kewarganegraan : Bahagian 3 Perlembagaan (Bab 1) Penamatan Kewarganegaraqan Bahagian 3 Perlembagaan (Bab 2) -Peruntukan Tambahan Bahagian 3 Perlembgaan (Bab 3) Dalam Perlembgaan ada dua cara menyebabkan sesorang itu boleh hilang kewarganegarannya: -Perkara 24 menyatakan bahawa kerakyatan akan dilucutkan sekiranya mendapat kerakyatan daripada negara lain -Perkara 25 menyebut bahawa kerakyatan akan dilucutkan sekiranya terbukti tidak setia kepada negara.

KEBEBASAN HAK ASASI


Malaysia adalah sebuah negara demokrasi yang memberikan Kebebasan Hak Asasi kepada seluruh warganegaranya sebagaimana yang dijamin dalam Perlembagaan Persekutuan. Hak-Hak Asasi ini meliputi : Perkara 5 : Kebebasan Diri Perkara 6 : Kebebasan Ekonomi (hamba abdi dan buruh paksa) Perkara 7 : Perlindungan daripada undang-undang Jenayah Perkara 8 : Hak Kesamarataan Perkara 9 : Hak Kebebasbn Bergerak Perkara 10 : Kebebasan Bercakap, berhimpun dan menubuhkan persatuan Perkara 11 : Kebebasan Beragama Perkara 12 : Hak Mendapat Pendidikan

Perkara 13

: Hak Terhadap Harta

Catatan : Untuk kepentingan, kebaikan dan keselamatan negara keseluruahannya haka-hak tersebut boleh disekat melalui antaranya: Perkara 149 Perbuatan Subversif Perkara 150 Kuasa-kuasa Darurat Perkara 159 Akta Keselamatan Dalam Negeri 1960 Akta Universiti dan Kolej 1971 pindaan 1975 Dan beberapa akta lain.

Pindaan
Untuk meminda perlembagaan, satu majoriti 2/3 bersetuju kepada pemindaan ini memerlukan persetujuan pada kedua-dua pada kedua-dua dewan di parlimen. Merujuk kepada pakar perlembagaan Shad Saleem Faruqi, Perlembagaan ini telah dipinda 42 kali semenjak times 48 tahun selepas kemerdekaan sehingga 2005. Bagaimanapun, seperti mana beberapa pindaan telah dibuat setiap kali, beliau menganggarkan bilangan sebenar pindaan indidvidu adalah pada sekitar 650.

Bahasa Kebangsaan

Agama Persekutuan

Unsur-unsur tradisional dlm Perlembagaan Malaysia

Kedudukan istimewa Org Melayu

Pemerintahan beraja

Pegawai bahagian 1 dlm Perkhidmatan Kerajaan pada 1November 1968 mengikut etnik. Perkhidmatan Pentadbiran Arkitek, jurutera & Profsional Kesihatan & Perubatan Ahli sains fizikal Ahli sains sejati Perangkawan profesional Undang-undang Unit beruniform Pengangkutan & media massa Jumlah Melayu 706 73 64 13 60 38 7 331 67 1422 Bukan Melayu 515 370 693 51 108 166 37 369 188 2497 Jumlah 1221 443 757 64 168 204 107 700 255 3919

CIRI-CIRI PERLEMBAGAAN PERSEKUTUAN


Menurut Tun Mohamed Suffian (1990), Perlembagaan Malaysia mempunyai ciri-ciri asas seperti berikut: (a) Perlembagaan Malaysia mengasaskan Malaysia sebagai sebuah Persekutuan. (b) Sebagai negara raja berperlembagaan. (c) Sebagai sebuah negara demokrasi berparlimen. (d) Perlembagaan memperuntukkan Islam sebagai agama rasmi Persekutuan, tetapi pada masa yang sama tidak mengasaskan Malaysia sebagai negara teokrasi dan dengan jelas menjamin kebebasan beragama.

También podría gustarte