Está en la página 1de 2

Ayat gramatis 1. Abang membaca buku cerita untuk adik. 2. Abang membacakan adik buku cerita. 3.

Cikgu Hasnah mengajar anaknya menulis karangan. 4. Cikgu Hasnah mengajari anaknya menulis karangan. 5. Cikgu Hasnah mengajarkan teknik penulisan karangan kepada anaknya. 6. Kakak membawa semangkuk bubur lambuk untuk nenek. 7. Kakak membawakan nenek semangkuk bubur lambuk. 8. Ibu menjahit baju kebaya untuk adik. 9. Ibu menjahitkan adik baju kebaya. 10. Ayah menulis sepucuk warkah untuk abang. 11. Ayah menuliskan abang sepucuk warkah. 12. Shuhada mengirimi Majidah kad hari raya. 13. Shuhada mengirimkan kad hari raya untuk Majidah. 14. Shahir mencari ulam pegaga untuk Hidayati. 15. Shahir mencarikan Hidayati ulam pegaga. 16. Datin Rosilah membekali suaminya buah kurma. 17. Datin Rosilah membekalkan buah kurma untuk suaminya. 18. Puan Hasiah membuat air sirap untuk Puan Masdura. 19. Puan Hasiah membuatkan Puan Masdura air sirap. 20. Puan Rohana menyuapi anaknya kuetiau goreng. 21. Puan Rohana menyuapkan kuetiau goreng ke dalam mulut 22. Ariff meminjam novel Tegar di perpustakaan sekolah. 23. Ariff meminjami Firdaus novel Tegar. 24. Ariff meminjamkan novel Tegar kepada Firdaus. 25. Pak Musa menikami peragut itu dengan kerisnya. 26. Pak Musa menikamkan kerisnya ke paha peragut itu.

27. Encik Farozi memberi anaknya sebuah kamera digital. 28. Encik Farozi memberikan sebuah kamera digital kepada anaknya. 29. Puan Vimala membeli sebuah rumah banglo untuk ibunya. 30. Puan Vimala membelikan ibunya sebuah rumah banglo. 31. Penjual itu menawari gadis itu sebentuk cincin emas. 32. Penjual itu menawarkan sebentuk cincin emas kepada gadis itu. 33. Sultan menganugerahi Azrai Bintang Seri Kelana. 34. Sultan menganugerahkan Bintang Seri Kelana kepada Azrai. 35. Puan Ramziah menghadiahi suaminya kereta Proton Exora. 36. Puan Ramziah menghadiahkan kereta Proton Exora kepada suaminya.