Está en la página 1de 1

anak satu amanah Di sini saya ingin berkongsi tentang anak.

Dalam minggu ni saya sempat membelek buku Tarbiatul Awlad karangan Abdullah Naasih Ulwan. Buku tersebut saya beli semas a menuntut di Mesir dahulu. Bersesuaian dengan anak saya yang bakal di lahirkan sekitar hujung bulan ini, be gitu juga mungkin dengan saudara saudari yang bakal menimang cahaya mata, sukala h saya berkongsi di sini beberapa perkara yang dituntut untuk dilakukan setelah anak dilahirkan. 1. Menyebarkan berita kelahiran kepada saudara mara, rakan taulan, jiran tetangg a. Mereka pula dituntut mengucapkan tahniah atas kelahiran anak tersebut kepada bapanya 2. Sebaik sahaja anak di lahirkan, hendaklah diazankan anak tersebut di teling anya sebelah kanan dan diiqamatkan di sebelah telinga kiri. Demikian untuk menja uhkan anak tersebut dari gangguan syaitan dan juga untuk mencampakkan kecintaan kepada islam sebaik sahaja menjengah dunia ini. 3. Dituntut agar mentahnikkan anak tersebut dengan menyapu kunyahan kurma atau s eumpamanya yang manis pada lelangit bayi keseluruhannya. Demikian agar mulut ana k ada kekuatan menghisap susu ibunya. Seeloknya tahnik dilakukan oleh orang yang soleh. 4. Diberikan nama yang baik-baik. Boleh diberikan samaada hari pertama dilahirka n hinggalah hari ketujuh. Nama merupakan satu doa untuk anak oleh itu jika henda k memberi nama carilah perkataan yang sesuai dan tepat dalam sebutan bahasa arab nya. Jika hendak memilih bahasa yang lain pun boleh asalkan mempunyai makna yang baik. 5. Disunatkan mencukur rambut bayi pada hari ketujuh lalu ditimbangkan beratnya dan bersedekah kepada fakir miskin dengan nilai perak yang sama berat dengan ram but tersebut. Tidak boleh mencukur sebahagian rambut dan meninggalkan sebahagian yang lain seperti mencukur di sekeliling kepala dan meninggalkan ditengahnya at au mencukur ditengah kepala dan membiarkan dibahagian tepinya atau mencukur di b ahgian hadapan dan membiarkan rambut dibahagian belakang atau mencukur dibahagia n belakang dan membiarkan di bahagian hadapan. 6. Melaksanakan aqiqah pada hari ketujuh. Untuk bayi perempuan dengan menyembeli h seekor kambing sementera bagi bayi lelaki disembelih dua ekor kambing. Boleh j uga dengan menyembelih lembu atau seumpamanya tetapi seekor lembu hanya untuk se orang bayi tidak boleh berkongsi tujuh orang sebagai contoh. Untuk mengelakkan m asalah biarlah dengan menyembelih kambing seperti biasa diamalkan dalam masyarak at kita. Semasa menyembelih bolehlah membaca ??? ???? ????? ?? ????? ??? ????? ? ??? . Tulang haiwan itu pula janganlah dipatahkan demi memelihara tulang bayi da ri patah di kemudian hari. Sebaiknya daging sembelihan digulaikan dan dibuat ken duri. Demikian bagi mengeratkan silaturrahim sesama islam. Boleh juga untuk mens edekahkannya atau sebagai hadiah. Itulah serba sedikit tentang langkah pertama seorang bapa selepas kelahiran bayi nya. Ada lagi tugas dan tanggungjawab lain yang perlu dilakukan. Insyaallah saya akan kongsi dalam artikel lain. Buat bakal bapa atau yang sudah menjadi bapa t etapi akan dikurniakan anak lagi, saya berharap panduan ringkas ini dapat memban tu sedikit sebanyak.

También podría gustarte