Está en la página 1de 2

ayub diuji penyakit kulit

oleh idris musa

nabi ayub, anak nabi ishak dilimpahi kekayaan harta benda, malah mempunyai banyak
binatang ternakan seperti lembu, kambing, kuda, kaldai dan unta. kekayaan itu
membuatkan kehidupannya senang.

beliau juga mempunyai keturunan yang besar kerana ramai anak, baik lelaki mahu pun
perempuan. seorang daripada anaknya menjadi nabi, iaitu basyar.

walaupun kaya dan mempunyai segala kemewahan, nabi ayub tidak lupa membuat
kebajikan kepada golongan fakir, miskin dan anak yatim. beliau tidak sombong,
malah tetamu yang mengunjungi rumahnya disambut dengan baik.

harta dan keturunan yang besar tidak sedikit pun menjadikannya bongkak dan hamba
kepada kekayaan. sebaliknya, dengan kekayaan itu keimanan dan ketakwaannya kepada
allah semakin luhur.

melihatkan keadaan nabi ayub itu, iblis berusaha menggunakan segala tipu helah
untuk menggugat keimanannya.

justeru nabi ayub diuji dengan pelbagai cubaan. pertama diuji melalui kekayaan dan
harta bendanya. kemewahan dengan kekayaan yang dinikmati, semakin hari menjadi
susut dan seterusnya semua kekayaan itu habis.

ayub akhirnya menjadi miskin dalam sekelip mata. walaupun menghadapi ujian getir
itu keimanan kepada allah tidak langsung terjejas. beliau sabar menghadapi dugaan
dengan hatinya tidak ketinggalan mengingati allah.

pendirian nabi ayub ternyata tidak mudah diubah. justeru, diuji sekali lagi dengan
kematian anaknya, namun beliau masih bersabar dan pada masa
sama memupuk ketakwaan pada allah.

mengenai pelbagai ujian itu, allah berfirman, maksudnya: �dan sesungguhnya akan
kami berikan cubaan kepadamu dengan sedikit ketakutan, kelaparan, kekurangan
harta, jiwa dan buah-buahan. dan berikanlah berita gembira bagi orang yang sabar,
iaitu orang yang apabila ditimpa musibah mereka mengucapkan, �sesungguhnya kami
milik allah dan kepada-nya kami kembali�.�

nabi ayub memang tetap dengan pendiriannya, tidak tewas dengan tipu helah iblis.
selepas itu, nabi ayub diserang penyakit kulit yang luar biasa. beliau menderita
kerana penyakit itu selama tujuh tahun.

walaupun begitu lama menanggung sengsara penyakit itu, beliau tidak pernah
gelisah. beliau tabah menghadapi dugaan. walaupun badannya semakin kurus, hingga
menakutkan mata memandang, beliau masih mampu mengingati allah.

disebabkan penyakit nabi ayub itu sungguh dahsyat tiada orang sanggup melihatnya,
melainkan isterinya yang sabar menemani dan merawatnya. iblis tidak senang apabila
menyaksikan kesabaran dan kesetiaan isteri nabi ayub.

isterinya digoda supaya tidak melayaninya lagi. tipu daya iblis itu sebenarnya
diketahui nabi ayub dari awal lagi lalu diberitahu kepada
isterinya.

nabi ayub berkata kepada isterinya: �jika aku sembuh, engkau pasti aku pukul 100
kali.� kemudian nabi ayub berdoa kepada allah seperti digambarkan melalui al-
quran: �ingatlah ketika ayub menyeru kepada tuhannya: ya tuhanku! aku mendapat
penyakit dan cubaan daripada syaitan.�

doa nabi ayub dimakbul allah dan penyakit yang dideritainya selama tujuh tahun
sembuh. dalam al-quran diceritakan: �cecah kakimu, inilah air yang sejuk untuk
mandi dan minum. dan kami anugerahkan dia dengan mengumpulkan kembali keluarganya
dan kami tambahkan kepada mereka sebanyak mereka pula sebagai rahmat dari kami dan
pengajaran bagi orang yang mempunyai fikiran.�

mengenai nazarnya, nabi ayub mengingatkan isterinya yang terpedaya dengan iblis
bahawa beliau akan memukul isterinya itu 100 kali jika beliau sembuh. justeru,
apabila benar-benar sembuh dan sihat, nabi ayub bertekad untuk melaksanakan nazar
itu.

allah menurunkan wahyu kepada nabi ayub mengenai cara melakukan nazar itu. firman
allah, bermaksud: �dan ambillah dengan tanganmu seikat rumput (100 batang), lalu
pukullah dengan itu dan janganlah kamu melanggar sumpah.

sesungguhnya kami dapati dia (ayub) seorang yang sabar, dialah sebaik hamba kerana
dia sesungguhnya amat taat kepada tuhannya.�

nabi ayub menggunakan rumput yang diikat itu untuk memukul isterinya dengan sekali
libasan. walaupun sekali pukulan, ia dikira 100 kali kerana rumput yang diikat itu
mengandungi 100 helai daun.

También podría gustarte