Está en la página 1de 10

Konsep Penilaian

Guru memainkan peranan penting dalam mengesan kebolehan, kemajuan dan pencapaian murid. Guru menentukan hasil pembelajaran yang hendak dinilai, merancang dan membina instrumen penilaian, menganalisis maklumat penilaian, melapor dan membuat tindakan susulan. Melalui aktiviti penilaian, guru dapat memastikan perkembangan potensi secara menyeluruh dan bersepadu dari aspek intelek, rohani, emosi dan jasmani selaras dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan. Terdapat 2 jenis penilaian di sekolah iaitu: 1. Penilaian Formatif 2. Penilaian Sumatif

Penilaian Formatif

Penilaian dijalankan secara berterusan dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Maklumat yang diperoleh daripada penilaian formatif dapat memberi maklum balas tentang sejauh mana sesuatu hasil pembelajaran telah dikuasai. Maka guru dapat mengetahui tentang kelemahan dan kekuatan serta potensi seseorang murid dan mengambil tindakan susulan yang sewajarnya. Guru juga boleh menilai kemajuan murid dalam pelbagai aspek termasuk aspek-aspek yang tidak dapat dinilai secara berpusat.

Penilaian Sumatif

Penilaian sumatif dikaitkan dengan penilaian pada akhir tahun atau pada akhir semester. Penilaian ini memberikan nilai yang membezakan pencapaian seorang murid dengan murid lain dan seringkali digunakan untuk membuat pemilihan. Penilaian secara berpusat iaitu UPSR, PMR, SPM dan STPM biasanya dikendalikan oleh Lembaga Peperiksaan Malaysia. Keputusan penilaian secara berpusat dapat memberi maklumat tentang pencapaian murid di seluruh negara.

Objektif Penilaian di Sekolah (Formatif dan Sumatif)


Mengesan perkembangan murid secara menyeluruh Mengenal pasti kekuatan dan kelemahan murid dalam pembelajaran lebih awal dari semasa ke semasa Mengetahui keberkesanan pengajaran Merancang dan mengubah suai pengajaran Menjalankan tindakan susulan yang sesuai dengan serta-merta

Kepentingan Penilaian dalam Pendidikan Moral

Penilaian yang dilaksanakan dengan sempurna oleh guru dapat membantu murid mengatasi masalah pembelajaran yang telah dikenal pasti pada peringkat awal lagi supaya kelemahan tersebut tidak terhimpun seterusnya. Kekuatan murid yang telah menguasai sesuatu nilai dan tindakan secara bermoral dapat diperkukuh dan diperkayakan. Melalui aktiviti tindakan susulan yang efektif, guru dapat membantu murid meningkatkan kemajuannya dalam pembelajaran dan seterusnya memperoleh pencapaian cemerlang dalam penilaian sumatif dan penilaian di peringkat pusat dan dalam diri murid dari aspek kognitif/pemikiran afektif/perasaan dan tingkah laku moral.

Ciri-ciri dan Prosedur Penilaian Dalam Bilik Darjah


Pengenalan:

Aktiviti penilaian yang dijalankan dalam bilik darjah merupakan sebahagian proses pengajaran dan pembelajaran dalam bilik darjah. Penilaian dalam bilik darjah dilaksanakan secara berterusan dengan tujuan mengesan penguasaan dan kemajuan murid dalam bilik darjah. Maklumat yang diperolehi daripada penilaian akan digunakan untuk merancang aktiviti pengajaran dan pembelajaran serta meningkatkan kemajuan murid.

Ciri-ciri penilaian dalam bilik darjah:


Menentukan sejauh mana objektif pelajaran telah dicapai Membantu guru mengubahsuaikan kaedah p&p untuk membantu membaiki kelemahan pembelajaran murid. Dijalankan secara berterusan untuk menentukan kemajuan murid-murid dalam aspek intelek, rohani, jasmani dan emosi. Memastikan prinsip asas penilaian diikuti: o tujuan penilaian o bidang yang dinilai o calon yang hendak dinilai o teknik yang akan digunakan dalam penilaian

Skop penilaian: Memberi gambaran pencapaian pelajar dalam aspek-aspek:

Bidang Kognitif/Pemikiran moral - Pencapaian pengetahuan dan perkembangan intelek. Dalam Pendidikan Moral, dari segi pengetahuan mengenai nilai dan kandungan akademik yang ditentukan bagi setiap tingkatan.

Bidang Afektif/Perasaan moral - Perkembangan perlakuan dalam minat, sikap, nilai serta rohani dan emosi. Dalam Pendidikan Moral, dari segi menggunakan aspek nilai dan kandungan akademik dalam mempunyai iltizam untuk mengamalkan perlakuan yang bermoral serta sikap yang diterima dalam masyarakat kita. Bidang Psikomotor /Tingkah laku moral - Kebolehan melakukan sesuatu perlakuan yang bermoral secara adil dan altruistik selaras dengan nilai murni masyarakat Malaysia.

Bentuk Penilaian dalam Bilik Darjah


Bentuk penilaian dalam Bilik Darjah

Berbagai-bagai cara informal dan formal Formal - ujian kertas pensil - laporan - tugasan - folio

Informal - pemerhatian - lisan - kuiz - soal jawab - perbincangan - penilaian kendiri

Pembinaan Instrumen Penilaian dalam Aspek Kognitif


Pengenalan

Kandungan KBSR dan KBSM merangkumi pengetahuan, kemahiran, sikap dan nilai dari bidang kognitif, afektif dan psikomotor. Kedua-dua kurikulum ini bertujuan memperkembangkan potensi murid secara menyeluruh dan bersepadu agar mereka menjadi insan yang harmonis dan seimbang dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani. Oleh itu, penilaian hendaklah merangkumi aspek kognitif, afektif dan psikomotor.

P & P dalam aspek kognitif merujuk kepada Dewey (1916) dan pemerhatiannya bahawa setiap insan mempunyai kapasiti untuk berfikir. Polson & Jeffries (1985) mengatakan pemikiran berkaitan secara langsung dengan kemahiran penyelesaian masalah.

Ennis (1985, 1991) berpendapat pemikiran merupakan beberapa siri proses pemikiran secara logik. Galotti (1989) menyatakan terdapat dua jenis membuat keputusan kesan dari pemikiran, iaitu formal reasoning dan everyday reasoning Instrumen Penilaian Dalam Aspek Kognitif

Kebiasaannya penggunaan ujian kertas dan pensel dapat memberi ukuran pencapaian pelajar dalam aspek kognitif/pemikiran moral. Pembinaan item ujian objektif dan subjektif boleh dilakukan mengikut aras kesukaran yang dinyatakan dalam Taksonomi Bloom. (Rujuk http://www.officeport.com/edu/blooms.htm)

Aras Kemahiran Ujian Bertulis Item objektif atau subjektif boleh dibina untuk semua aras kemahiran dalam bidang kognitif/pemikiran moral di bawah kategori Taksonomi Bloom. Perhatikan jadual di bawah: Aras kemahiran dalam bidang kognitif 1.Pengetahuan Menguji kebolehan pelajar mengingat kembali fakta, erti, istilah, prinsip, hukum dan definisi yang telah dipelajari. 2. Kefahaman Contoh soalan Nyatakan nilai yang berkaitan dengan Tuhan dan pengolahan alam semulajadi oleh manusia.

Huraikan maksud nilai bertanggungjawab.

Menguji kebolehan murid memahami, menukar dan menjelaskan fakta, konsep, prinsip, hukum dan teori yang telah dipelajari. 3. Aplikasi Arasu seorang pelajar yang jarang menguruskan diri dan jadual pembelajarannya. Dia selalu Menguji kebolehan pelajar menggunakan fakta, bergantung kepada orang lain untuk menyiapkan konsep, hukum, teori, prinsip, pengetahuan dan kerja rumahnya. Jelaskan nilai yang sepatutnya kemahiran untuk menyelesaikan masalah yang diamalkan oleh Arasu. berkaitan. 4. Analisis Yang manakah pernyataan berikut TIDAK menerangkan ciri nilai bertanggungjawab dengan betul? Menguji kebolehan pelajar membanding dan menghuraikan faktor-faktor kesamaan, perbezaan dan perhubungan di antara satu sama lain.

5. Sintesis Menguji kebolehan pelajar mencantumkan, menggabungkan dan mengintergrasikan faktafakta atau idea-idea yang berkaitan. 6. Penilaian Menguji kebolehan calon membuktika, menilaikan, mengesahkan, mengkritikkan, merumuskan atau memberi pendapat sesuatu pernyataan, ciptaan, karya, prinsip, teori dan sebagainya.

Cekal, gigih, tekun, dedikasi dan daya usaha. Semua ciri yang dinyatakan adalah berkaitan dengan nilai

Di antara nilai-nilai yang berikut, yang manakah PALING efektif digunakan untuk mendidik kanak-kanak sifat kebersihan diri?

PANDUAN MENULIS SOALAN UJIAN BERTULIS


Pokok soalan mesti ditulis dalam bahasa yang mudah difahami Pilihan jawapan atau gerak balas hendaklah ditulis sejajar dengan pokok soalan Struktur item haruslah dibentuk mengikut format yang biasa diamalkan

UJIAN SUBJEKTIF

Ujian esei Pelajar menjawab soalan dalam tulisan/perkataan sendiri Jawapan- satu ayat, beberapa ayat, satu perenggan, beberapa perenggan, satu karangan Pelajar bebas memilih, menerangkan, membentangkan idea-idea dengan perkataan sendiri Pemeriksa memeriksa secara subjektif, holistik, analitik(mengikut kriteria pemarkahan)

JENIS-JENIS SOALAN SUBJEKTIF

Jenis respons terhad o mengandungi soalan yang memerlukan pelajar menulis jawapan secara ringkas o contoh: beri dua faedah mengolah alam semulajadi dengan baik Jenis respons lanjutan o mengandungi soalan yang memerlukan pelajar memberi jawapan dalam satu atau beberapa perenggan o contoh: Huraikan cara-cara mengurangkan vandalisme di kalangan pelajar sekolah dengan merujuk kepada nilai-nilai dalam Pendidikan Moral.

Di bawah soalan jenis respons terhad ada:

Soalan berstruktur o satu siri soalan yang berkaitan dengan sesuatu isu yang dikemukakan satu demi persatu

jawapan yang diberikan merupakan satu penyelesaian kepada isu yang dikemukakan(nilai, sikap, tingkahlaku) Soalan berpandu o mengandungi penggerak-penggerak atau stimuli seperti gambar, peta, carta dan lain-lain o pelajar menjawab berdasarkan penggerak-penggerak yang disediakan
o

Soalan jenis gerak balas lanjutan


soalan jenis perbicaraan memberi peluang kepada pelajar menjawab secara bebas- menghuraikan idea/pendapat secara bertulis sangat sesuai digunakan untuk mengukur proses pemikiran, daya kreatif, keaslian idea, induksi, imaginasi menilai aras yang lebih tinggi (analisis, sintesis, penilaian) Contoh: Huraikan kesan Rumah Hijau kepada penduduk dunia. Rancangkan satu projek amal bakti di sekolah anda. Bezakan di antara tanggungjawab terhadap keluarga dan tanggungjawab terhadap negara.

Pentafsiran soalan subjektif


Skop jawapan soalan terlalu luas Soalan yang menimbulkan perbalahan Kesukaran soalan di luar kemampuan pelajar Soalan terlalu mudah Soalan yang kurang jelas

Panduan menggubal soalan subjektif bagi mata pelajaran Pendidikan Moral


Digubal berdasarkan aspek penting bahan P&P Istilah dan bahasa dalam soalan jelas dan tepat Soalan mesti spesifik dan berlandaskan nilai Ada ciri keesahan-topik, aras kemahiran Ciri keobjektifan jawapan, skema pemarkahan Ciri kebolehpercayaan wajib dijawab

Pembinaan Instrumen Penilaian Dalam Aspek Psikomotor


Pembinaan Instrumen Penilaian Dalam Aspek Psikomotor (Tingkahlaku Moral) Pengenalan

Dalam penilaian tingkahlaku moral, pelajar dikehendaki melakukan sesuatu aktiviti atau perbuatan berkaitan dengan nilai yang telah dipelajari. Penilai atau guru Pendidikan Moral akan memerhatikan tingkahlaku dan gerak-geri pelajar dan bandingan dengan tingkahlaku piawai yang telah disediakan. Dalam penilaian tingkahlaku moral, pelajar diberi satu demanding task dan dikehendaki respon dalam bentuk lisan, bertulis atau mengkonstruk sesuatu produk. Misalnya dalam aspek penyelesaian masalah secara berkumpulan.

Senarai Sub-sub Topik: 1. 2. 3. 4. 5. Ciri-ciri penilaian tingkahlaku moral Ciri-ciri penilaian tingkahlaku yang lain Kepentingan penilaian tingkahlaku moral Pembinaan item penilaian tingkahlaku moral Faktor-faktor yang perlu dipertimbangkan dalam tingkahlaku moral

CIRI-CIRI PENILAIAN TINGKAHLAKU MORAL Menurut Popham,W.J. (2000) pendidik/penilai yang berlainan akan menggunakan phrasa penilaian tingkahlaku untuk merujuk kepada pelbagai cara dalam penilaian untuk bidang ini. Ada pendidik yang menggunakan soalan struktur dan soalan esei untuk penilaian tingkahlaku. Tetapai mana-mana penilaian tingkahlaku harus mempunyai sekurang-kurannya 3 ciri-ciri iaitu:

Kriteria penilaian yang pelbagai (Multiple evaluative criteria) o Tingkahlaku pelajar perlu dinilai berdasarkan lebih dari satu kriteria o Misalnya untuk menilai kerajinan pelajar perlu ada rujukan pada buku latihan P.Moral, tingkahlaku di kelas, di luar kelas dan waktu p & p. Standard berkualiti bagi kriteria yang ditetapkan (Prespecified quality standards) o Kriteria yang hendak dinilai perlu dijelaskan pada pelajar sebelum menilai kualiti tingkahlaku pelajar. o Kriteria yang ditetapkan berdasarkan p & p yang telah dijalankan dalam bilik darjah. Judgmental appraisal o Dalam penilaian tingkahlaku moral, human judgement menjadi faktor utama untuk menilai seseorang pelajar.

CIRI-CIRI PENILAIAN TINGKAHLAKU YANG LAIN

Kebanyakan advocate penilaian tingkahlaku mengatakan penilaian tingkahlaku perlu autentik dan melibatkan dunia sebenar. o the tasks should represent real-world rather than school-world kinds of problems. Penilai tingkahlaku menggunakan frasa authentic assessment kerana penilaian sebegini memberi alternatif kepada penilaian secara tradisional. whats performance to one educator may not qualify as performance to another

Kepentingan penilaian tingkahlaku moral


KEPENTINGAN PENILAIAN TINGKAHLAKU MORAL

Mehren (1992) menggalakkan penggunaan penilaian tingkahlaku moral kerana: o penilaian tingkahlaku moral sesuai digunakan untuk menilai pelajar dari pelbagai peringkat perkembangan moral o kesan dari kognitif psikologi iaitu dipercayai bahawa pelajar perlu kemahiran dari aspek pengetahuan dan proses memperolehi pengetahuan. Proses ini lebih jelas dinilai melalui tingkahlaku. o Pengaruh negatif penilaian konvensional. Penilaian tingkahlaku dapat mencapai matlamat penilaian yang lebih realistik khasnya dari segi moral dan etika.

PEMBINAAN ITEM PENILAIAN TINGKAHLAKU MORAL

Dua komponen perlu disediakan: o tugasan (task) yang perlu dilakukan oleh pelajar o rubrik pemarkahan (scoring guide) untuk menilai tingkahlaku pelajar yang menjalani penilaian tingkah laku moral

FAKTOR-FAKTOR YANG PERLU DIPERTIMBANGKAN DALAM PENILAIAN TINGKAHLAKU MORAL

Penilaian tingkahlaku mengambil tempoh masa yang lama o masa untuk menyediakan tugasan yang sesuai o masa untuk menyediakan rubrik pemarkahan o masa untuk menilai respon pelajar

Pembinaan Item Aspek Afektif


PEMBINAAN ITEM ASPEK AFEKTIF (EMOSI) PENGENALAN

Penilaian afektif berfokus terhadap sikap, nilai, minat dan perasaan seseorang pelajar. Misalnya penilaian pelajar terhadap konsep kendiri mereka sebagai pelajar adalah satu contoh penilaian afektif. Kontras dengan bidang kognitif yang melibatkan aktiviti intelektual pelajar.

Kontras dengan bidang psikomotor yang melibatkan small muscles and large muscles skills

David R. Krathwohl dan rakan-rakan (1964) menghasilkan objektif taksonomi afektif. Tahap Penerimaan Receiving/Attending Ciri-ciri Berkaitan dengan sensitiviti pelajar terhadap kehadiran fenomena atau stimuli yang tertentu Sama ada pelajar ingin menerima stimuli/fenomena yang wujud Terbahagi kepada 3 tahap: o sedar tentang fenomena yang wujud o bersedia untuk menerima fenomena
o

memberi perhatian kepada fenomena

Bergerakbalas Responding

Pada tahap ini, gerakbalas (responses) lebih daripada menyedari tentang fenomena yang wujud Pelajar melibatkan diri secara aktif Kategori ini mereflek pegangan nilai tertentu seseorang pelajar Tingkahlaku pelajar konsisten dalam situasi yang bersesuaian untuk menilai nilai yang hendak dinilai Semasa pelajar internalize values, mereka berhadapan dengan situasi di mana lebih daripada satu nilai boleh diguna. Memerlukan pelajar mengurus dan menyususn nilai-nilai dalam satu sistem agar nilai-nilai tertentu lebih diutamakan. (certain values exercise greater control). Pada tahap yang paling tinggi ini, internalization telah mengambil tempat dalam hiraki nilai seseorang individu hingga tahap dia boleh diperwatakkan sebagai mempunyai set nilai yang tertentu.

Penilaian Valuing

Pengurusan

Perwatakan berdasarkan nilai (Characterization by a value or value complex)

PEMBINAAN ITEM UNTUK PENILAIAN AFEKTIF MORAL


1. Self-report assessment devices

Anderson (1981) menyokong penggunaan penilaian afektif apabila menilai status afektif pelajar. 2. Inventori Likert o Likert (1932) mencipta satu penilaian menggunakan skala yang membolehkan guru-guru Pendidikan Moral menilai pelbagai aspek afektif moral.

o o o o

Dalam Inventori Likert, beberapa pernyataan diberi dan respon diberi dalam bentuk 5, 3 atau 2 pilihan. Contoh pilihan: Ya, Tidak Setuju, Kurang Setuju, Tidak Setuju Sangat Setuju, Setuju, Tidak pasti, Tidak Setuju, Sangat Tidak Setuju

Kesimpulan
KESIMPULAN Secara umumnya, penilaian Pendidikan Moral di bilik darjah perlu menitikberatkan aspek-aspek berikut:

Tujuan penilaian Skop penilaian Pendekatan yang akan digunakan Pelaksanaan Rekod Pelaporan