Está en la página 1de 5

2.

3 Tema Tajuk

Aktiviti Penambahbaikan Pengajaran : : : : : : : Menyiasat Alam Bahan Pengaratan Pengaratan 60 minit 4 Memahami sesetengah bahan boleh berkarat (i) Membezakan antara objek yang berkarat dan tidak berkarat (ii) Mengenal pasti objek yang boleh berkarat

Sub Topik Tempoh Tahun Objektif Pembelajaran Hasil Pembelajaran objek

2.3.1 Kajian Lapangan Aktiviti yang telah saya pilih ialah berdasarkan kaedah kajian lapangan. Berdasarkan topic pengaratan ini, guru membawa murid ke kawasan sekeliling sekolah untuk membuat pemerhatian berdasarkan tajuk pembelajaran. Berikut merupakan langkah-langkah perlaksanaan bagi aktiviti kajian lapangan ini. Langkah Perlaksanaan Kajian Lapangan: 1) Murid berada di dalam kumpulan yang telah ditetapkan. Murid seramai 21 orang dibahagikan kepada empat kumpulan. 2) Murid dibawa ke kawasan sekeliling sekolah untuk membuat pemerhatian terhadap objek yang berkarat dan objek yang tidak berkarat. 3) Setelah itu, murid diminta berbincang dengan ahli kumpulan masing-masing untuk mengelaskan objek-objek yang diperhatikan kepada objek berkarat dan tidak berkarat. 4) Murid menyenaraikan objek-objek yang telah dikelaskan ke dalam jadual. 5) Di dalam sesi P&P juga, guru menyediakan satu ABM iaitu kad gambar dan jadual di papan tulis. 6) Murid diminta menampal kad gambar yang sesuai mengikut kelas yang sesuai sama ada objek berkarat atau objek tidak berkarat.

7) Kemudian,

guru berbincang bersama murid

hasil kerja mereka

untuk

menentukan jawapan yang betul. 8) Murid menyalin semula jawapan yang betul di dalam buku tulis.

Jadual Pengelasan Objek boleh berkarat Objek tidak boleh berkarat

Kad Gambar(Objek)

Cawan kaca

Duit kertas

Jarum

Klip kertas

Sudu plastik

Paku tekan

Paku besi

Pinggan tembikar

2.3.2 Pembelajaran berasaskan projek Selain itu, dalam topik pengaratan ini, strategi pembelajaran berasakan projek atau Project Based Learning (PBL) juga boleh digunakan. Murid dibawa ke sekeliling kawasan sekolah untuk membuat pemerhatuan terhadap pagar sekolah yang telah berkarat. Guru mencadangkan satu pembelajaran berasaskan projek dilakukan. Langkah-langkah pembelajaran berasaskan projek adalah dimulakan dengan fakta, idea, isu pengetahuan dan seterusnya tindakan.

FAKTA

IDEA

ISU PENGETAHUAN

TINDAKAN

Pagar sekolah

Langkah-langkah pengaratan dikenal pasti. FAKTA

pembelajaran

berasaskan

projek

berdasarkan

tajuk

IDEA

ISU PENGETAHUAN Objek-objek yang boleh berkarat diperbuat daripada besi Pengaratan berlaku dengan kehadiran udara dan air -

TINDAKAN

Pintu pagar sekolah berkarat Cat pada pintu pagar telah terkakis Besi pagar tersebut bertukar menjadi warna keperangperangan Permukaan pagar yang berkarat menjadi pudar dan kasar

Hujan lebat setiap hari Udara sekeliling menjadi lembab Pagar sudah lama tidak dicat

Tindakan diambil oleh pihak pentadbir sekolah Mengecat pagar Menyapu gris atau minyak Menyalut atau menyadur dengan logam yang tidak berkarat

Guru mewujudkan pembelajaran berasaskan projek dengan peranan guru sebagai tutor atau fasilitator, manakala murid sebagai pelaksana. Berikut merupakan langkag perlaksanaan pembelakaran berasaskan projek iaitu Projek Mengecat Pagar : 1) Guru menyenaraikan dan membeli bahan-bahan yang diperlukan seperti kertas pasir, berus dan cat untuk mengecat pasir. 2) Murid-murid di dalam kelas tersebut yang terdiri daripada 21 orang dibahagikan kepada 3 kumpulan. 3) Kumpulan 1 ditugaskan untuk mengikis pagar yang berkarat dengan

menggunakan kertas pasir dan pengikis. 4) Kumpulan 2 ditugaskan untuk membancuh dan mengecat pagar. 5) Kumpulan 3 pula ditugaskan untuk membersihkan dan menyimpan alatan serta membersihkan kawasan mengecat.

También podría gustarte