Está en la página 1de 31

SEJARAH ISLAM (LIT 3023) TAJUK : PERKEMBANGAN SISTEM PERUNDANGAN DAN PENTADBIRAN PADA ZAMAN SAHABAT DAN KHILAFAH

NAMA AHLI KUMPULAN : SITI AMINAH BT MOHAMED YUSOF ROSNAZILA BT MOHD NAWI NURUL SHUHADAT BT MOHD DAUD ASMA` BT ZULKIFLI NURHANISAH BT MUSTAFAR D20072031279 D20072031309 D20072031312 D20072031316 D20072031371

NAMA PENSYARAH : USTAZAH HUSNA BINTI HUSSAIN

DEFINISI
Undang-undang : sesuatu peraturan atau keseluruhan peraturan yang digubal (dibuat) oleh
kerajaan dan mesti dipatuhi oleh masyarakat yang berkenaan. Perundangan : yang berhubungan (berkaitan) dengan atau berasaskan undang-undang.

( kamus dewan, edisi keempat)


Pentadbiran : Satu proses yang memusatkan kepada penyelenggaraan, pengawalan dan penyertaan penggunaan sumber-sumber samaada berupa tenaga manusia mahupun bahan

dalam satu sistem yang bersepadu dibentuk untuk mencapai objektif yang telah
ditetapkan. Perbuatan mentadbirkan, pengelolaan, pengurusan dan pemerintahan dengan

adanya pegawai.
( kamus dewan, edisi keempat)

PERUNDANGAN PADA ZAMAN KHULAFA AR-RASYIDIN


Bermula pada tahun 11 Hijrah dan berakhir pada 40 Hijrah. Pada zaman ini berlakunya peluasan kuasa Islam sehingga ke Syria, Jordan, Egypt, Iraq dan Parsi. Masyarakat Muslim dihadapkan dengan sistem yang baru dan berbeza daripada di Madinah, budaya yang asing dan tatacara hidup yang berbeza.

SUMBER PERUNDANGAN ZAMAN SAHABAT


Al-quran - tumpuan khusus diberikan kepada pengumpulan dan pengkanunan al-Quran. Sunnah - tiada sebarang pembukuan sunnah walaupun, setengah-setengah sahabat seperti Umar menyedari kepentingan pengkanunan itu. Ijtihad - Ianya dalam bentuk ijmak dan ar-rayu iaitu pendapat para ulama.

IJTIHAD PARA SAHABAT


KES ORANG MUALAF
- surah al-Taubat ayat 60
- bahagian-bahagian ini ditetapkan oleh Allah s.w.t dan Nabi Muhammad s.a.w sendiri menjalankan sepenuhnya pembahagian ini. - mengatakan mereka tidak lagi berhak dan mereka hendaklah bekerja kuat

HAK MINUM ARAK


Hukuman yang ditentukan yang ditetapkan oleh nas al-quran atau sunnah dan tidak boleh dipinda atau diubah.

Menjalankan hukuman seperti yang ditetapkan oleh nabi muhammad tetapi umar telah menambah kepada 80 kali sebatan
Sama dengan hukuman keatas orang yang menuduh zina

PERKAHWINAN DENGAN PEREMPUAN AHLI KITAB


Al-quran menerangkan kedudukan makanan dan perempuan ahli kitab samaada boleh dimakan atau dikahwini oleh orang Islam. hal ini dihalalkan perkara yang baik-baik dan makanan orang-orang ahli kitab dihalalkan kepada kamu ( orang islam ) dan makanan kamu dihalalkan bagi mereka dan begitu juga dengan perempuan baikbaik ahli kitab sebelum daripada kamuapabila diberi mas kahwinnya. (surah al-maidah ayat 5)

CARA SAHABAT IJTIHAD


Khalifah merujuk kepada al-quran samaada hukum itu ada ataupun tidak dan tiada jawapan mereka merujuk kepada sunnah Nabi Muhammad. Apabila tidak mendapat kesepakatan kesemua sahabat, bilangan majoriti diambil kira. Apabila tiada majoriti khalifah akan mengeluarkan ijtihadnya yang akan menjadi hukum.

PERUBAHAN HUKUM SEBAB (ILLAH), MASA, TEMPAT DAN KEADAAN SESUATU PERISTIWA

Hukum Talak Tiga

Hukum Kesaksian

Penambahan Had Peminum Arak

Hukum Murtad

Habuan Para Mualaf Dari Zakat

HUKUM MURTAD
Zaman Abu Bakar r.a. - Hukum bunuh dijatuhkan keatas orang-orang Islam yang
murtad.

Zaman Umar Al-Khattab r.a.


- Hukum itu tidak dijalankan, bahkan beliau telah melepaskan
raja Ghasan iaitu Jibillah bin Al-Aiham yang telah murtad melarikan diri tanpa dihukum.

HABUAN PARA MUALAF DARI ZAKAT


Zaman Abu Bakar r.a - Semua Mualaf mendapat habuan mereka daripada zakat dan nasnya terang dalam ayat surah al-Taubat. Zaman Umar Al-Khattab r.a - Menggugurkan mereka daripada senarai penerima zakat setelah keadaan berubah dan Islam tidak perlu menarik pemeluk-pemeluk baru dengan memberi bantuan kewangan mengikut cara itu lagi.

PENAMBAHAN HAD PEMINUM ARAK


Zaman Umar Al-Khattab r.a - Hukuman berjalan terus iaitu 40 kali sebatan. - Setelah manusia tidak lagi menghiraukan hukuman yang ringan itu, Khalifah Umar menaikkan hukumannya kepada 80 kali sebat.

HUKUM TALAK TIGA


Zaman Abu Bakar r.a dan permulaan zaman Khalifah Umar r.a.

- Talak tiga dengan satu lafaz dianggap satu talak sahaja.


Zaman Umar Al-Khattab r.a. - Khalifah Umar r.a. mendapati banyak rakyatnya mempermainkan talak tiga itu, setelah bermesyuarat dengan para sahabat, telah memutuskan supaya talak itu jatuh tiga talak walaupun dengan lafaz satu.

HUKUM KESAKSIAN
Zaman Umar Al-Khattab r.a. - Dalam menjalankan dan menjatuhkan sesuatu hukuman terhadap golongan yang bersalah, beliau tidak bertindak sewenangwenangnya tetapi menyiasat dengan teliti kenapakah sesuatu kes atau kejadian itu boleh terjadi. -Contohnya, beliau pernah membebaskan seseorang kerana kesalahan mencuri disebabkan pada zaman itu berlaku kesusahan, kekurangan makanan, kemarau panjang dan seumpamanya yang mengurangkan hasil tanaman.

ZAMAN UMAYYAH

Bermula dari 661 Masehi sehingga 750 Masihi (41H sehingga 132H) Dikenali dengan zaman Tabii.

UNDANG-UNDANG ISLAM PADA ZAMAN BANI UMAYYAH


KEBANGKITAN PEMERINTAHAN BANI UMAYYAH

Bermula selepas Hasan b. Ali menyerahkan kuasa kepada


Muawiyyah.

Kebijaksaan, kepintaran dan tipu helah politik, akhirnya mereka dapat menguasai kepimpinan masyarakat.
Dengan perkembangan ini bermulalah sistem perlantikan kepimpinan Islam secara warisan dan bukan lagi secara syura dan pemilihan umum.

Sambung..

UNDANG-UNDANG ISLAM DALAM PENTADBIRAN KERAJAAN `UMAWI


Mengubah sistem pemerintahan secara syura kepada sistem beraja. Beliau juga telah menolak beberapa pandangan tentang hukum yang dikemukakan oleh ulama kepadanya.

Sambung..

Muawiyah mengetepikan seluruh hukum yang telah diamalkan dan dilaksanakan dalam pentadbiran pemerintahan pada zaman sebelumnya.

HUKUM-HUKUM
Hukum Syara dalam percukaian masih diteruskan seperti kharaj, fai, ghanimah, zakat dan cukai-cukai lain dikenakan oleh pemerintah untuk kepentingan negara.

INSTITUSI KEHAKIMAN
Para hakim di pusat negara dipilih dan dilantik oleh khalifah, dan
di peringkat negeri dipilih oleh wakilnya iaitu Amir atau Wali.

Tugas hakim menyelesaikan pertikaian di samping mengendalikan tugas-tugas lain seperti mengurus dan mengawas harta anak yatim, harta wakaf dan menjalankan tugas keselamatan.

PENTADBIRAN NEGARA
Segala jabatan yang telah sedia ada diteruskan.
Beberapa buah jabatan baru ditambah mengikut keperluannya.

Sambung

TENTERA
MOHOR CUKAI

JABATAN
PERSIAPAN ZAKAT PERHUBUNGAN

ZAMAN ABBASIYYAH
Bermula dengan pelantikan Abu Abbas Abdullah
Assaffah sebagai khalifah.
132 H sehingga 350 H bersamaan 749 M sehingga 961 M. Dikenali juga zaman Tabii Tabiin.

Sambung

Banyak membawa perubahan kepada golongan ulama. Muncul ramai ulama utama yang mengkaji bidang fikah dan mencatatkan mazhab yang lengkap yang dapat dijadikan landasan dalam fatwa dan kehakiman dan menyelesaikan segala permasalahan. Dikenali zaman kematangan bidang perundangan dan zaman kemunculan imam-imam mujtahid. Dianggap sebagai zaman kegemilangan atau golden period.

KEMUNCULAN MAZHAB FEQAH


Al-Quran Saddu Zaraie MAZHAB MALIKI Qiyas Sunnah

Amalan Penduduk Madinah Pendapat para sahabat

Masalih Mursalah

Al-Quran

MAZHAB HANAFI Pandangan qiyas yang luas

Hadis

AlQuran Pendapat Sahabat MAZHAB SYAFEI

Hadis

Qiyas

Ijmak

AlQuran

Qiyas

MAZHAB HANBALI

Hadis

Fatwa para sahabat

FAKTOR-FAKTOR KEGEMILANGAN PERUNDANGAN PADA ZAMAN ABBASIYYAH


Sikap pemerintah yang menekankan kepada feqah dan memberi tumpuan yang lebih kepada fuqaha. Kebebasan berfikir dan mengeluarkan pendapat tanpa disekat atau ditekan oleh pemerintah. Pengaruh pengetahuan dan kebudayaan pelbagai umat. Perluasan wilayah.

STRUKTUR PENTADBIRAN KETENTERAAN

KEHAKIMAN

SISTEM SYURA

MEMAJUKAN SEKTOR PERTANIAN

PEMBAHARUAN YANG DILAKUKAN OLEH KHALIFAH UMAR ALKHATTAB

PERLUASAN WILAYAH ISLAM

SISTEM PERCUKAIAN TANAH DAN TANAMAN

PENGURUSAN TANAH

PERLANTIKAN PEGAWAI WILAYAH

SUMBER PEMERINTAHAN PADA ZAMAN KHALIFAH ARRASYIDIN Al-quran, Al-sunnah Sumber ijmak

CIRI-CIRI PEMERINTAHAN KERAJAAN BANI UMAIYYAH Sistem Pelantikan Pemerintah Kuasa Pemerintah Keadaan Hidup Pemerintah Perpecahan Dalam Kalangan Bangsa Arab

PEMERINTAHAN PADA ZAMAN BANI UMAIYYAH


Muawiyah bin Abi Suffian - telah menggubal beberapa dasar penting dalam negara bagi mentadbir wilayahwilayah yang diperintahnya. - melaksanakan dasar berbaik-baik dengan pemimpin arab yang menjadi penyokong kuat pada khalifah Ali, khususnya daripada keturunan Quraisy di kota Khufah. - mengekalkan sistem pentadbiran yang sedia ada bagi mengelakkan perpecahan dan penentangan. Abdul Malik bin Marwan - pengasas kedua kerajaan Bani Umaiyyah - mempunyai dasar pemerintahan atau dasar pemusatan kuasa yang sangat kukuh, lebih kukuh daripada zaman Muawiyah - pembaharuan dan pembangunan yang dilakukan oleh khalifal Abdul Malik terthadap konsep dan pemerintahannya iaitu pembaharuan politik, ekonomi, sosial dan menghapuskan pemberontakkan dalam negeri.

KESIMPULAN
Sistem perundangan Islam adalah menyeluruh, syumul dan sesuai pada semua zaman dan masa, meskipun berlainan tempat. Islam sebagai agama Allah yang terakhir membawa undang-undang yang paling sederhana, adil dan tidak keterlaluan, sama ada dalam pengharaman sesuatu tindak-tanduk manusia seperti agama Yahudi ataupun penghalalan seperti agama Nasrani Pelaksanaan dan kejayaan dalam pentadbiran yang telah diperkenalkan oleh khalifah Umar berkaitan dengan asas yang telah dilakukan oleh Rasulullah dan khalifah Abu Bakar. Khalifah Umar telah memperkenalkan sistem pemerintahan Islam secara meluas disamping membentuk empayar Islam. Pentadbiran pada khalifah mencapai kegemilangan tidak kira dari semua aspek sehingga hingga zaman Bani umaiyyah, selepas itu kemerosotan kegemilangan pentadbiran sedikit demi sedikit berlaku pada zaman Abbasiyyah.

SEKIAN, TERIMA KASIH

También podría gustarte