Está en la página 1de 4

ASPEK OPERASI PERNIAGAAN

Penyediaan Barang Jualan Pembelian Bahan Mentah Memandangkan perniagaan yang dijalankan oleh Hot Cap Delivery berbentuk pembuatan maka pelbagai bahan mentah perlu kami sediakan, misalnya roti dan daging untuk produk burger serta tepung untuk pembuatan kerepek dan lain-lain. Dalam usaha menyediakan bahan mentah bagi menghasilkan produk utama syarikat iaitu burger, air dan kerepek kami memperolehi bekalan bahan-bahan mentah di sekitar kawasan Serdang seperti kawasan Sri Serdang dan pusat membeli-belah The Mines. Selepas

perbandingan harga dan kualiti barangan dibuat antara beberapa kedai, kami memilih tempat tersebut kerana mudah untuk kami membeli barang-barang pembuatan dengan segera serta harga yang ditawarkan lebih murah. Manakala bahan-bahan mentah untuk kerepek,salah seorang ahli daripada kumpulan kami mendapatkan bekalan bahan mentah dari tempat asalnya di Kelantan apabila dia balik bercuti memandangkan pembuatan kerepek dilakukan di rumah ahli tersebut.

Berikut adalah senarai bahan mentah yang kami dapatkan untuk produk kami iaitu burger, air dan kerepek:

Bahan Roti berger Kepingan Daging Kepingan Ayam Telur Sayur Sos Ais Perisa Minuman Tepung Majerin

Kuantiti

Pemprosesan Barang Jualan Bagi produk utama yang dijual oleh Syarikat Hot Cap Delivery ialah jualan burger. Kami telah menggunakan daging ayam dan daging lembu untuk menyediakan burger kepada pelanggan. Ketika menyediakan burger, kami perlu menggunakan roti burger, sayur-sayuran, marjerin, sos dan mayonis bagi melengkapkan penyediaan burger. Pertama sekali, daging burger perlulah digoreng terlebih dahulu dan perlu masukkan sedikit majerin supaya daging burger tersebut tidak melekat pada kuali. Selepas itu, roti burger haruslah dibelah dua dan disapukan marjerin pada bahagian tengahnya iaitu pada bahagian atas seterunya dibakar supaya lebih enak. Apabila roti burger itu kelihatan kekuning-kuningan, roti tersebut perlu diangkat dan diletakkan diatas bekas polestrin. Selepas itu, sayur-sayuran seperti kubis, timun dan bawang yang telah dipotong perlu disusun dan diletakkan di atas roti serta sos cili juga perlulah diletakkan di atas sayur tersebut. Apabila daging burger telah masak, daging burger tersebut perlulah diletakkan di atas roti yang telah tersedia. Akhir sekali, perlu diletakkan sedikit mayonis bagi menyedapkan lagi burger yang kami sediakan dan seterusnya burger sedia dijual kepada pelanggan. Selain itu, kami juga turut menjual air dan kerepek. Kami telah menjual sebanyak tiga jenis air minuman iaitu air berperisa sarsi, laici dan kiwi yang dicampur dengan natadikoko. Seterusnya kerepek yang kami jadikan jualan

terdapat lima jenis iaitu kuih ros, kuih lidah buaya, kerepek siput, kerepek bawang dan popia goreng.

También podría gustarte