SENARAI KANDUNGAN

BIL.

TA J U K

M U K A S U R AT

1.0

SENARAI KANDUNGAN

1

2.0

BAB 1 : PENGHARGAAN

2

3.0

BAB 2 : PENDAHULUAN

3

4.0

BAB 3 : OBJEKTIF KAJIAN

4

5.0

B A B 4 : K A WA S A N K A J I A N

5

6.0

BAB 5 : KAEDAH KAJIAN

10

7.0

B A B 6 : D A P AT A N K A J I A N

11

8.0

BAB 7 : RUMUSAN KAJIAN

29

9.0

BAB 8 : LAMPIRAN

30

10.00

BAB 9 : RUJUKAN

31

1

BAB 1 : PENGHARGAAN
Saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua pihak yang telah
membantu saya dalam pengumpulan maklumat sehingga terhasilnya laporan kajian ini. Ucapan terima kasih ini ditujukan khususnya kepada ibu bapa saya yang telah banyak memberi dorongan dan sokongan sepanjang kajian ini dijalankan.

Setinggi tinggi perhargaan kepada Encik ________________, guru geografi sekolah ini yang telah memberikan panduan, nasihat, serta bimbangan sepanjang masa kajian ini telah dijalankan. Tidak lupa juga kepada Tuan Pengetua sekolah yang telah memberikan kebenaran untuk menjalankan kajian ini.

Ucapan terima kasih juga ditujukan kepada respoden-respoden yang sudi ditemubual dan memberi maklumat serta kerjasama sepenuhnya semasa kajian ini dijalankan.

Akhir sekali, saya juga ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua rakan-rakan sekelas saya yang telah memberi sokongan dan kerjasama yang sangat membanggakan dalam menyiapkan laporan kajian ini. Semoga kajian ini dapat memberi manfaat kepada semua.

2

BAB 2 : PENDAHULUAN
Nama saya ______________________. Saya adalah pelajar tingkatan _____ di Sekolah _________________________. Saya menjalankan Kerja Kursus Geografi iaitu membandingkan bentuk muka bumi di kawasan ____________, Ipoh, Perak, Malaysia dan dibandingkan dengan Negara Singapura untuk memenuhi keperluan dalam Peperiksaan Menengah Rendah (PMR). Saya memilih kawasan __________________ sebagai kawasan kajian saya adalah kerana saya sudah biasa dengan kawansan ini dan ia dapat memudahkan saya untuk mendapatkan maklumat berkaitan penduduk di sini. Keluarga saya telah tinggal di kawansan ini selama 21 tahun. Kesemua adik-beradik saya telah dilahirkan dan dibesarkan di sini. Saya memilih Negara Singapura sebagai perbandingan pula kerana merupakan Negara jiran kita dan saya mempunyai banyak maklumat Negara ini yang saya perolehi daripada pembacaan buku serta pencarian maklumat di internet. Saya telah mengambil masa selama ______ minggu / bulan untuk menyiapkan kajian ini. Menerusi kajian ini, saya telah mendapat banyak maklumat yang berguna tentang bentuk muka bumi yang dijalankan di kawasan tempat tinggal saya serta di Negara Singapura yang menjadi perbandingan. Ini merupakan suatu pengalaman yang menarik dan meyeronokkan terutama semasa mengumpul dan memdapatkan data serta maklumat untuk kajian ini.

3

Mengenal pasti halangan bentuk muka bumi yang terdapat di ______________ serta halangan bentuk muka bumi yang terdapat di negara Singapura. 6. 2. 4 . Menerapkan nilai-nilai murni dan unsur patriotisme seperti bersyukur dan berbangga terhadap kawasan ______________ khasnya dan negara Malaysia yang tercinta amnya. Mengenal pasti langkah-langkah mengurangkan kesan kegiatan manusia terhadap alam sekitar di kawasan _______________ serta langkah-langkah mengurangkan kesan kegiatan manusia terhadap alam sekitar di negara Singapura. 4. 5. Mengenal pasti kesan kegiatan manusia terhadap alam sekitar di _______________ serta kesan kegiatan manusia terhadap alam sekitar di negara Singapura.BAB 3 : OBJEKTIF KAJIAN Objektif kajian ini dijalankan adalah untuk : 1. 3. Mengenal pasti bentuk muka bumi yang terdapat di kawasan Gunung Rapat Ipoh Perak Malaysia serta bentuk muka bumi yang terdapat di negara Singapura. Mengenal pasti potensi bentuk muka bumi yang terdapat di ____________ serta potensi bentuk muka bumi yang terdapat di negara Singapura.

adalah sebuah pekan terletak lebih yang berhampiran 5 km minit dari ke dengan pusat Bandaraya Ipoh. Dialek Cina Kantonis adalah bahasa pengantar orang-orang Cina di sini. Gua-gua ini merupakan landmark kepada kawasan Gunung Rapat. Bandaraya ini yang terletak kira-kira 200 km ke utara Kuala Lumpur merupakan bandaraya keempat terbesar di Malaysia. Ia dikenali dengan nama Gunung Rapat kerana terdapat beberapa gunung atau gua di sepanjang Jalan Gopeng. Ia dibuka sekitar tahun 1888.Secara umumnya kawasan Gunung Rapat adalah kawasan tanah rata. walaupun terdiri daripada kebanyakan kumpulan dialek Cina Hakka. pekan ini dibanjiri dengan suasana yang meriah di mana banyak keluarga orang Cina membuat perayaan menyembah Tuhan sama ada di hadapan rumah sendiri atau pun pergi ke tokong-tokong gua di Gunung Rapat. Gunung Rapat pusat bandaraya pusat bandaraya Ipoh dan mengambil masa kira-kira kurang 10 Ipoh. Kawasan Gunung Rapat mempunyai ketinggian aras laut sebanyak 21. dan Cina Kantonis. maka apabila tibanya perayaan orang Cina seperti Tahun Baru Cina dan beberapa perayaan agama Buddha dan Tao. Kawasan kajian Gunung Rapat. dan merupakan ibu negeri dan pusat pentadbiran Perak Darul Ridzuan.95m.Oleh kerana kebanyakan penduduk di kawasan Gunung Rapat adalah orang-orang Cina. Penduduk di kawasan Gunung Rapat terdiri daripada majoriti kaum Cina. 5 .BAB 4 : KAWASAN KAJIAN Ipoh ialah sebuah bandaraya yang terletak dalam Daerah Kinta.

6 .Seterusnya. terletak antara Malaysia dan Indonesia. Koordinat geografinya adalah 1°18′ U 103°51′T. Singapura memiliki jumlah daerah daratan 692. Singapura merupakan negara kota pulau yang kecil.negara bandingan saya adalah Negara Singapura. Kemudian menjadi salah satu negara makmur dunia dengan hubungan perdagangan antarabangsa yang kuat. Terpisah dari Indonesia oleh Selat Singapura dan dari Malaysia oleh Selat Johor. Iklim negara ini adalah khatulistiwa iaitu panas dan lembab sepanjang tahun. Bergabung dengan Federasi Malaya pada 1963 namun berpisah 2 tahun kemudian dan menjadi negara merdeka. Singapura dibuka sebagai koloni perdagangan Inggris pada 1819. Titik terendah di Singapura adalah di Selat Singapura yang berketinggian 0 m dari aras laut manakala titik tertingginya adalah di Bukit Timah iaitu setinggi 164 m dari aras laut. dan dijadikan kota di Asia Selatan.7 km² dan 193 km garis pantainya.

Kawasan Kajian Dalam Peta Ipoh PETUNJUK : KAWASAN KAJIAN: Gunung Rapat 7 .

Peta Singapura 8 .

Peta Lakar Kawasan Gunung Rapat Ipoh U PETUNJUK : 9 .

10 . saya telah memerhatikan jenis Bentuk muka bumi di kawasan Gunung Rapat Ipoh. Internet Saya telah melayari internet untuk mendapatkan isi isi yang penting bagi menyiapkan kerja khusus ini. Saya telah menjalankan pemerhatian bersama rakan saya tentang bentuk muka bumi 2. Pemerhatian Selama menjalankan kajian ini. Temu bual Saya juga telah menemu bual beberapa orang penduduk di kawasan kajian saya bagi mendapatkan maklumat dengan lebih terperinci. 3. Kaedah soal selidik Saya telah menemuramah seramai 20 respoden yang terdiri daripada penduduk di sekitar kawasan kajian dengan menggunakan borang soal selidik. 5. Kaedah Rujukan Rujukan Buku Ilmiah Saya telah menggunakan pelbagai sumber-sumber buku rujukan bagi memastikan mendapat fakta atau data yang tepat dan terperinci. 4.BAB 5 : KAEDAH KAJIAN 1.

Ipoh merupakan sebuah kawasan tanah mula dibuka sekitar tahun 50 yang lalu. terdapat juga sebatang sungai iaitu Sungai Pinji yang mengalir di antara pinggir kawasan Gunung Rapat iaitu berdekatan dengan Kampung Sungai Rokam. Ling Sen Tong dan kek Lok Tong merupakan antara gua-gua tokong-tokong ternama di Ipoh terletak di kawasan Gunung Rapat. Pandang darat pamah. Di antaranya .Nam Tin Tong. Pokok-pokok yang besar-besar dan tumbuh-tumbuhan yang hijau segar ini membuat kawasan Gunung Rapat kelihatan amat indah dengan pemandangan flora yang menarik. Koon Yam Tong. Taman Gunung View,Taman Pinggir Perdana dan beberapa taman perumahan yang lain. Sam Poh Tong. Kawasan ini fizikal adalah sebuah kawasan yang rata dengan beberapa gunung atau gua di dalamnya.BAB 6 : DAPATAN KAJIAN Jenis Bentuk Muka Bumi di Kawasan Gunung Rapat Ipoh dan Negara Singapura Kawasan kajian Gunung Rapat. maka terdapat banyak pokok-pokok dan tumbuh-tumbuhan di sekeliling gunung-gunung ini. sebuah kampung Orang Melayu dengan pusat bandaraya Ipoh. 11 . Keunikan fizikal ini telah menyebabkan suhu di kawasan ini agak nyaman dan sejuk terutama kawasan di taman perumahan yang dibina berhampiran dengan gunung-gunung seperti Taman Saikat. Oleh kerana terdapat gunung-gunung di kawasan Gunung Rapat. Di samping itu.

berhampiran dengan Negeri Johor Darul Takzim dan Kepulauan Riau (Indonesia). Pulau Ubin dan Pulau Sentosa adalah pulau-pulau yang besar di antara pulau-pulau Singapura. 12 . Sejak tahun 1960an. Contohnya . Singapura telah menjalani projek penebusgunaan tanah. Negara Singapura adalah sebuah negara yang kecil dengan keluasan tanahnya 692.7 km. Singapura mengandungi 63 pulau termasuk tanah besar Singapura . Sebahagian besar tanah di kawasan pinggir laut di Singapura diperolehi dengan menebus pantai yang berhampiran dengannya. Pulau Tekong. adalah sebuah bandar yang pesat membangun. Kini. Puncak tertinggi di Negara Singapura ialah Bukit Timah dengan ketinggian 166 m (545 kaki). Di bahagian selatan Singapura. kerajaan Singapura memulakan projek petempatan yang sempurna di kawasan pinggir laut. iaitu dikenali sebagai Downtown Core masa kini. tanah yang berhadapan dengan Villa Haw Paw adalah pantai.Negara bandingan. Pulau Jurong. berhampiran dengan muara Sungai Singapura. Kawasan pinggir laut di Singapura kebanyakan digunakan untuk tujuan rekreasi. Perbandaran yang pesat maju telah mengakibatkan banyak hutan hujan yang utama dibangunan untuk petempatan. hanya sebuah kawasan hutan hujan yang masih tinggal ialah Bukit Timah nature Reserve. Republik Singapura ialah sebuah negara di Asia Tenggara yang terletak di penghujung Semenanjung Malaysia. Terdapat lebih kurang 23% daripada tanah di Singapura terdiri daripada hutan hujan tropikal dan tanah simpanan semulajadi. contohnya di Taman Labrador.

13 . Saya amat bertuah kerana tinggal di negara ini kerana pembangunan kebanyakan kawasan di negara ini sebenarnya adalah setanding dengan pembangunan yang terdapat di negara yang saya bandingkan. Jesterunya.Tanah-tanah diperolehi daripada bukit-bukit di dalam negara itu sendiri.8 kaki persegi) hari ini dan dijangka bertambah lagi keluasan 100 km² (38. diperolehi daripada dasar laut dan juga dibeli daripada negara jiran yang lain.5 km2 (224. saya berasa bersyukur kerana dapat tinggal di kawasan gunung rapat yang berbentuk tanah pamah kerana mempunyai pelbagai ciri fizikal dan pelbagai kegunaan. keluasan Negara Singapura bertambah dari 581. contohnya Pulau Jurong.5 batu persegi) dalam tahun 1960an kepada 704 km2 (271.6 batu persegi) pada tahun 2030 Projek penembusgunaan tanah kadang-kadang melipatkan sesetengah daripada pulau-pulau yang kecil dicantumkan menjadi dataran yang lebih berfungsi. Selepas mengkaji bentuk muka bumi di kedua-dua kawasan.

Selaras dengan perkembangan ekonomi yang pesat. Taman Rapat. Ipoh merupakan sebuah kawasan tanah pamah yang rata. Rapat Setia dan Taman Ipoh Jaya. 14 . Kampung Tersusun Gunung Rapat merupakan petempatan yang pertama di Gunung Rapat. petempatan yang moden seperti taman-taman perumahan telah didirikan dengan pesatnya di Gunung Rapat. semangkin ramai orang berpindah ke kawasan Gunung Rapat kerana lokasinya yang berhampiran dengan pusat Bandar Ipoh memudahkan peluang mendapat pekerjaan. Pekan Gunung Rapat merupakan sebuah kawasan petempatan yang baik.Potensi Bentuk Muka Bumi di Kawasan Gunung Rapat Ipoh dan Negara Singapura GUNUNG RAPAT : FUNGSI PETEMPATAN Gunung Rapat. terdapat banyak petempatan yang diduduki oleh berbilang bangsa. Kampung Tersusun Sungai Rokam yang terletak di kawasan Gunung Rapat juga merupakan sebuah lagi petempatan yang pesat dengan kebanyakan penduduknya orang Melayu. termasuk Taman Hill View. Taman Song Choon. Selain daripada itu. Di dalam kawasan Gunung Rapat. Di antaranya. banyak projek perumahan telah diusahakan dan taman-taman perumahan seperti Taman Golf. Sehingga hari ini. Menjelang tahun 80an. terdapat lebih daripada 50 taman perumahan di kawasan Gunung Rapat. Seawal tahun 70an. Taman Harilela dibuka. Kebanyakan penduduk di Kampung tersusun Gunung Rapat terdiri daripada orang Cina.

Gunung Rapat mempunyai sistem pengangkutan yang sempuran. selain dari Jalan Gopeng yang menghubungi Gunung Rapat dengan Bandaraya Ipoh. Selain daripada itu. Di samping itu terdapat sebuah kilang getah di Gunung Rapat. Lokasi Gunung Rapat yang strategik menjadikan ia sebuah kawasan yang mudah dihubungi. Selain daripada itu. Sama ada kenderaan berat atau pun kenderaan ringan dapat melalui kawasan ini. Terdapat beberapa kebun sayur yang kecil diusahakan oleh orang Cina terletak di Kampung Tersusun Gunung Rapat dan juga di tanah lapang yang berhampiran dengan Gua Kek Lok Tong dan Taman Gunung View. 15 . terdapat juga beberapa bengkel memperbaiki kereta di kawasan Gunung Rapat. Perindustrian biskuit Hong Piah diusahakan oleh penduduk Cina di Kampung Tersusun Gunung Rapat secara kecil-kecilan. tidak banyak pertanian diusahakan. Foto : Gua Kek Lok Tong. Jalan Diary juga menghubungi Gunung Rapat dengan Bandaraya Ipoh. Keadaan fizikal kawasan Gunung Rapat yang baik dengan tanah yang rata memudahkan pengangkutan. kawasan Gunung Rapat juga merupakan sebuah kawasan perindustrian kecil yang terkenal dengan penghasilan biskuit Hong Piah.GUNUNG RAPAT : FUNGSI JARINGAN PENGANGKUTAN Oleh kerana kawasan Gunung Rapat berada pada lokasi yang strategik iaitu berhampiran dengan pusat bandar Ipoh. Walaupun Gunung Rapat sebuah kawsan tanah pamah.

Oleh kerana negara Singapura kekurangan tanah dan sumber alam semulajadi. contoh. 16 . penapisan minyak. penyulingan air. malah ia juga merupakan satu keperluan ekonomi kepada negara itu. maka pelabuhan Singapura bukan sahaja merupakan satu sumber ekonomi yang penting. Pelabuhan Singapura merupakan pelabuhan dunia yang sibuk. Foto : Pelabuhan Keppel di Singapura. Kegiatan-keguatan ini mendatangkan hasil pendapatan yang lumayan kepada negara ini. Pelabuhan Keppel. kawasan pinggir laut di Singapura merupakan salah sebuah perlabuhan perdagangan yang terkenal di dunia. dan Sembawang merupakan terminal-terminal perkapalan yang utama di kawasan pinggir laut di negara ini. Ipoh. Pelabuhan Singapura adalah kritikal untuk mengimpot masuk bahan-bahan mentah atau pun sumber asli dan selepas itu mengekspot semula bahan-bahan yang telah diubahsuai atau disiap bina dalam beberapa keadaan dan bentuk. Perlabuhan seperti Pasir Panjang.SINGAPURA : FUNGSI PELABUHAN UTAMA Berbanding dengan kawasan tanah pamah Gunung Rapat. Jurong.

Pulau Sentosa. Foto : Merlion. Pulau Sentosa Singapura. Ia mempunyai lebih kurang 20 kawasan tarikan pelancong seperti Fort Siloso. namun di kawasan Gunung Rapat juga mempunyai tarikannya yang tersendiri seperti gugugan bukit batu kapur yang indah. iaitu satu galeri yang dibina untuk memperingati kesan Perang Dunia Kedua. Calsberg Sky Tower telah dibina di mana seluruh pelawat dapat melihat pulau Sentosa. saya bersyukur bahawa dapat tinggal di kawasan Gunung Rapat yang mempunyai pelbagai potensi yang menyelesakan penduduk di kawasan setempat. Selepas mengkaji potensi muka bumi di kedua-dua kawasan. satu destinasi pelancongan yang terkenal yang terletak di bahagian selatan Singapura telah menarik lebih kurang 5 juta pelawat setiap tahun. Walaupun Singapura mempunyai Pulau Pelancongan yang indah seperti Pulau Sentosa. Baru-baru ini. pemandang Singapura juga akan mempunyai dua lagi resot persepadu dengan casino pada tahun 2010. 17 . Saya amat berbangga tinggal di kawasan ini. satu terletak di Marina Bay dan satu lagi di Pulau Sentosa.SINGAPURA : FUNGSI PELANCONGAN Industri pelancongan Singapura merupakan industri yang utama di mana berjuta-juta pelawat melawat ke negara itu setiap tahun.

dengan beberapa kawasan yang agak tinggi dan beberapa kawasan tanah rendah. Apabila hujan terlalu lebat. air hujan dari tanah tinggi akan mengalir ke tanah yang rendah. kerana perlakuan manusia yang membuang sampah ke dalam sungai itu. Sungai Pinji yang mengalir melalui belakang Taman Pinji Perdana ada kalanya melimpah keluar ke tebing kerana air sungai yang penuh tambahan pula pengliran air yang tidak lancar. terdapat beberapa bahagian di kawasan Gunung Rapat menghadapi masalah takungan air pada musim hujan. terutama apabila hujan sangat lebat. . Contohnya. selalu berlaku banjir Keadaan ini mengakibatkan sesakan lalu-lintas. maka pada musim hujan. biasanya parit-parit di kawasan itu adalah parit-parit yang kecil dan cetek seperti yang berlaku di taman perumahan Pekan Razaki dan Kampung Sungai Rokam. 18 . Taman Song Choon yang terletak di atas bukit kecil. air hujan yang lebat mengalir turun ke bawah jalan raya di sepanjang Jalan Gopeng berdekatan dengan Gua Lin Sin Tong. Di samping itu.Halangan Bentuk Muka Bumi di Kawasan Gunung Rapat Ipoh dan Negara Singapura GUNUNG RAPAT : HALANGAN KAWASAN BANJIR Oleh kerana kawasan Gunung Rapat sebuah kawasan tanah pamah. kerana air hujan yang berlebih tidak sempat diserap oleh tanah dan juga kerana masalah perparitan yang tidak begitu sempurna.

Kawasan perindustrian ringan Kinta Jaya yang terletak di belakang Hotel Hillcity mempunyai beberapa puluh kilang kecil. apa yang tinggal adalah keindahan buatan manusia yang tidak setanding dengan keindahan semulajadi. terdapat banyak pantai-pantai yang menarik seperti Pulau Tioman. Pinggir pantai Singapura diusahakan dengan projek penebusgunaan tanah untuk menambah keluasan negara. Tidak seperti Malaysia. ia semakin kehilangan muka atau pun pemandangan yang semulajadi. Di antaranya ialah kekurangan pantai-pantai yang cantik dan menarik.GUNUNG RAPAT : HALANGAN PENCEMARAN Kawasan Gunung Rapat juga menghadapi masalah pencemaran. 19 . SINGAPURA : HALANGAN BENTUK MUKA BUMI KURANG MENARIK Negara bandingan kawasan pinggir laut negara Singapura juga menghadapi halangan daripada bentuk mukanya. iaitu setelah dijemur matahari dan dibasahi air hujan mengeluarkan bau yang busuk yang menjejas kesihatan penduduk. adalah di sepanjang jalan raya dan ada yang terbiar di dalam tong sampah MBI. Pantai Port Dickson. walaupun tahap pencerman itu tidak begitu serius. Sistem pembuangan bahan buangan yang tidak sempurna dari kilang-kilang mengakibatkan sampah sarap bertimbun-timbun dibuang merata-rata. dengan projek-projek pembangunan ini. Pantai Desaru dan lain-lain lagi menghalang Singapura daripada menjadi destinasi alam semula jadi dalam industrian pelancongan. Sampah sarap yang tidak diuruskan dengan baik. ada yang dibuang ke dalam longgang.

kediaman atau pun perindustrian yang membawa pendapat kepada negara. Selepas mengkaji halangan muka bumi di kedua-dua kawasan. Oleh kerana tidak ada kawasan hutan serta kawasan tanah tinggi di negara Singapura. 20 . cuaca di negara itu agak panas. Bukit-bukit diratakan dan tanah yang diperolehi itu digunakan untuk menjadi tanah yang berfungsi untuk membuat petempatan. Oleh kerana Singapura sebuah negara yang kecil. iaitu 1 atau 2 darjah lebih tinggi berbanding dengan kawasan tanah rata di Malaysia. maka. Ini membuatkan saya lebih mencintai negeri dan negara kelahiran saya. kerajaan Singapura telah berusaha untuk menambah keluasan negara dengan menjalankan projek penebusguna tanah.SINGAPURA : HALANGAN KEKURANGAN SUMBER HUTAN Halangan muka bumi negara Singapura yang kedua ialah kekurangan bahan atau pun seumber-sumber semula jadi terutamanya sumber hutan. maka bukit-bukit yang terdapat di Singapura digunakan dengan projek tersebut. saya bertekad akan lebih menghargai alam sekitar kerana halangan yang terdapat di kawasan kajian saya seperti masalah banjir dan pencemaran sebenarnya berpunca daripada kecuaian manusia sendiri. Namun begitu saya ingin berterima kasih kepada pihak kerajaan tempatan kerana berusaha menyelesaikan masalah masalah tersebut untuk keselesaan penduduk di kawasan kajian saya.

Berikut ditunjukkan hasil soal selidik tersebut dalam bentuk jadual dan graf bar : BILANGAN RESPONDEN MENANDA √ Hakisan tanah 3 Longgokan sampah sarap 14 Pencemaran udara 18 Pencemaran air 12 Perubahan landskap 15 Banjir kilat 10 Jadual : Jenis Kesan Kegiatan Manusia Yang Berlaku di Kawasan Gunung Rapat Sumber : Soal Selidik 20 orang responden. didapati bahawa terdapat beberapa kesan kegiatan manusia terhadap alam sekitar di sekitar kawasan kajian. JENIS KESAN YANG BERLAKU Jenis Kesan Kegiatan Manusia Yang Berlaku di Kawasan Gunung Rapat 20 18 18 16 14 14 12 Bilangan PETUNJUK Hakisan tanah 15 Longgokan sampah sarap Pencemaran udara 10 12 10 8 6 4 2 0 Jenis-Jenis Kesan Pencemaran air Perubahan landskap Banjir kilat 3 Graf Bar : Jenis Kesan Kegiatan Manusia Yang Berlaku di Kawasan Gunung Rapat 21 .Kesan Kegiatan Manusia Terhadap Alam Sekitar di Kawasan Gunung Rapat Ipoh dan Negara Singapura Berdasarkan soal selidik yang telah saya jalankan ke atas 20 orang responden.

Selain udara yang berdebu atau kotor juga masalah yang telah saya kenal pasti di kawasan ini. Dahulunya. masalah ini berpunca daripada kilang-kilang yang terdapat di kawasan ini yang mengeluarkan asap. Namun. itu semua berubah selepas pertumbuhan ekonomi di kawasan ini meningkat dengan mendadak. Ini berpunca akibat sesetengah pihak pemaju yang memajukan kawasan ini. Di samping itu kenderaan berat seperti lori-lori yang melintas di kawasan perindustrian mengakibatkan debu berterbangan terutama pada musim cuaca kering. pihak daripada kilang juga turut terlibat mengenai kesan-kesan ini. Mereka telah membuang bahan lebihan yang tidak digunakan lagi ke dalam sungai seperti kayu-kayu atau simen. dan ada juga yang tersangkut. Selain itu. Ada pihak kilang telah membuang sampah sarap ke dalam sungai. Pencemaran sungai seperti di Sungai Pinji yang kotor dan berbau adalah salah satu kesan negatif yang berlaku. Pembuangan sisa-sisa toksik dan bahan kimia pula telah memberikan kesan yang sangat buruk terhadap sungai di kawasan ini.GUNUNG RAPAT : KESAN PENCEMARAN Kegiatan ekonomi di kawasan ini turut memberi kesan-kesan yang negatif terhadap Gunung Rapat. Ada juga yang membuang sisa-sisa toksik atau kimia ke dalam sungai. sungai ini bersih dan jernih serta selamat digunakan. Ini dapat menjejaskan kualiti sungai yang menjadi kediaman bagi ikan-ikan. 22 . Terdapat banyak sampah sarap sekitar sungai. Ada yang hanyut dibawa arus. Menurut pemerhatian saya.

Sungai sungai tersebut telah bertukar warna serta menjadi kotor akibat kgiatan manusia di sekitarnya. landskap kawasan ini telah berubah dari kawasan yang banyak pokok kepada kawasan yang mempunyai banyak bangunan serta kilang. semakin banyak pokok ditebang untuk memajukan kawasan ini dan kawasan bukit batu kapur turut diganggu untuk tujuan pelancongan serta dijadikan kuari. Foto : Pencemaran Sungai di Singapura. air dari kawasan pembentungan serta aliran air dari kawasan penternakan babi serta itik. Sungai Whampoa dan Sungai Rochor di Singapura dikenalpasti telah tercemar akibat aktiviti seperti pembuangan sampah. Dahulunya kawasan ini adalah kawasan hutan yang ditumbuhi tumbuhan semulajadi serta mempunyai deretan bukit batu kapur yang indah. 23 . Namun sekarang.GUNUNG RAPAT : KESAN PERUBAHAN LANDSKAP Kesan perubahan landskap turut berlaku di kawasan Gunung Rapat. Akibatnya. SINGAPURA : KESAN PENCEMARAN SUNGAI Singapura turut mempunyai sungai-sungai yang tercemar akibat kegiatan manusia. Sungai seperti Sungai Kallang.

projek tersebut sering kali membawa bantahan daripada negara Malaysia kerana dikatakan projek-projek tersebut telah mengubah arus laut di sekeliling pantai yang berdekatan dengan negara itu. Seperti yang kita sedia maklum. Bagi mengelakkan berlakunya keadaan-keadaan seperti di atas.SINGAPURA : KESAN PERUBAHAN LANDSKAP Perubahan lanskap juga turut berlaku akibat kegiatan manusia terhadap alam sekitar di Singapura. Kita seharusnya peka kepada masalah dan isu yang dihadapi di persekitaran kita. kerajaan Singapura telah menjalankan projek penebusgunaan tanah dengan menambak laut di pingir pantai. Kita seharusnya bersyukur dengan segala kemudahan yang disediakan oleh pihak kerajaan. 24 . kita hendaklah sama-sama menjaga alam sekitar kita agar tidak tercemar dan sebagainya. Kita juga mestilah mematuhi peraturan dan undang-undang yang ditetapkan dan tidak melakukan sesuatu perkara yang menyalahi undang-undang dengan sewenang-wenangnya.

Tambahan pula. Selain itu. masalah sampah berbau juga semakin berkurang dan tiada lagi anjing liar yang menyelongkar sampah. Asap yang dilepaskan pula haruslah ditapis terlebih dahulu agar tidak tercemar udara. Pihak kilang pula tidak sepatutnya menjadikan sungai sebagai tempat pembuangan. sisa-sisa toksik dan sampah sarap ke dalam sungai dan melepaskan asap kotor dan berbahaya yang tidak bertapis ke udara. Ini turut diakui oleh En. Ini dapat mengelakkan sistem perparitan atau sungai sebagai tempat pembuangan sampah.Langkah-Langkah Mengurangkan Kesan Kegiatan Manusia Terhadap Alam Sekitar di Kawasan Gunung Rapat Ipoh dan Negara Singapura GUNUNG RAPAT : LANGKAH MENGURANGKAN KESAN PENCEMARAN Kerajaan telah menggubal pelbagai undang-undang untuk melindungi alam sekitar agar alam sekitar semakin terjaga dan terus dapat dinikmati sehingga zaman akan datang. 25 . Arifin Mansor. Menurut beliau. seorang responden yang saya temubual. pihak berkuasa sepatutnya mendenda kilang-kilang yang cuai melakukan pencemaran terhadap alam sekitar seperti membuang bahan kimia. Begitu juga kepada pihak pemaju kawasan ini. Mereka seharusnya tidak dijadikan sungai sebagai tempat pembuangan sisa-sisa atau bahan lebihan. Dengan pertingkatkan jadual pengutipan sampah di kawasan ini. pihak kerajaan sepatutnya perbanyakkan lagi tong sampah atau tingkatkan jadual pengutipan sampah oleh pihak Majlis Bandaraya Ipoh di kawasan ini. kawasan ini semakin bersih daripada sampah sekiranya dibanyakkan lagi tong sampah.

Menurut beliau lagi kawasan Gunung Rapat seharusnya mempunyai kawasan hijau untuk memastikan ekosistem di kawasan ini seimbang. S.Doraisamy iaitu salah seorang lagi responden yang telah saya temubual menyatakan beberapa langkah-langkah untuk mengatasi masalah pencemaran yang berlaku pada Gunung Rapat. Cadangan beliau adalah:   Mengadakan gotong-royong membersihkan Kawasan Gunung Rapat Mengadakan kempen kesedaran Pelbagai pihak termasuk para penduduk serta pihak swasta dan kerajaan turut sama dalam aktiviti gotong-royong bagi mengindahkan kawasan ini.htm .En. perubahan landskap yang berlaku di kawasan Gunung Rapat ini boleh diatasi dengan menanam semula pokok dengan banyak. Walaupun terdapat banyak pembangunan yang berlaku di sekitar kawasan ini. Menurut laman web kerajaan Singapura telak melaksanakan Projek Membersih Sungai (Clean River Project) untuk memastikan sungai sungai yang telah tercemar kembali menjadi bersih.edu. 26 . Dengan aktiviti gotong-royong ini dapat mengeratkan lagi hubungan antara kaum yang majmuk di kawasan ini selain memupuk budaya menjaga kebersihan alam sekitar kepada para penduduk terutamanya kepada generasi muda. Lee Peng Siang yang juga telah saya temubual. GUNUNG RAPAT : LANGKAH MENGURANGKAN KESAN PERUBAHAN LANDSKAP Menurut En.sg/learn@/singaporerivertrail/sec/G041_Dunman_Sec/river_cleaning. kita tidak seharusnya mengabaikan tanggungjawab kita kepada alam sekitar. SINGAPURA : LANGKAH MENGURANGKAN KESAN PENCEMARAN SUNGAI http://www1.moe.

Setelah menghuraikan langkah-langkah yang boleh diambil untuk mengurangkan kesan kegiatan manusia terhadap alam sekitar di kedua-dua kawasan. 27 . Selain itu. Setelah itu. Pembangunan yang pesat adalah perlu namun kita juga harus menjaga alam sekitar supaya tidak dirosakkan. saya berpendapat kita sebagai anggota masyarakat seharusnya peka dengan isu-isu yang melibatkan alam sekitar. kawasan tersebut akan sentiasa terpelihara keaslian landskapnya. Kawasan yang diwartakan sebagai tapak warisan alam tidak boleh diganggu oleh sebarang pembangunan yang akan merosakkan landskap kawasan tersebut.Mereka telah mengenalpasti kawasan yang menjadi punca pencemaran sungai ini seperti kawasan perindustrian . Kita juga harus memainkan peranan yang aktif dalam memastikan alamsekitar kita terjaga dan terpelihara. ladang-ladang ternakan babi dan itik. Oleh yang demikian. ada antara kawasan tersebut telah dipindahkan ke kawasan baru dalam penstrukturan semula kawasan sekitar sungai. kita juga harus menyokong usaha-usaha kerajaan dalam kempen-kempen penjagaan alam sekitar dan sentiasa berganding bahu memastikan negara yang tercinta ini kekal sebagai warisan alam selama-lamanya. mereka boleh mewartakan kawasan pinggir laut mereka sebagai tapak warisan alam yang harus dipelihara. penjaja jalanan serta kawasan pasar yang sering menyalurkan bahan buangan terus ke sungai. Projek ini telah berjaya menjadikan sungai-sungai yang tercemar kembali manjadi bersih. SINGAPURA : LANGKAH MENGURANGKAN KESAN PERUBAHAN LANDSKAP Untuk mengurangkan kesan perubahan landskap di kawasan penambakan tanah di sekitar pinggir laut di Singapura.

kajian ini telah memberikan banyak kesan yang positif. Kajian ini juga memberi saya maklumat tentang potensi bentuk muka bumi yang terdapat di kawasan Gunung Rapat serta potensi bentuk muka bumi yang terdapat di Negara Singapura. saya telah lebih mengetahui tentang jenis dan bentuk muka bumi di kawasan Gunung Rapat serta di negara Singapura. Selain itu saya juga dapat mengenalpasti halangan bentuk muka bumi yang terdapat di kawasan Gunung Rapat serta halangan bentuk muka bumi yang terdapat di Negara Singapura. Akhir sekali saya turut mengetahui kesan kegiatan manusia terhadap alam sekitar di kawasan Gunung Rapat serta di Negara Singapura dan juga dapat mengenalpasti langkah-langkah mengurangkan kesan kegiatan manusia terhadap alam sekitar di kawasan Gunung Rapat serta di Negara Singapura Kajian ini juga telah menyedarkan saya bahawa kita seharusnya merasa bersyukur terhadap persekitaran kita. kawasan tempat tinggal saya serta negara kita adalah jauh lebih bertuah kerana mempunyai kegiatan ekonomi yang amat baik serta kemudahan yang sempurna serta penduduk yang harmoni. 28 . Oleh yang demikian kita seharusnya menghargai apa yang ada dan menyayangi negara kita sedalam-dalamnya. Melalui kajian ini. Persekitaran yang terpelihara mencerminkan penduduknya yang sentiasa menghargainya. Jika dibandingkan dengan kawasan-kawasan yang kurang bernasib baik.BAB 7 : RUMUSAN KAJIAN Sesungguhnya.

Surat pengenalan diri untuk menjalankan kajian. Borang temubual Panduan Penulisan Kerja Kursus Geografi Rujukan-rujukan yang difotostat atau dicetak dari internet 29 .BAB 8 : LAMPIRAN Surat kebenaran menjalankan kajian. Borang soal selidik.

sg/learn@/singaporerivertrail/sec/G041_Dunman_Sec/river_cleaning.com/doc/3295505/Langkahlangkah-mengurangkan-Kesan-Kegiatan-Ekonomi http://www.sabah. 63 Jalan Wirajaya Barat 66. Buku Teks Geografi Ting. Gunung Rapat Ipoh. Gunung Rapat. Ipoh. 17 Persiaran 34 Taman Strawbery. Bhd. 2006. Arifin Mansor. Bhd. 2000.my/bm/kenali_sabah/alam_pencemaran.scribd. Khaw Ah Seng. No. No. Gunung Rapat Ipoh. 3. 2.org. Kuala Lumpur : PTS Publications And Distributors Sdn. 49 tahun. En.my/tutor/arkib2002. 1328 Jalan Besar.scribd. 2004.BAB 8 : RUJUKAN Rujukan dari Buku Teks / Buku Ilmiah Abdul Aziz Bin Abdul Rahman. No. 58 tahun. Lim Jin Fou.moe. Tah Koh Lim. 53 tahun.asp http://www1. Laman Web http://www.tutor.edu. Kuala Lumpur : Penerbit Fajar Bakti Sdn. Lee Peng Siang.com/post/1969953506 http://www. En. En.asp?e=PMR&s=GEO&b=FEB&m=1&r=m&i=NOTA http://kudeed.tblog.com/doc/3104555/Folio-Geografi-PMR-2008-Jaringan-Pengangkutan http://www. Atlas Eksplorasi Geografi KBSM.com. Bhd. 3. Kuala Lumpur : Penerbit Fajar Bakti Sdn. Habibah Hj Lateh. Rujukan dari Orang Sumber 1. Pendidikan Sivik Dan Kewarganegaraan. Goh Cheng Leong. Doraisamy Subramaniam.htm 30 . Vincent De Selva Santhanasamy.

Sign up to vote on this title
UsefulNot useful