Está en la página 1de 6

Kek Ice Cream Simple Bahan-bahan ( 1 biji ) 500ml ais krim vanila 250gram biskut coklat (nak pakai

ai biskut lain pun takpe) 1/2 cawan almond (nak pakai kacang lain pun boleh) Cara-cara 1. Satukan biskut dan kacang dalam sekeping plastik pembungkus ketuk - ketuk kacang dan biskut tersebut sehingga agak hancur. 2. Putar ais krim sehingga kembang dan masukkan campuran biskut dan kacang tadi sedikit demi sedikit 3. Tuangkan adunan tadi ke dalam sebuah loyang kek yang dilapikkan dengan food wrapper terlebih dahulu. 4. Simpan pada bahagian sejuk beku semalaman

Kek Lapis Aiskrim

Bahan-bahan ( Bekas berukuran 10 inci x 5 inci )


1 biji kek span berperisa vanila berukuran(5 x 10)inci. BAHAN2 UNTUK AISKRIM 270 g coffemate 2 cawan susu segar (500 ml) 60 g gula halus 1 camca teh strawberi emulco (atau apa2 perisa ikut kegemaran masing2) BAHAN2 LAIN:Plastik cling film Tin kek berukuran 10 x 5 inci

Cara-cara 1. Untuk kek, sila rujuk resipi "Jelly Fruit Cake"....kemudian bakar dalam acuan berukuran 10 x 5 inci (digris dgn mentega dan alas dasarnya dgn kertas)....pada suhu 175C, selama 25 minit. Bila masak sejukkan kek atas redai. 2. PENYEDIAN AWAL UTK AISKRIM - Satukan kesemua bahan2 utk aiskrim dalam satu bekas kecuali perisa. Kacau menggunakan wisk hingga sebati. Simpan dalam peti sejuk (tempat pembeku) selama 4 jam.

3.

Sementara itu, bahagikan kek kepada tiga bahagian. Gunakan pisau bergerigi utk mengelakkan kek hancur..

4. Setelah 4 jam. Keluarkan bancuhan aiskrim tadi dan masukkan ke dalam mixer. Putar dgn kelajuan tinggi selama 10 minit. Tambah perisa dan putar lagi 5 minit hingga adunan menjadi pekat, seakan2 meringue.

5. Alaskan plastik cling film ke dalam acuan tin kek tadi (biar lebih besar dari tin supaya senang utk membungkus kek). Letak sekeping kek pada dasar tin yg telah beralas.

6. Tuang sebahagian adunan aiskrim tadi, ratakan.

7. Ulangi langkah yg sama utk bahagian seterusnya dan diakhiri dgn lapisan terakhir kek. Maaf dalam gambar tu bhg montot kek, jadi tak cun sgt. 8. Bila selesai, bungkus kek dgn lebihan cling film yg kita guna utk melapis tin tadi dan simpan dalam peti sejuk sekurang2nya 8 jam atau semalaman

9. Bila dan aiskrim betul2 beku, boleh leh kita "kerjakan" dia utk diisi ke dalam tekak masing2. Oh ye lupa mat nak pesan, kalau tak mau lapis dgn kek, makan macam aiskrim biasa pun boleh. Lepas putar tu simpan dalam bekas dan bekukan. Boleh juga dimakan dgn roti....selamat mencuba.

KEK LAPIS AISKRIM KRETEN sumbangan Diana ResepiNet

Bahan-bahannya 30 biji kuning telur 2 biji putih telur 350 gram gula halus 50 gram tepung aiskrim vanilla 1 sudu besar pes mocca 200 gram kismis 1 sudu the esen vanilla sedikit pewarna hijau 90 gram tepung softasilk 1 sudu teh esen buah-buahan (sebarang jenis buah-buahan) 1 sudu besar ovalette 500 gram mentega Cara-caranya 1. Mentega, esen vanilla, esen buah-buahan dikacau sampai sebati. 2. Pukul telur bersama gula sehingga pekat, masukkan ovalette dan terus pukul hingga pekat. 3. Masukkan mentega dan kacau rata. Kemudian masukkan tepung aiskrim dan tepung softasilk. Kacau rata. 4. Bahagikan adunan kepada 2 bahagian satu bahagian diwarnakan hijau dan satu lagi dibiarkan plain. 5. Dengan menggunakan grill bakar 2 lapis adunan plain dan 3 lapis adunan hijau setiap lapisan ditaburkan kismis. Buat begitu hingga habis.

CREAM PUFF Bahan-bahan: 170 gm tepung gandum 1 sudu kecil baking powder 115 gm mentega 285 ml air 5 biji telur Cara: Panaskan oven dgn suhu 180-200 darjah Celsius. Ayak tepung bersama baking powder. Masukkan mentega ke dalam periuk bersama air lalu didihkan. Masukkan tepung, kacau rata-rata sehingga adunan licin dan tidak melekat pada periuk. Angkat periuk dari api dan salin adunan ke dalam sebuah mangkuk dan biarkan ia sejuk. Kemudian masukkan telur satu persatu ke dalam adunan sambil terus pukul hingga adunan licin dan berkilat. Masukkan adunan dalam forcing/piping bag dgn nozzle berbentuk bintang dan tekan untuk membuat bulatan2 kecil. Bakar selama kira-kira 25-30 minit atau sehingga masak. Biarkan ia sejuk sebelum dibuat sedikit belahan(jgn putus) pada puff tersebut. Isikan dgn krim kastad. Krim Kastad 3 biji telur 115 gm gula 3 sudu besar tepung gandum 1 sudu kecil tepung kastad 225 ml susu cair (sejat) 225 ml air (didihkan bersama susu sejat) 2 sudu besar susu pekat manis 1 sudu kecil mentega 1 sudu kecil esen vanilla Cara: Pukul telur, gula, tepung & tpg kastad di dalam periuk. Kemudian, masukkan susu manis dan susu cair yg telah dididihkan ke dalamnya. Masak di atas api yg kecil hingga pekat lalu masukkan mentega dan esen vanilla. Sejukkan sebelum menggunakannya. Nota: Dulang pembakar hendaklah digris dgn mentega atau dialas dgn kertas tracing/parchment sebelum krim puff dibakar. Jarakkanlah di antara setiap adunan puff yg telah dibentuk di atas dulang pembakar kerana ianya akan mengembang.

KEK LAPIS AISKRIM STRAWBERRY

Kek Lapis Aiskrim Strawberry ini telah saya buat beberapa kali, dan alhamdulillah setiap kali ianya menjadi. Saya ikut resipinya dan tidak membuat apa-apa pun perubahan pada sukatan atau bahannya. Gambar di atas adalah dari penyumbang resipinya. Kek Lapis Aiskrim Strawberry (sumber : Pn Hawa Ismail/Buku Masak Warna) Bahan A 24 biji kuning telur 450 gm mentega 5 biji putih telur 280 gm gula halus 80 gm tepung naik sendiri sedikit pewarna merah/kuning 1 sudu teh esen vanilla Bahan B 170 gm tepung ice-cream strawberry (diayak dahulu) 150 gm ice-cream strawberry (jenis plain) lembutkan 130 gm susu tepung 1 sudu teh esen vanilla sedikit mentega (dicairkan dlm mangkuk kecil utk disapu pada setiap lapisan) loyang pembakar (10 x 7)- alaskan dgn kertas tracing, sapukan mentega Cara: Mentega dipukul hingga gebu. Ketepikan. Pukul putih telur dgn separuh gula (140gm) hingga naik dan

pekat. Ketepikan. Pukul kuning telur dgn gula yg separuh lagi hingga naik dan pekat. Masukkan mentega dan kacau rata. Campurkan adunan putih telur, kacau rata, masukkan tepung dan kacau lagi hingga rata. Bahagi adunan kepada 2 bahagian. Satu bahagian dicampurkan dgn susu tepung, esen vanilla dan warna kuning. Yang satu bahagian lagi dicampur dgn tepung ice-cream strawberry, esen strawberry, serta ice-cream strawberry dan pewarna merah. Kacau rata-rata. Bakarlah berselang-seli merah dan kuning, mengikut citarasa anda samada selapis kuning, selapis merah atau dua lapis kuning, dua lapis merah. Gunakan api grill dgn suhu kira-kira 180 200 darjah Celsius. Pada setiap lapisan, setelah lapisan itu masak, keluarkan dari oven dan sapukan dgn mentega cair. Tuang lagi adunan (kira-kira 1 senduk) dan bakar lagi hingga ke lapisan akhir. Pada lapisan terakhir, gunakan api oven (api atas bawah) dan kecilkan suhunya kpd kira-kira 160 darjah dan masak hingga kek masak (kirakira 8-10 minit).

También podría gustarte