Está en la página 1de 7

Archive for the Disleksia Category

Membantu anak-anak bermasalah Disleksia


Posted by Tn Hj Mohd Dan On February - 6 - 2009 Langkah-langkah untuk membantu mereka termasuklah : - Bantu kanak-kanak dan keluarga mengendali permasalahan ini dan bina keyakinan diri anak - Rawat penyakit lain yang mungkin berkait seperti Gejala Hiperaktif dan Kurang Daya Tumpuan Pertingkatkan potensi pembelajaran anak melalui : -Terapi pertuturan -Latihan pendengaran dengan bantuan komputer -Pendekatan pelbagai deria (Menggunakan deria lain untuk membantu pembelajaran) -Deria sentuhan (menggunakan lakaran atas kertas pasir) -Deria pendengaran (menggunakan ritma atau bunyi perkataan/ huruf) -Merasa pergerakan bibir -Menulis huruf atau perkataan Langkah-langkah pemulihan : -Bantu anak menguasai maklumat secara beransur ansur -Pengulangan semasa mengajar (k-onsep ajar berlebihan) -Gunakan video atau kaset untuk belajar -Program pemulihan khusus : Ada sekolah yang mempunyai program pemulihan khusus untuk Disleksia p/s: sumber, blog cikgu Shukri.

Apakah ciri-ciri Disleksia?


Posted by Tn Hj Mohd Dan On February - 6 - 2009 Diperingkat pra sekolah mereka mungkin : -Lambat bertutur -Mengalami kesukaran sebutan atau rima -Sukar menulis nama sendiri -Sukar mengenal bentuk atau warna -Sukar memberitahu cerita yang telah didengarinya Di alam persekolahan, kanak-kanak Disleksia mungkin : -Gagal menguasai tugasan sekolah seperti membaca, menulis, mengeja atau mengira -Tidak suka membaca dan mengelak dari membaca di kelas -Kesilapan semasa membaca huruf, perkataan atau nombor (Bacaan terbalik) : -membezakan 15 dengan 51 - was menjadi saw - b dengan d - Kurang koordinasi seperti sukar mengikat tali kasut - Keliru dengan konsep masa seperti semalam, hari ini , esok

- Kesukaran memahami, mengingati dan mengikuti arahan - Selalu tersalah letak atau hilang barang atau kerja sekolah

Apa Itu Disleksia


Posted by Tn Hj Mohd Dan On February - 6 - 2009 Disleksia adalah sejenis masalah pembelajaran khusus yang kerap berlaku. Kanak-kanak Disleksia mempunyai masalah menguasai tugasan sekolah walaupun mereka telah berusaha bersungguh-sungguh. Mempunyai keupayaan intelek yang normal dan telah mendapat ransangan dan pembelajaran yang mencukupi Masalah asasnya adalah perbezaan cara otak berfungsi dalam menghubungkan simbol visual dengan bunyi Mereka mungkin mengalami kesukaran membaca, menulis ,memahami ,mengeja dan mengira. Dianggarkan 4 8 % pelajar sekolah yang bermasalah disleksia dan kanak-kanak lelaki lebih ramai bermasalah Disleksia berbanding perempuan.

http://pendidikankhas.com/blog/category/disleksia/

DISLEKSIA
Maklumat dikumpul oleh: Admin Sumber : Pelbagai

Definisi Perkataan disleksia (dyslexia) adalah hasil gabuangan dua perkataan Greek iaitu Dys yang bermaksud kesukaran dan Lexis bermaksud perkataan atau dengan kata lain, kesukaran menggunakan perkataan. Istilah buta huruf juga digunakan untuk kategori ini. Seorang Profesor Berlin pada tahun 1887, merangkap seorang pakar perubatan dan ophalomotologist telah memperkenalkan perkataan Disleksia (Hammond dan Hugges, 1996:3) Disleksia ialah satu Disorder dalam kanak-kanak yang telah terima Pendidikan Biasa, tidak memperolehi kemahiran bahasa, bacaan, menulis dan ejaan yang setaraf intelek (World Federation Of Neurology, 1968) Selain itu terdapat juga beberapa perkataan lain yang berkaitan dengan Disleksia, diantaranya ialah;

Dyscalculia (Diskalkulia) iaitu seorang disleksia yang bermasalah dalam pengiraan ataupun matematik

Dysgraphia (Disgrafia) iaitu seorang disleksis yang bermasalah dalam bahasa Dyspraxia (Dispraksia) iaitu seorang disleksis yang bermasalah dalam ko-ordinasi moto-mata-tangan

APA ITU DISLEKSIA

Disleksia adalah satu masalah pembelajaran iaitu kesukaran mengenal huruf, membaca, menulis, mendengar dan bercakap disebalik pengajaran yang cukup dan peluang budaya yang sempurna. Sebenarnya masalah ini bukanlah satu penyakit dan ia tidak memerlukan ubat untuk mengubatinya, sebaliknya dengan program pendidikan yang sesuai masalah ini dapat dikurangkan. Disleksia juga bukan disebabkan kecerdasan yang lemah serta penglihatan tetapi seseorang disleksia tidak mengecam sesuatu dalam keadaan terbalik. Ternyata sekali disleksia menghuraikan sesuatu kelainan dalam otak, selalunya ia adalah pemberian Tuhan yang terus berkembang dalam diri seseorang dengan cara yang berlainan.
SIAPA YANG MENGALAMI DISLEKSIA

Disleksia melibatkan orang dari pelbagai latar belakang tanpa mengira umur, jantina atau bangsa. Disleksia biasanya boleh diperturunkan daripada ibu bapa kepada kanak-kanak. (Pengenalan Ke Dyslexia)
JENIS-JENIS DISLEKSIA

Disleksia boleh dikategorikan kepada tiga bahagian iaitu;

Disleksia visual (penglihatan) o Kesukaran utama yang dihadapi ialah untuk mengigat dan mengenal abjad serta konfugirasi perkataan. Simbol-simbol perkataan yang dicetak juga sukar untuk diterjemahkan. Kemungkinan untuk melihat abjad-abjad tertentu atau sebahagian perkataan adalah secara terbalik Disleksia auditori (pendengaran) o Kesukaran untuk mengingat bunyi abjad, menganalisis bunyi mengikut suku kata perkataan dan menyusun atau menggabungkan suku kata bagi menyembunyikan perkataan. Bunyi percakapan yang tuturkan secara halus juga tidak dapat dibezakan. Masalah untuk membezakan bunyi vokal dengan konsonan juga dihadapi oleh dislaksia auditori Disleksia visual-auditori o Kesukaran mambaca yang amat teruk dan ini disebabkan oleh kelemahan untuk memproses tulisan secara visual dan audio

PUNCA-PUNCA DISLEKSIA

Mengikut Mercer, 1997; Hammond dan Hughes, 1996 dan Spaafford dan Grosser,1996, antara punca-punca disleksia ialah;

Keturunan atau genitik o Kebanyakan kes, terdapat beberapa ahli keluarga yang mengalami masalah-masalah yang sama. Kemungkinan punca ini boleh diwarisi yang membezakan adalah darjah keterukannya. Terdapat kajian yang dijalankan telah membuktikan disleksia desebabkan oleh kromosom 15, 1 dan 16 yang boleh diperturunkan secara turun-temurun Biologi
o

Sejarah kanak-kanak disleksia biasanya adalah semasa dilahirkan tidak cukup bulan, kekurangan oksigen semasa dilahirkan atau kelahiran yang amat sukar. Faktor-faktor ini menjadi punca kelambatan atau ketidaksempurnaan perkembangan. Sebahagian daripada kerosakan otak yang menyebabkan kanak-kanak ini mengalami masalah belajar dan kerosalan ini minimum

Kematangan o Terdapat kanak-kanak yang lambat perkembangnya pada banagian tertentu dalam sisitem saraf. Pada kebiasannya kanak-kanak lelaki lambat matang daripada kanak-kanak permepuan. Kelewatan kematangan pada kank-kanak merupakan salah satu kemungkinan punca disleksia

CIRI-CIRI DISLEKSIA

Tanda bagi kanak-kank pra-sekolah


Kemahiran bertutur yang lambat dan sukar memahami arahan Suka mengganti perkataan dan hiperaktif Kemahiran motor kasar dan motor halus yang lemah Serigkali terlupa nama benda-benda atau pelajaran yang dipelajari Tidak merangkak semasa bayi Suka mendengar bacaan tetapi tidak berminat membaca sendiri Sifat ingin tahu tinggi, berminat terhadap pekara baru dan suka bertanya banyak soalan

Kanak-kanak Sekolah Rendah 6 hingga 9 tahun


Kemahiran membaca, menulis dan mengeja yang lemah dan suka menterbalikkan perkataan, huruf dan nombor Menggunakan jari untuk mengira dan membaca Keliru dengan kiri dan kanan Tulisan cermin atau terbalik

9 hingga 12 tahun

Kesilapan membaca, mengeja dan lemah dalam kefahaman Mengambil masa yang panjang untuk menyiapkan latihan Kesukaran menyalin maklumat dipapan putih atau buku teks Sukar mengikuti arahan lisan yang panjang Kelihatan tidak terurus semasa berada dirumah atau sekolah Kurang keyakinan dan menghadapi masalah tekanan jiwa

Sekolah Menengah

Kesukaran membaca dan terkeliru dengan perkataan dan ejaan yang tidak konsisten Kesukaran menulis karangan Keliru dengan nombor-nombor dan arahan oral Kesukaran mempelajari bahasa lain Lemah dalam kefahaman dan tidak mempunyai ramai kawan Jenis orang yang suka senyap Bercakap dengan nada yang kuat atau menjerit daripada konsisten Kuran kemahiran bersosial

MASALAH YANG DIHADAPI OLEH KANAK-KANK DISLEKSIA

Masalah utam yang dihadapi kanak-kanak disleksia kebanyakanya adalah dalam proses pembelajaran. Permasalahan ini boleh dikelaskan kepada;

Mengeja Kelemahan mengeja akan menyebabkan kebolehan untuk menyampaikan pengetahuan yang diperolehi adalah terhad. Untuk tempoh jangka mas yang panjang kelemahan dalam proses mengeja akan memberi kesan terhadap kelemahan membaca. Timbulnya masalah ini adalah berpunca daripada masalahmasalah awalan seperti terdapatnya kekeliruan dalam mengenal pasti huruf-huruf seperti; mw ce y g j pq un hn mn bd

Terdapat juga kekeliruan dalam membunyikan huruf seperti th fv

Membaca o Kesukaran ini menghadkan kebolehan kanak-kanak untuk mendapatkan maklumat daripada rujukan-rujukan yang berkaitan. Secara langsung ianya akan membuat kanak-kank merasa rendah diri dan tidak berkeyakinan. Mereka censerung menterbalikkan perkataan seperti;

Batu tuba
o

Gula - lagu

Selain itu mereka juga melakukan pembalikkan dalam ayat. Contohnya seperti berikut;

pada masa yang sama dapa masa yang masa


o

Kekeliruan perkataan antara Bahasa Melayu dengan Bahasa Inggeris. Contohnya seperti berikut;

Bahasa Inggeris dengan Bahasa Melayu Jam jem

cat - cat

Menulis o Kanak-kanak ini juga mengalami kesukaran untuk memindahkan maklumat ke atas kertas. Mereka jiga mengalami kesukaran untuk memegang pensel dan tidak dapat menulis mengikut garisan yang disediakan. o Kanak-kanak ini juga cenderung menulis perkataan yang pelik-pelik Bercakap dan mendengar Terdapat juga diatara mereka yang mengalami kesukaran untuk bertutur. Mereka juga kelihatan seperti tidak mendengar atau mempedulikkan. Hal ini berlaku disebabkan kelambatan dalam proses maklimat yang diperolehi. Mereka juga tidak melakukan atau menyusun sesuatu mengikut susunan. Nombor o Kanak-kanak ini juga menghadapi kesukaran dalam pembelajaran yang berkaitan dengan matematik mental. Terdapat kekeliruan terhadap tanda dan simbol dan suka menterbalikkan nombor yang sama. Contohnya seperti berikut; 35-8 9-6

Masalah fizikal, pengurusan diri dan sosial Pakaian sentiasa tidak kemas tetapi tidak kotor dan pandai membutangkna baju, kidal dan pandai mengikat tali kasut Kelihatan berminat dalam pelajaran tetapi dilabel pemalas dan kelihatan bodoh Skop penglihatan yang terhad di mana keliru antara depan, belakang, kiri, kanan,, atas, bawah serta pengamatan yang lemah

LANGKAH MEMBANTU KANAK-KANAK DISLEKSIA

Membawa berjumpa dengan pakar pisikologi pembelajaran atau psikologi klinikal

pada peringkat awal bagi tujuan menaganinya Membantu kanak-kanak memahami bahawa walaupun dia mungkin berbeza dalam banyak hal tetapi tetap disayangi. Menambah dan menggalakkan sebarang kemahiran istimewa bakat atau kebolehan semulajadi Sentiasa sabar melayani karenah mereka yang mana biasanya kecewa dengan kegagalan yang berterusan. Membacakan cerita untuk anak-anak serta menjadi ahli persatuan sokongan ibu bapa Memberikan bantuan dan latihan pembelajaran sebelum memasuki tadika Mengamalkan suasan kasih sayang serta bersikap perihatin dalam mengekalkan suasana harmoni Membuat aktiviti berkeluarga serta memberi bimbingan dalam bidang akademik Memberi kebebasan yang terbatas serta nasihat untuk mengenal identiti sendiri Mengamalkan konsep diri diberi ganjaran atau pujian contohnya bagus, pandai

http://www.spe-ed.net/ld-disleksia.php

También podría gustarte