Está en la página 1de 173

Arisa Eriza

Prolog
AS, bersiap la. Dah sampai due nak bersalin ni, kata Muhammad pada isterinya. Dia mengambil cuti hari itu khas bagi menemani isterinya yang sedang sarat mengandung. Mas cuma mengangguk perlahan. Dia leka membaca sebuah novel Melayu yang bertajuk Di Hadapan Pulau, karya A. Samad Said. Dia malas mahu bergerak. Kalau boleh dia mahu bersalin di rumah sahaja. Tetapi, suaminya beria-ia hendak menyuruhnya bersalin di hospital juga. Nak kata apa lagi? Cakap suami mana boleh lawan, lagipun untuk kebaikannya sendiri juga. Matanya yang sedang berlari-lari membaca sepatah demi sepatah perkataan di dalam novel tersebut, terhenti seketika dan kemudian menjeling sebentar ke arah suaminya yang sedang leka menonton televisyen kecil berskrin hitam putih itu. Biasa la tu TV tahun enam puluhan punya. TV rumah mak dulu, nak cari siaran pun bukan main payahnya.

Bini Aku Tomboy Ke?

Dah dapat, tak clear pulak! Tu memang standard la. Tapi apa pun, bersyukur la dengan apa yang ada. Daripada tak ada langsung, sekurang-kurangnya tak la menjadi katak bawah tempurung sangat. Boleh juga dengar dan tengok berita terkini. Dapat juga jamu mata tengok cerita Hindustan pakai sari, Mas bermonolog sendiri. Tangannya menutup novel yang begitu khusyuk dibaca tadinya dan mula mengurut-urut perutnya yang nampak buntal itu. Muhammad beralih merenung isterinya selepas penat merenung TV di hadapan. Sambil duduk bersimpuh, tangan isterinya itu disentuh dan dicium penuh lembut. Thanks sebab mahu jadi my wife. I really love you, honey. Thanks, ujar Muhammad dengan pelat orang putihnya sambil merenung dalam mata isterinya yang begitu ayu dan cantik itu. Dahulunya, nama Muhammad sebelum memeluk agama Islam dan berkahwin dengan Mas ialah Richard. Mereka berkenalan di United Kingdom ketika sama-sama belajar di salah sebuah universiti di sana. Di University of Birmigham itu, Mas yang asalnya dari Malaysia melanjutkan pelajaran di dalam bidang psikologi bagi peringkat sarjana aka (also known as) master. Di sanalah bait-bait cinta telah berputik antaranya dan suami yang memang pure English people itu. Hidung mancung, kulit putih merah dan mata berwarna biru kehijauan. Tinggi tak payah cerita la. Memang tinggi melangit kalau hendak dibandingkan dengan orang lelaki Melayu. I love you, too, hub. Uhhh... sakitnya! Tolong!!! Mas yang sedang mengusap-usap pipi tembam suaminya itu, segera meramas-ramas pipi putih lelaki itu sepuas hati kerana secara tiba-tiba sahaja perutnya terasa

Arisa Eriza

begitu sakit. Janggut perang suaminya yang seciput pada bawah dagu itu juga digenggam kemas dan ditarik-tarik. Kedua-duanya menjerit sakit. Seorang sakit sebab anak, seorang lagi sakit sebab mak anak! Mas... sabar! Kita pergi klinik, okey? Muhammad menjerit sama nada dengan kekuatan jeritan Mas yang nyaring menahan kesakitan. Cepat, bang! The baby is coming! Uhhh! Mas menjerit lagi sambil tangannya meramas apa sahaja yang dapat dicapainya. Tarik nafas, lepas... tarik, lepas... okey? Muhammad menyuruh isterinya itu menenangkan diri dan menahan kesakitan sambil tangannya mendukung isterinya. Langkah dipanjang dan dilajukan, triple speed daripada kebiasaan. Mas dibaringkan di seat belakang kereta Proton Saga berwarna putih kekuningan yang berjaya dibeli hasil titik peluh mereka berdua bekerja. Selepas itu, Muhammad cepat-cepat masuk ke dalam kereta dan duduk di tempat duduk pemandu. Dia menghidupkan enjin dan mula bergerak meninggalkan pekarangan rumah. Dear! Please cepat! Sakit ni! Mas bersuara perlahan, berselang-seli dengan jeritan. Peluh mula merenik dan turun membasahi baju mengandung yang dipakai. Sabar, cute! Sekejap aje lagi, well arrive there! Lain kali dengar cakap abang! Suami Mas membebel sambil kakinya menekan pedal minyak. Dadanya bergetar dan bergelora. Kereta meluncur laju dengan kelajuan 110km/jam. Perasaan Muhammad bercampur-baur. Perasaan

Bini Aku Tomboy Ke?

gembira ingin menimang cahaya mata dan juga bimbang dengan keadaan isterinya yang tak sudah-sudah menjerit, benar-benar mengocak semangatnya. Alhamdulillah tidak sampai lima minit, mereka berdua pun sampai ke klinik berdekatan. Sekali lagi Mas didukung oleh Muhammad. Dia segera menyerbu masuk ke dalam klinik dan menjerit perkataan emergency, lantas mengejutkan semua pengunjung dan pekerja di klinik tersebut. Letak dia kat sini! Cepat, encik! ujar seorang jururawat yang datang membawa sebuah kerusi roda sambil berlari-lari anak ke arah mereka. Mas yang berpaut pada leher suaminya itu diletakkan dengan pantas dan cermat di atas kerusi tersebut. Jururawat itu segera menolak kerusi roda itu menuju ke dalam bilik kecemasan. Sabar, sayang! jerit Muhammad sambil berlari mengiring isterinya. Dia ingin masuk sekali ke dalam bilik kecemasan namun dihalang oleh jururawat tadi. Encik tunggu kat luar, ya? Muhammad terkedu dan lariannya tadi terhenti di hadapan pintu masuk. Takkan nak terjah masuk jugak kut? Dia segera bersandar di dinding dan meraup wajahnya yang sudah berpeluh. Ketiaknya yang berbulu lebat itu terasa basah dan lembap. Hatinya tidak putus-putus berdoa pada Allah semoga isterinya selamat melahirkan zuriat mereka berdua dan dipermudahkan segala urusan. Selepas Muhammad bertenang seketika, kakinya disilangkan dan bibirnya mula tersenyum lebar sambil membayangkan anak lelaki yang comel dengan mata bulat

Arisa Eriza

kebiruan dan rambut berwarna perang sepertinya. Huh mesti bila dah besar, hensem macam aku jugak. He he he. Muhammad bermonolog dan memuji diri sendiri. Nasib memang hensem pun. Tak la perasan dan syok sendiri pulak. Lima bulan yang lepas, hatinya begitu berbunga selepas dia dan isterinya berjumpa dengan seorang bidan kampung di Perak. Bidan tersebut menyatakan yang isterinya sedang mengandungkan anak lelaki mengikut tafsiran ilmunya. Sememangnya dia sering mengharapkan agar dikurniakan anak lelaki. Perasaan berkobar-kobar dan excited tiba-tiba hadir di dalam hati lelakinya. Tidak sabar rasanya ingin mengeluselus pipi lembut dan gebu bayinya, mendukung dan melambung-lambungkan baby itu nanti. Oh, comelnya! Matanya bersinar-sinar bahagia sambil tak beralih pandang ke arah pintu emergency room di hadapannya. Betul-betul di hadapan pintu tersebut. Kalau pintu tu dibuka, mesti terlanggar hidungnya itu dulu. Selepas lebih kurang setengah jam dia terpacak di hadapan pintu itu, dia mula berasa lenguh. Sedikit kecewa kerana lama menunggu, dia mundar-mandir dan duduk di atas deretan kerusi yang terdapat di situ. Bau ubat mencucukcucuk ke dalam rongga hidungnya. Mulutnya mula menganga luas... menguap, mengantuk kerana hanya duduk menunggu tanpa melakukan apa-apa. Hendak pergi cari kedai makan, takut pula kalaukalau doktor mencarinya. Hendak duduk aje, mengantuk pula rasanya. Kemudian, dia mengambil keputusan untuk duduk menunggu di situ sahaja memandangkan isteri dan anak yang bakal lahir itu lebih penting daripada kopi di kedai. Congratulations! Your wife had gave birth to your

Bini Aku Tomboy Ke?

child. Very sweet! ucap doktor wanita berbangsa Cina itu sambil tersenyum girang. Really? Thanks! Lelaki ke perempuan? Lelaki, kan? tanya Muhammad penuh semangat sambil mengelap air liur yang terkeluar sedikit selepas tertidur seketika tadi. Nope, its a girl. Boleh masuk tengok. Doktor itu membalas senang. Tangannya yang berbalut dengan rubber hand glove berwarna kuning cair itu dicabut. Dia pun berlalu, meninggalkan Muhammad yang kaku terkebil-kebil di situ. Kenapa baby girl, bukan boy? Hatinya yang sedang berbunga bahagia tadi mula berubah, disuntik sedikit rasa kecewa. Perlahan-lahan dia melangkah masuk dan menjenguk isterinya. Babynya diletakkan di sebelah isterinya yang agak kepenatan selepas hampir tiga jam bertarung nyawa bagi melahirkan satu nyawa baru ke dunia. Sayang, are you okay? sapa Muhammad sambil menyentuh lembut dahi isterinya dan dikucup perlahan. Mas membuka matanya selepas mendengar suara suaminya itu. Okey, hubby. Tengok, baby kita comel tak? Mas bertanya pada suami di sisi. Bayi tersebut didakap dengan penuh kasih sayang. Comel, sayang. Sini kat papa pulak. Bayi comel itu pun bertukar tangan. Mas tersenyum bahagia mendengarkan perkataan papa yang keluar dari mulut suaminya. Bayi itu lebih mirip suaminya. Mata bulat dengan warna biru air laut bercampur sedikit warna coklat, hidung mancung dan berkulit cerah. Buat masa ini, dia cuma menyumbang pada

Arisa Eriza

kecoklatan warna mata anaknya itu. Rambut pun berwarna kuning perang seperti papanya. Memang sebijik gen suaminya turun pada anak perempuan mereka itu. Azankan pada telinga kanan anak, ya? Muhammad teringat kata-kata seorang pak cik di sebuah masjid berdekatan dengan rumah sewaan mereka apabila dia membuka cerita tentang isterinya yang sedang sarat mengandung. Waktu itu dia membayangkan yang isterinya itu bakal melahirkan zuriat lelaki untuknya. Perlahan-lahan Muhammad mengangkat anaknya itu untuk diazankan. Allahuakbar Allahuakbar! Allahuakbar Allahuakbar! Suara Muhammad merdu melaungkan azan pada telinga kanan bayi tersebut selepas teringat akan kata-kata pak cik di masjid tempoh hari. Mas mencuit-cuit dan mencucuk pinggang suaminya menggunakan hujung jari sambil membuat muka hairan. Kenapa? soal Muhammad, juga dengan muka hairan. Kenapa abang azankan dia? Dia perempuan, dear. Perempuan kena iqamatkan kat telinga kiri. Beritahu Mas tenang. Muka Muhammad berubah kemerah-merahan. Dia tersenyum. Kepalanya digaru-garu. Perasaan kecewa masih bersisa di dalam hati.

Bini Aku Tomboy Ke?

Bab 1
EAH! Sampai jugak aku akhirnya kat KL ni (tempat lahir aku yang comel ini dahulukalanya). Yei!!! Kuala Lumpur! Im coming! jerit Zack sambil terlonjak-lonjak semacam kera kena belacan di Pudu Raya petang itu. Orang ramai hanya memandangnya dengan hairan. Kena sawan ke budak ni? Tak pun terlupa makan ubat sakit jiwa kut? Namun, Zack tidak mempedulikan semua mata yang memandang. Apa yang penting, aku dah sampai! Dan aku nak enjoy, of course! Eh, dah nak maghrib rupa-rupanya! kata Zack seorang diri sambil melihat jam di pergelangan tangannya. Aku singgah surau la kejap. Zack berjalan masuk ke dalam surau yang agak sempit di Pudu Raya itu kerana perlu berasak-asak bersama dengan orang lain. Ada yang tidur, ada yang bergayut dengan handphone, yang bergosip pun ada!

Arisa Eriza

Aduh, kalau nak buka kedai kopi pun berpada-pada la. Ini dalam surau penuh rahmat jugak dia nak bukak! bising Zack, dalam hati. Karang dikata wayar tercabut pulak kalau orang nampak dia bercakap seorang diri. Selepas mengambil wuduk, Zack kembali ke ruang tempat solat. Matanya digosok-gosok dan dikelipkan berkalikali. Kemudian, dia mula menyepah-nyepahkan telekung dan berjalan ke sana sini. Dijenguk-jenguk ke luar surau, diangkat sejadah yang sedang dihampar oleh seorang mak cik. Eh, kenapa ni? tanya mak cik penuh hairan. Dia rasa terganggu dengan tindakan Zack itu, namun masih bersabar. Ah! Beg aku! Mana dia? Mana??? Semua mata mengarah padanya. Eh, kenapa kau masuk sembahyang orang perempuanlah! sini? Sini tempat

Mulanya tiada siapa pun menyedari dan mempedulikan kehadirannya, namun selepas dia menjerit tadi, semua orang pun mula mengattacknya. Eh, mana ada! mempertahankan diri. Saya perempuanlah! Zack

Tetapi, semua orang sudah mula menghampiri dirinya dan menampar-nampar muka dan badannya. Ada yang menggunakan tangan, kaki, kasut pun ada! Dahsyat siot! Zack terus menjerit menafikan yang dia adalah seorang lelaki. Namun jeritannya langsung tidak diendahkan. Orang ramai terus-terusan menyerangnya. Zack menghadang muka dan badannya dengan menggunakan kedua-dua belah tangan. Penipu! Mana dada kau kalau betul-betul kau

Bini Aku Tomboy Ke?

perempuan, hah? jerit seorang mak cik dengan muka yang garang semacam raksasa di Tasik Chini. Entah-entah pondan! Tuduhan lain pula dilemparkan kepadanya. Saya masuk nak solat aje, bukan nak buat apa-apa pun! Tolong la, jangan pukul lagi!!! Zack cuba mempertahankan diri. Huh! Sakit jiwa, beb! Baik kau keluar sebelum kita orang panggil pak guard! jerit seorang wanita muda. Macam la aku ni nak rogol dia! Sampai bersemangat halau aku macam ni! Eh, eh... apa main raba-raba pulak ni? Ya, ya! Saya keluar!!! Aduh! Dah la beg hilang, kena halau pulak tu! Nasib tak lebam! Mangkuk ayun betul la. Apa la nasib aku ni? Dah jatuh ditimpa tangga besi pulak! Ya Allah... Kau kena tolong aku! Dia mula meraba-raba poket seluarnya. Berulang-ulang kali, poket atas, poket bawah, depan, belakang, semacam babun terkena kurap pun ada. Apa pun tak ada! Ah, mati aku macam ni! Jadi tenggiling kurus la aku! Dia mengeluh berat, kemudian mula berjalan tanpa arah. Dompet, kad pengenalan, handphone, semua hilang! Jahanam betul! Siapa keparat yang curi beg aku ni? Beg buruk pun ada hati dia nak curi jugak! Macam mana aku nak hidup ni? Hatinya resah, sudah la dia keseorangan di bandar besar gedabak ni, tiada sesiapa pula yang dapat diminta bantuan. Zack berjalan berkerut seribu. perlahan-lahan dengan muka

Kak, ada kerja kosong tak kat sini? tanya Zack

10

Arisa Eriza

pada seorang wanita dalam usia pertengahan tiga puluhan dan berkulit cerah. Kamu ni orang apa? Bangla ke? Wanita itu bertanya hairan sambil merenung wajah dan tubuh Zack atas bawah berulang-ulang kali. Rambut kuning macam ni dia boleh kata Bangla? Mata biru dan kulit putih, jauh sekali kalau aku ni saudara Pak Bangla pun! Apa pulak Banglanya kak! Saya orang Melayu ni. Tolong la, kak. I.C saya dah hilang. Ada orang curi beg saya. Zack merayu bersungguh-sungguh dengan mata yang bersinar mengharap. Sorry la, dik. Akak tak dapat tolong la kalau macam tu. Akak tak nak kalau nanti orang kata akak ni bela PATI pulak, balas wanita itu, yakni pemilik kedai makan di dalam bangunan Pudu Raya itu. Ahhh! Kenapa semua orang KL macam ni? Apa dah jadi ni? Dah lapan belas kedai aku tanya, lapan belas kedai juga bagi jawapan yang sama! Aku nak gila dah ni! Yah! Belakang kepalanya dipegang. Rambutnya diusapusap dan digosok-gosok, membuatkan rambutnya serabai seumpama hatinya yang kalut dan tidak tenang ketika itu. Zack terduduk di atas kerusi di kedai makan itu. Kepalanya diletakkan di atas meja. Terasa berdenyut-denyut kepalanya kerana memikirkan tentang masalah yang langsung tidak dapat diselesaikan lagi. Adik, kalau tak nak makan, boleh tolong pergi tak? Akak ada costumer lain ni. Zack mengangkat kepalanya dan menjeling tajam ke arah kakak tadi. Dah la tak nak tolong aku, main halau-

11

Bini Aku Tomboy Ke?

halau pulak! Ini memang dah melampau tahap planet Pluto ni! Yalah! Saya pergi! balas Zack lalu bangun dan menyepak kerusi besi di kedai itu. Aduh! Tak guna punye kerusi! Bengkak lima hari kaki aku! Itu la... tak ada penyakit, pergi cari penyakit, kan dah kena. Padan muka! Sambil terhincut-hincut, Zack meninggalkan deretan kedai makan di situ, lalu berjalan tanpa arah tujuan. Dia cuma mengikut langkah kakinya. Lagipun dia sudah penat hendak bertanyakan tentang kerja, sebab jawapan yang diterima sama saja. Minta maaf, kami tak dapat nak bantu adik. Huh!!! Apa punya malang nasib aku ni! Semua orang macam dah pakat sengaja nak pulaukan aku dan tak nak bagi aku kerja! Habis, macam mana aku nak makan dan hidup? Zack berteriak sendiri di dalam hati kecilnya. Selepas penat berjalan, dia berhenti dan duduk menyandar di atas lantai berhadapan dengan Hotel Ancasa. Perutnya sudah lama berbunyi. Macam orang berkompang dan menyanyikan lagu Selamat Pengantin Baru bunyinya. Dia menutup mukanya dengan topi Nike yang sudah berbau masam kerana peluh. Akhirnya, dia pun terlelap di situ tak sampai lima minit. Kedengaran dengkurannya yang sedikit kuat itu. Sedap betul tidur sampai berdengkurdengkur!

JANGAN! Tak nak! Saya tak bersalah! Tolonglah lepaskan saya, bang! Zack bersuara kuat. Namun, rayuannya langsung tidak dihiraukan oleh

12

Arisa Eriza

tiga orang lelaki yang berperwatakan seperti orang jahat dan kejam di dalam filem atau pun drama Melayu. Ha ha ha! Lain kali kalau tak nak kena culik dan kena jual, jangan main tidur sembarangan aje! Budak perempuan kena duduk rumah malam-malam! Siang-siang keluar pun kena berteman! Padanlah kalau kena culik pun! Ha ha ha!!! jerit salah seorang daripada tiga lelaki tersebut sambil tangannya meraba-raba tubuh Zack. Layan Datuk ni malam ni! Itu pun kalau kau tak nak kena bunuh! jeritnya lagi kuat. Boleh pecah gegendang telinga kena jerit macam tu! Bunuh? Tak nak! Saya muda lagi! Tak nak! Tak nak jugak!!! Zack terjerit-jerit seperti orang histeria sambil badannya meronta-ronta minta dilepaskan. Huh! Zack tersentak dan terkejut daripada tidurnya lalu membuka matanya pantas. Ya Allah! Alhamdulillah... mimpi aje rupa-rupanya! Heh, ni la padahnya tidur tak baca doa, macam-macam mimpi datang! Zack mengelap air liurnya yang hanya menunggu masa untuk menitik ke atas lengan bajunya. Dia menguap kecil dan menggeliat sepuas hati. Pinggangnya pula mengeluarkan bunyi meletup. Kuat. Mungkin kerana terlalu lama duduk di atas lantai tanpa sebarang lapik. Kemudian, dia melihat pada topinya yang telah jatuh dan berada di sisinya. Mata kirinya ditenyeh-tenyeh menggunakan tapak tangan kanan. Dalam samar-samar kegelapan malam, dia ternampak dua keping duit kertas seringgit, terlipat dua di dalam topinya. Matanya yang ala-ala susah nak terbuka sepenuhnya tadi, terus membesar dan membulat sehabis yang mungkin!

13

Bini Aku Tomboy Ke?

Ya Allah! Rezeki jatuh dari langit! Thank you, Allah! Lagu nasyid kumpulan Raihan dialunkan sambil langkah kakinya dilangkah panjang-panjang menuju ke kedai makan berhampiran. Dengan senyum yang masih mengembang, Zack melangkah masuk ke dalam kedai makan yang masih dibuka itu walaupun waktu sudah menginjak hampir ke pukul tiga pagi. Dia menarik kerusi di situ dan duduk dengan senang hati. Ya, dik... nak makan apa? tanya seorang abang yang baru bangun dari tempat duduknya selepas Zack melangkah masuk ke dalam kedai. Bang, nasik apa yang ada... yang harganya cuma dua ringgit kat sini? Zack bertanya. Jari tangan kanannya dicantum dengan jari sebelah kiri sambil dahinya berkerut sedikit merenung abang di hadapannya itu. Mana ada makanan harga macam tu kat sini, dik oiii.... Abang pelayan itu menjawab sambil sebelah tangannya dimasukkan ke dalam poket apron yang sudah agak lusuh dan tercalit bermacam warna pada permukaannya. Mungkin ada kuah yang tertumpah ke apronnya, tak pun abang ni pemalas nak basuh apron. Zack berfikir sejenak di dalam hati. Kat tempat saya, ada aje nasik harga macam tu. Tolong la, bang. Tiga minit lagi kalau saya tak makan, arwahlah saya, bang. Nasik dengan telur seketul tambah kicap pun dah okey, bang. Tak ada kicap, garam pun jadilah. Abang di kedai itu berasa kasihan pulak melihatkan keadaan Zack yang sudah ala-ala Michael Jackson itu. Sudah

14

Arisa Eriza

la kurus kering macam papan lapis, merayu-rayu pulak meminta nasi. Yalah, dik. Tunggu kejap, okey? Abang itu pun menyimpan pen dan note booknya ke dalam poket apronnya, kemudian menapak ke ruang memasak di belakang kedai. Kedengaran dari jauh sudip berlanggaran dengan kuali dari arah dapur. Uhhh! Sedapnya bau! Kalaulah aku ni budak yang tak ada good manners, memang aku tak tunggu lama nak terjah masuk dalam dapur tu! Tapi, mujur aku masih ada akal yang waras walaupun perut dah lapar tahap dewa dah ni! Zack menjerit kuat di dalam hati. Tidak lama kemudian, abang tadi datang dengan menatang dulang menggunakan sebelah tangannya sahaja. Zack menelan liur untuk kesekelian kalinya. Nah, abang belanja. Makan elok-elok tau.... Abang itu berkata perlahan selepas dulang yang ditatangnya tadi, diletakkan di atas meja Zack. Ya Allah! Baiknya hati abang! Moga abang cepat kahwin! Amin.... Tangannya yang ditadahkan seperti berdoa itu, diraupkan ke muka. Semangat Zack mula berkobar-kobar melihat makanan di hadapannya. Alhamdulillah! Rezeki yang tak disangka-sangka! Zack segera bangun dan membasuh tangannya di singki berdekatan. Tahu pulak dia aku tak kahwin lagi. Abang itu berbisik perlahan dan kemudiannya berlalu. Dia kembali duduk di hadapan televisyen, menonton perlawanan bola sepak yang disiarkan secara langsung. Zack pulak, apa lagi? Dah dapat nasi dengan telur mata kerbau sebiji pun, dia dah nampak macam ayam

15

Bini Aku Tomboy Ke?

panggang seekor depan mata. Tunggu apa lagi, beb... melantaklah! Dengan gelojohnya dia menyuap nasi dengan kuah sup yang dituang habis semangkuk kecil dan digaul bersama nasi itu. Abang tadi melihat ke arahnya. hanya menggeleng-geleng kepala

Orang lain pula memandang dengan pandangan yang agak sinis ke arahnya. Ah, aku peduli apa dengan korang! Aku lapar nak mati dah ni, korang bukan tau! Selepas habis merenung orang lain dari ekor matanya saja, Zack meneruskan suapannya. Semakin bertambah-tambah gelojohnya menelan nasi putih itu tanpa mengunyah sehabisnya. Bang! Tolong!! Tercekik! Zack menjerit sambil tangannya melambai-lambai dan sebelahnya lagi menepuknepuk dadanya. Ya Allah!!! Hah, tu la... lain kali makan baca doa. Zack menyambut huluran segelas air yang diberi oleh abang kedai tadi. Abang itu menepuk-nepuk perlahan belakangnya. Terbatuk-batuk dia seketika. Burp!! Alhamdulillah... terima kasih, bang! Sini tak ada balai polis ke, bang? Kenapa? Apa dah jadi? Abang tadi duduk menghadap Zack. Sikunya disentuh dan digaru sedikit. Matanya memandang tepat ke arah Zack di hadapan. Beg saya kena curi. Habis semua barang penting hilang. Macam hampeh aje orang yang curi tu! Zack berkata kuat sambil tangannya digenggam kemas. Kemudian, meja plastik berwarna putih berbintik

16

Arisa Eriza

kelabu kecil itu ditumbuk perlahan. Tak boleh tumbuk sepenuh hati dan kuat-kuat. Roboh pulak meja kedai orang ni karang, buat naya aje! Dah la duit pun tak ada nak bayar ganti rugi! Ada. Tapi jauh sikit. Esok abang bawakan. Abang itu membalas lembut. Bibirnya dikepit. Matanya mula meliar ke arah luar kedai makan itu pula. Tak apa, bang. Saya pergi sendiri. Abang bagi aje koordinat dia, saya cari. Zack membalas dengan bersemangat sekali. Ala tak apa. Abang free esok. Beria-ia abang yang berkulit tona coklat cerah itu menawarkan diri untuk menemani Zack esoknya. Din! Woi, ada orang nak kira tu! Menyembang aje kerjanya! Tiba-tiba rakan sekerja Abang Din itu memanggilnya dan kemudian membebel sesuatu seperti lagak mak nenek tua. Pandai menyuruh dan mengarah orang, yang dia tu duk tercongok tengok TV tak apa pulak? Okey, sekejap aje pun! Dik, nama apa? Panggil abang, Abang Din aje, okey? tanya Abang Din dengan mesra sambil mula angkat punggung. Dia lantas menuju ke arah meja tempat pelanggannya yang ingin membuat bayaran dan mengira bil mereka. Zack juga bangun dan mengekor Abang Din dari belakang. Panggil, Zack. Okehlah, bang. Saya gerak dulu. Nak cari balai. Tak tidur saya nanti. Terima kasih banyak, bang! Zack berkata ramah. Kemudian, menghadiahkan kuntuman senyum seindah suria kepada Abang Din.

17

Bini Aku Tomboy Ke?

Singgah la lagi kalau ada masa, Zack! Abang Din sempat berpesan pada Zack sambil tangannya menulis sesuatu di atas sebuah note book kecil, mengira-ngira jumlah harga makanan yang dikenakan pada pasangan itu. Insya-Allah, Bang Din. Assalamualaikum! Zack memberi salam pada Abang Din, lalu tangannya diangkat tinggi melepasi kepalanya. Apesal kau ni, tiba-tiba aja buat baik pergi belanja budak tu? Nak kata kau nak tackle dia, dia tu jantan aku tengok. Tapi tak tau la pulak aku kalau kau ni homo? sakat seorang teman sekerja Abang Din kerana dilihatnya lelaki itu sedang tertoleh-toleh memandang ke arah Zack yang sedang berjalan dan semakin menjauh dari kedai mereka. Woo, woo...! Kau ni agak-agak la, kawan! Kejam betul statement! balas Abang Din selepas bahu temannya itu ditumbuk kuat. Woi, bengkak ungu la bahu aku ni, beb! Tak sayang kawan betul! Bahunya diurut-urut sendiri selepas ditumbuk kuat oleh Abang Din. Dahinya dikerutkan. Matanya dikecilkan. Tak ada la. Aku teringat adik aku kat kampung. Tu aje. Kalau aku homo, dah lama aku ayat kau! Kau hensem dan maskulin apa. Ha ha ha... jawab Abang Din lalu ketawa sepuas hati. Woi! Gila, tak sanggup aku nak couple dengan kau, Din! Mereka berdua pun ketawa kuat. Biasa la tu, bergurau walaupun dalam hal-hal sensitif. Mereka tidaklah begitu mengambil pusing tentang apa yang diperkatakan oleh masing-masing.

18

Arisa Eriza

Bab 2
OI! Gila kau kejar aku buat apa! jerit Zack sambil melarikan diri daripada dikejar seekor anjing hitam tidak ada ekor. Uhhh... mati aku kalau kena terkam ni! Habislah muka aku yang teramat comel ni kalau aku jatuh! Uwaaa! Mama!!! Otak! Berfungsilah kau! Apa aku nak buat ni?! Tau la aku johan lari pecut dulu! Tapi tu seratus meter aje! Ni, dah dua kilometer kau kejar aku wahai anjing! Tu la... lalu lagi lorong gelap pagi-pagi buta, kan dah kena kejar. Adei laaa... macam dah jauh aje aku lari. Kenapa anjing ni berkenan sangat kat aku ni? Parah... parah...!!! Bang! Tolong! Ada anjing kejar! Zack berhenti seketika sambil menarik nafas. Dia menegur seorang lelaki di tepi jalan gelap di situ. Apa dia buat pagi-pagi buta kat situ? Lari la... tunggu apa lagi? kata lelaki itu lemah dengan matanya yang kuyu. Ceh! Bukan nak tolong! Salakan anjing semakin menghampiri. Lututnya bergetar, nafas pula mula tersangkut-sangkut.

19

Bini Aku Tomboy Ke?

Yah!!! Pejuang berani mati! Ambik kau, anjing! Nah!!! Zack mengambil botol kaca kosong yang berkemungkinan sebiji botol arak yang terletak bersebelahan dengan abang bermata kuyu tadi dan membaling ke arah anjing tersebut. Anjing itu terhenti seketika. Terkejut kut! Tapi botol tu tak kena pada sasaran. Kau tunggu la, Zack! Action aje lebih. Berani mati konon! Uwaaa, mami! Apa lagi, cabut!!! Zack mula berlari lagi. Mujur juga lorong gelap itu sudah sampai ke penamatnya. Zack berlari laju sekuat hati dan melintas jalan besar di situ. Ada tak ada kereta, aku tawakal aje la. Ya Allah!!! Akhirnya dia berjaya melepaskan diri daripada dikejar anjing gila sawan itu. Sewel jugak anjing tu! Tau la aku comel, tak payah la main kejar-kejar dengan semangat waja macam tu! Huh! Makan viagra agaknya, tu yang tak boleh beza anjing dengan orang! Heh! Zack membebel sendiri. Tekaknya kering. Baju tak payah sebutlah, ikan kering pun kalah kalau nak lawan dengan kewangian bajunya itu. Ah, serabai gila aku, macam nenek kebayan dah ni! Zack membetul-betulkan rambutnya menggunakan jarinya dan dilurut kemas. Tangannya pula laju mengibasngibas baju T-shirtnya yang sudah basah lencun. Berpeluh sakan dah dia. Uhhh... nak gila dah aku ni! Dari kejauhan, secara tiba-tiba kedengaran suara muazin mengazankan azan. Eh... baru isyak ke? Jam di pergelangan tangan dibelek. Hah? Isyak apanya, subuh dah pun! Mangkuk tingkat jugak aku ni! Idea di kepala tiba-tiba datang. Jeng jeng jeng. Surau! Yeah! Di manakah engkau? Berlari-lari dia mencari, dari manakah

20

Arisa Eriza

azan itu dilaungkan. Rasa macam dekat dah. Tapi, tak nampak pun rupa masjid atau surau kat sini? Ke... aku ni yang berkhayal tak? Pak cik! jerit Zack kuat sambil menyentuh belakang bahu seorang pak cik yang sedang menyapu sampah di hadapan kedai runcit. Astaghfirullah! Kamu ni, kalau ya pun, bagi la salam dulu. Ini main sergah-sergah aje. Matinya aku nanti, tak ke naya?! Pak cik itu berkalih memandang ke arah Zack. Warna kulitnya yang agak gelap itu serupa dengan orang minyak. Hanya dua biji matanya yang dibulatkan itu jelas kelihatan. Rambutnya hardcore kerinting, mula membebel dengan nada menjerkah pada Zack. Menyembur air liur, siot! Zack menelan air liur yang terasa pahit di tekak. Memang patut pun pahit, dah sehari tak berus gigi. Semua ni, pencuri beg aku tu la punya pasal! Ceh, kecoh pulak. Kalau ada berus gigi pun, macam aku rajin nak berus-berus pulak! He he he... Zack sempat bermonolog sendirian dan ketawa di dalam hati. Assalamualaikum, pak cik! Minta maaf, nak tanya, mana ada surau dekat-dekat sini? Zack berkata perlahan, sebagai memenuhi permintaan pak cik tersebut. Huh, ada aje kat situ! jawab pak cik itu dengan nada yang tidak menyenangkan hati dan membingitkan telinga. Eleh, poyo nak mati pak cik ni! Mujur aku ni budak baik, kalau tak, dah lama aku terkam-terkam pak cik ni! Tanya baik-baik, jawab kerek-kerek! Cepuk jugak karang, kat kepala botak tu! Eh, cerah bersinar-sinar, boleh buat cermin muka kepala pak cik ni!

21

Bini Aku Tomboy Ke?

Apanya lagi? Pergilah! Dah la bau ikan masin cambur belacan, tercongok-congok pulak depan kedai aku ni! jerit pak cik itu lagi dengan muka yang sengaja dibengiskan. Uhhh... takut pulak aku dengan muka dia. Setakat muka macam sepuluh budak hitam tu, ingat aku nak takut ke? Boleh jalan daaa.... Ya la, pak cik! Nah, hadiah! Special imported! Kurang asam punya budak! Zack berlari-lari anak selepas mengangkat ketiaknya betul-betul di depan hidung pak cik kerek nak mati tu. Hah! Baru kau tau siapa aku! Zack memperlajukan larian marathonnya apabila terlihat yang pak cik tadi sedang mengejarnya dengan penyapu di tangan. Tak jauh dia dikejar, pak cik itu dilihatnya berhenti sambil mengurut-ngurut dadanya sendiri. Tu la perut boroi sangat, pakai baju pagoda pun pecah-pecah baju tu. Mesti ada darah tinggi. Tak pun kencing manis! Tu la tak larat lari, ada hati nak kejar-kejar orang pulak! Hisy! Hina sangat ke aku ni? Tiba-tiba mood sedih muncul pulak. Ketiaknya yang sudah berpeluh sakan itu diangkat sedikit, lalu dicium. Fuh! Ni bukan bau ikan masin campur belacan, ni dah tahap bau tahi kambing dah ni! Segera ketiaknya yang diangkat tadi, diturunkan kembali. Hu hu hu... berpinar mata aku bau ketiak sendiri. Padanlah pun pak cik tua tadi mengutuk aku tak ingat! Tak hairan jugak aku kenapa dia dengan semangat wajanya menghalau aku.

22

Arisa Eriza

Dia pun berjalan-jalan mencari surau sambil matanya dikerling ke kiri kanan, kepalanya pula terjengukjenguk ke sana ke mari. Entah mana-mana yang pak cik tadi tu tunjuk. Nak tanya orang lain lagi? Tolong la... dah tak sanggup lagi nak kena kutuk! Zack mengelap peluhnya yang semakin banyak merenik di dahinya yang cerah dan bersih tanpa sebarang cela itu. Mulutnya mengeluh sedikit sambil membebel sendiri kerana kehausan. Tak lama kemudiannya, akhirnya dia pun sampai di sebuah surau di situ. Entah macam mana dia terjumpa, dia sendiri pun hairan. Mungkin nasib baiklah orang kata. Tapi, betul ke nasib baik? Huh! Surauku yang tercinta! Zack masuk dengan gembiranya ke dalam surau yang sudah agak tua itu dan terus membaringkan badannya ke atas lantai yang berlapikkan karpet lusuh di situ. Selesanya.... Kaki dan tangannya digerak-gerakkan seperti kupukupu terbang. Bibirnya mengukir senyum comel. Lega sikit pinggang aku yang dah rasa macam nak tercabut ni! Nak, sini tempat solat untuk perempuan. Lelaki sebelah sana, nak. Tiba-tiba datang pulak seorang mak cik tua yang nampak lembut dengan riak keibuan. Mak cik... saya ni perempuan, balas Zack lalu segera duduk bersila. Kepalanya yang tiba-tiba gatal itu digaru-garu. Rambutnya gugur sehelai, lalu dibuang ke sebelahnya. Matanya memandang tepat ke arah mak cik yang menegurnya tadi. Kemudian, dia memandang sekeliling. Terdapat dua orang sahaja wanita yang sudah bertelekung di situ. Perempuan? Betul ke ni, nak?

23

Bini Aku Tomboy Ke?

Mak cik yang masih bertelekung itu mula memandangnya dari atas ke bawah. Cukup tiga kali. Dahinya mula berkerut tiga ribu, manakala matanya tidak alih-alih daripada memandang Zack. Semacam ada scanner pulak yang boleh menscan tubuh badan Zack bagi mengesahkan bahawa dia ialah seorang perempuan. Betul, mak cik. Zack menjawab jujur dan terangguk-angguk kemudiannya. Seluar jean birunya ditarik sedikit ke atas kerana secara tiba-tiba dia berasa tidak selesa dengan cara duduknya itu. Eh! Awak lelaki, sebelah sanalah, bukan sini! Awak ni, sah-sahlah tak reti membaca, kan? Entah-entah, mengeja pun tak lepas! Signboard depan tu dah tulis, Muslimat, bukan Muslimin! jerit seorang gadis yang sudah lama merenungnya tanpa dia sendiri menyedari. Kain telekung putihnya itu ditelangkup ke atas dan diikat tak ubah semacam seorang ceti di dalam filem-filem Tamil yang sering ditayangkan di TV. Gadis tadi mula berjalan mendekatinya. Ah, bala! Perempuan mana pulak ni? Sedap-sedap mulut nak mengutuk aku? Aku bagi penangan cinta karang, mahu tak tidur lapan puluh lima hari! Emmm... sorry ya, cik adik, or cik akak. Saya memang perempuan. Dan untuk pengetahuan cik, saya budak U. Bukan tak reti nak mengeja dan membaca. Saya masuk sini sebab saya sedar diri saya perempuan. Zack membalas dengan lagak egonya, dan segera berdiri menghadap gadis tadi. Zack bercekak pinggang di hadapannya. Panahan mata gadis tadi seperti hujung pisau, takut aku! Jangan tiba-tiba jadi mata Cyclope dalam X-Men sudah! Naya aku karang kena panah dengan laser merah! Tak sanggup, beb! Aku muda lagi kalau nak mati pun!

24

Arisa Eriza

Apa? Tak puas hati? Zack bersuara setelah lama gadis itu diam, cuma matanya sahaja yang merenung ke arah Zack, tajam menikam. Mak cik tadi pun diam, hanya matanya terkelipkelip melihat adegan pergaduhan antara seorang perempuan dengan seorang lagi perempuan a.k.a. yang diragui kesahihannya yang dia ialah seorang perempuan. Memang tak! Keluarkan I.C bagi saya tengok! Perempuan ni sekali dia bercakap, bergegar satu surau! Dah macam polis pulak dah... main minta-minta kad pengenalan ni! Tak payah I.C, nah! Tengok dalam seluar ni! Nak sangat? Zack sudah memegang zip seluar jeannya untuk dibuka. Riak muka perempuan itu terus berubah, terkejut agaknya dengan balasan Zack. Ha ha ha! Baru gertak sikit, dah pucat! Ah!!! Awak memang gila! jerit perempuan itu nyaring, kalah orang azan subuh! Memang aku gila kalau kau nak tau! Zack membalas, tak mahu jugak mengalah dengan begitu mudah. Gila, gila, gila! Perempuan tadi mula memukul badan Zack menggunakan tangannya yang cekeding itu. Zack tidak membalas, cuma mengelak dan mempertahankan dirinya sahaja. Takkan nak gaduh dengan perempuan kut? Tak maco langsung! Gaduh mulut tahan la jugak! Nak gaduh karate, silap hari bulan masuk wad budak perempuan ni kena dengan aku! Mak cik yang terpinga-pinga tadi mula melangkah

25

Bini Aku Tomboy Ke?

masuk ke gelanggang WWE yang secara tak langsung dibuka oleh perempuan bersuara nyaring itu. Eh, sudah, sudah! Jangan bergaduh! Dalam surau ni, nak! Tenang! Mak cik itu cuba mempertahankan Zack yang sedang dipukul dengan mencuba untuk memegang keduadua belah tangan perempuan tersebut. Tangkap tangan dia, mak cik! Yes, yes! Zack menjerit kecoh, seperti menyokong perlawanan gusti yang sedang hangat berlangsung di depan mata. Kakinya digostan sedikit ke belakang bagi memberi ruang pada mak cik itu untuk meneruskan penangkapannya. Budak perempuan itu seperti sudah dirasuk jin kerana tetap melawan dan terjerit-jerit walaupun tangannya sudah ditangkap oleh mak cik itu. Dia terus meronta-ronta melawan. Kaum-kaum Adam pula mula menyelak tirai untuk melihat apa sebenarnya yang sedang berlaku. Eh, apa dah jadi ni? jerit seorang pak cik yang memakai serban putih di kepala. Beberapa orang lelaki lain yang agak muda pun turut join sekaki menyaksikan kekecohan yang berlaku. Semuanya bagi menjawab persoalan di benak mereka semenjak dari awal tadi lagi. Serentak dengan jeritan pak cik serban itu, Zack yang sedang bertepuk tangan penuh semangat menyokong mak cik itu pun terhenti. Mak cik dan perempuan itu juga terdiam dan mata mereka bertiga memandang tepat ke arah pak cik serban itu. Muka gadis tadi memerah, mak cik tua itu pula laju melepaskan tangan gadis tersebut.

26

Arisa Eriza

Tak ada apa-apa! Mereka bertiga menjawab serentak. Gadis yang mencari pasal dengan Zack tadi menurunkan kainnya yang diangkat tinggi selepas menyedari ada beberapa lelaki muda merenung-renung ke arahnya dan ketawa menutup mulut kemudiannya. Hampeh! Gatal! Tak tengok tempat ke kalau nak menggatal! Dia membebel di dalam hati. Perempuan itu pun mula hangin satu badan. Tak boleh jadi ni! Sedap-sedap aje dia orang gelakkan aku. Pada hal, bukan aku yang timbulkan masalah! Egonya berkata. Entah apa kenanya yang dia begitu bersemangat mahu menyerang dan bergaduh dengan Zack. Mungkin terasa naluri kewanitaannya tercabar apabila tempat khas untuk wanita diseludup masuk oleh seorang lelaki yang tak nak mengaku dia lelaki! Dia ni tak tahu malu masuk tempat solat Muslimah, pak imam! kata perempuan itu sambil tangannya pantas menunjuk tepat ke muka Zack. Zack telan air liurnya tiga kali, sambil matanya beralih-alih memandang ke arah pak cik serban dan perempuan muda yang tidak dikenali siapakah namanya itu. Zack berdiri tegak sebijik macam tugu negara di situ menunggu dengan setia tindakan lanjut daripada pak imam. Dah tu, dia nak tayang kemaluan dia kat saya! sambung perempuan muda itu dengan suaranya yang bertambah-tambah nyaring dari seminit ke seminit. Sebutan perkataan kemaluan itu sengaja ditekan bagi menguatkan tuduhan yang Zacklah punca masalah itu timbul dan bagi mengalihkan perhatian yang diberikan kepadanya dek kerana kain yang diangkat tinggi awal tadi.

27

Bini Aku Tomboy Ke?

Kemaluan? What the heck? Tahun bila pulak aku nak pergi menayang kemaluan kat dia? Sewel agaknya! Aku nak suruh dia tengok spentot (seluar kontot) aku aje pun, bukan nak suruh tengok benda alah aku tu! Ingat senangsenang aku nak tunjuk kat orang macam tu aje ke? Ini bukan website pornografi la! Benda alah tu dah namanya pun kemaluan, of courselah aku sebagai manusia yang normal terasa kemaluannya untuk menunjukkan kemaluan aku ni pada orang lain! Huh! Bengkek hati aku! Tercalar maruah diri! Ceh! Poyo pulak! Apa lagi, cover la diri sendiri! Apa pulak, pak cik? Saya nak buka seluar saya, nak suruh dia tengok seluar dalam saya ni khas untuk lelaki ke perempuan? Tu aje pun, pak cik. Takkanlah saya ni gila nak pergi tayang kat dia kut? Kalau ya pun saya nak tayang, baik saya tayang kat pak cik aje, baru berbaloi kalau nak tayang pun, kan? kata Zack sambil matanya dilirikkan ke arah wanita muda tadi dan keningnya diangkat tanda mencabar. Huh! Wanita muda tadi menjerit kuat kerana bengang, kemudian dengan mata bulatnya, dia merenung dalam ke muka Zack, sebelum riak mukanya berubah. Air matanya mula mengalir dengan perlahan, menuruni pipinya yang agak cekung itu. Air hidungnya pun mula menunjukkan diri. Zack suspen. Mata kaum Adam yang ada di situ mula merenungnya dengan renungan mata membunuh! Mak aiii! Habislah aku karang, gerenti seratus peratus aku kena serang dengan pak cik-pak cik ni semua! Ya Allah! Tolong!!! Apa bukti dan hujah kamu kalau betul kamu ni perempuan? Seorang pak cik bersuara lembut tetapi tegas apabila pak cik serban tadi cuma mendiamkan diri. Mungkin pak cik ni pun salah seorang orang kuat surau tersebut.

28

Arisa Eriza

Zack melihat pak cik yang bersuara itu dengan ekor matanya. Wanita muda tadi dipapah oleh mak cik tadi ke hujung surau dan sedang cuba ditenangkan dengan sabar. Entah apa kes yang nak mencari pasal gila-gila dengan aku. Last-last diri sendiri jugak yang give-up! Saudara, saya sedang menunggu jawapan saudara, kata pak cik itu lagi. Nada suaranya kedengaran begitu hambar dan tak bersemangat, umpama orang yang tak makan empat lima hari. Zack bagai orang mamai yang baru bangun daripada tidur. Lagaknya seperti terkejut dengan persoalan yang diberikan kepadanya. Sedar daripada lamunannya, dia pun segera menjawab. Buktinya, saya budak yang comel. Mana ada lelaki secomel saya! jawab Zack selamba. Muka dan telinga pak cik tadi mula memerah. Dua tiga orang lelaki yang turut serta tadinya, sudah mula menapak keluar dari surau dan beransur pulang ke rumah masing-masing. Emmm... buktinya ada pada I.C... tapi memandangkan beg saya dah kena curi, saya tak dapat nak tunjuk bukti pada pak cik-pak cik dan abang-abang sekalian. Zack menyambung setelah dia merasakan keadaan bukanlah semakin beransur tenang, namun keadaan huruhara tadinya semakin menjadi-jadi pulak selepas dilihat tiada senyuman sebagai balasan pada gurauannya. Salah timing daaa.... Pak cik tadi diam, begitu juga pak cik serban dan orang lelaki lainnya. Mungkin sedang memikirkan jawapan

29

Bini Aku Tomboy Ke?

dan tindakan yang harus diambil bagi menyelesaikan persoalan yang sedang bersarang di kepala otak masingmasing. Memang kamu tak tipu kami, kan? tanya pula seorang makhluk Tuhan yang tidak kedengaran pun suaranya dari awal tadi, hanya sekali-sekala kelihatan dia berbisik-bisik dengan rakannya di sebelah. Sungguh, bang! Saya tak tipu! Dalam surau ni, takkan saya nak menipu kut, bang, jawab Zack dengan riak muka bersungguh-sungguh. Dia memandang ke arah pak cik berserban sambil berkata-kata, ala, pak cik... lepaskan aje la saya. Bukan saya pergi rogol dia pun. Kalau on purpose pun, takkan la saya nak menghendap kaum sejenis saya kut? Apa kelas macam tu, pak cik. Lagipun, nikan surau? Bukannya dia dalam bilik mandi... tak pakai apa-apa. Pak cik tersebut memandang Zack dengan mata yang berkelip-kelip. Itu pun kalau memanglah dia tak pakai apa-apa dalam bilik mandi tu, sambung Zack selepas dilihatnya beberapa orang lelaki sedang termenung dan kemudiannya tersenyum, mungkin jugak sedang memikirkan benda bukanbukan selepas mendengar kata-katanya. Memanglah tak ada kelas kalau kamu menghendap kaum sejenis kamu. Tapi, kalau dah kamu tu sukakan kaum sejenis, ada tak ada kelas pun, tetap menjadi kesalahan, balas abang tadi. Ala... apa ni, bang? Saya memang tak ada perasaan la kat perempuan. Saya normal ni! Tak baik buruk sangka dan tuduh orang tanpa bukti! bantah Zack, membuatkan abang itu pula mula menunjukkan riak marah. Kamu cuba hormat sikit orang yang lebih tua!

30

Arisa Eriza

kata abang itu dengan telinga capangnya yang semakin merah, menandakan darahnya sudah mula naik ke kepala. Namun kemarahannya cuba ditahan dengan nada suranya yang jelas kelihatan cuba dicover supaya tidak meninggi. Apa pulak? Dah abang tu tak hormat saya dulu, jangan harap saya nak hormat abang pulak! jelas Zack dengan nada memerli. Hai... lepas sorang-sorang mula merasa sakit hati dengan Zack dan perangainya yang susah mengalah. Egonya sangat tinggi, apatah lagi apabila berdepan dengan lelaki. Sudah, sudah! Jangan bergaduh dalam surau. Cukup! Kamu ikut pak cik keluar. Yang lain, boleh balik bersiap pergi kerja, ucap pak cik serban, cuba menyelamatkan keadaan yang semakin kusut dan tegang itu. Zack direnung tajam. Zack yang sedar dirinya sedang direnung, mula tergaru-garu kepala dan tertunduk-tunduk. Aksi itu memang selalu dibuat bagi memancing rasa simpati dan kasihan orang padanya selepas melihat aksi ala-ala comelnya. Tak payah nak buat muka comel pulak! Sebijik macam Sutun dalam TV9 tu! balas pak cik serban sambil merenung tajam ke arah Zack. Ala! Pak cik ni, macam tau pulak aku tengah fikir apa masa buat action tu tadi! Selepas mencebik bibir, dia pun mula melabuhkan punggungnya ke atas kerusi plastik berwarna putih. Kerusi itu diturunkan oleh pak cik serban daripada susunan kerusi yang disusun membentuk satu susuanan kerusi yang tinggi melangit. Kalau terlanggar sikit, gerenti roboh! Memang innalillah siapa yang ada dekat dengan kerusi-kerusi ni! Sempat Zack berbisik di dalam hati. Duduk. Kalau betul kamu perempuan, kenapa

31

Bini Aku Tomboy Ke?

kamu pakai macam ni? Serupa macam lelaki. Kamu tak boleh salahkan budak perempuan tu tadi, puncanya daripada kamu jugak. Pak cik serban mula berbicara selepas duduk di atas kerusi plastik berhadapan dengan Zack. Cermin matanya dibetul-betulkan kedudukannya sambil digosok-gosok dagunya yang ditumbuhi oleh janggut putih yang agak jarang. Keseluruhan kepalanya sudah dipenuhi dengan uban, seiring umurnya yang semakin menginjak ke masa tua. Ayah saya dulu nak anak lelaki, pak cik. Dah tanya mak bidan, memang confirmed saya ni anak lelaki. Alih-alih lepas keluar dari perut mak aje, tengok-tengok saya ni jantinanya perempuan pulak. Lepas tu, saya dididik dengan aktiviti-aktiviti lasak. Berkawan pun dengan lelaki, pak cik. Zack bertutur dengan tenang. Matanya diarahkan ke lantai simen kelabu surau tersebut. Dia tidak mahu bertentang mata dengan lelaki tua itu. Pak cik serban mendengar dengan penuh teliti kemudian kepalanya pun diangguk-anggukkan. Biasa sangat dia mendengar kes-kes sebegitu sekarang ini. Bukanlah perkara baru cerita yang keluar dari mulut mungil gadis berperwatakan lelaki itu. Apa pun, nak... tak baik kita melanggar sunnatullah. Kalau Dia jadikan kita perempuan, ada hikmah dan kelebihannya. Kalau Dia jadikan kita lelaki pun, ada hikmah dan tanggugjawabnya. Kalau kita cuba langgar, bermacam akibat dan bencana yang akan turun. Tengok ajalah tadi, apa yang kamu dah buat? Kata-kata pak cik serban itu membuatkan Zack diam dan mula terkulat-kulat untuk menjawab. Matanya pula merenung kosong ke arah kakinya yang cuma beralaskan

32

Arisa Eriza

dengan selipar berwarna biru yang kelihatan sudah agak lusuh warnanya. Lusuh-lusuhlah, baru rock! Nabi Muhammad S.A.W junjungan kita pun ada bersabda dalam hadisnya yang bermaksud, Allah mengutuk wanita yang meniru pakaian dan sikap lelaki, dan lelaki yang meniru pakaian dan sikap perempuan. Hadis ni diriwayatkan oleh Bukhari dan Muslim, ucap pak cik serban tenang. Zack terdiam. Baginda juga ada bersabda di dalam satu hadis lain yang membawa maksud, Allah melaknat lelaki berpakaian wanita dan wanita berpakaian lelaki. Yang ni pulak diriwayatkan oleh Abu Daud dan Al-Hakim, kata pak cik serban itu lagi dengan panjang lebar. Dia berharap Zack mendengar dan memikirkan tentang apa yang baru disebutkannya tadi. Kali ini Zack tunduk merenung lantai yang dipijaknya. Kenapa kamu diam, nak? Dunia ni dah tak lama nak kiamat. Tanda-tanda kecil dah banyak, antaranya termasuklah lelaki berpakaian seperti wanita dan sebaliknya. Kaum lelaki sekarang pun ramai yang memakai emas dan sutera, teringin nak jadi perempuan pulak. Bersyukurlah, nak. Allah dah jadikan yang terbaik buat kita. Cuma kita yang buta, tak sedar kebaikan yang Dia bagi. Hanya nampak semua keburukan aje. Berubahlah, nak.... Tak rugi kalau kita bersabar dan mensyukuri nikmat Allah, ada balasannya nanti. Kalau bukan sekarang pun, insya-Allah ada di akhirat. Zack termenung sebentar. Memikirkan apa yang diucapkan pak cik serban itu. Terima kasih, pak cik... sebab ingatkan saya. Saya akan cuba berubah, tapi buat masa sekarang, hati saya masih tak terbuka untuk berubah. Saya

33

Bini Aku Tomboy Ke?

bahagia dengan diri saya sekarang. Saya tak nak hipokrit. Sebijik-sebijik Zack menjawab, mengharap juga yang pak cik di hadapannya itu akan dapat memahaminya. Ya... pak cik faham keadaan kamu. Pak cik tak minta kamu berubah sekarang juga. Cuma pak cik minta kamu berfikir menggunakan akal yang waras dan realistik, tu aje nak. Pak cik berharap dan akan berdoa selalu agar anak berubah juga satu hari nanti, insya-Allah. Pak cik serban itu pun bangun selepas habis bercakap dengan Zack. Zack juga turut serta berdiri bagi menghormati golongan yang lebih tua daripadanya. Nah, ambil duit ni, nak. Buat belanja makan. Kesian pak cik tengok kamu ni, serabut semacam aje. Hatihati nanti. Kalau ada apa-apa, boleh cari pak cik. Rumah pak cik dekat belakang surau ni aje. Jaga diri baik-baik. Pak cik kena balik dulu, ada hal yang nak diuruskan. Assalamualaikum! Waalaikumussalam. Terima kasih, pak cik! Moga Allah panjangkan umur pak cik! Zack merenung not lima ringgit yang diberikan oleh pak cik tadi. Pak cik itu mengambil duit tersebut dari poket baju Melayu yang dipakainya tadi. Dah reserved duit tu awal-awal untuk beli nasi lemak, tapi apabila dah berjumpa dengan Si Zack, rasa kasihan membuatkannya memberikan sahaja duit tersebut kepada Zack.

ABANG DIN!

34

Arisa Eriza

Eh? Zack? Jumpa tak balai? Jumpa. Dalam mimpi semalam, jawabnya endah tak endah selepas berpenat lelah dia berpatah balik ke kedai makan Abang Din. Itu pun dah tersesat empat kali. Apa dah jadi ni? Kenapa muka hitam-hitam macam arang ni? Allah... kesiannya. Jom ikut abang balik rumah kejap lagi. Abang Din jugak yang dicari akhirnya. Kerana rasarasanya Abang Din ni ada aura nasib baik. Dekat dengan dia aje, nasib pun jadi baik. He he he ada pulak orang macam tu? Eh, tak apalah, bang. Saya nak tempah air sikit, boleh? Dua minit lagi saya tak minum, aneroksia la saya, bang! Lalu dia pun mengeluarkan duit kertas satu ringgit, sebanyak dua helai dari dalam poketnya. Duit itu sudah pun lunyai dek kerana terwap di dalam poketnya dan juga kerana peluhnya. Nah! Lepas minum, ikut abang balik, kata Abang Din selepas meletakkan gelas berisi air masak di dalamnya. Eh, tak apa bang. Abang tak payah susah-susah! Hantar aje saya pergi rumah orang tua-tua. Eh, silap pulak! Rumah kebajikan masyarakat. Sebab... sayalah budak yang paling kesian kat dunia ni! Uwa!!! Calllah saudara terdekat. Mak, ayah, mana? Saya nikan bang, bukan nak kecohlah. Tapi, saya memang nak kena beritahu jugak. Dulu-dulu, kalau cikgu panggil suruh saya baca sifir, endingnya memang kena berdiri atas meja! Tak pernah lepas langsung! Saya dapat bagus dalam matematik SPM pun, sebabnya sekarangkan dah ada kalkulator. Tak payah bengap-bengapkan kepala hafal sifir! Ha, betul betul betul! kata Abang Din meniru gaya

35

Bini Aku Tomboy Ke?

kartun Upin Ipin. So? Apa yang nak disampaikan? tanya Abang Din hairan. Jadinya, disebabkan itulah, nombor telefon mak ayah saya tak hafal! Uwaaa!!!! Mak aiii!! Abang Din menepuk dahinya kuat.

36

Arisa Eriza

Bab 3
I la rumah Abang Din, Zack. Jom masuk. Tak payah segan-segan. Abang Din menjemput Zack masuk ke dalam rumahnya. Tak... tak segan langsung. Zack membalas endah tak endah sambil matanya melilau ke kiri kanan. Mak datuk sebelah nenek bapak aku! Bapak besar badak rumah dia! bisik Zack terkejut di dalam hati. Takut pulak Abang Din terasa kalau dia cakap kuat-kuat. Tapi, memang besar badak pun, tak dapat dinafikan lagi dah! Apa boleh buat lagi? Abang Din aje yang sanggup tolong dia sekarang. Rumah ni sempit sikit. Abang Din berkata sambil mengemas sedikit barang-barang yang bersepah di atas lantai. Tak sempit sikit, bang. Sempit banyak ni! Macam mana la dia boleh duduk dalam rumah sekangkang anak kera tak cukup makan ni? bebel Zack di dalam hati. Dia mendongakkan kepala ke atas. Atap rumah

37

Bini Aku Tomboy Ke?

penuh dengan lubang-lubang. Anak kucing pun boleh masuk ikut lubang tu! Dinding rumah tak payah sebutlah. Macam mana dia nak buat projek dengan bini dia ni? Kalau orang jenguk dari luar, sah-sah terang bulan purnama orang nampak! Clean dan clear! Abang duduk sorang aje kat rumah ni, Zack. Zack tak biasa ya dengan rumah sempit macam ni? tanya Abang Din sambil menghamparkan sehelai tikar mengkuang lusuh yang boleh dikira macam kena makan tikus. Tak pun lipas buat sarapan tiap pagi. Eh, tak ada, bang. Okeylah ni! Apa pulak tak biasanya? Semalam pun tidur atas lantai. Sejuk aje, hu hu hu. Orang kata tak apa rumah kecil, asal bahagia dalamnya. Betul tak, bang? Zack cuba menyembunyikan perasaan di dalam hatinya demi menjaga hati Abang Din. Cover siot! Takkan nak cakap main lepas aje? Bukan semua orang hidup senang kat dunia ni! Orang susah macam mana pun, dia tetap ada perasaan, kan? Yeah. Totally right! Ceh wah... terer speaking jugak rupa-rupanya. He he he.... Siap ala-ala Usher lagi tu! Selepas duduk, sambil bersila dia mengelipkan mata memandang keliling. Di suatu sudut, ada tilam nipis sekeping. Tu pun berlubang-lubang jugak dan banyak peta-peta lukisan air. Paham-paham ajalah air apa, kan? Banyak air yang boleh buat corak dekat tilam ni. Hu hu hu.... Tilam itu tersandar di tepi dinding. Di satu ceruk, ada dapur kecil yang diletak atas lantai dan berlapikkan surat khabar aje. Daif bebenar dah ni. Tahap tikus dalam air dah! Tapi mujur tuan rumahnya baik hati. Kan, kan? Zack pergilah mandi. Nah tuala ni, abang baru

38

Arisa Eriza

basuh. Biasakanlah diri dengan rumah Abang Din ni buat sementara waktu. Abang Din menghulurkan tuala ala-ala dinding tadi jugaklah, berlubang-lubang dan koyak-koyak di hujungnya kepada Zack. Zack yang merewang-rewang fikirannya tadi, terus sedar dan menyambut huluran tuala daripada Abang Din. Wah! Towel tahun nenek moyang aku lahir! Isy... kejam betul statement ni! Banyak cakap pulak, dah orang nak tolong, duk diam dah la! Kenapa tak ada bini dia, eh? Jenuhlah aku kalau kena tangkap basah karang, buat naya aje aku! But... apa kata, jeng jeng jeng... idea kepala tanduk (jahat) Zack sudah muncul! Bukan selalu ni, he he he.... Okey, bang. No hal punya! Beres! Ehem.... Zack berdehem supaya suara perempuannya tidak begitu ketara kedengaran. Mujur suaranya yang ala-ala serak basah itu membantunya sedikit sebanyak. Di dalam tandas... Fuyyo! Abang Din ni teropong siapa ni? Lubang dekat dinding tandas jelas kelihatan. Zack meneropong ke luar. Kalau aku teropong orang tak apa, kalau orang lain yang teropong aku kat dalam ni? Kes naya namanya! Ah, bantai ajalah! Bukan lama aku nak duduk sini. Kejap aje pun! Zack mula buka baju dan bengkungnya yang terletak kemas pada bahagian dada. Hisy... patut orang tak kenal aku ni perempuan! Rupa-rupanya sebab aku pakai bengkung! Eh, nyanyuk agaknya aku ni? Sampai tak sedar diri sendiri pakai bengkung. Aku, kan tomboy? Aku tak suka benda ni. Kacau hidup aku

39

Bini Aku Tomboy Ke?

aje adalah. Tak ada pun tak apa. Tu sebab aku hadang dia. Taklah nampak sangat, kan? Tapi, penat jugak aku nak pakai bengkung ni! Sampai semput kadang-kadang tu. Mujur jugak aku ni jenis cekeding aje. Tiba-tiba pintu tandas diketuk. Gelabah jugak dibuatnya! Baju dan bengkung yang dipegang tadi terus dicampak ke tepi dan tuala yang tersidai segera ditarik bagi mengelakkan sesuatu yang tak sepatutnya berlaku daripada berlaku. Zack! Ni baju dengan seluar. Tukarlah dulu. Baju Zack tu nanti Abang Din basuhkan, ucap Abang Din tenang dari luar. Adei apa pasal orang tua ni layan aku baik sangat ni? Kena minyak dagu ke? Pelik jugak aku! Bila masa aku jumpa bomoh minta minyak dagu ni? Confuse, confuse. Okey, bang. Kejap lagi saya ambik! Abang letak aje kat luar tu! Bibir bawahnya digigit sambil matanya dikecilkan, mengharapkan jawapan ya daripada Abang Din. Telinganya yang dirapatkan ke pintu, dirapatkan lagi sehingga mencecah ke permukaan pintu tersebut bagi mendengar jawapan Abang Din. Ala... ambik ajalah sekarang. Nak malu apanya dengan abang? Kitakan sama-sama lelaki? Sah! Semua orang mata rabun termasuklah pak cik tua sorang ni! Tapi taklah tua sangat pun aku rasa. Aku pulak yang mulut jahat. Isy...isy... isy.... Okey, bang. Kejap! Dengan pantas dia mengenakan kembali bengkungnya dan membuka pintu yang diselaknya tadi secepat mungkin. Eh? Apesal berkemban macam perempuan ni? Abang Din bertanya dengan riak muka terkejut.

40

Arisa Eriza

Zack dilihatnya sedang tersenyum lebar, tangannya memaut kemas pinggangnya sendiri sambil kakinya disilang. Badannya dilanding elok pada tepi dinding. Dua kali tengok, serupa gaya perempuan menggoda tapi tak cukup ilmu. Eh, tak ada apa-apa, bang. Sejuk. Tak boleh kena angin. He he he.... Padahal! Ada pulak macam tu? Nah, ni baju. Tukar singlet kat dalam tu. Nak mandi air panas ke? Baju dan segala pakaian yang dirasakan perlu, bertukar tangan. Abang Din yang lurus bendul itu pun percaya aje semua apa yang dikatakan Zack itu. Gila ambil berat betul pak cik ni dengan aku. Apesal la agaknya? Ada ke aku hembus ayat mantera Siam kat dia? Mantera semerah padi pun aku tak tau, apatah lagi mantera Siam segala! Eh, tak apa bang. Tak payah susah-susah. Dapat mandi pun dah cukup bahagia dah ni, balas Zack dengan mata bersinar-sinar. Okey, mandi elok-elok. Ni sabun. Kalau tak simpan, nanti kena gerik (gigit) dengan tikus. Abang Din menghulurkan bekas khas berisi sabun berwarna biru cair kepada Zack. Hah? Tikus?? Oh tidak!!! Gila! Sayang aku dengan cik ti a.k.a. tikus berbulu putih tu! Zack takut tikus ke? Abang Din bertanya lagi. Hairan tengok mulut Si Zack luas semacam aje nganganya? bisik hati Abang Din. Eh, tak ada. Eleh, takat tikus tu, apa kelas nak takut-takut. Sekali pijak aje, innalillah, bang! Ketawa mereka berdua berderai kuat.

41

Bini Aku Tomboy Ke?

Berlagak nak mati Si Zack ni! Dah jumpa nanti, baru tau langit tinggi ke rendah! Mandilah dulu. Abang Din tersenyum dan berlalu ke depan. Ai... apa agaknya jadi lagi lepas ni? Zack merenung bekas sabun yang berisi seketul sabun GIV yang diberikan kepadanya tadi bersama dengan sepeket kecil syampu Sunsilk biru. Susahnya hidup dia walaupun ada kerja, tapi duduk sorang-sorang macam ni. Tapi bila tengok gaya dia punya bersepah, gaya macam ada lapan belas la pulak? Argh!!! Katak puru!! Bang Din... katak puru!! Kelam-kabut Zack membuka pintu dan berlari keluar dengan hanya berkemban. Nasib tak sempat bukak semua lagi! Abang Din segera muncul selepas mendengar Zack menjerit memanggilnya. Kenapa ni, Zack? Riak wajah risau terpamer pada muka Abang Din sambil melihat ke arah Zack yang sedang terjenguk-jenguk dari luar seperti memandang sesuatu di dalam tandas dengan keketaran yang nyata. Nafasnya turun naik dengan agak laju. Katak puru, bang! Katak puru! katanya terloncatloncat sambil menarik-narik hujung baju Abang Din. Allah! Habis dah semua kemacoannya sebentar tadi. Abang Din yang melihat kelakuan Zack, hairan melihat perangai Zack yang nampak jelas gila keseramannya tu. Pondan ke budak ni? Dah la berkemban, takut katak puru pulak tu. Hairan tahap dewa aku dengan si budak Zack ni! Ceh, dengan maconya Abang Din menunjukkan keberaniannya pada si pondan itu. Pintu tandas tersebut

42

Arisa Eriza

ditutup sedikit. Zack pulak membuat muka geli-geleman di luar apabila otaknya terlintas imej katak puru berjerawat tadinya. Eee... ya Allah! Sumpah aku geli! Sekejap aje masuk ke dalam tandas itu, Abang Din pun keluar dengan senyuman melebar. Seinci lagi hendak mencecah telinga. Dah, tak ada dah. Dengan yakin Abang Din berkata. Eh? Dah tak ada dah? Muka Zack digulinggulingkan, ala-ala Donald Duck terkejut tak percaya. Matanya pulak dibesarkan sambil memdanang muka Abang Din. Haah. Tak ada dah. Masuklah mandi. Zack masih tidak boleh hendak percaya. Dia pun menjenguk dari luar tandas. Still dengan gaya takut-takut. Haah la... dah tak ada. Abang Din telan katak tu ya? Macam mana boleh ghaib tiba-tiba? Zack bertanya soalan paling bodoh di alam fana ni. Adalah ilmu abang. Zack mana boleh tau! He he he... orang berani aje boleh dapat ilmu ni. Nah sebijik! Tu dia. Tadi bukan main nak pijak tikus, baru muncul anak katak puru, dah tegak bulu kaki! Belum jumpa tikus lagi! Dah melompat-lompat tarik lengan baju orang, kalau jumpa tikus, lompat naik atas bumbung dah agaknya! Cepat-cepat Zack menutup pintu tandas dan membuka pili air sehabisnya, menakung air di dalam baldi yang tersedia di situ. Uwaaa... mama!!! Takut lipas, katak, tikus dan yang seangkat sebapak dengannya! Aaa... Tolong!!!!

43

Bini Aku Tomboy Ke?

Air paip yang ditadah tadi disiram-siram ke badan secepat mungkin sambil matanya memandang keliling, berjaga-jaga kalau-kalau ada lipas hitam pulak muncul kat depan mata! Yang jenis terbang-terbang naik atas badan orang tu memang aku tak boleh tahan! Aku lagi rela telan hempedu daripada terjumpa lipas! Sesudah mandi, dengan pantas juga Zack memakai kembali bengkungnya, baju Abang Din dan seluarnya. Gila kurus Abang Din ni! Seluar dia pun aku muat! Ha ha ha.... Tak sedar diri sendiri pun kurus kering, sedap nak mengata orang lain pulak! Eh, spentot aku macam mana, ya? Nasib spentot aku tak berbunga kali ni. Sebabnya, aku agak suka spentot berbunga-bunga tambah lagi yang warna-warni walaupun aku tomboy. Hu hu hu.... Tak cukup tomboy lagi la tu. Bantai ajalah spentot masam ni. Nak buat apa lagi? Takkan spentot pun, Abang Din punya jugak yang jadi mangsa??? Jom, makan! Kejap lagi kita pergi balai. Abang Din mengajak Zack makan selepas melihat Zack yang sudah keluar dari tandas, sambil mengelap rambut pendeknya yang basah itu laju-laju. Makan? Ya Allah! Rezeki! Cepat-cepat Zack duduk menghadap makanan yang dihidang di atas tikar mengkuang yang dihampar tadi. Menunya biasa ajalah... telur, nasi, sardin dan kicap. Biasa la, orang bujang... lagipun susah nak simpan benda basah yang lain sebab tak ada peti sejuk. Selepas habis makan, mereka pun bergerak menuju ke balai polis berdekatan menaiki motor cabuk Abang Din. Nak abang ikut sekali tak ni? tanya Abang Din selepas turun dari atas motosikalnya dan berdiri menghadap

44

Arisa Eriza

Zack. Topi keledar dibuka dan disangkut pada cermin sisi motosikalnya. Zack pula meletakkan topi keledar yang dipakainya tadi ke dalam raga motor. Jari-jari tangannya kelihatan berhabuk dan kehitaman sedikit kerana memegang topi keledar Abang Din yang sudah lama terbiar begitu sahaja tanpa digunakan. Gatal-gatal kepala aku. Hu hu hu.... Kemudian, dia menggosok-gosokkan tapak tangannya ke seluar jean biru lusuh yang dipakainya itu. Tak apa la, bang. Saya pergi sendiri aje, okey? Abang tunggu kat kerusi tu kejap, boleh, kan? jawab Zack sambil matanya memandang ke arah sebuah kerusi panjang yang diletakkan di hadapan balai tersebut. Mulutnya memuncung, menunjuk ke arah kerusi tersebut. Abang Din pun melepaskan pandangannya ke arah yang dimaksudkan. Dia menganggukkan kepala kemudiannya. Mereka pun berjalan beriringan menuju ke hadapan balai tersebut. Kelihatan beberapa orang anggota polis sedang berjalan penuh segak dan tough tidak jauh daripada mereka berdua. Tak macam aku ni, jalan pun berterabur ala-ala samseng tak cukup umur. Dengan uniform khas berwarna biru tua, cukup membuatkan mereka kelihatan begitu kemas dan menarik. Kalau ada apa-apa, panggil abang, okey? Abang Din berkata perlahan. Punggungnya diletakkan di atas kerusi dan dia duduk dengan tenang. Tangannya diseluk ke dalam

45

Bini Aku Tomboy Ke?

poket kanan seluarnya dan mengeluarkan sekotak rokok bersaiz kecil yang mengandungi empat belas batang rokok. Salah satu daripada rokok itu dikeluarkan dan dikepit ke bibirnya yang sudah mula hilang warna. Lighter berwarna ungu dihidupkan bagi menyalakan hujung rokoknya itu. Tak elok hisap rokok, bang. Nanti sakit baru tau. Sakit satu, bakar duit satu, jadi dua. Cuba abang kira berapa banyak duit yang abang dah guna untuk beli rokok ni seumur hidup? Empat belas darab dengan setahun, darab pulak dengan hidup abang yang dah berapa puluh tahun tu, jadi berapa? soal Zack, membuatkan Abang Din berfikir sebentar. Empat belas darab tiga ratus enam puluh lima hari dalam setahun? Zack terkerut-kerut mengingat. Gila nyanyuk betul, hari dalam setahun pun tak ingat. Abang Din angguk perlahan. Jari Zack mula bergerak-gerak. Matanya memandang ke langit, kerut dahi tak usah sebut, kalah nenek tua umur seratus satu tahun sebab cuba nak bayangkan jalan kira untuk mengira nombor-nombor yang ditimbulkan tadinya. Uh! Lantaklah berapa pun! Buat kerinting rambut aku aje mengira! Abang bagi kalkulator, nanti ajalah saya kirakan. Chaw dulu! Zack berlalu dengan muka blur menuju ke dalam balai.

DUDUK. Nama apa? tanya seorang pegawai polis di situ tanpa memandang ke arah Zack. Dia sedang menunduk menghadap sehelai kertas, membaca sebentar dan kemudian menulis sesuatu dengan pen basahnya yang berwarna hitam.

46

Arisa Eriza

Semacam mengisi borang kaji selidik pun ada gayanya. Kemudian, matanya dikerling sebentar memandang ke arah Zack. Saya Sofi Zarill binti... Zack menjawab selepas duduk berhadapan dengan seorang pegawai polis lelaki di dalam lingkungan akhir tiga puluhan itu. Hah? Binti? Apesal binti pulak? Pak cik polis itu bertanya lagi dengan muka ingin tahu yang mendalam. Dahinya mula berkerut seribu sambil matanya dikecilkan, penuh dengan gaya scepticnya. Tak puas hati, beb! Apa kes, pakai baju lelaki, rambut pendek dan yang paling penting, dada rata macam jalan tar kena lenyek dengan steamroll. Boleh ke panggil perempuan? Biar betul budak ni? Dah saya perempuan, sebab tu la binti, tuan. Dah tau, tanya lagi. Pak cik polis itu pun sekali lagi merenungnya dalam-dalam. Di dalam keraguan dan kemusykilan, dia kemudiannya meminta dua anggota polis wanita mengecamkan sama ada betul atau tidak yang Zack itu ialah seorang perempuan. Tolong saya pastikan budak ni betul-betul perempuan atau pun lelaki? kata polis lelaki itu sambil mengusik-usik sedikit rambutnya yang sudah jarang-jarang itu walaupun masih muda. Tahap kolestrol mesti tinggi ni, tu sebab rambut dah tak ada dekat tengah kepala. Zack berbisik sendiri sementara menunggu tindakan susulan daripada pegawaipegawai polis tersebut. Awak ikut cik dua orang ni. Minta maaf, tapi kami perlu pastikan yang awak tak menipu kami, kata polis tadi dan tangannya menunjuk ke arah dua orang polis wanita di

47

Bini Aku Tomboy Ke?

sebelahnya. Buka baju awak, sekarang. Dengan muka tegas, salah seorang daripada dua orang polis wanita tadi memintanya membuka baju di dalam sebuah bilik khas tidak jauh daripada pintu masuk ke balai. Dari dalam bilik tersebut, kelihatan Abang Din yang sedang duduk di atas kerusi kayu tadi, merenung ke arah jalan di hadapannya. Zack melambai-lambai Abang Din dengan penuh semangat wajanya. Tak guna awak lambai, sampai tahun depan pun dia memang takkan nampak. Buka baju, kata pegawai polis yang menyuruhnya membuka baju, namun tidak dihiraukannya tadi. Kenapa dia tak nampak pulak? Sebab dia rabun? Zack mula bertanya soalan bukan-bukan, kerana dia malas mahu mengikut arahan polis itu. Sebab cermin gelap la. Bukak baju saya kata! Suara polis wanita itu makin meninggi. Kesabarannya mula menghilang dengan sikap Zack tadinya. Ala, puan. Sungguh-sungguh saya perempuan ni! Zack masih berdegil tidak mahu membuka baju. Bibirnya memuncung seiras anak tenuk. Buka sekarang sebelum saya yang bukakan! Dah kena ugut macam tu, dengan muka poyo tahap cipan lapar, Zack pun membuka bajunya. Apa ni? Bengkung. Buat apa pakai? Saja-saja.

48

Arisa Eriza

Awak jangan main-main dengan saya! Tapak tangan polis wanita yang namanya Aliana seperti yang tertera pada name tagnya menepuk kuat meja di hadapannya itu. Lailahaillallah! Mak cik polis ni kenapa? Zack merenung dengan wajah tak puas hati. Tapi tak apalah, kan, sebab aku budak baik, niat di hati untuk bergaduh dan bergusti mulut dibatalkan. Sengaja saya pakai sebab saya tak suka dua bukit tu. Selamba Zack menjawab. Mata dua anggota polis wanita tadi membulat merenungnya. Sah abnormal budak ni! Wanita sejati takkan cakap macam tu punyalah. Awak pengkid? Emmm... tak kut. Sebab saya tak berapa suka perempuan, dan taklah berapa suka lelaki jugak! Kategori apalah saya ni, puan? Kategori burung dodo yang dah pupus tu kut. Hu hu hu... Buka bengkung! Mana boleh! Malulah saya! Aurat ni! Zack menjerit kuat mempertahankan dirinya. Awak belajar kat sekolah mana yang kata situ tu aurat? Sekolah! Dah, tak payah nak mengarut-ngarut lagi. Situ bukan aurat sebab kita sama-sama perempuan. Bukak untuk sahkan awak perempuan. Tapi saya... Awak nak saya bukakan?

49

Bini Aku Tomboy Ke?

Mula dah ketegasan kuasa vetonya. Yalah... yalah... tapi malulah! Buat x-ray tak boleh? Tak payah buka bengkung? Mata Zack bersinar mengharap dan bibirnya mengukir senyum comel.

BUKAK dah! Tengok la! Nak tengok sangat. Hah, picit sekali kalau tak puas hati lagi! Akhirnya Zack terpaksa mengalah dengan paksaan polis wanita itu. Eh, buat apa awak tarik-tarik tangan saya ni? marah pegawai polis garang tadi dengan perbuatan Zack yang secara tiba-tiba menarik-narik tangannya. Puan nak tahu dan siasat saya ni perempuan atau pun tak, kan? Sekarang ni saya bagi peluang, rasalah asli ke tak! Bukan selalu saya bagi peluang macam ni! Puan orang yang pertama. Cepatlah sebelum tawaran ditutup. Akak pulak tak nak cuba sekali? tanya Zack sambil memandang ke arah seorang lagi anggota polis yang agak diam dari tadi. Hah? Polis itu terkejut macam babun lepas beranak. Zack tersenyum comel melihat aksi polis wanita itu sambil tangannya memegang tangan polis garang tadi, cuba dirapatkan pada dadanya, namun polis wanita garang itu menarik-narik tangannya kembali. Sudah! Berhenti!!! Ha ha ha! Yeah! Berjaya! Ha... kau jangan mainmain dengan aku! Dah cukup bukti ke, puan? Bukan ke nak pastikan

50

Arisa Eriza

betul-betul sesuatu tu kita kena buat pemerhatian dan eksperimen sebanyak tiga kali? Kena picit-picit, tenungtenung... kata Zack sambil membuat aksi seperti yang dikata. Cut it off! Awak boleh keluar sekarang! jerit pegawai itu dengan pipi yang kemerahan menahan bengkak di dalam hati dengan perangai Zack tadi. Tak pernah ada orang berani buat macam tu kat aku sebelum ni! Berani betul budak ni main-mainkan aku! Bengkek gila! Nak jugak aku sekeh budak tomboy ni! Naya aje karang! Hua hua. Best gila kenakan dia! Puas hati Zack melihat kebengangan muka pegawai polis tersebut. Betulkan saya perempuan, cik puan? Tak puas hati lagi la tu. Ya! Dah! Jangan biar saya tengok muka awak lagi! Fuyyo! Takutnya... gila dahsyat bengang dia! Polis wanita yang agak diam itu pun mengiring Zack keluar selepas Zack mengenakan kembali pakaiannya. Akak tak ada nombor telefon? Saya suka sangat tengok akak. Comel! Body pun, wow! First class! kata Zack sambil mengangkat kening. Kalah Ziana Zain! Dia mula melakar muka miang sambil merenung ke arah pegawai polis itu. Eh? Polis wanita itu pucat dan mula membuat muka seram melihat Zack. Gila agaknya budak ni! Wah wah... jahatnya aku! Namun, Zack cuma membuat muka selamba, padahal dalam hati, dah nak meletup kerana tak tahan geli hatinya. Dia memang perempuan, sarjan.

51

Bini Aku Tomboy Ke?

Okey, terima kasih. Duduk. Apa masalah awak sebenarnya? Beg saya hilang. Semua barang kena curi. Handphone, I.C.... Bila hilang? Kat mana? Kenapa lambat buat laporan? soal pak cik polis itu bertubi-tubi. Pening Zack nak menjawab. Satu-satu la, tuan. Kenapa tak hubungi mak ayah awak? Sebab otak saya bengap, tuan. Apa kena-mengena pulak? Nombor nak call dia orang saya tak ingat, tuan. Siapa parents awak? Ayah saya Datuk Mu... Datuk? Ya, tuan. Saya anak Datuk Muhammad bin Robert a.k.a Datuk Misai Putih duduk kat Perak. Datuk Misai Putih? Kenapa macam pelik aje? Polis itu mengusik-usik hujung misainya sendiri. Sebijik macam A. Galak dalam siri Gerak Khas. Ha... memang pelik! Sebab saya yang bagi nama Misai Putih tu! Hua hua hua... sedap kan, pak cik A. Galak? Zack ketawa kuat di depan polis tersebut. Namun selepas dijeling tajam, dia pun menekup mulutnya. Adei, aku cepuk jugak kang budak ni! Sesedap jiwa raga dia nak panggil aku A. Galak. Aku hensem tujuh belas persen tau daripada A. Galak! Tinggal tak seglamor dia aje lagi. Cis! Perasaan gile perasan sudah datang. Hu hu hu.... Polis itu berbisik di dalam hati dan tergelak sendiri. Baik awak cakap betul-betul.

52

Arisa Eriza

Betul. Tak tipu. Dia ada syarikat. Nama syarikat tu, Wellbeing Enterprise. Zack mengangkat tangannya seakan orang bersumpah. Kejap, saya tengok. Pegawai polis itu mengeluarkan buku tebal yang menyimpan pelbagai nombor telefon. Senang cerita namanya Yellow Pages la. Dia bercakap sebentar dengan seseorang, kemudian bercakap pula dengan seorang yang lain. Papa! Zack dengan rakusnya menyambar telefon yang dipegang oleh polis itu dan menjerit kuat. Semua mata memandang ke arahnya. Papa! Ni Zack! Papa kena cancelkan semua kad kredit, kad-kad bank dan semua yang berkait dengan Zack secepat mungkin, sebelum papa jatuh bankrap! Ala... tapi papa, Zack nak duduk kat sini. Tak nak balik lagi. Nak minta papa hantarkan salinan I.C, lesen kereta, result... ha, senang cerita, minta mamalah uruskan. Kalau tak ada semua tu, kering Zack kat sini, papa. Haaa, okey canthek! Sayang papa dan mama! Muahh muahh... bye papa my love! Pap! Gagang telefon diletak secepat mungkin selepas dia habis bercakap. Alamak! Telefon ni boleh redial tak, tuan? Hah, kenapa pulak lagi? Lupa nak beritahu papa, saya ada kat mana. He he he... kata Zack sambil menggaru-garu belakang kepalanya dan membuat muka kesian. Sengal betul budak ni! Pak cik polis itu berbisik di dalam hati sambil menekan butang redial pada telefon di situ dan memberikan gagangnya kepada Zack. Bang Din! Minta nombor handphone abang! Nanti

53

Bini Aku Tomboy Ke?

senang kalau ada apa-apa mak ayah Zack nak contact! Selepas mendapatkan nombor handphone Abang Din, Zack bergegas ke dalam balai kembali. Selepas beberapa ketika, dia pun keluar. Beres, bang! Jom gerak! Eh, dah nak dekat asar la bang! Ada surau tak dekat-dekat sini? Solat kat rumah ajalah, Zack. Adei. Aku nak solat kat ceruk mana kat rumah dia? Ceruk Tok Kun? Telekung pun tak ada! Takkan aku nak jadi fully occupied as a guy kut? Cari nahas! Ala, abang ni! Kat suraukan lebih afdal, gitu! Tergeliat lidah aku. Hu hu hu.... Emmm... yalah kalau macam tu. Jom pergi surau. Masjid pun ada. Tapi jauh sikit la dari rumah. Mana pun jadi, bang! Cantekkk!

SESAMPAINYA di surau, Zack kembali pening. Kejadiankejadian lepas membuatnya berfikir empat puluh tiga kali bagaimana nak menyeludup masukkan dirinya ke dalam tempat solat wanita? Yeah! Idea! Ni la gunanya otak geliga + bengap. Hu hu hu! Zack ketawa jahat. Apesal gelak tiba-tiba ni, Zack? Hairan benar Abang Din melihat Zack. Terlepas dari hospital sakit jiwa mana budak ni? Tak ada apa-apa, bang! Saya pergi tandas kejap! Abang masuk dulu, okey? Abang Din mengangguk. Dia pun berlalu ke dalam surau.

54

Arisa Eriza

Di dalam tandas lelaki, Zack pun membuka bengkungnya. Tinggallah singlet sahaja yang melapik. Kemudian, dengan perlahan-lahan dia membuka pintu. Lepas jenguk kiri kanan, line clear, dia pun berjalan terhendaphendap dengan lagak pencuri tak bertauliah itu. Akhirnya selamatlah dia sampai ke tempat wuduk wanita. Fuh!!! Semput mak datuk aku! Berdebar giler! Takut kena sergah kenapa aku masuk tandas lelaki! Mahu gugur jantung aku yang comel ini. Hu hu hu... perasan lagi! Cewah! Dengan mendadanya, dia berjalan masuk ke dalam bilik wuduk wanita. Dua bukit di depan ni, bukti aku perempuan. Hu hu hu.... Geli rasa hatiku menyebutnya. Setelah selesai semuanya, tanpa diattack lagi, Zack pun keluar menuju ke tempat parkir motor cabuk Abang Din. Kenapa tak nampak pun Zack solat tadi? Lama pulak tu? Ada. Nun kat belakang! Biasalah bang, jamak! jawabnya dengan muka derk. Disebabkan masuknya waktu solat asar dah tak lama, tu yang membuatkan Zack menunggu hingga azan asar. Senang sikit, pada fikirannyalah. Tapi, kan ke solat pada waktunya lebih afdal gitu? Hu hu hu.... Naik cepat. Abang nak kena gerak pergi kedai dah ni! Okey, bang! Hatinya ceria selepas solat. Mesti orang hairan, kenapa aku beria-ia nak solat, padahal tudung pun tak pakai, acting jadi lelaki lagi! Aku ni, bukan tak nak pakai tudung, tapi ada sebab kenapa aku jadi macam ni.

55

Bini Aku Tomboy Ke?

Bab 4
ESAMPAINYA mereka di kedai makan tempat Abang Din bekerja, Zack pun mula termangu-mangu. Bukan badannya tidak letih, tetapi disebabkan terlalu banyak serangga dan binatang-binatang kesayangan Zack kat rumah Abang Din, jadi dia pun mengambil keputusan ikut sekali ke kedai Abang Din. Karang aku nak buka langkah silat karate apa kalau jumpa cik ti? Waaa... minta dijauhkan. Dia menggeleng kepala seorang diri. Zack nak makan apa? Abang Din bertanya. Eh, tak payah susah-payah, bang. Saya tolong abang, okey? Apa yang boleh dibuat ni, bang? Zack bangun dengan segera. Aku tengah bersemangat waja ni. Isyy... asyik waja aje, bila wira nak glamor? He he he.... Tak apa. Zack duduk aje kat situ. Muka pun nampak letih. Lagipun, customer tak banyak waktu ni. Abang Din membalas. Kenapa la ada makhluk sebaik dia kat dunia ni? Uh... apa lagi, pucuk dicita ulam mendatang! Cewah!!!

56

Arisa Eriza

Naikkan bahasa bangsa, barulah negara bahagia! Slogan apa ni? Hu hu hu.... Zack menggeliat sepuas hati. Bahunya diurut-urut sendiri. Budak semalam ke, Din? Kawan sekerja Abang Din bertanya. Haah. Aku kesian tengok dia. Tu aku bawak dia pergi rumah aku. Pergi rumah kau? Kau ni tersampuk hantu busut mana ni? Entah-entah budak tu jahat ke? Manalah tahu kalau dia buat yang bukan-bukan. Aiii, kau ni. Aku ni lelaki. Jantan. Bukannya perempuan. Tahulah aku jaga diri. Aku tengok muka dia pun, aku tau la dia budak baik. Lagipun, aku ni papa kedana, dia nak curi apa kalau ya pun, Man? Dah, ada customer tu. Aku pergi ambik. Zack menopang dagu memandang ke luar kedai. Langit luas, dah berwarna keoren-orenan menandakan waktu senja sudah hampir. Jemunya aku! Tahap tenuk hidung panjang dah ni! Drama di TV yang terpampang di depannya tidak menarik perhatiannya lagsung. Yes, miss. Can I have your order? Dengan speaking London tak tulennya, Zack tibatiba bangun dan mengserve seorang gadis yang baru sahaja duduk di meja berdekatan. Gadis tersebut bersama dengan seorang lelaki, balak dia la kut, hensem la jugak, kut. Tapi, aku hensem lagi gamaknya sebab awek dia tak berkelip pandang aku nih, he... he... he.... Macam aku pernah tengok mamat nih? Weh! Zack! Kau kan?

57

Bini Aku Tomboy Ke?

Eh, siapa pulak mamat tak maco ni? Silap orang tak? Zack memandang ke belakangnya, melihat-lihat kut-kut mamat tadi cakap dengan orang lain ke, aku yang perasan dia cakap dengan aku. Woi! Kau la, siapa lagi? Mamat tadi bangun lalu menepuk bahu Zack. Eh? La, kau rupanya, Zim! Apesal kau jadi putih nak mati ni? Silau mata aku! Kau kena albino ke penyakit sopak? Lancang mulut Zack berkata selepas dia berjaya mengingati Azim, rakan baiknya dahulu. Wei, mulut kau ni, memang sah mulut tak ingat pepatah Melayu ni! Kerana pulut santan binasa. Kerana mulut, badan binasa. Ingat la, mangkuk! Ingat aku ni sengal sangat ke? Hek eleh. Kau ni pun satu hal. Macam tak kenal aku? Zack menyambung peribahasa Melayu tersebut. Kau pun, apesal muka jadi macam bontot kuali kat rumah nenek aku tu? Hitam berkilat macam orang minyak? Azim pun tak nak kalah. Aku putih la. Tahun bila aku gelap pulak? Kanta mata kau tu problem la, beb! Aku tetap jejaka idaman setiap insan bergelar... Zack! Abang Din menepuk kuat bahu Zack dari belakangnya yang baru siap tarik kerusi, bukak kedai kopi baru dekat situ. Ya, oder apa, dik? Adei, Abang Din ni, potong stim betul la! Aku baru nak feeling meeling, dia datang pulak! Abang Din senyum menampakkan barisan gigi

58

Arisa Eriza

putihnya. Sparkling gitu. Hu hu hu.... Selepas mengambil oder, Abang Din pun berlalu. Macam mana kau boleh terlepas sampai ke sini ni? Waaa, gaya sebiji macam aku pulak tu! Siap maco daripada aku lagi. Apa kes ni, Zack? Well, you know me. Zack meniru gaya Mat Rock Spanar Jaya sambil tersenyum poyo. Perkenalkan, awek aku, Amy. Amy, ni Zack. Hi, nice to meet you, Amy. You have such beautiful eyes! Mula dah reka ayat nak menggatal. Tangannya yang menyalami Amy, dieratkan dan matanya merenung lama mata Amy. Muka Amy timbul blusher pink pulak tiba-tiba. Woo woo... awek aku ni, bro! Azim mula tercabar dengan tindakan Zack. Apesal kau? Bukan bini kau pun. Zack mula membuat muka serius. Tak tahan melihat muka bengang Azim, akhirnya tawanya pun berderai. Wei! Aku mana main awek-awek ni! Weh, kau makan la, aku nak pergi surau jap! Amy, selamat menjamu selera. Zack tersenyum maco sambil mengejipkan matanya pada Azim. Muah ha ha.... New victims attacted! Zack tersenyum puas melihat muka bengang Azim kerana dia mengusik awek kesayangan Si Azim itu. Hu hu hu.... Wah, maconya dia, baby! Tersembur air teh O yang sedang disedut Azim, selepas mendengar aweknya memuji Si Zack, budak tomboy

59

Bini Aku Tomboy Ke?

itu. Tapi, memang dia pun tak dapat nafikan, Zack macam ada tarikan yang tersendiri. Aura cute kut. Mesti jadi bunga kembang setahun kalau mamat tomboy tu tau aku puji dia, bisik Azim di dalam hati. Eh, emmm... tak sayang baby ke, cute? tanya Azim sambil membuat muka cekodok berkulat di situ. Sayang la. Apa pulak taknya? Saja aje puji sikit, baby ni.... Amy mencuit manja pipi albino Azim bak kata Zack tadi. Amboi, mesra-mesraan bukan main lagi! Jangan ikut ya, tak sah lagi tu.... Selepas azan isyak berkumandang lima belas minit kemudiannya, Si Zack pun muncul setelah selesai melakukan solat jamak, dia menaiki motor cabuk Abang Din. Uh, sakit pinggang aku! Motor zaman tuk kaduk mana la Abang Din bawak ni? Geduk-geduk bunyinya, nasib tak mampus time aku bawa tadi! Baru gaya nak rempit laju sikit, dah ala-ala gaya nak mati. Apa kes? Enjin tahun lapan puluhan punya kut motor ni! Eh? Blah dah si budak Azim tu? Laju giler makan, jadi hantu lapar agaknya. Dengan awek-aweknya sekali. Baru niat nak mengusik lagi. Tak ada chance la ni. Hu hu hu... Zack bermonolog sendirian selepas turun dari motosikal cabuk Abang Din. Azim ni, antara kawan baik aku masa sekolah dulu. Aku rapat dengan Azim yang terkenal dengan gelaran playboynya. Padahal kalau diukur, aku lagi handsome dan yang penting maco daripada dia. Tak payah tunggu orang puji, aku memang kuat perasan sendiri. Hu hu hu... tapi, in case aku tak berapa minat dengan girl, so aku tetaplah menjadi budak normal tapi nakal tahap dewa dengan geng-

60

Arisa Eriza

geng aku! Geng-geng aku semua lelaki, tu sebab aku jadi gini. Bukan tak ada orang yang minat kat aku. Boleh kata, tiap minggu mesti ada orang letak surat dalam laci meja aku. Laci ajalah, jimat duit tak payah tampal setem, kan. Surat apa lagi, of course surat cinta la. Tapi, unluckily, pengirimnya semua dari pihak kaum-kaum Si Zack. Ye la, dah aku tomboy kan, nakal pulak tu, laki mana yang nakkan aku? Jadi, terima la kenyataan anda.

Awak, saya suka sangat tengok awak. Maco, caring, cute. Boleh keluar tak esok? Just pass the answer to Amin Buntal. Im waiting. From Anis. NI satu gaya surat yang aku terima. Kontot dan senang faham. Gaya jiwang tak tahan pun ada jugak. Siap dengan hiperbola, simili, perlambangan dan entah apa kebendanya lagi disumbat masuk semua, semata-mata nak bagi aku cair. Mak aiii.... Zack, If I have the choices, Ill choose to just waiting, Waiting 4 only u to come, Come and give me a bouquet of flowers, Flowers which are rich with ur love,

61

Bini Aku Tomboy Ke?

True love that come from ur deep heart. If I can be the angel, I will guarding u all the time, Never let u get hurt, Nor even crying, I will keep u just know how to smile, How to love, And only have the thousdans of happiness, Not ever make you learn how to cry. Yours ever, Ellina Ni gaya anak orang kaya yang bagi sebab dia speaking London bagai. Tapi tak tahu la jugak aku kalaukalau dia petik dari mana-mana, kan? Kemudian, bagi kat aku... tapi buat-buat macam dia yang tulis. Tapi, huh... sumpah aku seram, beb! Lelaki berlambak-lambak tak terkira. Macam gula sepuluh kilo kat luar sana, tapi kenapa la aku jugak yang nak dipilihnya? Hairan sungguh aku! Petang ni, pukul empat jumpa kat Jaya Jusco. Saya tunggu sampai awak datang, Zack. Kalau tak, saya tak nak balik. Daripada, Alami

62

Arisa Eriza

Mak aiii!!! Gila la kau ni! Aku pelik la kenapa kau yang kurus kering, dada leper, pakai baju kurung putih macam ni, budak perempuan nak suka? Heh! Amin Buntal merampas surat yang sedang dibaca Zack pada pagi itu dan membacanya sekuat hati dan menambah komen pedas sesedap jiwa di belakangnya. Satu kelas memandang ke arahnya. Hei, mangkuk! Kenapa kau tak buat announcement kat perhimpunan pagi tadi aje? Biar satu sekolah ni tau! Yang kau tu, perut berlapis dengan tayar steamroll, dada kembang pakai baju pun butang tercabut, ada hati nak kutuk aku, huh!!! Zack membalas selepas dia bangun menghadap Amin yang tingginya, kurang dua inci daripadanya. Matanya mencerlung memandang tajam ke arah Amin. Eh, aku lagi tinggi! Baru perasan. Dia ni dapat gen rendah kut. Hu hu hu... tu sebab la badan nampak semakin buntal. Kalau tinggi, tak la sebuntal ni aku rasa. Tapi apa kes nak masuk campur dalam hal aku pulak ni? Dah tu, komen melampau pulak pasal badan aku. Suka hati aku la apa-apa pun, nak sibuk-sibuk apa kena? Kau apa kes nak bising-bising, hah? Amin yang popular dengan gelaran budak nakal itu pun membalas. Woo, kau yang mula dulu, kan? No need to blame on me! Awal-awal tahun dah mula cari pasal dengan aku. Apesal ni, beb??? Kau baik hormat aku sikit, Zack! Dah la muda setahun, memang tak reti nak hormat orang! Harap muka aje cun! Eh, sedap kau ungkit pasal hormat pulak? Habis yang kau sibuk membaca dan buat pengumuman pasal hal

63

Bini Aku Tomboy Ke?

peribadi aku tadi, apa kes kau nak aku hormat-menghormati kau pulak? Jauh Pluto daripada bumi! Zack membalas geram. Tangannya bergerak-gerak sambil mulutnya bertutur laju mempertahankan diri. Kau memang cari nahas la, budak! Amin mula mencekik leher Zack dan menggenggam penumbuk ingin menggusti pipi Zack. Orang lain yang cuma tersengih-sengih melihatkan si kering dengan si buntal bergaduh tadi, terus masuk campur. Budak perempuan gedik kelas mula menjerit kuat. Lepas la! Wei buntal! Sakitlah, kau tau tak? Zack menjerit dengan suara seraknya antara dengar dan tidak. Mukanya mula membiru pucat dan tangannya kemudian mula mencapai rambut Amin dan menariknya sekuat hati sehingga tangan Amin terlepas dari lehernya. Botak aku lima tahun! Kau memang aku takkan lepaskan sampai mati! Amin menjerit kuat. Bergegar satu kelas dengan suaranya. Tangannya memegang kepalanya yang terasa sejuk ditiup angin. Matanya membulat. Hidung kembang-kempis menahan ombak di dada. Biasala tu, dah keguguran rambut, gitu la gayanya. Padan la dengan muka kau! Nah! Ambik la balik rambut kesayangan kau ni! Pergi tanam dan sembah tiap hari! Zack menaburkan rambut Amin yang tercabut kerana ditariknya tadi ke atas lantai. Tak sangka nak tercabut sampai secekak. Aku rasa aku tarik sikit-sikit aje tadi! Hai, nasib kau la, Amin. Wei! Dah la tu, guys! Korang ni benda kecil pun nak gaduh! Ketua kelas bangun meredakan keadaan.

64

Arisa Eriza

Badan besar Amin ditarik oleh beberapa orang lelaki kelas mereka apabila Amin kelihatan masih menaruh harapan untuk terus bergaduh dengan Zack. Zack pulak mengusap-usap lehernya yang terasa sedikit perit kerana dicekik Amin. Mahu biru lima hari ni. Kantoi la dengan mama balik rumah weekend ni! Aiseh! Kenapa la aku tak boleh hidup dengan tenang? Ada aje orang nak cari pasal dengan aku! Yang cari pasal kata aku ni pergi merampas awek dia pun ada jugak! Padahalnya aku ni mana la layan pun dia orang. Dia orang yang nak kat aku! Aku nak kata apa lagi? Zack, kau okey tak? Yana di sebelah bertanya dengan muka penuh risau. Leher Zack dibelek-beleknya. Dia merenung Amin yang duduk dua baris di hadapan sebelah kanan mereka. Mulutnya mula menyumpah Amin panjang sedepa, serupa nenek tua marahkan cucu memecahkan pasu bunga. Zack diam seribu bahasa. Bangun! Selamat pagi, cikgu! Suara nyaring ketua kelas memberi salam kepada cikgu berbangsa India pada pagi itu, menghilangkan kebisingan dan kebingaran kelas. Selepas itu, Zack bangun meminta kebenaran dari cikgu Matematik Tambahan tersebut untuk ke tandas. Apa jadi dengan leher awak itu? Biru-biru? Kena gigit tikus ke? Dengan pelatnya guru wanita itu bertanya. Caring sekali. Nothing, madam. Tikus mondok gergasi gigit tadi. Tak sempat mengelak. Zack menjawab endah tak endah kemudian berlalu keluar. Amin mencebik bibir apabila diperli sebegitu dan

65

Bini Aku Tomboy Ke?

diketawakan rakan sekelasnya. Di dalam tandas, Zack merenung muka dan lehernya di dalam cermin jernih itu. Fuh! Nasib la hidup lagi aku yang comel ni. Kalau nyawa tak panjang mana, mahu terbang dah nyawa aku kena cekik dengan dia tadi! Zack! jerit seorang budak perempuan yang baru keluar dari tandas selepas mengqada hajatnya. Perempuan mana pulak ni? Habis menjerit, tangannya pantas memeluk tubuh Zack sekuat hati. Zack yang terkejut dengan tindakan spontan gadis tersebut, cuma mampu mengelip-ngelipkan matanya. Blurred, muka cikgu India tadi tiba-tiba memenuhi kepala otaknya. Tikus hutan kurus menyerang! Aduh, aduh! Stop that, please. It hurts. Zack bersuara apabila budak perempuan itu bermanja-manja di lehernya. Zack menolak perlahan tubuh gadis itu daripada terus memeluknya. Mata comel budak perempuan yang terpaksa mendongak untuk memandangnya itu terkelip-kelip merenungnya. Isy! Apa kes ni? Tahu-tahu aje datang peluk aku! Seram giler tahap 5 juta megawatt dengan perempuan zaman sekarang ni! Apa jadi dekat awak, sayang? tanya budak perempuan dengan rambut rebondingnya itu sambil membelek-belek leher Zack. Bengkak lehernya terasa berdenyut-denyut disentuh perempuan yang dia sendiri tak ingat namanya itu. Zack meraup wajahnya sendiri. Electric shock masih berkaran di dalam diri, membuatkannya tak tahu apa yang perlu dibuat.

66

Arisa Eriza

Hizzz.... Awak jangan lupa letak ubat... thanks tau sebab selamatkan saya hari tu. Saya terus gilakan awak lepas kejadian hari tu! Pulak! Selamatkan, gilakan, kejadian? Apa ni??? Okey, okey. Please! Just tell me your name dan apa, di mana dan apa-apa ajalah yang berkaitan dengan kejadian hari tu, as you said before, clearly. Jangan buat saya bertambah pening kat sini, okey? Suara Zack dikuatkan seiring dengan kepeningan dan kebengangan yang mula bermaharajalela di dalam diri. Serentak dengan itu juga, kedengaran suara esak tangis alaala baby baru lahir. Mak aiii... Zack menepuk dahi. Ni payah dengan budak perempuan sensitif ni. Aku cakap kuat sikit aje pun dah menangis. Ya Allah! Please...! Hantarkan aku seseorang untuk menyelamatkan aku daripada semua ni! Aku nak masuk kelas, nak belajar! Menyesal aku datang sini tadi! Huh! Awak... tolong, okey? Jangan la macam ni. Nanti saya belikan awak aiskrim, boleh? Zack mula mereka ayat memujuk gadis tersebut. Mata gadis tersebut membulat, senyuman mula mengembang, air matanya diusap sendiri. Aku rasa aku ni tak la cakap kasar gaban pun dengan dia, just sikit aje pun aku kuatkan suara, dah menangis! Gedik jugak! Nak, nak! Saya nak aiskrim Baskin and Robins. Nak dua kon, boleh? jawabnya dengan semangat berkobar. Dua jarinya diangkat. Panjang nafas Zack menarik dan

67

Bini Aku Tomboy Ke?

menghembuskannya kembali. Mujur termakan jugak pujukan aku tadi. Kalau tak termakan, risau aku kena paksa makan selipar Jepun oleh si boyfriend dia, tak pun mak ayah dia, buat aniaya aku aje! Even aku rasa dia ni, just nak mengambil kesempatan. Tapi aku rasa tak apalah, selagi dia tak mendatangkan masalah lain pada aku. Zack pun segera mengeluarkan dompet jenama Levi Strauss & Co. lalu mengambil not sepuluh ringgit, dua helai dan diberikan dengan senang hatinya kepada gadis itu. Saya tak nak duit, tapi nak awak teman makan sekali dengan saya. Petang ni pukul... ujar gadis tersebut laju sambil matanya dilirikkan ke arah jam di pergelangan tangannya yang berwarna merah jambu, yang sangatlah terang dan menyilaukan warnanya. Zack!!! Kau okey tak ni? Suara lembut mendayu Yana sayup-sayup menerpa gegendang telinga mereka berdua. Yeah! Pertolongan Tuhan hadir akhirnya! Alhamdulillah! Yana! Aku hutang kau roti canai mamak sekeping! Sekeping sudah la. Gila kedekut! Kenapa? Aku nampak tak okey ke? Madam dah rindu kat kau. Dia suruh aku datang tengok apa kes tak menyampainya ke kelas lagi. Dah dua puluh minit dia membebel tak sudah dalam kelas tu. Yana bercakap sambil badannya disandarkan ke dinding yang bertiles warna merah jambu, khas untuk tandas perempuan. Ling! Kenapa abaikan saya? Tangan Zack dihayunhayun, meminta perhatian supaya Zack memdanang ke arahnya. Zack yang sedang memandang ke arah Yana, segera

68

Arisa Eriza

membuat muka bosan mahu melayan budak yang tidak tahu asal-usul dari mananya itu. Isy! Karut dan rimas betul aku dengan budak ni! Buat la sampai naik darah aku, ada yang balik tanam gigi belakang rumah karang! Apa tengok-tengok? Zack bising di dalam hati. Nak aje aku sound sekali lagi budak ni. Tapi disebabkan muka dia dah semacam nak dilanda hujan ribut taufan Katrina melihat muka marah aku ni, so tak apa la. Aku Pasrah, bak nama lagu Melayu. Nafasnya ditarik panjang. Pipinya yang tak gatal digaru sedikit dan dia berkata tenang pada gadis tadi selepas kemarahannya sudah reda. Apa-apa ajalah okey, dear? Saya perlu untuk masuk ke kelas, so as you, then Ill meet you up as weve promised before, then Im saying good bye now! Zack berlalu keluar dari tandas dengan Yana di belakang, meninggalkan gadis tadi dengan hati berbungabunga. Apa kes kau layan budak tu? Ketua geng gedik tu, beb! Takkan kau tak ingat? Yana bersuara selepas mereka berjalan menuju ke kelas yang berada di utara tandas. Ingat apanya, Yana? Aku tersepit la! Aku tak layan, meraung mak nenek dia kat situ... aku jugak yang susah! Hesy! Zack meraup muka lagi. Otaknya ligat memikirkan tentang kejadian tempoh hari yang disebut oleh Yana tadi. Baru teringat, dia meleraikan pergaduhan antara dua budak perempuan, yakni budak tadi a.k.a makhluk gedik tak bernama, dengan seorang budak kelasnya. Tak ada maksud pun nak masuk campur, tapi dah orang bergaduh depan mata, takkan boleh pulak aku nak

69

Bini Aku Tomboy Ke?

bertepuk tangan pergi menyokong pulak? Of course la aku sebagai ketua blok, tak pun sebagai manusia, kena la leraikan, dah jadi dekat blok aku pulak tu! Entah makhluk mana yang pergi calonkan nama aku sampai la ke penghujungnya, aku ni ditarik pulak menjadi ketua blok B! Huh! Bersimpul urat sereblum aku! Dari aku boleh duk relaks gigit rumput dekat tepi padang, ni kes tak ada kerja sangat la ni, sampai la akhirnya aku kena bergaduh tiap masa dengan orang! Sampai aku nak melepas dalam tandas pun naik terbantut beb! Nasib badan la. Jadi orang aktif dan glamor dekat sekolah ni, memang susah la nak hidup tenang! Aku dah tak jumpa makna ketenangan dalam hidup aku lagi sekarang!

ZACK! Tolong ambikkan oder, daripada hang duduk tercongok kat situ! panggil Abang Din dari dapur. Yes, boss! Zack membantu Abang Din sebagai membalas jasa baiknya membantu selama ini. Ceh, ayat jiwang-wang, konon. Dah, jom balik! Pukul tiga pagi baru kedai makan itu ditutup. Zack mencangkung kepenatan sementara menunggu Abang Din mengunci kedai tersebut. Zack penat tak? tanya Abang Din tanpa melihat pada Zack. Penat... lelah.... Zack Matanya nampak kuyu benar. Zack! Elok Abang Din berpaling aje, Zack dah pun membalas sikit-sikit.

70

Arisa Eriza

terbaring di situ. Abang Din memanggil-manggil namanya sambil menampar-nampar pipinya, namun dia masih tak jugak sedarkan diri. Apa dah jadi kat budak ni? Apa patut aku buat? Nak buat CPU ke? Eh, CPU apanya, CPRlah! Kepala Zack didongakkan. Hidungnya dikepit dan mulutnya dibuka sedikit. Uh! Terpaksa jadi part time gaylah gamaknya. Abang Din menarik nafas panjang untuk dihembus. Berdebar jugak ni! First time, first try. Ready, go!!! Sepuluh inci, lima inci... makin mendekat dengan bibir Zack. Sikit lagi Din! Eh, hujan? Zack tersedar tiba-tiba dan bercakap. Serta-merta daripada Zack. Abang Din menjauhkan dirinya

Apa dah jadi, Bang Din? Kenapa action macam nampak hantu puchong aje ni? tanya Zack. Zack okey tak? Tak sakit kat mana-mana? Abang Din bertanya. Muka kalut jugak. Tak ada. Kenapa bang? Zack menjawab dengan muka selambanya. Habis, yang terbaring tiba-tiba tadi tu kenapa? He he he, sorry, Bang Din. Tertidur kejap tadi. Tak tahan, ngantuk, kata Zack lalu selamba bangun menuju ke tempat teduh memandangkan hujan semakin lebat. Sinilah Bang Din. Demam karang, saya jugak kena jaga. He he he... kata Zack sambil duduk mencangkung di situ. Ha ha comel aje. Bang Din melihat Zack, eh... aku ni suka lelaki ke? Uhhh... serius kes ni! Bukan case, tapi cases! Kalau aku gay,

71

Bini Aku Tomboy Ke?

aku tak suka perempuan, aku tak boleh kahwin, aku tak boleh ada anak, tak ada siapa nak doakan aku dalam kubur. Ke aku gila? Tak pun terkena sawan Si Zack ni? Oh, tidak!!! Bang Din! Hujan ni! Zack berkata kuat sambil menarik tangan Bang Din yang berbaju lengan panjang itu. Dup-dap... dup-dap.... aih, makin parah siot! Berdebar kuat pulak jantung aku bila dia pegang tangan aku. Allah! Macam confirm aje aku gay? Nope! Nope! Okey, tenang. Tarik nafas, Din. Mainan perasaan aje ni! Aku tau aku normal! Zack. Lebat, kan hujan? Suara Abang Din perlahan kedengaran ditambah dengan kelembutan percakapannya itu. Emmm.... Zack sudah terlentok di bahu Abang Din selepas lelaki itu duduk di sebelahnya. Matanya sudah terpejam kemas. Cepatnya dah tidur? Penat sungguh-sungguh rupanya budak ni. Kesian betul. Abang Din mengambil peluang itu untuk merenung muka Zack. Cutenya dia. Hidung mancung, muka bersih dan cerah, pipi gebu, uh geram pulak tengok gebu-gebu ni! Hish, sabar Din, sabar. Budak ni LELAKI, bukan perempuan. Tangannya yang sudah mula naik gatal untuk memegang tempat yang tidak sepatutnya dipegang, segera dialih. Akhirnya, dia pun terlelap sementara menunggu hujan reda.

WOI! Din! Bangun! Kau buat apa dengan budak ni depan kedai pagi-pagi buta ni?? Seorang rakan sekerja Abang Din menjerit kuat bagi mengejutkan mereka berdua dari lamunan indah.

72

Arisa Eriza

Uhhh? Abang Din tersentak lalu terjaga. Mukanya macam orang sewel naik ke bulan, terpinga-pinga sebentar lalu merenung sekeliling. Apa berat-berat kat paha ni? Dilihat Zack sedap aje berbaring di ribanya, tapak tangannya dicantum dan diletakkan di bawah pipinya dan dengan posing mengerekot macam tu, gayanya macam tidur atas katil raja. Nikmat tak terkata! Budak ni... aku campak dalam lombong pun boleh tidur jugak rasanya! Zack. Bangun, sayang. Ehem... sayang tu dalam hati aje disebut. Hu hu hu... tapi aku tak boleh terima jugak yang aku ni suka lelaki? Ah, tak ada! Tak ada!! Aku normal ni. Aku bukan suka, just sayang aje, macam aku sayang adik aku. Yup! Itu yang sebetul-betulnya! Weh? Kau ni terkena sawan angin ke? Tiba-tiba angguk-angguk dan petik jari sorang-sorang ni, kenapa? Rakan Abang Din menepuk bahu, kuat selepas penat dia menunggu dan menyaksikan aksi yang maha pelik dari rakan sejawatnya itu. Ha? Ye ke? Mata Abang Din dikelip-kelip laju. Sah! Kau ni memang dah terkena sawan. Dah, kejut budak tu, bawak dia balik. Aku nak bukak kedai ni. Menyemak aje dua-dua ekor dengan air liur basinya. Hai.. Din, Din. Kawannya itu menggeleng-gelengkan kepalanya sambil mengeluarkan kunci dari poket seluarnya. Berkerincing-kerincing bunyi kunci yang sejambak itu berlaga antara satu sama lain.

73

Bini Aku Tomboy Ke?

Zack! Cukup lapan kali Abang Din memanggil nama Zack, namun dia masih tidak sedar-sedar jugak. Tidur kalah mumia. Abang Din segera menyelukkan tangannya ke dalam lengan T-shirt Zack dan mencapai sehelai bulu. Ehem, bulu apa lagi, bulu ketiak masam Zack la lalu ditarik sekuat hati! Yah! Tak bangun jugak, betul-betul aku pergi campak masuk lombong emas budak ni! Aduh! Uwaaa! Bang Din... pendek umur saya sehari! Ini bukan pertandingan cabut akar rumput la, bang! Zack segera terjaga dan bangun sambil menggosok-gosok ketiaknya dari luar. Abang Din cuma tersenyum. Sedar pun! Ya Allah! Panjangnya! Berapa ratus tahun tak cukur ni, Zack? Abang Din merenung bulu ketiak Zack yang berjaya dicabutnya tadi. Nipis aje, patut la senang cabut. Tak macam bulu aku, tebal dan pure hitam pekat. Hu hu hu... siap kerinting-kerintingan lagi! Bang Din! Bak sini balik! Bulu berharga lapan juta tu! Zack merebut-rebut bulu tersebut daripada Abang Din. Abang Din pulak makin naik galaknya, sibuk sembunyi-sembunyikan bulu tu. Zack pulak terjerit-jerit demi mendapatkan kembali bulu ketiak berharga lapan jutanya! Hei! Korang berdua ni. Apesal ni? Tak senonoh betul! Bulu pun nak berebut-rebut! Pergi balik sekarang! Isy! Dah tua-tua bangka pun, perangai kalah budak kecil! Sebelum aku sepuk korang berdua, baik korang balik cepat! marah kawan Abang Din sekali lagi sambil bercekak pinggang di depan kedai.

74

Arisa Eriza

Tu la, Bang Din! Kan dah kena! Zack berbisik tetapi dengan nada semangat wiranya. Nah! Ambik balik! Abang Din memberikan kembali bulu rebutan itu kepada tuannya. Huh, buluku yang tercinta. Tercinta la sangat. Kemudian, dia pun menyimpan bulu tersebut di dalam poketnya. Kalau seluk sekali lagi, gerenti dah tak jumpa dah bulu tu. Mangkuk belanga betul Si Zack ni! Bulu pun nak kecoh-kecoh. Takat bulu ketiak tu, terbang sampai Afrika Selatan pun orang tak heranlah! Jom balik! Abang Din berjalan menuju ke tempat motosikal cabuknya diparkir. Nun di belakang kedai. Motor cabuk Abang Din tu, jual kat besi buruk pun, belum tentu laku! Tapi, disebabkan ada nilai sentimental dengan motor tu, tu yang membuatkannya masih menyimpan dan menggunakan motor zaman Tok Naduk itu. Tak ada modal nak beli yang baru pun, ya jugak. He he he.... Sesampainya mereka di rumahku syurgaku, Zack dengan segeranya menarik tilam berpeta Amerika Latin itu dan membaringkan badannya. Abang Din yang melihat hanya menggelenggelengkan kepala. Comelnya di... uh, aku gay? Perkataan dia tak jadi disambung. Abang Din pucat lalu terus ke dapur menarik nafasnya yang dengan tiba-tibanya menjadi sesak. Selepas sepuluh minit... Zack! Mandi dulu, lepas tu boleh makan! Makan dulu tak boleh ke, bang?? Mandi dulu. Nanti buncit kalau mandi lepas

75

Bini Aku Tomboy Ke?

makan. Tak ada buncitnya, bang. Dah berpuluh-puluh juta hari saya duk buat kerja tuh, tapi body maintain steady. Cool and steady, kata Zack dengan muka berlagak sombong. Emmm... ya la tu, dik oiii.... Pergi basuh muka dulu. Yeah! Makan!

SAMBIL makan, mereka berborak. Umur abang berapa, tahun ni? Zack bertanya dengan mulut penuh dengan nasi goreng. Tak senonoh betul budak ni! Nasib tak tersembur keluar! Tiga puluh dua, jawab Abang Din. Zack tersedak. Mak aiii! Tua jugak dah ruparupanya! Rambut abang nampak panjang la. Saya tolong potongkan ya, kejap lagi? FOC. Free of charge. Bukan selalu ni, bang! Zack berkata sambil matanya bersinar ceria. Oh, ya ke? Biasa aje abang rasa? Biasa apanya? Dah macam sarang tebuan, tinggal tak ada tebuannya aje lagi! Emmm... yalah kalau dah macam tu. Yes!!! Zack pandai potong rambut? Hebat betul! Bukan takat pandai, saya memang handal bab potong-memotong ni! Gila terror aku! Hua hua hua... dulu masa dekat

76

Arisa Eriza

sekolah, adalah sorang budak ni, memang giler kalau dengar perkataan free or percuma, or FOC... so, aku pun offerkan diri untuk memotongkan jambangan bunga di atas kepalanya itu. Apa lagi, dia pun dengan rela hati, siap bersinar-sinar mata minta aku uruskan rambut dia. Aku pun apa lagi, beb? Potonglah! Lepas budak tu tengok rambut dia kat depan cermin, terus pengsan masuk wad! Lastly, terpaksalah dibotakkan sebabnya memang dah rosak giler rambut dia. Potong macam mana pun, tetap hodoh macam tapir! Hua hua ha.... Sekarang ni, kepala Abang Din pulak yang akan jadi mangsa kebotakan. Jahat nak mati aku ni! Dah ready, bang? Bismillah.... Zack dah bersiap sedia untuk merosakkan rambut sarang tebuan Abang Din itu. Hu hu hu... Devil aura in the air! Dengan gunting di tangan, betul-betul di depan pintu rumah Abang Din, Zack meneruskan planning jahatnya. Sehari tak kenakan orang, memang tak sah budak ni! Eh, kejap. Abang Din mengangkat tangannya, tanda stop. Siapa pulak yang baik pergi menghalang aktiviti aku ni? Hisy, kacau betul! Zack. Ada orang call, kata Abang Din sambil memberikan handphone Ericsson yang dahulukalanya, sebelum zaman handphone glamor. Masa tu handphone mahal giler dan gedabak giler. Baling kat anjing, nescaya akan terbanglah roh anjing itu. Hu hu hu.... Hah??? Mama dah sampai?

77

Bini Aku Tomboy Ke?

Bab 5
AMA! Zack terlompatlompat sambil memegang dan menghayun-hayunkan tangan mamanya yang nampak masih cantik walaupun dah agak berusia. Biasalah, wanita zaman moden kan pandai bergaya gitu. Tambah pulak, isteri orang-orang kaya macam papa Si Zack itu. Tiap minggu pergi salun, buat rambut, basuh rambut, iron rambut, manicure, pedicure, urut dan macam-macam lah, kalau dibuat list, seminggu baca pun belum tentu habis! Kenapa muka nampak cengkung aje ni? Pucat pulak tu? Mama bertanya sambil mengusap lembut pipi Zack. Tak ada apa-apa, mama.... Di tepi jalan berdekatan dengan Pudu Raya itu, Zack tersenyum-senyum sambil pipinya diusap-usapkan ke bahu mamanya, gaya ala-ala kucing betina gatal. Kalau orang tengok, mesti fikir sugar mummy dengan gigolonya. Hu hu hu....

78

Arisa Eriza

Sebelum tu, Abang Din dah blah awal-awal selepas menghantar Zack ke situ. Senak perut pulak katanya. Rambutnya terselamat untuk kali ni, tapi aku tetap akan mencari plan baru untuk kenakan dia lagi! Jahatnya la aku ni! Orang dah buat baik, balaslah baik-baik! Nasib la Bang Din terjumpa makhluk tak berekor macam aku ni. Jom! Naik kereta. Mama dan papa ada surprise untuk Zack! kata mama ceria. Surprise apanya mama ni? Hari ni birthday aku ke? Ye ke? Entah! Aku pun tak ingat. Tapi kalau tanya aku punya beloved mama, of course dia tahu. Sebabnya, mama aku terer matematik. Ada pulak kena-mengena math dengan tarikh birthday? Tapi aku memang otak agak bengap, kalau orang tanya birthday aku aje, aku memang kena bukak purse dan tengok I.C yang ada gambar budak cute dalamnya tu, siapa lagi, budak cute itu semestinya aku. Lari dari perbincangan sebentar, disebabkan aku suka perasan, tu yang suka lari tajuk tu. He he he...! Yang paling kesian dekat aku ni, nombor I.C sendiri pun boleh tak ingat! Kenapa la jadi macam tu? Eh? Kenapa mama bawak Zack datang sini ni, ma? Malam ni ada dinner kat hotel five stars. Mama dan papa dah setuju nak Zack ikut sekali. So, as my daughter, Zack kenalah dress up girly-girly, honey! Mama nampak happy sambil menarik tangan Zack masuk ke dalam butik pakaian wanita. Girly-girly? What the thing? No!!! Habislah segala kemacoan yang aku cuba tanamkan seumur hidup aku ni, kalau aku dress up girly-girly! Ah, no way, mama!!! Tak nak, mama. Mamakan tau yang Zack ni tak pernah pakai gaun seumur hidup Zack? Zack cuba nak

79

Bini Aku Tomboy Ke?

mengayat mama supaya tidak meneruskan hajatnya itu. Sayang, dinner tu important to us. So, you must act like a girl, honey, ujar mama. Tangannya ligat memilih mana-mana baju yang kelihatan cantik dan berkenan di hatinya. Mama. Zack suka beli baju baru, tapi Zack nak pakai baju kot, tak nak dress singkat macam mak nenek tak cukup kain ni, mama! Zack menyangkut kembali baju dress berwarna merah menyala yang cuba dipadankan ke badannya sebentar tadi. Zack, janganlah macam ni, okey? Kalau Zack sayang mama dan papa, please, okey? Just for tonight. Kenapa aku tak ada langsung naluri nak jadi wanita ni? Parah... tapi, disebabkan mama dah ugut dengan kasih sayang, ni yang buat aku tak sampai hati! Berapa lama dinner tu, ma? Ada banyak makanan tak? Zack bertanya, cuba menimbang kembali hajat mamanya itu. Banyak, sayang. Jangan risau. Kalau Zack pergi aje dinner tu, mama gerenti Zack kenyang sampai lusa! Yes! Makan itu penting bagi aku! Walaupun aku agak cekeding, tapi makan tukan keperluan asasi. Lagipun aku memang suka makan melebihi keperluan asasi! Yang hairannya, aku tak gemuk-gemuk jugak sampai sekarang. Berat aku steady dan tak pernah overweight. BMI aku memang sentiasa cantik dan buat aku tersenyum sampai ke telinga tak capang aku tu! Sehelai gaun hitam berlabuci dan berbulu di bahagian dada dicapai oleh mama yang glamor dengan panggilan Datin Gold a.k.a Datin Maskiah. Nenek aku panggil dia Mas, so emas = gold, thats why orang panggil dia macam

80

Arisa Eriza

tu. Padahal, asal-usulnya, aku yang mulut jahat pergi panggil mama aku macam tu. Macam papa aku. Kan ke nama glamor dia Datuk Misai Putih? Tu atas jasa baik aku la tu menghadiahkan mereka berdua nama glamor. Try this, honey. Mama suka. Zack merenung gaun tersebut dari atas ke bawah. Tali nak gantung baju ni, mak aiii... nipisnya! Lagi nipis daripada rambut aku! Sekali orang tarik, terus putus! Alamatnya aku bukan pergi dinner, tapi jadinya macam aku pergi swimming pool pakai bikini! Zack mengeluh panjang dan kuat macam kerbau baru habis berendam dalam lumpur. Mata mama yang bersinar mengharap tu, membuatkan dia tak sampai hati nak menolak. Lastly, dia pun masuk ke dalam bilik persalinan di situ dan mencuba gaun yang tak pernah dipakai seumur hidupnya. Keluar aje.... Ala, cantiknya anak mama! Eh? Mama laju meluru ke arah Zack yang kelihatan kurang selesa dengan baju yang dipakai. Eh? Kenapa ni, mama? tanya Zack, hairan kerana dengan tiba-tiba sahaja mamanya meraba-raba dadanya. Kenapa rata aje ni, Zack? Apa yang ratanya, mama? Ni la, dada ni. Dah ke mana? Ada aje, mama. Tak ada dada, tak hiduplah Zack. Dalam dadakan banyak benda-benda penting? Ada hati, jantung... Bukan la. Mama mean, buah dada.... Mamanya membisikkan perkataan buah dada itu di telinganya.

81

Bini Aku Tomboy Ke?

Buah dada?!!! Semua mata memandang ke arah Zack yang secara tiba-tiba menjerit menyebut tempat sensitiviti wanita itu. Aduh! Malunya aku! Mulutnya segera ditekup. Macam mana boleh terlepas cakap pulak ni? Dahlah kuat macam petir! Panasnya pipi aku! Mama pulak, senyum-senyum nenek kambing kat aku. Bukannya nak tolong back-up! Akhirnya, mama menarik Zack masuk ke dalam bilik persalinan tadi. Zack kenapa pakai bengkung? Dress macam ni tak boleh pakai dengan bengkung, nanti lelaki tengok pun tak selera. Zack taukan, dada tu aset penting orang perempuan? Hesy, mama ni... sejak bila pandai cakap mengarut pasal aset-aset penting, selera-selera lelaki ni? Weett!! Meremang bulu ketiak aku dengar! Dah. Buang bengkung tu. Jadi perempuan ya, sayang, ujar mama dengan lembut. Zack memang perempuan pun, mama. Nak jadi perempuan mana lagi? Bukak la baju. Tak mahu. Mama keluar dulu. Malu la... kata Zack sambil membukakan selak pada pintu di bilik persalinan tersebut. Okey, okey... mama tunggu kat luar, okey sayang? Mama senyum lebar, penuh makna kemudian keluar dengan tenangnya. Hei mama ni... entah-entah ada secret planning dengan papa nak kenakan aku tak? Jangan nak tunangkan aku sudah! Tapi, mungkin jugak! Mama dah pandai sebutsebut pasal lelaki-lelaki dengan aku, dada dengan aku, macam

82

Arisa Eriza

bagi hint aje gayanya? Uh, serabut!!! Zack keluar selepas bengkungnya dibuka. Dengan muka yang agak masam, dia senyum tidak ikhlas kepada mamanya. Haaa, baru lawa anak mama! Like mom, like daughter! Kuat mamanya menjerit, serius semangat tak ingat! Ala, mama. Tak cun la dua bukit ni. Tak suka tengok! Bagi la Zack pakai kot dengan slack aje, mama. Tak selesa dengan gaun apa segala ni. Tak hensem langsung! Zack berkata, meminta supaya mama memahami kehendak hatinya. Zack tak sayang mama ke? Dengan muka yang dicover supaya kelihatan seperti sangat serius, mamanya berkata perlahan. Aaa!!! Alih-alih ungkit kasih sayang! Saja aje nak umpan aku! Apa lagi aku? Terimalah dengan reda. Mama dah pilih, kasut ni padan dengan gaun Zack! Mama! Kasut tinggi yang berkilat bagai itu diletakkan di hadapan mata dan ditenung, diukur dan dibuat statistik. Kesimpulannya, kasut ini tingginya sama dengan 4.25 inci, tumitnya pula, sama dengan kecil nak mati. Kalau aku pakai mesti tercabut. Macam cerita Cinderella. Tapi aku bukan Cinderella! Aku tak hingin dan tak pernah termimpi langsung nak jadi Cinderella tu! Aku ni tuan putera, kenapa pulak aku yang kena pakai kasut ni? Aku tak boleh terima kenyataan yang sebegini kejam untuk aku yang sebegitu comel ni. Uhhh... mama!!!

83

Bini Aku Tomboy Ke?

Cuba pakai, honey. Dengan tenang dan senyum yang semakin melebar, mamanya berkata. Zack merenung kasut tinggi itu, kemudian beralih merenung mamanya pulak, yang duk genggam dua-dua tapak tangan, duk tengok aku yang rasa macam katak pisang pakai gaun ni! Kasut tinggi vs mama. Cukup empat kali Zack beralih pandang dari kasut tinggi ke muka mamanya, akhirnya.... dia pakai juga kasut tinggi tu. Ah! Adei... sakitnya mama! Zack jatuh terduduk di atas lantai bertilekan tile berwarna emas itu. Orang ramai hanya melihat padanya. Mama pulak cepat-cepat berlari ke aku dengan action muka terkejut. Hai! Tak payah la terkejut-kejut nenek kebayan pulak, mama. Bukan mama tak tau yang anak mama ni tak pernah langsung ada sepasang kasut tinggi walaupun satu inci! Aku tak suka!!! Dalam kiraan lima kali Zack terjatuh dan bangun sendiri, akhirnya... Mama! Zack tak nak dah! Tak sanggup lagi, ma!!! jerit Zack yang sudah terduduk di atas lantai, dengan posing ala-ala mak nyah nak menggoda. Mama, nasib tak terkoyak dress tak lawa ni! Zack berkata kuat. Hisy, mulut! Mama membuat muka marah, nasib comel jugak macam aku. Penjaga butik di situ cuma tersenyum-senyum melihat Zack. Padahal, dia dah naik menyampah tengok. Asyik buat kecoh kat kedai aku aje, entah bila agaknya nak balik!

84

Arisa Eriza

Dah, dah. Bangun. Mama carikan kasut lain, okey? Jom, ikut mama pilih. Zack berjalan dengan lagak tomboynya. Dah nampak macam itik tempang sebelah kaki. Hampeh betul gaya! Dengan gaunnya lagi, adei la.... Nak yang ni, ma. Tak kira, nak yang ni jugak! kata Zack merengek-rengek seperti budak kecil sambil menunjuk ke arah sepasang kasut. Mana boleh, Zack. Ni kasut lelaki ni! Tangan Zack yang sedang menunjuk ke arah kasut tersebut ditepuk perlahan. Ala... boleh la, mama. Bukan orang nampak pun. Boleh la.... Zack terus merengek-rengek sambil menggoyanggoyangkan badan mamanya perlahan-lahan. Tak boleh! Ni, yang ni cantik. Mama mengambil sepasang kasut yang agak rendah sedikit berbanding dengan yang tadi. Tetapi tetap kategori high heels. Oh! Hari ini dalam sejarah, aku melancarkan perang ke atas semua kasut high heels di dunia! Yeah, anti high heels!! Tak nak! Zack tak nak high heels, mama. Tak suka, tak suka, tak suka jugak! ujar Zack kuat sambil menghentakhentakkan kakinya ke atas lantai. Ya Allah! Gaya sebijik macam perempuan gedik! Memang sudah hilang segala kemacoan bin kehenseman aku selama ni. Disebabkan high heels! Oh, I hate you, high heels! So much until I die! Hei! Kenapa ni, Zack?? Suka buat action macam Ultraman! Buat malu mama aje orang tengok! Dah, jom balik. Pergi tukar baju tu.

85

Bini Aku Tomboy Ke?

Yes! Thats it! Tak perlu aku menjahanamkan lagi kemacoan aku yang memang dah tersedia maco ni.

YA ALLAH! Dress macam ni, harga RM899, mama? What? Dahlah tak cun, kain nipis, bulu tiruan.... Zack bising di dalam kereta. Macam-macam benda yang dikomennya. Zack, biasala jadi perempuan. Yang penting, kena ada jenama. Baru la orang kata, alah membeli menang memakai. Emmm... hairan jugak aku ni! Takat baju macam tu, beli cap Petaling Street pun aku tak kisah la. Bukan nak pakai tiap-tiap hari. Ni pakai sekali, simpan bagi cik ti makan dalam almari. Dinner lain, beli baju lain pulak! Hai, memang membazir. Hisy...hisy... hisy....! Hai, mengumpat mama ke, Zack? Mama di sebelah bertanya dengan kening sebelah kirinya terangkat sedikit. Eh, tahun bilanya pulak Zack mengumpat? Mama ni, tak baik bersangka buruk tau? Zack membalas, mempertahankan diri. Hesy, orang tua ni! Pakai ilmu apa ni? Macam tautau aje aku duk bising pasal dia! He he he.... Bising aje ya... bukan mengumpat. Mama. Malam ni dinner apa? tanya Zack, mencari topik bersembang. Motif sebenarnya, nak korek rahsia. Adalah... secret. Mana boleh beritahu Zack awalawal. Tak surprise la nanti! Huh! Surprise? Secret? Jangan-jangan, betul nak suruh aku bertunang? Uh, aku tidak sanggup! Aku muda lagi!

86

Arisa Eriza

Tak sanggup nak melayan lelaki dalam hidup aku! Lepas kahwin, mungkin mengandung, bersalin dan beranak pulak, oh... pondan ah aku gini! Zamri, stop kat Istana Hotel depan sana, okey? Wah, jadi tour guide pulak mama ni! Mesti peta kat KL ni dia dah hafal! Kemudian, Zamri, pemandu kereta papa yang memandu Mercedes Benz itu pun memarkir kereta di tempat parkir kereta untuk hotel itu. Dinner kita kat sini ke, ma? Zack bertanya sambil matanya memandang sekeliling. Tak. Dekat Sunway Resort Hotel dan Spa. Habis, buat apa kita kat sini? Spa. Cuci badan sikit. Zack ni dah berapa hari tak mandi? tanya mama sambil memandang sisi muka Zack. Haahkan. Baru teringat. Hari ni aku tak mandi lagi. Sibuk nak makan sangat dan dengan evil plan tadi, tu yang tak sempat mandi tu. Hu hu hu.... Mandi semalam, ma. balas Zack Tu pun mandi macam kambing takut air, katak puru la punya pasal! Mandi dan duduk kat mana? Anak mama okey, kan? Okey aje, sihat walafiat plus makin berat. Zack tumpang kat rumah abang tu. Zack menjawab selamba. Mukanya yang sentiasa ceria itu sangat manis. Abang??? Laju mama bertanya, dengan mata bulat tak usah sebut. Ya. Dia fikir Zack lelaki, ma. So, nothings

87

Bini Aku Tomboy Ke?

happened. Haa... mama jangan nak fikir bukan-bukan. Zack cium nanti, haa. Zack mengugut kerana muka mamanya dah berubah, berkerut-kerut. Emmm... okey. Yang penting, Zack kena pandai jaga diri. Jangan main serah-serah aje body tu kat orang. Mamanya memberi nasihat secara bersahaja kepada anaknya. Ada pulak mama ni? Zack nikan ma, kalau sepuluh orang lelaki tough kat depan mata tak pakai baju pun (spentot pakai ya), belum tentu Zack nak hairan, ma. Bukan nak berlagak la... tapi aku memang tak terbuka hati untuk lelaki mahupun wanita buat masa sekarang. Aku suka dengan hidup aku yang macam ni. Just kawan, no serious relationship, tak payah aku nak pening memikir nak jaga hati si dia. Baik aku jaga hati dan perut aku aje. Papa dan mama pun aku tak habis buli lagi, nak buli si dia pulak, tak cukup masa aku nanti. He he he.... Dah, jom masuk. Mereka berdua pun berjalan sehingga ke Sompoton Spa setibanya mereka di pintu gerbang hotel itu. Emmm... helo. Mama beramah mesra dengan pekerja spa di situ. Macam saudara-mara aje gayanya. Zack! Sini salam dengan cousin mama. Eh? Cousin? Tahun bila aku ada saudara kat KL ni? Tak tau pulak aku! Assalamualaikum, auntie. Zack tunduk menyalami cousin mamanya, atau mak ciknya yang dia tidak pernah tahu akan kewujudan makhluk itu. Besar dah ya? sebut mak ciknya sambil mengusap rambut Zack yang agak tinggi berbanding dengannya.

88

Arisa Eriza

Haah, auntie, jawab Zack endah tak endah. Matanya melilau sakan memandang keliling spa tersebut. Sangat menarik hatinya. Maria, tolong buatkan budak ni, kejap. Ni, javanese lulur dengan academie facials. Mama Zack memilih pakej yang sesuai untuk dibuat pada Zack. Dah nak nikah dah ke, Zack? Hah??? Telinga tak capang aku mengalami masalah ke? Aku rasa aku dengar perkataan nikah dalam erti kata lain, kahwin. Tunang malam ni? Uh, mama!!! jerit Zack di dalam hati sambil merenung tajam ke arah mamanya di sebelah. Tak. I nak bawak dia pergi dinner. Mama menjawab senang sambil duduk di atas kerusi berhampiran. Oh, I see. Sebabnya, javanese lulur ni bride-to-be yang selalu buat, jawab Auntie Maria dengan senyuman manis. Bride-to-be??? Zack telan air liur.

89

Bini Aku Tomboy Ke?

Bab 6
UNANG, lelaki, kahwin, tunang, lelaki, kahwin. Ah! Serius gila dah sakit kepala dan jiwa aku memikirkan kemungkinan-kemungkinan surprise mama malam nanti! Uh! Aku tak nak lagi belajar menyusu baby, bancuh susu untuk baby, tukar lampin baby, mandikan baby dan semua yang ada kaitan dengan baby! Sedih! Memang baby comel dan cute-cute, tambah lagi kalau mamanya ialah aku. Tapi memang giler kesian dan simpati la kat bapak baby tu nanti, sebabnya aku akan buli dia habis-habisan! Biar dia yang jadi tukang jaga baby! Aku pulak just tolong mengandung, meneran dan menyusu baby. Eh, banyak jugak kerja aku rupa-rupanya. Walaupun aku hanya menjadi mummy yang membuli daddy baby aje? Aih, penatlah nak fikir! Baik aku tidur! Akhirnya, Zack pun tertidur di atas katil sambil badannya disapu lulur oleh pekerja di situ.

90

Arisa Eriza

ZACK tersengih-sengih macam babun gatal selepas habis badan dan mukanya disental oleh pekerja spa itu. Puas! Gila selesa bagi aku yang dah lama tak mandi dengan sempurna ini! Kemudian, dia pun keluar menuju ke arah mamanya yang sedang galak bersembang dengan Auntie Maria. Mama ni kalau dah bersembang tu, bukan nak ingat siang ke malam. Kalau ada bom jangka kat sebelah pun, gerenti dia buat tak nampak aje kalau dah sedap menyembang! Samalah macam aku yang duk tercongok sebelah dia ni! Besar macam belon pun dia buat aku ni macam transparent aje! Kekadang tu, tengah duk sedap-sedap sembang pun, mata boleh terpejam, tapi mulut duk bercakap lagi! Hebatkan mama aku ni? Wanginya badan aku. Patutlah bride-to-be selalu buat lulur tu. Nak malam pertamalah katakan. Mestilah nak perfect depan suami, kan? Uh! Jenuh dah aku! Aku dah terkena sawan nak kahwin ke ni? Asyik pikir pasal kahwin aje! Siap dengan malam pertama lagi! Ni mama punya suprise punya pasallah ni yang buat otak aku duk kerja fikir bukanbukan! Benda yang tak pernah aku fikir pun sebelum ni, kahwin! Eh, dah sudah, honey? Macam mana, dah okey sikit badan lepas buat spa? Mama bertanya penuh kasih sayang. Itu pun lepas aku buat pelbagai aksi nak bagi dia sedar aku duk menunggu macam tiang lampu tepi jalan kat sebelah dia ni! Aku dah cuit, aku dah cubit, aku dah jerit, akhirnya aksi Ultraman jugak yang mampu menyedarkan mama. Syukur ke hadrat Ilahi.... Badan Zack memang sentiasa okey, ma. Tip top

91

Bini Aku Tomboy Ke?

condition punya body! kata Zack sambil tersenyum-senyum kelat depan Auntie Maria. Mak cik ni tak tau lagi perangai aku yang kuat dengan perasaan gila perasan ni! Mesti dia fikir bukan-bukan pasal aku. Hu hu hu... aku kisah apa, bukan aku nak kahwin dengan dia pun. Dekat butik = fikir nak bertunang, dekat spa = fikir kahwin, lepas ni = fikir mengandung pulak! Kontotlah umur aku lepas ni, asyik fikir benda yang menyakitkan kepala aje! Ya Allah... tolonglah jangan bagi aku kahwin lagi. Aku rela menyerah diri kepada raksasa Sompoton daripada kena kahwin!!! Jom! Dah lewat ni. Maria, thanks! Come with us tonight! Will waiting for you! Mama menarik tangan Zack yang masih terpingapinga selepas mama membayar caj yang dikenakan oleh spa itu tadi. Lebih kurang RM300 lebih. Campur dengan dress yang akan menguburkan kehenseman aku malam ni, jadinya, habis nak dekat RM1000! Bukan dekat aje, tapi memang dah lebih RM1000 pun kalau dicampur tolak, darab, bahagi! Hisy, untuk pertama kalinya, aku menjadi terer dalam math! Hanya untuk aku sorang, dalam masa sehari habis lebih RM1000! Wah, amat-amatlah dahsyat pembaziran yang dilakukan oleh mama lawa aku ini! I need to stop this thing, mama! Apa dia, sayang? tanya mama tiba-tiba. Macam boleh baca aje kata hati aku. Bahaya ni! Tak ada apa-apa. Ceh! Action aje lebih! Cakap dalam hati boleh la, nak buat, hampeh!

92

Arisa Eriza

Kenapa macam gelisah aje ni, Zack? Apa yang tak kena? Sebab dan akibatnya, dah berjuta-juta kali Zack minta mama beritahu Zack pasal apa ke jadahnya dengan dinner malam ni, tapi mama masih berdiam diri, membatukan hati untuk tidak berterus terang dengan aku, membiarkan aku terkapai-kapai di alam khayalan mengarut ciptaan aku, yang akhirnya akan membuat aku.... Hei! Zack, apa kesnya duk buat action baca sajak ni? Zack demam ke? duga mama, risau dengan anaknya yang seorang itu. Makin lama, makin aneh semacam alien tak berekor. Nasib anak aku still berwarna putih, bukan hijau dan mata besar macam alien dalam Men in Black tu! Hisy hisy hisy.... minta dijauhkan! Mamanya menggeleng-gelengkan kepala. Mama pun sama aje. Duk terangguk-angguk, tergeleng-geleng macam orang duk berzikir pulak kenapa? Zack merenung mamanya hairan. Patut pun aku duk buat action pelik-pelik, rupa-rupanya gen mak aku turun kat aku. Gitu rupa-rupanya.... Baru aku tau hari ni! Like mom, like daughter, right? Exactly! Zack memetik jarinya. Dah. Jangan nak mengarut! Mama tengah berfikir ni, budak kecil tak boleh menyibuk! Pulak dah mama ni. Hai, macam-macam. Better aku tidur daripada duk berdialog sendirian kat sini. Hah, tak payah tidur. Nak sampai sangat dah tempatnya ni! Aih, mama ni. Apa kes? Tertelan jamu nenek kebayan hutan mana ni? Makin lama makin pelik pulak

93

Bini Aku Tomboy Ke?

lagaknya. Tadi okey aje, steady and happy. Angin datang bulan sudah menyusup dalam badan mama kut. So, tak apalah. Aku faham, aku faham, sangatlah fahamnya. Aku pun pernah jugak dulu-dulu kala, masa dua hari sebelum bulan purnama diri aku datang menjenguk, aku jadi macam makhluk asing bertanduk lapan! Kesian dekat makhluk berekor satu itu, yakni kucing kesayangan aku, sebabnya aku telah menerbangkan rohnya yang baru sahaja setahun anak jagung, disebabkan angin aku la. Masa tu, aku tengah bengang sebabnya aku punya buku sejarah tingkatan tiga dah hilang dari pandangan. Jadi, aku pun menyepah-nyepahkan buku dan kotak-kotak yang ada dalam almari bilik aku sambil mulut aku menyumpah seranah si kucing bertuah yang duk sibuk mengiau-ngiau dan bermesra-mesraan kat kaki aku. Dah la bulu gebu, menggelikan lagi kaki aku yang sensitif dengan kegelian itu. Lalu, aku tertolak satu kotak yang penuh dengan buku-buku biologi tebal mama, lalu jatuh dan menimpa ekor kucing comel itu. Meoww!!! Gila kuat dia jerit! Bulu-bulu dia dah tegak-tegak! Terkejut + sakit! Mahu ke taknya, tengah duk manja-manja, tiba-tiba kotak timpa ekor, hah terbang nyawa lima saat! Aku cepat-cepat tarik kotak tu, aku tengok ekor dia dah bengkok kat hujungnya. Hilang dah dua puluh tujuh percent kecomelan kucing comel aku tu. Aku pun belai-belai badan dia, tapi dia merajuk kut, terus lari keluar dari bilik aku. Setengah jam lepas tu, tamatlah riwayat si kucing aku itu. Innalillah wa inna ilaihi rojiun. Doktor kata, kucing aku tu mati sebab terkejut. Kucing pun boleh kena strok rupa-rupanya. Ye ke? Memandai aje aku ni. Tapi, aku betul-betul menyesal disebabkan

94

Arisa Eriza

kegagalan aku mengawal kemarahan, kecomelan kucing aku tu cuma tinggal dalam memori mengusik jiwa aku aje. Dah tak ada dah ngiauan comel dan kegebuan bulunya semenjak hari itu. Sedih pulak aku! Jom, sayang! Dah sampai! Kenangan bersamamu, kucing... pun hilang selepas mama bersuara. Aku baru nak feeling nyanyi lagu rock tangkap lentok, mama pulak kacau. Heih! Melihatkan pada hotel itu saja, fikiran aku kembali pada secret planning mama dan papa. Rambut aku sudah mula mengalami keguguran sehelai demi sehelai kerana memikirkan dinner malam ni! Botak cun la anak mama ni nanti! Zack mengekori mamanya sehinggalah mereka pun tiba ke suite di hotel five stars itu. Zack menerkam masuk selepas mamanya membuka pintu suite itu, macam harimau nampak kambing dah gayanya! Wah! Sedapnya katil! Zack terus membaringkan badannya di atas katil bertilamkan tilam empuk itu. Ada dua benda yang boleh membuat aku jadi obses gila, iaitu tidur dan makan! Kalau dapat dua tu, aku akan jadi lupa diri dan dunia buat sementara waktu! Kalau aku merajuk aje, mama mesti akan masakkan aku banyak-banyak, bukan mama la, tapi tukang masak mama. Senang aje nak pujuk aku ni. Aku terlupa pulak yang aku tak solat lagi. Jadinya, aku pun bangun solat seperti biasa dan sambung membaringkan diriku di atas tilam empuk bagai ni. Mama nak mandi kejap. Kejap lagi pukul enam mama nak mekapkan Zack. Suara mama membuatkannya terjaga. What??? Mekap? No!!!!

95

Bini Aku Tomboy Ke?

Tak payahlah mekapkan Zack, ma. Nanti Zack nak solat, buat rugi aje bedak plus blusher plus eye liner plus plus semualah kalau pakaikan kat Zack! Kalau ada semua tu kat muka, tak sahlah solat Zack, kalau tak kena air bebetul, ma. Hujah aku yang kesekian kalinya untuk mama! Dulu, masa dinner kolej dekat universiti tercinta aku tu, ada ke mama nak suruh aku mekap dengan aku yang memakai kot dan slack tu? Kalau macam tu, baik aku pakai bikini aje, baru sedap nak mekap-mekap pun! Ini, karang orang fikir aku mak nyah planet Pluto yang dah terbang ke bumi yang penuh pokok dan oksigen ini! Tak sesuai langsung! Okey. Tapi mama nak Zack pakai ni. Mama tak kira! Mama berkata dengan nada mengancam sakan. Mama mengeluarkan sebuah beg travelling yang penuh dengan rambut-rambut palsu, berwarna-warni macam pelangi. Sebut aje, warna biru, ungu, hijau sampai ke putih pun ada! Aku sudah gila! Aku sudah gila! Kalau Zack tak sayang mama, Zack buat la mama sedih. Nanti mama sakit jantung, haa baru Zack menyesal tak sudah! Allah! Pulak dah, mama ni! Kenapa la dia tak paham yang aku ni tak suka jadi perempuan sejati? Hisy, kes berat, berat yang teramatlah beratnya ni! Tiba-tiba, kenangan bersamamu, kucing... kembali di layar minda aku. No! Aku tak nak mama jadi macam Kegebuan a.k.a nama kucing aku yang dah arwah itu. Tu la hadiah pertama dan terakhir aku untuk Kegebuan, memberikan nama yang langsung tak glamor untuknya. Ya la, mama. Akhirnya, aku pun terpaksa mengalah dengan ugutan mama.

96

Arisa Eriza

Hai, memang tak boleh jadi ni! Asyik mama aje yang buli aku! Bila masa pulak aku nak buli mama ni? Janji, okey? Jari telunjuk mamanya tepat menunjuk ke arah muka Zack dari jauh. Aksi mengugut. Ya, mama. Janji. Mama senyum lima jemput. Aku jugak yang terkerut-kerut macam tenggiling sakit perut! Mama pun mencubakan aku dengan berpuluhpuluh helai rambut palsu. Kejap aku nampak macam Best Of The Best Princess Charming, kejap lagi, aku nampak pulak macam The Best Of The Prince Charming, yang paling aku suka. Lagi yang paling the best of the best, aku nampak macam mak nyah cute dekat lorong P. Ramlee! Haa! Yang ni memang suit gila dengan Zack! Barulah namanya anak Datin Gold! Mama! Mama tak rasa ke anak mama ni sebijik macam kera tak pakai baju dekat belakang sekolah Zack dulu tu, ma? Hai, mama. Kenapa mama tak PRO fesyen, jadi pulak PROsak fesyen! Aku jugak yang jadi mangsanya! Rambut berwarna kuning keemasan tu aku pusingpusing kat atas kepala. Macam ada yang tak kena. Aku letak ikut depan, nampak pelik dan salah. Letak ikut belakang, lagilah pelik dan salah of course! Aku bet, memang mama nak tunangkan aku malam ni! Kalau salahlah bet aku ni, aku rela terjun dari puncak KLCC! Tapi guna payung terjun la. He he he.... Jom, sayang cute mama! Selepas solat maghrib, tak sempat aku nak bukak

97

Bini Aku Tomboy Ke?

telekung dan habiskan doa aku, mama dah duduk tersenyumsenyum moyang tenuk kat sebelah. Senyum penuh dengan makna tersurat dan tersirat! Macam senyum mak tiri jahat Cinderella pun ada aku tengok! Hisy, karut betullah! Akhirnya, sampailah aku ke dewan yang penuh gilang-gemilang itu. Dari jauh, aku dah nampak papa kesayangan aku duk bersembang dengan kekawan dia. Aku dengan rambut palsu + dress hitam + kasut mama yang tinggi satu inci + lip gloss, rasa semacam bukan aku yang sebenar! Uh... aku benar-benar terseksa! Kalaulah tidak kerana kasih sayang aku pada mama dan papa, dan jugak kerana makanan, tak ada masa aku nak datang dengan gaungaun apa jadahnya ni! Suruh aku tidur kat rumah Bang Din pun aku sanggup! Ceh! Macam betul aje. Tak kira nak terjumpa katak pisang, lipas dan cik ti lagi, boleh la berlagak macam sekarang! Mengumumkan ketibaan orang yang dirai, Cik Sofi Zarill bersama Datin Gold Fish! Minta maaf. Kesilapan teknikal sedikit. Datin Gold! Semua hadirin bertepuk tangan sambil spot light dihalakan ke arah mereka berdua yang berjalan beriringan itu. Aiii, tak payah la suluh-suluh pulak! Aku ni dah la jalan macam apa entah, kalau jatuh buat malu aje! Zack cepat-cepat duduk selepas sampai di meja VVIP. Dia menelan air liur, tidak sabar nak makan. Makanan tu semua nampak sedap-sedap! Aku nampak kek! Ayam golek! Ikan bakar! Daging bakar! Wah! Aku berada di syurga dunia! Cepatlah time makan ni! Dah penuh sebaldi suku kalau tadah aku punya air liur yang aku tahan daripada menitik

98

Arisa Eriza

disebabkan kempunan melihat makanan yang tersedia tu! Selepas beberapa persembahan.... Hadirin semua dijemput makan. Ucapan pengerusi majlis menghingar-bingarkan dewan tersebut. Zacklah orang pertama yang bangun menuju ke tempat mengambil pinggan. Dia mengisi pinggan tersebut penuh dengan segala macam daging-daging yang ada. Satu lagi pinggan diisi dengan kek berkrim putih. Zack menghiris kek tersebut kepada bahagian-bahagian besar. Kalau boleh, aku nak angkut sebijik kek ni bawak ke meja aku, bagi aku sorang aje yang gemuk dengan kek ni. Sedang Zack menelan kek, papanya naik ke atas pentas. Perhatian. Malam ini sangat penting bagi puteri kami, Sofi Zarill kerana Sofi akan ditunangkan dengan Muhammad Azim Datuk Hamdan! Sila naik ke pentas! Zack, Azim. What? Azim Albino?? Bakal tunang aku??? Dengan mulut comot dengan krim putih, spot light sekali lagi menyuluh ke arah Zack. Tamatlah riwayat kecomelan aku malam ini!

99

Bini Aku Tomboy Ke?

Bab 7
OI! Apesal kau cium pipi aku, beb? Tak sah lagi la, mangkuk! Zack menolak kuat badan Azim yang secara tiba-tibanya mencium pipi kirinya tadi. Dahlah atas pentas, hampeh punya makhluk! Semua orang melihat ke arah mereka. Azim tersengih-sengih. Ceh! Macam beruk dekat Hutan Simpan Pahang pun ada aku tengok! Oh, kau main-mainkan aku, ek? Tunggu kau! Nah! Kau suka la ambik kesempatan kat aku kan? Baru nak bertunang, dah gatal! Isy! Aku campak dalam lombong baru kau tau! jerit Zack dengan kuat. Azim terduduk sambil memegang celah kangkangnya yang disepak oleh Zack. Kuat nak mati! Mandullah aku macam ni! Zack kemudian mengangkat tinggi dress hitamnya dan diikat kemas di pinggang, semacam srikandi dalam drama pendekar la pulak. Nasib pakai seluar panjang di

100

Arisa Eriza

dalam dress itu. Hah! Come on! Aku dah bukak gelanggang WWE dah ni, cepatlah masuk! Tunggu apa? Masuk, masuk! Papa menariknya ke tepi apabila keadaan menjadi semakin teruk. Kenapa ni, Zack?! Malulah papa! Papanya berbisik perlahan tetapi tegas. Malu? Papa patut lagi malu nak bermenantukan hantu air ni! Dahlah muka macam cekodok berkulat, gatal pulak tu! Huh! Zack menjerit kuat. Tak payah pakai mikrofon, rasanya satu dewan dah bergegar dengan suara dia sorang aje! Secara tiba-tiba, mamanya naik ke atas pentas dan menyimbahnya dengan air oren. Habis satu gelas. Mama! Kenapa siram Zack??? Hai, dah mama kejut cukup tiga puluh enam kali dah, tak bangun-bangun, mana mama tak siram? Dah, cepat siap. Kejap lagi dah nak pergi dewan. Mamanya berkata perlahan dan lembut. Gelas kosong yang diisi air paip awal tadinya, diletakkan di atas meja sisi di situ. Hah? Aku bermimpi! Yes! Aku tak bertunang! Zack melompat-lompat dengan semangat waja di atas katil itu. Sayang, kejap lagi mama mekapkan, okey? Tenang mamanya berkata sambil melirik ke arah Zack. Uh! Kenapa macam mimpi aku aje ni?? Zack nak solat! Zack terus turun dari katil dengan muka pucat. Habis dah kegirangannya tadi. Di dalam tandas, dia merenung wajahnya.

101

Bini Aku Tomboy Ke?

Siapa la budak comel dalam cermin ni? Zack berbisik sendirian. Rambut pendek berbelah tengahnya itu dikuis-kuis, dia tersenyum comel. Ya Allah! Karatnya gigi aku! Macam nenek tua pakai gigi palsu emas! Zack menghembuskan nafas ke tapak tangannya. Subhanallah! Bau longkang + loji! Tak pengsan ke Abang Din dengan mama cakap dengan aku tadi? Aku sendiri pun dah naik juling bijik mata! Zack cepat-cepat mencapai berus gigi yang memang sudah tersedia di bilik hotel tersebut, lalu meletakkan ubat gigi banyak-banyak, sampai habis ubat gigi dalam tiub ubat gigi kecil sebesar jari kelingking itu dipicitnya. Mak aiii! Ni la akibatnya aku tidur tak gosok gigi ni! Agaknya dah bertan-tan taik gigi dalam mulut wangi aku ni! Eee... kotor gila! Nak muntah aku membayangkannya! Mama! Ada ubat kumur mulut tak? Zack menjerit dari dalam tandas. Tak ada...! Terdengar sayup-sayup jawab mamanya dari luar. Uhhh! Apa kes ni? Aku paling tak suka bau mulut tahap loji ni! Dia menghembus sekali lagi nafasnya. Emmm... dah okey dah ni! Not bad, better than before. Gigi kuning tak ada pun sebenarnya. Aku aje yang over tadi. Gigi akukan sparkling, more sparkle than Abang Din, dan the sparklest teeth in the world. Takkan la baru tak berus dua hari dah kuning macam emas kut? Mustahil la! Zack! Buat apa lagi tu? Dah dekat pukul lapan dah ni! Cepatlah! Karang nak solat lagi, nak mekap lagi! Mamanya menjerit dari luar sambil mengetuk pintu tandas bertalu-talu. Ya mama... ya! Kejap la, perut banyak angin ni.

102

Arisa Eriza

Tiba-tiba aje senak pulak! Mekap, benda yang paling aku avoid seumur hidup aku! Kalau ya pun, aku akan tempek bedak baby aje kat muka. Nak letak foundation, moisturiser dan yang seangkatan dengannya, jangan haraplah! Mama turunlah dulu kalau dah lambat! Zack mereka ayat di dalam tandas. Tak apa... mama tunggu. Zack ni bukan boleh percaya sangat! Nanti entah-entah pakai seluar jean koyak tu aje turun ke dinner! Eh, mama ni! Macam tau-tau aje planning aku! Akhirnya, Zack pun keluar. Itu pun jalan macam siput babi. Dia mencapai telekung. Pergerakannya dilambatkan semacam kartun slow motion. Solat yang selalunya lima minit, dipanjangkan menjadi dua puluh minit. Sengaja membaca surah sehabis panjang dan khusyuk untuk membuang masa, sampai mama give up menunggu. Tak senonoh betul budak ni! Solat pun dibuat main! Hai.. tapi tak apa jugak, sebabnya aku rasa macam nilah solat terkhusyuk aku selama aku hidup ni! Sesudah solat, dia memandang ke arah mamanya yang sudah pun bersiap bukan main lagi. Rambut palsu hitam bersanggul diletakkan kemas di atas kepalanya, muka putih semacam opera Cina, lipstick pulak warna ungu sepadan dengan mata bersinar-sinar macam bintangnya, sepadan jugak bersama-sama dress dan kasutnya. Mujur memang cantik mama aku ni! Hai, makin tua makin menjadi! Zack! Dah? tanya mama selepas wanita itu sedar dirinya sedang diperhati. Sekejap! Nak berwirid bertalkin dulu! Zack yang sedang mencuri pandang ke arah mamanya tadi, terus menjawab laju sambil segera menadah tangan dan

103

Bini Aku Tomboy Ke?

menghadap ke kiblat. Isy, budak ini! Sebelum mama cepuk, baik cepatcepat sudahkan semua! Darah tinggi mama naik dah nampak gayanya. Tadi still cool lagi, ni dah nampak dah taring singa betina dia! Ya Allah! Kau tolonglah aku! Aku tak nak mekap! Sambil bersungguh-sungguh dia menadah tangannya berdoa meminta dengan seikhlas hati. Hah? Ya la, I turun! Zack berdebar-debar mendengarkan turun yang disebut oleh mamanya. Papa call. Minta mama temankan dia. Yes! Ya Allah... terima kasih! Zack bangun menari tarian kuda kepang dengan telekung putihnya. Amboi? Habis dah wirid? Dah, make sure pakai baju hitam tadi kalau tak nak mama sakit. Dan pakai kasut ni. Eh? Kasut dalam mimpi aku! Emmm... ya la mama. Zack melambai mamanya dan menghadiahkan kuntuman senyum comel di bibir. Yes! No make-up! Just dress. Dress? Adakah...? Zack menelan air liurnya. Zack bersiap ala kadar. Rambutnya dibelah tepi dan disapu jel. Bedak mamanya diletak sedikit ke muka. Nampak bertompok sedikit. Akhirnya dia membasuh mukanya dan membiarkan sahaja mukanya tanpa secalit mekap. Dah la. Dah comel sangat dah ni. Dia pun turun dengan gaya ayunya menapak ke dewan hotel tersebut. Mujur mama dah beritahu aku awalawal dekat mana dewan tu. perkataan

104

Arisa Eriza

Zack membelek mukanya di cermin yang tergantung di dinding sebelum masuk ke dewan. Eh, ada bunga. Dia berpaling ke kiri kanan lalu memetik sekuntum bunga carnation berwarna pink selepas dipastikan line clear, lalu diselit ke telinganya. Wah! Cun gila aku! Mesti orang berkenan kat aku nak buat menantu! Dia pun melangkah masuk ke dalam dewan yang penuh dengan lampu berwarna-warni itu. Memang tak ada spot light, tapi sebijik macam dalam mimpi aku tadi! Hisy, bawak bertenang. Roh aku la ni yang advanced datang melawat dewan ni tadi. Zack tercari-cari mamanya. Kemudian, dari jauh dia dapat melihat mama yang sedang melambai-lambai ke arahnya. Sempat dia menjamu mata dengan makanan yang terhidang dalam perjalanannya ke arah meja mama. Oh, comelnya anak mama! Macam angel! Excited sekali mamanya berkata. Angel tak berjantina, mama. Zack menjawab endah tak endah. Dia melihat sekeliling selepas menyalami beberapa Datin, kawan-kawan baik mamanya. Kemudian... Azim? Kesilauan muka putihnya membuatkan aku nampak dia terang tang-tang walaupun dewan ini agak gelap selepas lampu yang banyak tadi, ditutup dan spot light sahaja yang menyuluh. Yeah, aku nampak dia dengan Amy! Woi, advanced gila dia ni! Tak menyempat kahwinnya, dah pandai bawak perempuan ke hulu ke hilir! Woit, Azim! Jom, keluar kejap! Zack menarik tangan Azim setibanya dia di meja tempat duduk Azim. Permintaan pengerusi majlis diabaikan yang menyuruh semua hadirin duduk.

105

Bini Aku Tomboy Ke?

Eh, apesal ni? Siapa kau? Aku tak kenal la! Azim merentap tangan Zack, kuat. Aku Zack la, ngok! Amy merenung Azim dengan renungan tajam macam pisau. Berani buat skandal depan aku! Kau tunggu Azim! Hisy! Apesal ni, weh? Aku nak bagi amaran kat kau! Bergema satu hotel dengan suara Zack selepas mereka berdua keluar dari dewan tersebut. Comelnya dia! First time aku tengok dia pakai macam perempuan walaupun dressnya diangkat sampai ke lutut menampakkan jean di dalamnya. Woi! Kau berangan apa ni, mangkuk? Zack menolak bahu Azim. Sempat berangan pulak. Aku tengah serius ni! Hah? Apa benda kau nak beritahu? Terkejut dengan sergahan Zack, Azim kembali ke alam nyata. Aku nak kau tolak habis-habisan kalau malam ni aku kena tunang dengan kau! Got it? Tunang? Azim tak terkejut kalau mereka berdua akan ditunangkan pun, sebabnya ayah mereka berdua memang kawan baik. Apa kes nak bertunang aku dengan kau pulak? Kau ni demam ke, Zack? Azim bertanya sambil tangannya memeluk badannya sendiri. Ah, tak ada demam-demamnya! Aku nak kau buat apa yang aku cakap tadi, kalau tak aku cabut ekor dan misai Aristotle kau! Zack mengugut dengan nama kucing kesayangan Azim dahulu kalanya.

106

Arisa Eriza

Aristotle dah lama mati la... jawab Azim perlahan, dengan muka malas layannya menghiasi mata Zack. Ah, tak kisahlah! Yang penting, aku akan bunuh kalau kau berani nak bertunang dengan aku! Kau dengar? Zack mencekak leher baju Azim selepas dilihat Azim semacam endah tak endah sahaja dengan ugutannya tadi. Bunga carnation yang dipetik tadinya jatuh ke lantai. Woo.. stop it, Zack! Okey, okey. Aku dengar! Azim terasa panas pipi selepas terdapat beberapa orang yang tertoleh-toleh ke arah mereka berdua. Mesti dia orang fikir aku gaduh dengan bini queen control! Wah! Hilanglah kemacoan aku! Dah! Jom masuk! Azim mengutip bunga yang jatuh dan diselitkan kembali ke telinga Zack, kemudiannya memegang tangan Zack untuk dipimpin masuk ke dalam dewan selepas dia membetul-betulkan bajunya yang dicekak oleh Zack tadi. Eh, mangkuk! Aku bukan bini kau la! Lepas tangan sekarang! jerit Zack dengan muka garang tak boleh blah. Lakonan semata-mata! Ek eleh. Minah ni, baru pegang tangan aje pun, dah kecoh nak mati! Tapi, memang cun tahap gabanlah dia malam ni! Berombak dada dan hati aku tengok! Kau ingat warning aku tadi! Jangan sampai aku belasah kau! Zack mengugut sekali lagi di dalam dewan, perlahan tapi tegas. La, tau la kau ada tali pinggang hitam tae kwan do, Zack. Janganla cabar aku lawan dengan perempuan! Weh! Aku bukan perempuan lemah macam kau fikir! ujar Zack dengan mata setajam pisau.

107

Bini Aku Tomboy Ke?

Isyyy! Hantu mana sampuk Si Zack ni? Pelik semacam aje gayanya? Tau pulak tu apa aku fikir! Ya, ya... aku tau! Azim membalas dengan muka cipan malas. Yes! Menjadi ugutan aku! Zack, pergi mana tadi? Mama bertanya sambil matanya merenung dalam muka anaknya itu selepas Zack duduk di sebelahnya. Pergi spray kumbang, mama. Zack menjawab sambil membetul-betulkan tali dress yang dipakainya. Tak pernah seumur hidup aku pakai baju macam ni! Huh! Malu sebenarnya! Spray kumbang? Kumbang mana, Zack? Mama bertanya hairan. Kumbang spesies putih kena sopak! Zack menjawab endah tak endah sekali lagi. Mamanya malas nak bertanya lagi dah. Anaknya tu memang suka loyar buruk. Tanya benda lain, jawab ikut lain. Hai la... gen siapa yang turun kat dia ni agaknya? Selama persembahan-persembahan berlangsung, Zack tertoleh-toleh ke arah makanan di tengah dewan. Cukup dua puluh satu kali dia menelan air liur melihat ke arah makanan yang terhidang. Dari kejauhan, silauan muka Azim sekali lagi mengganggunya. Apesal dia ni tenung-tenung aku pulak? Zack membuat muka marah dan membuat aksi seperti menumbuk ke arah Azim. Azim sempat pulak menutup mukanya seperti menghadang daripada ditumbuk. Apa kena la. Hairan jugak! Hadirin dijemput menjamu selera. Zack cepat-cepat bangun selepas mendengar ucapan

108

Arisa Eriza

yang dinanti-nanti sedari tadi. Ah, aku dah malas nak fikir pasal papa nak tunangkan aku ke apa, yang penting perut aku! Sedang dia makan kek berkrim putih, sekali lagi papanya naik ke atas pentas sebijik macam dalam mimpinya. Malam ini amat penting bagi puteri kami, Sofi Zarill kerana Sofi.... Kenapa sama dalam mimpi menunggu sambungan ayat papanya itu. aku? Berdebar

Kerana Sofi akan menjadi manager bagi Rills Collections yang akan dirasmikan pada bulan depan! Come, dear! Here beside me! Papa Zack tersenyum maco di atas pentas sambil matanya mengarah pada Zack. Hadirin semua bertepuk tangan. Spot light menyuluh ke arah Zack yang dah aware awal-awal. Mulutnya dah tak comot macam dalam mimpi tadi. Alhamdulillah! Tak bertunang! Mama ni saja aje nak buat aku suspens tahap awan! Rupa-rupanya nak aku jadi manager aje pun. Selamat malam pada semua. Thanks to mama, papa kerana menawarkan kerja pada anakmu yang comel ni... Zack berkata selamba di atas pentas. Depan orang ramai pun sempat nak mengarut lagi. Semua hadirin pun tersenyum. Saya langsung tak tahu-menahu tentang... apa dia namanya, papa? Rills Collections. Papanya tenang menyebut di sebelahnya. Haa, Rills Collections tu. Hari ni baru terdengar nama tu, dan apa pun, Ill try my best to do my best! Emmm... thats all. Nak baca kertas pun, kertas tak ada, so

109

Bini Aku Tomboy Ke?

tak boleh nak bebel panjang-panjang. Pada semua, selamat menjamu selera! Terima kasih. Itu ajalah yang dia tau, makan. Kemudian, dia pun menapak perlahan turun ke tempat duduknya tadi. Mama tersengih-sengih nampak gigi. Kenapa mama senyum-senyum? Tak ada apa-apa. Anak mama cute sangat malam ni. Mahu tak cutenya, dress bagai serupa orang putih nak menikah! Ya la tu, ma. Zack nak makan lagi. Nak tapau bawak naik bilik, mama nak sekali tak? Zack bertanya sambil menelan air liurnya lagi memandang ke arah makanan yang masih banyak terhidang di meja bufet di situ. Zack, tak payah la tapau-tapau. Nanti kat rumah banyak makanan lagi. Rumah? Zack tak nak ikut balik Perak lagi. Nak duduk sini, tak kira ma, tak kira jugak! Zack menghentakhentak kuat kakinya sambil membuat muka tenuk hidung panjang. Bukan. Rumah kita kat sini la, sayang. Eh? Tahun bila kita ada rumah kat sini, mama? Kenapa Zack tak tau pun? Ada aje. Papa baru beli tahun lepas. Ya ke, mama? Yes! Tak payah balik Perak! Zack! Jom kejap. Awek aku merajuk la.... Azim tiba-tiba mencuit bahu Zack dari belakang. La, apa kes pulak dengan awek kau tu? Ada pulak kena-mengenanya dengan aku? Zack bertanya sambil mengunyah.

110

Arisa Eriza

Auntie sihat? Azim bertanya khabar kepada mama Zack yang sedang tersenyum di situ. Alhamdulillah, sihat. Lama tak datang rumah, Zim? Insya-Allah. Ada chance balik Perak nanti, saya lawat rumah auntie. Azim menjawab ramah. Woi, cepat la. Apesalnya kau suruh aku duk tercongok kat sini? Aku tak habis nak isi perut aku lagi la, mangkuk! Jangan la buang masa aku! Masa makan tu emas! Zack bising selepas dilihat Azim sedap duk beramah mesra dengan mamanya pulak, membiarkan dia berdiri tercongokcongok di situ. Ya la, ya la... kejap la. Auntie, saya ada hal sikit nak cakap dengan Zack. Nanti ada masa insya-Allah saya datang rumah auntie. Azim senyum sikit dan berlalu dengan Zack di belakangnya selepas mama Zack mengangguk. Mana awek kau tu? Apa dah jadi dengan dia? Mana aku tau. Tiba-tiba dia merajuk dengan aku. Kata aku bercinta dengan kau! Muka Azim berkerut bukan main. Wa ha ha ha! Aku yang comel ni bercinta dengan kau yang macam kumbang terkena sopak ni? Adei la. Awek kau ni pun satu hal. Takkan la taste aku teruk sangat kut. Hu hu hu... tak tahan, tak tahan. Zack gelak kuat sambil kepalanya tergeleng-geleng. Mengutuk tak ingat! Woi! Kau jangan nak mengutuk aku pulak. Baik kau tolong aku sekarang. Kau la punya pasal tadi, aku pulak yang kena tanggung! Azim menjerit kuat. Ya la, aku tolong la ni. Mana dia? Kenapa dia tak bersilau macam kau, Zim? Kalau tak, senang nak detect!

111

Bini Aku Tomboy Ke?

Tadi ada aje dekat sini. Siapa yang nak culik dia pulak? Zack dan Azim tercari-cari di manakah Amy berada. Hah! Aku dah nampak! Tu dia, dia dengan laki baru la, mangkuk! Cuba kau tengok, amboi mesra-mesraan macam tahun lepas kenalnya! Zack menunjuk ke arah Amy yang sedang galak bersembang dengan seorang lelaki. Mereka berdua terjenguk-jenguk dari belakang tiang besar di situ. Lagak macam pencuri tak bertopeng pun ada! Mak aiii! Habislah kawan aku ni. Awek sudah dikebas oleh pak misai tua! Ha ha ha! Zack berkata sambil tangannya menepuk-nepuk bahu Azim. Wei! Kau la punya pasal la ni! Tengok, tak pasalpasal dia jumpa dengan laki mana entah! Azim menjerit kuat, tak puas hati. Tangan Zack ditolak daripada terus melingkar pada bahunya. Eh, kau jangan nak salahkan aku la, Zim! Kalau dia dah tak cintakan kau pun, salah kaulah, apa kenamengena dengan aku ni pulak? Zack mempertahankan diri. Dah memang bukan salah aku pun, buat apa aku nak mengalah? Kau yang buat dia merajuk dengan aku tadi! Ya la, mangkuk! Salah aku! Jom ikut aku! Tengok jejaka maco ni memujuk macam mana. Tak ingat diri sendiri pakai dress. Boleh nak perasan jadi jejaka lagi. Selepas itu, Zack pun menapak ke arah Amy. Si Azim di sebelahnya tertunduk-tunduk macam baru lepas cekup anak ayam orang. Excuse me, please. Just for a second, mister. Its okey. Take your time. Lelaki yang galak

112

Arisa Eriza

bersembang dengan Amy tadi tersenyum ramah selepas Zack meminta untuk bercakap dengan Amy sekejap. Amy, right? Zack berbisik perlahan sambil menyalami Amy. Mukanya dirapatkan ke arah Amy dengan senyuman ala menggoda. Eh, mangkuk ni! Aku suruh dia pujuk, bukan suruh mengurat awek aku! Azim menyumpah di dalam hati. Amy. Ingat saya lagi tak? Zack? Emmm? Amy berkerut memandang Zack. Rasanya dia yang tarik tangan pakwe aku tadi! Ala, budak tomboy kat kedai makan hari tu la, Amy! Azim menyampuk tiba-tiba. Amy menjeling tajam. Sibuk aje! Dah la main kayu lapan dengan aku! Thats right! Remember? Tadi tu, saya ada hal sikit nak kena cakap dengan dia. Tapi tak bermaksud saya ni bercinta dengan dia, honey. Mak ai... siap panggil awek aku honey lagi! Ini sudah lebih! Azim panas. Okey, I percaya. Tapi, you memang cute la. Amboi! Dua-dua dah mula nak menggatal! Tak boleh jadi ni! Is it? He he he... thanks. So, best tak datang sini? Azim albino selalu bawak Amy datang majlis macam ni, ya? Ehem! Ehem!! Ehem!!! Azim berdehem kuat sampai nak terkeluar anak tekak. Hisy! Giler banyak kahak kau, Zim? Zack memerli Azim. Mesti jealous ni aku usik awek dia. Tapi aku tak berniat pun nak mengurat, biasa la tu, mulut kena manis, impression

113

Bini Aku Tomboy Ke?

muka dan body languange kena semangat, baru orang suka dan rasa dihargai. Ya ke? Entah, nenek aku yang cakap duludulu. Dah ya, Amy. Jangan gaduh lagi dengan budak ni. Kita orang tak ada apa-apa pun. Just kawan aje. Lagipun, better saya mengurat Amy, daripada mengurat Azim sepupu si cekadak kering ni. Muka Azim merah. Amy cuma senyum kucing malu. Pulak! Perasan diri cun la tu. Woo... sedap betul kau cakap, Zack? Amys mine, okey? Okey, got it. Aku blah dulu, Zim. Pepandai la kau. Aku dah demo tadi. Hu hu hu... okey, Amy! Jumpa lagi! Zack senyum kambing tak mandi dan selepas itu melambai ke arah mereka berdua. Thank you bebanyak untuk kau! Azim memerli. Isy, budak ni! Bukan nak tolong baiki, makin merosak ada! Azim bising di dalam hati. Makin cute la dia, baby! Sukanya tengok! Amy berkata semangat. Ehem! Dah habis merajuk? Tadi tu siapa? Tak habis-habis nak memuji Si Zack tu! Kalau lelaki tak apa... masalahnya, Si Zack tu perempuan! Aku yang dah cukup hensem ni, tak nak pulak dipujinya! Siapa apa? Oh, yang tadi tu? Entah, tak tau. Curi sembang aje dengan dia tadi. Tak kenal pun. Zack pula menapak ke arah mamanya yang tiba-tiba menggamit ke arahnya. Sempat dia mengambil dua biji bebola daging lalu disumbat ke dalam mulutnya, penuh.

114

Arisa Eriza

Pipinya membulat macam pak cik sumo, Jepun. Emmm... bestnya kalau tiap-tiap hari dapat makan sedap macam ni. Kenapa mama? Jom. Papa dah nak balik katanya. Kenapa mama tak beritahu awal-awal kata kita ada rumah kat sini? Tak payah Zack susah-susah... Tu la, mama dah kata hari tu, tunggu datang KL dengan mama, tapi Zack degil! Hah, padanlah dengan muka! Potong mamanya laju. Ala, mama ni. Suka sangat nak marah. Zack berkata sambil dahinya berkerut. Jom! Dah lewat ni. Selepas papa mengucapkan terima kasih kepada para tetamu, dia pun menuju ke arah anak dan isterinya itu. Yang sorang makan banyak. Yang sorang lagi, yang tua sikit tu, makan pun tak nak. Alih-alih makan tumbuh-tumbuhan hijau aje, dietlah kononnya. Herbalife, pagi petang, siang malam. Produk Herbalife aje dah penuh satu kabinet dapur dekat rumah! Nasib makin cantik jugak. Papa dan mama balik Perak malam ni. Terpaksa balik awal sebab Mak Timah nak ikut balik sekali. Katanya adik sakit kat kampung. Mak Timah? Yang jaga Zack masa dengan arwah nenek dulu tu? Hisyyy! Seram... seram tahap gaban! Kenapa? Sebabnya dia kalau dengan arwah nenek, menjadilah dia seperti pasangan Bawang Merah dengan mamanya di dalam Sinetron Indonesia itu. Tetapi, taklah sekejam itu aku rasa. Dahulu kalanya, nenek aku yang asalnya duduk di KL, pindah ke Perak sebab nak duduk dengan cucu, main-

115

Bini Aku Tomboy Ke?

main dengan cucunya yang seorang ini, iaitu aku. Tapi, memang main-main gila dia dengan aku. Nenek aku ni memanglah moden orangnya. Tapi ada satu benda yang tak moden, iaitu kuat melatah! Sofi! Cepat turun! Budak perempuan mana boleh main panjat-panjat pokok! Isy! Budak ni! Aku kata turun, turunlah! Neneknya yang bernama Katijah itu memekik dari bawah. Cantik, kan nama dia. Tapi aku tak panggil dia Cathy, macam selalu kawan-kawan dia panggil. Aku panggil dia Nenek Kati, sama dengan timbangan kati yang masa zamanzaman dulu orang guna tu. Nenek jangan duduk dekat. Nanti Sofi turunlah, nek! Baik nenek pergi main jauh-jauh, nanti kalau buah kelapa ni jatuh atas kepala nenek, arwah nenek nanti! jerit Zack dari atas pokok, kuat. Isyyy, budak ni! Tak sah kalau tak kena sekeh dengan aku! Turun sekarang aku kata! Kenapa ni, Cik Puan Cathy? Datang dah askar sepasukan, yakni askar bersuara kuat kalah petir! Ni ha... budak ni. Saya suruh turun, tapi tak nak jugak turun-turunnya! Nenek bersuara bengang kepada Mak Timah a.k.a musuh semula jadi aku. Bukan musuh apa pun, sebabnya aku menggelar dia begitu kerana dia suka sepakat dengan nenek di dalam menggulingkan aku bila aku nak buat projek budak nakal sikit. Nenek! Lari cepat! Buah! Allahuakbar!

116

Arisa Eriza

Nenek! Zack menjerit kuat. Gedebuk!!! Subhanallah... jatuh anak patah pinggang nenek tua! Nenek Zack melatah panjang sebelum pengsan bersama rakan seperjuangannya tadi. Sofi, buat apa kamu pergi terjun atas nenek? Tengok, apa dah jadi kat nenek ni? Mak... mak...! Mama Zack cuba mengejutkan emaknya yang sudah pengsan selepas ditimpa buah kelapa sebesar gajah, yakni cucunya sendiri. Mana Sofi tahu. Sofi dah beritahu awal-awal dekat Nenek Timbang Kati jangan duduk dekat-dekat.... Zack berkata dengan muka tak bersalahnya. Berapa kali mama beritahu jangan panggil nenek dengan nama Timbang Kati? Isy, budak ni! Geram betul aku! Telinga kanan Zack dipulas sekuat hati. Geram tahap singa betina dah dia dengan kerenah Si Zack itu. Aduh, sakit mama! Sofi nak selamatkan buah daripada jatuh, sebab tu Sofi jadi Superman, mama. Mana tahu, tertimpa Nenek Lima Kati. Zack berkata sambil mengusik-usik rambut putih neneknya. Apa? Nenek Lima Kati??? Mama kata jangan panggil Nenek Timbang Kati. Budak ni! Mama mengejar Zack satu round sampai penat, akhirnya terduduk kembali di sisi emaknya itu dan Mak Timah yang benjol di kepala. Mak Timah pun masih tidak sedarkan diri. Selepas beberapa jam kemudian, barulah kedua-duanya pun sedar. Itu masa umur Zack sepuluh tahun. Lain pulak masa lima tahun kemudiannya....

117

Bini Aku Tomboy Ke?

Selamat Hari Raya, nek. Minta maaf zahir dan batin, ampunkanlah cucumu yang comel ini. Tambahkanlah duit rayanya, seiring pertambahan usianya, ya nek? sebut Zack laju sambil menyalami tangan neneknya itu. Banyaklah duit raya kamu. Solat sunat pun tak pergi. Mana tudung dengan baju kurung? Mana ada budak perempuan pakai baju Melayu! kata nenek sambil sekeh kepala Zack. Ala, nek ni. Relaks la, perempuan zaman moden memang macam ni gayanya. Trendy stylo, ujar Zack sambil memasukkan tangannya ke dalam poket depan baju Melayu warna biru tua. Isy, Mas! Tengok anak kamu ni, tak reti budaya timur langsung! Kuat nenek menjerit, memanggil anaknya yang sedang menyiapkan hidangan ketupat dan rendang di dapur. Cucu nenek jugak! Muah! Babai nek! Nak pergi beraya ni! Zack mencium pipi neneknya dan terus berlari keluar. Malamnya.... Woit! Jom! Aku nak balas dendam dekat Mak Timah! Korang temankan aku, jom! Zack berkata. Set!!! Kau serang sana, aku serang sini! Zack dengan beberapa orang kawan-kawan lelakinya, termasuk Azim, mula mengelilingi rumah Zack. Ready, go! Lari!!! Dua biji mercun bola dicucuh dan dilempar ke sisi rumah Zack. Kaboom!!! Subhanallah... mak pocot aku terbang nyawa

118

Arisa Eriza

separuh! Dari luar, kedengaran jelas suara nenek melatah lagi dengan suara Mak Timah yang mengucap panjang. Woi! Lari, beb! Zack yang sedang ketawa menekan perut di halaman rumah, mengarah rakan-rakannya melarikan diri apabila Mak Timah membuka pintu dengan parang kontot di tangan. Zack! Berangan apa tu? Kita dah sampai ni. Jom turun, sapa mamanya, lalu mematikan lamunan panjangnya tadi. Ya, ma.... Oh, cucu Mak Timah! Dah lama tak nampak! Makin comel! Mak Timah meluru ke arah Zack dan memeluk kemas badan Zack penuh keibuan. Walaupun Zack banyak mengusiknya dulu, namun dia tidak pernah berdendam, tetap menyayangi Zack. Jauh di lubuk hati, Zack pun begitu. Dia tetap sayang Mak Timah yang menjaganya sejak dia kecil lagi. Mak Timah buntal sihat? Zack senyum lebar. Isy, budak ni! Tak habis-habis. Mak Timah sihat aje, Sofi, jawab Mak Timah sambil mengusap pipi Zack. Ops, kejap Mak Timah! Saya bukan Sofi lagi sekarang. Tapi Zack Maco. Hu hu hu... Ingat tau, Mak Timah! Yalah, sayang. Jom masuk dulu. Mas dengan Mat nak minum? tanya Mak Timah lembut. Tak apalah, Mak Timah. Tak payah susah-susah. Barang-barang semua dah siap kemas?

119

Bini Aku Tomboy Ke?

Mama Zack bermesra. Dia dengan suaminya tak kisah kalau Mak Timah tidak memanggil mereka dengan panggilan puan atau tuan, sebabnya mereka pun dah anggap Mak Timah seperti keluarga mereka. Eh? Siapa budak muka macam anak kucing ni? Zack menjerit kuat. Pertama kali dalam sejarah hidup aku yang memang comel ini, aku terjumpa seseorang yang mencabar tahap kecomelan aku! Tak boleh jadi ni! Just wait and see, Miss Kitten!

120

Arisa Eriza

Bab 8
AYA Arin, orang gaji dekat sini, kata Miss Kitten dalam nada yang perlahan dan bergetar kerana disergah oleh Zack tadi. Oh, I see. Zack menjawab endah tak endah. Jom, Mak Timah. Pak Ali mana? Dia nak ikut balik sekali tak, Mak Timah? Papa bertanya tentang suami Mak Timah yang bekerja sebagai gardener di rumah itu. Oh, tadi ada aje. Bang Ali! Oh, bang! Bersiap kalah perempuan lamanya! Mak Timah membebel sambil kakinya berjalan naik ke atas. Sekejap ya, Mat, Mas. Mak Timah panggil Pak Alinya sekejap. Eh, kau! Pergi ambilkan aku air! Haus nak mati aku ni. Daripada kau duduk tercongok aje kat situ! Muka Arin pucat kerana dijerkah oleh Zack. Terkulat-kulat dia dibuatnya. Zack! Apa ni? Cuba cakap baik-baik sikit dengan Si Arin tu. Kesian dia. Mama menegur Zack.

121

Bini Aku Tomboy Ke?

Arin tunduk lalu berjalan cepat-cepat ke dapur. Terkejut. Macam tersambar kilat. Ala, tak apa, mama. Kalau manjakan sangat, nanti jadi degil, macam Zack ni ha. Zack membalas sambil duduk meletakkan kaki di atas meja kopi di ruang tamu. Sedar pulak diri sendiri degil. Tangannya mencapai remote TV dan menekan butang on. Cartoon Network menyiarkan rancangan Tom & Jerry. Mama, sinilah tengok sekali. Eh, kenapa kau ni macam muka Tom ni aje? Kau sepupu dia, ek? Zack mengusik Arin selepas gadis itu datang dengan segelas air oren. Apesal kau diam? Letak dekat situ. Zack tak puas hati apabila Arin tidak memberi respons langsung pada usikannya itu. Tak ada apa-apa, tuan. Ha ha ha! Dia panggil aku tuan! Seorang lagi terpedaya! Hisy! Kamu ni, Zack... siapa ajar cakap kurang ajar macam tu? Papa bersuara selepas habis bersembang dengan mama. Dah la ya, Arin. Budak ni memang macam ni, pening sikit. Jangan ambil hati, okey? Mama menyampuk. Zack tersenyum lebar. Puas hati. Memang aku pening. Disebabkan oleh itu, aku akan buat kau pening sekali. Ha ha ha! Zack, nah... ni credit card dan kad bank. Guna kad bank ni dulu beli barang harian, nanti ada masa, pergi buat kad baru. Passwordnya sama dengan kad bank sebelum ni.

122

Arisa Eriza

Mama dah tukarkan. Mama memberi sekeping kad kredit dan kad bank kepada Zack. Ya ke, mama? Wah, ni yang sayang mama lebih ni! Thank you, mama! Muahhh! Zack mencium pipi mamanya sambil memeluk erat. Arin berdiri tegak sahaja tanpa bergerak. Hanya matanya terkelip-kelip memandang Zack dan keluarganya. Manja betul, dan menyampah gila dengan perangai dia! Hieee, macam bagus sangat! Perasan! Arin berbisik sendiri di dalam hati. Apa kau tenung-tenung? Tak pernah tengok makhluk secomel aku ke, hah? Zack.... Mama merenung dalam-dalam. Geram kerana anaknya itu tak habis-habis dengan kenakalannya menyakat Si Arin. Dah la Arin ni budak lurus bendul macam tiang letrik, kesian betul. Jangan buli Si Arin ni. Kalau tak nanti mama kurangkan income bulanan kamu. Hah? Mama suka lebihkan anak orang lain, anak sendiri mama biarkan. Bak kata pepatah, anak monyet dalam hutan disusukan, anak sendiri biar mati lapar.... Sebut Zack dengan nada tak puas hati. Kera di hutan disusukan, anak di rumah mati kelaparan, baru betul, tuan. Arin menyampuk. Betul betul betul! Zack mengiakan kata-kata Arin tanpa sedar yang Arin membetulkan pepatahnya tadi. Hep! Diamlah kau, budak menyampuk! Zack berpura-pura marah. kecil jangan

Zack! Jangan sampai mama buat betul-betul.

123

Bini Aku Tomboy Ke?

Mamanya bertambah geram apabila Zack semakin kuat menyakat Arin. Memang tak makan saman betul! Yalah! kata Zack sambil menjelir lidah ke arah Arin. Sibuk aje kau ni! Bila Mak Timah nak balik sini balik? Arin bertanya selepas Mak Timah turun bersama suaminya dengan dua buah beg sebesar anak tenuk. Tak tahu lagi, Arin. Mak Timah kesiankan adik dekat kampung tu. Tak ada siapa yang boleh tengokkan dia. Kalau jadi apa-apa, susah. Mak Timah membalas sambil merenung lembut ke arah Arin. Arin memang sudah dianggap seperti anaknya sendiri, memandangkan anak kandungnya yang seramai lima orang itu semua tinggal berjauhan daripadanya. Jadi, kasih sayangnya banyak tertumpah pada Arin kerana naluri keibuannya yang masih kuat. Sunyilah saya nanti, Mak Timah. Arin membalas perlahan sambil tertunduk merenung lantai. Tangannya memintal-mintal hujung rambut lurusnya itu. Sunyi? Tak mungkinlah, Arin. Ni, si budak ni... kalau ada dia, selagi tak meletup rumah ni, tu bukan dia la tu, Arin, ujar Mak Timah sambil tergelak kuat. Betul tu, Mak Timah. Arin, kau percaya aje la, sebabnya aku akan letupkan rumah ni, dengan kau-kau sekali. Ha ha ha! Zack menambah dan kemudian gelak tak ingat bagi menambahkan kepucatan muka Arin. Baru puas hatinya menyakat Si Arin. Zack, jaga Si Arin ni. Arin, jangan takut, okey? Zack ni bukan budak jahat, dia nakal aje. Dah tua-tua pun, tak habis lagi nakalnya. Mama berkata selepas Arin menyalaminya.

124

Arisa Eriza

Arin hanya tersenyum nipis dan mengangguk. Apa tuanya, mama? Baru dua puluh tiga tahun aje tahun ni. Bak kata Rosnah Mat Aris, apalah ada pada bilangan, kan mama? Muah, sayang mama! Mama jaga diri tau? Papa, Mak Timah, Pak Ali, pesan Zack pada semua dan mencium pipi mama sebelum wanita itu masuk ke dalam kereta. Jangan lupa kunci semua pintu dan tingkap. Pokok-pokok jangan lupa siram! Tu semua kerja kau, Arin! Zack berkata perlahan sambil tersenyum dan melambai ke arah kereta papanya yang semakin menjauh. Apa kau tengok? Takut dengan aku yang hensem ni? Kenapa ya, mama sanggup tinggalkan anak dara orang dengan aku? Kau tak hairan ke, Arin? tanya Zack sambil merenung tajam ke arah Arin. Muka Arin pucat membayangkan dia hanya berdua dengan seorang lelaki di rumah itu. Hua, hua, hua.... Zack ketawa kuat selepas Arin berjalan laju menuju ke pintu depan rumah tanpa menjawab soalannya tadi. Zack pun masuk dan menuju ke arah dapur. Kelihatan Arin sedang merapatkan dan mengunci tingkap yang tidak rapat tadinya. Wei, Arin. Kau makan apa dengan Mak Timah dan Pak Ali ni? Kenapa kosong tak ada apa-apa pun dalam peti? Aku nak susu fresh, tak kira, kalau kau tak dapatkan untuk aku malam ni, aku terpaksa la dapatkan daripada kau. Zack berkata selamba. Dada Arin berombak kuat. Habislah kalau dia rogol aku!

125

Bini Aku Tomboy Ke?

Saya tak reti drive kereta, tuan. Arin berkata sambil matanya melihat lantai. Siapa suruh kau drive? Tak kisahlah kau nak dapatkan macam mana pun. Yang penting, aku nak kau adakan susu fresh depan aku kejap lagi. Zack berkata tegas. Baik, tuan! Oh, sekejap. Bagi aku pen dan kertas. Buat apa, tuan? Ambilkan aje la. Kau ni, banyak soal pulak. Kau nak aku cepuk kau ke? Aku kira sampai tiga. Kalau tak sampai, aku suruh kau tidur dekat luar malam ni! Ye, tuan. Arin berlari dan hilang di balik dinding. Zack senyum lebar. Wah! Bahagianya aku! Ada budak baik yang boleh aku buli tiap hari. Hu hu hu.... Ni, pennya, tuan. Duduk. Tak payah bertuan puan dengan aku. Panggil aje aku Zack. Duduk! Ya, tuan. Zack. Maaf.... Hu hu hu.... bermaaf-maafan pulak dengan aku. Hai, kau silap rumahlah, Arin. Takut pulak tu dengan aku, hua hua! Esok kau nak masak apa? Aku nak tiga hidangan lauk, dua hidangan tumbuh-tumbuhan. Air asam jangan lupa. Tulis kat kertas ni, apa yang perlu untuk dibeli. Saya nak tanya sikit boleh, Z... Zack? Terketarketar Arin berkata. Tanya la apa kau nak tanya? balas Zack sambil mengambil sebiji buah epal di dalam bakul dan melambunglambungkannya tinggi-tinggi.

126

Arisa Eriza

Tumbuh-tumbuhan tu apa? Subhanallah! Kau ni belajar sampai sekolah apa ni? Tumbuh-tumbuhan pun kau tak tahu? Tumbuhtumbuhan tu nama lain bagi sayur. Tapi, tak semestinya semua tumbuh-tumbuhan tu sayur dan lagi, sayur memang gerenti daripada tumbuh-tumbuhan. Ada faham? La, sayur rupa-rupanya. Arin membuat muka tidak bersalahnya dan kemudian menulis sesuatu di atas kertas putih di tangannya. Kau ni, lambat pick up betul la. Dah habis tulis? Sekejap, saya kena buka buku resipi dulu, Zack. Baru boleh tulis apa yang perlu. Habis, kau buat apa aje dekat rumah ni? Masak pun tak reti? Saya tak masak, saya mengemas rumah aje, tuan... Zack. Perkataan tuan gerenti terkeluar kalau Zack mula menyoalnya dengan nada tinggi. Sinilah aku tuliskan! Kau ni, masak pun failed! Umur kau berapa? Zack mengambil pen dan kertas daripada Si Arin. Dua puluh, tahun depan. Yang kau cerdik pergi beritahu tahun depan punya buat apa? Aku tanya jawab aje la sembilan belas. Hisy, kau ni, apa kena dengan kepala otak kau tu? Kena sambar petir.... Arin menjawab perlahan. Laaa... patut bengong semacam. Rupa-rupanya kena panah petir! Nasib hidup lagi. Kau pergi call kedai runcit, suruh dia hantar semua barang-barang yang aku tulis ni, malam ni jugak! Baik tuan.

127

Bini Aku Tomboy Ke?

Tuan, tuan! Aku hantar kau pergi Tanjung Tuan, kau nak??? Ta... menjawab. tak... nak, tuan...! Terkial-kial Arin

Hai, kau ni. Sekali lagi aku dengar kau sebut tuan, aku cepuk kau tiap pagi selama seminggu! Ada dengar??? Ya, dengar. Dengar aje, paham ke tak? Faham, tuan! Yes! Akhirnya mangsa cepukan aku sudah muncul. Hua hua! Baru jerit sikit, dah kecut perut. Hu hu hu.... Okey, kau tunggulah cepukan aku start esok sampai minggu depan. Faham? Sekali kau sebut tuan, seminggu kau kena cepuk. Dua kali, dua minggu dan seterusnya. So, be aware about it. Ya... Z... Zack. Mata Arin terkelip-kelip memandang Zack. Air matanya kelihatan bertakung di tubir mata. Ala, kesiannya. Hu hu hu... sebijik macam anak kucing. Jahat sangat ke aku ni?? Dah, tak payah meleleh-leleh pulak. Jom, aku teman kau call pak cik kedai. Cepat la. Nanti tutup pulak kedai tu. Kau nak aku mati kering kat sini? Suara Zack meninggi. Tak nak.... Arin membalas perlahan. Pada hal dalam hati, orang pertama yang aku nak bunuh ialah kau, Zack! Fuh, nak aje aku cekik-cekik leher dia, biar mati tak dapat oksigen, baru puas hati aku! Arin berbisik sendiri sambil tubir matanya disapu dengan hujung jari, mengelap air mata yang hampir keluar tadi.

128

Arisa Eriza

Helo. Saya Arin, pekerja kat rumah Datuk Muhammad. Saya nak pesan barang-barang ni dan minta encik hantarkan. Boleh? Kalau tak boleh, kata aku bagi tips, lima puluh nanti. Zack menyampuk. Kalau tak boleh, nanti saya bagi tips lima puluh ringgit. Arin menyebut di talian. Macam mana? Okey? Zack bertanya selepas Arin meletak telefon. Okey! Sekejap lagi dia hantar. Arin bersuara ceria. Dia tersenyum lebar, berdiri tegak di sebelah Zack, seolaholah puas hati dapat menelefon kedai runcit tersebut. Sini, duduk sebelah aku. Kau ni kenapa bengong sangat? Aku tak kata pun nak bagi tips lima puluh ringgit, aku kata, lima puluh aje. Dan, maksud aku, lima puluh tu, lima puluh sen. Habis, siapa nak bayar sampai lima puluh ringgit tu, Arin? Zack bertanya dengan nada sederhana kuat. Kakinya yang diletak selamba di atas meja kopi di hadapannya, digoyang-goyangkan. Hah? Lima puluh... sen? Arin pucat, matanya kembali berair. Merah aje pipi semacam tomato masak tua. Sekejap lagi kau pandai-pandai la uruskan sendiri dengan pak cik kedai tu. Aku tak tau! Zack berkata dengan selamba, kemudian kembali menonton rancangan TV. Air mata Arin setitik demi setitik turun membasahi T-shirt peach yang dipakainya. Zack perasan, namun dia buat tak tahu aje. Ya la, bukan salah aku pun, dia yang memandai sendiri. Arin berlari ke dapur dan tidak kembali ke ruang tamu lagi.

129

Bini Aku Tomboy Ke?

Ding! Dong! Kedengaran loceng pintu pagar utama ditekan. Arin! Bukakkan pintu ni! Pak cik tu dah datang! Zack menjerit kuat. Padahal dia dekat aje dengan pintu. Saja la tu! Kalau dah start membuli orang, dia akan buli habishabisan! Tak kira la lelaki ke, perempuan ke... apa ke.... Zack, bayarannya macam mana? Arin bertanya perlahan selepas pak cik kedai itu sampai di hadapan muka pintu rumah. Bayar? Berapa semua? Zack bangun mendekati Arin. RM139.40. Pak cik kedai itu menyebut sambil melihat kepada bil yang telah ditulis. Bil itu dihulurkan kepada Zack. Zack membelek-belek bil itu seketika, kemudian memberikannya kepada Arin. Arin pulak merenung bil itu lama-lama. Okey, masukkan dalam buku dulu, nanti saya bayar. Okey, bang? Sekali dengan tips. Okey, thanks! Zack menyambut beg plastik besar, sekali lima beg. Dah macam shopping dekat Mydin dah gayanya ni. Hu hu hu... Macam mana dengan tips lima puluh ringgit tu? Arin bertanya di dapur selepas dia membantu Zack mengangkat beg-beg plastik yang agak berat itu, penuh dengan pelbagai sayur-sayuran dan perencah masakan. Pepandai kaulah, tanya aku pulak? Zack membalas selamba. Mukanya kelihatan seperti orang yang langsung tidak berperasaan. Dia kemudian mencapai susu kotak yang baru dibeli tadi dan membuka penutupnya. Oh, rindunya dekat susu.

130

Arisa Eriza

Zack mencapai sebiji gelas dan menuang susu segar tersebut ke dalam gelas jernih itu dan meneguknya gelojoh. Arin dilihatnya sedang terkulat-kulat sendirian di sebelahnya merenung dalam ke arah lantai. Tapi, Arin memang tak ada duit sebanyak tu. Lagipun, adik-adik dekat kampung ramai lagi yang tengah sekolah. Arin membuat muka kesian semacam anak kucing lapar. Tangannya memintal hujung T-shirtnya. Kau tidur dengan aku dulu, baru aku bayarkan untuk kau. Zack bangun dan merapatkan tubuhnya pada Arin. Muka tak boleh blah betul minah ni, dengan hidung merahnya. Hu hu hu... muka pucat tu yang aku tak tahan tu! Ha ha ha! Awak memang jahat! Tak berhati perut! Saya sanggup bayar daripada jual maruah saya pada awak! Arin menolak kuat tubuh Zack dan berlari naik ke biliknya, menghempas pintu sekuat hati. Arin, Arin.... Suka salah faham sendiri. Zack gelak senang hati dan menggeleng kepala seorang diri. Dia kembali menonton rancangan TV di ruang tamu. Sambil-sambil itu, dia memandang keliling. Besar jugak rumah ni, tapi esok ajalah aku jelajah. Sedang sedap Zack menonton TV, secara tiba-tiba... Mak ai! Anak tikus mana pulak yang gigit plug elektrik ni? Gelap la aku, mangkuk betul la! Satu rumah black out. Dalam teraba-raba, dia teringat akan lighter atas meja kopi di situ, lantas mencuba untuk mencapainya. Zack! Zack! Terdengar suara anak kucing a.k.a Arin

131

Bini Aku Tomboy Ke?

memanggilnya dari atas. Tahu pulak nak mencari aku. Kelihatan lampu torchlight berlari-lari ke sana sini di tangga. Mesti dia tengah turun ni. Huargh! Zack menyergah Arin dari belakang selepas Arin sampai ke bawah. Argh! Ya Allah! Mak datuk aku, gugur jantung! Torchlightnya jatuh ke lantai, lalu dikutip oleh Zack. Akulah penunggu di sini, hua hua hua! Zack menyuluhkan torchlight tersebut ke mukanya sambil mengusik Arin dengan suara garau. Zack! Zack! Tolong! Ya Allah! Qul... auzu... birabbin... nas... mali... kin nas.... Terketar-ketar suara Arin membaca surah an-Nas. Surah itu sahaja yang terlintas di kepalanya ketika itu. Matanya ditutup rapat. Hanya mulutnya terkumat-kamit di atas lantai sejuk itu. Heh, bangun! Ni aku la, Zack. Boleh percaya cakap aku yang hensem ni, penunggu kat sini? Hai, Arin, Arin, ujar Zack sambil menggelengkan kepala. Torchlight di tangan, disuluh ke muka Arin. Zack ke? Zack! Arin takut gelap! Mak Timah kata dia pernah jumpa benda dekat sini! Arin tiba-tiba memeluk Zack. Hai, tadi bukan mainlah dia, ni bukan main pulak memeluk-meluk aku ni! Ya ke? Arin dah solat ke belum? Bacalah surah apaapa buat pendinding. Tarik nafas dalam-dalam dulu. Relaks, okey? Arin tau tak kat mana kabel lektrik? Zack tidak lagi memanggil Arin dengan perkataan kau. Buat masa sekarang, sesi membuli ditangguh buat sementara waktu. Hu hu hu....

132

Arisa Eriza

Kabel elektrik? Apa benda tu? Mak aiii. Payah la nak cari dalam satu rumah ni kalau macam tu. Zack menepuk dahi. Nafasnya ditarik panjang. Arin pernah nampak tak, benda macam kotak besar, dekat dinding, selalunya warna kelabu. Dalam dia ada macam wayar-wayar.... Zack mengeluh. Dalam kesamaran lampu torchlight, tengok muka Arin yang macam ayam berak kapur tu, dia dah tau, mesti budak ni tak pernah tengok atau pun terjumpa benda tu. Emmm... jom. Kita cari. Arin memegang kemas lengan Zack. Terasa tangannya begitu sejuk, kekuatan genggaman dia tu boleh lebamkan lengan aku ni nanti! Setelah puas berpusing-pusing di dalam rumah itu, akhirnya mereka pun menjumpai kabel elektrik itu. Yeah! Jumpa jugak akhirnya! Alhamdulillah! Zack menjerit kuat. Namun... Arin, nampak tak apa yang Zack nampak? Zack bersuara perlahan, ketar sikit. Matanya masih tidak beralih pandang dari tempat yang disuluh itu. Apa? Lari, Arin! Dia terbang! Zack berlari sekuat hati sambil memegang tangan Arin yang terjerit-jerit kuat itu.

BESAR ke, Zack? Rambut dia panjang tak? Mata dia merah tak? Bertalu-talu soalan yang dilontarkan oleh Arin. Nafas mereka semput kerana berlari tadi. Kita kat bilik siapa ni? tanya Zack.

133

Bini Aku Tomboy Ke?

Ni bilik tetamu. Zack, jawab la rupa dia macam mana? Muka dia hodoh tak? Arin masih tidak berpuas hati. Dia menggoyang-goyangkan bahu Zack yang sedang duduk di atas sofa melepaskan lelah. Hodoh gila yang amat! Kau tak nampak ke tadi? Aku ingat kau nampak? Dia pakai baju putih? Rambut mengerbang? Apa lagi yang Zack nampak? Beritahu la kat Arin! Laaa, yang kau semangat-semangat tanya aku ni, kenapa? Kalau nak tengok sangat, kau pergi la tempat tadi, senang cerita! Pergi bukak tingkap tu, aku panas gila ni! Zack berkata dengan kuat. Tak nak, Zack! Arin takut kalau-kalau dia terbang masuk ikut tingkap nanti! Tak apa, ni ada Ridsect! Senang aje nak bunuh! Zack mengambil botol Ridsect yang diletakkan di bawah meja solek di sudut bilik besar itu. Zack, mana boleh bunuh hantu guna benda ni! Arin memperlahankan suaranya apabila menyebut perkataan hantu. Kemudian, dia menyambar botol Ridsect yang sedang digoncang-goncang oleh Zack. Arin. Kau ni demam ke? Bila masanya pulak aku kata aku nampak hantu? Aku nampak lipas la! Lipas. Mata kau ni kalau dah rabun tu, pergi buat spek, tau? Lipas??? Ya la... lipas! Habis, yang kau lari terjerit-jerit dengan aku tadi tu kenapa? La, Arin ingat Zack nampak benda tu. Jom, kita pergi balik. Kalau tak, macam mana nak tidur malam ni? Arin bertanya lagi.

134

Arisa Eriza

Tak nak aku! Aku trauma dengan lipas kau tau? Aku paling anti dengan lipas yang berbelang-belang tu! Eee... ya Allah! Gelinya aku! Zack, awak ni lelaki ke pondan? Ada ke dengan lipas pun nak takut? Takat lipas tu, patut pijak aje dah penyek! Hah, dah kau berani sangat, kau pergi la on semua. Aku tunggu kat sini. Bak sini torchlight tu! Arin menyambar torchlight di tangan Zack. Muka angkuhnya jelas kelihatan. Good luck to you, honey dew! Aku harap kau taklah jumpa ehem-ehem kat bawah tu nanti! Zack mengelipkan mata kanannya dan tersenyum. Arin pucat sebentar. Ah! Saya bukan penakut macam awak! Arin berkata sombong. Kalau kau jumpa something, jangan cari aku pulak nanti. Babai.... Arin berjalan keluar. Zack menutup pintu dan membuka tingkap. Lampu di luar agak terang untuk menerangi sehingga ke dalam bilik itu. Zack menyelongkar laci. Eh, ada lilin! Wah! Romantiklah aku malam ni. Hu hu hu... dia pun menyeluk poket seluarnya dan mengeluarkan lighter yang diambil tadi. Ah! Zack! Tak nak! Arin takut! Tak sampai seminit Arin keluar, dia berlari masuk kembali ke bilik tetamu itu. Zack ketawa di dalam hati. Kenapa, Arin? Arin nampak apa tadi dekat luar? Ada luka kat mana-mana tak? Zack membuat kecoh, padahal saja nak memerli Arin.

135

Bini Aku Tomboy Ke?

Takut! Arin dengar macam bunyi orang berjalan tadi! kata Arin lantas bersembunyi di dada Zack. Hai, apa-apa kes mesti nak peluk aku jugak! Dah, ya sayang. Jom kita tidur. Abang dah nyalakan lilin untuk kita. Romantik, kan malam pertama kita, sayang? Zack senyum lebar. Hua hua... comelnya muka kau, Arin! Aku paling suka tengok muka pucat kau tu, yang membawa maksud, lakonan aku menjadi! Apa ni, Zack? Arin pantas menolak kuat tubuh Zack. Sayang, kau dengarkanlah aku berkata-kata. Wajahmu ibarat sang bulan yang penuh dengan lubang dan kawah yang dalam, hidungmu yang mancung, ibarat serombong kapal Titanic yang sudah tenggelam. Diamlah, Zack! Apa kau kata? Kau suruh aku diam? Siapa bos sekarang? Siapa orang gaji sekarang? Beritahu aku? Zack menyinga, berlakon lagi! Arin kembali ke alam nyata. Teringat adik-adik di kampung, dia rasa bersalah. Minta maaf, tuan! Dah la. Malas aku nak usik kau lagi. Aku nak tidur. Kau pergi ambik buku dalam laci tu, kipaskan aku sampai aku tertidur! Nak usik sikit pun tak boleh. Tak sporting langsung! Zack membebel seorang diri. Tapi aku kan lelaki pada pandangan dia, macam mana dia nak sporting dengan aku, kan? Hu hu hu... akhirnya dia pun terlena dengan Arin yang mengipasnya di sisi. Uh, pukul berapa ni? Kacau la nyamuk ni! Isy! Zack yang terjaga, tiba-tiba bangkit. Arin sudah terlena di sisinya, duduk atas lantai aje dia mengipas aku tadi.

136

Arisa Eriza

Hu hu hu... kesian dia. Tapi nak buat macam mana? Dah aku ni memang jenis macam ni. Tunggu umur empat puluh tiga dulu kut, baru hilang kenakalan aku yang dah lama bermaharajalela ni. Arin, Arin... bangun la, tidur kat atas katil. Arin...! Zack menggoncang-goncang bahu Arin, namun gadis itu tidur tak ingat angkasa dah! Mungkin penat sangat kut kena buli dengan aku. Hu hu hu... Zack mendukung Arin dan dibaringkan di atas katil. Tak sampai hati pulak nak biarkan budak tu tidur atas lantai aje. Kemudian, dia pun turun ke bawah, ke tempat kabel elektrik semalam dengan Ridsect dan torchlight di tangan. Haaa, baru cerah sikit dunia aku ini. Zack naik semula ke atas selepas menutup semua lampu yang terbuka sendiri kerana tidak ditutup semalamnya. Selepas solat isyak dan subuh di bilik siapa entah, yang pasti ada telekung dekat situ, Zack pun mengejutkan Arin. Wei, Rin! Bangun la. Dah nak cerah dah alam kurniaan Tuhan ni. Karang terlepas subuh kau. Zack menepuk-nepuk pipi Arin. Ni, sah tidur tak ingat dunia macam aku ni! Uh, kambing mana mengembek pagi-pagi ni? Kacau la orang nak tidur! Arin bergerak-gerak sebentar dan berpaling ke arah lain. Hampeh! Apa punya makhluk la! Dia panggil aku kambing? Yang mengembek pulak tu? Hai, kau ni memanglah, Arin. Aku baru ingat tak jadi nak cepuk kau tiap pagi, tapi nampak gayanya, memang jadilah sebagai hadiah kau panggil aku kambing!

137

Bini Aku Tomboy Ke?

Aduh! Sakitlah, mangkuk! Arin bangkit secara automatik selepas kepalanya dicepuk Zack. Kelihatan Zack sedang merenungnya tajam, semacam perogol bersiri yang sedang diselubungi oleh kejahatan yang nyata. Arin segera menekup mulutnya, baru sedar dia tersilap cakap, dia membetul-betulkan rambutnya dan segera bangun untuk melarikan diri. Woo, please wait for a minute, honey. Kau tau apa kesalahan kau pagi ni? Arin menggeleng lembut, dengan muka meminta belas kasihan daripada perogol bersiri itu. Tangannya dicengkam erat oleh Zack. Buatlah muka anak itik plastik kau tu, aku tak heranlah! Saya... saya... min.. minta maaf. Saya tak sedar yang... Ah! No explaination! Kau nak aku buat apa untuk aku lepaskan kau ni? Maafkan saya, boleh? Muka Arin berseri-seri tibatiba. Dahlah. Pergi solat. Muka dengan air liur basi, be faster, aku nak breakfast! Baik, encik! Arin berlari-lari keluar dari bilik tersebut. Aku tak bagi dia panggil tuan, dia panggil aku encik pulak dah! Hai la.... Tapi okey jugak apa! Hu hu hu... pertama kali aku dapat maid yang muda, tak macam mak cik-mak cik yang ada kat rumah aku di Perak tu. Aku nak buli pun payah! Memanglah nasib aku yang comel ini. Hu hu hu... Zack turun ke taman menghirup udara pagi yang

138

Arisa Eriza

segar. Gila best rumah atas bukit! Pagi-pagi mesti berkabus. Wow! Cantik gila pemandangan kat sini! Eh, ada kolam ikan. Hai, ikan. Aku Zack, tuan kamu yang baru. Hu hu hu... lapar tak? Nah, aku bagi makan. Zack mencapai bekas makanan yang diletak di situ, dan menuang makanan itu banyak-banyak ke dalam kolam. Dia membelek-belek jenama makanan ikan itu. Matanya membulat. Whiskas? Muka kucing siap terpampang di situ. Habislah mati ikan-ikan ni! Sedap pulak tu ikan-ikan tu semua menyambar Whiskas yang dituang. Oh, tidak! Ikan koi mama! Ya Allah, kau janganlah matikan ikan-ikan ni semua! Zack menadah tangan berdoa. Encik! Arin tiba-tiba menyergahnya dari belakang, cerianya muka! Oh, mak kau! Isy, kau ni. Apesalnya ni? Tepi sikit. Kau tolong bersihkan kolam ni. Kotorlah aku tengok! Padahal, dia yang pergi tuang bukan main banyak Whiskas ke dalam kolam tu. Hu hu hu... Siapa nak buat breakfast, encik? Eh, kau ni... jangan nak berformaliti dengan aku boleh tak? Panggil ajalah aku Zack! Budak ini, aku cepuk karang! Aku buat breakfast! Pergi bersihkan cepat! Kuasa veto di tangan aku sekarang. Ha ha ha! Ya la! Arin menjelir lidah ke arah Zack. Zack melangkah masuk ke dalam. Aku harap ikanikan tu makin buntal, bukan meninggal! Dah la mahal nak beli sekor pun. Bukan dapat dua, tiga ringgit. Bukan macam ikan gapi yang aku selalu tangkap dalam parit depan rumah aku dulu tu! Zack mencapai tin sardin dan roti keping yang

139

Bini Aku Tomboy Ke?

dibeli semalam. Selepas menyapu marjerin, dia menyapu sardin yang sudah dihancur-hancurkan ke atas rotinya. Emmm... sedapnya sardin ni. Sardin? Kenapa Din di belakangnya? He he he... tiba-tiba boleh pulak aku teringat dekat Abang Din. Hu hu hu... apa dia buat ya sekarang? Jam di dinding tepat pukul tujuh suku pagi. Mesti dia tengah tidur nikan? Aku nak pergi melawat dialah kejap. Sebabnya, dia baik gila dengan aku! Gila, jarang nak jumpa lelaki yang layan aku baik-baik macam dia. Hi hi hi... Eh, Cik Kitten! Zack menjerit dari dalam, tetapi tak ada sahutan. Arin! Yes, boss? Tercangak muka Arin dengan rubber gloves kuning yang menyarung tangannya. Mana buku resipi yang kau kata tu? Aku nak masak bubur! Ada dalam laci tu, bos! Hisy, budak ni... memang tak faham bahasa betul. Lepas tuan, encik, lepas encik, bos pulak dia panggil aku. Lepas bos, apa lagi yang dia nak panggil aku ye? Kejap, emmm... saya nak tanya. Macam mana saya boleh ada atas katil pagi tadi? Entahlah! Kau agak, siapa yang nak angkat kau? Muka Arin merah, dan dia terus berlalu. Berdasarkan buku resipi tersebut, Zack mula memasak bubur jagung menggunakan jagung di dalam tin, khas untuk Abang Din. Eh? Apa kes aku nak masak untuk dia pulak? Ini untuk perut aku la. Sibuk apa pulak aku nak pergi masak untuk dia? Tanpa sedar, Zack termenung sebentar mengingati wajah Abang Din.

140

Arisa Eriza

ARIN! Sini kejap. Tolong rasa sikit bubur yang aku masak ni? Zack memanggil Arin yang sedang sibuk mencuci kolam di luar. Mak aiii, bos! Kenapa rasa macam telur masin aje ni? tanya Arin sambil mengerutkan dahinya. Hah? Masin? Biar betul punya masin ni? Tak tipu? Aiii... betullah rasa lidah dan anak tekak aku tadi, memang masin. Hu hu hu... ya la, first time in my life memasak bubur! Tapi punyalah teruknya, sampai garam dengan gula pun tak boleh nak beza! Anak siapalah tu? Betul, bos! Arin tergangguk-angguk laju. Arinku sayang. Please... jangan panggil abang hensem ni bos, dan yang seangkatan dengannya lagi. Boleh tak? Zack merenung ke dalam muka Arin dengan suara sehabis romantik. Tidak semena-mena muka Arin merah lagi. Aduh, apa kes asyik blush-blush pulak pipi ni? Jangan la dekatdekat, Zack. Ya Tuhan! Wangi pulak tu badan dia. Perfume apa dia pakai ni? Kuatkanlah iman aku, ya Allah! Arin bersuara di dalam hati. Arin? Dengar tidak aku cakap ni? Zack hairan melihat Si Arin yang tiba-tiba aje tersenyum-senyum dan tertunduk malu. Sama kes dengan budak Tadika bercakap dengan secret admirer dia, dengan tangan meramas-ramas tangan sebelahnya lagi. Pening jugak aku tengok dia ni. Tersampuk agaknya? Dengar. Baik, Zack. Saya... ermmm... pergi terjun kolam dulu ya. Arin tersipu-sipu malu dan terus keluar menuju ke kolam. Eh, kejap. Buat apa kau nak terjun kolam?

141

Bini Aku Tomboy Ke?

Siapa nak terjun kolam? Arin bertanya kembali, lembut. Matanya malu-malu merenung ke arah Zack. Aduh, Men in Black punya kes ni! Yang kau sebut nak terjun kolam tadi tu kenapa? Ada ke saya sebut? Arin berfikir sejenak. Arin, kau kalau tak sihat beritahu aku. Ada masa tertentu, sawan kau datang ya? Zack bertanya selamba sambil menghadap Arin. Tak ada apa-apa. Saya sihat aje, Zack, jawab Arin dan terus berlalu dengan tenang. Macam tak ada apa-apa pun yang terjadi. Eh? Zack masuk dan berfikir, apa patut aku buat dengan bubur masin tahap air laut ni? Buang? Oh, tidak sekali-kali! Aku tak suka membazir, tambahan lagi kalau makanan. Sebabnya, kita patut bersyukur dapat makan, orang lain sampai meninggal-ninggal tak dapat makan. Bukan sikit-sikit yang mati sebab tak makan, tiap hari dua puluh lima ribu orang mati sebab lapar! Aku tak reka, ni kenyataan! So conclusionnya, jangan buang-buang. Yap! Idea! Arin! Tak habis-habis lagi ke kau proses kolam tu? Sini, masuk makan dulu. Aku buat special punya meal. Karang mati pulak anak orang ni, suruh buat kerja tak bagi makan. He he he.... Arin, kau makan dulu. Aku nak naik tukar baju kejap, nak keluar kejap lagi. Zack meninggalkan Arin dengan sandwic dan jagung yang dah dibasuh dan dicampur dengan marjerin, mayonis, gula dan garam sikit. Awak nak tinggalkan saya sorang-sorang ke? Arin bertanya.

142

Arisa Eriza

Haah. Mana boleh aku tinggalkan dia sorangsorang. Jadi apa-apa, payah pulak. Emmm... kolam dah cuci? Lepas makan, siap. Ikut aku keluar, okey? Ya, Zack! Arin menyuapkan makanan cepat-cepat. Tak boleh makan lama-lama sebab dia bersiap lamanya kalah orang sembelit melabur! Zack memakai seluar jean hitam dan baju T-shirt putih, kemudian jaket kulit berwarna hitam disarung di luar. Hai, mama ni memang memahami aku. Tau aje baju yang aku suka. Mujur dia tak bawak baju kurung aku datang sini! Sekali lagi dia spray perfume Boss for Men pada badannya. Kemudian dia turun. Sambil menunggu Arin, dia melawat-lawat kolam ikan yang dicuci Arin tadi. Ikan, kau sihat tak? Tak rasa pening-pening ke makan Whiskas tadi? Hu hu hu... kalau pening, aku bawak kau pergi klinik. Zack, jom! Arin dah siap. Mak datuk! Kau nak pergi kenduri ke, Rin? Arin tersengih-sengih. Baju kebaya pendek ketat berwarna putih, berkain batik hitam tersarung cantik di tubuhnya. Zack menelan air liur. Matilah kalau lelaki mengurat dia nanti! Dengan bersanggul, memang cun habis! Mujur iman aku (ehem) still kuat dan tak tergugat. He he he.... Baju ni Datin Gold hadiahkan. Cantik tak, Zack? Arin pusing-pusing depan Zack dengan senyuman manis. Gerenti cair kalau Shah Rukh Khan tengok. Cantik memanglah cantik, Arin. Tapi, tak sesuai

143

Bini Aku Tomboy Ke?

dengan occasion kita ni. Arin pergi tukar, bolehkan? Zack memujuk lembut. Okey, tak apa. Zack nak Arin pakai macam mana? Mak aiii! Biar betul budak ni? Nak kata tertelan racun tikus, tak. Termakan Whiskas pun tak. Tersambar kilat lagi, tu no comment. Hu hu hu... pelik semacam. Semalam lain, hari ni lain pulak. Hisy, risau pulak aku jadinya! Baju kurung dan tudung. Is it okay? Fine with you? Okey, Zack! Arin tersenyum lebar. Kemudian melompat-lompat masuk ke dalam menukar baju dengan senang hatinya. Giler happy. Apesal agaknya? Zack merenung Porshe warna hitam di depannya. Ni, kalau buat modal mengurat perempuan, campur dengan kehenseman aku, boleh cakap besarlah yang tiga ratus lapan puluh tujuh orang gadis, mak cik tua, tak berkelip memandang aku. Hu hu hu.... Gadis, of course nak aku jadi kekasih. Mak cik tua, menantu la, beb. Orang sekarang, harta dan rupa yang penting, bukan agama. Tapi kalau nak ukur agama aku ni, dua puluh percent pun tak ada lagi insaf sekejap. Uh, tapi tak ada maknanya aku nak mengurat perempuan. Mana aku nak letak Si Abang Din tu. Hu hu hu... Sepuluh minit menunggu, Arin keluar dengan bertudung. Ayu jugak walaupun tak bersolek. Okey tak, Zack? Kan comel kalau pakai tudung. Jom! Arin tersenyum dan menuju ke pintu kereta Porshe selepas pintu rumah dikunci. Kenapa tak bukak pintu kereta, Zack? Arin hairan.

144

Arisa Eriza

Kita jalan kaki! Jalan kaki? Yap! Exercise! Aku tengok badan kau macam banyak lemak aje, so kita jalan-jalan biar kemontelan kau tu berkurang sikit, ujar Zack senang. Bila Arin montel pulak? Ini montok tau? Zack gelak mendengar jawapan sambil membuka jaket kulitnya tadi. Panas. Zack, naik kereta la. Arin rasa tak larat nak jalan jauh. Halo! Aku tak ada lesen. Lesen aku dah kena curi. Kalau ada polis, macam mana? Dah, jom. Bawak payung. Kaukan puteri lilin! Tengok kulit putih Si Arin ni, aku tau dia mesti takut matahari. Lagipun, matahari dunia ni dah semakin bahaya. Boleh kena kanser kulit kalau dedah lamalama dekat cahaya matahari tu! Tambah lagi, orang kulit putih berisiko tinggi daripada orang kulit gelap. Hai, bersaintifik pulak aku. Pagi-pagi tak apa kena matahari. Sampai pukul sepuluh, cahaya tu kira vitamin D untuk kulit. Kalau up then ten a.m, kau kena pakai sunblock. Kau ada sunblock tak? Nanti aku belikan kalau kau tak ada. Zack membebel sambil berjalan. Hati Arin berbunga tulip. Wah, caringnya dia! How cute! Mereka berjalan beriringan sehingga ke jalan besar, kemudian Zack menahan teksi. Bro, bro stop dekat ATM kejap. Zack berkata selepas duduk di dalam perut teksi Iswara merah itu. Arin, kau kena sabar dan tahan, okey? Hari ni,

145

Bini Aku Tomboy Ke?

selagi aku tak putuskan urat kaki kau, kau anggap aku bukan Zack. Hu hu hu... Putus... urat? Arin telan air liur. Lepas ni gerak pergi JPN (Jabatan Pendaftaran Negara), bro. Habis di JPN, mereka ke JPJ ( Jabatan Pengangkutan Jalan) pula bagi menguruskan lesen Zack yang hilang. Kemudian, mereka berhenti di sebuah shopping complex berdekatan. Kau larat lagi tak? Tu dia la... aku habaq awai-awai dah tadi, hang jangan pakai kasut tinggi, hang tak mau dengaq, ketegaq sangat, kan dah tak larat jalan? Zack membebel dengan loghat utaranya. Berhenti duduk kejap, Zack. Arin berhenti dan duduk di sebuah kerusi panjang di situ. Kau duduk sini, jangan pergi mana-mana, okey? Berapa saiz kaki kau? Lima. Bapak kecil. Hu hu hu... tunggu sini. Lapan minit berlalu... Nah, tukar kasut. Minum air. Hai, baru jalan sikit, dah semacam mak nenek tua. Pucat dan berpeluh-peluh! Tu la. Kau kena rajin bersenam macam aku ni. Tengok, badan pun maintain tough aje. Padan tak sandal tu? Pandai tak aku pilih untuk kau? Comel, kan. Zack senyum bangga. Terima kasih, Zack. Arin terharu la pulak. Ala, poyo-poyo pulak kau ni. Sikit air, dahaga tibatiba. Tadi tak rasa. Zack dengan selamba, menghirup jus oren menggunakan straw yang diguna Arin tadi.

146

Arisa Eriza

Orang kata, kalau minum guna satu straw, nanti cepat serasi. Arin bersuara ceria. Jom! Kau tak nak ke serasi dengan aku? Baru happy! Zack meletak tangannya pada bahu Arin dan mereka berjalan beriringan. Mereka berdua menjadi perhatian sepanjang mereka berjalan, bukan sebab kedua-duanya cun dan comel, tapi sebabnya kecoh nak mati! Sekejap aje Arin sudah serasi dengan Zack, bukan sebab share straw, tapi sebab Zack memang caring dan attractive! Wah! Kenapa ni? Bukan ke semalam aku sibuk duk mengata dia perasan bagus, alih-alih hari ni aku kata dia caring pulak? Something wrong somewhere? Wayar mana pulak putus kali ni? He he he. Kau rasa baju mana cun? Yang ni okey tak? Zack cuba memadankan sehelai baju T-shirt ke tubuhnya. Aku nak hadiahkan baju ni kat sorang pak cik tu. Pak cik? Kalau macam tu, baju ni tak sesuai, Zack. Dah tua-tua ni, kena pakai yang gelap-gelap aje, baru la padan dengan dia yang dah tua tu, balas Arin. Tak apa, dia muda lagi Arin. Dalam tiga puluhan. Tapi, tak nampak pun macam muda. Zack senyum lebar. Eh? Dah pukul dua. Jom Arin, aku nak jumpa pak cik tu pulak. Karang dia pergi kerja, payah dah nak kacau. Okey. Arin senyum lagi. Assalamualaikum, Bang Din! Ooo... Bang Din. Zack mengetuk pintu dan memberi salam sebijik macam dalam kartun Upin Ipin. Waalaikumussalam. Zack! Masuk. Amboiii... banyaknya barang. Shopping sakan, dik? Masuk!

147

Bini Aku Tomboy Ke?

Oh, hensemnya dia walaupun pakai baju pagoda aje! Eh, aku lagi hensem la. He he he.... Macam mana? Dah jumpa mak? Dah. Dah okey dah semua, bang. Insya-Allah, beres aje semua masalah nanti. Eh, lupa pulak. Ni kawan saya, Arin. Arin, ni Bang Din. Arin angguk dan senyum aje kat Abang Din. Matanya masih terkelip-kelip memandang atas bawah, kiri kanan rumah Abang Din. Sebijik macam aku dulu. Ha ha ha... terkejut la tu. Zack, jom balik. Arin tiba-tiba bersuara lepas lama mendiamkan diri dengan keadaan rumah Abang Din. Kenapa? Aduh, aku baru nak melepas rindu (ehem) kat Abang Din ni! Huh, tahun bila aku pandai melayan rindu-rinduan pulak dah? Isy, kes berat ni beb! Arin pening-pening, rasa loya nak muntah. Muka Arin nampak betul-betul menderita nak muntah. Tadi okey sihat walafiat, alih-alih datang sini, terus nak termuntah! Betul-betul ke ni, Arin? Zack bertanya lagi. Muka Abang Din dah seram. Satu, dua... Be... uwekkk. Arin muntah atas baju Zack, tepat dekat dada Si Zack! Aduh, muntah keluar habis bermacam-macam warna! Aku nampak jagung, burger kecil-kecil, salad pun ada! Hai, ni mesti makan main telan aje ni. Tu yang tak hadam tu! Zack, tengok apanya? Bangun, tukar baju baru. Lepas ni bawak Arin balik, okey? Boleh pulak budak ni berkhayal, bisik Abang Din.

148

Arisa Eriza

Arin, kau okey tak? Aku bawak kau pergi klinik ya kejap lagi. Zack mendekati Arin lalu mengurut-urut belakang Arin. Abang Din hanya melihat, dalam hati rasa cemburu mula mendidih. Kenapa aku kena cemburu pulak? Padan la dia dengan perempuan, takkan nak berpasang dengan aku yang lelaki ni? Abang Din cuba menenangkan hatinya. Arin baring dulu, kejap lagi kita balik. Zack membaringkan Arin di atas tilam. Mukanya yang tadi ceria nak mati, dah berubah terkerut-kerut. Apa dah jadi dengan dia? Zack mula risau. Bang Din, sorry menyusahkan abang lagi. Tak apa. Jaga dia elok-elok. Abang Din mula rasa patah hati dan frustrated. Namun mukanya cuba diceriakan macam selalu. Dia orang nampak memang serasi. Mungkin aku kena lupakan Zack. Aku yakin dia normal. Takkan nak terima aku yang gay ni? Zack memapah Arin sambil Abang Din membawakan barang-barang yang dibeli tadi dan menahan teksi. Thank you, bang! Lupa, ni hadiah untuk Bang Din. Babai bang, jumpa lagi nanti. Zack memberikan bungkusan plastik kepada Abang Din. Kenapa kau suka buat aku rasa bahagia, Zack? hati Abang Din berbisik sayu. Arin, kita pergi klinik, okey? Muka Arin pucat, dia mengangguk dengan matanya tertutup. Baring atas aku. Arin dibaringkan atas paha Zack. Sesampainya di

149

Bini Aku Tomboy Ke?

klinik, Arin pun dikejutkan, namun dia hanya diam membatu. Rin! Kau dah mati ke, Rin? Kejap, jangan mati dulu. Aku tak sempat nak minta maaf kat kau lagi! Cepat-cepat Zack membayar tambang dan mendukung Arin ke dalam klinik. Sejam lebih Zack menunggu, akhirnya doktor pun keluar. Macam mana dia, doktor? Hidup lagi tak? Zack membuat kecoh di klinik itu. Tenang, encik. Dia selamat dan okey. Tahniah, encik bakal jadi papa. Babynya dah dua bulan, kata doktor wanita itu sambil tersenyum. Papa?!!! Bergegar satu klinik dengan suara Zack. But, I am suppose to be a mama, not a papa. Bila masa aku sentuh dia? Kalau ya pun aku sentuh, tak ada maknanya dia boleh pregnant! Isteri encik dah boleh balik kejap lagi. Tapi pastikan dia cukup rehat dan tak stres untuk kesihatan baby dia. Selalu buat check up, okey? Zack angguk aje mendengar nasihat doktor itu. Nak aje aku kata dia ni salah orang. Aku ni bukan suami Arin, apatah lagi papa untuk anak Si Arin tu! Tapi, pelik jugak kenapalah suara aku ni dah tersekat kat tekak! Arin. Kau okey tak? Zack bertanya selepas Arin keluar. Okey. Sorry, Arin muntah kat baju Zack tadi, kata Arin sambil tertunduk merenung kasut. Kau larat tak nak jalan ni? Arin angguk sikit. Minta maaf sebab dah menyusahkan Zack.

150

Arisa Eriza

Kau tak payah risau la pasal tu. Aku cuma nak tau apa yang dah jadi dekat kau? Arin diam. Arin, kau dengar tak aku cakap apa ni? Zack memegang lengan Arin, kuat. Ya... Arin dengar. Kita cerita kat rumah aje, boleh tak? Tapi Arin... aku nak tau sekarang jugak! Aku betulbetul tak dapat tahan lagi nak tau apa dah jadi kat kau? Ada orang rogol kau ke?! Zack jerit kuat. Tak puas hati beb! Orang di klinik mula menjeling ke arah mereka. Kemudian, Arin menarik Zack keluar. Kat rumah, boleh tak Arin cerita? Arin menjawab. Matanya hanya memandang ke bawah. Nope! Jom kita pergi minum dan kau boleh cerita kat aku dari A sampai Z. Zack menarik Arin. Muka sebijik macam baby baru bangun tidur. Mesti dia menangis tadi, lepas tau dia pregnant. Kau nak minum apa? Arin menggeleng. Zack mengeluh. Dia tahu dan faham perasaan Arin sekarang. Kemudian dia cuba bersabar untuk tidak terus memaksa Arin menjawab persoalannya tadi. Emmm... sorry, miss. Tolong cancel air yang saya pesan tadi. Thanks! Zack bangun dan mengangkat semua beg plastik yang diheret ke hulu ke hilir sejak tadi lagi. Jom kita balik. Arin bangun dan berjalan lemah mengikuti langkah Zack.

151

Bini Aku Tomboy Ke?

Sampainya mereka di rumah, Arin terus naik ke biliknya. Hai, lupa dah janji dia dengan aku tadi? Emmm... tak apalah. Aku tak boleh paksa-paksa dia pulak, nanti kalau dia lari dari rumah, hah, tak ke naya aku nak cari balik pulak! Zack naik dan lepak atas katil. Hisy, penat gila! Zack merenung siling, matanya dah lali dan gaya dah nak tertutup dah. Uh, pukul berapa ni? Zohor tak solat lagi ni. Dia bangun mengunci pintu bilik dan solat kemudiannya. Ha ha ha....! Cutenya Doraemon! Siot betul Nobita! Zack gelak sendiri sambil membaca komik Doraemon yang dibelinya tadi. Mata terus segar selepas solat. Baik la mengaji Quran daripada duk membaca buku komik tu. Zack. Awak kat mana? Sini ke? Arin mengetuk pintu biliknya kuat. Haah, lupa pulak aku kat budak tu! Sibuk dengan cerita Doraemon mengembara. He he he.... Yap, yap! Aku kat sini, masuk la! Kunci! Arin bersuara dari luar. Sekejap! Zack bangun dan membuka pintu. Come in! Zack kembali ke katil dan duduk bersila. Arin berdiri tegak sambil menggigit bibir di tepi katil. Sini, duduk sopan-sopan. Zack menepuk-nepuk tilam, isyarat menyuruh Arin duduk di situ, berhadapan dengannya. Muka Arin merah. Dia pun duduk, kakinya dibiar mencecah karpet gebu di bilik itu.

152

Arisa Eriza

Are you sad, Arin? Zack menyentuh dagu Arin, lembut. Mata Arin merenung mata Zack. Tidak semenamena Arin memeluk Zack dan dia menangis tersedu-sedu. Syyy... come on, Arin. Beritahu aje apa yang kau nak beritahu. Aku ada kat sini, okey? Dah. Jangan nangis lagi. Muka dah macam Ronald McDonald dah, hidung merah. Zack menepuk-nepuk belakang Arin perlahan. Hai, dah macam psychologist pulak dah aku ni. Minta maaf, Zack. Arin tak ada tempat lain nak mengadu. Arin melepaskan pelukannya. Air mata yang mengalir disapu perlahan-lahan dengan jarinya. Kau dah ready nak cerita kat aku? Kalau belum, tak apa... aku tak paksa. Ceh! Ayat tak tahan betul! Padahal kalau ikut hati, memang aku dah cekik-cekik dia suruh cerita semua. Hu hu hu.... Dulu, Arin ada kekasih. Nama dia Shah. Dia memang hensem, Zack. Semua perempuan pun mesti suka kat dia. Arin mula menceritakan kisah silamnya. Ehem! Mana lagi hensem, aku ke dia? Zack menggosok-gosok dagu dan membuat muka maconya. Maco la sangat. Hu hu hu.... Zack! Arin menjeling manja sambil mencubit lengan Zack. Okey, okey, tak. Sambung.... Zack berkata sambil mengangkat kedua-dua belah tangannya serupa orang giveup. Satu hari, dia ajak Arin keluar. Arin tak tahu dia nak bawa Arin pergi rumah sewa dia. Arin kata tak nak masuk, tapi dia kata Arin tak sayangkan dia kalau Arin tak

153

Bini Aku Tomboy Ke?

nak masuk. Arin berhenti kejap, dia tarik nafas dalam-dalam. Dalam rumah, dia mula raba-raba Arin. Kenapa kau tak tepis? Zack bengang. Sial punya kodok! Gatal nak mati raba-raba anak dara orang! First time rasa, Arin tak kuasa nak tolak.... Arin tertunduk. Mungkin menyesal. Lepas tu, dia mula pujuk ajak Arin buat... ehem.... Arin terhenti. Okey... okey... aku faham. Just aku nak tanya. Kau memang rela la nak kena dengan dia? soal Zack serius. Arin tak tau yang kalau Arin buat benda tu, boleh mengandung. Sebab tu Arin nak tanya Zack, sebab tu ke Arin mengandung? Muka pulak blurred tak tahan. Mak aiii... sayangku, Arin! Kau ni sah-sah la tidur masa kelas sains tingkatan tiga, kan? Aku paling tak boleh lupa belajar Sains pasal bab ni la! Masuk bab-bab 18SX aje, budak laki-laki kelas aku mula la buat muka gatal dan sengih-sengih macam kerang busuk. Budak perempuan pulak, malu-malu dan muka merah. Aku jugak yang steady, beb. No hard feeling. Hu hu hu.... Arin kuat tidur masa sekolah, tambah lagi masa subjek sains. Arin tunduk lagi. Zack garu kepala. Tak boleh tolong la kalau dah macam tu. Arin... Arin.... Itukan benda basic aje? Sini la aku ajar kau. Ni sperma. Ni pulak ovum. Jari telunjuk tangan kanannya digerak-gerakkan seperti ulat. Manakala jari telunjuk tangan kiri pulak dibentuk seperti huruf O. Ini, yang macam ulat ni, namanya sperma, telur untuk lelaki. Yang bulat ni, ovum, telur kau dengan kata lain,

154

Arisa Eriza

perempuanlah, kan. Bila ulat ni masuk dalam benda bulat ni, makanya akan terjadilah persenyawaan. Kesimpulannya, sperma campur ovum, sama dengan baby. Kau faham tak? Arin geleng. Okey, senang ceritalah... aku bagi contoh sharpener dengan pensel. Perempuan dengan lelaki. Kau bayanglah sendiri bendanya, aku kiaskan aje. Tak nak aku sebut benda alah dua ketul tu. Kau faham maksud aku? Angguk la, jangan geleng wahai Arin! Arin diam. Matanya membulat merenung dinding. Ada movie ke kat dinding ni? Zack pandang ke tempat yang dipandang Arin tu. Tak ada apa-apa. Normal macam biasa. Selepas itu, Arin pun mengangguk. Fuh, lega! Then, kalau pensel masuk dalam sharpener, jadilah yang macam aku cerita tadi. Kau ada buat macam tu dengan dia? Arin angguk selepas beberapa ketika dia berfikir. Mungkin kau tengah subur masa tu, thats why la kau boleh pregnant sekarang. Zack menambah. Jadinya, lepas ni kau jangan percaya pujuk rayu lelaki lagi. Bukan semua lelaki baik. Kau kena ingat pesan aku ni. Tubuh badan kau tu, hanya untuk suami yang sah. Bukan Shah, yakni boyfriend kau tu, atau pun lelaki lain. Dah tu, dia tau tak condition kau sekarang ni? Arin geleng lagi. Dia dah lari, Zack. Arin tak tau dia kat mana sekarang ni. Dia janji nak jaga dan kahwin dengan Arin. Tapi tu semua tipu aje. Arin kecewa dengan dia, sebab tu Arin datang cari kerja kat sini. Sabarlah, okey? Akukan ada. Aku bukan dayus

155

Bini Aku Tomboy Ke?

macam dia. Aku akan jaga kau selagi boleh, Rin. Insya-Allah. Zack memberi kata-kata semangat pada Arin. Nakal-nakal aku pun, takkan aku sanggup nak biar dia sorang diri? Kejam sangat namanya tu! Thanks, Zack... sebab faham keadaan Arin. Dah, lain kali hargai ilmu pengetahuan, okey? Kalau kat sekolah atau ke mana ajalah, kau jangan tidur-tidur lagi! Kalau tak, macam nilah jadinya. Hai la. Nampaknya, memanglah aku yang akan menjadi papa si baby dalam perut Arin tu. Baik, Zack. Kau pergilah rehat, Rin. Kalau ada apa-apa, panggil aku, okey? Arin angguk dan berlalu keluar.

156

Arisa Eriza

Bab 9
SOKNYA, pagi-pagi lagi selepas subuh, Zack sudah menghadap TV. Merasmikan PS2 yang dibeli semalam. Hisy, tak habis-habis perangai budaknya walaupun sudah besar panjang. Tapi tak apalah, menghiburkan hati, kan. Hobi aku memang main game, jangan harap aku nak tulis dalam profile aku yang aku ni suka menjahit, tak pun memasak atau apa-apalah yang jadi hobi kebanyakan perempuan walaupun aku ni perempuan. Ho ho ho.... Selamat pagi, Zack! Arin terpacul secara tiba-tiba di ruang tamu. Pagi. Zack menjawab pendek. Langsung dia tidak menjeling Arin, apatah lagi nak menoleh dan senyum pada budak tu. Sibuk benar dia dengan game Beat Down yang heronya menjadi assasin dan membelasah orang itu. Arin sedikit kecewa dan berlalu. Semalam baik aje dia layan aku, hari ni pandang pun tidak. Masaklah untuk dia. Mesti dia lapar, kan. Arin senyum. Kenapa ya aku ni asyik terfikirkan dia aje sekarang?

157

Bini Aku Tomboy Ke?

Nak dia layan aku, senyum kat aku... aku dah jatuh hati kat dia ke? Tapi, kan ke aku mengandung, takkan dia nak perempuan murahan macam aku ni? Mustahil! Adui! Sakitnya! Arin menjerit. Jarinya berdarah kerana terhiris dek pisau. Tu la, sibuk memikir benda bukanbukan sampai tak sedar jari ke mana, sayur ke mana! Rin! Kenapa? Zack berlari ke dapur sejurus terdengar Arin menjerit. Mukanya penuh dengan riak kerisauan. Ya Allah! Darah! Zack segera mencapai jari Arin lalu dihisap. Arin terkejut dengan tindakan pantas Zack, namun dia hanya mendiamkan diri. Kau ni kenapa, Arin? Lain kali, buat kerja tu fokus sikit. Ini baru pisau, kalau mesin rumput? Isy, budak ini. Mana plaster? Zack membebel panjang seperti seorang mak nenek yang sedang memarahi cicitnya. Dalam laci kabinet tu. Arin menunjuk ke arah laci kabinet yang agak tinggi, di sudut dapur tersebut. Dia teringat Mak Timah pernah menggunakan plaster yang diambil dari kotak First Aid semasa jari suaminya terluka kerana mencantas pokok bunga. Duduk dulu. Kau ni janganlah careless sangat. Kau nak aku cepuk kau ke, hah? Zack membuka laci kabinet tersebut dan mencapai kotak First Aid yang tersimpan rapi di dalamnya. Arin hanya berdiam diri di situ. Dia senyum mendengar bebelan Zack. Walaupun dia marah, tapi nampak sangat dia marah sebab ambil berat pasal aku. Arin berbisik perlahan sambil matanya bulat merenung ke arah Zack yang sedang sibuk memproses kotak First Aid itu di hadapannya.

158

Arisa Eriza

Bak sini jari tu. Zack duduk berhadapan dengan Arin di atas kerusi di dapur itu. Jarinya memegang putik kapas yang sudah dicelup dengan antiseptik bagi membunuh kuman pada luka Arin. Tahan sikit, nanti pedih. Arin senyum lagi. Pedih disebabkan Zack menyapu antiseptik langsung tak dirasai, kerana asyiknya dia dibuai dengan perasaan yang baru berputik terhadap Zack. Terlalu indah, bagai terawang-awangan di angkasa lepas. Dah. Nak masak apa-apa, panggil aku. Karang meletup pulak dapur ni dapat kat kau. Zack menyimpan kembali kotak First Aid selepas menampal plaster pada luka Arin. Tangannya ditarik Arin ketika dia ingin ke ruang tamu. Zack. Arin... Arin sayangkan Zack. Arin menghadap Zack. Kepalanya didongak memandang muka Zack kerana tingginya cuma setakat di bahu Zack sahaja. Mata mereka beradu. Zack diam. Kemudian, mukanya dirapatkan kepada muka Arin. Perlahan-lahan Arin menutup matanya rapat-rapat. Zack merenung dalam muka Arin. Alolo dah tutup mata dah... hu hu hu... sebijik macam anak kucing mengantuk. Rin, aku pun sayangkan kau jugak. Zack berkata perlahan. Arin kembali membuka matanya. Matanya terkelipkelip merenung mulut Zack, menunggu ucapan seterusnya. Ding! Dong! Bunyi loceng pagar utama yang secara tiba-tiba ditekan mengejutkan mereka. Uh, gila kuat bunyi. Mahu sakit jantung aku mati kat rumah ni kalau tiap hari ada orang main loceng. Zack

159

Bini Aku Tomboy Ke?

membebel, sambil kakinya menapak ke depan. Kacau daun betul la! Aku baru nak feeling, nak luahkan perasaan terpendam aku kat Si Arin yang sudah sekian lama bertapak di hati aku ni! Lama ke... aku rasa tak la lama sangat pun, baru-baru ini aje pun. Zack, ingat auntie lagi tak? tanya seorang mak cik di depan pintu pagar selepas Zack muncul dengan seluar tidurnya, coklat berkotak-kotak. Awal betul mak cik ni! Oh, Auntie Maria. Ingat, mana boleh lupa. Sompoton Spa, kan? Jom masuk, auntie. Ni mesti kes mama suruh tengok-tengokkan aku ni! Hai, mak cik tu tidak habis-habis tidak mahu mempercayai anaknya yang seorang ini. Cantik rumah Zack. Auntie pun baru first time datang sini. Auntie bukannya apa, Zack... mama kamu minta tolong tengok-tengokkan kamu. Haaa, kan aku dah kata tadi, baru aje sebut! Oh... ya ke auntie. Jom la masuk dalam. Zack berbasa-basi. Tak apalah, Zack. Auntie duduk luar aje, ambil udara pagi ni. Auntie Maria membuat muka tenang dan damai, maknanya tengah ambik feel dan aura pagilah katakan. Mama! Datang pulak budak kecil dalam umur tiga tahun. Entah mana munculnya, tiba-tiba memanggil-manggil perkataan mama dan berlari dengan semangat wajanya ke arah Auntie Maria. Adam! Come! Papa mana? Laaa... ada anak kecil rupa-rupanya mak cik aku ni!

160

Arisa Eriza

Aku fikir anak-anak dia semua dah besar, sekali tengok, kecil lagi daaa.... Ini anak paling kecil auntie. Yang last kut, insyaAllah kalau tak teraccident macam hari tu. He he he.... He he he.... Aku apa lagi, gelak la jugak (berlakon ala-ala mesra) walaupun aku sedar tu part 18SX yang agak tidak sesuai untuk aku yang tak matang lagi ni, walaupun umur aku dah nak masuk kategori matang. Apa salahnya kalau teraccident pun lagi, sayang? Mak aiii, orang tua ni. Dah la tak bagi salam, main terjah macam tu aje, cakap pulak bab 18SX, depan aku! Ya, honey. Uncle aku, suppose to be uncle la, sebab dia masukmasuk aje kat laman rumah aku, terus cium pipi auntie aku ni. Of course la uncle aku merangkap suami mak cik aku ni, takkan sugar daddy dia nak bermesraan sebegitu kut? Tapi mungkin jugak, sebabnya, laki ni ala-ala tua aje gayanya. Tapi penatlah ayang nak mengandung lagi, honey, sambut Auntie Maria sambil mengusap pipi suaminya. Lelaki itu a.k.a makhluk yang tidak kuketahui namanya, menggenggam mesra tangan si isterinya. Adei, aku dah la anti dengan couple nak bermesra alam depan aku ni! Macam tak cukup tempat dah kat rumah tu nak bermesra, nak pulak ditunjuk kat orang! Tapi tak apalah, kan. Sebabnya, dia orang dah kahwin. Lain la kalau tak kahwin lagi. Memanglah kena sound dengan aku! Zack, ni Uncle Amri. Hubby auntie. Apa khabar, uncle? Sihat?

161

Bini Aku Tomboy Ke?

Aku bersalaman dengan dia. Adik ipar mak aku, mesti la aku boleh salam dia, kan? Alhamdulillah. Tapi perut dah makin buncit sekarang, tu yang bawak Adam pergi jalan-jalan kat taman bawah tu tadi. Oh, ya ke? Masa bila pulak aku tanya pasal perut dia? Hisy, rimas aku tengok orang tua ni, entah kenapa entah! Mama, mama! Ada auntie kat sini! Comel. Muka dia macam kitten dekat rumah kita! Adam menjerit di depan pintu rumah dengan pelatnya. Arin, Arin. Bukan aku sorang aje kata kau macam kitten, budak tak cukup umur ni pun kata macam tu jugak! Nasib kau la, Rin. Adam! Tak baik cakap macam tu. Auntie Maria bangun dari kerusi di taman dan berjalan ke arah Arin. Arin aku tengok macam biasa la. Buat muka innocent dia tu, sama masa first time jumpa dengan aku hari tu. Hu hu hu... Ni Arin, auntie. Asisstant mama. Bila masa Arin naik pangkat jadi PA (Personal Assistant) pulak ni. Hu hu hu... Asisstantkan pembantu? Betul la kan? Cuma nak kata pembantu rumah, tak sedap la pulak. Oh, I see.... Mereka berdua bersalaman. Uncle Amri tiba-tiba aje muncul lagi. Matanya galak merenung Arin yang putih gebu itu. Tambah pulak, Arin hanya memakai baby-T sahaja.

162

Arisa Eriza

Eh, pak cik ini, tak padan dengan tua, nak menggatal lagi! Aku cepuk jugak karang! Arin, masuk buatkan air untuk auntie. Tiga gelas, okey? Arin angguk dan melangkah masuk. Uncle Amri masih terjenguk-jenguk, mencuri pandang kelibat Arin. Ceh! Isteri ada depan mata pun nak menggatal lagi? Kalau bini dia tak ada ni, siap la aku karate-karate sampai patah pinggang! Zack buat apa sekarang? Dulu studi mana? Auntie Maria mula bertanya pasal zaman silam aku. Ehem-ehem... zaman silam, beb! Saya further studi dekat UM. Alhamdulillah, dah ada Phd in bussiness. Melopong Auntie Maria dan Uncle Amri dengar. Apa, tak percaya? Ingat budak gila-gilaan macam aku ni, tiga suku ke? Hu hu hu... tengok la anak siapa? Aku budak PTS (Penilaian Tahap Satu), dah untung setahun. Umur tujuh belas tahun, aku masuk matrikulasi, tiga tahun degree, aku lompat terus buat Phd tiga tahun. Minta maaf, auntie. Saya masuk dalam kejap. Zack memegang lengan Arin dari belakang yang sedang mengacau air teh o di dalam teko berwarna putih berbunga biru tua itu. Arin, kau naik tukar baju, okey? Pakai baju lengan panjang dengan tudung. Biar aku buat air ni. Kenapa nak kena tukar baju? Arin bertanya dengan wajah yang jelas kehairanan. Aku tak suka kau tunjuk body kau kat orang lain. Tukar, okey? Zack berbisik, risau pulak kalau dua orang tua

163

Bini Aku Tomboy Ke?

dekat depan tu dengar! Lagipun, Arin ni kena pandai main psikologi dengan dia, baru dia dengar dan ikut cakap kita. Okey, Zack, akur Arin. Kata-kata Zack tadi membuatkannya excited tiba-tiba. Jemput minum, auntie, uncle, pelawa Zack. Sempat matanya mengerling ke arah tangan Uncle Amri melingkar kemas di pinggang Auntie Maria. Eee... rimas betul aku menengoknya, ya Allah! Okey. Thanks, Zack. Adam dilihatnya sedang menyepak bola. Entah dari mana dia dapat bola tu, aku pun tak tahu la. Main sepaksepak dalam rumah pulak tu. Apa kes?! Hisy... aku memang tak boleh ada anak la macam ni! Seriously, aku rasa macam nak piat-piat telinga Si Adam ni! Hisy, pasu kaca tu! Berderau darah Zack melihat bola yang disepak oleh Adam melanggar meja kecil dengan pasu bunga sebesar perut Uncle Amri di atasnya. Bergoyang-goyang pasu tu macam nak jatuh. Mujur tak jatuh! Hisy, aku nak marah pun anak orang.... Alamak! PS2 aku! Bola yang disepak oleh Adam tepat mensasar ke arah PS2 Zack. Apa lagi, jatuh la PS2 yang baru dibeli semalam! Bukan dua tiga bulan dulu! Jatuh atas lantai pulak tu, kalau karpet tahan lagi! Finally, kesabaran Zack dah sampai ke kemuncaknya! Argh, PS2 aku!!! Zack menjerit kuat. Terkejut beruk Adam dan parentsnya. Hei, budak! Kau pergi duduk diam-diam kat mak kau, sebelum aku cepuk kau nanti! Isy! Aku memang betul la, ni yang buat aku kurang suka dengan budak ni! Adam menangis dan lari ke arah mamanya.

164

Arisa Eriza

Adam, tu la... lain kali jangan main dalam rumah. Bola kena main dekat luar. Auntie Maria dengan tenang dan sabarnya menasihat si anak itu. Adei la.... Ni mesti jadi manja dan keras kepala bila tua nanti! Manjakan la sangat anak tu! Zack membebel di dalam hati. Nasib tak hancur berderai PS2 aku ni! Kalau tak, siap la telinga capang kau aku piat wahai Adam! Arin turun dengan bertudung. Walaupun Arin bertudung, tetap menarik perhatian Uncle Amri. Dia terus cover maco. Hek eleh! Perut macam orang mengandung enam bulan, ada hati nak mengurat anak dara orang? Boleh jalan! Zack, okey tak PS2 Zack tu? Kalau ada masalah, auntie hantar repair, tanya Auntie Maria tatkala melihat Zack sedang berdiri di hadapan Arin, seperti mengcover Arin daripada suaminya. Tak apa, auntie. Kalau rosak, beli yang baru aje. Alang-alang nak repair, baik beli baru. Zack memerli. Teringat akan PS2 yang digoncang-goncang tadinya, semacam ada benda yang dah tercabut di dalamnya. Gerenti biol punya PS2 tu nanti! Arin pulak macam kurang selesa kerana Uncle Amri tak kalih-kalih daripada merenungnya. Ehem... ehem... ehem! Tiba-tiba rasa kering pulak tekak. Arin, buatkan aku air secawan. Hot chocolate, boleh? Zack berdehem kuat membuatkan Uncle Amri sedar dan tergaru-garu kepalanya sendiri. Eh, lewat dah ni, Zack. Honey, jom kita balik. Sekejap lagi ayang ada appointment dengan slimming centre. Zack, ada masa datanglah rumah auntie. Ni number untuk

165

Bini Aku Tomboy Ke?

call auntie. Minta maaf mengganggu Zack pagi-pagi ni. Auntie Maria bangun selepas memberikan name cardnya kepada Zack. Oh, tak apa. Tak ada masalah. Datanglah lagi lepas ni, auntie! Terima kasih sebab datang melawat. Sekali lagi Zack berbasa-basi. Auntie Maria okey, cuma laki dan anaknya aje yang buat aku rasa tak boleh nak senang duduk! Suaminya seperti tak mahu bangun, seakan masih menunggu kehadiran Arin untuk dilihat dan direnung sebelum balik. Hisy, pantang sungguh aku dengan orang tua gatal ni! Papa yang lagi hensem dan maco daripada dia walaupun dah agak tua, taklah menggatal macam dia ni!

SELEPAS kepulangan ketiga-tiga anak beranak itu, Zack masuk ke dapur. Kau okey tak, Rin? Kau muntah ke? Zack mengurut-urut belakang Arin selepas Arin dilihatnya sedang menghadap singki di dapur. Arin angguk. Uh, morning sickness! Rin, kau pergi baring dekat bilik depan tu dulu. Aku masakkan bubur untuk kau ya? Sekali lagi Zack membuka buku resipi. Kali ni dia lebih berhati-hati dan tidak suka-suka meletak garam atau gula ke dalam masakannya. Arin, duduk. Makan ni. Arin geleng. Matanya dipejam rapat. Kenapa ni? Kau merajuk dengan aku ke? Makan la, Arin. Nanti baby sakit pulak dalam perut tu.

166

Arisa Eriza

Geleng lagi. Bangun, aku suap. Arin perlahan-lahan bangun dan duduk. Cuba rasa, aku dah letak perencah kasih sayang dah, sedap tak. Hu hu hu.... Manja ya? Makan pun nak bersuap. Hai, kenapa la aku jadi baik tiba-tiba ni? Mesti arwah nenek hairan kalau dia tengok. He he he.... Rindu dekat arwah. Dulu kalau aku nak suap dia masa sakit, fuh, bukan main liat beb! Ini tak payah disuruh, aku pulak yang rela. Mangkuk jugak aku ni! Sedap? Arin angguk. Kau rehatlah dulu. Nanti dah agak-agak okey, baru buat kerja lain. Zack membaringkan Arin. Mak aiii, penyayangnya aku! Hu hu hu... makin buntallah Si Arin ni nanti, lepas makan, tidur. Zack masuk tandas sebentar, kemudian dia keluar dengan tergesa-gesa. Arin, kau duduk diam-diam dalam rumah, okey? Jangan keluar. Aku nak pergi beli roti kejap. Karut betul la darah ni! Pad pulak tak ada. Isy!

BAYAR sekali hutang hari tu. Rumah Datuk Muhammad. Berapa? Zack bertanya selepas menggunakan tdanas di kedai runcit tersebut. RM156.40. Zack mengeluarkan not wang kertas bernilai RM200 daripada dompetnya. Keep the change.

167

Bini Aku Tomboy Ke?

Zack kembali ke rumah. Dilihat pintu rumah terbuka, lalu Zack cepat-cepat masuk dan segera ke bilik tempat Arin tidur tadi. Namun Arin tiada di situ. Cemas melanda hatinya. Ya Allah! Apa dah jadi dekat dia? Arin! Arin! Kau kat mana? Zack terjerit-jerit memanggil nama Arin. Kemudian dia berlari keluar selepas habis dia berjoging di dalam rumah mencari Arin. Arin! Ya Allah... budak ni! Kan aku dah pesan, jangan keluar rumah! Kau ni suka buat aku rasa nak tercabut jantung, tau tak? Zack bengang melihat Arin ada di luar, duduk di atas kerusi taman, tengah usap-usap kepala dan badan anak kucing putih di atas meja, entah mana dia dapat. Zack, janganlah marah. Arin tengah baring tadi, tetiba terdengar bunyi anak kucing, sebab tu Arin keluar. Kau tau tak, aku punyalah mencari kau, dari utara ke selatan, timur ke barat? Kau tengok, berapa liter peluh aku ni dah keluar? Zack bertambah bengang apabila Arin buat tak dengar dia membebel kerana sibuk mengusap dan merenung kitten itu makan. Kemudian, Zack mencekup geram anak kucing itu dan melemparnya ke atas rumput. Hisy, kejam giler siot! Zack! Kenapa lempar dia? Tak baik tau? Ala ala, anak comel mama, sini meh, sakit tak kaki? Arin cepat-cepat bangun dan mendukung anak kucing tersebut lalu membawanya masuk ke dalam rumah. Hah, baguslah! Muka kau dengan anak kau tu memang sepesen! Boleh dia ignore aku macam tu aje? Sakit jiwa betul aku! Tapi hairan jugak aku ni, kenapa dengan anak kucing pun aku nak jealous?

168

Arisa Eriza

Bab 10
kedai petang itu.

RIF, sini kejap, sembang dengan aku! Abang Din memanggil kawannya di

Hah, apesalnya? soal Arif sambil duduk di meja yang sama dengan Abang Din. Abang Din merenung dalam mata Arif. Kemudian, tangannya menyentuh dan meramas-ramas tangan kasar rakannya itu. Woi! Apa kes dengan kau ni, Din? Kau terkena sawan babi ke? Arif bertanya kuat. Dia segan dengan beberapa pelanggan kedai mereka yang sudah membuat muka pandang sinis dan tertanya-tanya apabila melihat ke arah mereka berdua. Abang Din diam. Kemudian, dia meraba pulak paha Arif dan mengusap-usap perlahan. Kenapa, tak ada feeling pun? Kalau dengan Si Zack, dia pegang tangan aku aje pun, dah rasa macam terpanah kilat! Hisy, hairan la aku.... Hisy, dahlah Din! Kau ni mabuk agaknya? Lelaki

169

Bini Aku Tomboy Ke?

dengan perempuan pun tak reti nak beza ke? marah Arif. Selamba aje Si Din ni pegang-pegang aku! Arif bangun dan meninggalkan Abang Din terkebilkebil seorang diri. Kenapa, aku just ada feeling kat Zack, bukan kat lelaki lain? Ni ke meaning the power of love? Hu hu hu.... yap! Aku dah jatuh cinta! Dan aku akan cari budak tu nanti, cakap perasaan aku kat dia. Tak kisah la aku gay ke apa, yang penting aku cintakan dia! Eh, mana boleh! Haram lelaki bercinta dengan lelaki. Anak pun tak dapat, dosa yang dapat! Uh, pening betul kepala otak aku! Tapi, kalau aku tak ada feeling kat jantan lain, mungkin ke Si Zack tu perempuan? Ha ha ha... haa... kalau gitu, aku memanglah seorang manusia yang normal!

170

No. ISBN:- 978-967-5067-43-3 Jumlah muka surat: 544 Harga Runcit:Semenanjung Msia: RM19, Sabah/Sarawak: RM22 Harga Ahli KKN:Semenanjung Msia: RM15, Sabah/Sarawak: RM18 Sinopsis:Seorang Hawa yang berperwatakan seperti Adam, mencari erti sebenar fitrah semula jadinya. Sofi Zarill Muhammad yang lebih selesa membahasakan dirinya sebagai Zack dan berpenampilan seperti lelaki: rambut pendek, cap, t-shirt dan seluar jean.

Perjalanan hidupnya bermula apabila dia ketandusan seorang diri di tengah-tengah bandar raya Kuala Lumpur. Nasibnya baik apabila bertemu dengan Abang Din, pelayan di sebuah kedai makan yang sudi membantunya sementara mendapatkan bantuan. Menumpang sementara di rumah Abang Din di Sting Garden (setinggan) membuahkan suatu perasaan yang selama ini tidak pernah terdetik di hatinya tatkala dia bersama kaum Adam. Bagaikan ada arus eletrik yang menjalar di segenap urat sarafnya tatkala berdekatan dengan Abang Din. Malah, Abang Din turut sama merasainya, hingga menimbulkan kekeliruan di hati lelaki itu. Ish, takkan aku ni gay kut? Pulang semula ke pangkuan keluarga dan menguruskan butik sendiri, membuahkan rindu dendam yang tidak tertanggung terhadap Abang Din, hinggakan Azim disangkakan Abang Din. Zack mula keliru dengan pendiriannya sebagai seorang yang maco. Aku ni dah jatuh cinta ke? Bimbangkan perlakuannya yang agak kelelakian itu, membuatkan mama Zack (Datin Mas @ Datin Gold) ingin menjodohkan Zack dengan Azim, teman sepermainannya sedari kecil lagi. Namun Azim dipandang tak ubah seperti sahabat karibnya dan tiada langsung sebarang feeling terhadap Azim. Tambahan pula Azim adalah playboy tersohor dengan ayat-ayat jiwanya yang mampu mencairkan hati setiap wanita, kecuali Zack. Aku dengan kau, Zack? No way, beb! Payah ni! Tomboy dan playboy. Bagaimanakah kesudahan perjalanan hidup Zack? Dapatkah dia mencari fitrah semula jadinya? Dapatkah dia melepaskan rindu dendamnya pada Abang Din? Bagaimana pula dengan Abang Din? Sampai bila dia dikepung dengan kekeliruan? Azim

pula? Sampai bila dia akan menjadi playboy tersohor? Masa lepas akad nikah, aku tertanya-tanya sendiri... bini aku ni tomboy ke? Untuk mengetahui kisah selanjutnya, dapatkan BINI AKU TOMBOY KE? di rangkaian kedai buku MPH, Popular dan kedai-kedai berdekatan anda. Anda juga boleh terus melanggan dengan Kaki Novel Enterprise melalui online atau pun pos. Untuk melanggan melalui online, sila layari laman web kami di:- www.kakinovel.com. Untuk melanggan melalui pos, anda hanya perlu tuliskan nama, alamat lengkap, no. telefon, tajuk novel yang ingin dilanggan dan jumlah naskhah berserta wang pos/ kiriman wang atas nama:- KAKI NOVEL ENTERPRISE dan poskan ke alamat berikut:Kaki Novel Enterprise No. 33-2, Jalan Wangsa Delima 12, DWangsa, Wangsa Maju, 53000 Kuala Lumpur. No. Telefon:- 03-4149 0096 No. Faks:- 03-4149 1196

También podría gustarte