Está en la página 1de 2

penyalahgunaan dadah dalam kalangan remaja

Ramai yang berbicara tentang dadah,tetapi pernahkah terlintas di benak anda apakah definisi dadah?Dadah merupakan suatu bahan kimia asli atau tiruan yang boleh memudaratkan diri seseorang dari segi jasmani,emosi,rohani dan mental.Dadah juga boleh dibahagikan kepada beberapa jenis,tamsilnya halusinogen,stimulan dan heroin.Menurut Profesor Ahmad,dadah memberi implikasi sehingga boleh meranapkan keutuhan sesebuah negara.Bukti sejarah juga menunjukkan kekalahan China di tangan Inggeris dalam Peperangan Candu ad alah disebabkan rakyatnya yang menghisap candu.

Lantas,siapakah yang harus kita persalahkan dalam konteks penyalahgunaan dadah dalam kalangan remaja pada zaman mutakhir ini.Mayapada,isu ini menjadi bahan paparan utama yang menghiasi dada akhbar.Sekarang bukanlah masanya untuk kita menuding jari dan menyalahkan sesiapapun.Yang lebih afdalnya ialah mencari faktor perdana yang menyebabkan remaja 'terjun' ke lembah dadah hingga ke akar umbinya.

Antara faktor perdana yang menyumbang fenomena ini berlaku ialah institusi kekeluargaan yang goyah dan rapuh.Sebenarnya keluarga merupakan satu unit penting dalam masyarakat yang memainkan peranan dalam bertindak dan menjaga kebajikan anggotanya.Kendatipun,masyarakat kini lebih bersikap materialistik dan individualistik bagai enau dalam belukar, melepaskan pucuk masing-masing.Akibat terlalu taksub akan kebendaan,maka silaturahim antara keluarga menjadi semakin longgar dan renggang.Bagi ibu bapa yang berkerjaya pula,mereka lebih mementingkan dan mencintai harta kekayaan berbanding darah daging mereka sendiri.Memang tidak dapat dinafikan bahawa wang kini menjadi rebutan utama manusia,namun tanggungjawab terhadap anak -anak tidak seyogianya diabaikan begitu sahaja.Ingatlah,anak-anak merupakan anugerah Allah.Mereka ibarat kain putih,dan ibu bapalah yang mencorakkannya.

Selain itu,kurangnya didikan agama serta kurangnya penerapan moral dalam diri remaja boleh dikaitkan dengan realiti keadaan kini.Asas keagamaan amatlah penting kerana ianya merupak an pedoman dan benteng kukuh dalam mengharungi dunia yang penuh dengan pancaroba.Namun,penerapan ini perlulah dipupuk sejak remaja di bangku sekolah lagi.Bak kata pepatah'melentur buluh biarlah dari rebungnya'.Seandainya hal ini tidak diambil inisiatif,maka remaja akan hidup terumbang-ambing disebabkan tiada pegangan hidup.Terpulanglah kepada nasib

mereka sama ada menjadi insan yang bertauliah dan berbakti kepada negara atau karam di tengah lautan api yang meranapkan negara.

Pengaruh rakan sebaya juga menyumbang kepada berlakunya fenomena ini.Sesungguhnya,rakan merupakan orang yang paling dekat dan paling mudah untuk mempengaruhi.Oleh sebab remaja ingin diterima dalam sesebuah kumpulan,remaja secara tidak langsung akan mengikuti ajakan rakan-rakan yang berjinak-jinak dengan najis dadah.Menurut kata Pengarah Agensi Dadah Kebangsaan,senario ini berlaku disebabkan remaja tidak mempunyai kemahiran 'interpersonal'.Kemahiran ini penting untuk remaja kini agar mereka tidah mudah terpengaruh dengan sesuatu perkara menerusi rakan sebaya.Rentetan itu,remaja dinasihatkan supaya bijak memilih rakan.Rakan penting sebagai peneman.Namun rakan juga boleh menjadi musuh kita bak 'kawan makan kawan'.

Perasaan ingin mencuba juga merupakan punca remaja te rbabit dalam kancah dadah.Sememangnya naluri manusia ini condong ke arah mencari sesuatu yang baru,sesuatu yang luar biasa serta sesuatu di luar keghaliban mereka.Jadi,untuk memuaskan kehendak mereka,remaja terdorong ke arah pengambilan dadah tanpa memikirkan implikasi buruk yang akan menimpa diri mereka.Remaja sebeginilah yang menambahkan kadar penagih dalam negara.Menurut statistik,bilangan penagih dadah meningkat 25 peratus dari tahun ke tahun.Selain itu,pembabitan remaja dalam pengambilan dadah bermula daripada merokok.Apabila desakan dan cabaran daripada sahabat handai membelenggu diri,remaja terus mengambil keputusan untuk mengambil dadah tanpa sebarang keraguan.

Oleh itu,sebagai khalifah Allah yang dikurniakan akal fikiran yang cerdas lagi waras,semua pihak hendaklah berganding bahu dan mengatur stategi untuk memerangi najis dadah ini yang juga dianggap musuh utama negara.Dadah tidak hanya membunuh tetapi juga pemusnah segala segalanya.Sebagai pemuda-pemudi harapan bangsa dan negara,biarlah hidup kita bahagia tanpa sebarang gangguan dan janganlah membiarkan najis dadah mengendali diri kita.Apakah anda mahu aspirasi negara untuk mewujudkan masyarakat demokratik dan ucapan satu Malaysia serta Wawasan 2020 yang sering dilaung-laungkan ranap begitu sahaja?Tepuklah dada,tanya selera.Ingatlah 'kerana nila setitik,rosak susu sebelanga'.

También podría gustarte