Está en la página 1de 4

Perkhidmatan Internet

CARA INTERNET BERFUNGSI

Untuk membolehkan anda menggunakan internet anda perlu mempunyai sekurang-


kurangnya item-item berikut :

1. Sebuah KOMPUTER

2. Modem

3. Talian Telefon

Anda juga perlu       mendaftar dengan         Internet Service Provider ( ISP) seperti TM Net
dan Jaring . Internet akan beroperasi melalui satu protokol yang dikenali sebagai TCP/IP
yang menjadi platform komunikasi dan penghantaran data ke seluruh dunia.

Bagaimana Internet
Berfungsi
Ditulis Oleh AdminBPR   
Thursday, 09 November 2006
Pengenalan

lnternet adalah satu perkhidmatan "maklumat" dan komunikasi yang cepat berkembang.
Pertumbuhan pengguna internet juga sangat cepat dengan keahlian dalam JARING dan
TMNet (iaitu dua buah Internet Service Provider - ISP) kini melebihi 50,000 ahli dan kian
bertambah pada kadar 22% sebulan. Bayangkan jumlahnya menjelang abad ke 21.
"Internet" digunakan tanpa sempadan dan lebih bersifat global, Definasi yang mudah ialah:
Sistem rangkaian komputer antarabangsa untuk berkomunikasi (melalui komputer) dan
mendapatkan maklumat

Bagaimana Internet Beroperasi


Sekiranya kita ingin mengakses intemet, kita perlu tabu serba sedikit bagaimana ianya
beroperasi. lnternet menggunakan peraturan-peraturan yang sama yang dipanggil protokol.
Protokol ini dikenali sebagai TCP/IP yang bermakna Transmission Control Protocol/Intemet
Protocol yang berfungsi untuk memudahkan akses kepada mana-mana komputer tanpa
menghiraukan jenis, dan menterjemahkan data yang diakses kepada maklumat

Sejarah

Sejarah internet bermula sejak 1960an lagi tetapi penggunaannya terhad kepada bidang
pertahanan, yang dibangunkan oieh US Defence Dept. , Advanced Research Project Agency
(ARPA), dikenali sebagai ARPANET pada 1969. Pada 1986, ARPANET dibubarkan dan
diambilalih untuk bidang penyelidikan oieh National Science Foundation of US. Diikuti
dengan pembabitan universiti ternama dan institusi penyelidikan dalam tahun-tahun 1980an.
Awal era 1990an ianya telah menarik minat ramai dan berkembang sehingga menjadi luas
digunakan di merata dunia.

Protokol Komunikasi Internet

1. EMEL
2. KUMPULAN BERBINCANG (DISCUSSION GROUPS / LISTSERV)
3. BERITA (NEWSGROUPS / USENET)
4. PERBUALAN (INTERNET RELAY CHAT - IRC)

Apabila anda telah mempunyai emel, biasanya anda akan juga ingin meyertai kumpulan yang
mempunyai minat atau perkara perbincangan yang khusus. Anda boleh menyertai kumpulan
sedemikian dengan mendaftarkan diri meialui emel. Terdapat banyak kumpulan sedemikian
dalam ]nternet dan anda hanya perlu mencari. Sementara newsgroup lebih merupakan 'buletin
board" kepada pengguna lnternet. Anda tidak perlu menjadi ahli atau melanggan
perkhidmatan ini, namun begitu sekiranya ingin mengemukakan pendapat atau pandangan,
perlulah melaui emel. Perbualan dalam perkhidmatan IRC ini adalah seperti anda
berkomunikasi (berbual dalam telefon). Yang membezakannya dengan perbualan meialui
telefon ialah anda mestilah mengetahui bahasa yang digunakan (biasanya mempunyai istilah
tersendiri yang merupakan singkatan) dan mesti juga berada secara online (aktif pada masa
yang sama. Anda sebenarnya bukan berbual berdua tetapi dengan ramai ahli yang menjawab
"perbualan" anda dalam perkhidmatan ini.

Protokol Maklumat Internet TELNET

Telnet dan FTP dibangunkan sekitar tahun 60an dan merupakan 2 protokol pertama yang
membolehkan komunikasi dalam lnternet. Kedua-duanya menggunakan sistem Unix yang
agak kompleks. Walaubagaimana pun kini ia mudah digunakan dengan adanya WWW. Telnet
atau "remote login" digunakan seialunya untuk menghubungi pangkalan data atau katalog
perpustakaan. Apabila anda login kepada sesuatu pangkalan data di tempat lain, anda boleh
melihat bahan yang tersenarai di dalam pangkalan data tersebut. lanya sama seperti kita
melihat OPAC di Perpustakaan UM.

GOPHER

Gopher pula dibangunkan pada tahun 80an bagi memudahkan pengguna mengakses maklumat
di dalam lnternet. la merupakan satu sistem yang berunsurkan teks dan menggunakan menu
pilihan untuk pelbagai jenis maklumat yang terdapat di dalam lntemet. Anda boleh
menggunakan telnet dan FTP menerusi Gopher. Skrin gopher tidak mempunyai imej atau
gambar, walaubagaimana pun anda boleh menyimpan gambar-gambar yang disenaraikan di
dalam menu ke dalam hard disk atau membuat cetakan. Contoh: gopher SIRIM

FILE TRANSFER PROTOCOL (FTP)

FTP pula digunakan untuk download atau upload perisian dalam Internet. Download
bermakna kita mengambil perisian dari tempat lain dan memasukkannya ke dalam komputer
kita. Upload pula jalah di mana kita memasukkan perisian kita ke komputer yang berada di
tempat lain. FTP kini mudah digunakan dengan adanya WWW. .Talp dalam tetingkap URL
ftp://ftp.somesite.edu.au Kebanyakan komputer meminta kataluan sebelum membenarkan
pernindahan fail, namun begitu masih banyak komputer yang membenarkan "anonymous ftp"
dimana kita login sebagai "anonymous" dan menggunakan email sendiri sebagai
katalaluan, .Untuk mencari fail dalam ftp, gunakan perkhidmatan yang dipanggil
ARCHIE.yang mana ia.juga gunakan perkhidmatan Web-based contoh:
http://ww.'umbo.com/Home--Page.htmil http:llwww.shareware.com

WORLD WIDE WEB

World wide web adalah protokol terbaru yang dibangunkan pada awal tahun 90an. World
wide web merangkumi semua perkhidmatan yang terdapat di dalam lntemet seperti telnet, ftp,
gopher, email, newsgroups dan lain-lain. la merupakan sistem grafik hypertext yang amat
mudah dengan hanya menekan mouse. Hyperteks ialah teks yang mengandungi link tambahan
yang menghubungkannya ke satu teks yang lain. Link ini juga mengaitkan dokumen yang ada
grafik, video dan bunyi. Maka ianya juga dikenali sebagai hypermedia. Hyperteks
membenarkan anda kembali ke laman asal ataupun merayau ke link lain dalam teks. Kadang-
kadang seseorang boleh tersesat dalam melayari web, namun begitu untuk kembali ke laman
asal hanya dengan menekan kekunci 'back' beberapa kali. Anda juga boleh membuat
pencarian menggunakan enjin pencari/search engines seperti altavista, yahoo, excite dan
sebagainya yang memudahkan dan mempercepatkan lagi pencarian bahan di dalam lnternet.
Kemas Kini Terakhir ( Tuesday, 16 September 2008 )
 
Berikutnya >

También podría gustarte