Está en la página 1de 2

Permohonan permit perarakan (escort/pengiring) dari PDRM memerlukan beberapa perkara :- 

1. Kertas Kerja Konvoi 


2. Senarai Organisasi/Kelab/Pertubuhan serta Syarikat berdaftar.Kalau tak daftar,payah sikit. 
3. Objektif Konvoi serta matlamat.(Samada suka-suka,program bersama badan lain..Cth: Sukaneka
bersama Polis,Program Mesra Rakyat dsbnya. 
4. Senarai penuh peserta bersama Nama Penuh,alamat penuh,no.kp,jenis kenderaan,no plat dsbnya..
(Itu sebab konvoi selalunya ada borang penyertaan). 
5. Ketua konvoi serta AJK yang bertanggungjawab menganjurkan sesuatu konvoi...Supaya senang
pihak Polis menghubungi sekiranya berlaku sesuatu.. 
6. Peraturan,undang-undang serta nota taklimat keselamatan untuk disampaikan kepada peserta
sebelum berkonvoi.. 
7. Jadual ,aturcara,masa serta agenda konvoi mesti disertakan... 
8. Laluan perjalanan,jarak serta tempat berhenti konvoi mesti detail..Bukan main tulis jer..Kena
survey laluan dulu...Cari tempat berhenti rehat yang sesuai dsbnya. 

SYARAT DAN PERATURAN SEMASA KONVOI BERKENDERAAN . 

1. Semua peserta mesti sihat tubuh badan dan bersedia mengikuti sepanjang laluan perjalanan
konvoi. 
2. Pemandu hendaklah mempunyai lesen memandu yang sah,cukai jalan dan insuran yang belum
tamat tempoh. 
3. Semua kenderaan peserta mestilah 100% dalam keadaan baik,lengkap tanpa sebarang
pengubahsuaian yang melanggar akta dan undang-undang yang telah ditetapkan oleh pihak
berkuasa. 
4. Semua peserta diminta mengisi petrol memenuhi tangki sebelum memulakan konvoi. 
5. Taklimat keselamatan,laluan konvoi serta agenda konvoi perlu diterangkan dan disampaikan
dengan jelas kepada semua peserta sebelum memulakan konvoi. 
6. Maklumat lengkap,pelan laluan,tempat berhenti rehat serta tanda amaran boleh diterangkan oleh
Ketua Penyelaras Konvoi samada melalui lisan ataupun bertulis. 
7. Jarak diantara sesebuah kenderaan dihadapan semasa berkonvoi hendaklah anggaran 2 buah
kereta bagi mengelakkan kecelakaan sekiranya berlaku pemberhentian mengejut. 
8. Kelajuan dijalan biasa semasa berkonvoi adalah diantara 70~90km/j,lebuhraya 90~100km/j dan
bergantung kepada keadaan lalulintas. 
9. Berikan tumpuan penuh kepada kenderaan dihadapan dan tabiat memotong semasa berkonvoi
tidak digalakkan. 
10.Susunan kenderaan semasa berkonvoi perlu ditetapkan sepanjang konvoi dijalankan. 
11. Peserta digalakkan membuka lampu hadapan kenderaan sepanjang berkonvoi dan penggunaan
lampu kelipan isyarat (double signal) amat tidak digalakkan. 
12. Berhenti dengan cara selamat dibahu jalan tanpa menggangu peserta dibelakang sekiranya
berlaku kerosakkan kenderaan tanpa jangka. 
13. Peserta perlu menepati masa,aturcara dan mengikuti laluan yang diberikan oleh pihak
penyelaras. 
14. Ketua penyelaras perlu memastikan laluan konvoi,lokasi tempat berhenti,lokasi tempat mengisi
minyak sepanjang laluan konvoi,jarak perjalanan,tempoh masa serta agenda lengkap sebelum
memulakan konvoi. 
15. Penyelidikan,kajian laluan,suasana jalaraya,keadaan lalulintas perlu diteliti oleh Ketua Penyelaras
selewat-lewatnya sebulan sebelum memulakan sebarang konvoi. 
16. Ketua penyelaras perlu menghantar permohonan Permit Perarakan selewat-lewatnya sebulan
sebelum bermulanya konvoi kepada Ketua-Ketua Polis Daerah yang terlibat bagi makluman dan satu
salinan kepada Ketua Polis Negeri yang terb a b i t. 
17. Bendera,risalah,pelekat mahupun kain rentang yang berbau politik,penghinaan sesuatu kaum
mahupun ugama adalah dilarang dibawa semasa berkonvoi. 
18. Pihak penyelaras tidak akan bertanggungjawab terhadap semua bentuk saman atau penalti yang
dikenakan oleh pihak berkuasa sekiranya peserta melanggar peraturan jalanraya yang telah
ditetapkan. 
19. Berlumba secara haram,memotong tanpa sebarang tujuan dan memandu dalam keadaan
merbahaya semasa berkonvoi adalah dilarang sama sekali. 
20. Ketua penyelaras adalah bertanggungjawab terhadap semua perkara berkaitan
keselamatan,disiplin serta tingkahlaku peserta sepanjang berkonvoi. 
21. Peserta perlu menandatangani borang akujanji didalam penyertaan konvoi bagi mengelakkan
sebarang tuntutan mahkamah kepada pihak penyelaras sekiranya berlaku sebarang kemalangan
mahupun kematian. 
22. Keselamatan adalah perkara utama yang perlu dititikberatkan oleh Ketua Penyelaras konvoi. 
23. Ketua Penyelaras berhak membatalkan penyertaan peserta yang gagal mematuhi peraturan yang
sedia ada mahupun setelah diberitahu. 

Sekian..

También podría gustarte