Documentos de Académico
Documentos de Profesional
Documentos de Cultura
Topik u Bidang
Kegiatan:
1 Mengenal Kraf
Tradisional
HASIL PEMBELAJARAN
Di akhir topik ini, anda seharusnya dapat:
1. Menerangkan tentang latar belakang sejarah kraf tradisional;
2. Memahami tujuan mempelajari kraf tradisional; dan
3. Menyedari tentang kepentingan kraf tradisional.
u PENGENALAN
Topik ini merupakan pengenalan umum tentang kraf tradisional. Satu
pendedahan tentang latar belakang sejarah kraf tradisional, tujuan kraf ini
dipelajari dan kepentingan memperkenalkan kepada pelajar. Pelbagai kraf
tradisional diperbincangkan di dalam kelas seperti batik, anyaman, tekatan,
tembikar, ukiran, tenunan, anyaman, tembikar, wau, gasing dan perhiasan
diri satu persatu, secara sepintas lalu untuk memberi pendedahan dan
kefahaman kepada pelajar kepada pelajar. Di samping itu bahan kraf
maujud, gambar, bahan dan alat yang sesuai, disediakan dan didedahkan
kepada pelajar untuk memperjelaskan kefahaman dan meluaskan lagi perspektif
mereka.
2 u TOPIK 1 BIDANG KEGIATAN: MENGENAL KRAF TRADISIONAL
Terdapat juga ciptaan mereka ini untuk memenuhi ciri-ciri estetika iaitu untuk
diamati dan dinikmati. Seni Melayu ini adalah penjelmaan unsur-unsur dari
alam semula jadi kepada satu bentuk seni rupa. Karya ini terhasil daripada
pengamatan dan pemikiran penciptaannya yang dijelmakan melalui impian,
seterusnya mencerminkan suasana harmoni di antara manusia dan alam. Karya
seni dalam kebudayaan Melayu ini mempunyai sifat yang tersendiri, bukan sahaja
berbeza dengan karya seni kebudayaan-kebudayaan besar di dunia tetapi juga
berbeza dengan karya seni daripada kebudayaan kelompok yang berhampiran
dengannya.
TOPIK 1 BIDANG KEGIATAN: MENGENAL KRAF TRADISIONAL ⊳ 3
Seni kraf Melayu ini adalah melambangkan hubungan yang erat antara orang
Melayu dengan kepercayaannya iaitu Islam. Setelah ribuan tahun orang Melayu
menghuni alam Melayu dan menganut kepercayaan tradisi Animisme dan
Hindu, akhirnya mereka mula mengenali Islam dengan kedatangan Islam
ke rantau ini. Sebahagian besar orang Melayu telah memeluk agama Islam,
sementara yang lain terus menganut tradisi lama. Sejak itu, kepercayaan orang
Melayu telah berubah. Mereka telah meninggalkan pemujaan terhadap patung-
patung dan tuhan-tuhan yang banyak. Mereka telah mengetahui dan menyedari
tentang keesaan tuhan yang sebenar. Mereka menganggap alam ini sebagai
suatu hiasan yang berfungsi untuk menyerikan kehidupan sementara di dunia
dan kehidupan kekal di akhirat. Dari kesedaran ini lahirlah ciptaan yang bukan
sahaja sebagai fungsi tetapi memenuhi keperluan kehidupan dunia yang amat
rapat kaitannya dengan akhirat.
Kesenian dan keaslian ragam hias yang terdapat dalam kraf tradisional tidak
berubah dan tetap kekal dari dahulu hingga kini walau pun negara ini telah
beberapa dijajah oleh negara luar seperti Portugis, Belanda, Inggeris dan
Jepun. Ini agak berbeza dengan apa yang berlaku di negara lain yang pernah
dijajah. Penjajah berusaha untuk menyebar pengaruh budaya mereka. Mereka
4 u TOPIK 1 BIDANG KEGIATAN: MENGENAL KRAF TRADISIONAL
Dari aspek pembuatan kraf, apa yang dihasilkan oleh masyarakat peribumi
merupakan warisan yang menampakkan susur galur daripada zaman batu
lagi. Kraf tangan ini juga mengingatkan kita tentang jati diri rakyat Malaysia
umumnya. Kraf tangan masyarakat peribumi ini adalah dihasilkan berdasarkan
alam persekitaran mereka yang berkait dengan alam Melayu. Sumber yang
digunakan dalam proses pembuatan juga adalah yang mudah didapati di
sekeliling mereka. Namun yang menariknya bagaimana masyarakat ini
menggunakan pemikiran kreatif mereka dalam mengolah dan mengubah
barangan dan objek yang memperlihatkan aspek budaya, estetik dan fungsi.
kraf tradisional Melayu mempunyai nilai estetik yang tinggi. Antara objek atau
produk yang amat kaya dengan nilai dari aspek budaya, estetik dan fungsi ialah
yang melibatkan kelengkapan domestik, tempat kediaman, alat muzik, alat
permainan, alat perburuan dan kenderaan.
Sebagai sebuah Negara berdaulat, seni kraf Melayu telah mendapat perhatian
pihak yang berkuasa, diberi pengiktirafan dan merupakan salah satu komponen
dalam warisan Seni Budaya Kebangsaan. Budaya kebangsaan merupakan
lambang dan harga diri sesuatu bangsa dan negara. Mengenal dan menghayati
kebudayaan sendiri bererti mengenal dan mencintai diri, bangsa dan negara
sendiri. Setiap warganegara berhak serta berkewajipan untuk menerima,
mengamalkan, menghayati, menjaga, menggali, menyelidik dan mempelajari
mana-mana budaya tradisi daripada masyarakat berbilang kaum, lingkungan,
keadaan, serta daerah. Kraf tradisional ini perlu dihidupkan dan diperkenalkan
dan dihargai oleh generasi muda supaya ia tetap kekal dan tidak mati ditelan
zaman. Kraf tradisional seperti batik, ukiran, anyaman, tenunan, tekatan, wau,
gasing, songket, tembikar dan barang perhiasan juga mempunyai nilai estetik
yang tinggi dan keistimewaannya sama taraf dengan seni budaya tamadun
luar. Melalui sistem pendidikan, pengajaran dan pembelajaran Kraf tradisional
yang terkandung dalam sukatan mata pelajaran Pendidikan Seni KBSR dan
KMBM, seni budaya bangsa ini dapat diperkenalkan, dikenali dan dipraktikkan
oleh anak-anak muda zaman sekarang khasnya murid sekolah.
TOPIK 1 BIDANG KEGIATAN: MENGENAL KRAF TRADISIONAL ⊳ 5
(iii) Pakaian
(ii) Gong
(ii) Gasing
(iii) Congkak
(ii) Rebab
(iii) Nafiri
(iv) Kompang
(ii) Kolek
(ii) Dokoh
Barang perhiasan seperti
dokoh, kalung, cucuk
sanggul dan lain-lain.
Begitu juga dengan penciptaan ragam hias dan ragam bentuk. Contohnya
anyaman tikar. Bahan yang digunakan ialah daun mengkuang atau pandan.
Ragam hias yang terdapat pada tikar adalah merupakan bentuk geometri. Ragam
hias ini disesuaikan oleh penganyam ada kaitnya dengan bahan yang digunakan
iaitu daun mengkuang atau pandan. Daun mengkuang atau pandan yang telah
dipotong halus untuk dijadikan jalur- jalur garisan yang kemudiannya dianyam
untuk mewujudkan ragam hias pada tikar tersebut. Penggunaan jalur-jalur atau
garisan yang panjang ini adalah merupakan identiti atau ciri dan dijadikan satu
teknik dalam penghasilan tikar.
(iii) Mengetahui setiap nama pada corak ragam hias kraf tradisional:
r TFUJBQ LSBG NFNQVOZBJ NPUJG ZBOH CFSCF[B QBEB SBHBN IJBT TFTVBUV
objek. Contoh motif tapak harimau dalam kraf anyaman.
AKTIVITI 1.1
RUMUSAN
r 5VKVBOLJUBVOUVLNFNQFMBKBSJLSBGUSBEJTJPOBMBEBMBIVOUVL
r NFOBOBNLBOTJLBQ
r NFOZFEBSLBOQFMBKBSBHBSJBUJEBLBLBOMVQVT
r NFOZFEBSJCBIBXBJBNFNQVOZBJOJMBJFTUFUJL
r NFSBTBCBOHHBEFOHBOUSBEJTJXBSJTBOOFHBSB
r ,FQFOUJOHBONFOHFOBMJLSBGUSBEJTJPOBMBEBMBIVOUVL
r NFNQFMBKBSJUFLOJL
r NFNBIBNJCBIBOCBIBOTFNVMBKBEJZBOHEJHVOBLBO
r NFOHFUBIVJOBNBQBEBDPSBLSBHBNIJBTLSBGUSBEJTJPOBM
Hasil seni
Kraf tradisional
Utiliti