Está en la página 1de 5

HBEF2103 SEPT06/F-SI

BAHAGIAN A

ARAHAN: Terdapat SEPULUH (10) soalan dalam Bahagian A. Jawab SEMUA soalan.

SOALAN 1

Aliran functionalisme di dalam psikologi telah dipelopori oleh John Dewey dan William
James. Jelaskan fahaman aliran funcionalisme.
[4 markah]

SOALAN 2

Faktor eksogen merupakan faktor yang datang dari luar diri individu. Jelaskan DUA (2)
faktor eksogen ini.
[4 markah]

SOALAN 3

Ahli psikologi berpandangan bahawa terdapat perbezaan jantina antara pelajar lelaki dan
perempuan. Senaraikan perbezaan jantina tersebut.
[4 markah]

SOALAN 4

John L. Holland telah mengutarakan model personaliti yang dikenali sebagai “RIASEC”
untuk digunakan di dalam kaunseling vokasional. Senaraikan EMPAT(4) daripada isu-isu
model tersebut.
[4 markah]

SOALAN 5

Terdapat beberapa faktor yang mempengaruhi pembelajaran. Jelaskan DUA (2) daripada
faktor tersebut.
[4 markah]

1…
HBEF2103 SEPT06/F-SI

SOALAN 6

Menurut Gagne, pembelajaran hanya akan tercapai sekirannya pelajar menguasai


pembelajaran di peringkat lebih awal. Jelaskan DUA (2) daripada peringkat tersebut.
[4 markah]

SOALAN 7

Terdapat beberapa jenis kemahiran berfikir dan salah satu daripadanya ialah kemahiran
berfikir secara kreatif. Senaraikan EMPAT (4) ciri pemikiran kreatif.
[4 markah]

SOALAN 8

Terdapat pelajar-pelajar yang memerlukan pendidikan khas dan guru pendidikan khas juga
sangat diperlukan. Jelaskan DUA (2) ciri pendidikan khas.
[4 markah]

SOALAN 9

Program pengajaran pemulihan adalah proses yang terdiri daripada EMPAT (4) peringkat.
Senaraikan EMPAT (4) peringkat tersebut.
[4 markah]

SOALAN 10

Motivasi adalah penting di dalam pembelajaran. Jelaskan DUA (2) pendekatan motivasi
yang boleh digunakan guru, bersama SATU (1) contoh bagi setiap pendekatan.
[4 markah]
[Jumlah: 40 markah]

2…
HBEF2103 SEPT06/F-SI

BAHAGIAN B

ARAHAN: Terdapat LIMA (5) soalan dalam Bahagian B. Jawab TIGA (3) soalan sahaja.

SOALAN 1

(a) Jelaskan pengertian “psikologi pendidikan”.


[2 markah]

(b) Memahami psikologi pendidikan dapat membantu guru di dalam pengajaran dan
pembelajaran di kelas. Jelaskan EMPAT (4) faedah psikologi pendidikan kepada
guru.
[12 markah]

(c) Jelaskan dengan ringkas bagaimana guru mempraktikkan pendekatan


konstruktivisme di dalam pengajarannya bersama SATU (1) contoh.
[6 markah]
[Jumlah: 20 markah]

SOALAN 2

(a) Anda tentu menyedari bahawa faktor-faktor eksogen boleh mempengaruhi individu.
Pilih SATU (1) faktor eksogen dan jelaskan dengan menggunakan contoh
bagaimana faktor tesebut mempengaruhi pembelajaran individu.
[4 markah]

(b) Bandura membahagikan proses peniruan kepada empat (4) tahap, iaitu tumpuan,
penyimpanan, mengingat dan motivasi. Jelaskan EMPAT (4) tahap proses peniruan
ini.
[8 markah]

(c) Berikan SATU (1) contoh pembelajaran melalui peniruan dan jelaskan bagaimana
anda sebagai seorang guru melaksanakan EMPAT (4) tahap proses peniruan ini.
[8 markah]
[Jumlah: 20 markah]

3…
HBEF2103 SEPT06/F-SI

SOALAN 3

(a) Setiap individu adalah berbeza daripada individu lain. Jelaskan definisi “perbezaan
individu” yang diberi oleh Borich dan Tombari (1997).
[4 markah]

(b) Borich dan Tombari (1997) telah mengenal pasti empat (4) perbezaan individu.
Jelaskan secara ringkas EMPAT (4) perbezaan tersebut.
[8 markah]

(c) Perbezaan individu secara tidak langsung dapat membantu guru di dalam
pengajaran dan pembelajaran. Huraikan secara ringkas bagaimana EMPAT (4)
perbezaan individu ini dapat membantu guru di dalam pengajaran dan pembelajaran.
[8 markah]
[Jumlah: 20 markah]

SOALAN 4

(a) Thorndike, melalui kajiannya, mendapati pembelajaran haiwan berlaku melalui


proses “cuba-jaya” dan “pengulangan”. Jelaskan proses ini dengan menggunakan
SATU (1) contoh pembelajaran haiwan.
[6 markah]

(b) Thorndike menyarankan bahawa pembelajaran manusia dikawal oleh tiga (3) hukum
pembelajaran, iaitu hukum kesediaan, hukum latihan dan hukum kesan. Jelaskan
TIGA (3) hukum pembelajaran ini.
[6 markah]

(c) Hukum pembelajaran Thorndike dapat membantu guru menyelesaikan masalah


pengajaran. Pilih SATU (1) masalah pengajaran dan jelaskan bagaimana guru
menggunakan TIGA (3) hukum ini untuk menyelesaikan masalah tersebut.
[8 markah]
[Jumlah: 20 markah]

4…
HBEF2103 SEPT06/F-SI

SOALAN 5

(a) Terdapat beberapa objektif kemahiran berfikir kepada kita semua. Senaraikan
EMPAT (4) daripada objektif-objektif ini.
[4 markah]

(b) Terdapat perbezaan antara kemahiran berfikir secara kreatif dan kemahiran berfikir
secara kritis. Senaraikan EMPAT (4) perbezaan tersebut bersama contoh yang
sesuai.
[8 markah]

(c) Guru boleh mengajar kemahiran berfikir kepada pelajar-pelajarnya. Huraikan EMPAT
(4) strategi yang boleh digunakan guru untuk mengajar kemahiran berfikir bersama
contoh yang sesuai.
[8 markah]
[Jumlah: 20 markah]

KERTAS SOALAN TAMAT DI SINI

También podría gustarte